Вы находитесь на странице: 1из 11

KEDAH INDUSTRIAL SKILLS AND MANAGEMENT

DEVELOPMENT CENTRE (KISMEC)


126, JALAN PKNK 1/1,
KAWASAN PERINDUSTRIAN SUNGAI PETANI,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM /

EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE

PROGRAMS CODE &

INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING

NAME
TAHAP / LEVEL

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT

EE-021-2:2012 - C01 ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

NUM. AND TITLE

NO. DAN PENYATAN


AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES

1. IDENTIFY ELECTRONIK DRAWING REQUIREMENTS


2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
REQUIREMENT
3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING

NUM. AND STATEMENT

NO. KOD / CODE NUM.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat /Page:1


Daripada/of:3

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:2
Daripada/of:11

TAJUK/TITLE: LUKISAN KEJURUTERAAN

TUJUAN/ PURPOSE:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai pekarapekara dan elemen penting yang perlu ditekankan semasa menjalankan proses
pembanggunan lakaran sesebuah lukisan kejuruteraan bagi menghasilkan lukisan
kejuruteraan yang berkualiti dan standard.

PENERANGAN/INFORMATION:

1.1.

Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan garisan yang dibentuk


daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan
peralatan lukisan kejuruteraan , bukannya secara bebas tanpa menggunakan
peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek
dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah
pandangan.

1.2.

TUJUAN DAN JENIS-JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN


Secara amnya, lukisan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i. Lukisan Artis
ii.Lukisan Kejuruteraan
i.
Lukisan artis adalah lukisan yang dilakar secara bebas untuk
menggambarkan bentuk sebenar sesuatu objek, benda ataupun dengan
alam semula jadi.
ii.
Lukisan kejuruteraan pula adalah lukisan garisan-garisan yang
dibentuk daripada pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini
dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya
secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan
gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci
yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.
Lukisan Kejuruteraan mengandungi ciri-ciri tertentu dengan gaya
tersendiri dan dilukis mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Lukisannya terdiri daripada susunan berbagai-bagai jenis garisan serta
simbol-simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami oleh mereka yang

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:3
Daripada/of:11

daripada kejuruteraan yang sama. Semasa mempelajari lukisan


kejuruteraan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh
setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut
peraturan lukisan. Diantaranya ialah ketepatan melukis, teknik melukis,
kebersihan melukis dan kepantasan menyiapkan lukisan.
a. Ketetapan
Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut
ukuran yang tepat. Ini termasuk ketepatan ukuran saiz dan
penggunaan jenis- jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun
sepertimana yang telah ditentukan.
b. Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah
ditetapkan, termasuk teknik membina garisan, cara membentuk
objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.
c. Kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai
lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati
semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah
tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk
memastikan kekemasan dan kebersihan lukisannya.
d. Kepantasan menyiapkan lukisan
Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang
tertentuakan menghasilkan seorang pelukis yang produktif dan
berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya
mengenepikan ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan
kemahiran-kemahiran yang tertentu.

2.1

PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

2.2.1 Papan Lukisan


Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan
jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan
kerja kerja melukis dilakukan.
Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau
dengan menggunakan klip. Rajah 2.2.1 menunjukkan kedudukan kertas lukisan
di papan lukis.

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:4
Daripada/of:11

Rajah 2.2.1
2.2.2 Kertas lukisan
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis
menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National
Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah seperti berikut:
A. 8.5 x 11
B.11 x 17
C.17 x 22
D.22 x 34
E.34 x 44

A. 9 x 12
B.12 x 15
C.18 x 24
D.24 x 36
E.36 x 48

2.2.3 Sesiku T
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian
kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja kerja lukisan, sesiku T menjadi
pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan
perantaraan sesiku sudut.Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:5
Daripada/of:11

rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam
keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong . Rajah
1.3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.

Rajah 1.3 cara mengerakkan sesiku T


2.2.4 Jangka lukis
Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja kerja lukisan kejuruteraan.
Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.
i.Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
ii.Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
iii.Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum andBeam/trammel )

Rajah 1.4 jenis-jenis jangka Lukis

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:6
Daripada/of:11

Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau


lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua mata jarum berbahu.
Mata pensil

5 mm
Pusingan ke arah ini

Jarum ini dipanjangkan sedikit daripada mata pensel

Permukaan Lukisan

Rajah 1.5 cara menggunakan jangka Lukis

2.2.5 Pembahagi
Bentuk pembahagi hampir hampir sama dengan jangkalukis, bezanya
pembahagi mempunyai dua mata jarum.Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:
i.Pembahagi jenis pegas
ii.Pembahagi jenis bendul dan tradisi

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Pegas

Muka Surat/Page:7
Daripada/of:11

Bendul dan Tradisi

Rajah 1.6 jenis-jenis pembahagi


Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada
beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali
atau berulang ulang. Rajah 1.7 menunjukkan cara cara menggunakan
pembahagi.

Rajah 1.7 cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:8
Daripada/of:11

2.2.6 Jangka sudut


Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik
sesuatu sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 1.8
adalah contoh jangka sudut yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

Rajah 1.8 Jangka sudut vernier

Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut


digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan
beberapa darjah sudut yang dikehendaki seperti dalam rajah 1.9.

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:9
Daripada/of:11

2.2.7 Skala/Pengukur
Skala / pengukur dalam kerja kerja lukisan kejuruteraan bukanlah
dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur
sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi
mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah
sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakansebagai penanda kepada ukuran
tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan
pembahagi atau mata jangka lukis.

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:10
Daripada/of:11

SOALAN/QUESTION:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan jangka sudut?
2. Nyatakan saiz kertas lukisan yang standard menurut piawaian ANSI.

3. Terangkan pekara yang diambil kira semasa melukis lukisan kejuruteraan.

RUJUKAN/REFERENCE:
1. http://www.cadcammanufacture.blogspot.com, 13 Ogos 2015, 14:45
2. http://www.lukisankejuruteraankvkk.blogspot.com 13 Ogos 2015, 15:15

NO. KOD / CODE NO.

EE-021-2:2012 -C01/P(1/3)

Muka Surat/Page:11
Daripada/of:11

Вам также может понравиться