Вы находитесь на странице: 1из 12

1

JABATAN KEJURURAWATAN
FAKULTI PERUBATAN PPUKM
FFFJ 4914 ELECTIVE II (NURSING)
COMMUNITY HEALTH NURSING
LAPORAN REFLEKSI
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN
(SEPARUH MASA)
TAHUN 2 SEM. 2 2014/ 2015 :
PENGAJAR :
PUAN HNG SIEW HONG

PELAJAR :
SUHANA BINTI MOHD NOR A143735

LAPORAN REFLEKSI MENGENAI ISU-ISU KESIHATAN


REMAJA

I.

PENGENALAN

Isu kesihatan remaja merupakan salah satu isu yang semakin mendapat perhatian pada masa
kini. Bagi kebanyakan remaja, tempoh ini merupakan masa untuk mengenal diri dan mereka
melalui pelbagai perubahan dari segi biologi, psikologi, sosial dan ekonomi. Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mentafsirkan remaja sebagai peringkat umur di mana individu
mencapai kematangan seksual dan ia merupakan tempoh peralihan dari akil baligh menuju
kedewasaan.
Dr. Shigeru Omi, bekas Pengarah Wilayah, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
untuk Wilayah Pasifik Barat pernah menyebut bahawa remaja adalah seperti rama-rama.
Mereka melalui satu tempoh peralihan yang penuh dengan potensi, tetapi rapuh. Mereka
memerlukan didikan dan belaian, serta persekitaran yang selamat untuk membesar dan
membangun.

II.

ISU-ISU KESIHATAN REMAJA

Kajian yang dijalankan oleh Centres for Disease Control, Amerika Syarikat telah
mengenalpasti enam kategori isu kesihatan di kalangan remaja pada masa kini. Kategori
berkenaan adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Tingkahlaku yang menyebabkan kecederaan secara sengaja dan tidak sengaja


Pengambilan tembakau (merokok)
Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah
Seksual dan Reproduktif
Amalan pemakanan yang tidak sihat
Kurang aktiviti fizikal

A. Tingkahlaku Yang Menyebabkan Kecederaan Secara Sengaja Dan Tidak Sengaja

1. Kecederaan Secara Sengaja


Masalah
Kecederaan secara sengaja berpunca dari keganasan ke atas diri sendiri atau ke atas orang
lain. Keganasan ke atas orang lain melibatkan dua atau lebih individu dan termasuklah
keganasan domestik, kejadian buli, bergaduh dan membunuh. Keganasan ini mungkin tidak
begitu ketara seperti kejadian buli atau mungkin lebih ketara seperti bergaduh. Apa pun,
remaja yang menjadi mangsa diancam secara psikologi, emosi atau fizikal berikutan
meningkatnya kes-kes seumpama ini di sekolah atau di rumah.
Keganasan ke atas diri sendiri termasuklah mencederakan diri sendiri dan bunuh diri.
Bunuh diri merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan remaja. Masyarakat
perlu lebih peka dengan isyarat amaran yang ditunjukkan oleh remaja bermasalah. Di antara
isyarat kecenderungan membunuh diri adalah:
i.

Menghadiahkan barang peribadi yang disayangi kepada seseorang

ii.

Taksub atau sering berfikir mengenai kematian

iii.

Bercakap tentang niat untuk membunuh diri

iv.

Depresi

Cadangan Penyelesaian
Sekiranya kita berhadapan dengan remaja yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh
diri, kita perlulah melaporkan perkara ini kepada pihak yang bertauliah. Kita boleh mengajak
remaja berkenaan untuk berjumpa dengan kaunselor.
Keganasan dalam apa jua bentuk, memberi kesan yang mendalam kepada mangsa. Berikut
adalah cadangan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini:
i.
ii.
iii.

Dengar dan terima dengan terbuka perasaan remaja yang terbabit dengan keganasan
Hormat keputusan remaja tersebut mengenai cara beliau menangani masalah
Beri sokongan dan cadangan cara-cara yang boleh membantu menyelesaikan masalah

2. Kecederaan Secara Tidak Sengaja

Masalah
Kecederaan tidak sengaja adalah kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan di mana tidak
wujud niat untuk mencederakan sesiapa. Contoh kecederaan yang disebabkan oleh
kemalangan adalah:
i.
ii.
iii.

