Вы находитесь на странице: 1из 41

Penghargaan

Dalam menjalankan kerja kursus Murid dan Alam Belajar, saya ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan
bantuan kepada saya agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan agak
sempurna.
Yang pertama, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menjalankan
kerja kursus ini dengan selamat dan sempurna.
Seterusnya, saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih kepada pensyarah
Murid dan Alam Belajar iaitu En. Azlan bin Lin. Beliau telah banyak memberikan
bimbingan dan bantuan kepada saya semasa kerja kursus ini dijalankan. Dengan
bimbingan beliau, saya dapat memahami soalan dengan lebih teliti dan
mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tepat.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya
kepada rakan-rakan saya. Semasa menjalankan kerja kursus ini, mereka telah
banyak mengongsikan pandangan dan maklumat dengan saya. Mereka juga rela
mengluangkan masa untuk membuat perbincangan tentang kerja kursus dengan
saya supaya kami semua dapat menyempurnakan kerja kursus ini dalam tempoh
masa.
Akhirnya, saya bersyukur lagi kerana mendapat bantuan dari semua pihak
agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

1.0 Pengenalan
Teori pembelajaran Behaviorisme adalah satu proses pelaziman, di mana
hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Dari perspektif behaviorisme,
pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu
rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif)
sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat
dibentuk dan dikekalkan.
Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan
peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli
behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkah laku ini adalah
dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkah laku serta
tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui
interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah
untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal
pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan
dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F.
Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada
prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh
bahagikan sumbangan mereka kepada 2 kategori iaitu pelaziman klasik dan
pelaziman operan.

2.0 Teori Pembelajaran


2.1 Pelaziman Klasik
1.

Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov

2.

Teori Pelaziman J.B. Watson

2.1.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov


Teori Pelaziman Klasik (1927) telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Ivan
Pavlov (1849-1936) adalah seorang ahli fisiologi berbangsa Rusia dan
dianugerahkan hadiah Nobel dalam bidang fisiologi pencernaan pada tahun
1904. Pavlov menfokuskan kajian tentang pengeluaran air liur anjing.
Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas
pembelajaran adalah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak
balas. Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan
kajian ke atas anjing. Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas
dengan makanan, air liur anjing akan keluar.
1.

Pavlov menyalakan lampu suluh, tetapi anjing tidak memberikan sebarang

respons kepada cahaya berkenaan. Hal ini kerana cahaya lampu tidak ada
sebarang hubungan dengan anjing. Oleh itu, tidak ada sebarang respons daripda
anjing tersebut. Dengan ini, organism tidak akan memberikan tindak balas atau
respons kepada rangsangan dalam persekitaran yang tidak ada hubungan

langsung dengan organism. Rangsangan tersebut dikenali sebagai rangsangan


neutral.
R (cahaya lampu) G (tiada)
2.

Seterusnya, Pavlov menyalakan lampu suluh dan menunjukkan daging

makanan anjing tersebut. Air liur anjing meleleh setiap kali prosedur ini diulang.
Secara semula jadi anjing akan melelehkan air liur apabila melihat makananya.
Oleh itu, daging makanan anjing adalah rangsangan semula jadi dan gerak balas
anjing tersebut juga adalah semula jadi
R (cahaya + daging)G (lelehan air liur)
3.

Palov menyalakan lampu suluh tanpa daging makanan anjing dan anjing itu

melelehkan air liur. Hal ini kerana anjing tersebut telah belajar gerak balas baru
terhadap rangsangan suluhan lampu. Cahaya lampu itu telah menjadi sesuatu
isyarat yang bermakna kepada anjing itu dengan sebagai masa makan. Semasa
lampu dinyalakan, anjing itu akan semula jadi melelehkan air liur dan ingin makan.
Hal ini kerana anjing itu telah membuat perkaitan antara suluhan lampu
(rangsangan neutral) dengan daging (rangsangan semula jadi). Gerak balas yang
diberikan menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku.
R ( cahaya lampu) G (lelehan air liur)
Dalam kajian Pavlov, terdapat tiga jenis rangsangan, iaitu rangsangan
neutral, rangsangan semula jadi dan rangsangan terlazim.
1.

Rangsangan neutral

Rangsangan neutral adalah sesuatu objek/ perkara/ peristiwa yang dalam


persekitaran yang tidak ada hubungan langsung dengan diri, kita tidak akan
memberikan respons kepadanya.
2.

Rangsangan semula jadi


Rangsangan semula jadi adalah semua objek/ perkara/ peristiwa yang ada

hubungan secara semula jadi dengan diri, kita akan bergerak balas atau respons
secara semula jadi atau refleksif.
3.

Rangsangan terlazim
Rangsangan terlazim adalah rangsangan neutral yang wujud berserta

rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa.


Dalam pelaziman klasik Pavlov, terdapat dua jenis gerak balas iaitu gerak
balas semula jadi dan gerak balas terlazim. Gerak balas semula jadi ialah gerak
balas atau respons yang berlaku secara semula jadi atau berupa pantulan atau
refleksif. Contohnya ialah sejuk-tarik selimut, lapar-makan, panas-tanggal baju.
Gerak balas terlazim adalah gerak balas atau respons yang berlaku hasil
perkaitan antara rangsangan semula jadi dan rangsangan neutral.
Dengan teori pelaziman klasik Pavlov, satu uji kaji telah dijalankan dengan
menggunakan rangsangan neutral bunyi loceng dalam membentuk gerak balas
terlazim. Apabila loceng dibunyikan, tidak ada sebarang gerak balas atau respons
daripada anjing kerana bunyi loceng ialah rangsangan neutral. Apabila bunyi
loceng disusuli serentak dengan daging , air liur anjing meleleh keluar. Prosedur ini

diulangi sehingga terbentuk perkaitan antara bunyi loceng dengan daging.


