Вы находитесь на странице: 1из 14

MUKADIMAH.

Pertamanya dan selamanya, puji-pujian bagi Allah S.W.T, selawat dan salam atas Rasul
akhir zaman, Rasul Muhammad S.A.W. Islam adalah agama universal yang menjunjung tinggi
nilai-nilai kemanusian persamaan hak dan mengakui adanya pluralisme agama dan
masyarakat. Pluralisme masyarakat dalam islam adalah sehaluan kehendak Allah yang tidak
akan berubah, juga tidak mungkin dipersoalkan atau diingkari. Ungkapan ini menggambarkan
bahawanya islam adalah agama yang sangat menghargai hak pluralisme kerana islam adalah
agama yang dengan jelas mengakui hak-hak masyarakat lain untuk hidup bersama dan
menjalankan ajaran masing masing dengan penuh kesungguhan. Mesej dan keharmonian
hidup antara masyarakat berbeza merupakan kepentingan yang pertama dan harus
dipraktikkan oleh semua bilangan

masyarakat. Mesej yang jelas yang digunakan untuk

menghilangkan rasa prasangka, salah faham dan untuk menjalinkan hubungan harmoni antara
bilangan masyarakat. Agama islam sangat terbuka dan selalu memberi peluang dan
menghormati berbeza bilangan masyarakat,perihal ini boleh dilihat dengan tindakan Rasulullah
padan pembentukan Piagam Madinah iaitu piagam pertama yang diwujudkan di dunia untuk
keharmonian masyarakat dan ditekankan untuk menjadi panduan manusia hingga bila-bila.
Namun sedemikian, masalah perpecahan yang zahir daripada kelainan rasa atau bangsa,
kelainan agama, perbezaan pendapat yang belum ada ketentuan kejayaan didalamnya, telah
tersedia bibitnya dalam masyarakat majmuk negara kita sama ada dalam konteks ekonomi
sosial dan politik. Hal yang lebih membimbangkan lagi berlaku apabila terbit isu-isu yang
nampak seperti pengutaraan hak atau hukum hakam agama, namun berisikan kepentingan
masing-masing, bermula daripada niat penguasaan ekonomi kepada politik, dengan apa cara
sekali pun walau agama sendiri dijadikan candu kepada masyarakat(Karl Max, Das
Kapital),dan lahirlah masyarakat yang tidak lagi mampu melihat kebaikan dalam kebaikan
apatah lagi dalam keburukan. Oleh hal yang sedemikian, terbitlah sedikit kerisauan kami dan
daripada itu beberapa hasil usaha yang sekadar dan dalam keadaan tergesa, kami mencuba
untuk mengutarakan sedikit sebanyak idea dan pendapat merangkumi permasalahan ini, di
bawah tajuk Membina Masyarakat anti-rasisme. Dengan kelemahan dan rendah hati, kami
memujuk umat islam untuk baca, teliti dan nilaikan dengan kaca mata agama atas apa yang
telah tertulis pada lembaran-lembaran yang tidak seberapa ini.

LATAR BELAKANG RASISME SECARA RINGKAS.


