Вы находитесь на странице: 1из 14

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SELEPAS MERDEKA
PENDAHULUAN
Kewujudan sesuatu bangsa mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan asalusul bahasa. Malah sesebuah tamadun sesuatu bangsa tidak akan lengkap sekiranya
bahasa tidak wujud. Oleh yang demikian kedua-duanya; bangsa dan bahasa, saling
melengkapi antara satu sama lain. Tamadun dan Bahasa Melayu dikatakan telah
wujud sejak abad ke-2 masihi lagi (Mangantar Simanjuntak, 1995). Ini dibuktikan
dengan penemuan sebuah Kerajaan Melayu Champa di Vietnam Tengah. Bahasa
perantaraan yang digunakan oleh kerajaan ini ialah bahasa Melayu.
Peredaran zaman menyebabkan bahasa ini mengalami proses evolusi sehingga
terhasilnya bahasa Melayu moden yang digunakan pada dekad ini. Proses evolusi
tersebut dibahagikan kepada beberapa peringkat atau zaman, iaitu zaman bahasa
Melayu Purba, zaman bahasa Melayu Kuno, zaman bahasa Melayu Klasik, zaman
bahasa Melayu Peralihan atau Pramoden dan zaman bahasa Melayu Moden. (Asmah
Haji Omar, 1993).
Bahasa Melayu telah tersebar luas sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu
sejak

abad

yang

lalu.

Menurut

sejarah,

Kerajaan

Sriwijaya

mula-mula

rnemperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan bahasa kerajaan


sejak abad yang ke-7 Masihi hingga abad ke-14 Masihi lagi (Wan Salleh Tamin,
1984:226; Teeuw, 1967:5). Bukti kewujudan dan penyebaran luas ini pernah
dicatatkan oleh pengembara I Tsing yang telah singgah di Sriwijaya pada tahun 672
Masihi, sewaktu perjalanan dari China ke India.
Kebangkitan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-15 telah
memberi nafas baru kepada perkembangan bahasa Melayu selanjutnya. Melaka yang
terkenal dengan pusat perniagaan untuk kawasan Kepulauan Melayu dan menguasai
lalu lintas Selat Melaka juga termasyhur sebagai pusat pengembangan dan penyebaran
agarna Islam. Perkembangan agama Islam telah membawa pengaruh dan perubahan
yang ketara terhadap bahasa Melayu waktu itu. Kesan pengaruh ini jelas dapat dilihat

1|

melalui sistem tulisan yang baru sama sekali iaitu dalam bentuk tulisan jawi yang
merupakan penyesuaian huruf-huruf Arab ke Bahasa Melayu.
Pada zaman kegemilangan Melaka, banyak karya daripada bahasa Arab telah
diterjemahkan atau disadurkan ke dalam bahasa Melayu, antaranya Hikayat Muhamad
Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Pada zaman
itu jugalah tradisi persuratan telah berkembang sehingga bukti-bukti perkembangan
bahasa Melayu lebih ketara. Selain terdapat beberapa kitab terjemahan dalam bahasa
Melayu, beberapa naskah undang-undang Melayu lama telah ditulis dalam bahasa
Melayu.

DEFINISI KONSEP
Sejarah
Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca
daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain
pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories
yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.
Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian
untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah
merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk
kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwaperistiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang
kukuh.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau
suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada
masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa
yang telah lepas dan benar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba
menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang
disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan
tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang

2|

berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa
yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh
dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.
Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau
berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia
memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih
cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok
masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut
terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada
masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah boleh
dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu
sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa
secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga
bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan
persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu
(dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi
pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di
sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu
bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei dan
Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di
Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada
keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk
Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika
Selatan.

