Вы находитесь на странице: 1из 14

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6OLPL5p0fMg

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
KPD 6014: Penganalisian Kritis Pengajaran dan Guru

Pensyarah: Prof. Madya Dr. Nasir Bin Masran

Analisis dan Kritik Artikel Jurnal: (Investigating the Relationships between


Learning Styles, Strategies and the Academic Performance of Saudi English
Majors)

Nama: Rozana Binti Reduan

Analisis dan Kritik Artikel Jurnal


Sumber Jurnal:
International Interdisciplinary Journal of Education September, 2012, Volume 1, Issue 8
1

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


Tajuk:
Investigating the Relationships between Learning Styles, Strategies and the Academic
Performance of Saudi English Majors
Penyelidik:
Safaa Mohammed Al-Hebaishi
Assist. Prof., Department of Curricula and Teaching Methods,
Faculty of Education, Taibah University.
1.0 SINOPSIS:
Pendekatan yang tepat untuk menjawab persoalan atau objektif dalam kajian ini adalah
menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Walaubagaimanapun, kaedah
yang digunakan dalam kajian ini amat bertepatan dan menepati kualiti bagi menjawab semua
permasalahan yang telah diutarakan oleh penyelidik. Kajian ini telah menggunakan kaedah
kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan.
i.

Permasalahan Jurnal Artikel:


Masalah dalam jurnal ini hanya mengutarakan isu-isu berkenaan keperluan yang
diperlukan oleh setiap pelajar bagi mencapai tahap pembelajaran yang efektif dalam
bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga hanya mengetengahkan isu pendekatan
pembelajaran yang tidak sesuai dan hal ini menyebabkan pelajar cepat bosan, tidak
bermotivasi dan tidak mengambil perhatian yang sepenuhnya semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran bermula. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak
memberikan kriteria-kriteria atau personaliti yang spesifik bagi setiap pelajar yang
mana harus di ambil perhatian. Faktor persekitaran, dan latar belakang kehidupan juga
perlu diberi perhatian untuk meneliti sebab dan berlakunya sesuatu isu atau

permasalahan.
Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian secara
konsisten namun tidak mempunyai latar belakang masalah, hipotesis kajian yang

mempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.


Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian,
objektif umum dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian, namun
tujuan kajian tidak dinyatakan dengan jelas. Selain itu, skop kajian juga tidak
dinyatakan kerana hal ini dapat memudahkan pembaca jurnal ini bagi menentukan

kefahaman terhadap hasil penemuan kajian.


Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian (Research Conseptual
Framework) atau kerangka teoritikel kajian (Reserach Theoretical Framework) yang
2

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke
peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut Chua Yan Piaw
(2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan, interaksi dan
anggapan tentang perhubungan antara konsep-konsep yang abstrak. Beliau juga
menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan anggapan biasanya
dilakukan dengan merujuk kepada teori-teori atau model-model yang sedia ada.
Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep-konsep tersebut
dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat operasional
pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel konseptual
dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian, gambaran
keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta
aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta

mengikut prosedur yang sebenar.


Selain itu, latar belakang kajian juga tidak berlandaskan teori-teori atau model-model
pembelajaran yang seharusnya dijadikan sesuatu bukti yang kukuh untuk menyokong

jangkaan awal pengkaji.


Jurnal ini menyatakan bahawa pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini terbahagi
kepada dua iaitu yang pertama, gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Saudi
English Major dan pembolehubah yang kedua ialah, strategi pembelajaran dalam
kalangan pelajar Saudi English Major. Hal ini demikian bertepatan dengan tujuan
kajian ini iaitu untuk mengetahui gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran yang
digunakan oleh pelajar Saudi English Major dan kesannya terhadap keputusan

akademik.
Pembolehubah bersandar bagi kajian ini adalah keputusan akademik. Hal ini demikian
selaras dengan tujuan kajian bagi mengetahui kesan gaya pembelajaran dan strategi
pembelajaran terhadap keputusan akademik dalam kalangan pelajar Saudi English
Major.

ii.

