Вы находитесь на странице: 1из 12

2.

0 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


LAPORAN JAWATANKUASA KABINET
Isu/ Fokus: Pendidikan di Sekolah Rendah
Menurut Choong Lean Keow (2008), Laporan Kabinet merupakan satu
laporan yang mengandungi isu-isu penting

berkaitan dengan pendidikan

termasuklah prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Laporan Jawatankuasa Kabinet
telah ditubuhkan pada September 1974 dan dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran. Laporan tersebut dibentuk
selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara
pada tahun dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970. Peristiwaperistiwa itu telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan
kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan
memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan
negara. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk menilai sejauh mana pelaksanaan
Dasar Pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga
manusia yang diperlukan oleh negara dan mengenalpasti sejauh mana dasar
pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih.
Perubahan yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kabinet bagi mencapai
matlamat pendidikan sekolah rendah adalah kurikulum sekolah rendah hendaklah
dirancang untuk membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas,
iaitu bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar, dan perkembangan diri
individu yang merangkumi aspek-aspek pendidikan asas. Selain itu, kurikulum
disusun untuk membolehkan pelajar lemah menguasai kemahiran asas dan pelajar
cerdas lebih maju. Kajian semula dilakukan untuk menentukan cara penyediaan guru
dan jenis perkhidmatan juga merupaka perubahan yang disyorkan. Penggunaan
ujian rujukan kriteria perlu diperluas serta memperbaiki kaedah mengajar, bahan
bantu mengajar dan peruntukan guru bagi pendidikan pemulihan juga merupakan
syor-syor Laporan Jawatankuasa Kabinet.
Ilmu baharu yang saya dapat adalah mengenai Kurikulum Lama Sekolah
Rendah (KLSR). Sebenarnya, sebelum ini saya tidak mengetahui tentang kewujudan
KLSR kerana tidak pernah mengalaminya dan tidak pernah mendengar perkara
berkenaan dengan KLSR. Namun, melalui pencarian maklumat dan pembacaan
buku tentang Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan dan mendapati bahawa KLSR, saya mendapati ilmu baharu bahawa
KLSR mempunyai beberapa kelemahan. Kelemahan tersebut adalah kandungan dan
butiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran terlalu banyak, isi kandungannya
berulang, terlalu bergantung pada buku teks, dan hanya fokus kepada peperiksaan
sahaja. Hal ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang
lebih menarik dan berkesan. Oleh hal yang demikian, sebuah Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dibentuk untuk menggantikan KLSR.
Di sekolah rendah, saya pernah melalui KBSR. Seperti yang dinyatakan di
atas, salah satu syor mengenai kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang
untuk membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu
bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar, dan perkembangan diri individu
yang merangkumi aspek-aspek pendidikan asas. KBSR yang pernah saya lalui juga
merangkumi 3 bidang asas tersebut. Di bawah bidang komunikasi, saya pernah
mempelajari bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan Matematik di
sekolah rendah. Selain itu, di bawah bidang manusia dan alam sekeliling pula, saya
telah didedahkan dengan pendidikan moral. Di samping itu, saya juga pernah belajar
mata pelajaran muzik, pendidikan seni, dan pendidikan jasmani dan kesihatan.
Bukan itu sahaja, saya juga menyertai aktiviti kokurikulum sekolah dan menghadiri
perhimpunan. Perkara-perkara ini adalah berkaitan dengan bidang perkembangan
diri individu dalam struktur KBSR.
Pada akhir Laporan Jawatankuasa Kabinet telah ditekankan tentang
pentingnya pendidikan sebagai proses pembinaan keperibadian insan yang
seimbang (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992). Hal ini dinyatakan adalah untuk
kepentingan pembangunan negara tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja
perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
bahkan perlu dilihat juga dari segi sikap, mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap
kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak
dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan
berpandukan punca-punca akhlak mulia. Tegasnya. Individu yang dilahirkan daripada
sistem

persekolahan

negara

perlu

selaras

dengan

tujuan

pembangunan

kemanusiaan. (Laporan Jawatankuasa Kabinet, Para 452, halaman 227)


Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa Laporan Jawatankuasa
Kabinet telah memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek pendidikan di
Malaysia. Hal ini telah dibuktikan melalui pembentukan Falsafah Pendidikan Negara.
Elemen-elemen yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Negara memberi

penekanan kepada melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan


berakhlak mulia. Oleh hal sedemikian, saya sebagai bakal guru sekolah rendah
bertanggungjawab untuk melengkapi diri dengan secukup-cukupnya dalam semua
aspek yang berkaitan dengan pembentukan generasi masa depan negara yang
cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari aspek emosi, sosial dan
kerohanian. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Murid sekolah
rendah perlu dibentuk sejak kecil lagi kerana mereka masih mudah dibentuk.
3.0 KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
CABANG-CABANG FALSAFAH (AKSIOLOGI)
Isu/Fokus: Etika dan Estetika
Aksiologi merupakan salah satu cabang falsafah tentang persoalan cara
manusia menggunakan ilmu. Aksiologi berasal dari perkataan Yunani, iaitu axion
(nilai) dan logos (teori) yang bermaksud teori tentang nilai (Burhanuddin Salam,
1997). Menurut Jujun S. Sumantri dalam Filsafat Ilmu Suatu Pengantar, aksiologi
adalah teori nilai yang berkaitan dengan kegunaan dari pengetahuan yang diperoleh.
Selain itu, Wibisono mengatakan bahawa aksiologi adalah nilai-nilai(value) sebagai
pengukur kebenaran ilmiah, etika, dan moral sebagai dasar normatif dalam penelitian
dan penggalian, serta penerapan ilmu. Aksiologi termasuk etika dan estetika, iaitu
bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan ada kalanya dikaitkan dengan
teori, nilai dan meta-nilai.
Etika berasal dari bahasa Yunani, iaitu perkataan ethos yang bererti adat
kebiasaan. Namun dalam bahasa Latin, etika bermaksud moral atau adat kebiasaan.
Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar,
salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan, iaitu analisis konsep-konsep seperti ini
dan justifikasi pertimbangan, pernyataan, atau dakwaan yang melibatkan konsepkonsep tersebut. Sementelahan itu, etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul
dalam kehidupan yang baik Etika juga berkaitan dengan baik buruk tingkah laku
manusia. Tingkah laku manusia yang dapat dinilai oleh etika itu haruslah mempunyai
syarat-syarat tertentu, iaitu manusia melakukan sesuatu dengan penuh pengertian.
Oleh sebab itu, mereka yang melakukan sesuatu perbuatan jahat tetapi tidak
mengetahui sebelumnya bahawa perbuatan itu jahat, maka perbuatan manusia
sebegini tidak semestinya dikira masalah etika. Syarat yang lain ialah perbuatan
yang dilakukan manusia itu dilakukan dengan sengaja atau perbuatan buruk yang
dilakukan dalam keadaan tidak sengaja maka perbuatan manusia itu tidak akan

