You are on page 1of 6

9/29/2015

Like

DoktorIniBuktikanKejayaannyaMembuatPhDDenganCaraShortCut|Pascasiswazah
Share 6,267peoplelikethis.Bethefirstofyourfriends.

Doktor Ini Buktikan Kejayaannya Membuat PhD Dengan Cara

Short

Cut

Laila

August 27, 2015

Kisah kejayaan

Nota: Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang doktor wanita yang bernama Dr. Siti Ujila yang telah berjaya
menamatkan pengajiannya di peringkat PhD dengan cara paling mudah seperti satu magik. Ikuti kisahnya
bagaimana beliau menjemput kejayaan tersebut.

SETAHUN BUAT Ph.D TANPA HASIL, DI SINI SAYA MENEMUI RAHSIA MAGIK TERSEBUT: SHORT CUT
UNTUK MERAIH KEJAYAAN.
Masya Allah, saya benar-benar tak sangka kisah yang saya share baru-baru ini mendapat hampir 600
shares. Semogaanda yang membacanya mendapat manfaat dan segala kebaikan datangnya dari
Tuhan.Sebenarnya, kalau anda ingin tahu, saya pernah melalui situasi yang sama. Malah lebih parah
sebab waktu itu saya stuck dalam kajian Ph.D saya. Sudah setahun berhempas pulas siang dan malam,
tapi masih tiada penyelesaian untuk kajian saya itu. Saya menemui jalan buntu. Setiap hari saya risau
memikirkan ratusan ribu ringgit yang perlu dibayar balik kepada penaja sekiranya saya gagal
mendapatkan Ph.D.Tapi masha Allah, dari situlah Tuhan mengajar saya rahsia mudah berjaya tersebut.
Rahsia bagaimana sesuatu yang sukar boleh jadi mudah, yang impossible jadi possible. Sehingga sekarang
saya masih ter-wow dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada
http://www.pascasiswazah.com/2015/08/27/doktorinibuktikankejayaannyamembuatphddengancarashortcut/

1/6

9/29/2015

DoktorIniBuktikanKejayaannyaMembuatPhDDenganCaraShortCut|Pascasiswazah

akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D without amendment. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Di situlah saya belajar magiknya pertolongan Tuhan. Ia satu kisah yang sering saya ulang-ulang di
hadapan anakdidik. Kerana kadang kala mereka hampir berputus asa dan merasa yang diri mereka tidak
pandai mana.Bukan begitu.Saya percaya setiap orang hebat, cuma kita perlu tahu rahsianya. Rahsia
untuk membuka pintu kejayaan dengan mudah.Dont bang the door. Find the Key
Kali ini saya ingin kongsikan kisah tersebut buat anda yang sudi singgah dan membaca perkongsian kecil
ini. Kisahnyaagak panjang, tapi mudah-mudahan anda mendapat manfaat darinya. Amalkan dan lihat
bagaimana magik dari Tuhan datang dalam hidup anda dan sebenarnya itulah yang saya alami kini setiap
hari.
INGIN TAHU SHORT CUT UNTUK MERAIH KEJAYAAN?
Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari menyampaikan ceramah Ihya Ramadhan kepada warga
Malaysia di bumi Canterbury, New Zealand, suami bertanya,Mana pergi adik-adik undergrad kita?
Kenapa diorang tak join? Yang datang berapa kerat je. Itu pun muka-muka yangsama
Memang benar. Ballroom hostel yang menjadi tempat program berlangsung kelihatan sunyi tanpa
kehadiran adik-adik undergraduate. Kecuali beberapa orang yang memang selalu ada. Yang hadir lainnya,
adalah pelajar pelajarMaster dan Ph.D yang rata-rata sudah berkeluarga. Suasana dalam kereta sunyi sepi
sebentar. Ada aktiviti di universiti kot jawab suami apabila melihatsaya tidak memberi sebarang
jawapan. Dia yang tanya, sudahnya dia juga yang bagi jawapan.Bukan saya tidak memberi perhatian.
Sebenarnya soalan suami itu menyebabkan fikiran ini jauh melayang. Lipatan hidup sebagai seorang
undergraduate di University ofMinnesota terselak satu per satu.Dulu saya pun macam tu jawab saya
jujur. Tapi kata-kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati.Benar, hampir setiap kali ada program
dianjurkan saya hanya buat donno. Bukan itu saja, saya memilih untuktidak mahu terlibat dalam
jawatankuasa persatuan pelajar walaupun semasa di MRSM Jasin saya memegang jawatanVice President
. Apabila kawan meminta tolong, saya banyak mengelat. Macam-macam alasan saya beri.Lebih baik aku
belajar. Semester ni aku mesti dapatkan 4-flat lagi. Begitulah selalunya suara kecil dalam diri
sayaberkata. Sampai ke satu tahap, kawan serumah buat solat terawih dan tadarus Al-Quran pun saya tak
join. Saya dimana? Belajar.
Astaghfirullahalazim. Betapa teruknya sikap saya waktu itu, siang malam belajar demi mengejar kejayaan.
Kerana di fikiran saya, apabiladisebut usaha tangga kejayaan saya memahaminya macam rumus
matematik: 1+1=2. Bahasa mudahnya,makin banyak berusaha makin mudah berjaya.Semakin banyak
spend masa mengulangkaji pelajaran dan semakin banyak latih tubi dibuat, maka peluang untuk score A
http://www.pascasiswazah.com/2015/08/27/doktorinibuktikankejayaannyamembuatphddengancarashortcut/

