Вы находитесь на странице: 1из 24

Seminar JPPG2010-07-07

Tajuk :Tahap Kebolehbacaan Dalam Kalangan Murid Orang Asli (Program


Pemulihan) Di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan
Batu 14 Tapah (Perak).
Kertas Kerja : Dr. Md. Nasir b Masran, Dr. Ramlah Bt. Jantan, Dr. Suppiah
Nachiappan, Dr. Abd. Aziz B. Shukor dan Puan Roslinda Bt. Mustapha.
Emel :mnasir@fskpm.upsi.edu.my
ABSTRAK
Melalui Wawasan 2020, kerajaan berharap agar semua rakyat Malaysia dapat meningkatkan
kualiti hidup mereka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka ke arah pembangunan
minda kelas pertama termasuklah masyarakat Orang Asli di negara kita. Penguasaan
membaca di kalangan kanak-kanak ini sangat penting kerana apabila mereka sudah
menguasai kemahiran membaca, maka mereka boleh memahami dan membaca setiap ayat
yang dipaparkan kepada mereka. Oleh itu pemindahan maklumat ke dalam otak akan
menjadi lebih cepat. Adalah menjadi visi dan misi 2020 untuk menghasilkan modal insan
berpengetahuan, berketrampilan dan berarah kendiri. Menyedari perkata tersebut,
Kementerian Pelajaran telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang
bertujuan memperkasakan pendidikan di semua peringkat termasuk pendidikan sekolah
rendah dalam usaha menghasilkan modal insan yang kompetetif dalam pasaran tenaga kerja
bertaraf dunia. Dalam usaha membantu guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di
peringkat prasekolah dan sekolah rendah, terdapat banyak modul membaca, menulis dan
mengira terdapat dalam pasaran. Pengkaji telah menjalankan kajian tinjauan mengenai
kaedah dan modul yang digunakan oleh guru-guru pemulihan Bahasa Melayu di Sek. Keb.
Brincang (Pahang) dan Sek. Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak) untuk mengajar murid-murid
pemulihan tahap 1. Pengkaji juga telah memperkenalkan modul membaca menggunakan
kaedah gabung kata oleh Professor Emiritus Dato Dr. Isahak Haron kepada guru-guru
pemulihan di sekolah tersebut. Dapatan kajian telah memberikan pengkaji perspektif baru
mengenai cara berfikir murid-murid orang asli dan kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian diharapkan akan memberi implikasi
penting kepada penggubal kurikulum, pentadbir pendidikan, guru-guru, ibu bapa dan Institusi
latihan guru sama ada IPTA atau IPTS.
PENGENALAN
Perkembangan membaca dalam kalangan kanak-kanak sangat penting dalam membantu
mereka meningkatkan pengetahuan di dalam pelajaran. Asas pengetahuan dan kemahiran
membaca dapat membantu kanak-kanak untuk cepat belajar dan memahami sesuatu pelajaran
yang telah dipelajari di sekolah. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mencapai taraf negara
maju dan memiliki tenaga kerja professional, kemahiran membaca menjadi aspek penting
dalam perkembangan ini. Menurut Juriah Long, (1990) membaca didefinisikan kepada dua
proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga hubungan makna yang sesuai atau cocok
dengan simbol-simbol tersebut.
Oleh itu, penguasaan membaca di kalangan kanak-kanak ini sangat penting kerana apabila
mereka sudah menguasai kemahiran membaca, maka mereka dengan mudah boleh
memahami dan membaca setiap ayat yang dipaparkan kepada mereka. Hal ini kerana apabila

seseorang kanak-kanak telah dapat menguasai kemahiran membaca maka mereka juga akan
dapat menguasai kemahiran menulis pada peringkat seterusnya dengan lebih mudah. Oleh itu,
pemindahan maklumat ke dalam otak akan menjadi lebih cepat. Begitu juga dengan usaha
kerajaan yang amat berharap agar semua rakyat Malaysia dapat meningkatkan kualiti hidup
mereka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka termasuklah golongan masyarakat
orang asli di negara kita.
Penekanan perlu diberikan terhadap golongan anak orang asli kerana tahap kesedaran ibu
bapa orang asli terhadap pelajaran anak mereka sangat kurang. Oleh itu, pemantauan
terhadap modul-modul ini penting kerana kita dapat mengenalpasti modul yang sesuai
digunakan kepada pelajar yang mempunyai berlainan aras pengetahuan serta kefahaman. Hal
ini kerana walaupun di zaman yang serba canggih ini terutama dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas, masih terdapat di kalangan pelajar sekolah rendah yang masih
belum menguasai kemahiran membaca. Perkembangan kurang baik ini kerana penguasaan
terhadap kemahiran membaca sangat penting dalam membantu pelajar belajar dan memahami
setiap ilmu yang dipelajari di sekolah.
Statistik dalam artikel Utusan Malaysia (Julai, 2007) menunjukkan terdapat 34.31 peratus
atau 1,322 daripada 3,853 pelajar Orang Asli yang tamat tahun enam gagal untuk
menyambungkan pelajaran ke tingkatan satu. Perkara ini jelas menunjukkan penyertaan dan
pencapaian pelajar Orang Asli masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, langkah untuk
menguncupkan jurang pendidikan yang masih ketara akan tercapai dengan menyediakan
kaedah pembelajarn yang sesuai serta keperluan asas secara berterusan. Sesuai dengan misi
dan visi kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadikan
rakyatnya mempunyai modal insan berpengetahuan maka kita perlu memastikan setiap
golongan masyarakat di Malaysia mendapat pendidikan yang sewajarnya.
PERNYATAAN MASALAH
Adalah menjadi visi dan misi 2020 untuk menghasilkan modal insan berpengetahuan,
berketrampilan dan berarah kendiri. Menyedari perkara tersebut, Kementerian Pelajaran telah
melancarkan Pelan Induk Pendidikan (PIPP) yang bertujuan memperkasakan pendidikan di
semua peringkat termasuk pendidikan sekolah rendah dalam usaha menghasilkan modal insan
yang kompetetif dalam pasaran tenaga kerja bertaraf dunia. Dalam usaha membantu guru
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah dan sekolah rendah,
terdapat banyak modul membaca, menulis, mengira terdapat dalam pasaran. Perkembangan
ini adalah menggalakkan untuk perkembangan ilmu tetapi perlu ada pemantauan dan kajian
tentang keberkesanannya.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat pencapaian kanak-kanak Orang Asli dalam
kemahiran membaca. Kajian ini akan mengenalpasti sejauh mana penguasaan yang telah
dicapai oleh kanak-kanak tersebut, serta mempraktikkan modul yang telah disediakan oleh
pihak UPSI bagi melihat pencapaian murid selepas penggunaan modul tersebut di tiga buah
negeri iaitu Perak, Kelantan dan Pahang telah dipilih bagi melaksanakan kajian ini yang mana
responden merupakan suku kaum Orang Asli iaitu kanak-kanak dalam masyarakat tersebut.
Disamping itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap kebolehbacaan dalam kalangan
anak Orang Asli. Hal ini demikian, keadaan tempat tinggal mereka serta kemudahan
prasarana sekolah yang kurang menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang
perkembangan teknologi terkini sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan.
Oleh yang demikian, kajian ini akan melibatkan kajian di SK Brinchang, Cameron Highland,