dinilai atau dikenakan tindakan kesalahan dari segi etika. Tambahan pula, perbuatan
manusia dilakukan dengan kebebasan atau dengan kehendak sendiri atau perbuatan
manusia yang dilakukan di bawah paksaan maka perbuatan itu tidak akan dikenakan
hukuman.
Nilai baharu yang saya peroleh adalah mengenai nilai estetika. Sebelum ini,
saya hanya tahu tentang maksud etika sahaja tetapi tidak faham apa itu estetika.
Selepas pembacaan buku-buku, penerangan pensyarah dan pencarian maklumat
daripada pelbagai sumber tentang nilai estetika, saya mendapati bahawa estetika
adalah berkaitan dengan keindahan dalam kesenian. Pada zaman dahulu, orang
berkata bahawa keindahan itu bersifat metafizik atau abstrak. Sedangkan dalam teori
moden, keindahan adalah hakikat yang sebenarnya bersifat tetap. Seni visual juga
difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetika. Menurut Herbert Read,
seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan
dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan
kepada pihak yang menerima mesej. Di samping itu, Syed Ahmad Jamal
berpendapat bahawa estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu
perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan
menekankan aspek kegunaannya.
Pada masa kini, ramai yang tidak dapat membezakan dengan jelas antara
nilai etika dan nilai estetika. Sebagai contoh, filem yang menyiarkan hubungan seks
atau seks rambang dan papan iklan yang mempunyai gambar orang berbogel.
Adakah semua ini keindahan yang dimaksudkan dalam nilai estetika? Pada
pandangan saya, pihak filem yang menyiarkan hubungan seks dan gambar bogel itu
telah melanggar nilai etika. Hal ini demikian kerana filem-filem dan gambar-gambar
tersebut akan mempengaruhi orang yang tidak dapat berfikiran matang untuk
melakukan perkara-perkara yang buruk dan salah dari segi moral dan agama.
Apabila saya memahami maksud nilai estetika, saya terfikir pengalaman saya
sewaktu saya belajar di sekolah rendah. Sejak saya kecil lagi, saya tidak pernah
dihantar oleh ibu bapa ke pusat lukisan swasta untuk belajar melukis manakala
ramai rakan sekelas saya yang ada peluang ini. Oleh sebab ini, saya selalu
mempunyai tanggapan bahawa lukisan saya tidak cantik manakala hanya mereka
yang ada belajar melukis secara peribadi yang mempunyai teknik melukis yang baik
dapat menghasilkan lukisan yang lebih cantik. Namun, semasa saya berada di tahap
dua sekolah rendah, saya menang dalam pertandingan melukis di sekolah dan
lukisan saya ditampal di atas papan kenyataan di belakang kantin sekolah.

Sebenarnya, saya telah mendapat ilmu baharu bahawa nilai estetika seseorang
dengan seseorang yang lain boleh berbeza-beza. Dalam konteks ini, ada guru yang
menilai lukisan-lukisan pertandingan tanpa menekankan teknik melukis tetapi
melihatnya dari segi kreativiti. Ada kemungkinan juga terdapat guru yang menilai dari
segi teknik melukis dan menganggap bahawa mereka yang tidak mengikut teknik
lukisan yang sepatutnya tidak mempunyai bakat melukis. Sebagai bakal guru, saya
mungkin diminta mengajar pendidikan seni visual di sekolah. Oleh hal yang
demikian, saya harus mengajar murid-murid teknik lukisan yang menarik dan juga
menggalakkan mereka menggunakan kreativiti mereka.
Tuntasnya, aksiologi adalah cabang falasafah ilmu yang membahaskan nilainilai yang terkandung dalam penggunaan ilmu. Ilmu adalah bersifat neutral dari
aspek ontologi dan epistemologinya tetapi dari aspek aksiologi, ilmu terikat kepada
nilai-nilai, iaitu nilai etika dan nilai estetika. Saya sebagai guru pelatih haruslah tahu
membezakan antara baik dan buruk, benar dan salah, serta cantik dan hodoh
dengan jelas tetapi pada masa yang sama belajar cara untuk memperkembangkan
bakat bakal anak-anak murid saya pada masa hadapan.