2/6

9/29/2015

DoktorIniBuktikanKejayaannyaMembuatPhDDenganCaraShortCut|Pascasiswazah

lebih besar. Umpamanya 30+50 = 80. Sedangkan kalau terlibat dengan aktiviti persatuan, tentulahkurang
masa belajar. Tak cukup masa buat latih tubi. Elok-elok dapat markah 80, turun jadi 60 pula.Nanti tak
score pula. Lebih baik focus untuk belajar.Begitulah saya mencongak-congak di fikiran.Selepas berusaha
sehabis baik, saya akan buat solat hajatsebelum peperiksaan, berdoa memohon agar Tuhan menolong
semasa menjawab soalan nanti. Harap-harapnya 80+20 = 100 dan moga-moga saya dapat A.
Begitulah cara saya bertawakal.Masa itu saya rasa kejayaan ibarat berada di sebalik sebuah pintu namun
pintu itu berkunci dan saya perlu bekerja keras untuk membukanya. Kerana itu saya menggunakan
Formula 80/20: 80% usaha, 20% tawakal.Banyakkan usaha, insha Allah lebih mudah pintu
terbuka.Namun secara jujurnya, perasaan saya amat tertekan. Itu pun saya masih belum sedar yang
sebenarnya formula rajin saya tidak tepat.I was actually banging the door.
Apabila saya buat Ph.d, ternyata pintu kejayaan itu lebih kebal.Walau macamana saya cuba berhempas
pulas, ia tetap tidak mahu terbuka. Usaha saya untuk belajar, buat kajian siang dan malam tidak
mendatangkan hasil. Idea yang datang semuanya tak boleh pakai untuk hasilkan tesis Ph.D
saya.Nampaknya pintu kejayaan kali ini bukan saja berkunci, malah ibarat bilik kebal yg memerlukan
password, tapi saya tak tahu apakah ia.Kali ini tekanannya hampir-hampir menyebabkan saya ingin saja
melupakan niat utk membuka pintu itu.Saya hilang punca. Buntu.Dalam keadaan frust itu saya mengadu
pada suami yang ketika itu baru selesai mengimamkan solat maghrib kami.Saya sangkakan beliau akan
beri jalan penyelesaian yang saya boleh cuba: bertanyakan orang lain yang lebih pakar,cari buku lain yang
lebih bagus, atau jom kita pergi bercuti sekejap untuk refresh minda.
Tapi sebaliknya, jawapan suami benar-benar memeranjatkan saya:Mama dah belajar, buat kajian siang
malam. Dah terlebih rajin dah babah tengok. Cuba kali ni mama buat benda lain selain buat kajian mama
tu katanya sambil melipat sejadah. Saya yang masih bertelekung, duduk tidak berganjak.Buat benda
lain? saya bertanya dalam hati, confused dengan apa yang dimaksudkan suami. Berkerut kerut dahisaya
cuba memahami. Suami pula bingkas bangun mencapai naskah Al-Quran di tepinya.Baru saja ingin
bertanya, beliau sudah terlebih dahulu memberi jawapannya: Babah rasa ada eloknya mama organize
usrah untuk muslimat. Bincang pasal Quran. Buat sebulan sekali pun dah ok. Cadang suami.Matanya
tepat memandang saya dengan air muka yang begitu meyakinkan. Al-Quran di tangannya mula diselak
dandibaca. Begitulah suami, membaca beberapa halaman kitab dari Tuhan itu usai solat maghrib menjadi
rutinnya setiap hari.