Pahang. Kajian ini juga akan melihat sejauh mana penguasaan anak Orang Asli dalam
pendidikan terutama dalam kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu. Hal ini kerana,
penguasaan kemahiran membaca dan menulis sangat penting kepada kanak-kanak sebelum
mereka melangkah masuk ke sekolah menengah. Selain itu juga, apabila murid-murid ini
sudah dapat menguasai kemahiran tersebut, mereka akan mudah untuk memahami pengajaran
yang disampaikan oleh guru dengan mudah.
Epstein (1986), dari 1,259 ibu bapa di Maryland 18% menyatakan mereka tidak menerima
sebarang surat pemberitahuan dari sekolah, 35% menyatakan bahawa tiada perjumpaan
antara ibu bapa dan guru, 60% tidak pernah berbincang dengan guru melalui telefon kerana
semua laporan maklumat dihantar melalui pos ke rumah ibu bapa kanak-kanak. Kebanyakan
aktiviti adalah sehala iaitu dari sekolah ke rumah. Tiada kerjasama yang nyata yang dapat
terjalin di antara pihak sekolah dan ibu bapa sama ada dari segi perancangan aktiviti serta
komunikasi dua hala. Elizabeth Fraser (1959) dalam buku beliau yang bertajuk Home
Environment and School telah menerangkan hubungan yang amat signifikan antara taraf
pendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak mereka. Ini menjurus kepada situasi
persekitaran yang berlaku dalam keluarga itu sendiri yang mendorong kepada kehendak
kanak-kanak belajar dan cemerlang dalam akademik. Menurut Fraser, andainya dibandingkan
antara dua orang kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang hampir sama tetapi berbeza
dari segi taraf pendidikan, pendidikan yang lebih tinggi akan memperolehi pencapaian yang
lebih baik. Contohnya ibu bapa yang membentuk sikap positif terhadap anak-anak mereka
menunjukkan kejayaan yang lebih baik berbanding dengan ibu bapa yang tidak memberi
perhatian kepada anak-anak mereka terutama dalam bidang pelajaran. Begitu juga dengan
sikap, dorongan, minat serta hubungan yang diberikan akan meningkatkan lagi prestasi
akademik anak-anak mereka (dalam Hazil, 1990).
TINJAUN LITERATURE
Tinjauan literatur ini dengan teori budaya kemiskinan persekitaran kekeluargaan, gaya
pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan pencapaian
murid terutama dalam kemahiran membaca.
Khamis Maarof (1984) dalam Lee Chong Eng (1988), satu percubaan untuk mengukur
kebolehan membaca murid-murid diperingkat darjah 2 (Tahap 1) ialah;
1. Murid-murid yang telah membaca ayat dengan baik adalah terdiri daripada murid-murid
yang telah dapat kuasai kemahiran-kemahiran mengenal bentuk-bentuk huruf, bunyikan
huruf-huruf vokal dan beberapa huruf konsonan, baca secara lepas serta berpandu dan
mengesan suku kata- suku kata dalam perkataan.
2. Kebolehan dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas adalah lebih kurang sama dan
tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara murid-murid sekolah kebangsaan
yang terletak di bandar dengan murid-murid sekolah diluar bandar.
3. Latar belakang sosio ekonomi murid tidak memperlihatkn pengaruh yang signifikan
dalam pencapaian murid-murid pada peringkat darjah 2 ini kecuali jantina. Terdapat
perbezaan yang penting antara pencapaian murid-murid lelaki dengan pencapaian muridmurid perempuan adalah lebih tinggi.
4. Kemahiran-kemahiran asas bacaan lisan iaitu menamakan huruf-huruf abjab besar dan
kecil, membaca dan membunyikan suku kata-suku kata, membaca dan membunyikan
suku kata-suku kata dalam perkataan, membaca terus perkataan dan ayat tanpa mengeja

dengan bersuara dan seterusnya, menjawab soalan kefahaman mempunyai hubungan yang
rapat.
5. Berdasarkan kemahiran-kemahiran asas di dalam ujian-ujian, terdapat 3 faktor yang
memperlihatkan kelompok-kelompok kemahiran yang saling menyokong.
I. Faktor berstrukturkan suku kata dan perkataan.
II. Faktor berstrukturkan huruf-huruf abjab.
III. Faktor berstrukturkan gambar.

Menurut Colin Nicholas (July 2006), To illustrate the point, I can cite the case of the Semai
community in Woh, Tapah whre prior to 1993 no Orang Asli went to school from that area.
However, a parent then was very keen for his child to attend school and asked the JHEOA to
help with transport. The JHEOA agreed on the condition that there be more students in order
to justify the cost of hiring a school van monthly. With this assurance, 18 children began
school within a month. Clearly it was not a case of the poor attitude of the parents towards
education. Berdasarkan kenyataan Colin tadi, nyata bahawa masalah kemiskinan telah
menyebabkan ramai dalam kalangan anak-anak Orang Asli yang ketinggalan dalam
pendidikan. Ini bukan merupakan satu fenomena yang biasa, tetapi kita perlu berusaha
membantu agar anak-anak Orang Asli ini terbela dan mendapat pendidikan yang sama seperti
kanak-kanak yang lain, serta mampu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik di
masa akan datang. Newman (1995) pula melihat kewujudan budaya kemiskinan sukar
dihapuskan. Hal ini kerana, jalan hidup sebegini mempunyai penerusannya. Kanak-kanak
yang berumur enam atau tujuh tahun, kebanyakan akan menyerap nilai dan tingkah laku asas
daripada subbudaya yang berkaitan dengan kemiskinan. Newman (1995) berpendapat bahawa
kita boleh bawa keluar kanak-kanak dari kawasan setinggan tetapi kita tidak boleh membawa
keluar sifat setinggan yang ada pada kanak-kanak itu.
Keluarga ialah satu-satunya agensi sosial yang terpenting dalam sesebuah masyarakat. Hal ini
kerana, keluarga mempunyai tanggungjawab memberikan kanak-kanak pengalaman ketika
peringkat kanak-kanak. Di rumahlah kanak-kanak mula menerima norma dan nilai budaya
yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Apabila kanak-kanak itu masuk ke sekolah
mereka menjalani proses asosialisasi berdasarkan pengalaman mereka semasa di rumah.
Sejauh manakah kanak-kanak ini dapat menerima nilai-nilai sekolah dan mudah
diasosialisasikan ke dalamnya, bergantung kepada apa yang telah mereka alami di rumah.
Tinjauan literature atas hubungan persekitaran keluarga dengan pencapaian murid dibuat oleh
beberapa kajian seperti Clark (1994) dan Fatanah (1997) menunjukkan bahawa persekitaran
keluarga mempunyai hubungan dengan pencapaian murid.Berdasarkan pernyataan di atas,
peranan persekitaran keluarga amat mempengaruhi prestasi pembelajaran kanak-kanak itu.
Sekiranya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku maka mereka akan
lebih terdorong untuk meminati dalam pelajaran dan begitulah sebaliknya.
Menurut Colin Nicholas (July 2006), However, merely attending school is not fully
indicative of educational attainment. Pass rates among Orang Asli schoolchildren have not
been too encouraging, though it has been increasing over the years. For example, Lim
(1997:45) comments that, the percentage of passes among Orang Asli schoolchildren taking
the SRP (Primary 6) exam in 1990-1992 was between 43 to 59 per cent, compared to 69 to 78
per cent at the national level. Similarly, for the 1993-1995 period, the proportion of Orang
Asli passing the SPM (Secondary 5) exams was 51 to 54 per cent, compared to 66-67 per cent
nationally. While the pass rate is expected to the higher in recent years, it is not expected to
be significantly higher since many Orang Asli students would have dropped out prior to these

public examinations. Berdasarkan maklumat di atas, akibat kurangnya kesedaran terhadap