Dilanggar oleh kenderaan atau terlibat dalam kemalangan jalanraya


Cedera akibat kebakaran
Lemas di dalam air

Cadangan Penyelesaian
Hampir 70 peratus dari kematian di kalangan remaja adalah disebabkan kemalangan yang
boleh dielakkan. Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil termasuklah melarang
tingkahlaku berisiko seperti memandu kenderaan dengan cuai, tidak berhati-hati semasa
menggunakan api atau semasa bermain di dalam air. Ibubapa khususnya perlu memantau
kegiatan anak remaja mereka supaya tidak terlibat dengan kegiatan berisiko tinggi.

B. PENGAMBILAN TEMBAKAU / TABIAT MEROKOK


Masalah
Walaupun di negara kita, remaja di bawah umur 18 tahun adalah dilarang untuk membeli
dan/atau menghisap rokok, terdapat ramai pelajar sekolah yang terjebak dengan tabiat
merokok. Kajian oleh Universiti Malaya pada 2010 mendapati terdapat 5 juta perokok di
Malaysia di mana 20 peratus darinya adalah di kalangan remaja.
Di antara sebab utama remaja mula merokok di negara membangun seperti Malaysia
adalah perasaan ingin tahu, tekanan rakan sebaya dan keinginan untuk kelihatan matang dan
hebat.
Bukti-bukti mengenai kesan negatif merokok telah jelas sejak berkurun lalu, bermula
dengan barah mulut hinggalah ke penyakit jantung dan barah paru-paru. Bagaimana pun,
tabiat merokok yang bermula di usia remaja tidak menampakkan simptom negatif ini
sehinggalah mereka yang terbabit mencapai usia dewasa di mana pelbagai penyakit kronik
mula dihidapi oleh perokok tegar.

Di antara kesan nyata akibat tabiat merokok di kalangan remaja adalah kesan
ketagihan yang membawa kepada tingkahlaku seperti penagih dadah. Merokok juga ternyata
mempunyai kaitan rapat dengan penyakit jantung, asthma, paru-paru dan batuk kering.
Statistik menunjukkan penyakit berkaitan merokok membunuh 1 dari 10 orang dewasa, dan
sekiranya trend merokok di kalangan remaja ini berterusan, penyakit berkaitan merokok akan
membunuh 1 dari 6 orang dewasa menjelang tahun 2030.
Masalah yang timbul akibat merokok di kalangan remaja termasuklah perasaan resah,
gelisah, tidur yang terganggu, selera bertambah, sukar memberi tumpuan dan keinginan untuk
menghisap lebih banyak rokok. Remaja yang merokok cenderung untuk beralih kepada ganja,
alkohol dan dadah merbahaya, selain terlibat dengan kegiatan berisiko. Secara psikologi,
mereka mempunyai masalah untuk berhadapan dengan tekanan dan cenderung untuk
mengalami masalah kesuburan dan mati pucuk. Remaja perempuan yang mengandung pula
berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang atau mengalami keguguran. (Fakta dari National
Cancer Institute and the American Lung Association, 2003)

Cadangan Penyelesaian
Untuk menangani masalah ketagihan merokok di kalangan remaja, perlu ada usaha yang
menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan perlu memiliki iltizam politik yang
kuat utuk menjinakkan pemasaran agresif oleh industri tembakau. Penguatkuasaan undangundang yang lebih menyeluruh dan agresif perlu dilaksanakan, misalnya dengan mengambil
tindakan tegas kepada pesalah yang merokok di tempat-tempat awam.
Kerajaan telah mewartakan undang-undang yang melarang penjualan rokok kepada remaja
serta melarang sebarang iklan atau penajaan oleh syarikat tembakau. Selain dari itu, kerajaan
juga telah menaikkan cukai ke atas produk berasaskan tembakau hampir setiap tahun dengan
harapan ia akan mengurangkan tabiat buruk ini. Langkah-langkah tersebut jelas telah berjaya
mencapai tujuannya dan Kementerian Kesihatan telah menjangkakan yang rokok tidak akan
menjadi isu utama kesihatan menjelang tahun 2020.

C. PENGAMBILAN ALKOHOL DAN PENYALAHGUNAAN DADAH


Masalah

Alkohol merupakan sejenis dadah psikoaktif yang mempengaruhi sistem saraf tunjang.
Alkohol wujud di dalam pelbagai bentuk cecair termasuk bir, wine atau liquor. Alkohol
kebiasaannya membuatkan seseorang individu berasa tenang dan mudah bersosial namun jika
penggunaan yang berterusan, perasaan tadi boleh bertukar menjadi depresi, marah, hilang
kawalan dan mabuk.
Disebabkan perbezaan yang ketara dalam paras pengambilan setiap individu, alkohol
memberi kesan yang berbeza- beza. Seperti juga rokok, alkohol adalah dadah yang memberi
kesan pada pemikiran dan tubuh badan. Alkohol merencat keupayaan otak untuk mengawal
kelakuan serta mengganggu skil motor. Sebagai tambahan, alkohol mengurangkan keupayaan
individu untuk bergerak dan bercakap. Alkohol juga boleh menyebabkan perkara- perkara
seperti :i.
ii.
iii.
iv.
v.