Hasilnya apabila loceng berbunyi, air liur anjing sudah meleleh keluar. Hal ini
menunjukkan bunyi loceng adalah rangsangan terlazim dan lelehan air liur anjing
merupakan gerak balas terlazim.
Dalam kajian ini, anjing tersebut telah mempelajari bahawa apabila loceng
berbunyi, dia akan mendapat makanan. Proses ini berlaku apabila wujud perkaitan
antara rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi. Oleh itu,
pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila individu ( organism) dapat
menghubung kait dua rangsangan, iaitu rangsangan neutral dengan rangsangan
semula jadi atau berlaku juga jika individu (organisma) Berjaya membuat hubung
kait antara rangsangan terlazim dengan rangsangan neutral yang lain.
Pembelajaran dalam bentuk pelaziman klasik melibatkan pengalaman positif
dan pengalaman negative. Jika seseorang individu dibiasakan dengan rangsangan
yang menyeronokkan, dia akan menghubungkaitkan pengalaman itu dengan
keselesaan di dalam bilik darjah. Penerimaan guru dan rakan-rakan sekelas akan
menyebabakan seseorang muird menghasilkan suasana gembira dan perasaan
selamat serta suka berada dalam lingkungan bilik darjah berkenaan. Sebaliknya,
murid akan menghubungkaitkan sekolah dengan perasaan takut dan benci jika
menghadapi suasana yang tidak gembira seperti sentiasa dibuli atau dihukum
dengan tidak adil.

Konsep teori klasik Pavlov

1.

Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak

balas yang sama. Dalam kajian teori tersebut, setelah anjing biasa dengan bunyi
loceng, iaitu rangsangan terlazim, lama-kelamaan anjing memberikan gerak balas
kepada bunyi-bunyi lain yang menyerupai bunyi loceng seperti bunyi wisel.
Proses ini dinamakan generalisasi, iaitu memberikan gerak balas atau
respons yang sama kepada rangsangan yang serupa. Hal ini bermakna anjing
telah dapat membuat pemindahan pembelajaran.
Sebelum Pelaziman
Makanan
(Rangsangan tak terlazim)
terlazim)
Bunyi Loceng
(Rangsangan terlazim)
terlazim)

Air Liur
Gerak balas tak
Air Liur
(Gerak balas tak

Semasa Pelaziman
Bunyi Loceng
(Rangsangan terlazim)
terlazim)

Air Liur
(Gerak balas tak

Makanan
(Rangsangan tak terlazim)

Selepas Pelaziman
Bunyi Loceng
(Rangsangan terlazim)
terlazim)

Air Liur
(Gerak balas

Contohnya, seseorang murid takut kepada guru sains yang tegas, dia akan
juga takut kepada mata pelajaran matematik dan semua guru yang mengajar
matematik.

2.

Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu

rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam
kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila
mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.
Murid yang takut kepada guru matematik sahaja tetapi tidak kepada guruguru mata pelajaran lain memandangkan perbezaan yang ketara dalam isi
kandungan dan kaedah pembelajaran.
3.

Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak yang disertai

dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, setelah terbentuk gerak
balas anjing terhadap bunyi loceng, Pavlov membunyikan loceng tanpa
memberikan daging. Prosedur ini diulang-ulang sehingga akhirnya, anjing tidak
lagi memberikan gerak balas kepada bunyi loceng.
Penghapusan melibatkan proses melemahkan gerak balas terlazim dengan
meniadakan rangsangan semula jadi. Justeru, perkaitan antara rangsangan
terlazim dengan rangsangan semula jadi telah terhapus. Kesannya ialah
terhapuslah gerak balas terlazim. Perasaan takut kepada mata pelajaran dan guru
matematik boleh diatasi atau menjadi kurang sekiranya murid berkenaan
mendapat guru matematik yang memahami kelemahannya, pandai menggunakan

kaedah yang sesuai dan menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkesan.


Perasaan takut dan benci kepada matematik akan terhakis secara beransur-ansur.
4.

Pembelajaran Semula
Setelah beberapa minggu terhapus gerak balas terlazim, Pavlov

menyertakan semula rangsangan terlazim (loceng) dengan rangsangan semula


jadi (daging). Anjing memberikan gerak balas semula jadi (lelehan air liur) yang
kemudiannya menjadi gerak balas terlazim. Hal ini bermakna proses pembelajaran
berlaku semula. Perlu diingat bahawa dalam situasi bilik darjah, pembelajaran
semula bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan pembelajaran semula
(relearn) melibatkan proses yang sukar dilaksanakan, iaitu unlearn. Untuk
menghapuskan apa-apa yang telah dipelajari bukanlah satu prosesyang mudah
kerana kebiasaan sukar untuk dibuang. Justeru, adalah lebih baik guru
menyediakan suasana bilik darjah yang mesra murid dengan amalan peraturan
bilik darjah yang adil dan positif agar murid berasa selesa serta tidak bersikap
negatif.

