You are on page 1of 13

IDOLA

(sumber : Internet)
Bahan-Bahan:
500 gm mentega
150 gm gula halus/kaster
10 telur (saiz besar)
300 gm susu pekat
150 ml santan pekat (kotak)
200 gm sekaya
200 gm horlicks
280 gm tepung Hongkong
100 gm Milo
350 gm cokelat masakan cairkan dgn kaedah double-boiling
sedikit pewarna kuning/merah

CARA:
1. Pukul mentega & gula sehingga kembang, gebu & putih.
2. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul terus hingga kembang.
3. Perlahankan sedikit speed mixer dan masukkan pula susu pekat, santan dan sekaya.
4. Kemudian perlahankan lagi speed mixer dan masukkan horlicks & tepung lalu dipukul
sebentar jer sehingga adunan rata.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
Satu bahagian dicampurkan milo & coklat.
Satu bahagian diwarnakan kuning dan Yg akhir diwarnakan merah.

6. Alaskan dan gris loyang berukuran 8.5 x 8.5 atau 9 x 9.


7. Ratakan 2 senduk (bumbung) adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (kira2 6-8
minit). Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis. Kemudian
ambil 2 senduk adunan merah dan ratakan atas lapisan kuning tadi. Bakar lagi satu adunan
kuning dan satu adunan merah (berselangseli). Jumlah lapisan, 4.
8. Selepas tu, ambil 2 senduk adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis
adunan cokelat ini sehingga adunan selesai.
9. Seterusnya, ratakan 2 senduk (bumbung) adunan merah & bakar dgn api grill sehingga masak
(kira2 6-8 minit). Kemudian ambil 2 senduk adunan kuning dan ratakan atas lapisan merah tadi.
Bakar lagi satu adunan merah dan satu adunan kuning (berselangseli).
10. Bakarlah kek ini dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
Nota :
Resipi asal menggunakan pewarna kuning jer bagi lapisan atas dan bawah dgn tengah2nya
adunan cokelat

sedikit masa dulu. Insya'allah menjadi.

BLUEBERRY CHEESE
Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
170 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
250 gm blueberry pie filling
1 sudu teh esen blueberry (optional)
sedikit pewarna ungu

Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul
sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan
horlicks.
Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi
dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10x7, 8x8 atau 9 x 9 yg telah di alas kertas dan
digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas
bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api
atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama
tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua
tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

KEK LAPIS BATIK KENYALANG

KEK LAPIS BATIK KENYALANG

Bahan-Bahan
500 gm mentega golden churn (saya gunakan jenama lain jer)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (saya gunakan jem raspberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna oren - saya tambah 1 lagi warna.
Cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1
lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya
bahagikan kpd 3 bahagian- merah, hijau dan jingga (oren).
6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris.
Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
7. Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning
tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah
dan oren sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.
9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya.
Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.
10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3
lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.

KEK LAPIS 4 RASA

Bahan-bahan : loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A

500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS
dsbnya) QH guna SCS

300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) QH guna tepung gandum

150 g gula kastor

100 g serbuk horlicks

150 g serikaya

300 g susu pekat manis

1 sudu besar ovalette

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) QH guna


paste pandan biase saje + pewarna hijau

1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk
koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga
campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar QH guna coklat
emulco

1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu

1 sudu kecil oren emulco + pewarna oren QH tambah

Cara-cara :
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla,
satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan
nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan
pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar
selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut
kepanasan oven masing-masing).
8. Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.
9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan
barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
10.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
(untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu
berkilat)
11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap
dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk

Kek Buah Buahan Kukus


Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence
Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala
Cara cara:
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan
lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed
fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit
demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam
adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan
senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan
dilenser

dengan

mentega.

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2
jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam.
Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir
kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air
panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus
atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa
mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar
dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga
sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek
bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji.
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan
plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.

Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal