Вы находитесь на странице: 1из 26

TUGASAN KUMPULAN

KURSUS : HMF 3043-MORAL DARI PERSPEKTIF AGAMA


__________________________________________________________________________________
TAJUK TUGASAN : MORAL DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN
_____________________________________________________________________________

AHLI-AHLI KUMPULAN :
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

NAMA PELAJAR
EBRONICA IVY ANAK DEHAN
JANENETTY ANAK KAREK
MALLISA ANAK BESEN
LILYANA ANAK SLI
AINA MARDIHAH BT. ABDUL MALEK
NURUL HIDAYAH BT. MOHAMAD RADZI
ANNUR MUNIRAH BT. ZAINAL

NO.MATRIKS
D20141066846
D20141066837
D20141066569
D20141066831
D20141066851
D20141066825
D20141066844

PENSYARAH:
EN. MUHAMMAD HASBI BIN ABDUL RAHMAN
TARIKH HANTAR:
15 OKTOBER 2015

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 Pengenalan

1-2

2.0 Objektif Kajian

3.0 Kepentingan Kajian

4.0 Definisi Operasional


4.1 Moral
4.2 Perspektif
4.3 Agama
4.4 Kristian

4-5

5.0 Latar Belakang Agama Kristian


5.1 Perkembangan Agama Kristian
5.2 Agama Kristian di Malaysia

6-9

6.0 Perkaitan Antara Agama Kristian dengan Moral


6.1 Ritual
6.2 Perayaan
6.2.1 Missa Kudus
6.2.2 Hari Krismas
6.2.3 Hari Pentakost
6.2.4 Hari Paska
6.3 Undang-undang dan Budaya

10-17

7.0 Pengaruh Agama Terhadap Individu dan Masyarakat

18-20

8.0 Nilai-nilai Amalan dan Kepercayaan dalam Agama


8.1 Kasih Sayang
8.2 Kesabaran
8.3 Kesetiaan
8.4 Kemurahan Hati dan Kebaikan

20-22

9.0 Penutup

23

Bibliografi

1.0

PENGENALAN

Zaman kini, manusia gemar kepada kehidupan yang bebas dan longgar. Gemar untuk
berbuat sesuka hati dan sukar untuk patuh kepada sesuatu peraturan. Sejarah telah
membuktikan bahawa banyak keruntuhan tamadun pada masa silam adalah berpunca
daripada sikap manusia itu sendiri yang tidak patuh kepada peraturan dan norma
masyarakat yang wujud atau disebabkan tindakan yang tidak bermoral.
Apakah yang dimaksudkan dengan Moral? Menurut bahasa Latin, Moral
(Moralis) berasal daripada perkataan mos, moris yang beerti kebiasaan, perangai
atau tingkah laku. Moral mengandungi sesuatu kepercayaan tentang hakikat manusia,
kepercayaan atau pegangan tentang kebaikan dan keburukan yang ingin dicapai,
peraturan mengenai sesuatu perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Perlu kita
ketahui bahawa moral itu berakal tunjang dari ajaran agama kerana ianya terhasil
daripada kepercayaan dan agama.
Oleh itu, kumpulan kami telah menjalankan satu kajian untuk menilai moral
dari perspektif agama Kristian. Agama Kristian adalah sebuah agama monothesis yang
berdasarkan kehidupan serta ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret. Tambahan pula,
penganut agama Kristian menanggap bahawa Yesus merupakan anak Yahwe Tuhan
Bapa dan beliau dikatakan telah membentuk sebahagian dari tritunggal. Tritunggal
bermaksud penyatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan asas (Jesus) dan roh Kudus yang
telah membentuk satu Tuhan. Penganut agama Kristian juga percaya bahawa Yesus
wujud bersama Yahwe sebelum dunia kemudiannya tercipta. Selain itu, penganut
agama Kristian percaya bahawa Yesus telah dilahirkan oleh Bunda Maria. Mereka juga
percaya bahawa Yesus telah dibangkitkan pada hari ketiga selepas kematiannya dan
percaya bahawa kitab injil telah diturunkan oleh Tuhan dan merupakan firman Tuhan
yang tidak mempunyai sebarang kesalahan serta ajarannya adalah muktamad.
Untuk pengetahuan semua, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan moral dari
perspektif agama Kristian secara umum. Tambahan pula, kajian ini dilakukan adalah

