Вы находитесь на странице: 1из 40

Bab 1 - Pengenalan Sains

1.1 Apa itu sains


Sains = kajian tentang alam yang
sistematik dan pengaruhnya
terhadap kehidupan kita.
Bertujuan memahami fenomena
alam di sekeliling kita.

Fenomena Alam
Peristiwa yang berlaku di sekeliling kita.
Contoh :
Pertumbuhan bayi
Objek jatuh ke muka bumi
Peleburan ais
Letupan gunung berapi, gempa bumi,
tsunami
Ribut, kilat, salji, hujan

Bidang-Bidang Sains
Terbahagi kepada 3 bahagian:
Sains hidupan
Kajian tentang benda hidup
(biologi,entomologi)
Sains bumi
Kajian tentang bumi dan angkasa
lepas (geologi, meteorologi, astronomi)
Sains fizikal
Kajian tentang jirim dan tenaga (fizik,
kimia)

Kerjaya Dalam Sains


Bidang

Kerjaya

Sains
Kehidupan

Doktor,pakar diet,
ahli botani, ahli
farmasi dan lain-lain

Sains
Bumi

Ahli meteorologi, ahli


geologi, ahli
mineralogi dan lainlain

Sains
Fizikal

Ahli fizik, ahli kimia,


jurutera, juru bina dan
lain-lain

KepentinganSains
Membolehkan kita memahami diri sendiri dan
alam sekeliling
Menyelesaikan misteri sains menerusi
penyiasatan saintifik
Menyumbang dalam penemuan baru,
penciptaan dan perkembangan ilmu
pengetahuan
Memperbaiki taraf hidup
Mewujudkan peluang kerjaya yang berasaskan
sains

1.2 Kaedah
Saintifik
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PENYIASATAN SAINTIFIK

1.3 Makmal Sains


Makmal Sains
Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.
Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau
bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.
Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana
pelajar boleh menjalankan eksperimen.
Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan
langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila
anda berada di dalam makmal sains?

Peraturan am dan langkah-langkah


keselamatan
Makanan dan minuman tidak
dibenarkan dibawa masuk ke dalam
makmal.

Bahan-bahan mestilah
dikendalikan dengan betul.

Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal


sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
Anda tidak boleh membawa masuk makanan
dan minuman ke dalam makmal sains.
Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik
persediaan dan stor.
Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari
makmal.
Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia
hanya dengan kebenaran guru sahaja.
Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan
mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda
sahaja.
Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda
meminta untuk berbuat demikian.

Alat-alat radas yang biasa terdapat


di makmal sains
Mangkuk pijar (Crucible)
Kegunaan: Untuk memanaskan
bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat
Kegunaan: Untuk mengewap
cecair daripada larutan.
Penyumbat gabus & penyumbat
getah
Kegunaan: Digunakan untuk
menyumbat tabung uji atau
kelalang kon.

Pemegang tabung uji


Kegunaan: Untuk memegang
tabung uji.

Picagari
Kegunaan: Untuk memindahkan
cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca
Kegunaan: Untuk meletak spesimen
bagi tujuan pemerhatian di bawah
mikroskop.

Jam randik
Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia
dan cecair.

Kelalang kon
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia
dan cecair.

Kelalang berdasar rata


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia
yang digunakan dalam penyediaan gas
yang mana proses tersebut tidak
memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis
Kegunaan: Untuk menapis campuran
pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga


Kegunaan: Untuk menyokong radas
semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen


burner)
Kegunaan: Untuk menyediakan
nyalaan.

Rak tabung uji (Test


tube rack)
Kegunaan: Untuk memegang
tabung uji dalam kedudukan
yang tegak.

Rod kaca (Glass rod)

Kegunaan: Digunakan untuk


mengacau larutan didalam
bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort


stand & retort clamp)
Kegunaan: Untuk memegang alat
radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu
larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar)


Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar


Kegunaan: Untuk memegang objek
panas.

Pipet (Pipette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu
larutan dengan tepat.

Silinder penyukat
(Measuring cylinder)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu
larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Termometer)


Kegunaan: Untuk menyukat suhu.

Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya


Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid
hidroklorik pekat dan natrium
hidroksida.