http://www.pascasiswazah.com/2015/08/27/doktorinibuktikankejayaannyamembuatphddengancarashortcut/

3/6

9/29/2015

DoktorIniBuktikanKejayaannyaMembuatPhDDenganCaraShortCut|Pascasiswazah

Sambil mendengar bacaannya yang lunak itu, ironinya fikiran saya bertambah confused. Terus terang saja,
sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cadangan suami itu. Saya fikir, dah la kajian saya sedang
bermasalah, masa pula nak digunakan untuk hal lain? Lagilah terkandas kajian mama nanti saya
mendengus perlahan.Suami yang mendengar, memberhentikan bacaan Qurannnya. Mama, kita
memang kena berusaha untuk berjaya. Tapi, kejayaan itu perlu juga dijemput katanyalembut sambil
pengusap kepala saya yang masih duduk berteleku di sebelahnya. Agaknya memahami kusut difikiran

isterinya ini.Dijemput? Bertambah kerut dahi saya dibuatnya. Saya memang tidak memahaminya. Dalam
keadaan percaya tak percaya itu, saya pujuk hati Takpela, buat je la, kalau buat research pun bukannya
ada idea nak proceed macamana.Kepala tengah berasapOk jawab saya perlahan sebelum membuka
telekung.
Begitulah permulaannya bagaimana saya menganjurkan usrah di kalangan kakak-kakak dan adik-adik
yang sama-sama sedang buat Master dan Ph.D. Memang betul telahan saya, banyak masa digunakan
untuk tujuan itu: cari bahan,prepare slide, praktis bercakap, buat usrah. Malah saya juga join kelas tajwid
yang diajarkan oleh seorang sisterberbangsa Arab.Akibatnya, waktu saya di universiti menjadi
berkurangan.Kalau sebelum itu saya akan ke universiti setiap hari dari pukul 8 pagi sampai ke pukul 5
petang, kali ini jadual belajarsaya tidak sepenuh itu. Ada beberapa jam yang saya tak nampak muka di
universiti.Tapi yang menghairankan saya, waktu belajar yang sudah berkurangan itu tiba-tiba menjadi
http://www.pascasiswazah.com/2015/08/27/doktorinibuktikankejayaannyamembuatphddengancarashortcut/