3|

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan
Naffi Mat (2009:39), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu
Purba (2500 masihi), Bahasa Melayu kuno (abad ke-7 masihi), Bahasa Melayu Klasik
(abad ke-12 masihi), Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu atau
moden (abad ke-19). Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain (2006:26), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai berdasarkan
perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah
difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang
dibangkitkan sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960,
1970 hingga 1980 dan 1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu
semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) menetapkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini yang turut
disokong oleh Awang Sariyan (2002).

Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960


Bahasa Melayu telah mula distandardkan setelah persetujuan persahabatan
antara Malaysia dengan Indonesia telah ditandatangani pada tahun 1956. Sistem
Kongres telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan pada tahun
1956. Hasil daripada perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan
Malindo telah dilahirkan. Sistem Malindo tidak dilaksanakan. Malah, sistem ini telah
dikaji semula dan tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan
merupakan titik permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu. Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu III mengusahakan penstandardan untuk memperkembang
Bahasa

Melayu

sebagai

bahasa

pengantar

dalam

Sistem

Pelajaran

Kebangsaan. Namun, timbul permasalahan apabila sukar untuk mengesan konsep


standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu standard, yang paling penting ialah
dalam menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan perbendaharaan kata. Dari
aspek pembakuan bahasa Melayu, konsep-konsep seperti Bahasa Melayu Tinggi
atau bahasa Surat atau bahasa Sekolah telah digunakan.

4|

Pada tahun lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan
secara khusus oleh golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa
Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh
Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam aspek penulisan Bahasa Melayu,
usaha-usaha untuk merubahnya adalah dari aspek penyempurnaan dan penyatuan
Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia dan mempengaruhi aspek perkembangan
bunyi-bunyi bahasa.
Konsep bahasa Melayu standard sebelum merdeka, dapat diselaraskan untuk
mewujudkan satu norma yang melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan
pertuturan orang-orang Melayu di Tanah Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk
mewujudkan satu norma yang boleh menyelaraskan bahasa Melayu Malaysia dengan
bahasa Melayu Indonesia. (Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd. Dain, 1992). Seorang
ahli bahasa yang terkenal iaitu Zaba telah membezakan bahasa Melayu yang
dituturkan oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang
bukan Melayu.
Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu III telah memupuk usaha yang berterusan dalam penstandardan
bahasa Melayu. Dalam hal ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan, menubuhkan Maktab
Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perjanjian
Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termeterai. Perjanjian
ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli
linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan dalam penulisan tentang bahasa
Melayu.
Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa
Malaysia dengan bahasa Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan
peristilahan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan tatabahasa dan sebutan tidak
disentuh. Tatabahasa Asmah dan Zaba masih digunakan kerana bahasa Melayu tidak
banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam tempoh lima puluh tahun kebelakangan
ini. Yang jelas, perubahan yang berlaku hanya dari perbendaharaan kata. Tatabahasa
Zaba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa baru dilakukan.

5|

Perkembangan Bahasa Melayu Tahun 1970 hingga 1980


Pada tahun 1970, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar
utama di sekolah-sekolah, sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa
perhubungan awam. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan berlipat ganda untuk
melengkapkan bahasa. Isu yang wujud pada tahun 1970-an ialah bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Inggeris yang
menggantikan bahasa Inggeris. Selain itu, isu yang wujud pada tahun ini juga ialah
semua kuliah yang diajar di universiti-universiti tertentu telah dikuliah dalam bahasa
Malaysia. Misalnya, Universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang (Universiti Sains
Malaysia). Di samping itu, perancangan bahasa juga telah berlaku dalam tempoh
1970-an. Perancangan yang dilaksanakan adalah seperti pembinaan istilah-istilah
baru, sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus telah diterbitkan dalam sepanjang
tempoh ini.
Menurut Mukhtaruddin (1982), mulai daripada tahun 1970, PENA telah
menggesa supaya semua darjah Satu dan darjah Dua sekolah-sekolah jenis
kebangsaan Inggeris menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di
samping itu, jumlah waktu mata pelajaran bahasa Melayu ditambah. Selain itu, pada
peringkat sekolah menengah pula, PENA juga telah menggesa supaya bahasa
pengantar di kelas peralihan ditukar daripada Inggeris kepada bahasa Melayu.
Tambahan itu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan mengambil ujian
lisan sebagai sebahagian daripada penentu untuk lulus Bahasa Kebangsaan dan mulai
tahun 1971. Kertas Am Bahasa Kebangsaan diisyaratkan lulus untuk Sijil Tinggi
Persekolahan. Di samping itu, maktab digesa mengambil lebih ramai murid aliran
kebangsaan memasuki maktab seperti Maktab MARA, Maktab Teknik dan Maktab
Tentera manakala bagi maktab-maktab perguruan pula bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantarnya dan pelajar-pelajar yang lulus haruslah mampu
menguasai dan mengajar dalam bahasa Melayu. Pada peringkat universiti, bahasa
Melayu telah diwajibkan dalam menyampaikan kuliah. Pada tahun 1976, semua
kuliah telah dijalankan dalam bahasa Melayu di Universiti Malaya dan Universiti
Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia).

