Вы находитесь на странице: 1из 3

Kumpulan Permainan Kabbadi

1.
2.
3.
4.
5.

1.0

Mohd Firdaus Bin Salamat


Nur Farah Ainee Binti Md Tawal
Rajeswary a/p Kumar
Subashini a/p Ponnuthurai
Peichayee a/p Pandeyan

SEJARAH DAN PENGENALAN

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari


Negara India. Menurut Bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas
yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Permainan Kabaddi juga
dikenali dengan nama Hadudu di kalangan orang Bangladesh.
Pada awalnya Kabaddi dimainkan oleh penduduk yang tinggal di desa-desa
India, ia merupakan permainan rakyat jelata. Permainan kabaddi ini memainkan
peranan yang penting sebagai alat perpaduan antara rakyat. Kabaddi merupakan
suatu permainan yang diperkenalkan sejak 4000 tahun dahulu bagi menolong askaraskar India memperkembangkan skil mempertahankan diri. Ia merupakan satu
sukan team contact yang bermula di Tamil Nadu, India.
Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia
Tenggara, Jepun dan Iran. Kabaddi juga merupakan salah satu permainan yang
dipertandingkan di Sukan Asia. Kabaddi didedahkan kepada dunia antarabangsa
pada tahun 1936 di Sukan Olimpik Berlin. Ia didemonstrasikan oleh Hanuman
Vyayam Prasarak Mandal, Amaravati dan Maharashtra. Pada tahun 1938 pula,
Kabaddi diperkenalkan di Sukan Olimpik India, Calcutta.
Kabaddi pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Asia Beijing, 1990.
Pencapaian India cemerlang dengan mencapai pingat emas dalam Sukan Asia 2006
di Doha. Pada tahun 2010 pula, Kabaddi telah menjadi sukan demonstrasi di Sukan
Komanwel di New Delhi.

2.0

RASIONAL

Cabaran dalam sukan hari ini memerlukan daya kepimpinan dan kekuatan
mental yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin
dicapai. Bakat kesukanan khususnya dalam permainan kabaddi amat diperlukan
dalam sesebuah masyarakat. Kebolehan dan kemampuan bermain kabaddi ini dapat
membantu masyarakat khususnya meningkatkan kualiti bersukan dan ketrampilan
orang remaja dalam bidang kokurikulum.
Sukan kabaddi merupakan satu sukan penting di semua tempat dalam
membantu mewujudkan iklim dan persekitaran yang baik. Oleh itu, pemain-pemain
kabaddi harus diberi latihan dan input kemahiran selaras dengan bentuk permainan
mereka. Kewajipan untuk melahirkan pemain bertaraf dunia amat dituntut sebagai
ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.

3.0

PASUKAN PEMAIN

Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12


orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan.
Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan
penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

4.0

CARA PERMAINAN

Pasukan penyerang akan menghantar seorang penyerang yang akan


memasuki kawasan pihak lawan. Penyerang tersebut akan berusaha untuk
menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan.
Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas.
Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau
dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan. Jika penyerang dapat
menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih lagi
menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut
kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya.
Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain,
keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula
ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain
sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.
Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan
secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

5.0

PERATURAN AM PERMAINAN

Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan kabaddi; seorang


referee, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang
pencatat markah.
Mata
dikira
berdasarkan
percubaan
yang
berjaya
untuk
menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu
nafas.
Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian
badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi
permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar
dari permainan kecuali jika tindakan itu berlaku atas struggle.
Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak
lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus lona.
Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas
ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan dalam permainan.

Вам также может понравиться