Вы находитесь на странице: 1из 11

Ketibaan

Tetamu
-jemputan
-yang
diraikan
Jamuan
ringan
8.30 pagi

Assalamualaikum w.b.t dan salam


sejahtera,
Dijemput semua tetamu mengambil
tempat kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang
Diraikan Pn Hajah Fatimah bt Abd
Wahab dan suami beliau Tn Haji
dengan diiringi dif-dif jemputan
masuk ke dewan. Dipersilakan semua
jemputan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria,
Hari yang berbahagia penuh
bermakna,
Kami bawakan kepada anda Majlis

sempena persaraan Pn Hajah


Fatimah bt Abdul Wahab Guru
Cemerlang Bahasa Inggeris SK
Kampung Tun Razak
Majlis perarakan diiringi dengan
paluan kompang daripada pasukan
kompang dan penari-penari cilik
daripada murid-murid Prasekolah SK
Kampung Tun Razak serta muridmurid tahap 1..
Terima kasih, semua hadirin dijemput
duduk.

Amir

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t, salam
sejahtera, salam 1 Malaysia, salam

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis kita pada hari
yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz
Mohamad Yasir bin
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*********** (Doa)
Ucapan
Alu-aluan

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
Al Fadil Ustaz atas bacaan doa itu
tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis bernama Cik Siti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati Tn Haji Zaini b.
A.Hasan Pegawai SIP+
Pej Pendidikan Daerah Melaka
Tengah

Yang Diraikan
Pn Hajah Fatimah bt Abd Wahab
Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SK
Kampung Tun Razak
Yang Berusaha Pn Aisah bt Mohd
Johar
Guru Besar Sek Keb Kampung Tun
Razak
Yang Berusaha En Salleh bin Ali
Guru Penolong Kanan 1
Yang Berusaha Pn Nooraini binti
Othman
Guru Penolong Kanan 1
Yang Berusaha
Puan Noorbaini binti M.Yusoff Guru
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati
En.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-guru, SK Kampung Tun Razak.
Yang Dihormati
Mantan Guru Besar
Puan Aminah Binti Umar
Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,

Seterusnya
Rakan-rakan guru, ibu bapa, muridmurid, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis
sempena persaraan Yang Diraikan
Pn Hajah Fatimah bt Abdul Wahab
Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SK
Kampung Tun Razak
Terlebih dahulu kami ingin
mengucapkan syukur Alhamdulillah
kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan Pn Hajah Fatimah bt Abdul
Wahab Guru Cemerlang Bahasa
Inggeris SK Kampung Tun Razak
dalam majlis..

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan
atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang Diraikan Pn
Hajah Fatimah bt Abdul Wahab
sepanjang perkhidmatan beliau di
dalam dunia pendidikan yang berakhir
sebagai Guru Cemerlang Bahasa
Inggeris SK Kampung Tun Razak

Persembahan Hadirin dan hadirat yang dihormati


Multimedia sekalian..
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan Pn
Hajah Fatimah binti Wahab
Kita saksikan persembahan
multimedia berikut..
****** bacakan biodata beliau
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan
persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan Puan Hajah
Fatimah . .
Mudah-mudahan ianya dapat memberi
sumber inspirasi buat kita semua.
Ucapan GB

Hadirin yang dihormati,

Tak molek jika ada alu tiada


lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada
perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada
yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati


5

Allah sekalian
Majlis menjemput Puan Aisah bt
Mohd Johar Guru Besar SK Kampung
Tun Razak bagi menyampaikan
ucapan. Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Puan
Aisah bt Mohd Johar Guru Besar SK
Kampung Tun Razak atas ucapan
sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita
nanti-nantikan iaitu ucapan daripada
Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah bt
Wahab. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
***Ucapan Pn. Fatimah
Majlis merakamkan setingi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah atas
ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita


Persembahan pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan puisi khas
daripada Linda Raihana tahun 4
Inovatif yang berjudul Number 1
Teacher. Dipersilakan.
6

**** persembahan
Semoga kita terhibur dengan
persembahan khas yang cukup
istimewa sebentar tadi. Seterusnya
dipersilakan persembahan Dondang
Sayang, dari Aidil Syamil dan Haziq
Terima kasih diucapkan.
Persembahan seterusnya ialah
daripada murid-murid Tahun 5 I
Dan diikuti dengan deklamasi sajak
oleh Alif Smin daripada 5 I
Terima kasih kepada murid-murid
Tahun 5 I..
Seterusnya majlis mempersilakan
Syazliana dari dari tahun 5 D dengan
lagunya Hilang
Terima kasih Syazliana..
Hadiah

Majlis diteruskan dengan upacara


penyampaian hadiah dan cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu Pn Hajah Fatimah
Untuk itu, Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan
mempersilakan Pn Aisah bt Nohd
Johar mengiringi Yang Diraikan Pn
Fatimah bt Abd Wahab untuk
menerima cenderamata kenangkenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan


7

penyampaian cenderamata daripada


wakil-wakil kelas.
Rujuk senarai hadiah

Itulah tadi upacara penyampaian


cenderamata kenang kenangan khusus
untuk Yang Diraikan Pn Hajah
Fatimah
Majlis merakamkan ribuan terima
kasih kepada Yang Diraikan Pn
Fatimah Abd Wahab atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi. Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih
di atas kesudian Yang Berusaha Pn
Aisah Mohd Johar mengiringi Yang
Diraikan Pn Fatimah sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke
puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk Cikgu Fatimah
Guru umpama bintang cemerlang
8

Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis
kita pada hari ini.
Penutup

Majlis mengucapkan ribuan terima


kasih kepada Yang Diraikan Pn Hajah
Fatimah kerana sudi untuk bersama
kita pada hari yang penuh bermakna
ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah
bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis

Dikesempatan ini juga, kami ingin


memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
9

Sekian sahaja, salam hormat, Wa


BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh

10

11

Вам также может понравиться