6|

Terdapat dua kesan daripada gejala pengintensifan bahasa Melayu ini, iaitu
yang pertama ialah melalui usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh semua pihak, iaitu
bahasa Melayu yang pada mulanya kurang digunakan telah menjadi bahasa yang
mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza dan digunakan juga dalam bidang yang
berbeza dalam masa yang singkat. Kedua ialah perkembangan yang terlalu pesat itu
telah membawa kesan-kesan negatif yang boleh mengakibatkan pencemaran bahasa.
Oleh itu, bagi mengelakkan pencemaran bahasa semakin banyak berlaku, pihak yang
bertanggungjawab telah mewujudkan dan melaksanakan pelbagai kempen-kempen
kesedaran bahasa yang akan mengangkat martabat bahasa kita dengan lebih tinggi
lagi.
Tahun 1970-an merupakan satu era baru bagi sejarah perjuangan bahasa dan
kesusasteraan Melayu di Malaysia. Pergerakan bahasa tidak lagi berkisar pada soal
politik tetapi lebih tertumpu pada usaha memperkaya dan mengembangkan bahasa itu.
Tahun-tahun 1980-an boleh dianggap sebagai zaman taraf kesempurnaan hampir
tercapai. Istilah-istilah teknik dapat diperoleh dengan mudah. Gaya bahasa juga telah
dikembangkan untuk membolehkan bahasa Melayu memperkatakan sesuatu dengan
tepat dan sempurna. Penutur-penutur terutamanya dalam kalangan generasi muda
dapat mengeluarkan buah fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bahasa
Melayu.

Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1990 hingga 2000


Masyarakat Malaysia masih tidak tahu perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Malaysia. Sebenarnya kedua-dua bahasa tersebut walaupun pada zahirnya sama, ianya
tetap berbeza dari segi pendefinisian maksud dan latar belakang sejarah. Menurut
Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata
penggunaan istilah bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada
ilmu bahasa, sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil
kira sejarah, akademik dan hakikat ilmu.
Istilah bahasa Melayu tidak mempunyai mandatnya lagi. Bahasa Melayu
diganti dengan istilah bahasa Malaysia kerana ianya dikatakan bersifat majmuk dan