Sangat mudah terbakar


(Highly flammable)
Contoh: Fosforus putih, kuning
fosforus, petrol, minyak tanah,
etanol.

Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic /


Poisonous)
Contoh: Raksa, plumbum,
sodium cyanide, hidrogen
sulfida.

Berbahaya atau Perengsa


(Harmful or Irritant)
Contoh: Ammonia, klorin,
klorofom.

Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.

1.3 Kuantiti Fizik


Kuantiti

Unit SI

Simbol

Panjang

Meter

Jisim

Kilogram

Kg

Masa

Saat

Suhu

Kelvin

Kuantiti fizik ialah panjang, jisim, masa,dan suhu.


Unit SI ialah Unit Sistem Antarabangsa.

Nilai Imbuhan:
Nama
Imbuhan
Giga
Mega
Kilo
Hekto
Deka
Desi
Senti
Mili
Mikro
Nano
Piko

Simbol
imbuhan
G
M
k
h
da
d
c
m

n
p

Nilai Imbuhan
1000000000
1000000
1000
100
10
0.1
0.01
0.001
0.00001
0.000000001
0.00000000000
1

1.5 Alat-alat Pengukuran


Penyukatan Panjang
Panjang ialah jarak di antara dua titik

Unit SI bagi panjang ialah meter(m).


Unit lain bagi panjang ialah millimeter(mm),
sentimeter(cm), kilometer(m) dan lain-lain

Alat pengukuran ialah :


Pembaris
Angkup Vernier

Pita pengukur

Angkup luar

Angkup dalam
Diameter diukur dengan angkup
dalam dan angkup luar

Opisometer
Panjang garis lengkung diukur dengan pembaris dan
opisometer

Kedudukan mata yang betul semasa


mengambil bacaan :

Penyukatan Luas
Luas ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh
sesuatu benda
Unit bagi luas ialah meter persegi(m2), senti meter
persegi(cm2) dan lain-lain
Luas bentuk sekata dikira dengan formula

Luas bentuk tidak sekata boleh dianggarkan


Contoh:

Penyukatan Isipadu
Isipadu ialah ruang yang ditempati oleh sesuatu objek
Isipadu cecair disukat menggunakan silinder penyukat,
pipet, buret, dan kelalang kon
Paras mata mesti sama pada aras meniskus cecair

Isipadu pepejal sekata dikira menggunakan


formula-formula tertentu. Contoh:
Kubus [Isipadu = panjang x lebar x tinggi]
Kuboid [Isipadu = panjang x lebar x tinggi]
Prisma [Isipadu = luas keratan rentas x panjang]
Piramid [Isipadu = 1/3 luas tapak x tinggi]
Silinder [Isipadu = luas keratan rentas (tapak) x
tinggi / panjang]
Kon
[Isipadu = luas tapak x tinggi]

Isipadu pepejal tidak sekata disukat dengan kaedah


sesaran air:

Penyukatan suhu [darjah kesejukan atau


kepanasan] disukat dengan termometer

1.6 Konsep Jisim


Jisim ialah jumlah kuantiti jirim dalam sesuatu objek
Unit SI ialah kilogram (kg)

1 kg = 1000
g
1 g = 1000
mg

Alat pengukur jisim

Neraca palang

Neraca tuas

Neraca 3 alur

Berat sesuatu objek ialah daya tarikan graviti


bumi ke atas objek
Berat adalah tidak tetap
Unit SI ialah newton (N)
Alat pengukuran:
Neraca spring

Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan


yang berikut:

untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli


sains yang berbeza supaya lebih selaras.
untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih
mudah dan kurang mengelirukan.
untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari
tempat yang berbeza.
untuk membolehkan analisis dan perbandingan data
yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang
sama digunakan.
untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan
penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.

Antara masalah yang akan timbul jika


unit piawai tidak diguna pakai antaranya
adalah;
Timbul masalah kejituan dan kepersisan
(accurate and precise) dalam pengukuran.
Manusia dari negara-negara berlainan akan
menghadapi masalah komunikasi terutama
dalam interaksi seperti perdagangan dan
pengangkutan.
Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis
sukar dibandingkan.

Вам также может понравиться