Вы находитесь на странице: 1из 34

1

PENDAHULUAN
Cabaran dalam sesebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan
yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju
yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah
organisasi. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan
sesebuah organisasi meningkatkan mutu disiplin dan ketrampilan warga
organisasi.
Kepimpinan

merupakan

satu

aktiviti

pengurusan

yang

selalu

diperkatakan dalam mana-mana juga institusi atau organisasi. Pemimpin


biasanya diharapkan dapat memainkan peranan yang efektif dalam berbagai
aspek termasuk merancang, berkomunikasi, membuat keputusan, mengawal
serta mengendalikan konflik. Manakala para pentadbir pula, selalu melihat diri
mereka sebagai mempunyai keupayaan untuk mengalih panduan organisasi
yang mereka pimpin. Mereka menerima kedudukan baru dengan harapan
akan memperbaiki masalah yang dihadapi oleh pentadbir sebelumnya
(Aminuddin, 1994). Konklusinya, Kepimpinan boleh dinyatakan sebagai satu
konsep yang merangkumi keseluruhan tanggungjawab pentadbiran atau
pengurusan
1

KEPIMPINAN PENDIDIKAN
Soal kepimpinan dalam pentadbiran pendidikan, sememangnya tidak
dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dalam pendidikan
masa kini membayangkan keinginan individu, masyarakat dan negara
untuk berubah.
Pengurusan

pendidikan

adalah

satu

lapangan

ikhtisas.

Lapangan ikhtisas bermakna bidang kerja yang berdasarkan kepada


ilmu

yang

mendalam

dan

memerlukan

pengamal-pengamalnya

menjalani pendidikan atau latihan formal yang agak panjang untuk


membolehkannya

mengamalkannya

bidang

ikhtisas

itu.

Satu

perbezaan yang jelas di antara bidang ikhtisas yang lain ialah


penyelesaian masalah dalam pengurusan pendidikan dipengaruhi
secara langsung oleh berbagai faktor di luar bidang kuasa pengurus
1

pendidikan itu sendiri dan faktor-faktor di luar ini perlu diambil kira
secara langsung kerana ianya mempunyai implikasi yang terus kepada
penyelesaian masalah di dalam proses pendidikan itu sendiri. Ini
bermakna kejayaan lapangan ikhtisas pendidikan adalah bergantung
kepada faktor-faktor di dalam masyarakat. Guru besar merupakan
pengamal di dalam bidang pengurusan pendidikan mestilah mengambil
kira faktor-faktor ini secara langsung sekiranya beliau ingin menjadi
seorang pengurus yang berjaya.
Menurut

Hussien

(1993),

kepemimpinan

pengetua

yang

bercorak reaktif atau semata-mata memainkan peranan sebagai


penjaga sekolah, menumpukan perhatian kepada tugas bukan
profesional, adalah tidak sesuai sama sekali. Lebih-lebih lagi peranan
tersebut tidak dpat menangani cabaran yang dibawa atau dihasilkan
oleh inovasi.
Pengetua yang berkesan adalah seorang yang boleh menerajui
sekolah ke arah kecemerlangan. Dalam kajian Howell (1981) lebih
banyak masa yang ditumpukan oleh pengetua terhadap kerja-kerja
bukan pengajaran daripada pengajaran di sekolah-sekolah. Dalam
kajian Croff (1968) mendapati bahawa hanya 50% daripada guru di
sesebuah sekolah pernah melihat pengetua mengajar dan menyelia,
selebih itu pengetua menumpukan kerjanya terhadap hal-hal disiplin
dan kerja-kerja pentadbiran yang lain.
2

PANDANGAN SARJANA
1

Fred Edward Fiedler


Fred edward Fiedler merupakan pengasas kepada teori
kontigensi. Daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh Fiedler,
beliau merumuskan bahawa kepemimpinan yang berkesan
tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variasi iaitu gaya
kepemimpinan dan tahap sokongan persekitaran. Tingkah laku
pemimpin

mungkin

digerakkan

oleh

tugasan

ataupun

perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga


dimensi.
Beliau juga mengenal pasti dua ciri utama hasil daripada
analisis beliau tentang kepelbagaian definisi kepimpinan iaitu
keupayaan menjana rasa hala tuju dan keyakinan dalam
kalangan pengikutnya. Ciri yang kedua ialah mempengaruhi
pengikut ke arah mencapai matlamat.
2

Hersey dan Blanchard


Kedua-dua tokoh ini telah menggabungkan dan meluaskan idea
Grid Pengurusan Blake and Mouton serta Model Kontinjensi
Fiedler. Keberkesanan pemimpin berasaskan situasi. Terdapat
empat gaya kepemimpinan yang diutarakan oleh mereka, iaitu
gaya

memberitahu,

menjual,

mengambil

bahagian

dan

menurunkan tanggungajwab. Penggunaan gaya kepemimpinan


yang

berbeza-beza

perlu

disepadankan

dengan

tahap

kematangan ahli dalam kumpulannya.


Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan dua
aspek

yang

khusus

iaitu

kematangan

psikologikal

iaitu

keyakinan, kebolehan dan kesediaan ahli untuk menerima


tanggungjawab yang diberikan. Seterusnya ialah kematangan
pengendalian tugas, iaitu kemahiran dan pengetahuan teknikal
yang dimiliki.
3

Tom Peters Dan Nany Austin


Menurut Tom Peters dan Nany Austin dalam bukunya A.
Passion For Excellence (1985) kepimpinan bererti vision,
cheerleading, ethusiasm, love, trust, verve, passion, obsession,
consistency, the use of symbols paying attentons illustrated by
the content of on ones calendars, out and out drama (the
management thereof) creating henoes at all levels, coaching
effectively wandering around and naerous other things
3

Mereka menyatakan bahawa kepemimpinan mempunyai


makna yang luas. Kepimpinan dianggap sebagai proses untuk
mengarahkan

dan

mempengaruhi

aktiviti-aktiviti

anggota

kelompok.
2

TEORI KEPIMPINAN
1

TEORI TRADISIONAL - TEORI TINGKAH LAKU


Teori tingkah laku memberikan tumpuan kepada bagaimana pemimpin
bertingkah laku dalam proses kepemimpinan. Teori tingkah laku
merupakan pengarah dominan dalam kajian kepemimpinan yang
berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari
secara formal dan tidak formal.
Antara teori tingah laku ialah Teori X dan Teori Y oleh Douglas
Mcgregor (1960). Teori X dan Teori Y mewakili perbezaan dalam cara
seseorang pemimpin beranggapan terhadap stafnya dalam sesebuah
organisasi.