Secara literalnya, RASISME adalah sesuatu sistem kepercayaan atau doktrin yang menyatakan
bahawa perbezaan biologi yang melekat pada ras manusia menentukan pencapaian budaya
atau individu bahawa sesuatu ras tertentu lebih superior dan memiliki hak untuk mengatur yang
lainnya. Jenis rasisme pula dapat di dibahagikan dalam tiga lingkungan; individu- Amalan
rasisme yang dilakukan oleh orang perseorangan; Struktur Amalan rasisme yang dijalankan
melalui institusi sosial seperti perundangan dan pendidikan. Ideologi Amalan rasisme yang
disokong oleh justifikasi bersistem. Contohnya kaum X menganggap dirinya lebih unggul kerana
mereka adalah daripada keturunan dewa. Dalam al-Qur:an, ditemui lima perkataan yang ada
kaitan dengan assobiah, Usbah sebanyak 4 kali dan Asib sekali. Usbah maksudnya
seketurunan atau sekumpulan, manakala asib pula ialah ertinya dahsyat atau merbahaya.
Usbah, misalnya dalam surah Yusof, ayat 8 dan 14 dan surah anNur: 11. Dari kalimah usbah ini
lahirlah istilah asobiyah (perkauman) dan taassub (fanatisma puak).
Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke jalan asabiah dan bukan di
kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan asabiah dan bukan di kalangan
kami orang yang mati di atas dasar asabiah. Mendengar ungkapan tersebut, para
sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan asabiah wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Kamu membantu saudaramu di atas landasan kezaliman
(Muhammad Syams, 1990: 1720)
Melalui pemahaman kami, rasisisme adalah satu sifat zumum iaitu sifat kebencian terhadap
seseorang yang lain, atau kepercayaan bahawa seseorang itu kurang dari sifat manusia
sebenar, disebabkan warna kulit, bahasa, bangsa, agama, tempat kelahiran atau apa saja
perkara asas seseorang itu. Ianya telah wujud sejak manusia mulai bermasyarakat dalam
musyawarah yang disertai dengan sifat kebencian, dengki, dan hati yang busuk belum
dibersihkan. Sejarah melakarkan banyak sekali pertumpahan darah dari sifat-sifat ini, cukup
daripada sirah Qabil dan Habil, kasta zaman Firaun, zaman arab jahiliah, sebelum kedatangan
islam. Manakala seketika selepas itu, tercetusnya fahaman syiah, lahirnya golongan fanatik
mazhab, penghinaan kepada orang yang beragama, penjulangan kepada golongan aristocrat,

dan sehingga hari ini, hati kita lebih mahu merasa jengkel pada orang, bangsa, agama yang
selain daripada kita daripada merasa kasihan, sedih dan sangkaan yang baik pada mereka.
BEBERAPA USAHA MASA KINI.
Kerajaan Malaysia telah melihat kepentingan penyatuan bangsa-bangsa yang ada di
Malaysia sebagai satu langkah yang amat penting sejak penubuhan Negara Malaysia selepas
kemerdekaan. Mereka mengambil pendapat bahawa dengan adanya penyatuan, barulah
sesebuah Negara itu membangun sama ada dari kelancaran dalam pentadbiran dan
kemantapan kedudukan ekonomi sehinggalah mentality masyarakat. Beberapa usaha giat telah
dijalan kan seperti di bawah;

Rukun Negara
Wawasan 2020

Dasar Pembangunan Nasional

PLKN

1 Malaysia
Selain dari itu, masyarakat juga turuk mengambil serta dalam merealisalikan penyatuan
bangsa dengan mengambil langkah mempratikkan budaya rumah terbuka pada perayaan
masing-masing, menwujudkan satu institusi Rukun Tetangga bagi menjaga keharmonian
penduduk majmuk di sesebuah kawasan atau kampung.
Secara individu pula, menjadi satu kewajipan umat bagi mengukuhkankan fahaman
toleransi dalam agama dan peranan ibu bapa yang telah kukuh kefahamannya untuk mendidik
anak-anak mereka dari dalam rumah lagi.

DIANTARA FAKTOR KELAHIRAN RASISME DI MALAYSIA.