untuk melihat perkaitan antara moral dan agama Kristian dan saterusnya, untuk
melihat bagaimanakah agama kristian ini dapat mempengaruhi perkembangan
seseorang individu tersebut dari aspek moral. Disamping itu, mengkaji nilai-nilai yang
terdapat dalam agama Kristian dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan
Negara. Akhir sekali, bertujuan untuk mengkaji amalan dan kepercayaan yang
membentuk keperibadian moral yang lain.
Kumpulan kami telah memilih untuk menjalankan kajian ini di sekitar kawasan
Tanjong Malim sahaja. Kami telah memilih sebuah gereja Roman Katolik iaitu gereja
Holy Reedemer yang terletak di kawasan pekan Tanjong Malim, Perak. Pelbagai
informasi yang berguna telah kami perolehi daripada hasil temu bual yang dijalankan
dengan responden di gereja ini. Responden tersebut merupakan individu yang telah
lama bergiat dalam bidang teologi agama Kristian. Beliau merupakan seorang Father
di gereja tersebut. Nama beliau adalah Father Anthony Pillai. Beliau telah berkhidmat
di gereja tersebut lebih kurang selama sembilan tahun dari tahun 2006 hingga
sekarang. Sebelum ini beliau juga pernah berkhidmat di luar Negara selama beberapa
tahun. Pengalaman beliau yang luas dalam bidang ini merupakan salah satu sebab
mengapa kami memilih beliau sebagai responden.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk


a) mengkaji secara umum tentang agama kristian,
b) mengkaji perkaitan antara agama kristian dengan moral,
c) mengkaji bagaimana agama kristian mempengaruhi perkembangan seseorang
individu dan masyarakat daripada aspek moral,
d) mengkaji nilai-nilai, amalan dan kepercayaan yang terdapat dalam agama kristian
yang membentuk keperibadian moral yang lain.

3.0

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dianggap penting bagi menyedarkan semua pihak bahawa setiap agama
yang dianuti mempunyai kebaikan serta ajaran yang sangat baik bagi menjadi sebuah
panduan yang sangat berguna untuk memastikan keharmonian dan keamanan dapat
dicapai dalam kalangan masyarakat. Masyarakat harus sedar bahawa agama yang
dianuti sangat penting kepada diri setiap masyarakat kerana agama mampu
membentuk peribadi seseorang dan juga dapat mengubah tahap pemikiran seseorang
dari segi moral dan sahsiahnya. Hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat
membantu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepelbagaian
agama yang ada di Negara ini dan juga dapat membantu dalam memberi pendedahan
mengenai kepelbagaian agama yang terdapat di Negara ini.

4.0

DEFINISI OPERASIONAL

4.1

Moral

Secara etimologi, perkataan moral berasal daripada perkataan mos dalam bahasa
Latin, bentuk jamaknya mores, yang bermaksud tatacara atau adat istiadat.
Sementara itu, Widjaya (1985:154) menyatakan bahawa moral adalah ajaran
baik dan buruk tentang perbuatan dan kelakuan (akhlak). Menurut Al-Ghazali (1994:
31) pula, beliau mengemukakan pengertian ahklak, sebagai padanan kepada perkataan
moral, sebagai perangai (watak, tabiat) yang menetap kuat dalam jiwa manusia dan
merupakan sumber timbulnya perbuatan tertentu dari dirinya secara mudah dan ringan,
tanpa perlu difikir dan dirancang terlebih dahulu.
Berdasarkan huraian di atas, moral dalam kajian ini bermaksud gaya pemikiran
moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dalam yang diaplikasikan dalam
kehidupan seharian terutamanya dalam menekankan moral dari segi agama yang
dianuti.

4.2

Perspektif

Perspektif merupakan sudut pandang atau cara pandangan kita terhadap sesuatu. Ia
merupakan sebuah kaedah atau cara kita memberi pandangan terhadap sesuatu perkara
dalam mengamati sesebuah kenyataan bagi menentukan maklumat atau pengetahuan
yang kita peroleh.
Berdasarkan huraian di atas, perspektif dalam kajian ini bermaksud pandangan
yang diberikan berdasarkan agama yang dianuti terhadap ilmu atau pengetahuan
berkaitan dengan moral.

4.3

Agama

Dari sudut etimologi, perkataan agama berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu a merujuk
kepada tidak, gama merujuk kepada kacau, dan apbila digabungkan agama
bermaksud tidak kacau. Justeru itu, agama bermaksud peraturan, kepercayaan, haluan
dan jalan.
Menurut E.B.Taylor, istilah agama merujuk kepada kepercayaan kepada kuasa
ghaib. Agama seperti yang difahami di Barat adalah sebagai suatu kepercayaan dan
amalan, dianggap sebahagian daripada budaya dan tidak seharusnya merangkumi
keseluruhan sesuatu budaya.
Berdasarkan huraian di atas, agama dalam kajian ini bermaksud suatu
kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang dijadikan sebagai
panduan hidup.