Dalam

teori

X,

pemimpin

beranggapan

stafnya

dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan mengelakkan tugas


kecuali dipaksa, tidak akan memberikan kerjasama kecuali diarahkan
dan dikawal. Dengan demikian, pemimpin akan bertingkah laku lebih
autokratik, bertindak mengarah dan mengawal stafnya dalam proses
kerja. Selagi pemimpin bertingkah laku atas andaian Teori X,
organisasi tidak akan mempunyai ruang dan peluang untuk stafnya
memaksimumkan kebolehan dan potensi mereka.
Pemimpin Teori Y beranggapan stafnya sebagai rajin, melihat
kerja sebagai suatu perkara semula jadi seperti bermain atau
beristirehat

akan

memupuk

kerjasama,

bercita-cita

tinggi

dan

mempunyai sikap positif terhadap kerja. Pekerja sememangnya


mencari dan mahukan tanggungjawab kerana sifat itu membawa
kepuasan kepada dirinya. Oleh yang demikian, pemimpin akan
mengurangkan kawalan malah mengupayakan mereka (empower)
dalam pelaksanaan tugas.

Guru besar menggunakan teori tingkah laku iaitu teori Y. Semua


guru di sekolah dianggap melaksanakan kerja dengan penuh komited
dan jujur. Dari segi kokurikulum, guru besar menyerahkan sepenuhnya
kepada guru penolong kanan kokurikulum dan juga setiausaha
kokurikulum untuk menyelia aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai
langkah penilaian, laporan perlu dihantar dan ditandatangani oleh guru
besar bagi mengesahkan gerak kerja guru di sekolah.
2

TEORI SITUASI TEORI SITUASI HERSEY DAN BLANCHARD


(1977)
Satu model gaya kepimpinan yang mengikut kepada situasi orang
bawahan dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat
dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu, menjual, penyertaan dan
penyerahan tugas. Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang
bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya.
Tetapi tidak ada satu gaya yang dianggap sebagai terbaik kerana ia
bergantung pada situasi, pengalaman pengikut dan tugas yang perlu
dilaksanakan.
Gaya kepimpinan memberitahu adalah gaya kepimpinan yang
dikatakan pemimpin yang tidak mempercayai orang bawahannya dan
banyak memberi arahan kepada orang bawahan untuk melakukan
segala sesuatu yang perlu dilakukan tanpa melihat hubungan antara
pemimpin dengan orang bawahannya. Gaya kepimpinan menjual
menunjukkan hubungan tinggi dari segi penyelesaian masalah dan
hubungan dengan orang bawahan adalah rapat sebagai satu
organisasi.

Pemimpin

akan

menerangkan

lebih

lanjut

tentang

pendapatnya mendapat sokongan daripada pengikut.


Gaya kepimpinan menyertai dilihat dengan perilaku pemimpin
yang lebih banyak memfokuskan perhatian pada kualiti hubungan dan
kurang memperhatikan penyelesaian tugas-tugas. Gaya kepimpinan
menyerahkan tugas menunjukkan peningkatan kepercayaan yang
tinggi dari pemimpin terhadap orang bawahannya dan memberikan

kepercayaan orang bawahan untuk melakukan tugasnya sendiri


dengan sedikit pengarahan.
Guru besar sekolah ini dilihat menggunakan teori situasi ini
pada bahagian gaya kepimpinan menyerahkan tugas kepada semua
guru. Dengan menggunakan surat hebahan dan juga perjumpaan
secara dua mata, guru besar menyatakan kerja dan menyerahkan
tugasan kepada guru. Contohnya bagi setiap pengajaran matematik,
guru besar mengarahkan setiap guru matematik menjalankan aktiviti
petak seratus bagi meningkatkan daya kiraan murid-murid.
Gaya kepimpinan menjual juga dilaksanakan oleh guru besar.
Contoh yang paling hampir ialah hubungan guru besar bersama
kumpulan

guru

UPSR

sekolah.

Perbincangan

secara

berkala

mengenai program dan juga penunjuk prestasi murid menjadikan


kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan yang kuat untuk mendapatkan
keputusan UPSR yang cemerlang.
3

TEORI SEMASA - KEPIMPINAN MORAL


Kepemimpinan moral memberikan perhatian kepada nilai dan etika
pemimpin di mana pengunaan kuasa dan pengaruh adalah atas
pertimbangan yang baik dan benar. Sergiovanni (1992) mendefinisikan
kepemimpinan

moral

sebagai

suatu

bentuk

bimbingan

yang

memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip dan pegangan nilai


yang terpuji. Unsur-unsur moral harus disebatikan dalam cara hidup
seseorang pemimpin moral. Pemimpin sekolah harus mempamerkan
nilai etika yang boleh dicontohi oeh pelajar, ibu bapa dan komunitinya.
Nilai moral sememangnya sangat penting bagi seorang
pemimpin. Seorang pemimpin dilihat sebagai seorang yang sempurna
bagi orang dibawahannya. Manusia tidak ada yang sempurna namun
sebagai seorang pemimpin mereka harus memberikan yang terbaik
kepada orang di bawah jagaan mereka.
Guru besar di sekolah merupakan seorang yang disegani oleh
guru-guru lain di dalam daerah Besut. Sebagai seorang panel bahasa
melayu penulisan, beliau menunjukkan sifat pemimpin yang baik dari
6

segi moral dan juga berdisiplin. Bermula dengan penonjolan diri


sebagai seorang kakitangan awam, pemakaian guru besar sangat
kemas dan sentiasa bertali leher. Sikap dan percakapan yang jelas
serta berbudi bahasa menjadikan guru besar semakin disegani dan
guru-guru di sekolah sangat menghormati beliau.
4

BENTUK KEPIMPINAN GURU DI MALAYSIA


The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by
teachers who continue to teach students but also have an influnce taht
extends beyond their own classrooms to others within their own school
and elsewhere (Danielson, 2006 : 12)
Danielson

melihat

kepimpinan

guru

sebagai

himpunan

kemahiran pada seseorang guru yang selain daripada mengajar ada


mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama
ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini
menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan prestasi sekolah,
khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut pandangan tradisional, kerja guru dilihat sebagai pasif
di mana guru akan menunggu arahan dan tunjuk ajar dari pihak atasan
sebelum dia bertindak. Maka, penggubalan kurikulum dibuat oleh
pakar manakala guru cuma akan melaksanakannya sahaja. Selain itu,
guru seolah-olahnya tidak mempunyai halatuju sendiri dan mesti
mengharapkan pengetua membekalkan halatuju tersebut.
Dari sudut pandangan kepimpinan guru, bidang kegururan
dilihat sebagai kerja profesional di mana pihak guru dibantu dalam
pelaksanaan tugasnya oleh hasil kajian dan maklumat. Guru pemimpin
juga membina perkongsian bestari dengan guru-guru lain dan pakarpakar dalam bidang tertentu. Contohnya, seorang guru Biologi boleh
mendapat bantuan kepakaran daripada personel kesihatan, pengawai
teknikal di Jabatan Alam Sekitar dan Ekologis di Taman Botanika.
Di sekolah-sekolah negara ini, guru-guru yang banyak dari segi
pengalaman dan tempoh perkhidmatan akan dilantik sebagai ketua
panitia mata pelajaran. Kepimpinan golongan guru ini sangat penting
7

untuk

meningkatkan

pengurusan

dan

prestasi

mata

pelajaran

berkenaan. Panitia mata pelajaran merupakan badan ikhtisas yang


dianggotai semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di
sesebuah sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986 : Panitia Mata
Pelajaran menyatakan peranan dan fungsi ketua panitia. Implikasinya
ialah ketua panitia adalah seorang guru yang mahir dalam pengurusan
akademik dan mampu memimpin rakan-rakan guru yang mengajar
subjek yang sama dengannya.
3