4.0 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN TIMUR


CONFUCIUS
Isu/Fokus: 5 Kebaikan di Dunia yang dikemukakan oleh Confucius
Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou.
Beliau berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau
dilahirkan. Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan
nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Confucianisme tidak dianggap sebagai satu
agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang
baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep
Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga
diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia
menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah
kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan
dan berakhlak mulia." Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya
dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta. Saya berpendapat bahawa
Confucius merupakan seorang ahli falsafah yang bijak. Beliau telah mengemukakan
banyak ungkapan bijak dan teori-teori tentang undang-undang, kehidupan dan
kerajaan.
Bagi saya, ilmu baharu yang saya dapat selepas membaca banyak artikel
mengenai Confucius ialah lima kebaikan di dunia. Lima kebaikan yang dikemukakan
oleh Confucius sungguh penting dan bermakna, iaitu amanah, kerajinan, berakhlak
mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati. Sebelum ini, saya hanya mengetahui
maksud lima kebaikan ini melalui definisi sahaja tetapi sekarang saya dapat
memahaminya secara lebih mendalam lagi. Pertama sekali, amanah bermaksud
sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan
orang lain. Amanah merupakan perkara yang amat vital dalam kehidupan manusia
dan masa depan sesebuah masyarakat. Sebelum ini, saya selalu ingin melakukan
banyak perkara seorang diri kerana bagi saya, cara ini barulah dapat membuktikan
bahawa saya seorang yang berdikari. Namun, selepas tempoh yang lama, saya
sedar bahawa manusia dicipta sebagai makhluk bermasyarakat. Setiap orang
dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut
susunan dan kepentingan yang ditentukan dalam kehidupan bermasyarakat.
Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia
bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar maknanya dalam
kehidupan. Kita tidak boleh melepaskan diri dari menunaikan amanah. Salah satu

daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang mesti dipelihara dan dikawal


tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang menimbulkan ketidakpercayaan orang.
Contohnya, setiap orang mesti menunaikan amanah kepada Tuhan, keluarga, diri,
masyarakat dan negara. Bagi saya, saya akan mencuba sedaya upaya untuk
melakukan kewajipan yang diamanahkan kepada saya sehingga kerja tersebut
disiapkan dengan kejujuran supaya kepercayaan orang lain terhadap saya tidak
akan terjejas. Sebagai bakal guru, saya perlu menjadi teladan yang baik kepada
murid-murid dan membentuk peribadi yang baik dan betul supaya mereka akan
mempunyai keyakinan terhadap saya serta perkara yang saya ajar kepada mereka.
Selain itu, kerajinan ialah usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan
sesuatu perkara. Saya pernah menghadapi beberapa kegagalan dan kegagalan
dalam hidup telah menjadikan saya seorang yang lebih baik kerana saya mempunyai
hati yang cekal untuk menghadapi kegagalan dan bertekad untuk mencapai yang
lebih baik pada masa akan dating melalui usaha yang berterusan. Oleh sebab itu,
saya sentiasa menunjukkan daya inisiatif dengan membuat persediaan awal
sebelum peperiksaan atau pertandingan. Dengan mengamalkan nilai kerajinan di
dalam hidup saya, barulah saya dapat menjadi teladan yang baik kepada murid-murd
supaya mereka juga mengamalkan nilai kerajinan ini.
Rentetan itu, manusia memang tidak rugi apabila berakhlak mulia. Akhlak
apakah yang dianggap mulia itu? Akhlak mulia ialah perangai yang baik, berbudi
bahasa, bertutur dengan sopan selaras dengan norma masyarakat serta akhlak yang
terpuji yang menjadikan seseorang itu disanjung tinggi, dihormati dan disegani.
Akhlak buruk ingin saya padamkan dari hidup saya agar akhlak buruk itu akan
semakin berkurangan di dalam diri saya. Saya mahu berubah dan sedang berubah.
Sebenarnya dalam proses saya membentuk diri saya menjadi seorang yang
berakhlak mulia, saya pernah melalui pelbagai halangan dan kesusahan yang
hampir menyebabkan saya berputus asa untuk berakhlak mulia dan say berasa
kecewa terhadap dunia ini. Namun begitu, saya bersyukur kerana saya masih dapat
menghadapinya dan tidak melarikan diri daripada kesusahan. Saya percaya bahawa
Tuhan yang memberi kekuatan kepada saya untuk terus berjuang dalam kehidupan.
Oleh sebab ini, saya ingin membuktikan bahawa saya mampu melakukannya. Biar
saya yang memulakan pembentukan akhlak mulia. Biar masyarakat melihat saya
dengan pandangan yang pelik. Namun saya yakin bahawa akhlak yang mulia
dengan niat yang betul pasti menerima rahmat Tuhan. Sebagai seorang bakal guru,
saya perlulah berakhlak mulia. Saya harus sayang akan murid, sabar dengan