Sungguh, setelah sekian lama tanah melayu menjadi pusat pertemuan pelbagai kaum
dan agama untuk berdagang, dengan adunan molek para pemimpin melayu dahulu
meneraju rakyatnya, penjajahan imperialis dan kolonisasi kaum penjajah, telah
mencacatkan plurarisme yang sedia hanya dengan membawa Dasar Pecah dan
Perintah (Divide and Rule).
Fahaman pecah dan perintah ini di Malaysia membahagikan kaumnya kepada bangsa-sosio
ekonomi; yakni bangsa itu di klasifikasikan mengikut sosio dan ekonomi mereka.
a) Melayu di kampung menjadi petani
b) Orang cina di bandar menjadi peniaga
c) Orang india di estet-estet menjadi pekerja ladang
Negara tanah melayu juga di pecah-pecahkan mengikut geografi dan pemerintah. Tidak wujud
lagi sifat satu bangsa dan satu akidah tetapi yang wujud adalah semangat kenegerian dan ke
aku an. Kini, kita masih lagi berhadapan dengan masalah yang sama asal penyakit belum
terubat sepenuhnya. Namun, masalah kini tidaklah adil jika hanya diletakkan pada salah dan
silap dahulu kala sepenuhnya. Pada pendapat kami, selain pengaruh kolonisasi modern, kita
tidak dapat lari dari kenyataan yang mana penyakit ini juga kebanyakannya berpunca dari
punca internal seperti:

Prangsangka/konflik/beza pegangan pendapat.


Tekanan hidup
Beban hidup yang menghimpit. Orang miskin masih miskin, orang kaya di sekat aliran
hartanya, orang sendiri dijaga sebaiknya sehingga terasa selesa dalam tempurung.

Pemikiran

masyarakat

diracuni

dengan

propaganda

yang

menjurus

dengan

perpecahan.- (bagi kepentingan dominasi sosial, ekonami, dan politik).


Selain itu juga, kami berpendapat terdapat beberapa perkara yang akan menjadi putaran
perjuangan kearah rasisme walaupun usaha masa kini mampu menyesaikan masalah dengan
usaha kontemporari ; Politik Keistimewaan bangsa Melayu dalam perlembagaan, kearah rasisme atau
kearah kesepaduan?
Ekonomi Sistem ekonomi yang berlandaskan kapitalisme mengekalkan pengkelasan
ekonomi berdasarkan kaum.
Sosial Masyarakat lebih memperjuangkan hak bangsa masing-masing tanpa
menunaikan hak bangsa yang lain.

Loop Hole dalam usaha kini.


Semua langkah-langkah yang dinyatakan hanya dapat dilaksanakan jika rakyat sedia
menerima dan memberi manfaat .
Contohnya akulturasi budaya hanya dapat dilakukan jika etnik itu sendiri tidak bersifat
prejudis.
Selain itu, kempen anti rasisme , ceramah2 agama hanya dapat dimanfaatkan oleh
orang2 yang mahukan kesepaduan bersama
Oleh yang demikian, pendekatan kepada mereka yang bersifat ras dalam kalangan ras
mereka sendiri belum di ambil kira.

SEJARAH PENYATUAN BANGSA.


Terdapat 2 kaedah besar sejarah penyatuan bangsa. Pertama, melalui struktur nationalisasi.
Ia berasal dari kalimah latin, natio yang bermaksud kelahiran. Dari kalimah `natio, lahirlah
istilah `nation (bangsa), `nationality (kebangsaan), `national (kerakyatan sesebuah negara),
`nation-state (negara bangsa) dan `nationalization (memiliknegarakan aset) (AC Kapoor,
Principles

of

Political

Science,

New

Delhi:

Chand.

1981,

ms

126).

Dalam bahasa arab, kebangsaan ini dinamakan al-wathaniyah (semangat cintakan tanah air).
Kedua, penyatuan atas dasar yakin dengan perintah Allah S.W.T dan penyatuan adalah
perintah Allah S.W.T. sepertimana yang telah di tunjukkan oleh junjungan besar Rasulullah
S.A.W.

1. Nabi Muhammad S.A.W menyatukan kaum Muhajjirin dan Ansar. Kaum muhajir dan ansar
berkasih sayang, fasa penyebaran hidayah mulai pesat menjurus pada pembukaan Mekkah
sehingga islam mengajarkan tamadun pada 1/3 dunia.
2.