Reka Bentuk Kajian:


Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan. Oleh yang demikian, kaedah tinjauan
ini selaras dan tepat untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang

dinyatakan dalam jurnal ini.


Populasi kajian ini adalah terdiri daripada keseluruhan pelajar undergraduate Saudi
English Major, di Fakulti Pendidikan, Universiti Taibah. Walaubagaimanapun, jumlah

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


populasi sebenar tidak dinyatakan dalam jurnal artikel kajian ini. Selain itu, artikel
jurnal tidak menerangkan dan menentukan dengan jelas sebab atau permasalahan yang
wujud dalam populasi yang telah dipilih. Hal ini demikian menyebabkan fakta untuk
menyelesaikan permasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan kukuh serta
kajian-kajian yang akan datang tidak dapat mengenal pasti jurang ilmu pengetahuan
yang terdapat dalam kajian ini. Populasi adalah satu set ciri yang menunjukkan
cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek (Mohd
Majid Konting, 2009). Oleh yang demikian, pemilihan yang tepat ke atas populasi
kajian amat penting dalam setiap kajian kerana ciri populasi dapat ditentukan

menggunakan alat ukuran yang sesuai mengikut kriteria-kriteria populasi berkenaan.


Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah persampelan bukan kebarangkalian
iaitu persampelan bertujuan. Sampel yang dipilih adalah seramai 88 orang pelajar
perempuan undergraduate Saudi English Major yang mempunyai purata umur dalam
lingkungan 20 tahun. Walaubagaimanapun, prosedur persampelan dan jadual
penentuan sampel tidak dinyatakan dengan spesifik dalam artikel jurnal yang mana ia
amat penting dalam penentuan ukuran ke atas keseluruhan populasi dan kefahaman

pembaca terhadap kajian yang telah dilakukan.


Sampel yang digunakan dalam kajian ini hanya menggunakan jantina perempuan.
Jurnal ini menyatakan dengan terperinci tentang aspek pemilihan sampel berdasarkan
pemilihan sampel bertujuan. Walaubagaimanapun, sampel yang dipilih berdasarkan
satu jenis jantina akan menyebabkan analisis dapatan data kajian khususnya bahagian
korelasi dan t-test akan menyebabkan keputusan yang tidak signifikan. Pemilihan
sampel seharusnya dilakukan dengan lebih jelas tentang aspek permasalahan populasi

kerana ia memberi impak yang besar kepada dapatan kajian yang baik.
Selain itu, jurnal ini juga ada menyatakan tentang instrumen kajian yang telah
digunakan iaitu borang soal selidik. Terdapat tiga bahagian borang selidik iaitu yang
pertama adalah borang soal selidik gaya pembelajaran, yang kedua, borang soal
selidik strategi pembelajaran dan yang ketiga, 50 soalan multiple choice question
(MCQ) untuk mengukur prestasi pelajar dalam kursus penyelidikan 1. Pembahagian
konstruk dan kategori-kategori pembolehubah dinyatakan dengan jelas. Hal ini
demikian membentuk suatu pengukuran yang relevan sesuai dengan kehendak
persoalan yang telah dibina. Walaubagaimanapun, terdapat cadangan yang boleh
diketengahkan bagi memperbaiki mutu penjelasan berkenaan instrumen borang selidik

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


iaitu membuat jadual bagi setiap set instrumen supaya pembaca lebih memahami

konsep-konsep konstruk yang diketengahkan.


Kajian rintis yang dinyatakan dalam jurnal ini adalah sesuai dan bertepatan dengan
prosedur penyelidikan yang sebenar iaitu melakukan pilot test kepada 40 orang pelajar
yang berada pada semester pertama. Hasil atau tahap realibiliti bagi borang soal
selidik gaya pembelajaran dan borang soal selidik strategi pembelajaran adalah
signifikan iaitu masing-masing pada nilai Cronbach Alpha Realibility 0.89 dan 0.92.

iii.