PERLAKSANAAN PROGRAM DI SEKOLAH


1

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


Latihan dalam perkhidmatan adalah salah satu program kemajuan staf
bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan keguruan
secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasa
berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru
(FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Perancangan, Pengurusan Dan Perlaksanaan
Pengenalan Program
Latihan dalam perkhidmatan yang telah dilaksanakan di sekolah ialah
Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Pelan ini
adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia
ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme
berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta
memperkasa profesion keguruan.
Rasional Program
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua guru dan
kakitangan sekolah mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.
8

Visi
Visi program ialah memberi latihan berterusan yang berkualiti, kemas
kini

dan

berterusan

ke

arah

meningkatkan

kecemerlangan

profesionalisme keguruan.
Carta Organisasi
Penasihat
Tuan Haji Saidi Bin Jusoh
(Guru Besar)
Pengerusi
Puan Hajah Hapisah Bt Hamzah
(Penolong Kanan 1)
Naib Pegerusi
Encik Amran Bin Ibrahim
(Penolong Hal Ehwal Murid)
Setiausaha
Encik Ahmad Roslee bin Mohamad
Naib Setiausaha
Encik Mohd Nizam
Penyediaan Tempat Dan Sistem Pa
Cik Wan Hasnawati Aida
Encik Zaidi Bin Haron
Peserta Kursus
Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Seri Payong

Jadual Program
Slot/Masa

Aktiviti

Penceramah

1.30pm

Peranan dan

Hajah Hapisah Bt Hamzah

2.00pm

tanggunjawab guru

(Guru Penolong Kanan 1)

2.00pm

Penataran Pelan

Tuan Haji Saidi Bin Jusoh

3.00pm

Pembangunan

(Guru Besar)

Profesionalisme
Berterusan

3.00pm

Penyediaan Portfolio

Hajah Hapisah Bt Hamzah

3.30pm

Individu guru

(Guru Penolong Kanan 1)

Kursus ini dimulakan dengan penerangan oleh penolong kanan


pentadbiran iaitu Puan Hajah Hapisah Hamzah mengenai peranan dan
tanggungjawab. Beliau juga menerangkan mengenai penataran pelan ini yang
10

mempunyai 6 bahagian utama. Antara subtajuk yang diterangkan oleh beliau


ialah skop kerja guru dan juga sasaran kerja tahunan. Beliau juga
mengingatkan kepada semua guru untuk menyediakan fail untuk simpanan
rekod dan juga bahan kursus. Dalam bahagian B pula, guru-guru diterangkan
mengenai apakah sebenarnya pelan pembangunan profesional. Skop yang
ditekankan ialah matlamat masa hadapan yang ingin dicapai oleh guru sama
ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Seterusnya ialah guru
perlu

bijak

dan

kreatif

dalam

menyediakan

aktiviti

tambahan

bagi

penambaikan sesuatu program yang dijalankan. Semua guru juga diingatkan


supaya menyertai semua aktiviti yang melibatkan Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan.
Guru besar mengambil alih kursus dengan menerangkan bahagian C
sehingga bahagian F. Bahagian C merupakan sumbangan guru kepada
organisasi atau kepada profesion keguruan. Sumbangan yang kecil juga
dikira sebagai proses peningkatan yang ditunjukkan oleh guru. Setiap guru
perlu peka dan tahu mengenai bidang tugas masing-masing. Guru juga
seboleh-bolehnya memberikan sumbangan kepada pihak kementerian dan
juga jabatan pelajaran negeri.
Setiap gerak kerja yang disediakan oleh guru perlu dibukukan supaya
dapat dijadikan sebagai panduan untuk menjalankan tugasan sepanjang
tahun. Perancangan ini harus dilakukan sendiri oleh setiap guru bagi
memastikan gerak kerja dilakukan mengikut kemampuan dan juga bidang
masing-masing. Kelonggaran ini diberikan oleh guru besar supaya guru tidak
terlalu terikat dengan tugasan yang bukan di dalam bidang mereka. Guru
besar mengambil pendekatan dalam teori situasi dan ini memudahkan guruguru di sekolah.
Sebelum memulakan sesi seterusnya, guru besar berbesar hati
menyediakan sedikit jamuan bagi semua guru yang hadir kursus pada hari
tersebut. Jamuan ini disediakan bertujuan bagi menarik minat guru untuk
terus bersemangat menjalani kursus.
Seterusnya pada bahagian E menerangkan bahawa setiap kerja yang
cemerlang akan diberikan anugerah pencapaian oleh pihak jabatan. Penat
lelah guru akan dihargai oleh pihak jabatan dan disebabkan bilangan guru
yang ramai, guru yang betul-betul menonjolkan diri akan lebih dipandang.
11

Sehubungan dengan itu, guru besar menggunakan pendekatan teori


transactional dengan menjanjikan habuan bagi guru yang komited dan
memperlihatkan hasil yang baik sepanjang tahun 2015.
Bahagian F iaitu bahagian yang terakhir juga ditekankan oleh guru
besar. Bahagian F merupakan penilaian ini merupakan bukti daripada guru
untuk ditunjukkan kepada nazir atau pengawai dari kementerian yang hadir.
Borang penilaian juga akan diberikan oleh pihak pentadbir untuk diletakkan di
dalam fail diri guru masing-masing. Penerangan yang jelas oleh guru besar
mempercepatkan masa kursus dan sesi tambahan dapat dilakukan.
Sesi tambahan yang dimaksudkan ialah sesi soal jawab di antara guru
besar dan guru. Sesi ini dinamakan sebagai dialog profesional telah
dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Banyak soal jawab
mengenai tugasan guru dan juga objektif sebenar pelan ini dilaksanakan.
Impak Kursus Kepada Guru
Pelan

pembangunan

profesonalisme

berterusan

merupakan

rentetan

daripada pelan pembangunan pendidikan malaysia. Setiap guru perlu proaktif


dalam setiap perkara yang diceburi oleh mereka.
Guru di zaman kini menghadapi pelbagai cabaran dari segi teknik
pengajaran yang terbaru dan juga sukatan yang terkini. Seorang guru perlu
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kebolehan bagi
menampung apa yang ingin dicapai oleh pihak kementerian. Program ini
merupakan salah satu perkara yang boleh membantu guru menjadi guru yang
serba boleh. Segala gerak kerja guru juga boleh dinilai berdasarkan rekod
yang disimpan.
Guru-guru juga dilihat lebih bersedia dengan adanya latihan-latihan
seperti ini. Latihan ini sebenarnya memberi panduan dan pengetahuan
kepada guru terutamanya kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat
sebagai guru.
Pendekatan Kepimpinan Oleh Guru Besar