Hitler menyatukan rakyat Jerman sebagai satu bangsa Jerman dengan hanya mengambil
masa singkat dalam masa 10 tahun untuk membangunkan ekonomi, militari dan imperial
Jerman selepas perang dunia pertama. Banyak menyalahkan Yahudi mengenai masalah dunia
dalam bukunya Mein Kampf menjana fasa Holocaust. Natijahnya, setelah kalah dalam perang
dunia kedua, Jerman kembali menjadi kecil dan rakyatnya sendiri tidak mahu dikaitkan dengan
nama Hitler.

3. Mahatma Gandhi menyatukan rakyat selatan dan utara India. Penyatuan lebih kepada integrasi
agama hindu dan islam. Namun, di hari akhirnya, tanah besar india terpecah kepada tiga
Negara India, Bangladesh, dan Pakistan. Manakala hidupnya yang dianggap penuh kesucian
tamat di tangan orang hindu sendiri.
Kedatangan nabi Muhammad membawa mesej Islam yang antara lain menghapuskan racism
ini. Dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, al-Nasaie dan Ahmad, nabi
Muhammad SAW dilaporkan bersabda

, ,

Barangsiapa yang berperang di bawah bendera kebutaan, dan menyeru kepada racism
(asabiyyah) atau marah kerana racism (asabiyyah), atau menyeru kepada racism atau
membantu atas dasar racism, dan terbunuh, maka matinya adalah mati jahiliyyah.
Hadith di atas secara jelas menolak semangat kebencian atas dasar perkauman dan
juga sebab membuta tuli. Yang dimaksudkan dengan rayah immiyyah di dalam hadith di
atas ialah menyokong tanpa asal tujuan, atau tanpa mengenali yang hak dan batil.

Nabi telah mengangkat status Bilal bin Rabah, daripada seorang bekas hamba abdi
kepada seorang muazzin atau tok bilal semasa zaman awal Islam. Perlantikan ini
memberikan satu signifikan besar kepada bangsa bukan Arab yang berkulit hitam,
sedangkan ketika itu ramai lagi sahabat-sahabat kanan nabi berbangsa Arab yang boleh
mendapat penghormatan tersebut

Propaganda anti-racism bukanlah slogan baru yang diperkenalkan di zaman moden ini,
bahkan hakikatnya telah diperkenalkan Islam lebih 1400 tahun yang lalu. Ianya telah
diwartakan di dalam khutbah nabi ketika Hajjatul Wada. Dalam sepotong hadith riwayat
Ahmad, Nabi dilaporkan bersabda di dalam khutbahnya yang panjang itu:

Tiadalah kelebihan Arab ke atas Ajam (bukan Arab).. melainkan taqwa.
Para al-Khulafa al-Rasyidin meneruskan agenda anti-racism ini tanpa lelah dalam
menyebarkan dakwah Islam ke luar semenanjung Tanah Arab, mereka benar-benar
menjaga niat mereka supaya perjuangan mereka atas dasar Islam itu tidak tersasar
kepada perjuangan atas dasar bangsa Arab.
Di al-Quds sebagai contohnya, semasa pembebasannya kali pertama di tangan Khalifah
Umar al-Khattab, beliau telah mengizinkan penduduk tempatan beragama Kristian untuk
terus kekal berada di dalam bandar suci itu dan mengekalkan gereja-gereja lama
mereka.

PERSPEKTIF INTEGRASI MENURUT ISLAM

Integrasi menurut Islam bukan hanya di kalangan masyarakat Islam bahkan di kalangan
masyarakat bukan Islam. Sepertimana asas kepada piagam madinah.

Islam menyarankan supaya kita menjalin hubungan baik dengan cara bertolakansur,saling menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain.

Integrasi hanya akan berjaya sekiranya semua masyarakat bekerjasama serta memberi
komitmen yang jitu.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan
atau

bangsanya).

Sesungguhnya

Allah

Maha

PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Mengetahui,

lagi

Maha

Mendalam

PENYELESAIAN MELALUI MANIFESTASI AGAMA (skop global).