2.l.2 Teori Pelaziman Klasik J.B. Watson


J.B. Watson dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan bermasalah di
Greenville, Carolina Selatan. Dia memberontak dan bertindak ganas pada zaman
remajanya dan hidupnya berubah hasil bantuan tunjuk ajar gurunya, Gordon
Moore di Universiti Furman. Watson Berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti
Chicago. Watson mula berminat dalam bidang dalam tentang tingkah laku tikus
putih dan pertumbuhan sistem saraf. Pada tahun 1903, Watson menerima ijazah
kedoktoran dari Universiti John Hopkins.
Watson dikenali sebagai bapa behaviorisme, dia merupakan ahli psikologi
pertama menggunakan perkataan behaviorisme. Dalam kuliahnya bertajuk
Pyschology as the Behaviorist Views It di Universiti Columbia (1913), Watson
menolak kajian tentang otak sedar serta kaedah kajian introspektif. Watson
menyarankan kajian tingkah laku secara objektif yang dinamakan behaviorisme.
Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat
dikawal dan diramal.
Kajian Watson dipengaruhi oleh model pelaziman klasik Pavlov. Watson
terkenal dengan kajian yang berkaitan dengan pelaziman dan kawalan emosi
manusia, iaitu uji kaji tentang Albert (1920), Little Albert Experiment.

Dalam kajian tersebut, seorang kanak-kanak, Albert dibiarkan bermain


dengan seekor tikus putih. Dia tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada
seekor tikus putih tersebut. Semasa Albert bermain sedang asyik bermain, Watson
membunyikan ketukan yang kuat. Gandingan dua perkara ini dibuat berulangulang kali. Albert terkejut dan terus menjadi takut kepada tikus putih. Albert
mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang mengejutkan. Kemudian Albert menjadi
takut kepada semua benda putih yang berbulu termasuk rambut Watson dan
peran muka Santa Klaus.
Watson membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas
emosi yang asas, iaitu takut, marah, dan sayang, Tindak balas emosi ini dapat
dilazimkan. Emosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman, maka
guru haruslah memastikan emosi positif dapat dibina dalam diri murid. Suasana
bilik darjah yang mesra, berperaturan, layanan adil dan sempurnanya dapat
membentuk emosi yang positif. Secara kesimpulan, pelaziman dapat melahirkan
reaksi emosional seseorang individu.

2.2 Pelaziman Operan


Pelaziman operan merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan
hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan tingkah laku
baharu. Pelaziman operan dikenali juga sebagai pelaziman instrument. Pelaziman
operan diperkenal oleh B.F. Skinner berasaskan pandangan teori hubungan E.L.
Thorndike.
2.2.1 Teori Pelaziman Operan E.L.Thorndike
Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan. Thorndike
terlibat secara langsung dalam bidang keguruan sebagai pengajar psikologi di
Teachers College Universiti Columbia. Thorndike tekah banyak memberikan
sumbangan dalam bidang pembelajaran manusia, pendidikan dan ujian mental.
Proses pembelajaran yang diperkenalkannya ialah connectionism. Menurut
Thorndike, hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak balas
akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.
Kajian Thorndike adalah berkaitan tentang bagaimana seeokor kucing
belajar keluar dari kurungan menunjukkan hubungan yang dimaksudkan. Dalam

kajian tersebut, Thorndike telah mengemukakan tiga hukum pembelajaran iaitu,


hukum kesediaan, hukum latihan atau hukum kesan.
Dalam eksperimen kotak ajaib yang dijalankan oleh Thorndike, seekor
kucing yang lapar telah dimasukkan ke dalam sebuah sangkar. Makanan kucing
juga diletakkan di luar sangkar. Pintu sangkar akan dapat dibuka sekiranya selak
dipijak. Kucing melakukan pelbagai tindakan rawak untuk keluar dari sangkar
seperti mencakar, berlari, menguis, meronta-ronta dinding sangkar, memanjat dan
sebagainya. Dalam usaha rawak ini, kucing itu terpijak tuil selak pintu berkenaan
dan pintu itu terbuka. Kucing itu pula keluar dan mendapatkan makanan. Tindakan
rawak ini dikenali sebagai teori cuba-jaya.
Pada percubaan yang kali kedua, ketiga dan seterusnya, kucing juga berjaya
keluar dari sangkar dalam tempoh masa yang semakin singkat dan tindakan rawak
juga berkurangan sehingga akhirnya sebaik sahaja dimasukkan, kucing terus
dapat keluar dengan menekan tuil selak pintu berkenaan.
Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan (makanan) dengan gerak
balas (menekan tuil selak) menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif.
Sekiranya kesan tindakan adalah negatif, hubungan R-G akan lema dan tingkah
laku tidak berulang.
Hukum Pembelajaran Thorndike
1.

Hukum Kesediaan

Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak


balas berlaku. Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan/
penagalaman lepas), kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) serta
kesediaan psikomotor (kemahiran fizikal). Hukum kesediaan mengarah kepada
pencapaian matlamat pembelajaran. Menurut Thorndike, gangguan atau halangan
kepada pencapaian matlamat akan menagakibatkan kegusaran dan kekecewaan.
i.

Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak, dia dibimbing dan

dibantu, kesannya amat mengecewakan.


ii.

Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak tetapi dihalang, kesannya

mengecewakan.
iii.

Sekiranya individu belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa, kesannya

juga mengecewakan.
Guru hendaklah memastikan murid ada kesediaan yang diperlukan untuk
memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Murid akan dapat mengikuti
pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya apa-apa yang
dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.
2.

