Вы находитесь на странице: 1из 10

1

Isi Kandungan
Bil

Tajuk

Muka surat

1.0

Pengenalan
2

2.0

Objektif Kajian
3

3.0

Soalan Kajian
3

4.0

Kepentingan Kajian
3-4

5.0

Batasan Kajian

6.0

Pendekatan Kajian

7.0

Dapatan Kajian
7.1: Masyarakat Melayu yang Kuat Berpegang pada Adat.

5-9

7.2: Masyarakat Melayu yang Mementingkan Budi.


7.3: Masyarakat Melayu yang Suka Berdagang.
8.0

Pandangan Terhadap Kajian

10

9.0

Kesimpulan

10

10.
0

Rujukan

10

1.0 Pengenalan

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang
mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini
pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang
melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan
Pantun merupakan sejenis puisi yang pada umumnya terdiri daripada empat baris serangkap,
empat perkataan sebaris, mempunyai rima akhir a-b-a-b, dengan sedikit variasi kekecualian.
Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua unit : Pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap
rangkap dapat melengkapkan satu keseluruhan idea,( Harun Mat Piah, Puisi Melayu
Tradsional,1989:91)
(Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, 2000:113) menjelaskan pantun dapat
dibahagikan kepada kelas berdasarkan bentuk ataupun struktur, tema ataupun isi, dan
penyebarannya. Terdapat penulis atau sarjana yang mengkelaskan pantun dari segi bentuk. dari
perkara tersebut timbullah apa yang disebutkan pantun dua kerat, empat kerat, dan seterusnya.
Dari segi tema pula muncul jenis-jenis pantun seperti pantun nasihat, pantun budi dan
sebagainya.
Selain itu pantun merupakan Puisi Melayu Tradisional yang paling Popular berbanding
dengan jenis-jenis puisi Tradisional Melayu yang lain. Pantun tidak hanya diminati atau popular
pada Masyarakat tradisional namun pantun juga popular pada masyarakat kini, hal ini telah
menunjukkan bahawa populariti pantun dalam masyarakat Melayu tidak ditelan zaman. Pantun
tidak hanya digemari oleh golongan dewasa namun turut digemari dari kanak-kanak hinggalah
golongan dewasa. Hal ini dapat kita lihat apabila di sekolah- sekolah rendah ada murid-murid
menggunakan pantun sebagai pembuka bicara dalam beberapa majlis rasmi sekolah dan
sebagainya. Dari aspek perkembangannya pula, telah diperluaskan daripada sistem lisan kepada
sistem tulisan dan sekarang ini telah dibuat dalam sistem media ekoran dari perkembangan
sistem I.C.T pada masa kini.
Latar masyarakat adalah bermaksud gambaran kehidupan masyarakat yang terdapat dalam
sesebuah karya. Dalam kajian ini saya akan mengkaji latar Masyarakat Melayu Tradisional yang
terdapat dalam beberapa pantun yang terpilih. Latar masyarakat yang akan saya kaji ialah nilainilai murni yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu Tradisional yang terdapat dalam pantun.
Selain itu juga saya akan mengkaji adat-adat, gaya pemikiran Masyarakat Melayu Tradisional
yang terdapat dalam beberapa pantun terpilih.

2.0 Objektif Kajian.

Mengenal pasti ciri-ciri latar belakang masyarakat yang terdapat dalam beberapa
karya Pantun Tradisional terpilih.
Menganalisis nilai-nilai moral masyarakat Melayu tradisional yang terdapat dalam
Pantun Tradisional terpilih
Mengenal pasti bentuk pemikiran masyarakat Melayu yang terdapat dalam Pantun
Tradisional terpilih.

3.0 Soalan Kajian.

Bagaimanakah betuk ataupun ciri-ciri Masyarakat Melayu Tradisional yang


disampaikan dalam Pantun?
Apakah nilai-nilai yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu Tradisional dalam
pantun?
Apakah bentuk pemikiran masyarakat Melayu Tradisional yang disampaikan dalam
puisi pantun?

