Вы находитесь на странице: 1из 12

1.

PENGENALAN

Tamadun Malaysia sebelum kedatangan Islam, menerima lebih pengaruh yang


berasaskan kepada kepercayaan unsur ajaran hinduisme, animisme, buddhisme,
dinammisme, hyang, premis dan lain-lain. Namun, setelah perkembangan tamadun Islam
sedunia, Malaysia tidak terkecuali dalam mengikut ajaran Sunnah yang telah dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w dan cara hidup rakyat Malaysia telah terbukti adalah berpaksikan
kepada ajaran Islam.
Terdapat pelbagai teori yang telah dikaitkan dengan perkembangan ketamadunan
Islam di Malaysia, antaranya adalah teori kedatangan Islam daripada Arab, Cina dan
India. Menurut Dzul Haimi Md. Zain (2007), penguasaan pedang dari Arab yang telah
memonopoli perdagangan di rantau India, Mesir dan Asia Tenggara bertanggungjawab ke
atas penyebaran Islam di Alam Melayu dan Asia. Antara kesan yang masih wujud pada
hari ini adalah seperti nama-nama hari yang telah diadaptasikan penggunaan dalam
Bahasa Melayu seperti Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan sebagainya juga asalnya daripada
perkataan Arab.
Manakala Professor S.Q Fatimi pula berpendapat bahawa penyebaran Islam
sehingga membawa ketamadunan di Malaysia datangnya dari negeri China. Menurut
beliau, pada 876 Masihi terdapat perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton
akibat berlakunya pemberontakan. Orang-orang Islam tersebut terpaksa merantau
sehingga ke nusantara. Hubungan diplomatik Malaysia dengan China yang telah lama
terjalin juga, secara tidak langsung, mendorong kepada penyebaran Islam di Malaysia.
Tambahan pula, agama Islam telah lama dianuti oleh masyarakat China. Terdapat
beberapa kesan yang jelas di Malaysia yang menyokong pendapat Prof. S.Q Fatimi.
Contohnya seperti seni bina masjid yang berbentuk seperti pagoda, iaitu corak senibina
utama kaum China, yang terdapat di Melaka dan sekitar kepulauan Jawa. Tembikar
bertulisan khat AlQuran juga menjadi bukti kukuh yang menyokong kedatangan Islam ke
Alam Melayu dan Malaysia adalah menerusi orang Cina.
Tidak terkecuali juga sebahagian besar tokoh yang menyatakan bahawa Islam
dibawa ke Malaysia dari negara India. Berdasarkan teori tersebut, pedagang India yang
beragama Islam berdagang ke kepulauan Melayu turut menyebarkan agama Islam
kepada masyarakat tempatan. Antara kesan yang menunjukkan bahawa Islam di Malaysia
1

datangnya dari India adalah bilangan India Muslim yang tidak kurang jumlahnya di
Malaysia. Mazhab yang dianuti oleh Muslim di Nusantara secara amnya, adalah sama
dengan mazhab yang dianuti oleh majoriti Islam di India, kesusteraan Melayu juga
menampakkan unsur tradisi Islam di India.
Perkembangan pesat Islam di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Faktor utama yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak adalah kesucian,
kemurnian serta keagungan Islam itu.
2.0

SUMBANGAN

SEJARAH

ISLAM

TERHADAP

PEMBANGUNAN

DAN

KECEMERLANGAN MALAYSIA
2.1

Islam Agama Rasmi Persekutuan

Kedatangan Islam ke Malaysia telah banyak mencorak kehidupan masyarakat serantau.


Salah satu kesannya kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang bermasyarakat
majmuk adalah pada teras undang-undang, iaitu Perlembagaan Malaysia itu sendiri.
Kenyaataan pengaruh Islam terhadap Malaysia jelas termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Ugama bagi Persekutuan. Contohnya
Perkara 3(1): Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara
tersebut bermaksud agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa
yang sama, sifat Islam yang mulia membentuk perlembagaan Negara Malaysia supaya
mengizinkan hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing.
Menurut Abdul Aziz Bari (2008), peruntukan ini bukan sahaja mengakui agama Islam
sebagai agama yang agong, tapi juga memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat
berbilang kaum untuk mengamalkan agama masing-masing di negara ini.
Selain daripada penetapan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,
terdapat juga peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menyatakan
bahawa Yang DiPertuan Agong merupakan Ketua Agama di Malaysia dan kerajaan
haruslah mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam dan menubuhkan
sebuah Majlis untuk memberi nasihat kepada Yang DiPertuan Agong mengenai perkaraperkara yang berhubung kait dengan agama Islam. Perkara 3 (5), Perlembagaan
Persekutuan: Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang DiPertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala
2

Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undangundang membuat

peruntukan-peruntukan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk

menasihatkan Yang DiPertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan


agama Islam.
Manakala Perkara 12 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan
bahawa : Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuh dan menyenggara institusiinstitusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama itu sendiri, dan tidaklah boleh ada
pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang
berkaiatan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undangundang itu tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau
menyenggara

institusi-institusi

Islam

atau

mengadakan

atau

membantu

dalam

mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan


sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
Dengan peruntukan-peruntukan Perkara 3 dan Perkara 12 dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa dasarnya agama Islam merupakan
agama rasmi Persekutuan. Dengan itu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
mempunyai kuasa untuk menyelenggara dan menubuhkan kemudahan dan institusi Islam.
Contoh penubuhan institusi Islam adalah seperti penubuhan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan pembinaan surau-surau dan masjid-masjid di seluruh Negara untuk
kemudahan rakyat melaksanakan aktiviti keagaamaan. Selain daripada itu, pihak
Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan juga mempunyai hak istimewa untuk
mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan membantu dan melaksanakan pengajaran
agama Islam. Contohnya seperti penubuhan Sekolah Agama, PERKIM dan sebagainya.
2.2

Budaya Ilmu

Kedatangan Islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada
pendidikan di Negara ini. Pengaruh Islam bukan sahaja boleh dilihat pada institusi
pendidikan dan strukturnya seperti madrasah, sekolah agama, universiti teras Islam dan
sebagainya di negara ini, malah, juga boleh dilihat dari segi aspek ilmu yang diajar seperti
ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin, fiqah dan tasawuf, serta guru-guru
dan murid-murid yang menuntut ilmu agama Islam. Hal ini kerana guru-guru pada zaman
kedatangan Islam di tanah Melayu kebanyakan terdiri daripada bangsa Arab, Turki, India
3

dan sebagainya. Manakala, murid-murid yang menuntut pula meliputi segenap lapisan
masyarakat, dari raja-raja sehingga ke rakyat jelata. Berkat perkembangan pesat dan
pengaruh mendalam agama Islam dari segi pendidikan di Malaysia, maka lahirlah ulama
berbangsa Melayu seperti Nuruddin alRaniri dengan kitabnya Hidayah alIman dan Sirat
alMustaqim.
Menurut Abdurrahman An Nahlawi (2004), sistem pendidikan Islam di Malaysia
merangkumi pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah
pendidikan yang didapati dari institusi pendidikan agama seperti sekolah, surau,
madrasah dan sebagainya. Sistem pendidikan formal berasaskan bidang pengajian Islam
sepeti fiqah, tafsir, sejarah Islam, tauhid dan akhlak. Manakala pendidikan tidak formal
pula adalah pengajaran yang berlaku secara langsung dalam kehidupan seharian
seseorang muslim tersebut. Pendidikan jenis tidak formal ini merangkumi cara berfikir,
amal, kercergasan Muslim dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Pendidikan tidak
formal biasanya diberi secara lisan dan diwarisi turun temurun.
Antara pencapaian bidang ilmu di Malaysia ialah kewujudan institusi pendidikan
agama Islam. Selaras dengan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk menubuhkan institutsi
pendidikan agama Islam bertujuan membangunkan umat Islam di Malaysia serta memberi
peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk melihat betapa luasnya bidang
pengajian Islam dan pendidikan yang boleh didapati berteraskan Islam. Institusi
pendidikan agama termasuklah istana, surau, masjid, madrasah, sekolah dan Institusi
Pengajian Tinggi Islam, pusat-pusat latihan dakwah, Institut Kemahiran Islam Malaysia,
pembiayaan kerajaan untuk kelas-kelas fardhu ain dan sebagainya. Kewujudan institusi
pendidikan agama Islam di negara ini yang bagai cendawan tumbuh adalah simbolik
kepada kekuatan dan kedalaman pengaruh Islam terhadap bidang ilmu di negara ini.
2.3

