Вы находитесь на странице: 1из 18

PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

ASAS PEMBENTUKAN
MASYARAKAT INTEGRASI
MALAYSIA
Dibentang oleh:
MASYITAH BT YAAKUB
SURAINI BT ZAHARI
NADZIRAH BT RAMLI
1) Pendahuluan / pengenalan kepada rukun
negara.
2) Prinsip dan ikrar rukun negara.
3) Objektif rukun negara.
4) Penjelasan prinsip rukun negara.
5) Penghayatan rukun negara.
6) Faktor penghayatan semakin menipis.
7) Kesimpulan.
PENDAHULUAN
 Rukun negara merupakan manifesto
ideologi kebangsaan.
 Dibentuk pada 31 OGOS 1970 oleh Majlis
Gerakan Negara
 Rentetan peristiwa 13 Mei 1969
PRINSIP DAN IKRAR RUKUN
NEGARA

Bahawasanya negara Malaysia mendukung


cita- cita untuk :
1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat.
2. Memelihara satu cara hidup demokratik.
3. Mencipta satu masyarakat adil di mana
kemakmuran nagara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
4. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak
5. Membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita- cita tersebut berdasarkan
ates prinsip- prinsip yang berikut:

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG- UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
OBJEKTIF RUKUN NEGARA

1. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil


supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
secara adil dan saksama.
2. Untuk memelihara cara hidup demokratik.
3. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakat.
4. Untuk membentuk satu sikap yag liberal
terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai- bagai corak
5. Untuk membina sebuah masyarakat yang
progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi moden.
PENJELASAN PRINSIP RUKUN
NEGARA

1. Kepercayaan kepada Tuhan


 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
 Jawatankuasa penggubal rukun negara sedar akan
pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan
dalam kehidupan manusia.
 Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
 Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
& raja berperlembagaaan – SPBYDA sebagai ketua
 Sistem beraja diamalkan di setiap negeri dan Yang Di-
Pertua Negeri bagi negeri- negeri yang tidak beraja
 Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada raja.
3. Keluhuran Perlembagaan
 Rakyat perlu menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara
 Fungsi : memberi perlindungan kepada setiap rakyat
akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara
 Perlembagaan Negara digubal berdasarkan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara
ini.
 Maka ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang
tidak boleh dipersoalkan
 Sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan
dengan sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio- ekonomi rakyat
4. Kedaulatan undang- undang
 Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang- undang –
setiap rakyat sama taraf di sisi undang- undang
 Undang- undang negara bersaskan perlembagaan
 Tanpa undang- undang hidup bermasyarakat dan
bernegara tidak akan aman
 Kewujudan undang- undang menjamin kehidupan
masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur
tanpa kekacauan dimana mereka akan merasa
selamat
5. Kesopanan dan kesusilaan
 Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang rakyat
 Tujuan : membentuk warganegara yang bersopan
santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi
Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
 Dapat membentuk individu yang berdisiplin dan
bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni
 Tatasusila membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan
seseorang atau sesuatu golongan dan kaum
PENGHAYATAN RUKUN NEGARA
 Semangat yang terkandung melalui 5 prinsip
rukun negara kini semakin dilupakan khususnya
generasi muda.
 Kajian yang pernah dijalankan oleh kerajaan ke
atas masyarakat berusia 18 – 50 tahun
mendapati kurang 20% mampu menyatakan
rukun negara sepenuhnya.
 Ianya tidak patut dilupakan kerana di dalamnya
terkandung semangat yang menerapkan nilai
murni ke arah perpaduan tanpa mengira usia
atau latar belakang sesuatu bangsa dan budaya.
MENGAPA KURANGNYA PENGHAYATAN
RUKUN NEGARA?

1. Mentaliti dan sikap masyarakat Malaysia kini.

2. Kefahaman.

3. Sistem Pendidikan.
KESIMPULAN
 Rentetan beberapa peristiwa yang berlaku
kebelakangan ini memberi gambaran jelas
bahawa prinsip rukun negara seolah- olah telah
dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks
kehidupan hari ini.
 Tindakan seperti mempertikaikan kuasa raja-
raja melayu, kedudukan agama Islam sebagai
agama rasmi, kedudukan istimewa bumiputera
serta proses demonstari jalanan jelas
menggambarkan prinsip rukun negara tidak lagi
dihormati.
 Maka dengan itu, rakyat Malaysia harus kembali
berpegang kepada prinsip- prinsip rukun negara
yang telah diwujudkan.Ini adalah kerana rukun
negara menjadi satu titik permulaan ke arah
pencapaian perpaduan dalam kalangan semua
etnik di Malaysia.
 Penghayatan sepenuhnya memudahkan proses
pentadbiran negara. Kesedaran rakyat terhadap
konsep hormat- menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang
dan budaya sesuatu kaum akan merealisasikan
matlamat rukun negara dengan mudah dan
tanpa prejudis.
SESI SOAL JAWAB

TERIMA KASIH...

Вам также может понравиться