Вы находитесь на странице: 1из 7

Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan \kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Jika dilihat dan diteliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, matlamat atau hasrat
kerajaan

dalam

bidang pendidikan di negara ini adalah untuk

melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua


segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.
Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun
semula danmenambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
sedia ada.Transformasikurikulum adalah untuk memastikan semua
dibekalkan dengan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang relevandengan
keperluansemasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Rendah(KSSR).KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan serta mengekalkanprinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan
penambahbaikan dalam aspek reka bentuk,organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran,bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah. KSSR jugadiperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan
seperti kepadatan jadual waktu, bilangan matapelajaran yang banyak
sertaketerlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. KSSR
member penekanan kepadapembelajaran menyeronokkan, pengurangan
bilangan matapelajaran, serta member perhatiankepada pentaksiran
berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatandalam
kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.
Penghayatan serta pengukuhan nilaiseperti perpaduan, alam sekitar
dan patriotism juga diberi tumpuan. Fokus juga diberikankepada penguasaan
kernahiran membaca, menulis dan mengira.(3M) dan kemahiran
yangkeempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga memastikan murid
berupaya menguasaikemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi,
keusahawanan, dan kemahiranTeknologi Maklumat & Komunikasi
(TMK).Selain itu murid juga boleh berkomunikasidalam pelbagai bahasa,
beretika, mempunyai keyakinan diri, bersikap patriotik,menghayati dan

mengamalkansemangat perpaduan dan cintakan negara.Kurikulum


StandardSekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan
digubal bagi memastikananak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang
relevandengan keperluan dan cabaranabad ke- 21.
PERBEZAAN KBSR DAN KSSR di antara perbezaan KBSR dan KSSR
ialah : a) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah berasaskan tiga bidang sahaja
iaitu komuikasi,manusia dan alam sekeliling serta perkembangan
individu.Manakala KSSR pula reka bentuk kurikulum berasaskan enam
tunjang yang terdiri dari komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta
ketrampilan diri. b) Bahan kurikulum KBSR adalah SukatanPelajaran.
Manakala bahan kurikulum bagi KSSR adalah Dokumen Standard Kurikulum.
c) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah Linear tetapi rekabentuk kurikulum
bagi KSSR pula berbentuk Modular. d) Organisasi kurikulum KBSR bagi
tahap 1(1,2dan 3) meliputi matapelajaran teras,wajib dan tambahan.Manakala
bagi tahap II (4,5 dan 6) pula matapelajaran teras, wajib dan tambahan.Bagi
organisasi kurikulum KSSR tahap 1(1,2 dan 3) pula mengandungi Modul
Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif. Untuk Tahap II (4,5dan 6)
pula Mata pelajaran Teras dan Elektif. e) Elemen KBSR berfokuskan
Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif. Manakala elemen KSSR pula
ialah Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) secara eksplisit. f) KBSR berfokuskan kepada 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira. KSSR pula lebih berfokuskan kepada 4M
(Membaca,Menulis danMenaakul).
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan
usahamenyusunsemula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi
memastikan muriddibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan dengan keperluan semasabagi menghadapi cabaran abad ke21.Dalam proses transformasi kurikulum, KementerianPelajaran Malaysia
(KPM) telah membuat penanda aras dengan kurikulum Negara maju
bagimemastikan kurikulum persekolahan kebangsaan standing dengan
pendidikan global.Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR)diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). KBSR telah disemak semula
bagi memastikan murid dibekalkan denganpengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa.Pengajaran dan pembelajaran (P&P)
akan menggunakan modul yang akanmenggantikanbukuteks oleh itu guruguru telah dan sedang dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkanpenguasaan murid-murid sekolah
rendah khususnya dalambahasaMelayu dan bahasaInggeris.Pendekatan
teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia
melibatkanpenggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan
penguasaannya bagi guru-guru untukmengajar dalam subjek Matematik dan
Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
KESIMPULAN:Dunia pendidikan sekarang mengalami perkembangan
yang sangat dinamik dalam arusglobalisasi. Perkembangan ini juga menuntut

perubahan dalam kurikulum.Seiring dengan itu,Kementerian Pelajaran


Malaysia mengambil inisiatif untuk menyemak dan
melakukanpenambahbaikan kurikulum.
Tujuannya adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan rendahagar
lebih releven dengan cabaran masa ini dan abad ke 21. Untuk
menjayakanhasratKementerian Pendidikan, guru haruslah memainkan
peranan yang penting bagimengupayakan pengajaran dan pembelajaran
supaya lebih berkesan. Kejayaan transformasikurikulum memerlukan
komitmen menyeluruh daripadasemua pihak termasuk penggubaldasar,
pengurus kurikulum, ibubapa serta pihak berkepentingan. Matlamatnya
adalah untukmemastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat
menguasai ilmu pengetahuan,kemahiran dan kompetensi, serta penerapan
nilai.murni.Kurikulum ini dikajisemula adalahbagi memastikan kurikulum yang
holistic dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insaneseimbang yang
dapat menangani cabaran dan masa depan.
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ
SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SGRA3013
KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
TAJUK:PERSAMAAN DAN PERBEZAAN UTAMA ANTARA KURIKULUM
BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH (KSSR) DISEDIAKAN OLEH: 210160 ISMA RAHAYU
BINTI ISMAIL 210157 AZLINA BT SHAFFI 210167 HAZIYAN BT ABDULLAH
DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD ROSLI B. ABDUL RAHMAN

Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia


adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan \kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Jika dilihat dan diteliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, matlamat atau hasrat
kerajaan

dalam

bidang pendidikan di negara ini adalah untuk

melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua


segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.
Justru bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab
harus dipikul oleh mereka yang bergelar guru. Mereka mestilah

menerapkan segala aspek di kalangan pelajar bagi melahirkan modal


insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah
pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan
kurikulum terpaksa dilakukan.

Ada dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan peringkat


rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara.

Oleh yang demikian, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah


rendah memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran
ini membolehkan murid menggunakan

Bahasa Melayu secara berkesan

dalam kehidupan harian dan sebagai ilmu untuk pembelajaran seumur


hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai
gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan
murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang
menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan
senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai
oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa
ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan
menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula,


mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini,

dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar


dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan,
peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat
persekolahan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan
mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T).
Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T)
agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai
kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah
perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guruguru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang
dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini
tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan
menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian
sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran
dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik
darjah.
Sewaktu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
adalah diharapkan agar guru dapat memberikan penekanan kepada unsur
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran
secara konstruktivitisme. Di samping nilai murni dan semangat patriotik
dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap
dapat memberikan keyakinan kepada murid dan dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian .

Kesemuanya jika dapat dilaksanakan

akan dapat memenuhi dan mencapai hasrat falsafah pendidikan


kebangsaan dan dapat di laksanakan seperti yang diharapkan.

Вам также может понравиться