Prosedur Pengumpulan Data:


Jurnal ini menyatakan tentang data analisis kajian yang telah menggunakan SPSS
Windows 18.0. Analisis deskriptif telah digunakan untuk mengukur gaya
pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan menggunakan kaedah min dan sisi
piawai. Manakala analisis inferensi telah digunakan untuk mengenalpasti hubungan
antara pembolehubah gaya pembelajaran, strategi pembelajaran dan pencapaian
akademik dengan menggunakan kaedah pekali korelasi Pearson. Kaedah analisis data
yang telah dinyatakan dalam jurnal adalah tepat dan bersesuaian dengan
pembolehubah yang diukur. Walaubagaimanapun, dapat dicadangkan bahawa terdapat
beberapa pembolehubah yang boleh diukur menggunakan kaedah lain seperti analisis
regresi, t-test dan sebagainya bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat dalam

sesuatu kajian.
Penerangan yang jelas tentang kriteria-kriteria atau ciri-ciri sampel tidak dinyatakan
dengan jelas. Hal ini demikian akan menyebabkan keraguan kepada penilai tentang
aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian.

iv.

Analisis Dapatan Kajian


Jurnal ini menerangkan tentang hasil kajian rintis yang telah digunakan bagi
menentukan tahap reliabiliti bagi sesuatu instrumen. Walaubagaimanapun, alat
pengukuran untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini tidak
dinyatakan secara terperinci dalam segenap aspek. Tambahan pula, ulasan yang
dinyatakan dalam jurnal berkenaan alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan
tidak memberi gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dan prosedur kajian rintis
yang sepatutnya digunakan bagi menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu

instrumen kajian.
Kesimpulan dalam kajian dalam jurnal ini sejajar dan konsisten dengan hasil
penelitian yang dibuat oleh penyelidik. Walaubagaimanapun, jurnal ini sepatutnya
5

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


menyatakan lebih banyak sokongan maklumat daripada kajian-kajian terkini dan

terdahulu bagi mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.


Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam jurnal tidak dapat digeneralisasikan
kepada keseluruhan populasi kerana kajian ini menggunakan persampelan secara
bertujuan dan tidak rawak. Keputusan kajian ini hanya mewakili kumpulan subjek

kajian tersebut sahaja.


Aspek penelitian dalam kajian ini merupakan hasil penelitian yang tidak signifikan
kerana hanya menumpukan kepada aspek gaya pembelajaran seperti gaya
pembelajaran secara visual, pendengaran atau auditori, dan kinastetik. Hal ini
demikian terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang seharusnya diberi penekanan
kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri tidak terhad kepada
ketiga-tiga jenis pembelajaran ini sahaja. Gaya pembelajaran yang perlu diberi
penekanan adalah interpersonal, intrapersonal, logik-matematik, muzik, verbal-

linguistik, dan naturalis (Gardner, 2011).


Jurnal juga menyatakan tentang dua bahagian strategi pembelajaran iaitu
pembelajaran secara langsung (direct learning strategies) dan pembelajaran secara
tidak langsung (indirect learning strategies). Aspek-aspek yang terdapat dalam
pembelajaran secara langsung adalah menggunakan strategi kognitif, strategi
mengingat kembali maklumat dan strategi latih tubi. Walaubagaimanapun, hasil
penelitian kajian yang dinyatakan dalam jurnal ini tidak memberi kesan yang
menyeluruh terhadap pencapaian akademik yang baik dalam kalangan pelajar kerana
terdapat pelbagai strategi pembelajaran secara langsung yang seharusnya di ambil
perhatian dalam kajian ini. Antara strategi pembelajaran secara langsung yang lain
adalah strategi pembelajaran secara demonstrasi, penyoalan ditaktik, pengajaran
eksplisit, kuliah masteri, panduan dan bimbingan bacaan, mendengar dan pemerhatian
serta gambaran keseluruhan berstruktur (Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakum &

Mohd Zohir Ahmad, 2007).