12

Guru

besar

memandang

serius

mengenai

Pelan

Pembangunan

Profesionalisme Berterusan ini kerana ianya melibatkan prestasi dan


pencapaian guru. Latihan ini segera dilakukan bagi membantu guru
menyelesaikan penyediaan fail. Ini juga akan memudahkan dari pihak guru
besar apabila sekolah dipantau oleh pihak nazir atau jabatan.
Guru besar sekolah dilihat menggunakan teori situasi ini pada
bahagian gaya kepimpinan menyerahkan tugas kepada semua guru. Dengan
menggunakan surat hebahan dan juga perjumpaan secara dua mata, guru
besar menyatakan kerja dan menyerahkan tugasan kepada guru. Contohnya
bagi setiap pengajaran matematik, guru besar mengarahkan setiap guru
matematik menjalankan aktiviti petak seratus bagi meningkatkan daya kiraan
murid-murid.
Gaya kepimpinan menjual juga dilaksanakan oleh guru besar. Contoh
yang paling hampir ialah hubungan guru besar bersama kumpulan guru
UPSR sekolah. Perbincangan secara berkala mengenai program dan juga
penunjuk prestasi murid menjadikan kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan
yang kuat untuk mendapatkan keputusan UPSR yang cemerlang.
Kekuatan
Objektif kursus yang ingin dicapai oleh pihak pentadbir dilihat berjaya dengan
jawapan refleksi yang diterima setelah tamat kursus. Setiap kursus yang
dijalani oleh guru akan diminta menulis sedikit refleksi mengenai kefahaman
mereka. Guru besar juga berharap semua guru dapat menyahut Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan ini sebagai satu panduan dan
petunjuk prestasi guru masing-masing.
Kesimpulan Dan Penambahbaikan
Latihan dalam perkhidmatan pula memerlukan lebih banyak penambahbaikan
dari segi penyampaian. Penggunaan bahan media perlu digunakan di masa
hadapan bagi memudahkan guru-guru membaca sendiri kandungan bahan
yang ada. Penerangan daripada guru besar menjadikan guru kurang fokus
dan ada sebilangan guru yang mengantuk. Persembahan media menjadikan

13

guru lebih fokus apabila dapat membaca sambil mendengar daripada guru
besar.
2

TEMU MURNI TAHUN 6


Majlis temu murni merupakan salah satu perkara yang diutamakan
oleh guru besar di sekolah ini. Penglibatan ibu bapa di sekolah
merupakan perkara yang ditekankan oleh pihak pengurusan sekolah.
Hal ini selari dengan 11 anjakan yang termaktub di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Anjakan yang ke
sembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas.

Perancangan, Pengurusan Dan Perlaksanaan


Pengenalan Program
Program temu murni dan ceramah motivasi keibubapaan adalah
progrma yang diadakan setipa tahun. Ianya bertuhuan yntuk memberi
laluan kepada ibu bapa bertemu muka dengan semua guru yang
mengajar di tahun 6 dan bersoal jawab tentang prestasi akademik
anak-anak mereka. Penceramah luar dipanggil khas untuk memberi
oendedahan tentang cara-cara yang berkesan untuk mendidik dan
memantau anak-anak khususnya.
Objektif
1. Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru-guru dan ibu bapa
murid tahun 6.
2. Mengamalkan buaya penyayang dan saling menghargai antara
satu sama lain.
3. Ibu bapa dapat bertukar-tukar idea dan endapat dan berbincang
menegani permasalahan anak-anak.
14

Carta Organisasi
Penasihat
Tuan Haji Saidi Bin Jusoh
(Guru Besar)
Pengerusi
Puan Hajah Hapisah Bt Hamzah
(Penolong Kanan 1)
Naib Pegerusi 1
Encik Amran Bin Ibrahim
(Penolong Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2
Encik Ahmad Khairi bin Jusoh
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
Encik Zaidi bin Haron
(Guru Bimbingan)
Bendahari
Tuan Hj Nizam bin Daud
(Penyelaras UPSR)
Penyediaan Tempat Dan Sistem Pa
Suhaimi Bin Zakaria
Ahmad Roslee Bin Mohamad
Makan Dan Minum
Rossalmi Bt Zarawi
15

Noraini Bt Yaacob
Jemputan
Mohd Safwan Bin Ibrahim
Cenderahati
Wan Rosenani Bt Wan Daud
Pendaftaran
Siti Halijah Bt Mohamod
Zilawati Bt Salleh
Siaraya
Shukry Bin Mohamed Zain

Dokumentasi Dan Publisiti


Cik C.Wan Hasnawati Aida
Bacaan Doa
Mohd Zaki Bin Shafie
Pengerusi Majlis
Zaidi Bin Haron
Pemplet
Zaidi Haron
Peserta Kursus
Guru-Guru UPSR Sekolah Kebangsaan Seri Payong
Ibu Bapa Murid Tahun 6
Murid Tahun 6

Tentatif Program
16

Masa / Waktu

Program

9.30 A.M

Program Temu Murni bersama guru-guru


mata pelajaran.

10.30 A.M

Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar

11.00 A.M

Ceramah Motivasi Keibubapaan Oleh :


Ustaz Kamarudin Bin Mat Sharil (Unit
Dakwah Dan Nasyid Pejabat Agama
Daerah Besut)

12.30 P.M

Soal Jawab

12.45 P.M

Bersurai

Jawatankuasa UPSR Sekolah Kebangsaan Seri Payong


telah mengadakan Majlis Temu Murni Tahun 6 yang melibatkan guruguru, Murid Tahun 6 serta para ibu bapa. Program ini adalah bagi
mencambahkan lagi usaha dan komitmen para ibu bapa serta murid
tahun 6 sendiri dalam mencipta kejayaan anak masing-masing.
Pertemuan dua hala ini diadakan di Dewan Terbuka SKSP dengan
membentangkan prestasi TOV murid tahun 6 serta merangka gerak
kerja serta kerjasama dua hala pihak sekolah dan ibu bapa.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk membincangkan
masalah atau kekurangan yang ada pada sistem pembelajaran di
sekolah. Selain itu, guru mata pelajaran boleh berjumpa dengan ibu
bapa murid bagi membincangan mengenai prestasi peperiksaan TOV
pada bulan Februari yang lalu. Selain itu, guru dapat mengenali murid
mereka dengan lebih dekat dan tahu mengenai aktiviti mereka
17

