You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBK KALI KE-56


Oleh: Mohd Helmi Ahmad
Bil

Acara

Teks

Umumkan ketibaan
VIP
Paluan kompang

Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat, Bin Ahmad Dahlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Batang
Kali, diiringi oleh
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali, bersama En.
Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang
Kali, Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Batang Kali.

Ucapan alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang


Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang
Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Batang
Kali,
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Batang Kali yang
dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat
kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas

Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita

hormat

saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan

menerima tabik

Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menerima tabik hormat

hormat dari peserta

daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

perbarisan
MUZIK PERBARISAN
Perbarisan Bendera

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang diketuai

kejohanan

oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa bendera Malaysia ialah adik
Mohd Shahrulnizam Bin Osman,pembawa bendera Selangor ialah adik Mohd
Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa bendera sekolah ialah adik Danial Haiqal
Bin Azizul Bahari.
Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik Sutan Bin
Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam Norzailani Zidan Bin Ismail
dan adik Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Rumah

Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan mottonya Biru Boleh.

Biru

Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin Izlan dan dianggotai seramai 145
orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi.
Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn Umi Kalsom bt Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai seramai 135

Merah

orang peserta perbarisan dengan mottonya Lawan Tetap Lawan. Kontinjen ini
diketuai oleh adik Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa sepanduk bagi
rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd Lokman. Ketua bagi kontinjen
rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.

Perbarisan Rumah

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai seramai 130

Kuning

orang peserta perbarisan dengan mottonya Kuning Dipersada. Kontinjen ini


diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin Shaarani. Pembawa sepanduk rumah Kuning
ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn.
Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah

Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya Hijau Sapu Habis.

Hijau

Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin Zailan dan disertai seramai
130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Amyla Atiqah bt
Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md Isa.
Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini adalah

Prasekolah

merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah 1 seramai 25


orang murid di bawah bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan Prasekolah 2 seramai 25
orang murid di bawah bimbinganPn. Siti Hawa bt Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn. Siti Hawa bt
Aziz.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita samasama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Mohd Irwan Bin Ismail.

Dipersilakan. .
(Bacaan doa)..
Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail. Semoga
dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati
oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.
Nyanyian Lagu
Negaraku

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagi Negaraku.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan perasmian

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

(bunyi dram perasmian)- KOMPANG


Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan
kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Upacara menaikkan

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu,

bendera

dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan


bendera kejohanan.
.. LAGU THE FINAL COUNTDOWN
Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi
tahun 2014.

Menjemput pembawa

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke

bendera mengiringi

hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai

pembaca ikrar

oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin Azhari.

Lafaz ikrar kejohanan


Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
Persembahan Silat

Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah kita samasama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK Batang Kali. Pasukan
Silat ini terdiri daripada adikMohd Suhael bin Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin
Mohd Izham,adik Mohd Najmirul Aiman bin Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal
bin Khairul Azhar dan adik Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.
Dipersilakan. MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang Kali. Untuk
makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul Afrizal bin Ahmad.
Perbarisan Keluar

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang

padang

mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.


MUZIK PERBARISAN
.
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta
yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan

Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.
Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.
Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana
acara akan dimulakan sebentar lagi.
Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin Ahmad
Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama. Dipersilakan.

Penyampaian hadiah

Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan

(1)

guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin Jamilmengiringi yang berbahagia Tuan
Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlanuntuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Dipersilakan.
Bagi acara
Pingat emas dimenangi oleh adik..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adikdari rumah.
Pingat gangsa menjadi milik adikdari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En. Mohamad
Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata kepada Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan di atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hadiah(2)

Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara
penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________
Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.
Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..
Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha Encik.....
(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan
cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan
olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................
Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:
rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56,
jatuh pada: rumah...................................
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan

Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke penghujungnya.

penyampian hadiah
ketegori khas(6)

Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masingmasing.
(marching song)
Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali
ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru Besar SK Batang
Kali untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali
kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................
Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang untuk
melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dipersilakan.
Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t