kesibukan tugas mengajar dan menjayakan program sekolah, mempunyai keazaman


yang tinggi dan ketahanan jiwa kerana masa mengajar yang lama, sentiasa
meningkatkan kemahiran diri dalam profesion, dan membanggakan sekolah. Saya
juga harus mempunyai sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri
supaya saya dapat insaf dan berusaha untuk berubah selepas menyedarinya.
Sementelahan itu, budi bahasa merujuk kepada pertuturan, kelakuan, sopan
santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan. Dengan kata lain,
setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain. Sebenarnya, perihal budi bahasa ini memberi kesan yang mendalam pada diri
saya kerana saya masih mempunyai kekurangan dalam aspek ini. Saya merupakan
seorang yang berterus-terang kepada rakan-rakan tetapi ada kalanya kepada orang
yang kurang sesuai dan telah menyinggung perasaan mereka walaupun saya tidak
berniat untuk berbuat begitu. Saya masih perlu belajar untuk lebih bersopan-santun
dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
Oleh hal yang demikian, saya sebagai guru masa hadapan juga harus bercakap
lemah-lembut, memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri
dengan orang lain.
Akhir sekali, murah hati membawa maksud suka memberi, tidak kedekut dan
bersifat penyayang. Dengan jujurnya, saya mempunyai pengalaman mengenai
perihal ini. Ada kalanya saya berasa diri saya agak mementingkan diri sendiri. Saya
berharap agar orang lain akan memahami saya tetapi kadangkala saya terlupa
bahawa saya tidak berusaha untuk memahami orang lain terlebih dahulu. Perkara
inilah yang perlu saya pelajari walaupun tidak mudah untuk melakukannya. Dalam
konteks pendidikan, saya seharusnya bermurah hati dalam perkongsian ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang berfaedah kepada orang lain. Bukan itu sahaja,
saya tidak patut mementingkan diri dan menyimpan semua kebaikan kepada diri
sendiri sahaja kerana perbuatan ini tidak baik. Ramai orang di dunia ini berasa
bimbang apabila orang lain lebih baik daripada diri sendiri. Oleh sebab itu, ramai
yang berpura-pura tidak tahu, bercakap bohong dan bersikap sombong. Mereka
yang sebegini perlu berinsaf dan berubah menjadi seorang yang murah hati.
Sebagai konklusinya, lima kebaikan yang dikemukakan oleh Confucius ini
haruslah saya ingati sehingga hembusan nafas terakhir saya. Saya berharap agar
saya dapat mengamalkan kelima-lima kebaikan itu dalam kehidupan seharian saya.

5.0 PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


IMPLIKASI FALSFAH PENDIDIKAN BARAT DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
Isu/Fokus: Progresivisme dan Rekonstruksionisme
Falsafah pendidikan barat boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu
falsafah tradisional dan falsafah moden. Falsafah tradisional merangkumi realisme,
idealisme, perenialisme, dan esensialisme. Manakala falsafah moden pula termasuk
pragmatisme, progresivisme, rekonstruksionisme, dan eksistensialisme. Terlebih
dahulu, bukan semua penyataan fahaman falsafah barat diikuti sepenuhnya dan
menjadi amalan pendidikan kita di Malaysia. Hanya bahagian-bahagian atau aspekaspek yang bersesuaian sahaja akan dimasukkan ke dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah di negara ini.
Matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti kepercayaan kepada Tuhan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara, dan menyumbang kepada
kemajuan negara serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
lebih mirip kepada falsafah pendidikan progresivisme dan rekonstruksionisme. Hal ini
adalah kerana kedua-duanya menekankan matlamat pendidikan untuk mencapai
kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat harmoni dan makmur. Sekolah
adalah seperti unit masyarakat yang demokratik. Menurut John Dewey, pendidikan di
sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan murid. Oleh hal yang demikian,
sekolah juga merupakan tempat untuk murid bekerja dan hidup bermasyarakat.
Ilmu baharu pertama yang saya dapat adalah mengenai mazhab falsafah
progresivisme. Saya mendapati bahawa falsafah ini merupakan asas daripada
falsafah umum pragmatisme yang dipelopori oleh Charles Pierce, Charles Darwin,
William James, William Kilpatrick dan John Dewey. Namun, falsafah progresivisme
banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan penulisan John Dewey. Selain itu, daripada
fahaman mazhab ini, saya mendapat tahu bahawa murid-murid merupakan elemen
utama dalam pembelajaran dan segala aktiviti di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang mengikut minat, keperluan dan kebolehan murid.
Semasa saya di sekolah rendah dan sekolah menengah, segala kurikulum yang
telah dirancang adalah mengikut tahap kebolehan, minat dan keperluan pelajar.
Pengalaman saya pada masa itu ialah guru tidak membekalkan semua maklumat

kepada kami tetapi memberi tugasan kepada kami untuk mencari lebih maklumat
daripada buku-buku lain supaya kami dapat belajar dengan lebih berkesan dan
mendapat lebih banyak ilmu tambahan. Sebagai bakal guru, saya akan
mengamalkan mazhab falsafah progresivisme. Saya akan memberi sumber
pembelajaran kepada murid saya daripada pelbagai sumber dan tidak hanya
mengajar mereka menggunakan buku teks sahaja. Selain itu, saya tidak akan
membekalkan semua ilmu kepada murid saya tetapi saya akan berperanan sebagai
fasilitator. Sebagai contoh, saya membimbing murid belajar sementara memimpin
mereka menjayakan beberapa aktiviti atau menyelesaikan masalah. Hal ini demikian
kerana murid-murid perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran belajar seperti
memerhati, meneroka, menilai, mengumpul maklumat, dan mencatat nota.
Seterusnya, mazhab falsafah rekonstruksionisme juga merupakan ilmu
baharu bagi saya. Saya telah memdapati bahawa mazhab ini diasaskan oleh John
Dewey. Tokoh-tokoh lain yang menyokongnya ialah George S. Counts dan Harold O.
Rugg. Mazhab falsafah ini adalah sebahagian daripada fahaman falsafah
pragmatisme. Menurut mazhab ini, pembentukan semula masyarakat adalah sesuatu
yang perlu dilakukan dengan secepat mungkin. Daripada fahaman falsafah ini, saya
mendapati bahawa pendidikan adalah untuk pembaharuan perkara-perkara yang
terdapat dalam sistem sosial dan perlu dilaksanakan segera bagi tujuan kepentingan
sosial. Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa sekolah adalah sebagai
permulaan kepada pembaharuan yang perlu dalam sistem sosial. Segala kemahiran
yang diperoleh di sekolah seharusnya boleh digunakan untuk membawa perubahan
dan kemajuan dalam masyarakat. Guru-guru saya semasa saya berada di sekolah
kerap mendedahkan saya tentang segala isu sosial yang wujud dalam masyarakat.
Oleh senario sedemikian, saya sebagai seorang bakal guru, juga harus
mendedahkan kepada pelajar isu sosial yang wujud dalam masyarakat dan
memastikan bahawa mereka sedar dengan masalah sosial, ekonomi, politik dan
teknologi yang wujud. saya juga akan melatih pelajar-pelajar saya untuk memperoleh
kemahiran untuk mengatasi masalah-masalah tersebut kerana saya sedar bahawa
guru dan pelajar merupakan agen pembaharuan dan agen penyelesai masalah
sosial.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan adalah

