Вы находитесь на странице: 1из 1

Perancangan jadual belajar

Perancangan jadual belajar amat penting dalam kehidupan manusia.Jadual belajar


merangka setiap insan untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan berkaliber.Setiap seorang
mesti ada satu jadual belajar semasa balajar.Jadual ini harus mempunyai ruang seperti
MASA, PELAJARAN,TOPIK.Jadual ini perlu disediakan sebelum tiba waktu belajar iaitu
contohnya sebelum 2.00 ptg,bagi hari sekolah,atau sebelum 7.00 pg. pada hari cuti.Oleh itu
masa yang ditentukan perlulah tepat. Contoh 2.30 ptg 3.30ptg.Pada ruang pelajaran
dicatatkan nama mata pelajaran yang ingin diulangkaji kemudian disusuli pula dengan tajuk
atau topik dan disertai dengan muka surat dan nombor soalan yang ingin dibuat. Contoh:
jadual diberikan oleh guru juga boleh dimasukkan dalam JPMS ini.
Sekurang-kurangnya, kita dapat lihat kemana perginya waktu kita setiap hari. Rasarasa kalau tidak perlu tonton televisyen dan internet hari-hari,anda boleh gunakan waktu itu
untuk belajar ataupun menolong emak membuat kerja-kerja rumah. Tanpa jadual, sedar tak
sedar dah tengah malam dan tiba waktu tidur. Apabila diingat-ingat balik, rupanya kehabisan
waktu kerana melayari internet berjam-jam dan melayan cerita Korea.Masa kita yang emas
itu terbazir untuk aktiviti yang tidak berfaedah.Tanpa jadual kita akan bakal lupa tentang
kerja rumah yang dibagi oleh guru dan tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji. Tapi,
kita dapat rajin dan yakin dengan diri sendiri dengan membuat penambahbaikan kepada
jadual dengan merancang, subjek yang akan diulangkaji pada hari-hari tertentu. Contohnya,
Isnin adalah Hari Matematik Tambahan. Jadi, kita boleh menghabiskan kerja rumah dan
kemudian belajar Matematik Tambahan. Tak cukup dengan itu,kita boleh tetapkan, bab yang
ingin diulangkaji. Misalnya, differentiation. Begitu juga dengan hari-hari yang lain. Hari
Rabu, jadikan ia Hari Chemistry, topik hydrocarbon. Hari Jumaat, Hari P.I dan Tasawwur
Islam dan untuk hari-hari yang lain.
Dengan cara begini, sebenarnya kita dapat merancang untuk tempoh sebulan, malah
setahun. Boleh juga dirancang, topik yang panjang dan sukar, diberi penekanan yang lebih
manakala topik yang mudah, boleh diulang sepintas lalu. Apa-apapun,semuanya dengan
inisiatif yang diambil oleh kita.Yang pasti, orang yang berjaya adalah orang yang berjaya
membuat perancangan yang berkesan dan terperinci serta,mematuhi perancangan.Semestinya,
perancangan ini boleh dipindah mengikut kesesuaian dan kesukaan kita.Apa yang penting?
Perancangan.Dengan perancangan, kejayaan sudah di tangan anda.

Вам также может понравиться