Вы находитесь на странице: 1из 22

Nama kumpulan: TIDAK BERNAMA

DIPERSEMBAHKAN KHAS OLEH:

JAYA FATEEN
NABIL KIMBERLY
IZYAN
Apakah definisi
PERIBAHASA?
 ayat atau kelompok kata yang mempunyai
susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu seperti bidal,
pepatah, dan sebagainya.
Mengapa/Tujuan ia dicipta
 memberikan pengajaran kepada masyarakat pada
zaman dahulu kala
 berfungsi sebagai pengawal sosial-ini bermaksud
masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya
dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa
 Dengan cara demikian, orang yang ditegur
tidak mudah tersinggung
PERIBAHASA
Ditatang bagai minyak yang
penuh
• Tatang – erti; membawa sesuatu di atas
tapak tangan atau memperlakukan
dengan sangat hati-hati.
• Maknanya - sangat dikasihi dan
dipelihara dengan sempurnanya

• Kaitan simbol – Apabila seseorang


menggunakan dua tapak tangannya untuk
mengangkat sesuatu seperti minyak,
perbuatan ini menunjukkan bahawa dia
berhati-hati supaya minyak itu tidak
tumpah.
 Contoh ayat - Helmi amat menghargai
pengorbanan dan kasih sayang ibu bapanya
kerana dia ditatang bagai minyak yang
penuh.
Dapat terpijak
• Maknyanya - Memperoleh sesuatu
dengan cara yang mudah.

• Kaitan simbol – Apabila sesuatu di


lantai dapat dipijak dengan tapak
kaki, perbuatan ini sangat mudah
untuk dilakukan.
 Contoh ayat - Kemenangan bagi pihak
lawan seperti dapat terpijak kerana pasukan
tuan rumah tidak ada benteng pertahanan
yang kukuh.
Jika tidak dipecahkan ruyung, di mana
boleh mendapat sagunya
 Ruyung - lapisan kulit batang pokok sagu yang
kuat dan keras.

Ruyung Sagu
 Sagu – hasil daripada hati batang pokok palma
(kabung atau rumbia)
 Maknanya - Tidak akan tercapai sesuatu tanpa
usaha yang gigih.

 Kaitan simbol – Untuk mendapatkan hasil biji


sagu daripada hati batang pokok, seorang
pekerja harus bersungguh-sungguh untuk
menebang pokok tersebut yang mempunyai
ruyung yang keras.
 Contoh ayat – Walaupun Ali ialah seorang
murid yang pandai, dia tidak akan lulus
peperiksaannya jikalau dia malas untuk
berusaha. Bak kata pepatah, jika tidak
dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat
sagunya.
Ayam terlepas tangan berbau
tahi
 Maknanya - Kejahatan yang tidak
mendatangkan hasil, melainkan malu
semata-mata.

 Kaitan simbol – Apabila seseorang


terlepaskan ayam dari tangannya,
tangannya akan berbau busuk
kerana tahi yang ditinggalkan oleh
ayam tersebut. Ini akan membuat
seseorang itu malu.
 Contoh ayat – Perbuatan Ali untuk mencuri
gula-gula daripada kedai itu hanya
memalukan dirinya dan keluarganya apabila
dia ditangkap. Bak kata pepatah, ayam
terlepas tangan berbau tahi.
Seterusnya

 Permainan bahasa
Permainan bahasa
1. Deskripsi
 Permainan ini berdasarkan keempat-empat peribahasa yang
terpapar diatas tadi; jawapan harus sama seperti peribahasa
yang diberi
 Kesemua kumpulan akan diberi sekeping kertas untuk menulis
jawapan
 Satu wakil daripada setiap kumpulan akan diberi peribahasa
yang berbeza; setiap wakil tidak akan tahu apakah peribahasa
yang kumpulan lain ada.
 Wakil kumpulan akan menggunakan apa sahaja aksi untuk
memberi jawapan kecuali berkata-kata
 Ahli kumpulan yang lain akan cuba meneka PERIBAHASA itu
dengan menulis jawapannya di kertas tadi
 Wakil kumpulan akan membawa kertas itu kepada para juri dan
memberi makna/contoh ayat
 Setiap kumpulan akan diberi 40 mata pada permulaan
permainan
 Kumpulan yang dapat meraih jumlah mata yang paling banyak
akan mendapat sesuatu buah tangan daripada kami
Permainan bahasa
2. Peraturan
 kesemua ahli kumpulan WAJIB menyertai permainan ini
 Jika kesemua ahli kumpulan gagal menyertai, jumlah mata
untuk kumpulan itu akan dikurangkan sehingga 10 mata
 Setiap kumpulan diberi masa selama seminit; jika gagal,
kumpulan itu akan disingkirkan
 Tidak dibenarkan untuk semua ahli kumpulan berkata-kata
walau apa jua sekali pun; 5 mata akan dipotong
 Sebanyak 2 mata akan dipotong bagi setiap jawapan yang
salah
 Jika para juri tidak dapat membaca tulisan yang diberi oleh
para peserta, 1 mata akan dipotong
 Kumpulan yang meraih jumlah mata yang paling sedikit pada
akhir permainan ini akan ‘dihukum’; hukuman akan ditetapkan
oleh cikgu
SATU MINIT BERMULA DARI….

SEKARANG!!!
10 SAAT LAGI…
BERHENTI!!
PENDAPAT KAMI
1. Pada pendapat kamu, mengapakah peribahasa
kita harus dihargai?
Peribahasa harus dihargai kerana susunan
bahasanya yang unik. Juga, peribahasa boleh
digunakan untuk mencantikkan cara perbualan
kita. Dengan adanya peribahasa, sesuatu
kritikkan atau pujian boleh dirasa dengan penuh
keberkesanan.
PENDAPAT KAMI
Bagaimana kita boleh mempertahankan
peribahasa kita?

Kita boleh menggunakannya semasa menulis


karangan. Juga peribahasa boleh digunakan
semasa perbualan didalam kelas. Jabatan bahasa
melayu juga boleh mengadakan peraduan
peribahasa sekali setiap bulan. Ataupun, murid-
murid harus memberi cikgu mereka satu
peribahasa bersama maknanya sebelum
dibenarkan memasuki bilik darjah.
Bahan-bahan rujukan
• http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Pe
ribahasa
SEKIAN SAHAJA…..

Вам также может понравиться