Jurnal ini juga menyatakan tentang pembelajaran secara tidak langsung iaitu strategi
metakognitif, strategi afeksi dan strategi sosial. Hasil dapatan kajian juga tidak
signifikan untuk digunakan dalam strategi pembelajaran secara keseluruhan kerana
terdapat pelbagai aspek strategi pembelajaran secara tidak langsung yang seharusnya
dikaji. Hal ini demikian dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan prestasi
akademik dalam strategi pembelajaran secara tidak langsung jika ia mempunyai
impak yang positif dalam diri pelajar. Antara strategi pembelajaran yang lain adalah
6

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


strategi secara kajian kes, pencapaian konsep, pembentukan konsep, pemetaan
konsep, inkuiri, penyelesaian masalah, mencari punca masalah dan pembelajaran
reflektif (Tim Redaksi Kanisius, 2008). Hal ini demikian kerana strategi pembelajaran
secara tidak langsung akan menggalakan penglibatan murid dalam proses
pembelajaran. Ia juga memberi pemahaman yang jelas tentang sesuatu pembelajaran
bagi setiap pelajar yang menggunakan kaedah atau strategi ini. Jurnal tidak
menyatakan perkaitan yang jelas tentang elemen-elemen dalam setiap strategi kerana
saling perkaitan antara elemen tersebut dapat membuahkan hasil yang positif dalam
diri pelajar khususnya dalam mendapat pencapaian akademik yang baik di samping

sahsiah yang unggul.


Hasil dapatan data atau interpretasi oleh penyelidik kajian dalam jurnal ini hanya
mengetengahkan langkah-langkah atau metod dalam aspek strategi yang difokuskan
oleh kajian, pemahaman dan bimbingan dalam menentukan gaya pembelajaran tanpa
memberikan penekanan terhadap pemikiran secara kreatif dan kritikal dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini tidak memberikan pengaruh atau kesan
secara signifikan terhadap pelajar, tenaga pengajar atau perangka kurikulum dalam
menghasilkan sesuatu model atau teori yang memberikan produk atau outcome dalam

menjayakan tujuan sebenar kajian ini.


Hasil kajian dalam jurnal ini berjaya membuktikan bahawa strategi pembelajaran
secara kognitif dan metakognitif lebih berkesan kerana sistem pemerolehan maklumat
dalam setiap pelajar lebih efektif jika menggunakan strategi bayangan atau imaginasi.
Hal ini demikian sangat berkait rapat dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Ulasan yang diketengahkan oleh penyelidik dalam jurnal ini seharusnya
mengaitkan dengan lebih terperinci tentang strategi pengajaran secara kreatif dan
kritis. Kemahiran berfikir secara kreatif merujuk kepada kebolehan menggunakan
minda dalam menjana idea-idea baru, kemungkinan baru, ciptaan baru berdasarkan
pada keaslian dalam penghasilannya dan kemahiran berfikir secara kritis pula adalah
keberkesanan dalam menggunakan minda dalam menilai kesalahan atau kebaikan
satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan dapat memberikan tindak balas atau
respons berdasarkan bukti dan sebab muhasabab (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2007).

2.0 IDEA UTAMA:

Kata kunci kajian yang telah dinyatakan dalam jurnal adalah gaya pembelajaran
(learning style preferences), strategi pembelajaran (language learning strategies), dan
7

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


pencapaian akademik (academic preferences). Kata kunci yang dinyatakan dalam
jurnal bagi kajian ini sejajar dengan tajuk kajian. Walaubagaimanapun, jurnal tidak
menyatakan tentang definisi operasional yang sepatutnya diterangkan dengan lebih
terperinci berdasarkan pandangan daripada pengkaji-pengkaji yang mahir dan tokohtokoh pembelajaran. Tambahan pula, kata kunci kajian ini merupakan pembolehubahpembolehubah yang dijadikan aspek pengukuran bagi menyelesaikan permasalahan
yang terjadi. Pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan juga tidak berdasarkan
teori atau model pembelajaran yang sedia ada. Hal ini demikian akan menyebabkan
hasil dapatan kajian yang tidak signifikan dan tidak dapat memberi kesan yang baik

terhadap penyelesaian kepada permasalahan yang diketengahkan.


Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran dan
strategi pembelajaran bagi pelajar perempuan yang mengambil major bahasa inggeris
di Universiti Taibah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menyiasat hubungan
antara gaya pembelajaran, strategi pembelajaran kepada pencapaian akademik dalam
kursus penyelidikan 1. Hasil dapatan data diperolehi daripada 88 orang sampel secara
bertujuan. Kajian ini juga menggunakan tiga jenis set instrumen borang soal selidik
bagi menjawab semua persoalan yang diutarakan. Prosedur penyelidikan yang sebenar
dapat difahami dengan jelas kerana semua aspek dalam penyelidikan yang dinyatakan
dalam artikel jurnal ini mencukupi. Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian yang
lebih kukuh dan signifikan boleh diperoleh melalui kaedah campuran iaitu kombinasi
antara kaedah kualititatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif tersebut adalah
kaedah temubual berstruktur, pemerhatian dan interpretasi data. Hal ini demikian
kerana gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran pelajar akan lebih mudah di

analisis melalui pemerhatian yang terperinci oleh penyelidik.


Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah: (1) Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran secara visual merupakan
gaya pembelajaran yang sering digunakan dalam kalangan responden, (2) Hasil
dapatan kajian juga menunjukkan strategi pembelajaran yang paling utama digunakan
oleh pelajar adalah strategi kognitif dan diikuti oleh strategi metakognitif, (3) Hasil
dapatan kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya
pembelajaran secara visual dan strategi memori atau mengingat kembali, (4) Hasil
dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya
pembelajaran secara visual dengan strategi afeksi, (5) Hasil dapatan kajian juga
menunjukkan terdapat perhubungan yang lemah di antara gaya pembelajaran dengan
8

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


pencapaian akademik, dan (6) Hasil dapatan kajian membuktikan terdapat hubungan
yang signifikan positif di antara penggunaan strategi pembelajaran dengan pencapaian
akademik dalam kalangan responden.
i.

Hasil dapatan kajian: Gaya pembelajaran secara visual merupakan gaya


pembelajaran yang sering digunakan dalam kalangan responden.
Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat bahawa pelajar lebih suka
melihat benda yang konkrit berbanding ilmu pembelajaran yang hanya disampaikan
kepada mereka melalui perkataan. Menurut penyelidik, kaedah pengajaran secara visual
adalah merangkumi format visual, demonstrasi dan aktiviti yang melibatkan perisian
komputer. Oxford (1990) juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara visual
merupakan gaya pembelajaran yang paling utama digunakan oleh setiap pelajar.
Walaubagaimanapun, setiap individu mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang berbeza.
Oleh yang demikian, gaya pembelajaran secara visual bukan satu-satunya gaya
pembelajaran yang sesuai kerana setiap penerimaan individu adalah berbeza. Selain itu,
setiap individu juga boleh mempunyai gaya pembelajaran yang tidak terhad kepada satu
cara gaya pembelajaran sahaja. Hal ini demikian, kombinasi antara pelbagai gaya
pembelajaran juga merupakan suatu aset kepada pencapaian akademik yang cemerlang
dalam kalangan pelajar.

ii.

Hasil dapatan kajian: Strategi pembelajaran yang paling utama digunakan oleh
pelajar adalah strategi kognitif dan diikuti oleh strategi metakognitif.
Artikel jurnal menerangkan bahawa penyelidik berpendapat responden banyak
menggunakan kaedah pembelajaran secara langsung lebih daripada menggunakan
kaedah pembelajaran secara tidak langsung. Penyelidik juga berpendapat bahawa
kaedah pembelajaran secara langsung dapat membantu pelajar dalam menyimpan dan
mengingat kembali maklumat yang telah diperolehi daripada pembelajaran dan akan
menyebabkan kesan yang positif terhadap perkembangan akademik responden.
Menurut penyelidik, strategi kognitif merangkumi aktiviti seperti mencatat nota,
membuat kesimpulan, membuat analisis, latih tubi, belajar secara berkumpulan dan
menstrukturkan input dalam maklumat. 0Malley dan Chamot (1990) menerangkan
bahawa strategi kognitif merupakan strategi yang popular dalam kalangan pelajar
kemahiran bahawa. Manakala Oxford (1990) juga menyatakan bahawa strategi kognitif
9

