Вы находитесь на странице: 1из 7

Batuk 100 Hari

Batuk kokol yang juga dikenali sebagai pertusis, adalah sejenis jangkitan pada paruparu dan saluran pernafasan oleh sejenis bakteria, Bordetella pertussis. Ia adalah
penyakit yang mudah berjangkit dan boleh dikenal pasti melalui batuk teruk yang
mungkin ada bunyi kokol di hujungnya.
Tanggapan bahawa batuk kokol adalah penyakit kanak-kanak adalah tanggapan biasa.
Namun, batuk kokol boleh menjangkiti semua peringkat umur. Ini bermakna, orang
dewasa boleh menyebarkannya kepada kanak-kanak yang mempunyai risiko untuk
mendapat komplikasi yang boleh mengancam nyawa.
Jadi, semua remaja dan orang dewasa di dalam keluarga perlu mendapatkan vaksin
Tdap (toksoid kancing gigi, toksoid difteria dikurangkan dan antigen batuk kokol
aselular), yang boleh didapati di klinik dan hospital swasta. Adalah penting untuk
mendapatkan vaksin penggalak sekurang-kurangnya dua minggu supaya imuniti dapat
dihasilkan sebelum berjumpa dan bersentuhan dengan bayi. Mendapat imunisasi untuk
batuk kokol akan membentuk kepompong perlindungan di dalam keluarga anda untuk
melindungi si kecil daripada penyakit ini.
Batuk Kokol Di Kalangan Orang Dewasa
Sebenarnya, batuk kokol di kalangan orang dewasa biasa berlaku. Mereka yang
telah mendapat vaksin batuk kokol (DTaP) ketika kanak-kanak mungkin tidak lagi
mempunyai perlindungan kerana imuniti daripada vaksin tersebut telah terbukti
akan berkurangan mengikut peredaran masa.
Ini boleh meningkatkan kes batuk kokol di kalangan orang dewasa dan
meletakkan lebih ramai kanak-kanak dalam risiko untuk mendapat batuk kokol
daripada orang dewasa.
Selain itu, sukar untuk menentukan sekiranya orang dewasa yang mengalami
batuk berpanjangan menghidap batuk kokol atau tidak. Ini kerana simptom bagi
batuk kokol di kalangan orang dewasa dan remaja tidak mempunyai bunyi kokol
yang mudah dikenal pasti. Maka, batuk kokol di kalangan orang dewasa
biasanya tidak dirawat dan mungkin didiagnosis sebagai masalah pernafasan
lain seperti asma atau bronkitis.

Kebanyakan orang dewasa yang menghidap batuk kokol akan hanya mengalami
batuk yang berpanjangan selama beberapa minggu. Namun, dalam sesetengah
kes yang jarang berlaku, mereka mungkin mendapat komplikasi seperti susah
untuk tidur, hidung berdarah dan pneumonia.

Sedikit info mengenai batuk kokol:Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejalagejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk
yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paruparu antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang
tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam,
tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk
beberapa minggu.
Berpunca daripada sejenis bakteria bordetella pertussis lazimnya batuk
kokol akan bermula dengan sindrom selesema biasa yang disertai batuk.
Sebelum ia disahkan sebagai batuk kokol, anak anda akan diserang batuk
yang lebih teruk hingga menyebabkan dia sukar bernafas.
Untuk mengesan lagi keadaan itu, anda akan terdengar bunyi whoop ketika
anak itu sedang menarik nafas. Keadaan ini berbahaya untuk bayi hingga
boleh membawa maut kerana bayi tidak tahu membuang lendiran yang
menyekat pernafasan dan menyedut udara.
Kerana itu, kematian disebabkan batuk kokol pernah dicatatkan sebelum
ini terutamanya di negara-negara miskin seperti benua Afrika. Malah, jika
batuk kokol dalam kalangan bayi dan kanak-kanak tidak diatasi segera
sebanyak 20 peratus daripada mereka biasanya mendapat radang paruparu (pneumonia).
Adakalanya selepas kerap batuk, anak akan muntah. Lebih malang lagi,
keadaan itu boleh berlanjutan sehingga lebih dua bulan. Justeru, bagi
mengelak anak daripada terkena jangkitan kedua selepas batuk kokol,
pastikan anak anda mendapatkan suntikan imun daripada doktor untuk
penyakit berjangkit itu.
Tindakan segera

