Вы находитесь на странице: 1из 2

Perkembangan bidang pertanian

Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah
meningkatkan hasil tanaman. Petani di England mengamalkan sistem tanah
berpagar untuk menggantikan tanah lapang. Pemagaran tanah dapat memisahkan
kawasan yang dimiliki dan diusahakan daripada tanah yang diusahakan dan dimiliki
oleh orang lain.

Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi yang diamalkan
sebelumnya dan memberi kebebasan yang lebih kepada seseorang dalam usahanya
untuk memajukan tanah yang disewa atau dimiliki.

Seterusnya, penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera diperkenalkan.


Antaranya penggunaan alat penggali dan penabur oleh Jethro Tull. Penggunaan alat
ini telah memudahkan para petani untuk menggali lubang dan menabur benih dalam
jarak yang ditetapkan. Ini menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut
baris yang sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur dan membersihkan
tanah.

Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya memperkenalkan


baja tiruan kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi
keperluan baja yang meningkat terutamanya dalam ladang-ladang yang luas.
Kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan baja kimia.
Penggunaan kaedah dan pengenalan tanaman baharu juga telah meningkatkan
sumbangan pertanian kepada ekonomi England.

Perkembangan sektor penternakan


o

Para petani juga turut mengamalkan sisitem pertanian campuran iaitu menternak
biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama.
Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan,
khususnya pada musim sejuk. Bulu-bulu binatang juga boleh digunakan untuk
industri membuat kain dan najis binatang dijadikan baja.

Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan
kaedah baru yang dapat mempercepatkan proses pembesaran binatang ternakan
dan menghasilkan ternakan yang besar saiznya.

Hasilnya, baka biri-biri yang terbaik dapat dihasilkan. Kaedah ini telah tersebar
luas dan digunakan di England. Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi
memenuhi keperluan England.

Kemajuan sektor perindustrian


o

Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa kepada penciptaan
mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764. Pada tahun
1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang menggunskan
kuasa air. Kemajuan dalam perindustrian telah membawa kepada kemajuan
peleburan besi dengan menggunakan arang batu untuk menghasilkan besi tempa
bagi membuat peralatan besi.

Pada akhir abad ke18, kuasa wap telah digunakan dalam industri untuk
mengendalikan jentera.

Pelbagai kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri perindustrian di


England. Antaranya, Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli
daripada keluli belum tempa. Penggunaan teknologi tersebut membolehkan
pertambahan pengeluaran dalam industri tekstil pada abad ke18.

Industri besi juga menunjukkan pertambahan dalam pengeluaran selepas Revolusi


Perindustrian di England. England mempunyai banyak sumber bijih besi telah
mengeluarkan besi yang lebih bermutu.
Kemajuan sistem pengangkutan

Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang


pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan. Kapal-kapal
mula dibina daripada besi menggantikan kayu balak dari Baltik.

Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun `787 telah
menyaksikan kapal-kapal dibina menggunakan besi sebagai rangka kayu sebagai
dinding. Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana boleh
mengangkut lebih banyak kargo berbanding kapal yang dibina menggunakan kayu.
Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjim stim dan keluli menggantikan besi
dalam industri pembinaan kapal.

Perluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan


raya di Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu
dan minyak tar. Kemajuan ini mempermudahkan perhubungan antara satu kawasan
dengan kawasan yang lain.

Lebuh raya tol juga dinaiktaraf dan diperluaskan lagi. Penambahbaikan sistem
jalan raya ini dibuktikan dengan penjimatan masa perjalanan antara saru kawasan
dengan kawasan yang lain.

Penghijrahan dan pertambahan penduduk


o

Perkembangan perindustrian telah menyumbang kepada pertambahan penduduk.

Pada tahun 1850, menyaksikan lebih separuh populasi England tinggal di pekan
dan bandar. Peningkatan penduduk disebabkan oleh migrasi penduduk luar,
misalnya pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke
England.

Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan Ireland-England


dan penduduknya lebih tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Jika
mereka tidak berhijrah akan lumpuh disebabkan kekurangan tenaga pekerja.

Penutup
o

Perkembangan industri di England dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Perkembangan yang dilalui oleh masyarakat England kesan


Perindustrian memperlihatkan perkembangan sistem ekonomi di England.

Revolusi

Вам также может понравиться