Pemikiran Masyarakat

Pemikiran masyarakat juga turut dipengaruhi oleh perkembangan ajaran Islam itu sendiri
di negara kita. Perkara ini dapat dilihat dari sudut cara hidup, nilai-nilai masyarakat dan
adat istiadat. Cara hidup masyarakat Malaysia sebelum menerima pengaruh dan
penyerapan nilai Islam, kebanyakannya berasaskan kepada budaya asas ideologi
penjajah. Contohnya seperti perbezaan kelas sosial dalam masyarakat. Setelah
4

kedatangan Islam, yang membawa nilai akidah yang tinggi, tembok kelas sosial dapat
diruntuhkan dan masyarakat berbilang kaum dan kedudukan boleh berkumpul bersama.
Islam telah memperkenalkan sistem khilafah yang adil dan bersistematik, di mana sistem
ini adalah berkonsepkan keadilan tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Antara
kesannya boleh dilihat melalui perlantikan perwakilan perundangan di Malaysia yang
mengamalkan kebebasan dan hak pengundi. Setiap undian dikira dengan adil dan
saksama dan rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin masing-masing. Bukan itu sahaja,
wujud nilai-nilai masyarakat yang baik diamalkan dan sememangnya digalakkan dalam
Islam iaitu cara menghormati tetamu. Hal ini bermaksud tetamu harus dilayan dengan baik
sesuai dengan ajaran agama Islam.
Selain itu, Islam turut mempengaruhi nilai dan asas kehidupan segenap
masyarakat di Malaysia. Antaranya adalah penerapan nilai-nilai keimanan yang dapat
memperkukuhkan akhlak rakyat dalam Malaysia. Contohnya seperti ketakwaan dan
keimanan kepada Allah swt., hormat dan taat kepada pemimpin, patuh kepada undangundang, bermuafakat, meraikan tetamu, hormati orang yang lebih tua dan sebagainya.
Sebelum kedatangan Islam, rakyat kebanyakannya hidup

terasing. Masing-masing

mengamalkan cara hidup hasil teladan daripada asas adat dan budaya masing-masing.
Namun, kedatangan Islam telah berjaya menyatupadukan rakyat dan penerapan nilai-nilai
Islam dapat dihayati oleh semua warga Malaysia.
Bukan itu sahaja, kedatangan Islam di Malaysia telah melengkapkan adat istiadat
Malaysia yang memang kaya dengan intisari peradaban. Malah menurut Abdul Rahman
Haji Abdullah (2001), Islam itu sendiri telah membentuk teras bagi identiti atau status
Melayu. Jika dirujuk kepada perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara Melayu
adalah orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama
Islam. Agama Islam yang mencintakan kedamaian dan keharmonian juga membolehkan
bangsa-bangsa lain di negara ini untuk mengamalkan adat istiadat masing-masing tanpa
merisaukan dikenakan tindakan atau hukuman. Selain daripada itu, pengaruh Islam juga
boleh dilihat dari segi adat dan cara perkahwinan orang-orang Islam di Malaysia, kaum
Melayu khasnya. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Melayu lebih mengamalkan
cara dan adat Hindu, iaitu agama terawal yang telah diperkenalkan kepada rantau
Melayu. Contoh budaya Hindu yang diamalkan seperti upacara menepung tawar
pengantin pada kenduri kahwin. Penyerapan agama Islam telah mengubah kebanyakan
5

orang Melayu di Malaysia dari segi adat perkahwinan, dan ramai yang sedar tentang
kebertentangan adat menepung tawar dengan ajaran Islam, maka meninggalkan adat
tersebut.
2.4

Penerapan Nilai-Nilai Islam

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2001), dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam
pentadbiran Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1985 adalah sebahagian daripada
pelbagai usaha kerajaan untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan
kehidupan rakyat Malaysia. Dasar ini bermaksud membimbing dan membentuk akhlak
yang berfaedah dalam kehidupan setiap rakyat ke arah ketinggian maruah di samping
menanam nilai-nilai murni ke dalam sistem pentadbiran negara.
Rasional pentadbiran dipilih sebagai komponen utama dasar ini ialah bagi
melicinkan pelaksanaan sesuatu dasar kerajaan. Selain itu, kejayaan rancanganrancangan kerajaan banyak bergantung kepada penjawat-penjawat perkhidmatan awam.
Penghayatan kepada nilai-nilai Islam akan dapat menjamin kelancaran dan kecekapan
jentera