Hukum Latihan
Hubungan rangsangan dan gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan

adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hubungan antara
rangsangan dengan gerak balas (R-G) akan menjadi lemah jika ia tidak
digunakan, iaitu tiada pengulangan dan latihan. Hukum latihan menegaskan

bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila
perkara yang dipelajari tidak digunakan lagi.
Bagi menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk,
pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam
situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap.Latihan dan penggunaan
pengetahuan serta kemahiran yang dikuasai akan mengukuhkan pembelajaran.
3.

Hukum Kesan
Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan

memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Apabila situasi


berulang, hubungan gerak balas dengan situasi adalah merangsangkan.
Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang tidak memuaskan, hubungan
dengan situasi akan menjadi lemah. Gerak balas juga tidak akan diulangi.
Oleh itu, guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat
membawa kepada perasaan rasa Berjaya. Sekiranya murid dapat menguasai
pemebelajaran atau mendapat pujian, pelajar akan berasa puas hati dan gembira.
Situasi ini akan membuatkan murid akan berusaha dengan lebih gigih untuk terus
berjaya. Sebaliknya, murid tidak dapat menguasai pembelajaran, dikritik, dimarahi
atau dikecam, murid akan berasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.

2.2.2 Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner


Menurut Skinner (1953), kajiannya telah menunjukkan pelaziman operan
organism bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran.
Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat membawa kepada tingkah laku
baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan-akibat boleh
berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman. Oleh hal yang demikian,
hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu
kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya. Pelaziman
operan boleh dirumuskan seperti dalam bentuk rumus berikut:
A

C akan menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya.


Jadual 1: Contoh pelaziman operan
A

Antecedent

Behaviour

Consequent

Peristiwa awal

Tingkah laku

Kesan-Akibat

1.

Guru tiada di dalam


kelas

Murid bergaduh di dalam


kelas

Murid tidak dibenarkan


keluar rehat.

2.

Guru berada di luar


kelas

Murid membuat tugasan

Murid mendapat pujian.

Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan oleh ahliahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerak balas adalah

dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat


bahawa tingkah laku manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat
mengawal tingkah lakunya.
Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkah laku yang terhasil tidak
mengikut urutan kemunculan tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim
atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang
berkenaan. Kesimpulannya, Skinner berpendapat bahawa manusia dapat
mengawal tingkah laku dirinya.

Peti Skinner
1.

Eksperimen pertama
Seekor tikus yang lapar diletakkan ke dalam Kotak Skinner. Di dalam kotak

tersebut, tedapat sebuah mangkuk disambungkan kepada tuil suis. Apabila tuil sui
situ dipijak, biji makanan akan disalurkan ke dalam mangkuk tersebut. Di dinding
bahagian atas pula dipasang sebiji lampu untuk digunakan kajian selanjutnya.
Tikus yang lapar berlari-lari secara mundar-mandir di dalam Kotak Skinner
untuk mencari makanan. Apabila tikus itu terpijak tuil suis, makanan disalurkan ke
dalam mangkuk.
Tindakan yang berulang kali telah membawa kesedaran kepada tikus
tersebut untuk memperolehi makanan. Apabila tikus itu dikeluarkan dari Peti

Skinner kemudian dimasukkan kembali ke dalam Peti Skinner, ia terus memijak tuil
suis tersebut.
Pada peringkat ini, tikus itu telah belajar cara memperolehi makanan dengan
memijak tuil suis tersebut. Cara pembelajaran ini dikenali oleh Skinner sebagai
pembelajaran melalui pelaziman operan.
2.

Eksperimen kedua
Skinner meluluskan hubungan mangkuk dengan tuil suis. Jadi, apabila tikus

memijak tuil suis dalam Peti Skinner, makanan tidak dapat disalurkan ke dalam
mangkuk. Tikus mula berulang kali bertindak seperti dalam eksperimen pertama,
tetapi akhirnya berhenti memijak alat penekan tersebut apabila mendapati
makanan tidak akan dikeluarkan lagi.
Fenomena ini dihuraikan oleh Skinner sebagai proses penghapusan, iaitu
makanan (ganjaran) tidak lagi dikeluarkan, tikus pun berhenti memijak alat
penekan tersebut (gerak balas). Bagaimanapun, fenomena ini didapati berlaku
dalam kajian pelaziman klasik.
3.

Eksperimen ketiga
Skinner menyambung hubungan lampu dengan alat penekan, di mana

apabila tikus memijak tuil suis, lampu akan menyala dan makanan dikeluarkan
secara serentak. Jika lampu tidak menyala, makanan juga tidak akan keluar.
Proses ini diulang-ulang hingga tikus itu hanya memijak tuil suis apabila
lampu menyala sahaja.

Skinner menghuraikan fenomena ini sebagai pembelajaran diskriminasi, iaitu


tikus telah belajar konsep diskriminasi dengan membezakan masa yang sesuai
untuk memijak tuil suis untuk memperolehi makanan. Fenomena ini juga didapati
berlaku dalam kajian pelaziman klasik.