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


adalah strategi pembelajaran yang paling utama dalam memudahkan pembelajaran,
pemahaman dan menghasilkan bahasa. Jurnal artikel juga menyatakan bahawa strategi
metakgnitif merupakan strategi pembelajaran yang kedua selepas kognitif iaitu
merangkumi aspek merangka, mengawal dan menilai pembelajaran seseorang. Strategi
ini membantu responden dalam kajian ini untuk berfikir, membantu dan mengawal
tahap pembelajaran mereka sendiri. Penyelidik berpendapat bahawa strategi
metakognitif dapat meningkatkan proses penyimpanan dan mengingat kembali
maklumat. Hal ini demikian sangat berguna dalam meningkatkan perhatian terhadap
memori jangka panjang. Selain itu, penyelidik juga berpendapat bahawa pembelajaran
secara formal dalam kelas, perhatian secara langsung terhadap proses pembelajaran
mampu membolehkan pelajar untuk membezakan jurang maklumat yang berlaku.
Kaedah pengajaran bahasa dan perhatian yang sepenuhnya terhadap proses
pembelajaran adalah dengan membuat latih tubi yang banyak, menganalisis maklumat
dan mencatat nota-nota penting. Walaubagaimanapun, jurnal tidak menyatakan tentang
perhubungan dalam strategi-strategi yang terlibat. Hal ini demikian merupakan jurang
maklumat yang harus dikaji dengan lebih terperinci kerana proses pembelajaran tidak
terhad kepada strategi kogntif dan metakognitif sahaja. Proses pembelajaran
merangkumi aspek yang lain dalam membangun pencapaian akademik dan kemahiran
berfikir para pelajar. Selain itu, jurnal juga tidak menyatakan dengan jelas strategistrategi atau prosedur dalam menggarap strategi pembelajaran yang penting ini. Hal ini
demikian adalah kerana tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membantu para
pelajar, tenaga pengajar dan pihak yang bertanggungjawab dalam merangka kurikulum
pembelajaran dalam memahami dengan lebih terperinci tentang strategi yang sesuai
dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.
iii.

Hasil dapatan kajian: Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya


pembelajaran secara visual dan strategi memori atau mengingat kembali.
Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat bahawa pelajar yang
menggunakan gaya pembelajaran secara visual menggunakan strategi memori secara
meluas iaitu merangkumi pembinaan hubungan mental, menerapkan gambar dan bunyi,
mengkaji semula dan menggunakan tindakan dalam memahami sesuatu maklumat. Hal
ini demikian dapat membantu pelajar untuk menyimpan input yang telah dibaca atau
didengar dan akan dicungkil semula apabila diperlukan. Artikel jurnal juga
menerangkan bahawa pelajar yang menggunakan pembelajaran secara visual
10

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


menggunakan strategi memori untuk menghubungkaitkan antara visual dengan verbal
yang mana ia sangat berguna disebabkan kapasiti bagi minda penyimpanan maklumat
visual adalah sangat besar berbanding minda penyimpanan maklumat verbal.
Penyelidik juga berpendapat bahawa teknik penggumpalan (chunking) merupakan
teknik mengingat yang membantu memindahkan maklumat yang terhasil daripada
gambaran visual kepada memori jangka panjang. Walaubagaimanapun, jurnal tidak
menyatakan dengan jelas tentang pandangan daripada pengkaji-pengkaji terdahulu
tentang hasil dapatan kajian ini. Hal ini demikian menimbulkan keraguan kepada
penilai dalam menyelesaikan permasalahan kajian. Teknik penggumpalan yang
dinyatakan oleh penyelidik juga tidak diberikan gambaran yang jelas dan hal ini tidak
dapat membantu hasil dapatan kajian dalam menyelesaikan masalah yang
diketengahkan. Selain itu, terdapat beberapa teknik mengingat yang amat penting
dalam proses pemerolehan maklumat iaitu teknik latihan, pembelajaran bermakna,
penghuraian dan teknik mnemonik (Suppiah Nachiappan et al, 2012).

iv.