dirumah. Tujuan lain ialah pihak sekolah ingin memohon kerjasama


daripada semua ibu bapa agar dapat membantu guru memantau
pembelajaran anak mereka di rumah. Penyediaan ruang pembelajaran
di rumah dilihat sebagai satu perkara utama yang harus disediakan
oleh ibu bapa.
Perjalanan program berjalan dengan lancar. Sesi pertama
merupakan sesi ibu bapa bertemu dengan guru mata pelajaran di
dalam kelas tahun 6 iaitu kelas murid masing-masing. Kehadiran ibu
bapa di sekolah dapat memberikan guru lebih ruang untuk mengenali
murid mereka dengan lebih baik. Perbincangan ini turut disertai oleh
guru besar kerana beliau merupakan salah seorang panel pembuat
soalan dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan.
Ibu bapa bergilir untuk berjumpa dengan guru mata pelajaran
bagi membincangkan prestasi anak mereka. Semasa perjumpaan ini
juga, guru mata pelajaran menyerahkan kad atau buku kemajuan
murid kepada ibu bapa yang hadir. Antara masalah utama yang
dihadapi oleh murid ialah kekurangan bahan latihan dan juga sumber
rujukan. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa tidak bersedia
sewaktu TOV dijalankan. Perbincangan secara profesional antara guru
dengan ibu bapa telah melahirkan beberapa idea yang menarik untuk
dijadikan sebagai cara untuk mengatasi masalah yang timbul. Suasana
positif dapat diwujudkan ketika sesi ini berlangsung.
Sesi kedua diteruskan pada jam 11.00 pagi di Dewan Seri
SKSP. Sesi kedua ini merupakan ceramah motivasi kepada ibu bapa,
murid serta semua guru UPSR tahun 2015. Sesi ini dimulakan dengan
motivasi yang disampaikan oleh guru besar. Dalam ucapan beliau
tersebut, mengingatkan kepada semua guru supaya memberikan
100% dalam mendidik murid dan sentiasa berfokus bagi membantu
murid tahun 6 mencaai kejayaan di dalam UPSR. Pesanan juga
diberikan kepada ibu bapa yang hadir bagi sama-sama memantau
pergaulan, aktiviti serta pendidikan anak-anak di rumah. Ibu bapa perlu
mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dengan menyediakan
satu sudut bacaan atau ruang pembelajaran di dalam rumah. Selain
itu, penggunaan telefon pintar di kalangan murid akan merencatkan
18

perkembangan mereka dari segi sosial. Sepatutnya perbincangan


secara sihat perlu dijalankan oleh mereka bagi memenuhi masa
lapang. Ingatan dan semangat telah diberikan oleh guru besar dengan
menjadikan anak beliau yang sudah berjaya menjadi seorang doktor
perubatan sebagai contoh kepada murid-murid tahun 6. Kejayaan
sangat bernilai dan memerlukan pengorbanan serta usaha yang
berterusan.
Motivasi kepada ibu bapa dan murid dteruskan dengan
penceramah yang dijemput khas daripada Pejabat Agama Daerah
Besut. Ceramah yang disampaikan oleh beliau sangat menyentuh hati
sebagai

seorang

ibu

dan

juga

bapa.

Tidak

dilupakan

juga

tanggungjawab seorang anak untuk berbakti kepada orang tua mereka


kelak. Sebagai seorang murid dan anak, perkara yang paling utama
ialah mendengar teguran yang diberikan supaya sentiasa hidup dalam
panduan.
Setelah selesai majlis motivasi, guru besar berbesar hati
menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang mendapat keputusan
yang cemerlang di dalam TOV baru-baru ini. Hadiah ini juga bertujuan
memberi semangat kepada murid-murid yang lain untuk berusaha
mencapai keputusan yang cemerlang kelak.
Impak Kursus Kepada Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan tunjang utama dalam menentukan kejayaan
anak-anak mereka disekolah. Sokongan dan dorongan sangat
diperlukan oleh setiap anak. Namun, ibu bapa juga perlu mendidik
dengan cara yang betul dan tidak lari dari fokus utama yang ingin
dicapai. Sama ada berjaya dalam bidang akademik, keagamaan juga
penting diterapkan kepada anak-anak. Baiknya akhlak seseorang anak
itu bergantung kepada ajaran dalam kawasan persekitaran mereka
yang paling hampir iaitu di rumah.
Ceramah motivasi ini berfokuskan kepada bagaimana ibu bapa
ingin mendidik cara yang betul dan bagaimana ciri-ciri anak yang
cemerlang. Ceramah yang disampaikan secara santai dan penuh
dengan unsur humor membantu ibu bapa untuk terus kekal fokus. Ibu
19

bapa juga melahirkan satu keazaman bahawa mereka perlu membuat


sesuatu untuk melihat anak mereka berjaya dan tidak hanya
menyerahkan anak mereka kepada guru semata-mata.
Ibu bapa juga berjanji akan menyediakan ruang pembelajaran di
rumah dan juga menghantar anak mereka ke kelas tambahan yang
diadakan disekolah. Ambil tahu mengenai jadual belajar, jadual
peperiksaan dan ibu bapa sangat digalakkan untuk berjumpa dengan
guru sekiranya terdapat sebarang kelemahan yang ingin dibaiki.

Pendekatan Kepimpinan Oleh Guru Besar


Ucapan dan amanat yang disampaikan oleh guru besar sangat
bermakna. Guru besar mempercayai bahawa setiap guru dan ibu bapa
mahu melihat kejayaan anak-anak mereka. Segala aktiviti yang
dijalankan disekolah adalah untuk membantu anak-anak ini berjaya
dalam setia perkara.
Guru besar memohon sokongan dari ibu bapa untuk memberi
semangat kepada anak-anak mereka dalam apa jua perkara sama ada
dari segi sukan dan juga akademik. Murid yang cemerlang merupakan
murid yang boleh menyesuaikan diri dalam semua perkara.
Sifat kepimpinan yang ditonjolkan dalam program ini ialah
kepimpinan moral. Kepemimpinan moral sebagai suatu bentuk
bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip dan
pegangan nilai yang terpuji. Unsur-unsur moral harus disebatikan
dalam cara hidup seseorang pemimpin. Guru besar menunjukkan sifatsifat dan nilai etika yang boleh dicontohi oleh pelajar, ibu bapa dan
komunitinya.
Refleksi Program

20

Program ini mendapat sokongan penuh dari pihak pentadbir sekolah.


