Вы находитесь на странице: 1из 10

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Masa/
Pembaca
8.25
Hariff

Atur cara

Ketibaan tetamu

Teks
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan &
Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013.

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
diminta mengambil tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

8.30 am
Syuhada
Ketibaan Perasmi
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, Isteri
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga ahli BAKTI dengan diiringi oleh
Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil
tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

8.35 am
Syuhada
Lagu Negara ku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta
berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

8.45 am
Hariff
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak
Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;

Terima kasih banyak-banyak,


Sudi datang ke majlis kami.
Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,
Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli BAKTI
Yang Berusaha En Abdul Karim b. Munok
Guru Besar SK Kota Setia
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia
Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia
Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki
Penolong Kanan Kokurikulum
Ketua-ketua Jabatan,
Guru-Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
Dif-dif jemputan
Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Kota Setia tahun 2013.
Saya Harif Fadzilah b. Othman
Dan saya Norsyuhada bt. Humari
Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anakanak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana
sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah
bt. Abdul Samat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan
terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan
kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Syuhada
Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b.
Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 membuat persembahan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************(Persembahan)
Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang membuat persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Ida rohayu bt. Husin dan
Cik Norsalmi bt. Shaari.
Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP
PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd

Nor selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Setia
atas ucapan tersebut.
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim b. Munok, Guru Besar SK Kota
Setia untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan GB.)
Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, isteri
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ahli BAKTI untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi seisi
2013 SK Kota Setia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Datin, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita
untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
muafakat.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah
bt. Abdul Samat, majlis menjemput Tuan Guru Besar En. Abdul Karim b. Munok, diiringi Cik
Noorsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyampaikan
cederahati kepada perasmi.
Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat untuk naik ke pentas
bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.
Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan
daripada murid-murid Tahap 1. Dipersilakan.
************(Persembahan).

Hariff
Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah
Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norsyuhada bt. Humari
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.


Untuk itu majlis menjemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat dengan
diiringi oleh Cik Noorsalmi bt. Shaari untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid
Prasekolah.
Dipersilakan.
. (Penyampaian hadiah)

1. Sijil tamat Prasekolah 2013


Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi
kepada murid-murid prasekolah.
Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu dijemput Yang Dihormati En. Mohd
Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertu PIBG SK Kota Setia dengan diiringi oleh En. Kamarulnizam
b. Marzuki, PK Kokurikulum.
Dipersilakan.

1. Anugerah Tunjang terbaik


2. Anugerah Kehadiran tertinggi
3. Anugerah Penabung terbanyak
4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah

Syuhada
Penyampaian hadiah akademik
Terima kasih En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor kerana telah menyempurnakan penyampaian
hadiah untuk murid-murid prasekolah.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada murid-murid.
Untuk itu majlis menjemput .. diiringi oleh
ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
(Penyampaian hadiah)

1. Hadiah akademik terbaik


2. Hadiah dan sijil lonjakan prestasi
3. Hadiah matapelajaran terbaik

Hariff
Persembahan prasekolah
Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.

Majlis penyampaian hadiah dihentikan buat seketika bagi menikmati satu persembahan iaitu
Persembahan murid-murid Prasekolah. Dipersilakan.
.. (Persembahan)
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Rosnani bt. Saad dan Pn. Siti Hajar bt. Timar, dibantu oleh
ibu Zaleha dan ibu Rumiyati.
Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada
murid-murid.
Untuk itu dijemput ........................................................................ untuk menyampaikan sijil kepada
murid-murid yang banyak membantu pihak sekolah. Dipersilakan.
.......................................... (penyampaian hadiah)

1. Sijil Pengawas sekolah


2. Sijil Pengawas Pusat Sumber

3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas


4. Sijil Pengawas kedai buku
5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2013

Syuhada
Anugerah Khas
Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.
Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas.
Dijemput .............................................................................. untuk menyampaikan Anugerah tersebut.
Dipersilakan.
.......................................... (penyampaian Anugerah)

1. Tokoh Akademik
2. Tokoh Kokurikulum
3. Anugerah Sahsiah Terpuji
4. Tokoh Nilam
Terima Kasih ............................................................. kerana sudi menyampaikan Anugerah.
Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu persembahan khas yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Dipersilakan....
. (Persembahan)
Hariff
Penutup
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Persembahan tersebut mungkin merupakan persembahan terakhir mereka di sekolah ini kerana
mulai tahun hadapan mereka akan melangkah ke sekolah menengah. Kumpulan ini dibimbing oleh
Pn. Norafilah bt. Yahya.

Hadirin yang dihormati....


Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia pada kali
ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan
diteruskan lagi di tahun yang akan datang....
Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi
Sekian, tarima kasih.....
assalammualaikum

Вам также может понравиться