kaedah yang berstruktur dan mempunyai elemen-elemen kajian saintifik. Sebagai


contoh, pemerhatian, penyelesaian masalah dan penerokaan. Saya juga akan
mendedahkan mereka tentang kaedah projek yang patut dipraktikkan.
Secara umumnya, sekolah merupakan masyarakat kecil yang mengamalkan
gaya hidup demokratik dan kurikulum sekolah juga merangkumi pendidikan teknik

dan vokasional. Mata pelajaran ini dititikberatkan berdasarkan tafsiran falsafah


pendidikan yang berlandaskan progresivisme. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu
demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang yang dihayati dalam falsafah
rekonstruksionisme.
6.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN FALSFAH PENDIDIKAN
GURU (FPG)
Isu/ Fokus: Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Guru dibina berasaskan FPK dan FPG yang


menekankan kepentingan tiga aspek asas, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Model ini yang berdasarkan FPK dan FPG banyak menyumbang kepada sistem
pendidikan negara dalam kurikulum sekolah. Sukatan pelajaran harus bersepadu
dan terdapat penyerapan nilai murni dalam mata pelajaran. Ilmu baharu yang saya
dapati ialah model ini mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama.
Tiga dimensi utama itu termasuk kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Kendiri ini
menekankan peranan guru sebagai pembinaan daya kefahaman dan patriotisme,
memupuk budaya ilmu serta membentuk sahsiah dan berbudi pekerti mulia.
Seterusnya, saya sedar bahawa dalam aspek kemasyarakatan pula menekankan
peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Ketuhanan pula
termasuk meningkatkan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
Saya dapat melihat usaha guru-guru saya semasa di sekolah pada masa itu
yang

berusaha

untuk

mencungkil,

memupuk,

memperkembangkan

dan

meningkatkan bakat serta keupayaan murid-murid. Saya pernah dipilih oleh guruguru semasa di sekolah rendah untuk menyertai pertandingan bercerita bahasa Cina

dan pertandingan syarahan bahasa Malaysia. Mereka memilih saya dan melatih
saya cara penyampaian cerita dan syarahan secara betul. Dengan usaha ini, mereka
telah mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan meningkatkan bakat serta
keupayaan saya pada masa itu. Sekarang, saya lebih berkeyakinan apabila
bercakap di depan khalayak ramai. Semua pencapaian ini adalah hasil usaha guruguru yang pernah mendidik saya dengan baik.
Sebagai bakal pendidik, saya perlu mengembangkan murid-murid dan
mendidik mereka untuk bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Bukan
itu sahaja, saya akan menggunakan ilmu dan kemahiran untuk mendidik dan
memupuk nilai keguruan supaya saya dapat merangsang perkembangan murid.
Saya juga harus mengubah menjadi lebih professional agar tugas saya dapat
dilaksanakkan sejajar dengan tujuan dan dasar FPK dan FPG. Di samping itu,
persekitaran pembelajaran juga mesti diubahsuai demi memenuhi kehendak FPK.
Saya juga sedar bahawa akauntabiliti yang tinggi kepada murid, ibu bapa,
masyarakat dan negara amat penting dalam peranan guru. Yang paling penting bagi
saya ialah kepercayaan kepada Tuhan dan seterusnya barulah kendiri dan
kemasyarakatan. Tambahan pula, saya harus berusaha untuk membina kekuatan
dan ketahanan diri sebagai guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan
kesejahteraan bermasyarakat.
Kesimpulannya, FPK dan FPG menyumbang kepada sistem pendidikan
negara dalam kurikulum sekolah. Sukatan pelajaran adalah bersepadu dan terdapat
penyerapan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran

yang

diajar.

Oleh

hal

yang

demikian,

guru

seharusnya

memperkembangkan potensi murid dengan teratur dan bersungguh-sungguh supaya


insan yang seimbang dan harmonis dapat dilahirkan.