7|

sesuai bagi menggambarkan bahasa yang diterima pakai secara meluas oleh rakyat
Malaysia. Isu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia mula ditimbulkan kerana
kehadiran sesetengah pihak yang tidak faham maksud Bahasa Melayu. Golongan
tersebut terus mengunci bahawa Melayu dan Bahasa Melayu tersebut merujuk
kepada kaum melayu. Bahkan dalam kotak fikiran mereka bukankah kita sudah
merdeka dan hidup berbilang kaum, maka pengunaan frasa Bahasa Melayu adalah
tidak wajar untuk masyarakat Malaysia. Sesetengah golongan tersebut cuba
menyatakan bahawa Bahasa Melayu bahasa anti perkauman.
Bahasa Melayu sebenarnya tidak merujuk kepada kaum Melayu, ianya adalah
bahasa untuk semua orang. Bahasa Melayu tidak perlu dihukum sebegitu rupa kerana
bahasa Melayu adalah warisan milik masyarakat Malaysia. Jika tidak, mengapa
Bahasa Melayu digelar sebagai lingua Franca pada zaman dahulu. Menurut Ahmad,
bahasa melayu merupakan bahasa yang berhubung secara meluas merentas etnik
negara Malaysia. Tidak seharusnya kita menganggap bahasa melayu sebagai unsur
perkauman sedangkan masyarakat di luar sana mengunakan bahasa inggeris tanpa
merasakan unsur perkauman. Malah, di Australia walaupun mempunyai bahasa
mereka sendiri, bahasa Inggeris digunakan seperti biasa tanpa wujud sentimen
perkauman antara kaum asli Maori dengan kaum yang lain. Selain itu, di Singapura
yang merupakan negara majoriti kaum Cina, namun bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan negara tersebut.
Bahasa sememangnya merupakan alat atau elemen yang penting dalam
memajukan tamadun manusia. Dalam erti kata yang lain, bahasa adalah alat budaya
sesuatu bangsa. Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah
berkata bahawa maju bangsa Melayu majulah Bahasa Melayu. Konteks pengerak
pembangunan negara yang dinyatakan disini ialah pembangunan negara daripada segi
ekonomi, politik dan sosial.
Kebanyakan negara yang tidak mengunakan bahasa Ibunda sebagai bahasa
utama, menghadapi masalah dalam memajukan negara mereka. India misalnya,
mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama selama 300 tahun dan Filipina
selama 60 tahun dalam pentadbiran dan pendidikannya, tidak membantu dalam
memajukan negara mereka. (Abdullah Sani, 2007) Berbanding Malaysia yang telah
merdeka selama 53 tahun semakin maju dengan pengunaan bahasa Melayu.

8|

Isu pengunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga hangat diperkatakan


dan banyak mengundang kontroversi. Isu mula timbul apabila pada tahun 1993,
Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman
bahawa semua kuliah sains dan teknologi di universiti hendaklah disampaikan dalam
bahasa Inggeris. Pada tahun 2002, Perdana Menteri yang sama iaitu Tun Dr. Mahatir
telah membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah
akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.
Pada tahun 2003, setelah PPSMI atau nama penuhnya Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan salah
satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan
bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik di semua peringkat pendidikan, banyak permasalahan yang timbul
sepanjang pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik. Pelbagai
bantahan dan bentuk respon oleh masyarakat Malaysia terhadap isu tersebut.
Segelintir warga pendidik mempersoalkan usaha memperkenalkan dasar baru
tersebut. Guru yang berfikiran terbuka menerima dasar tersebut sebagai satu
pendekatan yang baik dan cabaran untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia.
(don, 2007), Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa melayu
apabila bekas perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir menyarankan pengunaan
bahasa inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di
Malaysia. Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pada 8 Julai 2009, Menteri
Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan
mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.
Menurut SHURA atau Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)
menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan
kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Setiausaha Agung Shura
Mohd Azmi Abd Hamid berkata sejak PPSMI dilaksanakan pada tahun 2002, ia telah
menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan negara. Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas
menghantar Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor

9|

Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah di sini hari ini. (BERNAMA, 10
JUN 2009).
Perkembangan bahasa Melayu memerlukan pinjaman bahasa asing dalam
mengukuhkan fungsinya yang merangkumi banyak bidang ilmu. Tidak dapat
dinafikan Bahasa Melayu telah mengalamai perkembangan yang terancang dari tahun
1950 sehinggalah sekarang yang banyak digerakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pendidikan,
pengantar, pentadbiran serta mencakupi banyak bidang ilmu. Disamping itu juga,
Bahasa Melayu tidak lari daripada berhadapan dengan isu-isu terutamanya selepas
1990-an, bermula kepada konsep asas, iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia,
peranan dalam pembangunan negara, persaingan dengan Bahasa Inggeris dalam
pendidikan dan bnayak lagi yang disifatkan menggugat kedudukan Bahasa Melayu
berikutan penelitian status di mata masyarakat selepas 53 tahun merdeka.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA


Setelah Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
maka bahasa Melayu telah termaktub sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di
bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, yang antara lain menyebut;
152.