4.4

Kristian

Merujuk kepada The Christian and Discipleship dalam artikel yang bertajuk The
Bibles Definition of Christian, perkataan Christian dikaitan dengan perkataan disciple
yang bermaksud murid. Perkataan Kristian turut dikaitkan dengan bukti nyata
mengenai kekuasaan Tuhan iaitu Jesus Christ, pengikut-pengikut kepada Jesus Christ,
perubahan kepada gaya kehidupan seseorang pengikutnya, penerimaan mesej-mesej
yang disampai oleh golongan nabi-nabi, kasanggupan untuk berkongsi kesengsaraan
Jesus Christ, dan kesanggupan untuk meneruskan perjuangan serta kesengsaraan yang
dialami Jesus Christ.
Berdasarkan huraian di atas, Kristian dalam kajian ini bermaksud sebuah
agama yang dianuti oleh golongan beragama Kristian di seluruh Negara ini.

5.0

LATAR BELAKANG AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian berasal dari Palesti dan berteraskan ajaran Jesus atau Nabi Isa.
Pengasas agama Kristian adalah Nabi Isa. Cerita berkaitan Nabi Isa boleh didapati
dalam kitab suci Krisian iaitu kitab Injil. Jesus dilahirkan di Baitul Laham pada kirakira 4 S.M. Sewaktu berusia 30 Tahun, beliau telah di utuskan oleh tuhan dan
melantiknya sebagai pesuruh Tuhan. Ajarannya sama dengan para-para nabi terdahulu
iaitu menyeru manusia menyembah dan mematuhi ajaran Tuhan yang satu. Tuhan
telah menurunkan kitab Injil melalui nabi Isa sebagai panduan kepada umat nabi Isa
pada ketika itu.
Menurut orang Kristian, tumpuan Agama Kristian telah di berikan kepada
kesucian atau kekudusan Jesus yang dianggap sebagai Tuhan (Jesus is Lord). Selain
itu, agama Kristian juga menekankan konsep trinity atau kesatuan tuhan iaitu
merangkumi tiga unsur utama iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Doktrin
Kristian adalah tritunggal yang mana dalam bahasa Latin trinitas tiga serangkai, dari
trinus tiga kali ganda iaitu mentakrifkan Tuhan sebagai tiga orang. Bapa, Anak
(Jesus) dan Roh Suci. Perkara ini adalah satu Tuhan di dalam tiga orang. Ketiga-tiga
orang itu berbeza, namun ia bersatu dari segi bahan, intipati atau kesemulajadian.
Dalam konteks ini, kesemulajadian ialah apa sesuatu itu manakala orang
ialah siapa sesuatu itu. Seperti sifat Tuhan itu sendiri yang tidak mungkin dapat
digambarkan, begitu juga dengan perkara yang sukar untuk difahami kerana ia adalah
rahsia Tuhan. Doktrin ataupun sistem kepercayaan ini telah menyatakan bahawa
Tuhan itu mempunyai tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Ketiga-tiga peribadi ini membentuk Tuhan yang Esa.
Agama Kristian ini semakin berkembang dari masa ke semasa dan telah
tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Kesan dari perkembangan ini bilangan penganut
agama Kristian pada hari ini menjadi bilangan penganut kedua yang terbesar selepas
penganut agama Islam. Walau bagaimanapun, sejak mula agama ini disebarkan
sehinggalah ke hari ini beberapa mazhab dalam agama Kristian telah lahir seperti
Katolik, Protestian dan Ortodoks.

Perkembangan agama ini berlaku dari satu zaman ke satu zaman. Pada asalnya
agama ini sukar diterima oleh masyarakat kerana awal abad pertama ramai penduduk
di muka bumi ini percaya akan kuasa ghaib dan dewa-dewi. Oleh kerana ajaran
Kristian menerapkan nilai-nilai murni dan beberapa faktor lain telah menyebabkan
agama Kristian mula tersebar dan diterima masyarakat Eropah pada ketika itu.

5.1

Perkembangan agama Kristian

Jesus dikatakan mula menyebarkan ajarannya secara berperingkat-peringkat


dikawasan sekitar tempat lahirnya hinggalah merata tempat di Palestin. Menurut
kepercayaan Kristian selepas kematian Jesus akibat disalib, ajaran beliau masih
diteruskan oleh pengikutnya iaitu Utusan Dua Belas. Salah seorang pengutusnya yang
bernama Peter mengasaskan ajaran Kristian dan menjadi bishop pertama Rom. Salah
seorang individu dikenali oleh orang Kristian iaitu Saint Paul yang berasal dari Tarsus
ini turut membantu dalam mengembangkan agama Kristian.
Paul dikatakan telah merantau hingga merata Asia Kecil, Greek dan ke Rom.
Kesannya pada abad ke 3 M agama Kristian telah bertapak di Mesir, Syria, Asia Kecil,
Greek, Italy serta Palestin. Sumbangan Paul paling nyata dalam proses perkembangan
agama Kristian.