Pendidikan, maka anak-anak orang asli tidak mementingkan pendidikan sebagai jalan untuk
meningkatkan taraf hidup mereka. Akibat tidak mahu keluar daripada penempatan
masyarakat mereka, dan lebih berminat dengan kerja-kerja kampung menyebabkan anak-anak
muda masyarakat Orang Asli tidak mementingkan pelajaran mereka.
Menurut Rozumah, Rohani dan Yew (1996), telah menjalankan kajian untuk menentukan
perkaitan antara status sosio ekonomi, persekitaran rumah dan prestasi mental kanak-kanak
prasekolah. Responden dari kajian ini terdiri daripada 34 orang kanak-kanak berumur 6 tahun
(17 Cina, 17 Melayu) dari sebuah tadika Cina dan sebuah tadika Melayu di Kampung Haji
Ismail, Bagan Serai Perak. Kajian ini telah mengukur persekitaran rumah dengan
menggunakan Inventori HOME manakala prestasi mental kanak-kanak telah diukur dengan
menggunakan Weshler Intelligence Scale Faor Children dan Gooenough Draw-a-man Test.
Hasil kajian mendapati pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga dan saiz keluarga
mempunyai perkaitan yang signifikan dengan HOME. Pendapatan keluarga juga mempunyai
perkaitan yang positif dengan skor mental kanak-kanak manakala saiz keluarga menunjukkan
perkaitan yang negatif. Kolerasi yang signifikan telah didapati antara kualiti persekitaran
rumah dan skor mental kanak-kanak. Berdasarkan hasil kajian pengkaji-pengkaji ini telah
menyimpulkan bahawa kebolehan mental kanak-kanak mempunyai hubungan dengan
persekitaran rumah. Persekitaran rumah menyediakan persekitaran untuk pembelajaran
peringkat awal kanak-kanak sebelum mereka di hantar ke sekolah. Kajian juga mendapati
status sosio ekonomi mempunyai hubugan secara langsung dengan persekitaran rumah dan
secara tidak langsung dengan kebolehan mental kanak-kanak. Dalam kajian Raden, William
dan Coggins (1993) mendapati ibu bapa banyak berinteraksi secara dua hala dengan anakanak dapat memberikan ransangan, galakan dan juga menjalin hubungan kasih sayang serta
kemesraan dengan anak-anak. Melalui hubungan mesra ini, anak-anak akan merasa selamat,
dipunyai, dihargai dan dikasihi. Sebaliknya bagi keluarga yang mempunyai taraf sosio
ekonomi yang rendah, ibu bapa didapati kurang sekali mempengaruhi perkembangan sosio
psikologi kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan seramai 1379 orang pelajar berumur 11
hingga 17 tahun dari keluarga yang berpendapatan rendah bersikap negatif terhadap sekolah
dan pencapaian akademik mereka berada di tahap rendah.

TUJUAN DAN OBJEKTIF


Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan membaca dalam kalangan murid
murid Orang Asli suku Semai di sekolah rendah . Selain itu, kajian juga dijalankan untuk
mendapatkan perbendaharaan kata Orang Asli kaum Semai untuk dimasukkan dalam modul
dan kamus yang akan dibina. Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk membina satu
modul membaca yang sesuai untuk mengajar kanak-kanak Orang Asli yang lemah dalam
membaca ini dan juga kamus Melayu-Semai.
Objektif khusus kajian ini adalah untuk:
1. Mengkaji sejauh mana penguasaan dalam kebolehbacaan Bahasa Melayu dalam
kalangan murid-murid Orang Asli kaum Semai di sekolah rendah.
2. Mengkaji kebolehsuaian modul-modul membaca Bahasa Melayu yang digunakan oleh
guru-guru dalam pengajaran murid-murid Orang Asli kaum Semai di sekolah rendah.
3. Membina modul membaca alternatif untuk Orang Asli kaum Semai.

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalankajian berikut:
1.

Adakah tahap kebolehbacaan kanak-kanak orang asli?

2.

Adakah modul yang betul dan sesuai mampu membantu murid membaca?

3.

Adakah persekitaran orang asli memberi kesan kepada tahap membaca bagi kanakkanak orang asli?

DEFINISI KONSEP
Terdapat beberapa istilah atau konsep yang digunakan dalam kertas kerja ini. Istilah-istilah
atau konsep ini mempunyai maksud yang tersendiri.
Murid Orang Asli
Murid yang terlibat dalam pembinaan modul bacaan ini adalah murid berketurunan Orang
Asli dari suku Semai yang belajar di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan pada murid Orang
Asli dari Suku Semai di negeri Pahang, Perak dan Kelantan. Murid-murid ini mempunyai
masalah dalam membaca. Mereka telah dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas di
sekolah mereka.
Modul Membaca
Modul bacaan yang digunakan untuk menguji kemahiran membaca murid Orang Asli Semai
ini ialah buku bacaan yang dibina oleh Prof Emiritus Dato Dr Isahak Haron. Modul tersebut
ialah siri Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia Prasekolah buku 1 dan 2.
Modul ini merupakan modul yang menggunakan kaedah gabungan bunyi suku kata (KGBK).
Modul ini mempunyai dua modul bacaan dan dua modul latihan pengukuhan.
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) digunakan dalam menguji
kemahiran membaca murid Orang Asli suku Semai. Program Kelas Intervensi Asas Membaca
dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah
terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dalam
kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu, strategi pengajaran
dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu
murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

KERANGKA KONSEP KAJIAN

KERANGKA KONSEP

Pengalaman sedia ada


1. Murid pernah melihat
dan
mengenal
huruf
daripada sesi pengajaran
dan pembelajaran yang
lepas.
2. Murid pernah diajar
mengenal
dan
membezakan huruf huruf
vokal dan dan konsonan
pada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang lepas.
3.
Murid
pernah
mempelajari
cara
membaca, menulis dan
menyebut
perkataan
dengan betul berdasarkan
proses pengajaran dan
pembelajaran yang lepas.

