Вы находитесь на странице: 1из 17

Bincangkan faktor dan

langkah-langkah dalam
menangani masalah
gangguan emosi kanakkanak dalam bilik darjah.

Apakah Gangguan Emosi?


Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi
maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi
adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang
dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapat
ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri
dan mempunyai emosi yang tidak stabil.

Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi


Aspek emosi yang semakin sukar dilihat dalam
kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut:
empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
mengungkapkan dan memahami perasaan
mengendalikan amarah (kemarahan)
kemandirian iaitu berdikari

Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi


kemampuan untuk menyesuaikan diri
disukai oleh orang lain
kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan
masalah social sekelilingnya
semangat setiakawan
sikap hormat-menghormati

Tanda-tanda Gangguan Emosi


Kebiasaannya seseorang yang emosinya terganggu
menunjukkan tanda seperti yang berikut;
Kecemasan dan marah
Sukar tunjukkan emosi tertentu
Alami kesulitan
Konflik

Tanda-tanda masalah emosi dan


sosial dalam kalangan pelajar
tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
sentiasa kelihatan letih
kerap sakit perut
mudah diserang penyakit
duduk dalam keadaan yang tidak selesa
pencapaian akademik yang semakin merosot
sering berasa cemas, takut dan benci
konsep kendiri yang lemah

Tanda-tanda masalah emosi dan


sosial dalam kalangan pelajar
bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
suka bergaduh
kerap berbohong
bertindak liar untuk menarik perhatian
tindak balas kurang matang
berperawakan ganjil
membela diri secara tidak menentu
menunjukkan perasaan dengki
mengkritik secara keterlaluan
suka termenung atau berkhayal

Kepimpinan Guru
Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi
dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra
dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.
Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana
yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat
dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau
mengemukakan pendapat mereka.
Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid
berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kumpulan.

Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan


Aktiviti Kumpulan member banyak peluang kepada murid-murid
untuk berinteraksi di antara satu sama lain.
Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan
banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid
menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi
buzz, permainan pertandingan atau kerja projek.
Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil
diri ke hadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan
berasa diri mereka diasingkan.

Tindakan Guru
Mengesan murid yang dikenal pasti mengalami gangguan emosi
Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi
seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya
mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi
masalah peribadinya.
Mebawa murid kepada ahli psikologi, kaunselor atau personel yang
bertauliah bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi dan
kaunseling serta khidmat bimbingan yang diperlukan murid.

Unit Bimbingan dan Kaunseling


sekolah
Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh
menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan
sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkah laku.
Program-program ini bertujuan membantu mereka yang
mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan
pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial,
meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan
meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

Penerapan Nilai
Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang sesuai dengan
murid
Peneguhan positif diberi kepada murid yang menunjukkan tingkah
laku yang diingini serta menetapkan hukuman yang adil dan
bersesuaian bagi murid yang melakukan kesalahan.

Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa perlu mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak
di sekolah.
Perbincangan antara ibu bapa dan guru berkaitan anak yang
mempunyai masalah hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa
bagi menangani masalah anak secara bersama.
Ibu bapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan
teknik-teknik
meningkatkan
kecerdasan
emosi
dan
menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gangguan
emosi. Ibu bapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang
cara menguruskan emosi masing-masing.

Вам также может понравиться