Вам также может понравиться

  • Everything About Confucius
    Everything About Confucius
    Документ9 страниц
    Everything About Confucius
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • 2014mac - Program Bina Insan Guru JQaf Interim
    2014mac - Program Bina Insan Guru JQaf Interim
    Документ3 страницы
    2014mac - Program Bina Insan Guru JQaf Interim
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Laporan LDK 3
    Laporan LDK 3
    Документ2 страницы
    Laporan LDK 3
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Pengenalan KPD KOKU Pwan
    Pengenalan KPD KOKU Pwan
    Документ47 страниц
    Pengenalan KPD KOKU Pwan
    Chia Xin Loo
    Оценок пока нет
  • 6 Pengenalan
    6 Pengenalan
    Документ1 страница
    6 Pengenalan
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • P Ramlee
    P Ramlee
    Документ11 страниц
    P Ramlee
    Pris Atarashii
    67% (3)
  • 6 K.majmuk Dan K.ganda
    6 K.majmuk Dan K.ganda
    Документ4 страницы
    6 K.majmuk Dan K.ganda
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Pengenalan KPD KOKU Pwan
    Pengenalan KPD KOKU Pwan
    Документ47 страниц
    Pengenalan KPD KOKU Pwan
    Chia Xin Loo
    Оценок пока нет
  • Engkromong
    Engkromong
    Документ6 страниц
    Engkromong
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Laporan Hari 1 BIG
    Laporan Hari 1 BIG
    Документ13 страниц
    Laporan Hari 1 BIG
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Kad Suku Kata
    Kad Suku Kata
    Документ1 страница
    Kad Suku Kata
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Eng Kro Mong
    Eng Kro Mong
    Документ11 страниц
    Eng Kro Mong
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • PML1 KKP
    PML1 KKP
    Документ12 страниц
    PML1 KKP
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Lembaran Kerja 1
    Lembaran Kerja 1
    Документ5 страниц
    Lembaran Kerja 1
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • ESEI
    ESEI
    Документ8 страниц
    ESEI
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • LAPORAN
    LAPORAN
    Документ3 страницы
    LAPORAN
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Graf Garis
    Graf Garis
    Документ1 страница
    Graf Garis
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • P Ramlee
    P Ramlee
    Документ11 страниц
    P Ramlee
    Pris Atarashii
    67% (3)
  • 6a Konsep Pendidikan Dari Perspektif Islam Dan Barat
    6a Konsep Pendidikan Dari Perspektif Islam Dan Barat
    Документ3 страницы
    6a Konsep Pendidikan Dari Perspektif Islam Dan Barat
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Kertas Kerja
    Kertas Kerja
    Документ2 страницы
    Kertas Kerja
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • 4peraturan Permainan MT
    4peraturan Permainan MT
    Документ4 страницы
    4peraturan Permainan MT
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • 5.0 & 6.0 Jdual Pelaksanaan
    5.0 & 6.0 Jdual Pelaksanaan
    Документ1 страница
    5.0 & 6.0 Jdual Pelaksanaan
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Rujukan Pelan Kelas Pmulihan
    Rujukan Pelan Kelas Pmulihan
    Документ1 страница
    Rujukan Pelan Kelas Pmulihan
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Hari Kedua
    Hari Kedua
    Документ4 страницы
    Hari Kedua
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • 6 K.majmuk Dan K.ganda
    6 K.majmuk Dan K.ganda
    Документ4 страницы
    6 K.majmuk Dan K.ganda
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Everything About Confucius
    Everything About Confucius
    Документ9 страниц
    Everything About Confucius
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Kertas Kerja Pengurusan Gerko
    Kertas Kerja Pengurusan Gerko
    Документ8 страниц
    Kertas Kerja Pengurusan Gerko
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • Pengelolaan Pertandingan
    Pengelolaan Pertandingan
    Документ27 страниц
    Pengelolaan Pertandingan
    Pris Atarashii
    Оценок пока нет
  • P Ramlee
    P Ramlee
    Документ11 страниц
    P Ramlee
    Pris Atarashii
    67% (3)