Untuk perhatian ibu bapa juga, jika anda mengesyaki anak anda
menghidap batuk kokol, jangan biar dia pergi ke sekolah atau tadika
sebelum membawanya berjumpa doktor terlebih dahulu.
Sementara mendapatkan rawatan daripada doktor, ketika anak anda
mengalami serangan batuk yang berterusan, dudukkan anak dan pegang
anak supaya badannya menjengah sedikit ke depan.
Pastikan mangkuk yang disediakan untuk memudahkan anak muntah itu
dekat dengan mulut supaya tidak berlaku jangkitan terhadap kanak-kanak
lain.
Selain itu, jika anak anda muntah selepas serangan batuk, beri dia sedikit
makanan dan minuman. Ini akan mengembalikan semula tenaganya.
Ini kerana, ketika anak anda sedang menghidap penyakit itu dia akan
mudah letih. Selain itu, jangan biarkan anak anda bergerak lebih aktif
kerana ia mungkin akan memudaratkan kesihatannya.
Rawatan untuk jangkitan itu adalah dengan memberi antibiotik. Biasanya
pegawai perubatan akan menyediakan dos itu mengikut keperluan anak
yang sedang dijangkiti.
Namun, diagnosis batuk kokol sukar dilakukan semasa peringkat
permulaan jangkitan walaupun hakikatnya ubat yang perlu diambil lebih
berkesan jika diambil pada peringkat awal.
Selain itu, jangan beri anak anda sebarang ubat batuk tanpa nasihat doktor.
Selain ubat, doktor mungkin akan melakukan sapuan tekak untuk
membuat diagnosis batuk kokol kerana bayi jarang sekali menghasilkan
bunyi whoop.
Doktor akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan jika
penyakit itu masih teruk, pakar perubatan akan mengesyorkan bayi
dimasukkan ke hospital untuk mengelak berlakunya penyahhidratan.

Batuk Kokol

Apakah Batuk Kokol?


Batuk Kokol (pertussis) adalah penyakit yang masih dianggap serius apabila ia terjadi
kepada kanak-kanak yang berumur setahun ke bawah. Tetapi kita patut berterima kasih
kerana terdapat vaksin yang efektif dan pencegahan terhadap jangkitan tersebut,
penyakit itu semakin jarang terjadi.
Sebelum vaksin untuk merawat batuk kokol ini diperkenalkan, tiga daripada empat
kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan menemui maut. Dengan vaksin ini
penyakitbatuk kokol ini sudah mampu dikawal dan semakin berkurangan.

Apakah yang menyebabkan Batuk Kokol?


Batuk Kokol adalah disebabkan oleh bakteria (Bordetella pertussis) dan salah satu
jangkitan bakteria yang berjangkit.
Jika salah seorang anak daripada adik beradiknya mendapat jangkitan tersebut, anakanak yang lain juga berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut jika mereka mereka
tidak mendapat penyakit tersebut sebelum ini dan tidak diberi vaksin.
Penyakit ini juga boleh menyerang bayi walaupun bagi bayi yang menyusu badan.
Selalunya bayi yang menyusu badan tidak mudah mendapat penyakit tetapi bagi batuk
kokol vaksin awal perlu diberikan kepada bayi kerana susu badan tidak mencukupi
untuk membantu mengelak daripada terkena jangkitan.
Kanak-kanak dengan selsema atau batuk hendaklah dijauhkan daripada kanak-kanak
yang tidak mendapat vaksin seperti wanita yang bekerja dan bayi yang baru dilahirkan.

Bagaimanakah batuk kokol boleh


dipindahkan?
Jangkitan tersebut boleh dipindahkan menerusi titisan air yang dibawa oleh angin.

Apabila seseorang yang dijangkiti batuk udara disekitarnya sebagai contoh di dalam
sebuah bilik telah tercemar dengan virus batuk kokol. Oleh sebab itu mereka yang
tinggal atau duduk berdekatan dengan pesakit mudah terdedah kepada jangkitan akibat
udara yang tercemar.
Seseorang yang telah mendapat vaksin atau pernah mendapat batuk kokol akan
mendapat imun yang tertinggi untuk penyakit tersebut. Mereka mungkin boleh
mendapat kes jangkitan yang sederhana untuk beberapa tahun kemudian tetapi ia tidak
dapat menjadikan seseorang itu mendapat serangan yang sebenar.
Dalam tempoh pengeraman-pada masa di antara pemindahan jangkitan dan
kemunculan simptom yang utama-boleh berubah daripada 5 hingga 15 hari atau
mungkin lebih lama.
Batuk Kokol adalah jangkitan yang datangnya daripada selsema yang pertama dan
sepanjang penyakit ini terjadi,di mana ia boleh bertahan sehingga lapan minggu.Ini
adalah tempoh yang terlalu lama daripada penyakit kanak-kanak yang lain.