Dakwaan kita bahawa syariat Allah adalah syariat yang sempurna dan kejayaan dunia dan
akhirat berada mutlak di dalamnya. Jesteru, tiada alasan baik mampu diberikan untuk sendirian
melihat masalah dan memberikan rawatan bagi penyakit ini. 1400 tahun dahulu, ditengahtengah kekufuran manusia, Allah S.W.T telah mengutuskan nabi akhir zaman dan membawa
sinar hidayah ke seluruh dunia. Hanya dalam tempoh yang singkat,23 tahun, kelompok
manusia telah dibawa ke suatu puncak kemajuan. Petunjuk dan hidayah, kebaikan dan
kejayaan ditangan orang islam. Hal ini berlaku dalam tempoh yang begitu panjang sehingga
setiap penentangan pasti memperoleh kehancuran. Namun, segalanya telah menjadi sejarah
silam oleh orang-orang islam kita sendiri. Kita tidak lagi mampu melihat kebaikan, mengambil
maanfaat dari sejarah silam kerana keruntuhan akhlak, muasyarat, muamalat kita telah
menconteng arang pada pengorbanan suci dan susah payah orang-orang terdahulu. Untuk
kembali mengislahkan kerosakan, kelemahan, kehinaan, umat akhir zaman ini, Imam Malik R.A
telah menulis bahawa tidak sekekali terislah umat di akhir zaman ini melainkan dengan cara
pengislahan orang-orang terdahulu.
Sehingga hari ini, kita telah memalingkan wajah kita daripada perintah dan janji Allah S.W.T.
orang-orang muda kita tergilakan unsur-unsur dari dari luar malah menyuarakan bahawa hukum
Allah sudah tidah releven lagi untuk diguna pakai. Hal ini, menyebabkan umat islam telah hilang
dari nikmat kebaikan diri apatah lagi untuk orang lain. Orang bukan islam menjadi hairan dan
ingin menjauhkan diri dari sifat malas,budi pekerti yang tidak baik dari kita sepertimana Rom
dan Parsi tidak bekeinginan menawan bumi arab pada zaman jahilliah. Agama jadi kritikan,
pegerakan islam kita hanya retorik semata. Para pemimpin bersusah payah, mengerut dahi
bagi menyesaikan masalah kita, namun ancaman dan cabaran ternyata semakin tebal, manfaat
usaha mengajak pada kebersatuan tidak dapat diambil oleh orang islam, bahkan usaha untuk
mengekalkannya pun menjadi susah. Dalam keadaan seperti ini, kelihatan seperti bertambah
buruk, masa depan orang-orang islam kelihatan gelap, maka berdiam diri adalah suatu
kesalahan.
Jesteru, perlulah bagi kita orang-orang islam sendiri kembali melihat apa yang telah
dibawa oleh junjungan besar Rasul S.A.W. Perkara pertama tidak dapat tidak adalah mengenai
pembersihan hati daripada syirik. Rasul S.A.W tidak datang membawa seruan dengan
memecahkan berhala yang ada di sekeliling kaabah, namun mengusahakan hati-hati manusia.
Hanyasanya untuk perkara ini, nabi telah disusahkan, di takut-takutkan, dan di gelar majnun si

gila. Langkah kedua pula, dengan mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan
Muhajirin. Dan akhir sekali iaitu langkah ketiga, mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi
supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar. Di dalam Piagam Madinah
ini, Rasulullah menerapkan prinsip prinsip tertentu seperti Al-Quran dan Sunnah adalah sumber
hukum Negara, kewajipan semua pihak terhadap perdamaian, tanggungjawab Negara terhadap
orang bukan Islam dan pelbagai lagi.
Seterusnya adalah dengan pembentukan konsep ummah.