4.0 Kepentingan Kajian.

Kajian ini dilakukan atau ditulis adalah bertujuan untuk mengkaji, menganalisis
nilai-nilai moral, dan mengenal pasti ciri-ciri masyarakat Melayu Tradisional dan
bentuk pemikiran Masyarakat Melayu Tradisional dalam beberapa pantun Tradisional
yang diselenggarakan oleh Za ba dalam bukunya Kumpulan Pantun Melayu(1984),
yang mengandungi 2000 jenis pantun. Melalui kajian ini juga kita dapat mengenal
pasti beberapa aktiviti kegemaran Masyarakat Melayu Tradisional melalui mesej yang
ingin disampaikan dalam pantun. Secara tidak langsungnya kita dap tahu akan serba
sedikit sejarah Masyarakat Melayu Tradisional dalam beberapa aspek iaitu sejarah
aktiviti ekonominya, penempatannya dan sebagainya.

Kepentingan kajian ini untuk masyarakat masa kini adalah bertujuan untuk
menerapkan nilai-nilai murni yang selalu diamalkan oleh Masyarakat Melayu
Tradisional. Kajian ini juga bertujuan untuk menyedarkan dan memberitahu kepada
masyarakat pada masa ini betapa tingginya nilai-nilai, adat, dan sebagainya tentang
Masyarakat Melayu Tradisional. Serba sedikit kajian ini diharapkan dapat
menyedarkan pada masyarakat masa kini bahawa akhlak mereka yang semakin rapuh
dan runtuh ditelan zaman. Kita juga dapat melihat betapa nilai-nilai, adat, kesopanan
Melayu Tradisional sudah semakin tiada diamalkan lagi, terutamanya pada
Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan bandar yang hidup dalam arus
pemodenan.

5.0 Batasan Kajian


Za ba dalam bukunya Kumpulan Pantun Melayu(1984), yang mengandungi 2000
jenis pantun (beberapa pantun sahaja)
Hanya memberi tumpuan pada sikap masyarakat ataupun nilai-nilai yang diamalkan
oleh masyarakat seperti Masyarakat Melayu Tradisional yang suka berbudi,
masyarakat pedagang, berpegang kuat pada adat mementingkan agama dan suka
bermaufakat.

6.0 Pendekatan Kajian


Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan kaedah kajian kepustakaan.
kaedah ini telah saya jalankan dengan merujuk buku-buku di perpustakaan sebagai
panduan untuk menghasilkan kajian ini. Manakala dasar yang saya gunakan dalam
penghasilan kajian ini ialah dasar formalistik

7.0 Dapatan Kajian

GAMBARAN MASYARAKAT TERDAHULU DALAM PANTUN


Pantun menurut Muhammad Haji Salleh adalah benang yang menghubungkan nilai-nilai
kebersamaan masyarakat Melayu di rantau Nusantara. Daripada pantun yang dihasilkan pada
masa lalu masyarakat pada masa kini dapat mengenal hati budi, gaya hidup, sistem nilai,
pemikiran, sistem sosial masyarakat Melayu terdahulu. Bukanlah sedikit pantun yang telah
dihasilkan pada masa dahulu, oleh pengarang, penulis dan sebagainya. Dari pantun yang telah
dihasilkan banyak gambaran masyarakat terdahulu yang dapat di tafsir dan diambil kebaikan
untuk generasi Melayu Moden pada masa ini. Di sini saya akan memberi beberapa gambaran
masyarakat yang diceritakan dalam beberapa buah pantun terpilih.