kerajaan

serta

menghindar

perbuatan

rasuah,

penyelewengan

dan

penyalahgunaan kuasa. Nilai-nilai tersebut iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas,


dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur
yang berjumlah sebelas kesemuanya adalah nilai-nilai Islam yang dipilih memandangkan
ia merupakan kunci kejayaan pentadbiran sesebuah negara.
Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1
Oktober, 1967 mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan mengawasi
sistem nilai masyarakat. Institusi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan khusus
untuk mencegah perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa diberi kuasa utama di
bawah undang-undang iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta Pencegah Rasuah
1961 (Disemak 1971), Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970, Akta Badan
Pencegah Rasuah 1982, Kanun Keseksaan (F.M.S. Cap 45), Kanun Prosedur Jenayah
(F.M.S. Cap 6), Akta Polis 1967 dan Akta Kastam 1967. Besarnya peranan BPR yang
diberi mandat oleh kerajaan dalam memastikan kepentingan awam agar tetap terpelihara,
dikuatkan lagi dengan Ketua Pengarahnya adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
Di Pertuan Agong.

Bagi memelihara sistem nilai masyarakat juga, kerajaan telah menubuhkan


Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952
(disemak tahun 1971). Anggota LPF yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang
Timbalan Pengerusi dan 63 orang ahli di mana semuanya dilantik oleh Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah berperanan melindungi masyarakat daripada
sebarang pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif menerusi filem.
Sungguhpun penubuhan badan-badan seperti ini oleh kerajaan dibuat tanpa
sebarang label Islam namun kewujudan dan peranan yang dimainkan adalah lahir dari
sistem nilai masyarakat Malaysia yang berteraskan Islam.
2.5

Masyarakat Madani

Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, masyarakat madani adalah sebuah sistem
sosial yang tumbuh berdasarkan prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara
kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat. Menurut Azyumardi Azra (1999),
masyarakat madani adalah suatu masyarakat yang berbudaya, maju dan moden. Setiap
warga di dalamnya menyadari dan mengetahui hak-hak dan kewajibannya terhadap
negara, bangsa dan agama serta terhadap sesama manusia dan tentunya juga
menjunjung tinggi mengenai hak-hak asasi manusia.
Masyarakat madani selalu menjadi ciri-ciri masyarakat yang diidamkan oleh
kebanyakan orang, bahkan oleh seluruh masyarakat di dunia. Ciri-ciri masyarakat ini
adalah gambaran masyarakat yang dipelopori oleh Islam dan pernah menjadi bahagian
dari sejarah Nabi Muhammad s.a.w. ketika beliau memimpin negara Islam pertama iaitu di
Madinah.
Adanya istilah masyarakat madani pada prinsipnya bermula sejak hijrahnya Nabi
Muhammad s.a.w. beserta para pengikutnya dari Makah ke Yatsrib. Hal tersebut terlihat
dari tujuan hijrah sebagai sebuah refleksi gerakan penyelamatan akidah dan sebuah sikap
optimis dalam mewujudkan cita-cita membentuk sikap yang madaniyyah iaitu beradab.
Perkara sama berlaku di Malaysia kerana rakyat Malaysia juga terdiri daripada
pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah
mencontohi kempimpinan Rasulullah s.a.w. dalam mentadbir dan mengurus negara yang
7

majmuk ini. Tujuannya agar semua rakyat Malaysia berasa selamat dan mempunyai hakhak yang terjamin sebagai warganegara Malaysia.
Umumnya