Hilang ingatan
Ketagihan
Kerosakan pada hati, buah pinggang, perut dan usus
Kerosakan otak
Kematian disebabkan masalah pernafasan atau kegagalan jantung dan interaksi yang
berlaku dari ubatan lain (Parley International, 1998)

Penyalahgunaan dadah juga membawa banyak kesan buruk. Mereka yang terlibat
meningkatkan risiko kesihatan seperti penyakit jantung, barah, penyakit mental, dan tidak
kurang yang berakhir dengan kematian. Oleh kerana dadah menjejaskan daya fikir seseorang,
mereka yang terlibat tidak akan menyedari kesan negatif ini.
Dadah boleh mengurangkan bilangan sperma seseorang lelaki, menyukarkan usaha untuk
mendapat zuriat. Dadah juga menjejaskan prestasi pembelajaran atau kerjaya seseorang.
Semasa khayal dengan dadah, penagih tidak sedar dengan tindak-tanduknya sehingga
sanggup melakukan perkara yang memalukan diri sendiri atau mencederakan orang lain.

Cadangan Penyelesaian
Remaja boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengelak dari terlibat dengan tabiat
buruk ini:

i.

Jangan memperbodohkan diri sendiri. Pengambilan alkohol atau dadah tidak

ii.

menjadikan anda lebih dewasa atau lebih hebat.


Jangan biarkan diri anda dipengaruhi untuk meminum alkohol atau mengambil

iii.

dadah.
Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk menghilangkan ketagihan, sila

iv.

berjumpa dengan kaunselor atau pengamal perubatan yang bertauliah.


Bergaul dengan rakan-rakan yang menyokong tindakan anda untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat.

D. KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKTIF


Masalah
Isu utama berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif remaja adalah penyakit seks berjangkit
(STD), kehamilan yang tidak dirancang atau tidak selamat, dan pengguguran bayi yang tidak
selamat. Pengamal perubatan perlu memahami perubahan trend dan tingkahlaku seksual di
kalangan remaja supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan perubatan serta pendidikan
yang sesuai untuk golongan remaja.
Disebabkan jurang masa dari akil baligh dan perkahwinan semakin meningkat,
terdapat semakin banyak aktiviti seks pra-perkahwinan di kalangan remaja. Walaupun aktiviti
seks pra-perkahwinan kurang berlaku di Malaysia berbanding di negara-negara maju, kita
tidak dapat menafikan hakikat bahawa ianya semakin meningkat. Peningkatan aktiviti seks
pra-perkahwinan yang tidak diiringi oleh penggunaan alat kontraseptif telah menyebabkan
meningkatnya kejadian kehamilan remaja. Ini memberi kesan langsung kepada kesihatan
remaja terbabit serta bayi yang dikandung.
Remaja lelaki dan wanita mempunyai motif yang berbeza untuk melibatkan diri di
dalam aktiviti seks pra-perkahwinan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seksualiti
remaja termasuklah peranan jantinan, ketidakseimbangan kuasa, budaya, kelas budaya,
tekanan rakan sebaya dan akses kepada maklumat.
Remaja yang aktif secara seksual perlu memahami risiko yang terlibat dan mereka tidak
terlepas daripada dijangkiti penyakit. Remaja lelaki kebanyakannya mula terlibat dengan seks
akibat perasaan ingin tahu atau untuk keseronokan, manakala remaja wanita pula
melakukannya demi cinta dan mengaitkannya dengan perkahwinan atau hubungan jangka
panjang. Perbezaan persepsi dan motif untuk melakukan seks pra-perkahwinan di antara

lelaki dan wanita menyebabkan remaja wanita sering mengalami akibat negatif dari
hubungan seksual tersebut.
Oleh kerana kebanyakan hubungan seks pra-perkahwinan adalah tidak selamat,
remaja terlibat berhadapan dengan risiko dijangkiti dan menjangkiti STD, termasuklah
HIV/AIDS, dan akhirnya membawa kepada kehamilan yang tidak dikehendaki serta
pengguguran bayi.