7.1 Masyarakat Melayu yang Kuat Berpegang pada Adat.

Pemikiran Masyarakat Melayu Tradisional Terhadap adat dan ciri-ciri Masyarakat


Melayu yang mengamalkan adat.
Adat merupakan aturan yang mengawal dan menentukan hala tuju perjalanan hidup
masyarakat berasaskan pemahaman masyarakat terhadap sesuatu perkara. Dalam Masyarakat
Melayu Tradisional, adat dapat mengawal dan menentukan hala tuju perjalanan hidup bangsa
Melayu dan membawa atau menentukan sistem masyarakat yang mempunyai nilai dalam hidup.
Berdasarkan maksud ini, adat merupakan elemen yang sangat penting dalam menyusun
atur semua kaedah bagaimana anggota masyarakat bertingkah laku dan bersosial. Kepatuhan dan
keyakinan pada adat menunjukkan adat itu memiliki nilai keabsahan. Kerana itu, masyarakat
Melayu terdahulu menunjukkan sikap yang kuat berpegang pada adat dan memelihara dengan
baik hingga ke hari ini. Apa yang dikatakan adat dan istiadat itu iaitu cara-cara dan aturan-aturan
hidup yang dipusakai dari datuk nenek yang diturunkan dari bapa kepada anak atau dari yang tua
kepada yang muda.
Orang Melayu sanggup mempertahan kewujudan dan keberadaan adat itu dalam sistem
sosial masyarakat Melayu hari ini, sekalipun sebilangan besar masyarakat Melayu moden masa
kini kurang memberi pertimbangan pada adat untuk membuat suatu tindakan. Perkara ini juga
sama dengan mana-mana bangsa yang mengagung-agungkan adat resam serta kebudayaan
mereka .

Resam kehidupan yang dipegang zaman berzaman amat kukuh sehingga seluruh hidup
orang-orang Melayu terdahulu menampakkan diri mereka dilingkungi budaya dan cara hidup
yang berasal daripada adat ini sendiri.

Anak Cina menghisap madat,


Madat ditaruh dalam cembul,
Hidup manusia dikandung adat,
Adat manusia dilengkung bendul.
(Za, ba , Kumpulan Pantun 1984:49)

Jiwa orang Melayu mengatur budaya hidup mereka dalam keadaan yang luhur dan
unggul. Keluhuran itu lahir dalam rutin hidup mereka dan menyerap lunas tatacara adat dengan
normanya. Di sini, mereka meletakan ciri-ciri keluhuran itu dalam keseluruhan budaya hidup
yang dipegang kepada adat. Kekuatan hubungan orang Melayu dengan adat disifatkan hidup
mereka bagaikan dikandung. Perkataan dikandung selalunya dikaitkan dengan seorang wanita
yang mengandung, yang membawa erti seluruh kehidupan mereka diberi gambaran bahawa
kehidupan mereka dilingkungi oleh adat sebagai yang dapat dikesan dalam pantun di atas.

7.2 Masyarakat Melayu yang Mementingkan Budi.

Nilai-nilai Masyarakat Melayu Tradisional dan Pemikiran Masyarakat.

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Gunung daik jauh ke tengah,

Di balik awan Pulau Angsa Dua;


Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Sikap orang Melayu yang suka dan sangat menghargai budi dalam masyarakat
Melayu tergambar sebagai satu norma hidup yang amat penting. ketinggian budi
mempunyai nilai kehidupan yang abadi, kerana budi manusia yang berbudi diumpamakan
sebagai hutang yang mungkin dapat dibayar oleh manusia yang hidup setelah
kematiannya, gambaran ini dapat dilihat dalam rangkap pantun pertama
Bandingan budi yang dikiaskan dengan emas masih tidak sepadan, kerana
berhutang benda-benda seperti emas dan sebagainya masih tidak sukar untuk dibayar
oleh si penghutang. Sebaliknya sesuatu budi ataupun budi yang ditinggalkan akan diingat
dan dikenang sehingga ke hujung nyawa ataupun selama-lamanya. Dalam rangkap
pertama juga menunjukkan gambaran masyarakat Melayu meletak nilai kebendaan jauh
lebih rendah nilainya berbanding dengan nilai budi seseorang.
Pantun pada rangkap satu menunjukkan pemikiran Melayu yang tidak bersifat
materialistik itu dikuatkan lagi dengan pantun pada rangkap dua yang turut menunjukkan
sikap suka mengenang budi seseorang, sekalipun tuan yang berbudi sudah meninggal
dunia. Budi dalam rangkap duai dipadankan dengan badan. Dalam konotasi yang lain,
rupa paras dan fizikal manusia tidak penting dalam kehidupan orang Melayu, sebaliknya
budilah yang lebih diutamakan lebih diutamakan dan diingat dalam ingatan selamalamanya ataupun diingat secara berkekalan. Badan yang hancur dimakan tanah adalah
sebuah perlambangan tentang kerendahan nilai sifat luaran yang tidak dipandang tinggi
oleh masyarakat Melayu berbanding nilai sesebuah budi.

7.3 Masyarakat Melayu yang Suka Berdagang.

Latar Masyarakat Melayu tradisional dan corak pemikiran dalam ekonomi iaitu
berdagang.