terdapat

beberapa

faktor

yang

mencorakkan

perkembangan

masyarakat madani atau juga dikenali sebagai masyarakat sivil di Malaysia. Antara faktor
yang memberi bentuk kepada masyarakat sivil di Malaysia sebagaimana sedia ada kini,
adalah perkembangan ekonomi negara. Hal ini kerana asasnya masyarakat sivil terdiri
daripada kelas menengah. Menurut Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaludin (2004),
selepas pengamalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) struktur kelas masyarakat Malaysia
telah berubah, berbeza dengan zaman pra-DEB di mana persoalan kelas dikaburi dengan
isu perkauman (Husin Ali 1984).
Dasar ini telah membantu kepada perkembangan kelas menengah yang berbilang
kaum dan ini telah mengurangkan polarisasi kaum dan kelas sebelumnya. Perindustrian
dan pertumbuhan ekonomi yang pesat ini telah mengembangkan kelas menengah baru
yang terdiri daripada para pentadbir, pengurus, professional daripada perbagai kaum.
Kelas ini telah berkembang daripada hanya 4.0 peratus pada tahun 1957 kepada 7.7
peratus pada tahun 1980, 11.2 peratus pada1990, dan 15.3 peratus pada tahun 2000
(Abdul Rahman Embong 2000). Hal ini bermakna kerajaan telah mempunyai strategi
untuk memberi peluang kepada kaum lain untuk maju dalam ekonomi seiring dengan
bangsa-bangsa lain di Malaysia yang begitu maju dari segi ekonomi seperti masyarakat
Cina.
2.6

Masyarakat Hadhari

Menurut Sivamurugam Pandian (2007), Islam Hadhari atau "Islam yang bertamadun"
merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam
dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia
adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang
terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.
Visi Islam Hadhari pula sangat menarik kerana ingin menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara Islam contoh. Manakala, misi Islam Hadhari pula untuk melaksanakan
agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang
universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
8

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama iaitu keimanan
dan ketakwaan kepada Ilahi, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka,
penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif,
kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan
moral, pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan.
Sebagai contohnya, Islam Hadhari sangat menekankan Pembelaan Hak
Kumpulan Wanita dan Hak Minoriti. Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi
kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada
sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang
negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam
Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh
itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau
perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi
undang-undang.
Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan.
Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai
kebebasan asasi. Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan
wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Menurut
Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris (2008), mereka berhak untuk turut sama dalam
pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain.
Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan,
agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh
kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.
Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hakhak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi
Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain. Islam
ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan
bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa,
keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hakhak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh
9

diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman
Allah SWT dalam surah al-Nisa: 58.
Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan
pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada manamana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan
berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat
Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.
2.7

Konsep Kesederhanaan (Wassatiyah)

Malaysia sering dijadikan contoh oleh negara lain di dunia sebagai sebuah negara Islam
moden dan sederhana. Perdana menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam
satu ucapannya, menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memuji
Malaysia atas keunikan dan keunggulan yang dimiliki oleh Malaysia.
Dalam satu Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, pada September
2010, perdana menteri telah mencadangkan kepada masyarakat dunia supaya
mencontohi kesederhanaan masyarakat Malaysia. Cadangan tersebut berasas kerana
sikap kesederhanaan masyarakat Malaysia yang membolehkan Malaysia menduduki
tempat ke-19, iaitu negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011.
Daripada 150 buah negara yang dibuat kaji selidik, kedudukan Malaysia naik tiga anak
tangga berbanding dengan kedudukan pada tahun sebelumnya.
Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, ketika
mengulas hasil kaji selidik tersebut, Malaysia dapat mencapai kedudukan sedemikian
kerana hasil daripada sikap kesederhanaan rakyat Malaysia yang berpandukan konsep
wasatiyyah bagi penganut Islam dan konsep kesederhanaan dalam pelbagai penganut
agama lain.
Menurut perdana menteri lagi, konsep kesederhanaan membolehkan Malaysia
membangunkan masa depan yang lebih tenteram, aman dan adil. Bagi tujuan
melaksanakan konsep wasatiyyah itu, kerajaan Malaysia telah melancarkan gagasan
1Malaysia sebagai acuan penyatuan antara kaum tanpa melihat perbezaan etnik, agama
dan kepercayaan sebagai punca permusuhan dan konflik. Melalui usaha mempromosikan
10