Input
( 8 modul yang digunakan )
1. Mengenal huruf
2. Menulis huruf vokal dan
konsonan
3. Membaca, menulis dan
menyebut perkataan
4. Penguasaan vokal dan
konsonan KVKV dan VKV
5. Penguasaan vokal dan
konsonan KVK
6. Penguasaan vokal dan
konsonan VKVK, KVKVK dan
KVKKV
7. Penguasaan vokal dan
konsonan KKV dan VKK
8. Membaca buku cerita

Pembolehubah demografik
guru

Lokasi sekolah
Jantina
Kategori perkhidmitan
Kaum
Pengalaman mengajar
Umur

Output
Kesan
1. Murid dapat mengenal
huruf dengan baik.
2. Murid dapat menulis huruf
vokal dan konsonan
dengan baik.
3. Murid dapat membaca,
menulis dan menyebut
perkataan dengan baik.
4. Murid dapat menguasai
vokal dan konsonan KVKV
dan VKV dengan baik.
5. Murid dapat menguasai
vokal dan konsonan KVK
dengan baik.
6. Murid dapat menguasai
vokal dan konsonan VKVK,
KVKVK dan KVKKV dengan
baik.
7. Murid menguasai vokal
dan konsonan KKV dan
VKK dengan baik.
8. Murid dapat membaca
serta memahami isi
kandungan buku cerita
dengan baik.

Dalam kerangka untuk kajian ini terdapat 4 bahagian penting iaitu pengalaman sedia ada
murid, input, output dan pembolehubah demografik guru. Bahagian pertama iaitu pengalaman
sedia ada murid perlu diambil kira untuk menambahkan keberkesanan kajian manakala output
merujuk kepada modul modul yang digunakan untuk menjalankan kajian ini. Input pula
merujuk kepada kesan pelaksanaan modul modul ini ke atas murid. Kajian
ini
mengandaikan pembolehubah demografik mempunyai hubungan dengan tahap pencapaian
murid terhadap bahan yang dikaji khususnya untuk Program Pemulihan Membaca dalam
kalangan murid-murid Orang Asli di Sek. Kebangsaan Batu 14, Tapah (Perak) dan Sek.
Kebangsaan Brinchang, Cameron Highland (Pahang). Dalam hal ini, faktor demografik
guru terlibat sebagai pembolehubah bebas manakala kesan ataupun pencapaian murid
terhadap modul modul yang digunakan sebagai pembolehubah bersandar.
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan menggunakan modul sebagai instrumen kajian.
Modul digunakan untuk menjawab persoalan kajian berkaitan dengan tahap kebolehbacaan
dalam kalangan murid orang asli (Program Pemulihan) di Sekolah Kebangsaan Brincang
(Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah (Perak). Modul turut digunakan untuk
menjawab persoalan kajian berkaitan perspektif baru mengenai cara berfikir murid-murid
orang asli dan kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Populasi kajian terdiri daripada murid-murid program pemulihan orang asli dari suku kaum
Semai yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Brincang, Cameron Highland (Pahang) dan
Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah (Perak). Murid-murid orang asli yang dipilih adalah
secara rawak merangkumi tahap 1 dan 2. Sekolah-sekolah ini dipilih selepas dikenalpasti
bahawa terdapat murid-murid daripada orang asli yang bersekolah di kedua-dua negeri
tersebut. Bilangan sampel bagi tinjauan ini ialah 20 orang murid orang asli terdiri daripada
suku kaum Semai, 10 orang murid asli di Sekolah Kebangsaan Brinchang, Pahang. Manakala
10 orang murid orang asli di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah, Perak. Responden yang
dipilih adalah terdiri daripada murid-murid yang belajar di sekolah ini. Sampel kajian ini
ialah responden akan menggunakan Modul Bacaan Prof Emiritus Dato Dr. Isahak Haron.
INSTRUMEN KAJIAN
Penyelidik menjalankan ujian diagnostik dan ujian membaca terhadap murid Orang Asli
sekolah tersebut dengan menggunakan kaedah Modul Membaca Gabung-Kata oleh Prof.
Emiritus Dato Dr Isahak Haron. Disamping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah secara
temubual bersama dengan guru pemulihan untuk melihat pandangan guru tersebut terhadap
pencapaian murid Orang Asli di sekolah tersebut. Temubual yang dijalankan ini juga bagi
mendapatkan maklumat mengenai minat yang disukai oleh murid-murid Orang Asli kaum
Semai semasa di sekolah tersebut. Selain itu, penyelidik ingin mengetahui modul apakah
yang sedang digunakan oleh pihak sekolah bagi membantu murid Orang Asli menguasai
kemahiran membaca serta pandangan daripada guru tersebut terhadap keperluan modul yang
lebih baik bagi murid Orang Asli. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk
mengetahui kebolehan dan kemahiran yang ada pada murid Orang Asli suku kaum Semai di
sekolah-sekolah tersebut.

PENGANALISISAN DATA
Data-data diproses dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif yang digunakan
oleh pengkaji ialah borang soal selidik berdasarkan kebolehbacaan oleh Prof. Emeritus Dato
Dr. Isahak Haron. Di samping itu, pengkaji juga telah menemubual guru pemulihan disekolah
tersebut serta pengayaan dan pemulihan selepas menjalankan soal selidik.
DAPATAN KAJIAN
Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan dua buah buku yang dihasilkan oleh Prof
Emiritus Dato Dr Isahak Haron iaitu Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa
Malaysia; Prasekolah Buku Bacaan 1 dan Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis
Bahasa Malaysia; Prasekolah Buku Bacaan 2. Selain itu, penyelidik juga menggunakan
Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu.
Ujian Diagnostik Kaedah Gabung Kata (KGBK) Awal Membaca Bahasa Melayu
Dalam Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Prof
Emiritus Dato Dr Isahak Haron terdapat dua belas aras kebolehbacaan membaca yang perlu
dinilai oleh penyelidik seperti di bawah berdasarkan bahan bacaan kedua-dua buku tersebut;
Aras
Aras 1

Kebolehbacaan
Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah

Aras 2

Membunyikan suku kata terbuka

Aras 3

Membaca perkataan suku kata terbuka

Aras 4

Membaca suku kata tertutup

Aras 5

Membaca perkataan suku kata tertutup

Aras 6

Membaca perkataan membezakan vokal e taling dan e pepet; dan o

Aras 7

Membaca perkataan suku kata tertutup ng

Aras 8

Membaca perkataan suku kata geluncuran dan diftong

Aras 9

Membaca perkataan dengan suku kata nga dan nya

Aras 10

Membaca perkataan dengan penambahan me-, mem-,ber-

Aras 11

Membaca ayat pendek

Aras 12

Membaca ayat dan cerita

Hasil dapatan kajian penyelidik daripada 18 orang responden yang terlibat dalam kajian ini
adalah seperti berikut ;
Nama Responden

Tahap Pencapaian
Aras Kebolehbacaan

Keterangan Aras Kebolehbacaan

Deli a/l Bah Ebal

- (murid ini tidak dapat menhabiskan


aras 1)