Jadual 2: Contoh ringkasan uji kaji dalam Peti Skinner


Tingkah Laku
Awal

Tingkah Laku / Kesan Tindakan Teknik


Tindakan

Kesan Tingkah
Laku

Rawak

Tertekan tuil
suis

Makanan keluar Peneguhan

Diteruskan

Terlazim

Menekan tuil
suis

Makanan keluar Peneguhan

Diteruskan

Terlazim

Menekan tuil
suislampu
menyala

Makanan keluar Peneguhan


positif

Diteruskan

Terlazim

Menekan tuil
suislampu
tidak menyala

Makanan tidak Peneguhan


keluar
negatif

Tidak
diteruskan

Terlazim

Menekan tuil
suiskejutan
elektrik

Makanan tidak Hukuman


keluar

Tidak
diteruskan

Eksperimen Skinner ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan
berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen
tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan
terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner


juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif.
Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian
adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan
hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak
boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

Proses dalam Teori Pelaziman Operan Skinner


1.

Peneguhan

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan


itu diulangi. Menurut Rachlin pada tahun, peneguhan diberikan, pertamanya untuk
memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan
merangsang otak.
i.

Peneguhan positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu

ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.


Peneguhan ini adalah sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru
dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Contohnya,
guru memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau

menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi


hadiah.
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar
mengahsilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah
jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi
peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
Menurut Brophy pada tahun 1981, ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang
memberi kesan ialah:
i.

Memuji secara ikhlas

ii.

Memuji dengan cepat

iii.

Memuji tanpa pilih kasih

iv.

Memuji usaha dan cuba jaya

v.

Memuji tingkah laku yang spesifk

vi.

Memuji jawapan atau respons yang spontan.

ii.

Peneguhan Negatif
Peneguhan negative adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau

menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,


seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Oleh sebab jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi

pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja kerja rumah)
dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa)
Peneguhan

Maksud

Contoh

Bentuk Gerak Balas

Peneguhan
berterusan

Peneguhan diberi Menonton


selepas setiap gerak
televisyen.
balas.

Peneguhan
berkala tetap

Peneguhan diberi Kuiz mingguanTahap gerak balas


Menunjukkan sedikit ketekunan
selepas satu jangka
meningkat apabila diberi dan penurunan pada kadar yang
masa yang
peneguhan tetapi menurun pantas dalam gerak balas
ditetapkan.
selepas peneguhan
apabila masa peneguhan
diberikan.
berlalu.

Peneguhan
Peneguhan selepasPop kuiz
berkala berubahjangka masa
berubah-ubah.

Cepat memberi kesan.

Tindakan apabila peneguhan


diberhentikan
Kurang ketekunan dan
kehilangan tindak balas dengan
cepat.

Pelajar akan lambat member


Ketekunan masih tinggi dan
gerak balas, berhenti
kadar penurunan gerak balas
seketika selepas
yang perlahan.
peneguhan.

Peneguhan
Peneguhan selepasKerja yang
Cepat member gerak balas:Tiada nilai peneguhan di mana
berkala nisbah bilangan set gerak dibayar
berhenti seketika selepas peneguhan hilang nilanya bila
tetap
balas yang telah mengikut kadarpeneguhan
kerap diberikan peneguhan
ditetapkan
yang sama.

Peneguhan
Peneguhan selepasMesin yang Gerak balas yang sangat Kekal tinggi.
berkala nisbah beberapa bilangan mengeluarkan tinggi dan masih
berubah
gerakbalas yang tiket dengan menunjukkan gerak
berubah-ubah
memasukkan balas walaupun peneguhan
wang ke
tidak diberikan.
dalamnya.

2.

Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau cara untuk mengurangkan atau

melemahkan tingkah laku yang tidak diingini agar tidak berulang. Cara ini

membawa kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan


berlakunya tingkah laku tersebut.
Contohnya, seorang murid membuat bising di dalam kelas. Guru
memberikan amaran kepada pelajar. Akhirnya, pelajar tidak lagi membuat bising di
dalam kelas.
Dendaan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, dendaan persembahan
dan dendaan penyinkiran.
i.

Dendaan persembahan
Dendaan disebabkan oleh sesuatu rangsangan yang menyebabkan

perubahan tingkah laku diri murid tetapi tidak melibatkan fizikal. Ia menakutkan
murid. Contohnya, murid tidak suka membaca buku. Oleh itu guru mengadakan
sistem demerit agar murid membaca buku.
ii.

Dendaan Penyingkiran
Dendaan ini berkaitan dengan penyinkiran rangsangan. Guru atau ibu bapa

tidak member kemudahan apabila pelajar tidak berkelakuan betul. Contonya,


murid mendapat markah rendah dalam ujian, ibu bapa mengenakan denda agar
pelajar tidak boleh keluar rumah untuk bermain sehingga mendapat markah yang
baik.

3.

Prinsip Premack

Konsep utama prinsip ini ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
kepada aktiviti yang lebih diminati untuk mengekalkan tingkah laku terhadap aktiviti
yang kurang diminati. Prinsip Premack dikenali sebagai Grandmas Rule yang
berasaskan kenyataan kamu boleh bermain selepas selesai memakan sayursayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menggunakan kaedah ini dengan menyelang
selikan aktiviti yang menarik dengan yang kurang menarik untuk meningkatkan
kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran
matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan.

4.