Apakah simptom bagi batuk kokol?


Penyakit itu boleh bermula dengan selsema dan batuk yang sederhana.Selepas
beberapa minggu,batuk tersebut akan bertukar sifat dengan batuk yang diikuti oleh
bunyi "whooping". Batuk tersebut tidak akan berhenti sehinggalah tiada udara yang
ditinggalkan pada hati.
Pesakit akhirnya akan batuk dan mengeluarkan kahak dan serangan ini mungkin
disusuli dengan muntah.
Serangan batuk mungkin terjadi lebih 40 kali sehari dan panyakit tersebut boleh
bertahan sehingga lapan minggu.

Bagaimana doktor membuat diagnosis?


Diagnosis tersebut selalunya dibuat daripada simptom dan bagaimana seseorang yang
mendapat batuk kokol. Jika terdapat kes yang dicurigai, doktor akan mengambil
sample dari hidung anda dan tekak untuk analisis dan keputusan akan dapati dalam
masa lima hari.

Kerumitan Batuk Kokol


Apabila batuk kokol ini adalah penyakit yang buruk, terdapat kerumitan yang lain
seperti bronchitis, paru-paru berair (pneumonia) dan jangkitan telinga. Kerumitan ini
mungkin disebabkan suhu yang tinggi dan sinaran matahari. Jika salah satu atau lebih
masalah ini terjadi, mereka boleh dirawat dengan antibiotik.

Bagaimanakah Batuk Kokol ini dirawat?


Kebanyakan kes batuk kokol ini memerlukan rawatan yang tidak spesifik.Bayi dan
kanak-kanak kecil dengan keadaan yang lain seperti asma memerlukan pengawasan
yang rapi dimana untuk seketika, jalan terbaik adalah menghantarnya ke hospital.
Kesan dari antibiotik adalah tidak pasti tetapi kadang-kadang mereka gunakan pada
tempoh permulaan penyakit itu terjadi.
Vaksin adalah digalakkan.

Bagaimana cara untuk mengelak dari


terkena jangkitan?
Seperti pentingnya vaksin,adalah perlunya untuk mengelak dari terkena jangkitan itu
disebarkan terutamanya kepada kanak-kanak kecil. Ini adalah penting untuk kanakkanak yang dihantar ke sekolah asuhan.
Jika terdapat jangkitan kanak-kanak di bawah asuhan kanak-kanak, bayi yang lain
dibawah umur setahun haruslah tidak dibenarkan masuk kecuali mereka telah
mendapatbatuk kokol atau pernah menerima vaksin untuk jangkitan tersebut, dengan
masa dalam empat minggu diantara vaksin itu.
Jika kanak-kanak yang berumur lebih setahun mereka mungkin boleh diterima
walaupun jika tidak mendapat penyakit itu pada diri mereka atau telah mendapat
vaksin. Tetapi ibu bapa hendaklah diberitahu tentang bahaya jangkitan tersebut.
Jika batuk kokol terjadi di rumah, langkah-langkah khas adalah perlu untuk
mencegahbatuk kokol dari merebak.

Apakah ubatan yang boleh digunakan?


Tiada rawatan ubatan yang boleh merawat batuk kokol.Walau bagaimanapun,masa
jangkitan boleh dikurangkan dengan mengambil antibiotik yang tertentu (seperti
erythromycin (contohnya Erythroped)).

Siapakah yang seharusnya divaksinkan?

Vaksin haruslah diambil pada usia dua,tiga atau empat bulan sebagai contohnya vaksin
untuk diphteria, tetanus, pertussis, Hib, dan vaksin polio (Pediacel). Pada mulanya
kesan pelindungan bagi dua vaksin adalah seratus peratus.
Adalah disarankan bahawa semua kanak-kanak haruslah mengambil vaksin
terhadapbatuk kokol, ia adalah penting untuk menghindar daripada penyakit yang
berbahaya.

Вам также может понравиться