Sebelum terbentuknya

ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini
disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara
keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utama iaitu Arab dan Yahudi.
Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering
bermusnahan antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula
terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak.
Hubungan di antara puak Yahudi dan sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalah Nabi
berhjrah ke Madinah. Pembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke
Madinah iaitu pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 M. Suasana di Madinah tidak aman
menyebabkan Nabi mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi sedar
negara Islam Madinah mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih
dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi telah bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan
Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini kemudiannya telah
dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian
damai dengan golongan Yahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah
digubal, Nabi juga membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan
usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah.
Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan
terbentuknya ummah, Madinah telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia
kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Di bawah konsep ummah,
penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi
politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk Madinah di bawah
konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang lengkap dan ia tidak
memisahkan di antara politik dan agama.

Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di
Madinah sebelum ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju
untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Nabi
telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan
Islam. Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di
Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang sejak sekian lama dan peperangan
yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi juga sering mengintai peluang
untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara
kedua-dua puak tersebut.
Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka
peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan
agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan banyaknya.
Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada
100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai
100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang terakhir.
Apabila keimanan, keilmuan dan amalan orang islam telah betul, sehingga menjadi
mukmin sebenar disisi Allah dan Rasulnya, barulah keagungan Islam kembali datang,
perwatakan orang islam menjadi baik, ahklak juga menjadi baik sehingga mampu memberi
maanfaat pada orang di sekelilling kita samaada orang islam dan bukan islam. Allah S.W.T
telah berjanji (Maha Suci Allah yang tidak sekali-kali mungkir atas Janji-Nya) bahawa khalifah
dimuka bumi adalah orang mukmin (al-Nur:55), mukmin senentiasa menguasai orang kafir dan
orang kafir tiada pertolongan Allah (al-Fath:22)dan bantuan Allah bersama orang Mukmin (alRum;47).
Atas perkara ini, usaha untuk mengembalikan identity islam sangat-sangatlah penting
dari pada mengembalikan identity orang melayu. Hal ini kerana identity orang melayu dan orang
bukan islam kelihatan telah seakan. Pandangan kita harus diubah untuk melihat orang bukan
islam atas bangsanya, warna kulitnya, atau kelaian fizikalnya, namun dengan melihat mereka
adalah golongan orang bukan islam, dan untuk orang bukan islam ada hak-hak yang perlu saya
tunaikan iaitu hak yang paling besar nikmat beragama dengan deenulislam sepertimana yang
telah Allah perintahkan. Bagi orang islam pula, mereka adalah saudara saya tanpa batas beza
luaran atas kalimah tauhid. Melihat kembali keadaan kita orang islam, adalah sangat wajar bagi
diri kita untuk memalingkan pandangan daripada kepentingan dunia yang sementara ini kepada