Pelupusan
Bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan

sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika. Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu
dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru bersabar dalam
menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

3.0

Hukum-hukum Teori Pembelajaran Behavioris

3.1

Teori Pelaziman Klasik Pavlov


Dalam eksperimen Pavlov, dia telah mengemukakan hukum-hukum

pembelajaran, antaranya ialah rangsangan dan gerak balas. Rangsangan adalah


agen persekitaran atau apa-apa sahaja tingkah laku dapat yang timbulkan gerak
balas manakala gerak balas adalah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
Menurut kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku
melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku
akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Penggunaan teori Pavlov di dalam bilik darjah boleh dilaksanakan kerana
rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan dengan pengukuhan membuat
latihan. Motivasi juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Proses
pembelajaran boleh berlaku dengan membuat latihan, pembiasaan atau
pengalaman. Tingkah laku juga akan terhapus sekiranya tidak ada peneguhan
dalam bentuk ganjaran. Pembelajaran lebih berkesan jika guru dapat membantu
murid-murid mendiskirminasikan jenis rangsangan yang perlu diberi tumpuan.
Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu guru meningkatkan
keberkesanan pembelajaran.

3.2

Teori Pelaziman Klasik Watson


Menurut Watson, dua hukum pembelajaran telah dikemukakan

iaitu,kekerapan dan tempoh kebaruan.


Prinsip Kekerapan adalah menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas
terhadap rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang
sama akan berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa kelak.
Prinsip Tempoh Kebaruan yang menyatakan bahawa semakin tempoh
lebih baru kita menggunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan,
semakin lebih besar kemungkinan kita akan bergerak balas secara serupa
terhadap rangsangan itu, jika ia dimuncul lagi.
Berdasarkan penyelidikannya, Watson menyarankan bahawa guru boleh
mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menggunakan
rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan
dihuraikan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu
dapat dikaitan dengan pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran,

3.3

Teori Pelaziman Operan Thorndike

Melalui eksperimen yang dijalankan olehnya, Thorndike berpendapat


bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara stimulus dan
response. Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh
hukum tertentu yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum
pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum
Latihan dan Hukum Kesan.
i.

Hukum Kesediaan
Menurut Thordike, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan

persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.
Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor,
kesediaan afektif dan kesediaan kognitif
ii.

Hukum Latihan
Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G)

akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu


akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menyatakan
bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan
dilemahkan tanpa pengukuhan.
iii.

Hukum Kesan
Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu

perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku


akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara

rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang
menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara RG.

3.4

Teori Pelaziman Operan Skinner


Menurut Skinner, gerak balas operan berlaku secara diri sendiri jika

mendapat hasil yang berkesan. Bagi pandangan beliau, sebarang rangsangan


yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah disebut sebagai peneguh
(reinforce) atau rangsangan meneguh (reinforcing stimulus). Peneguh boleh
bersifat positif atau negatif. Misalnya, ganjaran ialah peneguh positif manakala
denda merupakan peneguh negatif. Kedua-duanya menghasilkan peneguhan
(reinforcement) ke atas gerak balas yang berkenaan.
Peneguhan merupakan sesuatu teknik atau prose yang menggunakan
peneguh untuk mengukuh dan mengekalkan gerak balas yang berkenaan.
Peneguhan juga dibahagikan kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kewujudan sesuatu
peneguh yang berkenaan adalah dipanggil sebagai peneguhan positif. Manakala,
fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kehilangan sesuatu
peneguh yang berkenaan adalah peneguhan negatif.

4.0 Aplikasi Teori Pembelajaran Behavioris


4.1 Teori Pelaziman Klasik
4.1.1 Teori Pavlov
Menurut Pavlov, rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan. Untuk
pembelajaran yang berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif dengan
tugasan pembelajaran.
Contohnya, guru harus memberi latihan dan soal jawab kepada murid-murid
selepas pengajaran guru. Sekiranya murid dapat menjawab soalan dengan tepat,
guru boleh memberI ganjaran atau pujian kepadanya. Sebaliknya, jika murid tidak
dapat jawab dengan betul, guru akan memberi hukuman yang sesuai.

4.1.2 Teori J.B. Watson


Dalam proses pengajaran, guru harus memberikan latihan-latihan secara
berkerap kali untuk membantu murid mengukuh apa yang yang telah pelajari
dalam ingatan.
Prinsip KekerapanContohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan
perkataan bola kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan
tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian,
tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak
balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid

mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan


kepadanya
Prinsip Tempoh KebaruanGuru harus memberi latihan ulangkaji yang
banyak dan sempurna kepada murid-murid sebelum peperikasaan supaya mereka
dapat mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik darjah.

4.2

Teori Pelaziman Operan

4.2.1 Teori Thorndike


i.

Hukum Kesedian
Dalam hukum tersebut, guru perlu membuat pengenalan tentang topik-topik

pelajaran yang akan diajar kepada murid-murid dengan lebih awal supaya muridmurid dapat membuat persediaan terhadap pelajaran sama ada dalam fizikal atau
mental.
Guru juga harus berusaha menghasilkan situasi pembelajaran yang
merangsangkan dan selesa agar dapat menambah minat murid-murid terhadap
pelajaran.
Selain daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid.
Bagi mengetahui tahap murid-murid, guru boleh berinteraksi dan bertanyakan halhal umum kepada murid- murid. Contohnya, guru bertanyakan apakah yang

dilakukan oleh anak muridnya yang mengalami masalah hiperaktif.

ii.

Hukum Latihan
Guru haruslah membanyakkan pengulangan dan latihan tubi kepada murid-

murid agar mereka dapat mengukuh dalam pembelajaran. Guru juga perlu
menyediakan latihan yang pelbagai dengan sebanyaknya
iii.