Efrataniea Enia a/p


Dolah

Membunyikan huruf
konsonan mudah

Farasakila a/p Alang


Bahara

Membaca perkataan suku kata terbuka

Bah Jalos a/l Mustafa

Membaca perkataan suku kata terbuka

Ramaskhan a/l Ahmad

Membaca perkataan suku kata terbuka

Nazira binti Jo

Membaca perkataan suku kata terbuka

Effaizani a/l Bah Hussain

Membaca perkataan membezakan


vokal e taling dan e pepet; dan o

Shahril a/l Junaida

Membaca suku kata tertutup

Daniel a/l Bah Chok

Membaca suku kata tertutup

Daniel

Membaca perkataan
geluncuran dan diftong

Aznil b. Shafie

12

Membaca ayat dan cerita

Rumi a/l. Zabidi

12

Membaca ayat dan cerita

vokal

suku

dan

kata

Norfazila bt. Wahap

12

Membaca ayat dan cerita

Hanisa bt. Abd. Wahab

Membunyikan suku kata terbuka

Mamat b. Arin

12

Membaca ayat dan cerita

Shakira bt. Arin

12

Membaca ayat dan cerita

Siti nurhaliza a/p chuchi

12

Membaca ayat dan cerita

Syaharuddin b. Osman

Membunyikan huruf vokal dan


konsonan mudah

Dapatan kajian ini juga menunujukkan tahap paling rendah dalam kalangan Orang Asli dalam
Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu ialah pada tahap 0 iaitu hanya
seorang responden yang tidak boleh melepasi tahap 1 iaitu membunyikan huruf vokal dan
konsonan mudah seperti a, i, u, b, k, c, s, t dan d. Manakala tahap paling tertinggi yang
dicapai oleh responden-responden ini ialah pada aras 12 iaitu boleh membaca ayat dan cerita
seperti Fizi pergi ke rumah neneknya. Rumah neneknya ditepi sungai. Di dalam sungai
banyak ikan. Fizi dan abangnya suka menangkap ikan.
Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah Buku 1 .
Dalam buku ini terdapat 24 aras kebolehbacaan yang diuji bagi mengetahui tahap
kebolehbacaan murid-murid yang dikaji di sekolah ini. Dalam kajian ini, penyelidik telah
menilai lima orang murid berdasarkan hasil dapatan pada ujian diagnostik yang dijalankan.
Aras yang diuji bagi melihat tahap kebolehbacaan adalah seperti jadual di bawah ;
Aras

Tahap Kebolehbacaan

Aras 1

Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah

Aras 2

Membunyikan suku kata terbuka b

Aras 3

Membunyikan suku kata terbuka c

Aras 4

Membunyikan suku kata terbuka b dan c

Aras 5

Membunyikan suku kata terbuka k

Aras 6

Membunyikan suku kata terbuka b, c dan k

Aras 7

Membunyikan suku kata terbuka t

Aras 8

Membunyikan suku kata terbuka s

Aras 9

Membunyikan suku kata terbuka m

Aras 10

Membunyikan suku kata terbuka l

Aras 11

Membaca huruf vokal dan konsonan dalam huruf besar (a, i, u, b, c, k, t, s)

Aras 12

Membunyikan suku kata terbuka r

Aras 13

Membunyikan suku kata terbuka d

Aras 14

Membunyikan suku kata terbuka g

Aras 15

Membunyikan suku kata terbuka n

Aras 16

Membunyikan suku kata terbuka p

Aras 17

Membunyikan suku kata terbuka o

Aras 18

Membunyikan suku kata terbuka e

Aras 19

Membunyikan suku kata terbuka h

Aras 20

Membunyikan suku kata terbuka j

Aras 21

Membunyikan suku kata terbuka y

Aras 22

Membunyikan suku kata terbuka f dan q

Aras 23

Membunyikan suku kata terbuka v dan w

Aras 24

Membunyikan suku kata terbuka x dan z

Daripada aras kebolehbacaan yang telah ditetapkan oleh Prof Emiritus Dato Dr. Isahak
Haron, pengkaji telah menjalankan kajian dan hasilnya adalah seperti dalam jadual dibawah;

Nama Responden
Deli a/l Bah Ebal

Tahap PencapaianAras
Kebolehbacaan
1

Keterangan Aras Kebolehbacaan


Membunyikan huruf
konsonan mudah

vokal

dan

Efrataniea Enia a/p Dolah

Membunyikan suku kata terbuka b

Farasakila a/p Alang


Bahara

Membunyikan suku kata terbuka t

Bah Jalos a/l Mustafa

12

Membunyikan suku kata terbuka r

Ramaskhan a/l Ahmad

12

Membunyikan suku kata terbuka r

Nazira binti Jo

Effaizani a/l Bah Hussain

12

Membunyikan suku kata terbuka b, c


dan k
Membunyikan suku kata terbuka r

Shahril a/l Junaida

Daniel a/l Bah Chok

Membunyikan suku kata terbuka b


dan c
Membunyikan suku kata terbuka k

Daniel

Membunyikan suku kata terbuka s

Hanisa bt. Abd. Wahab

24

Syaharuddin b. Osman

12

Membunyikan suku kata terbuka x


dan z
Membunyikan suku kata terbuka r

Hasil dapatan kajian ini, didapati hanya seorang murid yang tidak berjaya melepasi aras 1
iaitu membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah. Manakala hanya seorang sahaja murid
yang diuji dalam kajian ini melepasi aras 24 iaitu boleh membunyikan suku kata terbuka x
dan z.

Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah Buku 2.
Dalam buku ini terdapat 22 aras kebolehbacaan yang diuji bagi mengetahui tahap
kebolehbacaan murid-murid yang dikaji di 2 buah sekolah ini. Dalam kajian ini, penyelidik
telah menilai enam orang murid berdasarkan hasil dapatan pada ujian diagnostik yang
dijalankan. Aras yang diuji bagi melihat tahap kebolehbacaan adalah seperti jadual di bawah ;
Aras

Tahap Kebolehbacaan

Aras 1

Membaca dan menyalin ayat

Aras 2

Membaca suku kata KV dan KVK ; Mencantumkan suku kata KV dan KVK
menjadi perkataan KVKVK

Aras 3

Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;


Membaca dan menyalin ayat

Aras 4

Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;


Membaca dan menyalin ayat

Aras 5

Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;


Membaca dan menyalin ayat; Membaca suku kata KVK

Aras 6

Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;


Membaca rangkai kata

Aras 7

Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis

Aras 8

Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;


Membaca rangkai kata; Membaca dan menyalin ayat mudah;
Membina dapat menulis perkataan daripada suku kata KV dan KVK

Aras 9

Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;


Membina perkataan daripada suku kata KV dan KVK

Aras 10

Membaca suku kata KVK dan rangkai kata menyalinnya; Membaca ayat
mudah;
Mengisi huruf kosng dalam perkataan

Aras 11

Membaca dan Menulis suku kata KVK dan perkataan ; Membaca dan
menyalin ayat

Aras 12

Membaca suku kata KVKK dan perkataan ; Membaca dan menyalin ayat ;
Membina dan menulis perkataan daripada suku kata

Aras 13

Membaca suku kata dan perkataan daripada nga, ngi , ngu dan nya, nyi nyu

serta menyalin ayat ; membaca suku kata sya, syi, syu ; membaca dan
menyalin ayat
Aras 14

Membaca perkataan diftong ; membina perkataan dengan mengisi suku kata

Aras 15

Memilih dan menulis perkataan di tempat kosong

Aras 16

Menamakan bahagian badan, menulis maklumat diri ; mengisi perkataan yang


sesuai di tempat kosong dalam ayat ; membaca sebuah cerita ringkas

Aras 17

Menulis nama sekolah ; memilih dan menulis perkataan di tempat kosong


dalam ayat ; membaca kisah bendera Malaysia dan menjawab soalan ;
menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi

Aras 18

Membaca dan menulis nama hari ; menceritakan apa yang murid lakukan pada
setiap hari , membaca hari-hari perayaan