Hasil dapatan kajian: Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya


pembelajaran secara visual dengan strategi afeksi.
Artikel jurnal menunjukkan bahawa penyelidik berpendapat bahawa responden yang
menggunakan gaya pembelajaran secara visual berkebolehan dalam menggunakan
teknik dan tingkah laku seperti meningkatkan motivasi, meningkatkan keyakinan diri,
mengurangkan gemuruh, meningkatkan perasaan puas hati yang berkesan terhadap
pengawalan ke atas emosi dalam pembelajaran. Wooldridge (2006) seperti dalam
Sarasin (2006) menggambarkan bahawa visual adalah sebagai sensitiviti, afeksi, dan
emosi

memainkan

peranan

yang

sangat

penting

dalam

pembelajaran.

Walaubagaimanapun, jurnal tidak menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep


afeksi yang sepatutnya diketengah supaya boleh memberi kefahaman kepada pihak
yang terlibat dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Antara aspek-aspek
afektif yang penting dalam pengawalan emosi responden adalah mengenalpasti emosi
(recognizing), memahami emosi (understanding), melabel emosi (labelling),
mengekspresi emosi (expressing) dan mengawal emosi (regulating) (Suppiah
Nachiappan, 2013).

11

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


v.

Hasil dapatan kajian: Terdapat perhubungan yang lemah di antara gaya


pembelajaran dengan pencapaian akademik.
Jurnal menunjukkan bahawa hasil dapatan kajian ini menyatakan tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah. Walaubagaimanapun,
tidak terdapat pernyataan yang dapat mengukuhkan hasil dapatan kajian ini.

vi.

Hasil dapatan kajian: Terdapat hubungan yang signifikan positif di antara


penggunaan strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam
kalangan responden.
Jurnal menerangkan bahawa penyelidik berpendapat bahawa strategi pembelajaran
dapat membantu dari aspek memudahkan proses pembelajaran dan memantapkan
pemahaman terhadap kursus tersebut. Selain itu, jurnal menerangkan bahawa kaedah
pembelajaran secara langsung sangat memberi kesan terhadap pencapaian akademik
pelajar. Walaubagaimanapun, jurnal kurang menyatakan sokongan daripada pengkajipengkaji terdahulu bagi mengukuhkan hasil dapatan kajian.

3.0 KESIMPULAN:
Secara keseluruhan, artikel jurnal dapat menerangkan dengan jelas gaya pembelajaran dan
strategi pembelajaran yang digunakan oleh majoriti pelajar bagi meningkatkan prestasi dalam
kecemerlangan akademik. Hal ini demikian dapat membantu pelajar yang lemah dalam
prestasi akademik disebabkan kekurangan pemahaman dalam gaya pembelajaran tersendiri.
Selain itu, jurnal juga menerangkan tentang perkaitan antara gaya pembelajaran dengan
strategi pembelajaran yang mempunyai kesan terhadap prestasi akademik. Ia memberi impak
yang positif terhadap pelajar yang tidak dapat mengisi jurang maklumat antara proses
pembelajaran. Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan
kepada keseluruhan sampel kerana kajian ini adalah berdasarkan pemilihan sampel secara
bertujuan iaitu sampel tidak rawak. Hal ini demikian adalah kerana sampel ini hanya
menumpukan kepada jantina perempuan sahaja tanpa mengambil kira jantina lelaki.
Keseimbangan dalam prestasi akademik antara jantina harus diberi perhatian kerana ia
memberi kesan terhadap corak hidup dan masa depan individu tersebut.
4.0 CADANGAN BACAAN LAIN:
a) Psikologi Pendidikan oleh Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz
Abdul Shukor (2008).
Buku ini merangkumi aspek psikologi pendidikan yang terbahagi kepada
Perkembangan Afektif, Perkembangan Bahasa, Konsep Kendiri dan Personaliti,
12