Program yang dijalankan ini adalah bertujuan guru-guru mata pelajaran
berbincang dengan ibu bapa calon-calon UPSR tahun 2015 mengenai
masalah yang dihadapi dan juga mencari jalan penyelesaian yang
terbaik untuk meningkatkan tahap pencapaian murid.
Kekuatan
Kekuatan yang dapat dilihat dalam program ini ialah susunan program
yang sesuai dan tidak mendapat sebarang rungutan dari pihak ibu
bapa yang hadir. Guru-guru juga menyelia program temu murni di
dalam kelas dengan baik. Bahasa dan percakapan juga tidaklah
sampai menguris hati dan perasaan ibu bapa. Guru besar juga
memantau perjalanan program ini kerana ibu bapa merupakan aset
dan pelanggan kepada sekolah.
Objektif program tercapai dengan kehadiran semua ibu bapa
tahun 6. Respon yang diterima juga sangat baik dan rata-rata ibu bapa
sedia memberi kerjasama kepada guru untuk membantu meningkatkan
tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.
Kelemahan
Setiap program yang dijalankan mempunyai kelemahan yang mungkin
boleh diperbaik untuk masa depan. Antara kelemahan yang paling
jelas ialah pihak sekolah tidak menyediakan makanan kepada ibu bapa
yang hadir. Peruntukan untuk program ini tidak disediakan dan pihak
PIBG juga tidak dimaklumkan dengan lebih awal oleh pihak sekolah.
Masalah ini dianggap terlepas pandang dan guru besar telah pun
memohon kemaafan diatas kekurangan dari pihak sekolah.
Kesimpulan Dan Penambahbaikan
Hebatnya seorang pemimpin dapat melahirkan juga pekerja atau anak
buah yang hebat. Melalui setiap program yang dijalankan ini, sifat
21

kepimpinan dari seorang pemimpin sekolah iaitu guru besar terserlah.


Program motivasi dan temu murni ini sangat memberi kesan dan wajar
diteruskan dari semasa ke semasa supaya tindakan yang diambil itu
bakal menghasilkan kejayaan yang ingin dicapai.
Majlis temu murni dilihat lancar dan memberi kesan yang
mendalam kepada ibu bapa yang hadir. Ceramah motivasi yang
disampaikan

sangat

menyentuh

perasaan

dan

membangkitkan

suasana insaf di kalangan murid dan ibu bapa. Peranan ibu bapa dan
guru kepada anak-anak sangat penting. Dorongan dan nasihat
sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Guru juga perlu mencungkil bakat
yang terpendam dalam diri murid supaya potensi yang dimiliki mereka
dapat ditonjolkan.
3

PERLANTIKAN DAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS


Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya
kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah mennetukan hala
tuju yang ingin dicapai.
Perancangan, Pengurusan Dan Perlaksanaan
Pengenalan Program
Pemimpin merupakan unsur terpentng di sesebuah sekolah dalam
mewujudkan iklim disiplin yang baik. Oleh yang demikian, pemimpin
seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan perana
dan tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut
sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.
Objektif
1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan
2. Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam
potensi diri.

22

3. Menerapkan rasa tanggunjgawab, suka persekitaran dan dapat


melaksanakan tugas dengan jujur , amanah dan dedikasi.
4. Meningkatka kemahiran kepimpinan dan komunikasi berkesan.
5. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan Role Model kepada
murid-murid lain.
Jawatankuasa
Kursus kepimpinan SKSP
Tahun 2015
Penasihat
Tuan Haji Saidi Bin Jusoh
(Guru Besar)
Pengerusi
Puan Hajah Hapisah Bt Hamzah
(Penolong Kanan 1)
Naib Pegerusi I
Encik Amran Bin Ibrahim
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi II
Encik ahmad khairi bin jusoh
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
Encik Zaidi bin Haron
(Guru Bimbingan Dan Kaunseling)
Bendahari
Puan Muhaida Bt Muhamad
(Guru Pengawas)

23

Jawatankuasa Kerja
Persiapan Tempat
En Ahmad Roslee Mohamad
En Mohd Zani Bin Awang
Siaraya / LCD
En. Shukri Bin Mohd Zain
Dokumentasi Dan Publisiti
Cik Che Wan Hasnawati Aida
Makanan Dan Minuman
Pn Noraini Bt Yaakub
Pn Zanariah Bt Kassim
Bahan / Peralatan
Pn Zilawati Salleh
Pn Rogayah Bt Che Salleh
Pn Hajah Rahimah Bt Abdul Rahman
Fasilitator Pengawas Sekolah
Pn Muhaida Bt Muhamad
Ustaz Mohd Zaki Bin Shafie
Fasilitator Pengawas SPBT
Pn Norina Bt Mohd Nor
Encik Suhaimi Bin Zakaria

Fasilitator Pengawas Perpustakaan


Pn Zalina Bt Hussin
Pn Engkku Norizah Bt Engku Ali
Sijil Penyertaan
24

Pn Zalina Bt Hussin
Pn Muhaida Bt Muhamad
Pn Norina Bt Mohd Nor
Peserta Kursus
Semua Pengawas Sekolah
Semua Pengawas SPBT
Semua Pengawas Perpustakaan

Jadual Program
Masa / waktu
8.00 a.m
8.30 a.m
9.00 a.m

progam
Taklimat dan pendaftaran
Ucapan Guru penolong kanan HEM
Ceramah AKU DILAHIRKAN SEBAGAI PEMIMPIN
(Encik Mohd Faisal Bin Abdullah)

10.30 a.m
11.00 a.m
11.30 a.m

12.45 p.m
2.00 p.m
3.30 p.m
4.00 p.m

Guru Bimbingan Dan Kaunseling SKKR


Sesi taaruf
REHAT
Bengkel (penyelesaian Tugas)

Pengawas sekolah (surau sekolah)

Pengawas perpustakaan (perpustakaan)

Pengawas SPBT (bilik Muzik)


Makan tengah hari
Pembentangan kumpulan
REFLEKSI
Perasmian penutup dan pembahagian sijil oleh Guru Besar
Pengenalan kepada kursus kepimpinan yang dijalankan

disekolah ialah menyatakan bahawa pemimpin merupakan unsur


terpenting di sesenuah sekolah dalam mewujudkan iklim disiplin yang
baik. Oleh yang demikian, pemimpin seharusnya diberi latihan dan
input kepimpinan selaras dengan peranan dan tugas mereka.
25

Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai iabadah dan


memerlukan pengorbanan semua pihak.
Guru besar dan guru pembimbing sekolah iaiu Encik Zaidi bin
Haron telah menggariskan lima objektif utama bagi kursus kepimpinan
ini. Pertama ialah membina daya kepimpinan yang berkualiti dan
berkesan. Jumlah pengawas yang dilantik bukan lah di dalam jumlah
yang besar dan pihak sekolah bercita-cita ingin melahirkan pemimpin
yang berkualiti dan bukannya kuat sebagai kuantiti yang banyak.
Objektif yang kedua ialah membina individu yang kerkeyakinan dan
berketrampilan

dalam

potensi

diri.