Aras 19

Mengenal buah-buahan

Aras 20

Mengenal kenderaan

Aras 21

Membaca cerita pendek

Aras 22

Membaca dan menyanyi

Daripada aras kebolehbacaan yang telah ditetapkan oleh Prof Emiritus Dato Isahak Haron,
pengkaji telah menjalankan kajian dan hasilnya adalah seperti dalam jadual dibawah ;

Aznil b. Shafie

Tahap PencapaianAras
Kebolehbacaan
22

Membaca dan menyanyi

Rumi a/l. Zabidi

22

Membaca dan menyanyi

Hanisa bt. Abd. Wahab

22

Membaca dan menyanyi

Mamat b. Arin

22

Membaca dan menyanyi

Shakira bt. Arin

22

Membaca dan menyanyi

Siti nurhaliza a/p chuchi

22

Membaca dan menyanyi

Nama Responden

Keterangan Aras Kebolehbacaan

Hasil dapatan kajian ini, didapati kesemua murid yang diuji dalam kajian ini berjaya melepasi
aras 22 iaitu boleh membaca dan menyanyikan lagu.

PERBINCANGAN
(Rumuskan ringkasan hasil kajian modul membaca)
Faktor Ibu Bapa
Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam
pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966)
tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelaskelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar
membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.
Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca
kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat
kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahirankemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat
meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan
kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Ibu bapa Orang Asli tidak
menggalakkan anak-anaknya ke sekolah, hal ini menyebabkan anak-anaknya tidak boleh
membaca dan ibu bapa lebih menggalakkan anak mereka untuk menolong mereka melakukan
pekerjaan yang dilakukannya.
Gangguan bahasa ibunda dalam bacaan
Setiap suku kaum di dunia mempunyai bahasa ibundanya yang tersendiri dan tidak dapat lari
daripada suku kaum Orang Asli. Di SK Batu 14, Tapah (Perak) dan SK Brinchang, Cameron
Highland (Pahang) suku kaum Orang Asli merupakan suku kaum Semai. Oleh demikian,
bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi mereka dalam suku kaum Orang Asli. Telah
banyak kajian ini dilakukan terhadap permasalahan pembelajaran bahasa kedua akibat
gangguan daripada bahasa ibunda murid ini termasuklah kajian oleh International Labour
Office (1953) tentang kehidupan dan keadaaan kaum asli di beberapa buah Negara. Hasil
kajian itu menunjukkan bahawa tahap pendidikan di kalangan penduduk-penduduk Orang
Asli (Indigenous Peoples) adalah rendah kerana faktor-faktor latar belakang dan sosio
budaya meraka yang masih belum dapat menerima pembaharuan yang berlaku di sekeliling
mereka. Gangguan daripada bahasa ibunda mereka telah mempengaruhi Bahasa Melayu baku
yang menjadi mata pelajaran penting di sekolah hari ini. Apabila penguasaan Bahasa Melayu
mereka di tahap yang rendah akibat gangguan bahasa ibunda mereka sudah pastilah taraf
pendidikan mereka juga merosot. Ujian sebutan perkataan, membaca petikan dan menulis
dalam bahasaMelayu telah dilakukan bagi mengesan gangguan bahasa ibunda para pelajar
berkenaan. Dengan ini dapatlah dikesan tahap dan aspek yang dipengaruhi oleh bahasa
ibunda mereka terhadap pembelajaran bahasa Melayu mereka. Hasil dapatan kajian telah
menunjukkan terdapat gangguan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Orang Asli yang terdiri
daripada beberapa dialek terutama sekali kaum Semai terhadap bahasa Melayu yang mereka
gunakan. Kesan pengaruh bahasa ibunda mereka amat ketara dalam kemahiran lisan.

Persekitaran Rumah
Hansen (1969), dalam kajiannya telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan
persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tiada bahan bacaan yang sesuai di
rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang
diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada

ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor
itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada
secara berasingan. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak.
Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh
melalui teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa
yang dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka
itulah yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun
perbuatan ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai
kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam
mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada
seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya.
Faktor Kemiskinan/Sosioekonomi
Daripada dapatan kajian ini juga didapati faktor kemiskinan atau sosioekonomi murid-murid
orang asli menyebabkan berlakunya tahap kebolehbacaan pada tahap yang rendah. Apabila
kemiskinan berlaku dalam keluarga seseorang maka tahap pembelajaran murid akan
terganggu kerana kemiskinan. Dalam hal ini, apabila kemiskinan berlaku ibu bapa atau
keluarga akan meminta anak-anaknya melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka.
Kemiskinan yang berlaku menyebabkan peralatan atau kelengkapan yang perlu disediakan
tidak mencukupi. Di samping itu, kurangnya pengetahuan tentang pentingnya pendidikan
pada masa kini juga menyebabkan mereka tidak pernah memberikan perhatian yang serius
terhadap pelajaran. Selain itu, sikap merendah diri serta bersyukur dengan apa yang ada
menyebabkan keadaan ini masih berlaku. Budaya mereka yang masih memegang teguh
kepada kepercayaan animisme menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pelajaran. Hal
ini kerana, kebanyakan suku kaum ini masih suka mendiami kawasan pedalaman di dalam
hutan ini berbanding duduk di kawsan bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan
asas. Mereka masih lagi suka mengamalkan sikap duduk di dalam rumah yang beratapkan
nipah dan berdindingkan rotan, mencari hasil hutan seperti memburu dan sebagainya. Hasil
kajian Hassan Mat Nor dalam Sunday Sun (Mac 2003), sifat semulajadi orang asli adalah
mementingkan kerjasama dan persamaan. Adalah tidak baik untuk mempunyai harta lebih
daripada orang lain yang mempunyai sedikit dan tidak baik untuk mempunyai pendidikan
apabila orang lain tidak mempunyai pendidikan. Akibat budaya ini yang masih kuat
diamalkan maka aspek pelajaran terutama kepada anak-anak mereka sangat kurang
ditekankan. Oleh yang demikian, situasi kemiskinan dalam kalangan masyarakat Orang Asli
masih membelenggu sehingga sekarang. Pernyataan ini bersesuaian dengan kajian Colin
(2006), bahawa masalah kemiskinan telah menyebabkan ramai dalam kalangan anak-anak
Orang Asli yang ketinggalan dalam pendidikan. Ini bukan merupakan satu fenomena yang
biasa, tetapi kita perlu berusaha membantu agar anak-anak Orang Asli ini terbela dan
mendapat pendidikan yang sama seperti kaank-kanak yang lain, serta mampu mengubah
kehidupan mereka menjadi lebih baik di masa akan datang. Newman (1995) pula melihat
kewujudan budaya kemiskinan sukar dihapuskan. Hal ini kerana, jalan hidup sebegini
mempunyai penerusannya. Kanak-kanak yang berumur enam atau tujuh tahun, kebanyakan
akan menyerap nilai dan tingkah laku asas daripada subbudaya yang berkaitan dengan
kemiskinan. Newman (1995) berpendapat bahawa kita boleh bawa keluar kanak-kanak dari
kawasan setinggan tetapi kita tidak boleh membawa keluar sifat setinggan yang ada pada
kanak-kanak itu.

