Вы находитесь на странице: 1из 10

KERTAS KERJA CADANGAN

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI


(SAFAR)
SESI 2014/2015
SAHABAT AL-FARABI
Pusat Pengajian Islam dan Peradaban
Masjid Universiti Tenaga Nasional
Universiti Tenaga Nasional
Jalan IKRAM-UNITEN
43000 Kajang, Selangor

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

1.0 PENDAHULUAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Islam diutus Allah (s.w.t) untuk menyusun kehidupan manusia di peringkat individu dan
masyarakat semoga mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan seterusnya di
akhirat. Penumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat di peringkat
awal adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang berguna dan mengatur system hidup
masyarakat semoga dapat berfungsi dengan baik dan sekaligus mengurangkan segala bentuk
permasalahan. Pendekatan Islam bukanlah hanya dengan mencari penyelesaian kepada akibat
dari suatu permasalahan yang dihadapi oleh manusia, tetapi Allah dari awal lagi mengarahkan
manusia supaya dididik dan disusun untuk kecemerlangan dengan berasaskan prinsip yang
menepati fitrah kemanusiaan. Proses penyusunan yang baik mengikut Islam memerlukan kepada
suatu system pengurusan diri, keluarga, organisasi dan negara yang mantap demi membawa
kepada wujudnya sebuah tamadun yang mulia serta progresif.
Di peringkat pengurusan organisasi, Islam menganjurkan kepada satu kaedah pendekatan
yang sesuai dan amali.Islam tidak mengesyorkan segala bentuk, mekanisme dan kegiatan
pengurusan organisasi yang sedang beroperasi secara cemerlang yang diamal oleh masyarakat
bukan Islam dihapuskan, melainkan kegiatan tersebut jelas bertentangan dengan falsafah Islam.
Islam hanya mengutarakan garis panduan dan mengambil kira suasana dan budaya persekitaran.
Dalam proses pengurusan, individu yang menganggotai sesebuah organisasi hendaklah diberi
keutamaan. Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kesemua usaha organisasi,
memahami hakikat ini sangatlah perlu.

2.0 VISI
Melahirkan Muslim profesional yang beriman, beramal dan bertaqwa serta bermotivasi sekaligus
membangunkan pembentukan individu muslim yang berlandaskan kepada keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT.

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

3.0 MISI
3.1 Menyampaikan dakwah melalui lagu yang mempunyai nilai keislaman.
3.2 Menyediakan platform untuk mahasiswa yang mempunyai bakat dalam bidang
hiburan dan menggunakan bakat tersebut kejalan yang boleh menaikkan nama
Islam.
3.3 Menjadikan nasyid sebagai satu wadah pembangunan dan pembentukan sahsiah
pelajar Muslim.

4.0 MOTTO
MEMARTABATKAN KEGEMILANGAN KESENIAN ISLAM

5.0 OBJEKTIF
5.1 Mencadangkan struktur organisasi baru Sahabat Al-Farabi (SAFAR).
5.2 Memperkenalkan dan menerangkan dengan terperinci mengenai visi, misi, dan
pembawakan Sahabat Al-Farabi (SAFAR).
5.3 Memohon kelulusan cadangan organisasi Sahabat Al-Farabi (SAFAR) bagi sesi
2015/2016 daripada Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Peradaban (CICU).

6.0 JUSTIFIKASI
Kertas kerja cadangan ini dihasilkan adalah untuk memohon kelulusan daripada Pengarah Pusat
Pengajian Islam dan Peradaban UNITEN (CICU) merangkap Penaung Sahabat AlFarabi
(SAFAR) berkenaan cadangan jawatankuasa baru Sahabat Al-Farabi (SAFAR) bagi sesi
2015/2016.

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

7.0 MATLAMAT
Mewujudkan sebuah pasukan penggerak kumpulan nasyid yang terdiri daripada kalangan
mahasiswa, melaksanakan dakwah dalam bentuk hiburan yang menuju ke arah Islam kepada
pelajar UNITEN khususnya dan masyarakat awam umumnya, berpandukan visi dan misi yang
telah ditetapkan.

8.0 CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI


Sila rujuk Lampiran A

9.0 SENARAI BIDANG KERJA


Sila rujuk Lampiran B

10.0 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN


Sila rujuk Lampiran C

11.0 ULASAN PENGARAH CICU

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

10.0 KESIMPULAN
Kami berharap agar Kertas Kerja Cadangan Organisasi Sahabat Al-Farabi (SAFAR) bagi sesi
2015/2016 ini akan mendapat sokongan padu daripada pihak Pengarah Pusat Pengajian Islam
dan Peradaban UNITEN (CICU) dan seterusnya dapat meluluskan permohonan ini.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak tuan
atas kerjasama yang diberikan. Semoga ia akan mendapat pengiktirafan tertinggi daripada Allah
SWT.