Cadangan Penyelesaian
Faktor-faktor yang membawa kepada tingkahlaku seksual yang berisiko tinggi ini
termasuklah kurangnya maklumat mengenai kesihatan seksual dan reproduktif, kurang
kemahiran menangani hubungan seksual, perkhidmatan kesihatan remaja yang sukar
diperolehi serta tekanan rakan sebaya. Selain dari itu, pendidikan seks juga merupakan satu
faktor penting terutamanya di Malaysia di mana perbincangan mengenai topik seks masih
dianggap sebagai suatu isu yang sensitif, besar kemungkinan disebabkan kekangan agama
dan budaya.
Pengetahuan semata-mata tidak dapat mengubah tingkahlaku remaja. Remaja yang
telah didedahkan dengan pendidikan seks tidak semestinya menangguhkan aktiviti seksual
atau lebih cenderung untuk menggunakan alat pencegah kehamilan.
Program-program seperti pembangunan diri, kemahiran, penyelesaian masalah serta
teknik berkomunikasi ternyata lebih berjaya untuk mengubah tingkahlaku remaja. Adalah
penting untuk memahami bagaimana remaja membuat keputusan untuk terlibat di dalam
aktiviti seks supaya kita dapat mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai.

E. AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT


Masalah
1. Obesiti

Satu lagi isu kesihatan remaja yang perlu diberi perhatian ialah obesiti. Remaja yang
mempunyai berat badan berlebihan atau mempunyai masalah obesiti, berkemungkinan besar
akan terus mempunyai masalah yang sama apabila dewasa. Golongan ini akan berhadapan
dengan risiko kesihatan jangka panjang seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan
darah tinggi.
2. Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa
Masalah amalan pemakanan yang tidak sihat seperti anorexia nervosa dan bulimia nervosa
juga sering dikaitkan dengan isu kesihatan remaja. Sejak sedekad lalu, masalah ini telah
semakin mendapat perhatian umum. Masalah ini biasanya dihadapi oleh remaja perempuan
kerana mereka lebih mudah terpengaruh dengan keinginan untuk kelihatan menarik.
Perubahan budaya mungkin telah meningkatkan tekanan kepada remaja menyebabkan
mereka merasa tidak puas hati dengan saiz tubuh mereka. Pendedahan kepada budaya Barat
juga dikhuatiri menyumbang kepada tabiat pemakanan yang tidak sihat ini.
Cadangan Penyelesaian
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menangani masalah pemakanan tidak sihat iaitu :
i.

Berbincang dengan ahli keluarga, guru, rakan- rakan dan berjumpalah dengan doktor

ii.

untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang masalah yang dialami.


Doktor biasanya akan merawat bersama- sama dengan pakar kesihatan yang lain

iii.

contohnya dietitian.
Pelbagai terapi atau rawatan diberi contohnya secara individu, rawatan keluarga,

iv.

perubahan sikap serta juga pemulihan dalam corak pengambilan makanan.


Ahli fisioterapi dan pemulihan cara kerja juga akan membantu dalam proses

v.

pemulihan ini.
Sekiranya remaja mengalami komplikasi dan kekurangan pemakanan yang teruk,
perlulah mendapatkan rawatan di hospital untuk tempoh tertentu

F. KURANG AKTIVITI FIZIKAL


Masalah
Aktiviti fizikal di kalangan remaja Malaysia semakin berkurangan selaras dengan
berkembangnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Remaja lebih gemar

10

menghabiskan masa bermain komputer atau telefon pintar mereka berbanding melibatkan diri
dengan kegiatan sukan. Ini menyumbang kepada peningkatan penyakit kardiovaskular yang
menjadi penyebab utama kematian awal di Asia Tenggara.
Cadangan Penyelesaian
Gaya hidup yang tidak aktif serta tabiat pemakanan yang tidak sihat di kalangan remaja turut
menyumbang kepada peningkatan kes obesiti pada hari ini. Dengan melakukan lebih banyak
kegiatan fizikal, diiringi dengan pengawalan di dalam pengambilan lemak di dalam makanan
dan menghindari tabiat merokok, risiko penyakit boleh dikurangkan. Remaja perlu
didedahkan dengan faedah yang boleh diperolehi melalui aktiviti fizikal dan gaya hidup yang
lebih sihat. Pihak berkenaan perlu mempromosikan kegiatan fizikal sejak peringkat awal
alam persekolahan supaya remaja dapat menerapkan gaya hidup sihat.

III.