niat, azam dan usaha mengembalikan nikmat yang telah hilang dalam diri orang islam iaitu
keghairahan kepada amalan-amalan agama.
Kedua, sepertimana Rasullulah S.A.W. telah mendirikan masjid, setiap dari kita perlulah
menghubungkan diri dengan, masjid, rumah Allah atau Taman syurga dengan membina amal di
dalam masjid dan bukannya hanya tahu membina masjid, surau yang lengkap indah tetapi
kelihatan lengang pada waktu Asar setelah ramainya manusia bersolah Jumaat pada waktu
zohor di hari yang sama.
Amalan pertama setelah iman yang perlu diperbaiki ialah solah. Solat mencengah dari
mungkar, namun nilai solah kita jauh sejauhnya daripada nilai solah yang dikehendaki oleh
Allah dan Rasulnya, bahkan untuk memperbaiki solah pun jauh untuk terlintas dalam hati kita
sehingga tiada tumpuan dan rendah hati di setiap ketika kita menunaikan solat. Setelah itu,
tidak dapat tidak untuk orang islam kembali melapangkan masa dengan adap dan hormat untuk
membaca Al-quran dengan makna dan mafhum.bagi kita orang biasa, sekurang-kurangnya
mengkatamkan Al-quran 2 kali setahun menurut Imam Ghazali dan menyakini kejayaan dan
kebaikan saya ada dalam Al-Quran. Bahkan, kemampuan melafazkan Al-Quran tanpa tafsir
setiap hari secara istiqomah adalah di cintai dan satu nikmat yang besar. Manakala bagi yang
belum mampu, belajarlah dahulu lafaz sebutan daripada guru-guru agama, dan Allah S.W.T
telah nyenyediakan ganjaran Rahmat bagi siapa yang mahu dan moga dipermudahkan oleh
Allah. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak, pendidikan Al-Quran perlu di berikan di awal
usia namun diharapkan bukanlah di sekolah atau mana-mana permis lain. Pendidikan awal usia
ini hanya dapat disempurnakan oleh ibu bapa di rumah dengan pencurahan kasih sayang dan
lemah lembut, sehinggalah budaya melahirkan hafiz hafizah quran keluar dari setiap pintu
rumah-rumah orang islam.
Dalam mendewasakan masyarakat kita mengenai perkara ini, nilai-nilai agama perlu di pesanpesankan. Hari ini, anak-anak kecil kita mampu untuk menarik seluar ayahnya,memanggil untuk
meminta wang kerana mereka telah faham nilai mata wang. Semakin banyak nilai wang,
semakin banyak permainan yang dapat di beli. Semakin banyak nilai agama telah kita fahami,
semakin tinggi keghairahan untuk datang pada amalan tersebut khususnya solat dan membaca
Al-Quran.
Hakikatnya, untuk permasalah anti ras sendiri bukanlah masalah tunjang namun hanyalah
symptom kepada penyakit kita sendiri. Hal ini kerana, Allah S.W.T membuat keputusan di dunia

berdasarkan amalan orang islam. Jika kita berpaling dari pada Allah, maka Allah S.W.T akan
palingkan pangdangan Rahmat keatas kita. Jika kita bergerak menuju Allah dalam keadaan
berjalan, maka Allah akan bergerak menuju kita dalam keadaan berlari. Dan dalam
mewujudkan masyarakat Islam yang sebenar, adalah ubat bagi seluruh penyakit tapa perlu
pada label anti- rasist.
Imam ghazali telah menulis bahawa, kerja-kerja berpesan-pesan pada kebaikan dan mencegah
pada kemungkaran adalah satu rukun yang besar sehinggakan setiap perkara berkait
denganya. Jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya dan ditinggalkan dari segi ilmu dan
amalan dakwah beberapa kesan dapat dilihat antaranya: usaha para nabi terdahulu tiada
gunanya, amanah sifat utama manusia akan hilang, sifat malas beribadah tersebar,jalan
kesesatan akan terbuka luas, umat jadi jahil, perpecahan masyarakat. Dalam hubungan orang
islam sendiri pula; kesan kengemilangan ilmu dan amal akan musnah, penghinaan sesama
islam hati tiada hubungan dengan Allah sehinggalah tiada seorang mukmin pun berani
menyuarakan hak dan sanggup menerima cacian untuk itu. Kalaulah ada, pasti dialah mukmin
yang istimewa di pandangan Allah, Rasul, dan orang beriman. Kesimpulannya, kami kukuh
memegang bahawa untuk masalah rasisme secara specifikasinya dapat di ubati dengan
mengembalikan umat islam kepada ilmu, kefahaman dan amalan orang islam sepertimana yang
dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya manakala wastoneah perlu di bibit pada diri orang bukan
islam setelah mengembalikan apa-apa hak yang mungkin terlangar oleh kita.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR


FACULTY OF CHEMICAL ENGINEERING
BACHELOR OF CHEMICAL ENGINEERING

KURSUS

TAJUK

MALAYSIAN HISTORY (CTU555)

KEARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT ANTI- RAS


MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAHBOOB

DISEDIAKAN OLEH

(2013179167)
MUHAMAD SYUKRI BIN ZAINUDDIN (2013145487)
SHAHRIZAT BIN SMAIL KASIM (2013197421)
EDZHARFARIZ B TAMIN. (2010594311)

NAMA PENSYARAH

USTAZ WAN ISMAIL

Вам также может понравиться