Hukum Kesan
Guru haruslah mengadakan aktiviti pengukuhan kepada murid-murid

selepas mengajar satu topik pelajaran. Guru juga perlu memilih dan
mengaplikasikan peneguhan yang sesuai supaya mengukuh pengetahuan murid.
Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru juga harus mengamalkan teknik
hukuman dan ganjaran kepada murid-murid.
4.2.2 Teori Skinner
Dalam proses pengajaran, guru harus menggunakan teknik peneguhan atau
dendaan. Contohnya, guru boleh memberi galakan seperti memberikan kata-kata
pujian, menepuk tangan, memberi hadiah kepada murid-murid yang berjaya
melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan. Sebagai contoh, seorang guru
memberikan coklat kepada muridnya yang mampu membaca huruf a hingga h
dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain
untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk
terus menguasai huruf seterusnya.

Sebaliknya jika seseorang murid membuat kesalahan, guru harus


memberikan hukuman yang sesuai kepada murid tersebut, contohnya, membuat
kerja tambahan, memarah atau memberi amaran dan sebagainya.

5.0 Implikasi Teori Pembelajaran Behavioris


5.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Dalam teori ini, guru haruslah sedar bahawa rangsangan dan gerak balas
mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara
rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin
kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak
balas terlazim itu.
Apabila guru memberi pujian (rangsangan) kepada murid setiap kali mereka
mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu dapat menghasilkan
sesuatu yang baik dan berterusan. Contohnya, murid yang mendapat pujian
daripada guru akan berasa memuas hati dan berusaha untuk menjalankan kerja
dengan sebaik-baiknya setiapa kali. Manakala, murid yang tidak dapat pujian guru
juga bermotivasi untuk memajukan diri sendiri agar mendapat ganjaran guru lain
kali. Oleh hal yang demikian, teknik ganjaran ini dapat memberikan motivasi
kepada murid-murid dan motivasi ini telah memainkan peranan penting dalam
plajaran.
Sebaliknya, peneguhan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini
bermakna sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran,
tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Contohnya, jikalau guru
tidak memberi rangsangan dan peneguhan kepada murid, lama-kelamaan murid
tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses
penghapusan. murid juga akan berasa bosan terhadap usaha diri dalam pelajaran.

Oleh hal yang demikian, konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu
seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
5.2 Teori Pelaziman Klasik Watson
Dalam teori ini, guru boleh mempengaruhi pembelajaran murid dengan
mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif.
Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan
terlazim dengan gerak balas terlazim. Ini akan menjamin kebolehan pelajar untuk
mengingat kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah.Sebagai contoh, guru
boleh memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali supaya
murid dapat menghasilkan tindak balas terhadap penyelesaian masalah
matematik.
Namun begitu, minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan. Sekiranya
latihan diberikan dengan terlalu banyak, murid-murid akan berasa tekanan dan
bosan terhadap pelajaran. Hal ini akan muncul gerak balas murid yang negatif.
. Oleh hal yang demikian, guru harus sentiasa menggunakan rangsangan
yang boleh memotivasikan murid-murid. Contohnya, guru yang mengajar dengan
pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat
menimbulkan minat pelajar terhadap proses pengajaran.
5.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike
Teori ini dapat meningkatkan tahap kesediaan belajar murid. Sekiranya
murid itu bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang dijalankan akan
menghasilkan kepuasan. Oleh hal itu, guru memainkan peranan penting dalam

menggunakan motivasi yang sesuai untuk mendorong murid membuat persediaan


dalam pelajaran
Selain itu, guru juga perlu mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan
gerak balas murid dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi
serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Menurut Thorndike,
sekiranya pasangan rangsangan-gerak balas wujud berkali-kali, maka ikatannya
akan bertambah kukuh dan kemungkinan untuk gerak balas wujud lagi pada masa
akan datang.
5.4 Teori Pelaziman Operan Skinner
Menurut Skinner, sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari
hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara
berkata supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
Guru memberikan ganjaran atau pujian keapda murid merupakan sesuatu
peneguhan positif. Peneguhan positif yang diberi oleh guru dapat mendorong
murid menghasilkan kerja yang lebih bermutu tinggi. Apabila guru memberikan
pujian dan dorongan, murid-murid akan timbul rasa minat untuk belajar dan
membantu guru mengawal tingkah laku murid dalam bilik darjah. Selain itu, muridmurid juga berasa dirinya dihormati atau disayangi dan seterusnya meningkatkan
keyakinan diri. Situasi pembelajaran yang gembira dan selesa juga akan
diwujudkan.
Namun begitu, kaedah memberikan ganjaran juga mempunyai
kekurangannya. Jika guru sentiasa memberikan hadiah yang sama, lama-

kelamaan murid-murid akan berasa kekurangan minat terhadap ganjaran tersebut.


Selain itu, guru yang memberikan hadiah dengan terlalu kerap akan menyebabkan
murid-murid menjadi realistisme dan materalisme. Murid-murid hanya bersungguhsungguh melakukan sesuatu kerja dengan keadaan guru ada memberikan
hadiah.
Peneguhan negatif juga sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang
diningini. Contohnya, guru memberikan kerja tambahan kepada murid-murid yang
mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Akhirnya, murid tersebut itu akan
berasa takut terhadap mendapat markah keputusan yang rendah dan berusaha
untuk mendapat keputusan cemerlang. Kaedah ini juga akan menakutkan muridmurid yang lain supaya tidak membuat perkara yang sama dengan murid tersebut.