Menurut Steward C. Eastern, ialah kejayaan beliau menjadikan

agama Kristian sebagai agama yang bersifat sejagat, iaitu milik manusia bukannya
milik insan yang terpilih seperti Yahudi. Dalam agama Kristian terdapat dua buah
kitab suci (Bible) iaitu Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New
Testament). Old Testament mengandungi 39 surah dalam bahasa Ibrani (Hebrew).
Manakala New Testament pula mengandungi 27 surah yang berbahasa Greek dan
merangkumi 4 gospel utama, iaitu John, Mathew, Mark dan Luke.

5.3

Agama Kristian di Malaysia

Sejarah memperlihatkan proses Kristianisasi bermula di Tanah Melayu sebaik sahaja


kemasukan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Bukti Kristianisasi dapat dilihat
daripada bangunan gereja-gereja bercat merah yang dianggap sebagai batu asas agama
Kristian di Malaysia. Bahkan di dalam Kota A Famosa dan kawasan sekitarnya
terdapat beberapa kubur para paderi dan ketua paderi Melaka teguh dijadikan kawasan
kunjungan para pelawat seluruh dunia. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di
Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada
tahun 1957.
Kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada orang Nestoria dan para
pedagang di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511. British memperolehi
Pulau Pinang pada tahun 1786 dan kemudiannya pada tahun 1795, Melaka diambil
semula daripada penaklukan Belanda sejak tahun 1641. Paderi-paderi dari Thailand
menubuhkan Seminar Major di Pulau Pinang pada 1810. LMS diasaskan di Melaka
dan Pulau Pinag sejak tahun 1815, tetapi kebanyakan misi Mazhab Protestant jatuh
setelah 1842 apabila berjaya untuk memasuki China. Kuasa Mazhab Katolik kekal
tetapi telah dibahagikan di antara Portugis dan Perancis.
Brethren

bermula

seawal

dari

1860

dan

Methodist

dari

1885.

Presbyterrianisme membesar melalui gereja-gereja Cina di Johor dan jemaah orang


asing di Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Misi puak asli Sengoi bermula pada
1932. Pentecostalisme menjadi sebuah pengaruh lebih besar melalui Gerakan
Charismatic pada tahun 1970an tetapi mubaligh Amerika Utara dan Ceylon telah
menjadi aktif dari 1935. Faktor utama pembesaran gereja adalah pendatangan. Di
Sabah, Misi Basle mula bekerja dikalangan pendatang Cina Hakka pada tahun 1882,
yang kebanyakkan mereka adalah Kristian. Pendatang Tamil ke Malaya termasuk
Katolik, Lutheran, Anglican dan Menthodist. Kedatanganan ini bertambah setelah
Pemberontakan Boxer, terutamanya ke Setiawan dan Sibu. Gereja Mar Thoma dan
Syrian Orthodoks telah ditubuhkan pada 1930an mengikut pendatangan dari pantai
kerela di India.
Bagi negeri Sarawak, Raja Brooke termasuk penyokongan untuk seorang
menteri Anglican dari 1847 dan Katholik telah dibenarkan. Pada 1928 Misi

Evangelical Borneo Australia bermula dengan bekerja untuk menghasilkan gereja


penduduk asli terbesar di Malaysia, SIB.

Gereja Lutherean Zion di Brickfield, Kuala Lumpur, 1924.

Malayan Christian Council (MCC), ditubuhkan pada 1948 sebagai Coordinated


Mission Groups. Orang cina ditempatkan ke dalam Perkampungan Baru. Mereka
berkhidmat dan berkerjasama dengan Kristian dalam bidang perubatan dan
kemasyarakatan. Walau bagaimanapun setelah merdeka pada tahun1957, terdapat
banyak gereja yang bergantung dengan orang asing. Pada tahun 1970an, gereja-gereja
tersebut telah mengembangkan strukturnya di Singapura dan mendapat sokongan
daripada orang asing. Gereja-gereja ini berkembang dan mendapat keinginan untuk
menubuhkan Kristian Malaysia. Kristian menjadi kuat melalui pendidikan. Antaranya
sekolah Anglican, Katholik dan Menthodist dimana sebahagiannya termasuk dalam
sistem pendidikan kerajaan. Penglibatan sosial dapat dilihat melalui bidang perubatan
termasuk pertubuhan-pertubuhan seperti Malaysian Care dan Salvation Army.