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


Perbezaan Individu dan Pendekatan Konstruktivisme. Buku ini amat bersesuaian
dengan tajuk kajian dalam artikel jurnal kerana aspek tentang afeksi lebih diterangkan
dengan lebih terperinci dan boleh dipraktikkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang sebenar.
b) Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar Edisi Keduan oleh Suppiah Nachiappan,
Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda
Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2012).
Buku ini menerangkan tentang aspek pembelajaran dan perkembangan pelajar di
sekolah menengah yang merangkumi Pelajar sebagai Pembelajar, Perkembangan dan
Keperluan Remaja, Personaliti Pelajar Remaja, Pembelajaran Melalui Kognitif,
Afektif dan Psikomotor, Pembelajaran Berasaskan Minda, Kecerdasan Pelbagai dan
Emosi, Gaya Pembelajaran, Perubahan Tingkah Laku, Kemahiran Pemikiran dan
Dorongan Dalaman terhadap Pembelajaran Remaja. Buku ini amat bersesuaian dan
sejajar dengan tujuan kajian yang mengkaji tentang gaya pembelajaran dan strategi
pembelajaran yang berkesan. Jurnal kajian ini mungkin lebih efektif dengan
pendedahan tentang prosedur pembelajaran dan pengajaran yang diterangkan dengan
jelas berserta contoh atau konsep yang mudah difahami oleh pembaca.
c) Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi oleh
Suppiah Nachiappan (2013).
Buku ini menerangkan dengan lebih jelas tentang peranan proses kognisi dan afeksi
dalam proses pembelajaran. Hal ini demikian dapat dijadikan rujukan oleh penyelidik
seterusnya dalam memberi gambaran yang sebenar tentang sesuatu proses
pembelajaran menggunakan strategi-strategi tertentu. Oleh yang demikian, artikel
jurnal yang dihasilkan juga dapat mengalihkan perhatian pembaca tentang
kepentingan proses kognisi dan afeksi yang selama ini tidak diberi perhatian
sepenuhnya oleh pihak yang terlibat selain memberi pemahaman yang jelas kerana
salah interpretasi terhadap sesuatu maklumat akan memberi kesan yang tidak sfeketif
terhadap output atau produk yang sepatutnya lebih berkesan.
d) Gaya Bahasa dan Proses Kognisi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi
oleh Suppiah Nachiappan (2014).
Buku ini amat penting dalam memudahkan pelajar memahami penggunaan kaedah
kognisi dalam penghasilan tulisan atau teks penulisan. Oleh yang demikian, artikel

13

ROZANA BINTI REDUAN (UPSI)


jurnal kajian ini mungkin boleh memberi cadangan yang bernas sekiranya masih
terdapat jurang maklumat yang tidak dapat dikaji.

Rujukan
Gardner, H. (2011). Frames of mind: the theory of Multiple Intelligence. Cambridge: Basic
Books.
Mohd Azhar Abdul Hamid. (2007). Meningkatkan daya fikir. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Oxford, R. (1990). Language learning strategies: what every teacher should know. Boston:
Heinle and Heinle.
OMally, M., & Chamot, A. (1990). Learning strategies in second language acquisition. First
Edition: Cambridge University Press.
Sarasin, L. (2006). Learning style perspectives: impact in the classroom. Second Edition:
Atwood Publication.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakum & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Suppiah Nachiappan. (2008). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan et al. (2012). Pembelajaran dan perkembangan pelajar edisi kedua.
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan. (2013). Proses kognisi dan afeksi: kaedah pedagogi hermeneutik dan
interpretasi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Suppiah Nachiappan. (2014). Gaya bahasa dan proses kognisi: kaedah pedagogi
hermeneutik dan interprestasi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tim Redaksi Kanisius. (2008). Paradigma pedagogi reflektif. Jakarta: Penerbit Kanisius.

14

Вам также может понравиться