6.0 Kesimpulan
Teori behavioris merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulusrespons untuk menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran.
Hal ini kerana pengukuran merupakan suatu hal yag penting untuk melihat
menjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.
Dalam teori behavioris, kelebihan yang diperolehi adalah teori ini sangat
sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan
daripada dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika
memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di
persekitarannya terutamanya guru kerana mereka mudah mengikuti apa yang
diajar dan disuruh selain meniru perlakuan orang di sekelilingnya.
Selain itu, guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi
penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini
kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali jika murid
menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada
guru. Dalam hal ini, guru harus memberikan penerangan dengan jelas.
Namun begitu, teori ini juga mempunyai kelemahannya. Penerangan teori
behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boeh
mengakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi muridmurid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya
berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid
manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa

memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini, murid
berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan
dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan
salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan
akibat buruk kepada murid.
Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang
memberikan gerak balas yag bebas bagi murid untuk berinteraksi serta untuk
mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu
kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Jika tiada rangsangan
maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi
rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan
jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara
berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar
sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri merela sendiri
sebagai satu cara pembelajaran.
Di samping itu, teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih
tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan
kurikulum yang sangat ketat sehingga buku teks merupakan buku wajib dalam
pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan
mempersembahkan kembali isi pembelajarn di dalam buku teks tersebut dengan
baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu
pengetahuan yang mereka perolehi tidak begitu berkembang dengan hanya
tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

Secara kesimpulan, teori pembelajaran behavioris ini penting untuk


membantu guru memilih strategi dan membantu pelajar secara optimum. Teori in
amat dimanfaatkan pada semua peringkat pembelajaran. Dalam teori ini, telah
membuktikan perlakuan manusai, emosi dan sikap dapat dipupuk dan dibentuk
melalui pengulangan dan latihan. Oleh hal yang demikian, guru harus melibatkan
teori behavioris dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Akhirnya saya ingin merakamkan ribuan penghargaan kepada pihak yang
memberikan kerjasama kepada saya selama perjalanan kerja kursus ini agar saya
dapat menyempurnakan kerja kursus ini dengan selamat.

Refleksi
Saya ingin bersyukur kerana saya dapat menyempurnakan kerja kursus
pendek Murid dan Alam Belajar saya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tajuk
kerja kursus ini adalah berkaitan dengan teori pembelajaran. Dalam tempoh
menjalankan kerja kursus ini saya telah mendapati banyak masalah.
Yang pertama, saya tidak tahu ingin memilih mana satu teori pembelajaran
sebagai kajian saya. Oleh itu, saya telah berbincang dengan kawan sekelas dan
mencari maklumat di perpustakaan serta internet. Akhirnya, saya telah mendapati
teori pembelajaran behavioris adalah teori yang paling saya fahami dan terdapat
banyak maklumat yang tentang teori pembelajaran ini. Oleh hal yang demikian,
saya telah memilih teori pembelajaran behavioris untuk menjalakan tugasan saya.
Pada awalnya, saya langsung tidak ada idea untuk mengaplikasikan teori
tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setelah saya mula
menjalakan tugasan saya, saya dapati bahawa teori pembelajaran behavioris
adalah memainkan peranan yang penting bagi guru untuk mendidik murid-murid.
Berdasarkan maklumat yang saya dapati, teori pembelajaran behavioris
merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-respons untuk
menghasilkan tingkah laku. Teori in mementingkan rangsangan untuk
membentukkan tingkah laku pembelajaran murid-murid melalui pengajaran dan
pembelajarran. Hal ini penting bagi saya yang bercita-cita menjadi guru yang
profession.

Dalam tempoh menjalankan kerja kursus, saya telah menghadapi masalah


iaitu susah untuk mengenalpasti hukum-hukum dalam setiap teori. Setiap tokoh
telah mengemukakan hukum ataupun idea mereka dalam teori masing-masing. Ini
merupakan maklumat yang penting bagi saya untuk menjalankan tugasan tentang
teori behavioris ini. Namun begitru, saya tidak memasti hukum-hukum yang telah
saya cari sama ada betul ataupun salah. Oleh itu, saya lebih bertungkus-lumus
mencari maklumat daripada buku dan laman web untuk menyelesaikannya. Selain
itu, saya juga bertanya pensyarah dan rakan-rakan supaya memastikan hukumhukum yang saya dapati itu betul.
Setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati rupa-rupanya teori
behavioris ini telah banyak diamplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada
zaman persekolahan saya, guru saya sering menggunakan teknik latih tubi
ataupun membuat latihan dengan banyak. Rupanya teknik ini adalah berdasarkan
daripada teori behavioris. Selain itu, guru juga suka menggunakan teknik ganjaran
dan hukuman untuk memotivasikan murid dalam pembelajaran. Hal ini juga adalah
salah satu teknik dalam teori behavioris. Selepas saya menjalankan kerja kursus
ini, barulah saya dapati semua aplikasi teori behavioris ini telah saya jumpai dalam
zaman persekolahan saya.
Saya berasa teknik-teknik tersebut merupakan teknik yang begitu biasa dan
selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori ini amat berfaedah
kepada semua guru untuk menjalankan P&P mereka.

Вам также может понравиться