Bahasa Kebangsaan

(1)

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis


dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan
undang-undang oleh Parlimen...
(Perlembagaan Persekutuan, 1970:171)

Selepas Perlembagaan Persekutuan ini termaktub, terdapat beberapa akta


tambahan yang diluluskan oleh Parlimen berhubung dengan Dasar Bahasa
Kebangsaan seperti yang terkandung dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Akta
Bahasa Kebangsaan (Tambahan No. 18) 1963 pula membuat tambahan dalam hal;
maksud rasmi, terjemahan, perlanjutan dalam penggunaan bahasa Inggeris (termasuk
undang-undang tertulis sebelum 1.9.1967), bahasa mahkamah, tulisan bahasa

10 |

kebangsaan, berbentuk angka dan borang. Akta tambahan ini bertujuan untuk
melengkapkan peruntukan dalam perlembagaan (Abdullah Hassan, 1989b : 52).
Namun begitu, usaha pertama ke arah pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi hanya berlaku pada tahun 1967 iaitu selepas sepuluh tahun
merdeka, setelah Akta Bahasa Kebangsaan 1967 diluluskan dan dikuatkuasakan pada
1 September 1967 bagi Semenanjung Malaysia. Akta tersebut kemudiannya disemak
dan disatukan dengan akta bahasa Kebangsaan 1963 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai
1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Akta ini dengan jelas
memperuntukkan bahawa, selepas 1 September 1967, bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes
tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan
dengan dunia luar dan sebagainya (Nik Safiah Karim, 1985:2)
Setelah bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan negara dan
mengambil alih tugas-tugas bahasa Inggeris setelah 10 tahun merdeka, maka bahasa
ini menjalani satu proses pengembangan supaya mampu memikul tanggungjawab
baru. Badan yang bertanggungjawab mengembang dan memperjuangkan bahasa
Melayu seterusnya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah ditubuhkan
sebagai satu jabatan dalam Kementerian Pelajaran pada tahun 1956.
Proses pengembangan sesuatu bahasa perlu melalui beberapa peringkat
tertentu. Menurut Ferguson (1968), proses perkembangan sesuatu bahasa vernakular
hingga menjadi bahasa kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa rasmi perlu ditinjau
menerusi peringkat-peringkat berikut;
a) Penentuan ejaan (graphization)
b) Penyeragaman (standardization)
c) Pemodenan (modernization)
Dengan itu, sebagai sebuah badan perancang bahasa, Dewan Bahasa dan
Pustaka ditugaskan meninjau persoalan-persoalan penyeragaman, pemodenan dan
pembakuan bahasa Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan penyeragaman dan
pembakuan ialah peringkat pembentukan sesuatu variasi bahasa yang diterima umum
sebagai bentuk terbaik yang dijadikan ukuran dan norma. Tahap pemodenan ini