4/6

9/29/2015

DoktorIniBuktikanKejayaannyaMembuatPhDDenganCaraShortCut|Pascasiswazah

lebih efisyen. Idea datangtanpa disangka, umpama hujan yang turun dari langit secara tiba-tiba di
tengahari yang panas. Alhamdulillah,akhirnya idea yang datang itu benar-benar berhasil.
Ya Allah, senang je rupanya nak buat Ph.D ni.Alhamdulillah, terima kasih ya Allah teriak saya dalam hati
setiap kali urusan kajian saya dipermudahkanNya.Masha Allah, umpama magik, pintu kebal itu terbuka
sendiri dengan mudah, tanpa perlu saya menghentamnya seluruh jiwa dan raga seperti sebelumnya.
Kerana saya sudah menemui passwordnya!Sehingga sekarang saya masih ter-wow dengan kehebatan
pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu,pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D
without amendment. Ya Allah, bukankah satu waktu dahulu semuanya macam impossible? Now Dia bagi
lulus tanpapembetulan? Masha Allah
Keluar bilik viva, sahabat saya yang ikut serta dalam viva tersebut sebagai pemerhati sempat berkata
nampak rileks
je tadi..Betul katanya, saya sendiri terperanjat dengan apa yang berlaku. Tapi saya tahu semuanya Allah
punya kerja.
Baru saya faham apa yg suami maksudkan dengan kejayaan perlu dijemput. Betul usaha kita belajar
perlusehabis baik. Tapi jangan kita lupa yang kejayaan itu dari Tuhan. Dia ada kunci untuk membuka
pintu kejayaan tersebut. Walau macamana kebal pun, Tuhan tahupassword pintu itu dan anytime Allah
boleh tolong buka jika Dia mahu.Itulah the power of Kun Fayakun milik Tuhan.Baru saya sedar betapa
bodohnya saya selama ini menekan diri sendiri. Sebenarnya target untuk mendapat pointer 4-flat itu
tidak salah. Yang salahnya ialah apabila saya fikirsaya perlu bersandarkan kepada daya upaya diri sendiri,
berhempas pulas untuk membuka pintu kejayaan itu sehingga menekan diri sendiri. Bahkan
sehinggamengabaikan orang lain yang memerlukan saya dan mengabaikan program-program lain yang
penuh barokah.Sedangkan Tuhan sentiasa ada dan bersedia untuk menghantar pasukan tenteraNya
untuk membantu.
Sesiapa yang meringankan kesusahan seorang Mukmin ketika di dunia, Allah akan meringankan
kesusahannya padaHari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan
memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang
muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong
seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. (Hadis riwayat Muslim)
Inilah teknik beyond rajin yang saya ingin saya kongsikan: yang rajin itu sangat bagus untuk mendaki
tangga tanggamencapai kejayaan. Tapi rajin belajar sahaja tidak cukup.Kita perlu juga rajin menjemput
kejayaan itu dengan membuat banyak kebaikan kepada orang lain.Pakar motivasi dari Barat
menyebutnya sebagai the power of servicing others.Begitulah, rupanya sifir Tuhan bukan 80/20 tapi
http://www.pascasiswazah.com/2015/08/27/doktorinibuktikankejayaannyamembuatphddengancarashortcut/

5/6

9/29/2015

DoktorIniBuktikanKejayaannyaMembuatPhDDenganCaraShortCut|Pascasiswazah

sebaliknya:20/80. Kita perlu rajin berusaha sehabis baik, tapi usahamereka yang terbaik itu sebenarnya
hanya mewakili 20%.Selebihnya 80% kita perlu juga menggunakan masa, tenaga dan hati untuk
menjemput kejayaan itu: tolong orang lain, menyumbang pada masyarakat, melakukan aktiviti
amalkebajikan.Pendek kata, buat perkara-perkara lain yang Allah suka.Nantinya, walaupun waktu
ulangkaji jadi sedikit berkurangan, percayalah kita akan lebih mudah faham.Lebih mudah jawab soalan
ketika peperiksaan. Lebih mudah score.
Para pembaca semua, begitulah cara Allah mengajar makhlukNya. DisuruhNya kita lakukan satu kebaikan
tetapi dalam kebaikan itu, diberiNya kita ribuan manfaat.
Itulah shortcut untuk meraih kejayaan.
Dont bang the door. Find the Key

http://www.pascasiswazah.com/2015/08/27/doktorinibuktikankejayaannyamembuatphddengancarashortcut/

6/6