CADANGAN PENYELESAIAN UMUM

Walaupun di setiap perbincangan mengenai isu kesihatan remaja di atas, saya telah
memberikan cadangan khusus berkaitan isu terbabit, berikut adalah pendekatan yang

11

menyeluruh yang perlu diambil oleh semua pihak untuk menangani isu kesihatan remaja
dengan lebih berkesan.
1. Berikan lebih perhatian dan sumber kepada isu kesihatan remaja. Setiap agensi kerajaan
dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu berusaha untuk membuatkan remaja merasa
dihargai.
2. Tingkatkan pengetahuan mengenai isu kesihatan remaja melalui teknik pengumpulan data
yang lebih baik melalui sistem informasi di segenap peringkat; daerah, negeri dan negara.
kaedah pengumpulan data mengenai kesihatan dan tingkahlaku remaja yang seragam
berkongsi pengetahuan mengenai peranan masyarakat di dalam menangani isu

i.
ii.
iii.

kesihatan remaja
Mewujudkan langkah-langkah

iv.

berdasarkan bukti
Menggunakan maklumat yang terkumpul untuk merancang program dan polisi yang

pencegahan

dan

campurtangan

yang

efektif

berkesan
3. Tingkatkan keupayaan pihak hospital, penyelidik, pembuat polisi dan lain-lain melalui
latihan yang sesuai supaya mereka dapat mengenalpasti dan bertindakbalas kepada
keperluan kesihatan remaja
4. Memperkukuhkan suara dan penglibatan remaja supaya polisi dan program berkaitan
remaja dapat dibentuk mengikut kehendak dan keperluan mereka
5. Tingkatkan pengetahuan para pembuat polisi dan pegawai kerajaan mengenai
kepentingan dan keberkesanan polisi serta langkah-langkah pencegahan yang sesuai
6. Tingkatkan sokongan untuk jangkamasa panjang dengan menyediakan dana yang stabil
supaya program yang diatur dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya
7. Memperkasakan pengetahuan sediada mengenai perlaksanaan,

kesesuaian

dan

kesinambungan langkah-langkah pencegahan di seluruh negara dengan cara:


i.
Membuat lebih banyak kajian mengenai sains pencegahan dan membentuk keupayaan
ii.

penyelidik untuk menjelmakan hasil kajian kepada perlaksanaan yang praktikal


Mewujudkan kerjasama yang mantap di antara penyelidik, penyedia khidmat

iii.

kesihatan dan pembuat polisi


Membangunakan satu proses yang boleh menterjemahkan dan membentuk
campurtangan yang efektif mengikut keadaan dan suasana.

IV.

KESIMPULAN

Remaja yang sihat adalah penting untuk pembangunan negara. Program campurtangan perlu
difokuskan kepada mengurangkan tabiat pemakanan tidak sihat, menggalakan aktiviti fizikal,
mengelakkan amalan merokok dan penyalahgunaan dadah. Tingkahlaku yang lebih sihat di

12

dalam pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan tingkahlaku seksual perlu digalakkan.
Pengusaha makanan perlu menyediakan makanan yang lebih sihat dan selamat pada harga
yang berpatutan. Pendidikan seks masih lagi merupakan isu yang sensitif di negara kita.
Bagaimana pun, ini tidak menghalang usaha untuk terus menyediakan program kesihatan
remaja yang lebih baik melalui kerjasama semua pihak yang terbabit.

RUJUKAN
1. Adolescence: An Age of Opportunity The State of Worlds Children 2011, UNICEF
2. Teenage Pregnancy and Its Health Implications - Greta Hayward, International
Journal of Public Health Research Special Issues 2011
3. National Experience in Population Matters: Adolescents and Youth (Excerpts from
Malaysia's country statement at the 45th Session of the United Nations Commission
on Population and Development, 24 April 2012, New York)
4. Health Concerns of Adolescents - Baylor Universitys Community Mentoring for
Adolescent Development
5. Health of Adolescents in Malaysia World Health Organization
6. Malaysian Youth Sexuality: Issues And Challenges - Low WY, Medical Education and
Research Development Unit, Faculty of Medicine, University of Malaya
7. Case study, Malaysia: Communication and Advocacy Strategies Adolescent
Reproductive and Sexual Health - Lee, Mary Huang Soo. Bangkok: UNESCO
PROAP, 1999.
8. Adolescent Tobacco Use and Health in Southeast Asia - Nabilla Al-Sadat, A. Y.
Misau, Z. Zarihah, Dahlui Maznah, and Tin Tin Su, Asia-Pacific Journal of Public
Health Supplement to 22(3) 175S180S

Вам также может понравиться