11 |

memperlihatkan kemampuan bahasa Melayu untuk berfungsi sebagai alat penyampai


fikiran sebanding dengan bahasa-bahasa lain yang telah mencapai pemodenan yang
tinggi tarafnya. Pada peringkat ini, bahasa Melayu seharusnya mencapai keupayaan
saling menterjemah dengan bahasa-bahasa lain dalam memperkatakan berbagaibagai perkara dalam berbagai-bagai wacana (Nik Safiah Karim, 1981:54).
Tumpuan seterusnya diberikan terhadap aspek penyeragaman dan pemodenan
melalui kegiatan pembinaan peringkat pengajian tinggi dan menjadi milik bersama
seluruh rakyat Malaysia kini.
Dalam konteks sejarah bahasa yang berliku dan penuh cabaran ini, kita
menemui beberapa pengajaran dan fakta penting tentang bahasa Melayu. Pertama;
bahasa Melayu tidak akan bangkit menjadi bahasa yang megah dan tidak akan
terungkap menjadi bahasa yang tinggi jika tidak kerana pengaruh Islam. Islamlah
yang telah mengangkat taraf bahasa daripada hanya menjadi bahasa pinggiran kepada
bahasa ilmu, yang menibicarakan soal-soal yang tinggi dan ilmiah sifatnya. Kedua;
Bahasa adalah jiwa bangsa. Hilang bahasa hilanglah bangsa. Bahasa memancarkan
semangat sayangkan bangsa dan sayangkan negara. Untuk menjadi bangsa yang
bermaruah, kita sewajarnya menunjukkan kecintaan terhadap bahasa Malaysia (Fatini
Hj. Yaacob, 1987:9).
Kini, bahasa Melayu telah bangkit menjadi bahasa untuk semua kaum. Sistem
pendidikan telah berjaya melahirkan generasi yang terdidik melalui pengantar bahasa
Melayu di samping menjadi bahan pengajaran hingga ke peringkat tertinggi iaitu di
institusi-institusi pengajian tinggi sejak tahun 1983.

PENUTUP
Kedudukan bahasa Melayu menjadi semakin tinggi kerana pengaruh bahasabahasa dari luar terutama dari barat seperti Inggeris dan Belanda, yang mula meresap
ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-19. Pengaruh-pengaruh ini membuahkan hasil
yang amat baik kepada bahasa Melayu dalam alaf baru ini (menjelang abad 21)
Bermula dari pertengahan abad ke-19, pengaruh-pengaruh luar telah mempengaruhi
kosa kata dan istilah-istilah Melayu yang akhirnya menjadikannya bahasa moden.

12 |

Tidak dapat dinafikan bahawa pertengahan abad ke-19 membawa ke abad 20


merupakan era yang amat penting dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Zaman ini yang lebih dikenali dengan Zaman Pramoden atau Peralihan merupakan
titik-tolak yang menjadikan bahasa Melayu hari ini sebagai bahasa lingua franca dan
bahasa ilmu pada abad ini.
(3,382 Patah Perkataan)

RUJUKAN
1.

Kamus Dewan . 1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.

Maganatar Simanjuntak. 1995. Pengutamaan Bahasa Melayu Dalam Semua


Bidang, Termasuk Sains & Teknologi, Menjamin Potensinya Sebagai bahasa
Ilmu Dan Bahasa Supranasional, Di Samping Menjamin Pembangunan
Negara Yang Maksimum. Dlm. Kertas Kerja Kongres Melayu Sedunia.
Kuala Lumpur. Ogos 1995

13 |

3.

S. Othman Kelantan (pngr.) 1992. 100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera
Melayu 1888 - 1988. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal. 7

4.

Asmah Haji Omar. 1993. Susur Galur Bahasa Melayu Dalam Gelombang
Tamadun. Dlm Ismail Hussien, A.Aziz Deraman & Abd. Rahman AlAhmadi (pngr.) Tamadun Melayu Jilid Dua (536-553). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.

Amat Juhari Moain. 1994. Sejarah Bahasa Melayu dalam Linguistik Melayu
oleh Zaharani Ahmad. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

6.

Abdullah Hassan. 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dan Esei-Esei
Lain. Shah Alam : Penerbitan Fajaar Bakti Sdn. Bhd.

7.

Abdullah Hassan, 1987,

Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.


8.

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain, 2006, Sejarah Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.

9.

Ibrahim Ahmad, 1994, Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

10.

James T.Collins, 2005, Bahasa Melayu, Bahasa Dunia: Sejarah Singkat,


Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

11.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid
Mahmood, 2004, Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

12.

Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2009, Perkembangan Pembentukan


Istilah Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia: Kimli Malang.

14 |

Вам также может понравиться