6.0

KAITAN ANTARA AGAMA KRISTIAN DENGAN MORAL

Ketika seseorang itu belajar tentang moral, dia belajar tentang prinsip kebaikan dan
keburukan. Setiap ajaran dalam agama menyeru umat-Nya untuk melakukan kebaikan
dan menghindari keburukan dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam agama
Kristian, umat-Nya diseru untuk saling mengasihi diantara satu sama lain, begitu juga
dengan didikan dalam moral. Dalam mengharungi kehidupan seharian yang semakin
maju selari dengan perkembangan dunia sekarang, manusia memerlukan pegangan
dalam hidup agar tidak tersesat daripada jalan kebaikan.
Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, dalam ajaran agama Kristian
terdapat perintah-perintah yang difirmankan oleh Tuhan yang menyeru umat-Nya
untuk menjalani kehidupan sebagai seorang umat Kristian yang beriman dan boleh
dijadikan sebagai garis panduan. Antara perintah Tuhan tersebut ialah Perintah
Sepuluh yang mengandungi sepuluh firman Tuhan. Firman tersebut dapat
mempengaruhi kelakuan seseorang untuk membentuk keperibadian dirinya. Firman
tersebut juga mengajar individu untuk menjadi seorang yang boleh memberi
sumbangan dalam msayarakat dan negara.
Menjadi seorang yang mampu menggunakan seluruh keupayaan yang ada pada
diri, kelihatan agak mustahil namun semua ini mampu ditempuh jika seseorang itu
mempunyai pendirian yang kukuh. Contohnya dalam pengajaran agama Kristian,
umat-Nya diseru agar tidak menjadi saksi kepada kepalsuan atau penipuan tentang
orang lain. Daripada ajaran tersebut dapat kita rumuskan bahawa dalam penyelesaian
sesuatu penyaksian atau perkara, kita hendaklah sentiasa berdiri pada penyataan yang
benar dan tidak boleh terpengaruh dengan anasir lain kerana hukumnya adalah dosa
sekiranya kita berbuat sedemikian.
Agama juga mengajar kita untuk melakukan kebaikan. Dalam ajaran agama
Kristian, ada firman yang menyeru kita untuk berbuat baik kepada orang di sekeliling
kita tidak kira musuh, lawan atau seteru. Perbuatan seperti ini secara tidak lansung
mendorong kita untuk menjadi seorang yang pemaaf, baik hati dan penyayang. Jika
kita lihat kepada masyarakat pada masa kini, amat sukar untuk kita dapat individu
yang memiliki sifat-sifat seperti itu. Sifat-sifat seperti itulah yang amat diperlukan
oleh seseorang untuk menjadi ahli masyarakat yang sempurna.

Selain itu, dalam agama Kristian juga ada ajaran yang melarang umat-Nya
untuk melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan
keadaan disekeliling. Pengajaran dalam moral juga mengandungi perkara seperti
tersebut. Masyarakat diajar dan diberitahu tentang kesan daripada perbuatan yang dia
lakukan sama ada kesan baik atau buruk. Larangan-larangan yang terdapat dalam
agama mengajar seseorang untuk menghindari kejahatan dan mendekatkan diri dengan
jalan kebaikan. Larangan seperti jangan mencuri atau jangan melakukan pembunuhan
menjadi garis sempadan kita sebagai manusia untuk menggunakan akal waras kita
bagi mengimbangi benda baik dan buruk.

6. 1

Ritual

Dalam agama Kristian Katolik terdapat 7 Sakramen iaitu Baptisma (Baptism),


Penguatan (Conformation), Ekaristi (Eucharist), Pengampunan Dosa (Reconciliation),
Pengurapan orang sakit (Anointing and care of the sick), Perkhawinan (Marriage) dan
Tahbisan Suci (Holy Orders). Perkataan Baptisma ini merupakan perkataan yang
diambil daripada bahasa Yunani yang bermaksud menenggelamkan atau lemas.
Baptisma ini merupakan Sakramen paling asas dalam menjadi seorang Katolik dan
juga menjadi prasyarat untuk menerima Sakramen yang lain. Baptisma diberikan
kepada bayi dan juga orang dewasa sebagai tanda mereka dilahirkan semula,
menyatukan umat dengan Kristus dan menjadi pengikut Jesus Kristus.
Seterusnya, Sakramen Penguatan yang diberikan pula diberikan sebagai tanda
perjanjian saksi kasih Tuhan dalam kata dan perbuatan. Sakramen ini adalah Sakramen
yang diberikan selepas Baptisma. Sakramen Penguatan memberikan Roh Kudus
kepada umat-Nya. Sakramen Ekaristi pula merupakan ritual seperti Perayaan Missa
Kudus. Ekaristi merupakan sakremen inisiasi ketiga dalam Gereja Katolik. Perayaan
ini diadakan untuk memperingati perjamuan terakhir Tuhan Jesus dengan anak-anak
murid-Nya pada malam sebelum Dia disalibkan. Bagi umat Katolik, Hosti Kudus dan
air anggur merupakan simbolik kepada penyerahan diri Tuhan Jesus sebagai tanda
cinta dan kasih-Nya terhadap umat-Nya.