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Kajang tuan kajang berlipat,


Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang tuan dagang bertempat,
Dagang hamba terbuang layu.

Sungguh indah warna berkilau,


Merak menggigil di pinggir huma,
Bermusim sudah hamba di rantau,
Mencari bekal hidup bersama.

Kuini terletak di dalam dulang,


Dulang perak segaknya rupa,
Kini hamba kembali pulang,
Dengan harapan dapat berjumpa.

Pantun Melayu Tradisional juga menunjukkan gambaran masyarakat Melayu yang suka
berdagang. Kegiatan ekonomi ini dijalankan dari satu tempat ke satu tempat dengan
menggunakan jalan air sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan air digunakan untuk
membawa barang, keperluan dan sebagainya. Sikap yang suka berdagang dan merantau ini
ditunjukkan pada rangkap pertama pantun di atas. Dua baris pertama dalam pantun pertama
menunjukkan alam kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional yang berlayar ke sesuatu tempat.
Pisang emas dijadikan alat ukur masa pelayaran. Hubungan berlayar dengan hutang mempunyai
persamaan dengan perniagaan.
Dalam rangkap kedua pula menunjukkan dua jenis kegiatan berdagang dalam kalangan
Masyarakat Melayu Tradisional iaitu berdagang secara tetap oleh penduduk setempat dan
berdagang secara tidak tetap ataupun bermusim oleh beberapa masyarakat yang berdagang dari
kawasan lain datang ke kawasan tersebut ataupun pedagang yang sentiasa berlayar dari satu
kawasan ke suatu kawasan yang lain untuk menjual barangan mereka.
Kegiatan suka berdagang yang dijalankan secara berkala atau bermusim di tempat usaha
Masyarakat Melayu Tradisional untuk menyara hidup. Melalui ini kita dapat melihat cara
pemikiran Masyarakat Melayu Tradisional turut berkembang mengikut pemikiran pada masa itu.
Ia juga membuktikan Masyarakat Melayu Tradisional tidak menyara hidup dengan menjalankan
aktiviti pertanian dan mengutip hasil hutan sahaja untuk menyara hidup. Menjalankan
perdagangan di tempat orang atau di kawasan yang jauh di tempat asal menyebabkan mereka
menaruh perasan bahawa kepulangan daripada belayar dan berdagang adalah amat dinantikan.
Inilah gambaran dan pemikiran masyarakat yang tergambar di rangkap ketiga dan keempat
rangkap pantun tersebut.

10

8.0 Pandangan Terhadap Kajian


Pandangan saya terhadap kajian ini adalah, sebuah kajian yang menceritakan adat, ciri-ciri
dan nilai yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu Tradisional dalam kehidupan harian mereka.
Kajian ini juga berkisar tentang mesej yang terdapat dalam beberapa pantun yang telah dikaji
yang membawa mesej tentang peradaban Masyarakat Melayu Tradisional. Pandangan saya
terhadap kajian ini, bahawa Masyarakat Melayu Moden dapat terus mengekalkan setiap nilainilai yang diamalkan olah Masyarakat Melayu Tradisional agar setiap warisan itu dapat
dikekalkan pada hari muka.

9.0 Kesimpulan
Kesimpulannya pantun membawa mesej tentang ciri- ciri masyarakat, pemikiran, masyarakat,
nilai-nilai masyarakat. Hal ini dapat membuktikan kebanyakan pantun yang dihasilkan oleh
pengarang membawa pengertian masing-masing iaitu mengikut tema-tema dan pengkelasannya
iaitu Pantun Masyarakat Melayu yang mementingkan Adat, Mengenang Budi, Suka Berdagang.
Dengan ini saya menjalankan kajian mengelaskan setiap pantun mengikut tema. Setelah
mengkelaskan pantun ini saya lebih mudah mengenal pasti setiap ciri-cri Masyarakat Melayu
Tradisional, nilai-nilai, sikap, dan begitu juga dengan gaya pemikiran Masyarakat Melayu
Tradisional.

10.0

Rujukan
Za,Ba Kumpulan Pantun Melayu(1984),
Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradsional,1989:91
Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, 2000:113

Вам также может понравиться