Seorang

pemimpin

perlu

mempunyai keyakinan dalam menjalankan sesuatu tugas dan perlu


dipandang sebagai seorang tegas dan berkaliber tinggi. Setiap murid
mempunyai potensi diri yang berbeza-beza. Harapan guru besar
semasa kursus ini, murid dapat menzahirkan kelebihan masingmasing.
Selain itu, objektif yang ketiga ialah menerapkan rasa
tanggungjawab, suka persekitaran dan dapat melaksanakan tugas
dengan jujur, amanah dan dedikasi. Ciri-ciri tersebut merupakan
sangat penting bagi seorang pemimpin walaupun berhadapan dengan
rakan baik mereka sendiri. Setiap kesalahan yang dilakukan perlu
dicatatkan dan dilaporkan kepada guru disiplin untuk diambil tindakan.
Objektif yang keempat pula ialah meningkatkan kemahiran kepimpinan
dan komunikasi berkesan. Komunikasi merupakan perkara yang
penting pada zaman sekarang, percakapan dan bahasa yang
digunakan oleh seorang pemimpin perlu menunjukkan mereka
mempunyai keyakinan dan bahasa yang digunakan mereka jelas dan
mudah difahami. Seterusnya, guru besar ingin melahirakn pemimpin
yang dapat dijadikan Role Model kepada murid lain.
Bagi menjayakan kursus kepimpinan ini, guru besar telah
menguatkan sokongan dari pihak guru dengan 24 orang guru yang
terlibat termasuk semua penolong kanan. Sepuluh penjawatan dan
senarai tugas telah diberikan kepada semua guru yang terlibat.
Perjalanan program dimulakan dengan ucapan daripada Guru
penolong kanan HEM sebagai pembuka bicara bagi kursus yang bakal
26

dijalankan. Guru penolong kanan HEM juga bertanggungjawab


mengenai hal kebajikan semua murid di sekolah. Setelah selesai
ucapan yang penuh dengan ingatan dari guru penolong kanan HEM,
majlis diteruskan dengan sesi ceramah. Ceramah yang bertajuk Aku
Dilahirkan Sebagai Pemimpin telah disampaikan oleh Encik Mohd
Faisal bin Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Kampung Raja. Guru
besar mengambil pendekatan untuk menjemput penceramah atau guru
dari sekolah lain bagi menarik minat murid dan memberikan perspektif
baru kepada murid.
Aktiviti diteruskan dengan sesi taaruf. Sesi taaruf ini bertujuan
untuk membina keyakinan diri murid untuk bercakap dihadapan rakanrakan yang lain. Guru besar juga melibatkan diri dalam aktiviti taaruf ini
sebagai fasilitator. Sebagai seorang pemimpin sekolah, beliau telah
menunjukkan ciri kepimpinan yang sanggup bersama-sama orang
yang dipimpin dan menjalankan aktiviti bersama-sama dan tidak hanya
melihat sahaja. Setiap pengawas, pengawas perpustakaan dan
pengawas buku teks telah diberikan tugasan yang perlu diselesaikan.
Pihak pengurusan mengambil pendekatan menggunakan bilik yang
berbeza bagi setiap kumpulan pemimpin bagi dapat memberikan
mereka lebih ruang untuk menyelesaikan tugasan.
Tugasan yang diberikan telah berjaya diselesaikan oleh peserta
kursus. Sebelum pembentangan dilakukan, mereka disediakan dengan
makan tengah hari di kantin sekolah. Selesai sahaja menjamu selera,
solat zohor secara berjemaah dilaksanakan di surau sekolah. Aktiviti
kerohanian turut menjadi keutamaan guru besar bagi melahirkan
pemimpin yang mempunyai nilai moral yang tinggi.
Sebelum majlis penutup diadakan, guru bimbingan dan
kaunseling telah menjalankan sesi refleksi bagi kursus yang telah
dijalankan. Setiap murid perlu menyatakan apakah input atau
pengajaran yang berguna diperoleh pada hari ini. Guru besar juga
sempat mendengar luahan dan pandangan daripada murid yang
menawarkan diri untuk memberi refleksi. Majlis penutup diadakan
dengan penuh gilang gemilang. Selain mendengar ucapan dari guru

27

besar, murid juga dianggap berjaya dan lulus untuk memegang sijil
sebagai seorang pemimpin.
Impak Kursus Kepada Peserta Kursus
Bakat kepimpinan murid khususnya pengawas, pengawas pusat
sumber dan tunas pembimbing rakan sebaya amat diperlukan dalam
sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat
membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan
ketrampilan warga sekolah. Pengawas dan pengawas pusat sumber
merupakan satu badan penting

di sekolah dalam membantu

mewujudkan iklim yang baik. Sesuatu kursus yang dijalankan telah


digariskan objektif yang ingin dicapai oleh penganjur.
Semua pengawas yang menjalani kursus ini menunjukan sikap
dan disiplin yang tinggi. Mereka menepati masa dan mengikut segala
arahan yang diberikan dengan baik. Mereka juga dapat menimba
banyak ilmu dan juga pengalaman baru sepanjang kursus ini. Murid
menunjukkan sikap yang baik setelah selesai kursus dan mula
memahami

tanggungjawab

masing-masing.

Mereka

dapat

menyediakan jadual tugasan sendiri dan setiap dua orang pengawas


sekolah ditugaskan untuk menjaga satu kelas apabila guru-guru
mempunyai mesyuarat.
Kesan daripada kursus jelas kelihatan pada bidang tugas muridmurid. Apa yang membanggakan ialah setiap tugasan yang dibuat
tidak menyusahkan guru malah menyenangkan lagi kerja guru di
sekolah. Bakal pemimpin yang baik akan dilahirkan disekolah kelak.
Pendekatan Kepimpinan Oleh Guru Besar
Bagi menjayakan kursus kepimpinan ini, guru besar telah menguatkan
sokongan dari pihak guru dengan 24 orang guru yang terlibat termasuk
semua penolong kanan. Sepuluh penjawatan dan senarai tugas telah
diberikan kepada semua guru yang terlibat.

28

Pendekatan yang diambil oleh Guru Besar ialah bagi guru-guru


yang menjayakan kursus ini ialah dengan menggunakan Teori Situasi
iaitu gaya kepimpinan menyerahkan. Guru besar menyerahkan tugas
kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk menjalankan kursus ini
dan pihak sekolah hanya menyediakan peruntukan bagi kursus ini.
Jawatankuasa kerja yang dilantik juga adalah berdasarkan kepada
persetujuan beliau dan hasil perbincangan bersama pihak pengurusan
sekolah yang lain.
Guru besar menunjukkan sikap menyokong yang baik. Guru
besar juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap slot diisi
dengan sebaik mungkin oleh guru yang bertugas supaya dapat
meningkatkan keberhasilan murid.
Refleksi Program
Program ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang
oleh pihak jawatankuasa. Guru besar memberikan sokongan yang
sepenuhnya kepada program ini dan menjadikan kursus ini sebagai
panduan kepada murid untuk menjalankan tugas-tugas mereka
disekolah sebagai pembantu guru.
Kekuatan
Kekuatan yang dapat dilihat sepanjang program ini ialah bermula
dengan ceramah yang bertajuk Aku Dilahirkan Sebagai Pemimpin.
Ceramah yang disampaikan oleh Encik Faisal sangat menyentuh hati
dan membakar semangat peserta kursus. Selain itu, aktiviti berbengkel
menjadikan semua murid berusaha dengan gigih untuk menyiapkan
tugasan dan mereka dapat menunjukkan peranan sebagai seorang
pemimpin yang bagus.
Kursus yang dijalankan ini telah mencapai objektif yang telah
ditetapkan dan sesuai dengan keberhasilan murid di sekolah.
Pemimpin yang baik seperti guru besar menjadikan kemenjadian murid
juga dipandang tinggi oleh masyarakat.
29