Sakramen Pengampunan Dosa pula merupakan tanda umat Katolik berdamai


dan kembali dengan Kristus. Sakramen ini dilakukan dengan niat yang kuat untuk
bertaubat dan haruslah dijalankan oleh Paderi yang layak. Sakramen Pengurapan
orang sakit pula merupakan satu ritual yang diberikan kepada orang yang sakit teruk
melalui pengurapan minyak suci pada dahi dan kedua-dua belah tapak tangan dengan
diiringi doa-doa. Sakramen seterusnya ialah Sakramen Perkhawinan. Sakramen ini
hanya layak diberikan kepada umat yang ingin berkhawin dan jika umat tersebut
Katolik, dia haruslah melalui Sakramen ini untuk tujuan memberkati perkhawinan
mereka manakala Sakramen Tahbisan Suci pula hanya diberikan kepada umat yang
ingin menjadi paderi. Paderi pula hanya terdiri daripada umat lelaki yang sudah
dibaptiskan.
Selain daripada 7 Sakramen, terdapat juga satu ritual dimana paderi akan
membasuh kaki 12 orang lelaki pada sebelah petang atau malam sebelum Perayaan
Paskah (Easter). Perkara tersebut dilakukan untuk mengingati Jesus yang pernah
membasuh kaki kepada 12 orang anak murid-Nya untuk mengajar umat-Nya bahawa
Dia adalah diantara kita yang melayani. Upacara ini dilakukan sebelum berlakunya
Perjamuan Terakhir. Dalam Perjamuan Terakhir itu, Jesus Kristus telah membahagikan
roti dan anggur kepada anak-anak murid-Nya, Dia telah memberkati roti dan anggur:
Ambillah roti ini dan makanlah; makanlah; ini tubuh-Ku (Mat 26. 26-27).
Kemudian Dia mengambil cawan berisi anggur dan berkata Inilah darah-Ku yang
mengesahkan perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan umat-Nya; darah-Ku yang
dicurahkan bagi banyak orang supaya dosa mereka diampunkan (Mat 26. 28-29).
Perkara diatas masih dipraktikan sehingga ke hari ini untuk memperingati Jesus
Kristus.

6.2

Perayaan

Setiap agama mempunyai perayaan yang dianggap sebagai istimewa dan sangat
bermakna menurut kepercayaan mereka. Begitu juga dengan agama Kristian.
Penganut-penganut Kristian menyambut empat buah perayaan yang besar dan ianya
tertulis di dalam calendar yang dirujuk oleh penganut Kristian. Antaranya adalah
perayaan Missa Kudus, Hari Krismas, Hari Pentakost dan Hari Paskah.

6.2.1 Missa Kudus

Missa Kudus ataupun dikenali sebagai Eucharist. Ekaristi merupakan sebuah


lambang yang mewakili hati dan juga puncak kehidupan Gereja dan ini adalah kerana
dalam bulan itulah Kristus mengaitkan Gereja-Nya dan semua anggotanya dengan
pengorbanannya, pujian dan syukur yang ditawarkannya sekali bagi semua di atas
salib kepada Bapa-Nya; dengan korban ini, beliau mencurahkan rahmat keselamatan
pada badan beliau iaitu melalui Gereja. Jesus berkata: I am the living bread that
came down from heaven; if any one eats of this bread, he will live for ever; he who
eats my flesh and drinks my blood has eternal life and abides in me and I in him
(Jn 6:51, 54, 56).
Perayaan Ekaristi biasanya melibatkan pengisytiharan Firman Allah, bersyukur
kepada Allah Bapa untuk semua manfaat itu, di atas semua kurnia Anak-Nya,
pentahbisan roti dan anggur dan penyertaan dalam jamuan liturgi dengan menerima
tubuh dan darah Tuhan. Unsur-unsur ini merupakan satu perbuatan tunggal ibadat.
Ekaristi adalah peringatan Paskah Kristus, iaitu dari karya keselamatan yang dicapai
dengan kehidupan, kematian dan kebangkitan Kristus, karya yang dibuat di masa kini
dengan tindakan liturgi. Ia adalah Kristus sendiri, yang merupakan imam besar yang
kekal bagi Perjanjian Baru, yang bertindak melalui pelayanan para imam, yang
menawarkan pengorbanan Ekaristi. Dan ia adalah Kristus yang sama, yang benarbenar wujud atau hadir melalui roti dan wain yang merupakan persembahan korban
Ekaristi. Hanya golongan-golongan imam yang telah ditahbiskan bolrh mengetuai
sesebuah perayaan Ekaristi dan menguduskan roti dan wain agar roti dan wain
menjadi selah sebuah Tubuh dan Darah Tuhan.
Tanda-tanda yang penting dalam sakramen Ekaristi adalah roti gandum dan
wain anggur , di mana berkat Roh Kudus berdoa dan imam melafazkan kata-kata
pentahbisan yang dituturkan oleh Jesus semasa Perjamuan Terakhir : This is my body
which will be given up for you.... This is the cup of my blood.... oleh pentahbisan
yang transubstansi roti dan wain ke dalam Tubuh dan Darah Kristus yang dibawa. Di
bawah ditahbiskan roti dan wain Kristus sendiri , hidup dan mulia , hadir dengan cara