Disediakan oleh,

(Ahmad Khairul Asyraf bin Khalid)


Setiausaha,
Sahabat Al-Farabi
Pusat Pengajian Islam dan Peradaban
UniversitiTenaga Nasional

Disemak oleh,

(Abdullah bin Hussen)


Penasihat
Sahabat Al-Farabi
Pusat Pengajian Islam dan Peradaban
Universiti Tenaga Nasional

Diluluskan oleh,

.
(Dzulkefli bin Zainal Abidin)
Pengarah
Pusat Pengajian Islam dan Peradaban
Universiti Tenaga Nasional

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

Lampiran A

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI


SAHABAT AL FARABI (SAFAR) SESI 2015/2016

PENAUNG
DZULKEFLI BIN ZAINAL ABIDIN

PENASIHAT
ABDULLAH BIN HUSSEN

PRESIDEN
MOHD HAFIFI BIN AHMAD YUSMIN

TIMBALAN PRESIDEN
AMIR ZAKWAN BIN MAHMAD AZMI

SETIAUSAHA
AHMAD KHAIRUL ASYRAF BIN KHALID

BENDAHARI
AMIR ARSYAD BIN AZMI

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

EXCO-EXCO

EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI


FUAD RASYADI BIN AB SAMAD

EXCO KEBAJIKAN
AHMAD TAQIUDDIN BIN HARIS

EXCO KOMUNIKASI
ABDUL MUHAIMIN BIN ZAINUDIN

EXCO LOGISTIK
MAHATHIR BIN AMIRUDDIN

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

Lampiran B

SENARAI BIDANG KERJA SETIAP AHLI JAWATANKUASA DAN EXCO


ORGANISASI SAHABAT AL FARABI (SAFAR) SESI 2015/2016

PRESIDEN
MEMANTAU AHLI JAWATANKUASA MENJALANKAN TUGAS MASINGMASING.
MENGADAKAN MESYUARAT.
MENETAPKAN MISI DAN VISI KELAB.

TIMBALAN PRESIDEN
MEMBANTU PRESIDEN MENJALANKAN TUGAS.
MENGETUAI MINIT MESYUARAT SEKIRANYA PRESIDEN TIDAK HADIR.

SETIAUSAHA
MENYEDIAKAN KERTAS KERJA BAGI SESUATU PROGRAM DAN MINIT
MESYUARAT.
MEREKODKAN SEGALA AKTIVITI SAHABAT AL FARABI.

BENDAHARI
BERTANGGUNGJAWAB MEREKODKAN SEGALA PERBELANJAAN KELAB.
MENYEDIAKAN BAJET PERBELANJAAN KELAB.
MENGURUSKAN DAN MENYIMPAN SEGALA PERBELANJAAN KELAB

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

EXCO-EXCO

MULTIMEDIA DAN PUBLISITI


MEMPERKENALKAN KELAB MELALUI MEDIA SOSIAL.
MEMPROMOSIKAN SAHABAT AL FARABI DI PERINGKAT KAMPUS DAN
JUGA LUAR KAMPUS.
MENYELENGGARAKAN SETIAP ALATAN MEDIA YANG BERKAITAN
DENGAN PERSATUAN.

KEBAJIKAN
MENGURUSKAN SEGALA AKTIVITI KEBAJIKAN BAGI KELAB.
BERTANGGUNGJAWAB MENCARI DANA SAMPINGAN LAIN.
MEMBANTU EXCO-EXCO YANG LAIN JIKA MENGHADAPI KESULITAN.

KOMUNIKASI
BERTANGGUNGJAWAB DALAM BERKOMUNIKASI DAN MEWUJUDKAN
HUBUNGAN T YANG ERAT DENGAN PERSATUAN-PERSATUAN LAIN.
SEBAGAI PERANTARAAN DALAM SETIAP PROGRAM YANG HENDAK
DILAKUKAN.

LOGISTIK
MENYEDIAKAN SEGALA LOGISTIK DARI SEGI ALATAN NASYID, PAKAIAN
DAN LAIN-LAIN LAGI.
MEMASTIKAN SETIAP ALATAN DALAM KEADAAN BAIK DAN TERSUSUN.
MEMBUAT BARANGAN SAMPINGAN SEPERTI BAJU, MAFLA DAN LAIN-LAIN
LAGI YANG BERKAITAN DENGAN KELAB.

10

ORGANISASI SAHABAT AL-FARABI (SAFAR) 2015/2016

Lampiran C

CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN ORGANISASI


SAHABAT AL FARABI (SAFAR) SESI 2015/2016

BIL

AKTIVITI

TARIKH

ANGGARAN
(RM)

1.

MENYERTAI AKTIVITI YANG


DIANJURKAN KELAB LAIN

NOVEMBER 2015
DISEMBER 2016

1,000.00

2.

MENGADAKAN LATIHAN BERPUSAT


BAGI PASUKAN NASYID

DISEMBER 2015

2,000.00

3.

MEMPERKENALKAN KELAB MELALUI


MEDIA SOSIAL

NOVEMBER 2015
FEBRUARI 2016

4.

MELENGKAPKAN LOGISTIK DARI SEGI


PAKAIAN DAN KELENGKAPAN NASYID

DISEMBER 2015

5,000.00

5.

MELIBATKAN DIRI DALAM


PERTANDINGAN NASYID DALAM DAN
LUAR UNITEN

JANUARI
DISEMBER 2016

1,000.00

6.

MENGANJURKAN PERTANDINGAN
NASYID

JUN 2016

2,000.00

7.

MENGANJURKAN MALAM KESENIAN


DENGAN KERJASAMA KELAB LAIN

OKTOBER 2016

2,000.00

JUMLAH

10

13,000.00

Вам также может понравиться