Faktor Guru
Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah, para guru
hendaklah memastikan semua pelajar mengambil bahagian dan diberi peluang untuk
berkongsi apa-apa yang mereka tahu mengenai sesuatu topik itu. Guru- guru hendaklah
mengiktiraf kejayaan setiap individu khususnya apabila mereka menunjukkan kemampuan
mereka dalam pelajaran atau aktiviti pembelajaran. Dalam merancang kurikulum, guru-guru
hendaklah membina satu set matlamat belajar untuk semua murid. Guru-guru juga sepatutnya
memahami kehendak murid dan mengadakan satu sistem untuk membantu pelajar
berinteraksi dengan dunianya yang realiti. Seandainya ada pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran di dalam kelas, maka guru-guru hendaklah berjumpa dengan murid tersebut
secara peribadi, dan bersemuka untuk membantunya. Secara tidak langsung murid tersebut
akan merasai gurunya mengambil berat dengan rnasalahnya dan ini akan memberinya
semangat untuk membantu diri sendiri. Pandai mempelbagaikan kaedah mengajar dan
menyesuaikannya dengan tahap pencapaian murid adalah salah satu ciri-ciri keistimewaan
seorang guru. Setiap murid mempunyai kebolehan, pencapaian, kecekapan, bakat dan
keistimewaan yang berbeza. Oleh sebab itu, mempelbagaikan kaedah mengajar dengan
mengambil contoh bagaimana pembelajaran di sekolah ada kaitannya dengan dunia yang
realiti akan merangsang minat murid belajar seterusnya akan rneningkatkan self esteem
mereka. Pada masa yang sama, bahasa yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam kalangan Orang Asli. Guru
bahasa sepatutnya tidak boleh menggunakan bahasa dialek atau bahasa pasar dalam
pengajaran. Hal ini disebabkan oleh bahasa dialek yang digunakan dalam pengajaran Orang
Asli menyukarkan murid Orang Asli untuk memahami Bahasa Melayu. Dalam kalangan
Orang Asli, Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua atau ketiga bagi mereka, bahasa suku
kaum mereka adalah bahasa pertama.
Faktor Ketidakhadiran ke Sekolah
Bagi mencapai sesuatu kejayaan dan kecemrlangan dalam bidang akademik khususnya
kehadiran ke sekolah memainkan peranan yang sama penting. Hal ini disebabkan apabila
ketidakhadiran ke sekolah terlalu tinggi akan menjejaskan pembelajaran seseorang itu di
sekolah. Dalam kajian ini, kehadiran murid ke sekolah yang jarang hadir dan kebanyakkan
murid dalam kalangan Orang Asli hanya mencapai kurang daripada 50% sahaja. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji, murid-murid yang selalu tidak hadir ke sekolah tidak boleh mambaca
dan selalunya guru perlu mengulang berberapa kali pengajaran dan pembelajaran.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
merealisasikan impian untuk melihat anak-anak mereka celik membaca. Orang Asli haruslah
memberikan sepenuh perhatian demi meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih
selesa. Ibu bapa bagi murid Orang Asli seharusnya memberi peluang kepada anak-anak
mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka walaupun mereka tidak tahu membaca.
Penggunaan bahasa ibunda mereka memang tidak dapat dielakkan kerana itu adalah bahasa
perantaraan yang digunakan dalam koloni-koloni mereka. Apabila keluar untuk bersekolah,
mereka lebih selesa berinteraksi sesama mereka dalam bahasa ibunda mereka. Penggunaan

Bahasa Melayu sangat kurang dan hanya berkisar dalam bilik darjah sahaja. Penggunaan
Bahasa melayu terlalu terhad.
Ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang serius untuk memupuk anak-anak mereka membaca.
Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun perbuatan ibu bapa membaca bahanbahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Peranan ibu bapa dan persekitaran rumah
merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan
faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau
sebaliknya.
Masyarakat Orang Asli sepatutnya menerima arus pemodenan. Bukan bermaksud
meninggalkan terus adat dan budaya mereka tetapi sedikit sebanyak menerima perubahan
untuk meningkatkan taraf hidup mereka disamping mengekalkan kepercayaan mereka. Guru
juga perlu memainkan peranan yang lebih penting dan menjadi tunjang di peringkat sekolah
membantu memberikan ilmu dan pembelajaran yang sewajarnya sama dengan murid kaumkaum lain. Guru perlu meyakinkan mereka tentang kepentingan ilmu agar mereka boleh
merasai kelebihan apabila menjadi seorang yang celik membaca. Ketidakhadiran ke sekolah
yang serius dapat dielakkan jika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menarik
minat mereka untuk datang ke sekolah dan menerima ilmu.
CADANGAN
Berikut dicadangkan kajian lanjutan yang wajar dilakukan adalah seperti di bawah:
Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi, kemahiran ini merupakan
bukan satu perkara yang mudah untuk dikuasai terutamanya pada peringkat awal pembacaan.
Ramai murid sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih lagi tidak
boleh membaca dengan lancar (Dr. Syukri Abdullah, 2007). Kemahiran membaca itu
bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau
berlari. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan.
Pelbagai kaedah telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina
Kamal, 2007). Antara langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran
membaca ialah:
Peranan guru
Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah
rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi
permasalahan ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran
membaca. Menurut Azwan Wan Chik (1986), terdapat empat kaedah mengajar membaca
Bahasa Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu kaedah abjad, kaedah
seluruh perkataan, kaedah fonik dan kaedah eklektik. Setiap kaedah mempunyai cara
penyampaian yang berbeza dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam
proses pengajaran membaca kepada murid. Namun begitu, kaedah eklektik adalah paling
sesuai digunakan untuk mengajar membaca kerana ia menggabungkan terus kaedah fonik dan
kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu pelajaran membaca.

Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar
(ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari
set induksi sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media
yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984:
349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Penggunaan ABM dapat memudahkan muridmurid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.
Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan
merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya.
Selain itu, untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan
mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk
menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah,
murid membaca untuk tujuan-tujuan seperti untuk mendapatkan maklumat atau fakta
berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara, untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan
kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan
dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya, seseorang murid perlu menguasai dua teknik
membaca, iaitu membaca pantas dan membaca kritis. Untuk membaca pantas seseorang
boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis
seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Peranan murid
Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Murid perlu rajin
dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki. Bagi
meningkatkan kemahiran membaca, murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk
membaca. Kebanyakan individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa.
Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu, tetapi jika murid
berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka mereka perlu mengatur masa
dan memperuntukan sedikit masa untuk membaca dengan baik. Prof. DR. Henry Guntur
Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30
minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca
mereka. Katanya lagi, orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak menyediakan masa
untuk membaca dalam hidupnya. Usaha yang paling efisyen untuk mengetahui segala
kejadian penting di dunia moden sekarang ini adalah dengan membaca.
Selain itu, menyediakan masa untuk membaca berhubungan rapat dengan salah satu aspek
yang paling penting dalam membaca kritis iaitu mengetahui apa yang baik dan bermanfaat
untuk dibaca. Memang tidak mungkin murid akan membaca tentang semua perkara, oleh itu
setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri yang dapat membimbing mereka
terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Dalam buku Azman Wan Chik (1986)
ada diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang dinukilankan dalam buku
Personalized Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L. Abbott, terjemahannya
lebih kurang begini:
Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa-apa
buku yang saya suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka, saya juga
suka kerana saya diberi masa untuk membaca. Saya suka menyatakan bahawa sesungguhnya
saya seronok membaca dan saya fikir anda akan belajar bagaimana membaca dengan baik