konsep wasatiyah ini, diharapkan dapat melenturkan lagi sikap fanatik dalam beragama
dan bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja, dasar kolonisasi yang dijalankan oleh penjajah Inggeris ke atas
negara kita sebelum ini juga telah mewujudkan dasar pecah dan perintah yang
menyebabkan berlakunya perpecahan demografi penduduk berlandaskan ekonomi.
Keadaan ini menyukarkan perpaduan kerana kerajaan Inggeris sememangnya tidak
menginginkan penduduk di Tanah Melayu untuk bersatu padu pada ketika itu. Sudah pasti
wujudnya persepsi buruk antara satu kaum dengan kaum yang lain kerana tidak ada
peluang untuk mengenali antara satu sama lain dari segi latar belakang dan amalan
budaya mereka.
Menyedari wujudnya ketaksuban menebal dalam kalangan ketiga-tiga kaum
terbesar di Tanah Melayu, kerajaan Malaysia sejak merdeka telah berusaha sedaya upaya
untuk mengecilkan jurang perbezaan antara ketiga-tiga kaum tersebut. Menurut Azuar
Juliandi (2014), bermula daripada lapangan ekonomi, sosial hinggalah kepada politik,
kerajaan menerusi agensi di bawah kementerian tertentu telah memperkenalkan pelbagai
dasar dan program. Antara dasar ekonomi terkenal, ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan 2020. Manakala dari segi sosial pula,
kerajaan telah memperkenalkan Dasar Perpaduan Negara khususnya untuk memberikan
perhatian kepada soal perpaduan negara.
Kemakmuran kehidupan rakyat Malaysia merupakan hasil daripada usaha yang
dilakukan oleh pemimpin dan rakyat terdahulu. Kemakmuran ini tidak akan dinikmati tanpa
adanya sikap tolak ansur, sederhana dan timbang rasa antara pemimpin yang mewakili
kaum terbesar di Malaysia. Ringkasnya, konsep wasatiyyah dalam kepelbagaian hidup
masyarakat Malaysia telah lama menjadi amalan di negara ini. Oleh itu, tidak hairanlah
pada masa kini, pelbagai program yang menggabungkan penyertaan semua rakyat
seperti rumah terbuka, perayaan bersama dan sebagainya mendapat sambutan luar biasa
daripada rakyat. Oleh itu, cadangan menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara
Islam yang sederhana bukanlah satu idea yang ganjil. Secara tidak langsung, keadaan ini
juga merupakan sumbangan sejarah Islam terhadap pembangunan Malaysia.

11

3.0

PENUTUP

Dapat disimpulkan bahawa kedatangan Islam di Malaysia telah banyak mencorakkan


bukan sahaja kehidupan umat Islam di Malaysia, tetapi juga rakyat bukan Islam di
Malaysia. Menurut

Mustapha Nik Hassan (1993), hanya dengan mengimbau

perkembangan tamadun di Malaysia dan peranan agama Islam di Malaysia itu sendiri
dapat membantu seseorang muslim untuk mengenali identiti dirinya dengan lebih baik,
dari aspek keagamaan dan kenegaraan.
Sebelum kedatangan Islam, tamadun Malaysia bermula dari asas yang rapuh
dengan kepercayaan masing-masing yang terbina daripada elemen-elemen yang dicipta
oleh menausia sendiri. Setelah dijajah oleh beberapa kuasa asing ke atas Malaysia,
menyukarkan lagi perpaduan dan penyusunan struktur tamadun di Malaysia. Dengan
kedatangan Islam, Malaysia setelah merdeka telah beridentitikan Negara Islam.
Tambahan pula, nilai-nilai Islam telah diserapkan ke dalam seluruh aspek kehidupan
masyarakat di Malaysia.
Dengan petunjuk dari agama Islam, Malaysia mampu membangun dengan pesat
dan harmoni. Rakyatnya pula bertolak ansur dan sentiasa mengamalkan nilai muafakat
dan saling hormat menghormati hak orang lain. Dengan berteraskan Islam juga, hak dan
kebebasan setiap kaum sentiasa terpelihara. Nilai yang murni ini berasas daripada agama
Islam dan boleh dirujuk seperti dalam Perlembagaan, Perkara 8(1) yang memperuntukkan
bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Perkara 8(2) : Tidak boleh ada
pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama
Kesan pengaruh Islam di Malaysia bukan sahaja meliputi subjek yang luas, tetapi
juga membolehkan Negara Malaysia sebuah Negara yang telah mendapat penghargaan
dan penilaian sebagai sebuah Negara majmuk yang paling aman dan harmoni di dunia.
Malah terdapat warga asing yang ingin menyelami akar umbi keharmonian tersebut, dan
apabila menemui jawapannya, agama Islam lah teras pembangunan dan perpaduan di
Malaysia. Tamadun Islam membawa hanya kebaikan kepada pembangunan sesebuah
negara. Jika hendak memperkukuhan martabat dan tamadun Malaysia, haruslan
berpaksikan kepada ajaran agama Islam dan nilai-nilai Islam itu sendiri.

12

Вам также может понравиться