Вы находитесь на странице: 1из 1

Nama: Amanina binti Ghazali

LWH2 I
Firm 1
Perbezaan bidang kuasa mahkamah
Oleh : Shad Saleem Faruqi
Dalam

sebuah

Negara

mahkamah-mahkamah

yang
tidak

mengamalkan
boleh

Perlembagaan

dipisahkan

mutlak,

daripada

isu-isu

perlembagaan.
Seperti kebanyakan sistem perundangan, Malaysia mempunyai pelbagai
cabang keadilan. Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah
Tinngi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan membentuk
sistem mahkamah sivil kita. Seiring dengan undang-undang sivil,
wujudnya sistem undang-undang yang lain dan mekanisma untuk resolusi
pertikaian.

Setiap Negeri mempunyai hierarki Mahkamah Syariah sendiri.


Mahkamah-mahkamah ini mengamalkan Undang-undang Islam dan
adat Melayu yang digubal dalam lingkungan yang terhad dan
seperti yang ditakrifkan oleh Jadual 9, Senarai II, Perenggan I.

Sabah

dan

Sarawak

mempunyai

undang-undang

adat

yang

dikuatkuasakan oleh Mahkamah Anak Negeri.

Di bawah Perkara 182-183 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah


Khas wujud untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan Raja-raja
Melayu.

Terdapat tribunal-tribunal berkanun yang dikenali dengan pelbagai


nama seperti Mahkamah Industri, Mahkamah Tentera, Tribunal
Penilaian, Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan Jawatankuasa
dan Tribunal Disiplin.

Вам также может понравиться