apabila anda membaca buku-buku yang anda suka, ini akan menarik minat anda ingin
membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku-buku yang saya sudah baca,
dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang bahawa tidak ada sebuah buku
yang baik tentang sebuah buku yang saya sudah baca, ini menjadikan mereka akan berminat
membaca buku-buku. Percayalah saya suka membaca.
Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat membacanya dengan
memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untuk
membaca.
Peranan sekolah
Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran
membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka
dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar
mereka supaya mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk
memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah
penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah
Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya, pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu
diletakkan moto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan
membaca. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk
cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan
juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku
yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid
dapat menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005).
Peranan ibu bapa
Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam
pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966)
tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelaskelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar
membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.
Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca
kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat
kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahirankemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat
meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan
kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Dalam kajiannya, Hansen (1969)
telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu
ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi
membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan
menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model
yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih
mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan.
Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini
disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui
teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang

dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka itulah
yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun perbuatan
ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai kesimpulan,
faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam
mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada
seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya. Selain itu juga,
ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk meransang anak mereka belajar dengan
membelikan buku, membawa mereka ke perpustakaan serta bersama dengan mereka terlibat
dengan aktiviti seperti membaca buku bersama dengan mereka. Melalui aktiviti seperti ini, ia
bukan sahaja dapat mendorong minat mereka untuk terhadap buku malah akan dapat
membantu mereka meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Begitu juga untuk masyarakat
orang asli, sebagai ibu bapa mereka perlu menggalakkan mereka untuk berminat terhadap
buku kerana melalui minat akan dapat menimbulkan rangsangan pembelajaran secara
automatik iaitu mereka tidak perlu dipaksa untuk belajar, tetapi mereka dengan sendirinya
akan tahu tentang kepentingan mengulang kaji pelajaran dan meningkatkan pencapaian
mereka di dalam pelajaran.
Peranan Kerajaan
Kerajaan seharusnya membuka lebih banyak peluang dan memperbanyak kuota untuk kaum
asli menjadi pendidik sebagai asas penyebaran ilmu. Pada zaman sekarang, susah untuk
mencari guru-guru dari kalangan kaum asli yang sudah bekerjaya dalam bidang pendidikan.
Hanya sedikit sahaja jumlah pendidik dari kaum asli dan yang selebihnya masih dalam
pengajian. Adakah cukup tenaga pengajar ini untuk 18 kaum dan hampir beratus-ratus
kampung di negara ini? Bagaimanakah hendak mewujudkan generasi guru-guru ini pada
masa sekarang dan masa akan datang jika dahulunya mereka tidak mendapat pendidikan
seperti sekarang? Kerajaan seharusnya mewujudkan kursus kemahiran mengajar bagi anakanak orang asli yang tidak memiliki keputusan cemerlang untuk menyambung pelajaran
dengan menjadikan mereka sebagai guru terlatih dengan sijil kemahiran dari badan-badan
tertentu terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Sememangnya semua ini
mustahil, tetapi tidak bermakna semua ini tidak boleh direalisasikan pada masa depan.
PENUTUP
Seseorang murid lazimnya harus banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, murid
digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai
tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula
mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang
berkesan, murid perlu menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dalam pembacaan. Oleh itu,
dalam proses pembelajaran, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh
murid. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih
berkesan. Terdapat banyak kaedah yang sesuai digunakan dalam kemahiran membaca seperti
membaca secara berhati-hati iaitu dengan menumpukan terhadap apa yang dibaca dan
mengelakkan gangguan televisyen serta bunyi bising semasa membaca. Terdapat banyak
masalah yang berkaitan dengan kemahiran membaca seperti pelajar buta huruf namun begitu,
kerajaan telah menjalankan banyak program untuk mengatasi masalah seperti ini. Walaupun
demikian, masalah ini tidak mudah untuk diselesaikan tanpa kerjasama daripada semua pihak
terutamanya ibu bapa dan guru.

BIBLIOGRAFI
Cholden, L.S. (1978). A Psychiatrist Works Blindness. New York: McGraw.
Chall, J. S. (1967). Learning To Read: The Great Debate. New York: McGraw Hill.
Harris, A. J. & Sipay, E. R. (1980). How to Increase Reading Ability. New York: Longman,
Inc.
Ibrahim Saad (1982). Murid-murid Lembam Dalam Ibrahim Saad (Penyata). Isu Pendidikan
Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin Hj. Hussin (1986). Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya:
Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.
Khamis maarof (84) dalam Lee Chong Eng (88); Satu Percubaan Untuk Mengukur
Kebolehan Membaca Murid-Murid Diperingkat Darjah 2. Thesis sarjana, Universiti
Malaya; 1984.
Marohaini Yusoff (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur:
Karya Bistari.
Mitcell, D.C. (1982). The Process of Reading. Chichester: John Wiley & Sons.
Nordin Mamat. (2005). Asas sosial kanak-kanak. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn.
Bhd.
Norshidah Mohamad Salleh (2000). Kesan 2 Kaedah Mengajar Bacaan Terhadap
Pencapaian Kemahiran Membaca Pelajar Masalah Penglihatan Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Setapak: 1 Kajian Kes. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari.
Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Roe, B. D., Stoodt, B. D. & Burn, D. C. (1978). Instruction In The Secondary School.
Boston: Houghton Mifflin Co.
Smith J. A. (1972). Adventure In Communication. Boston: Allyn & Bacon.
Sofiah Hamid (1985). Pendekatan C (Mari Membaca) Dalam Pengaajran Bacaan Asas
KBSR. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pemanfaafan Penagajaran Bacaan Asas
Bagi Situasi Bilik Darjah Di Malaysia. UKM, 2-3 Mac.
Wood, T. A. (1981). Patterns Of Listening And Reading Skills In Visually Handicapped
Students. Journal Of Visual Impaired And Blindness 75 (5): 215-218.

3.1 juta murid gagal kuasai kemahiran 3M (2007). Diperolehi pada 6 Mac 2008 daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1211&pub=utusan_malaysi
a&sec=parlimen&pg=pa_01.htm&arc=hive

Dr. Shukri Abdullah. (2007). Anak berilmu keluarga beruntung. Diperoleh pada Februari 21,
2008 daripada http://www.cepatbaca.com.my/site/

Guru lemah punca murid gagal kuasai (2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008 daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=1121&pub=utusan_
malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive
Kemahiran belajar (2006). Diperoleh pada Februari 21, 2008 daripada
http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm

Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca(2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008
daripada,
www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=013&pub=utusan_malaysia&sec=
muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive

Lee Lai Guan, Rahmah Hanafi dan Salihah Yusof. (2007). Satu tinjauan pelbagai aspek
membaca murid-murid tadika. Diperoleh pada Februari 23, 2008 daripada
http://members.tripod.com/ipdares/baca.htm

Вам также может понравиться