Вы находитесь на странице: 1из 5

TUGASAN

_______________________________________________________________________
_
HBLS3403
HORTIKULTUR
SEMESTER SEPTEMBER 2015
_________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul
bercetak kursus ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan
menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.
4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan
menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca
jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan
hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.
5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda
dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 6hb - 8hb November 2015 atau Tutorial 4.
Serahan selepas 8hb November 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.
7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.
8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat
tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars
Announcement di myVLE).

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan
akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir
Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH


Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan
kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Bil.
1.
2.
3.
4.

Kadar Pertindihan
0 30
30.01 50
50.01 70
70.01 - 100

Potongan Markah
0
5
10
100

SOALAN TUGASAN
Guru besar sekolah anda mengarahkan anda untuk membina sebuah tapak nurseri bagi
tanaman hortikultur. Anda perlu membuat penelitian terperinci dan membuat kajian yang
tepat supaya pembinaan sebuah tapak nurseri di sekolah anda benar-benar memberikan
faedah yang sangat berguna untuk persekitaran yang hijau di sekolah.
Sehubungan itu, anda dikehendaki membuat perancangan terperinci bagi pembinaan
sebuah nurseri di kawasan sekolah anda. Luas kawasan nurseri mestilah berdasarkan
keupayaan kawasan sekolah anda. Namun begitu, nurseri tersebut hendaklah
memasukkan semua komponen yang perlu ada bagi sesebuah nurseri. Nurseri ini juga
akan menjadi contoh bagi daerah anda yang akan dilawati oleh guru-guru dan pelajar di
sekitar daerah anda.
Anda dikehendaki membuat penulisan dan laporan lengkap berhubung pembinaannya. Di
dalam penulisan dan laporan tersebut, anda dikehendaki memasukkan perkara-perkara
berikut;
i.
ii.

Pengenalan
Pelan keseluruhan nurseri tersebut. Pelan tersebut hendaklah

5 markah
25 markah

memasukkan semua komponen yang sepatutnya ada sebagai sebuah


nurseri contoh iaitu seperti kedudukan tempat penyediaan medium,
tempat semaian, kawasan penanaman, stor, pejabat, tempat memberi
iii.
iv.

taklimat dan juga ruang pameran.


Jenis-jenis pokok yang anda fikirkan perlu untuk nurseri tersebut
Kerja-kerja penjagaan dan pengurusan yang dilakukan di dalam

v.
vi.

nurseri hortikultur tersebut.


Ruang pameran untuk pokok-pokok tersebut.
Penutup

10 markah
15 markah

10 markah
5 markah
[Jumlah: 70 markah)

(Jumlah 70 markah akan ditukar kepada 40% jumlah markah kursus)

PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:
1. Merujuk kepada modul dan sumber media bercetak atau sumber media elektronik
yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau
organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami
konsep berkaitan hortikultur yang tepat dan sesuai.
2. Buat pencarian di Internet tajuk hortikultur dan lawatan ke tapak nurseri
hortikultur yang sebenar untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas.
3. Mengadakan kolaborasi dengan guru Kemahiran Hidup di sekolah anda bagi
mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan
pengalaman pembelajaran.
4. Menggunakan gambar foto/ lakaran/ jadual untuk membantu anda menjelaskan
hujah jawapan tugasan.
5. Sediakan senarai rujukan, penulisan rujukan mengikut sistem APA.

RUJUKAN

Bambang Sulistyantara, Mohd Sallehuddin (2008). Menjaga Keindahan Taman


Kediaman. Kuala Lumpur : Synergy Media.
Drs. S.M.N. Asteoti Soeharto Heerdjan, Moh. Fajar Soeharto Heerdjan, Norsham
Badardin ( 2008 ). Pemeliharaan Tanaman Pergola. Kuala Lumpur : Synergy
Media
Hadi Susilo, Mazlina Ismail ( 2008 ). Penjagaan Tanaman Hiasan Agar Tampil
Menawan. Kuala Lumpur : Synergy Media
Lanny Lingga, Teh Rathiah ( 2008 ). Menanam dan Menjaga Tanaman Hiasan Menjalar.
Kuala Lumpur : Synergy Media
Mustafa Kamal Mohd. Shariff (1995). Hortikultur Hiasan dan Landskap . Kuala
Lumpur : DBP
Musa Yaacob, Engku Ismail Engku Ahmad, Yahya Husin ( 2006 ). Manual Teknologi
Penanaman Rosel. Kuala Lumpur : MARDI
Nor Ain Mohd Rejab ( 2003 ). Landskap Kediaman. Kuala Lumpur :DBP
Nor Ain Mohd Rejab ( 2002 ). Siantan. Kuala Lumpur. DBP
Nor Ain Mohd Rejab ( 1996 ). Tanaman Landskap. Pokok Renek. Kuala Lumpur : DBP
Zakaria Abdullah ( 1990 ). Pokok Bunga-bunga Di Malaysia. Kuala Lumpur : PAM
Publishing (M) Sdn. Bhd.

Вам также может понравиться