yang benar, sebenar, dan besar: Badan dan Darah , dengan jiwa dan beliau
ketuhanannya (rujuk Majlis Trent : DS 1640 ; 1651 ).
Pihak Gereja dengan berbesar hatinya menyarankan atau berpesan kepada
umat-umatnya yang telah menerima buah tubuh Jesus, dan juga terlibat serta dalam
Perayaan Ekaristi agar turut serta dalam perayaan ini sekurang-kurangnya sekali
dalam setahun. Ini adalah kerana Kristus telah menghadirkan dirinya dalam sakramen
mezbah, dan kehadirannya adalah untuk dihormati dengan penyembahan pujaan. To
visit the Blesse Sacrement is... a proof of gratitude, an expression of love, and a duty
of adoration toward Christ our Lord (Paul VI, MF 66)

6.2.2 Hari Krismas

Hari Krismas merupakan sebuah hari yang sering disambut oleh penganut agama
Kristian pada 25 Disember setiap tahun. Sambutan hari tersebut adalah bertujuan
untuk menyambut hari kelahiran Jesus. Ia juga dikatakan hari dimana cinta kasih
Tuhan kepada para umatnya. Ketika kelahiran Jesus, kegembiraan serta kesyukuran
telah dibawanya sekali dan ianya dikaitkan dengan kehadiran para gembala, orangorang yang bijaksana dan juga para malaikat. Kehadiran Jesus juga diketahui oleh para
pembesar dan raja-raja dengan melihat satu bintang yang sangat terang dan
menunjukkan arah di mana kelahiran anak Tuhan iaitu Jesus. Bintang yang dijadikan
sebagai petunjuk menunjuk kearah Betlehem, iaitu tempat dimana kelahiran Jesus.
Menurut Luke ( 2: 4-19 ),
So Joseph also went up from the town of Nazareth in Galilee to Judea, to Bethlehem
the town of David, because he belonged to the house and line of David. He went there
to register with Mary, who was pledged to be married to him and was expecting a
child. While they were there, the time came for the baby to be born, and she gave birth
to her firstborn, a son. She wrapped him in cloths and placed him in a manger,
because there was no room for them in the inn. And there were shepherds living out in
the fields nearby, keeping watch over their flocks at night. An angel of the Lord
appeared to them, and the glory of the Lord shone around them, and they were
terrified. But the angel said to them, Do not be afraid. I bring you good news of

great joy that will be for all the people. Today in the town of David a Savior has been
born to you; he is Christ the Lord. This will be a sign to you: You will find a baby
wrapped in cloths and living in a manger. Suddenly a great company of the heavenly
host appeared with angel, praising God and saying,: Glory to God in the highest, and
on earth peace to men on whom his favor rests. When the angels had left them and
gone in to heaven, the shepherds said to one another, Lets go to Bethlehem and see
thing that has happened, which the Lord has told us about. So they hurried off and
found Mary and Joseph, and the baby, who was lying in the manger. When they had
seen him, they spread the word concerning what had been told them about this child
and all who heard it were amazed at what the shepherds said to them. But Mary
treasured up all these things and pondered them in her heart.
Sambutan Hari Krismas merupakan sambutan yang memberi kesedaran kepada
umatnya agar mengasihi serta bersyukur dengan kelahiran Anak Tuhan iaitu Jesus.
Kebiasaannya, pada malam sebelum Hari Krismas, iaitu pada 24 Disember, umatnya
akan berada di Gereja untuk berdoa dan bersembahyang untuk mengingati apa yang
telah berlaku sebelum kelahiran Jesus. Terdapat juga aktiviti seperti lakonan dilakukan
untuk menceritakan balik kisah kehidupan sebelum kelahiran Jesus. Mengikut
kebiasaannya, upacara doa dan sembahyang dijalankan pada lewat malam.