Kelemahan
Setiap program yang dijalankan juga mempunyai kelemahan yang
sendiri. Daripada kursus kepimpinan ini, kelemahan yang pertama
ialah tempat kursus yang kurang selesa bagi murid serta guru. Dewan
terbuka dilihat tidak sesuai kerana peserta kursus tidak dapat memberi
perhatian sepenuhnya kepada ceramah dan juga aktiviti yang
dijalankan. Selain itu, masa yang digunakan juga dianggap terlalu
singkat

dan

murid-murid

tidak

mendapat

pendedahan

yang

sepenuhnya.
Kesimpulan Dan Penambahbaikan
Program-program yang dilaksanakan dinilai oleh setiap peserta kursus.
Post mortem juga dilakukan setelah selesai sesuatu program yang
dijalankan. Guru besar sentiasa berbincang dengan pengerusi program
bersama ahli jawatankuasa yang terlibat. Setiap program yang
dilaksanakan ini banyak memberi pengalaman, input dan pengajaran
kepada saya sendiri sebagai seorang guru.
Bagi kursus kepimpinan pengawas, bilangan peserta kursus
perlu ditambah bagi menjayakan lebih banyak aktiviti. Bilangan hari
juga perlu ditambah bagi memberi lebih ruang kepada murid untuk
menjalankan aktiviti dan tidak terkejar-kejar dengan masa. Aktiviti
riadah juga perlu diselitkan supaya dapat menjadikan murid lebih
cergas sepanjang kursus.

REFLEKSI
Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang
berkesan. Ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah
lebih baik atau lebih hebat dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin
yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi
30

organisasi. Di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, guru besar adalah


pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan menentukan
halatuju organisasi dan kakitangan. Pemimpin sekolah adalah perancang,
misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap
pencapaian matlamat organisasi.
Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikaitkan dengan kualiti
kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu
peminpin yang dapat menigkatkan martabat organisasi. Berdasarkan fakta
dibuktikan dalam penulisan ini, kepimpinan di organisasi sekolah sekarang
telah memainkan peranan penting dalam kepimpinanya untuk mengubah
organisasi dan juga sikap kakitangan.
Kewibawaan dan kecermerlangan kepimpinan di sekolah kebangsaan
seri payong mempunyai perkaitan dan pengaruh yang kuat ke atas kualiti
produk (murid-murid) dalam usaha mencapai wawasan pendidikan negara
bertaraf dunia dan merialisasi wawasan Plan Induk Pembagunan Pendidikan.
Kepimpinan

yang berkesan serta kakitangan yang mempunyai komitmen

tinggi dengan moto sekolah Usaha Asas Jaya akan meneraju perubahan.
Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha
mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Kepimpinan ialah proses
mempengaruhi kelompok, mengarah aktiviti mencapai matlamat yang sama.
Kepimpinan

tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi pemimpin dan

orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju
organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif
organisasi. Kepimpinan ialah seni atau satu proses mempengaruhi kegiatan
manusia mencapai gol organisasi. Kunci dalam kepimpinan ialah pengaruh.
pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan sesuatu
kepimpinan.
Organisasi yang berjaya dibezakan dengan organisasi tidak berjaya
bergantung kepada gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan
organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang
berkesaan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd.Karim 1989). Atang
Long

dalamkajiannya

pada

1991

mendapati

sekolah-sekolah

yang

mempunyai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik adalah dipimpin


31

oleh pengetua yang mempunyai kepimpinan

yang berkesan. Pakar

pengurusan dan psikologi menjelaskan tiada satu bentuk kepimpinan yang


tertentu mencapai matlamat organisasi, oleh itu kepimpinan terbuka kepada
perubahan dan kedaan persekitaran..
Pengurusan dan kepimpinan dua perkara saling berkaitan dan
bersepadu, ini kerana pengurusan yang baik, cekap dan berkesan
mencerminkan kualiti kepimpinan. Pengurusan dan kepimpinan yang
berkesan akan dapat mengerakkan anggota organisasi melaksanakan tugas
dengan penuh didikasi ke arah mencapai aspirasi dan objektif yang dirangka.
Kajian perubahan atau kemajuan mengatakan bahawa sesuatu inovasi
memerlukan

keadaan

yang

dapat

mengerakkanya

supaya

dapat

dilaksanakan, salah satu pengerak dengan dengan kepimpinan yang


berkesan.
Pemimpin yang berkesan dapat mengubah organisasi dan tingkahlaku
kakitangan dari sedia wujud kepada suatu kedaan yang lebih dinamik dan
mempunyai matlamat pencapian. Ini dilakukan dengan mencipta wawasan
organisasi, menanam semangat bertanggungjawab melaksankana perubahan
pada pekerja dan menyemai budaya dan strategi baru bagi organisasi.
Kepimpinan

yang

berkesan

tidak

dapat

dinafikan

terbukti

boleh

mempengaruhi organisasi dan tingahlaku serta sikap kaki tangan dibawahnya


.

32

Rujukan
Buku
Charlotte danielson (2006). Teacher Leadership : That Strengthens Professional
Practice. Association For Supervision & Curriculum Deve.
Nancy Austin, Thomas J Peters (1989). A Passion For Execellence. Grand Central
Publishing.
Modul Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 (2011).
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya.
Paul h. Hersey, kenneth h. Blanchard, dewey e. Johnson (2012). Management Of
Organizational Behavior : Leading Human Resourses. Prentice Hall.
Thomas j. Sergiovanni (1992). Moral Leardership : Geeting To The Heart Of School
Improvement. Education.
Zaidatul akmaliah lope pihie dan soaib asimiran (2011). Transformasi
kepemimpinan pendidikan : cabaran dan halatuju, kuala lumpur. Publisher
sdn. Bhd.
Bahan internet.
Wikipedia (2009), Kepemimpinan. Dimuat turun pada 1 Mac 2015 daripada
http://kepemimpinan-fisipuh.blogspot.com/
Rahayu ginintasasi, (2009). Kepemimpinan. Dimuat turun pada 5 mac 2015 daripada
http://ile.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PSIKOLOGI/195009011981032RAHAYU_GININTASASI/kepemimpinan.pdf

33

34

Вам также может понравиться