6.2.3 Hari Pentakost

Pentakost merupakan sebuah perayaan yang merujuk kepada hari turunnya Roh
Kudus. Menurut buku Perjanjian Lama, Hari Pentakost merujuk kepada perayaan
lanjutan daripada hari Paskah iaitu setelah berlalunya 50 hari. When the day of
Pentecost had come they were all together in one place. And suddenly a sound came
from heaven like the rush of a mighty wind, and it filled all the house where they were
sitting. And there appeared to them tongues as of fire, distributed as resting upon each
one of them. And they were all filled with the Holy Spirit (Acts 2:1-4). The Holy
Spirit that Christ had promised to his disciples came on the day of Pentecost (Jn
14:26, 15:26; Lk 24:49; Acts 1:5). Para pembesar menerima kekuasaan dari yang
teragung dan mereka mula menyebarkan mengenai Jesus sebagai kebangkitan

Kristus, Raja dan Tuhan.

Secara tradisinya, saat-saat ini dikenali sebagai hari

ulangtahun bagi sesebuah Gereja.


Ketika Hari Pentakost disambut, kedatangan Roh Kudus disambut dengan
wahyu penuh triniti iaitu Bapa, Putera dan Roh Kudus.

Kegenapan Ketuhanan

ditunjukkan dengan Roh akan datang kepada manusia, dan puji-pujian Gereja
meraikannya sebagai tindakan terakhir Tuhan mendedahkan diri dan juga
mendedahkan sumbangan diri ke dunia ciptaan-Nya. Oleh sebab ini, Hari Pentakost
juga dikenali sebagai Hari Triniti berdasarkan tradisi Ortodoks. Semasa perayaan ini
dijalankan,

kebiasaannya,

sebuah

ikon atau

simbol

akan

digunakan

bagi

menggambarkan Holy Trinity iaitu tiga angka malaikat yang menunjukkan dirinya
kepada Abraham, iaitu bapa pengasas agama Kristian. Biasanya, simbol ini akan
diletakkan di tengah-tengah Gereja.
Selain daripada itu, Hari Pentakost juga dikenali sebagai Apocalyptic Day
yang merujuk kepada hari terakhir untuk pendedahan. Ia juga dikenali sebagai hari
kehidupan selepas kematian, yang bermaksud hari akhir-akhir dan sempurna. For
when Messiah comes and the Lords Day is at hand, the last days are inaugurated
in which God declares; I will pour out my Spirit upon all flesh. This is the
ancient prophecy to which the Apostle Peter refers in the first sermon of the Christian
Church which was preached on the first Sunday of Pentecost
(Acts 2: 17; Joel 2: 28-32).
Adalah sangat ditegaskan bahawa sambutan Hari Pentakost bukanlah disambut
semata-mata ianya telah dirayakan selama berabad-abad namun ianya adalah bertujuan
untuk melihat apa yang telah berlaku atau perubahan yang telah berlaku dalam Gereja
dan juga apa yang akan bakal berlaku terhadap Gereja para penganut Kristian. We all
have died and risen with the Messiah-King, and we all have received his Most Holy
Spirit. We are the temples of the Holy Spirit. Gods Spirit dwells in us (Rom 8; 1
Cor 2-3, 12;2 Cor 3; Gal 5; Eph 2-3).

6.2.4 Hari Paskah

Hari Paska merupakan sambutan dimana umatnya meraikan kebangkitan Tuhan Jesus
dari kematian selepas 3 hari kematiannya sepertimana yang telah tertulis dalam kitab
Kristian dalam New Testament. Menurut John dalam New Testament, Mary
Magdalene telah datang melawat makam di mana Jesus telah dimakamkan dan beliau
mendapati makam Jesus kosong. Mayat Jesus telah hilang daripada makamnya.
Datang seorang malaikat kepada Mary Magdelene memberitahunya bahawa Jesus
telah bangkit semula. Semenjak hari itu, penganut Kristian menyambut Hari Paska
dengan harapan sebagai memperingati hari kebangkitan Jesus.
Sebelum tibanya Hari Paska, penganutnya akan berpuasa selama 30 hari iaitu
bersamaan dengan satu bulan. Setiap hari jumaat dalam tempoh satu bulan,
penganutnya akan berpuasa dan menghadiri suatu upacara sembahyang yang akan
diadakan di Gereja.

6.3

Undang-undang dan budaya

Undang-undang yang terdapat dalam agama Kristian dapat dikaitkan dengan


Perintah Sepuluh (Ten Commandments). Perkataan Dekalog ini berasal daripada
bahasa Yunani iaitu deka yang merujuk kepada sepuluh dan logos iaitu kata. Perintah
Sepuluh ini merupakan ringkasan daripada peraturan-peraturan dasar perlakuan hidup
manusia dalam Perjanjian Lama dan menjadi pegangan hidup kepada seseorang umat
Kristian. Terdapat sepuluh perintah yang terkandung di dalamnya. Perintah-perintah
ini mengajar umat Kristian supaya berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.

7.0

PENGARUH AGAMA TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Menurut Mc. Guire, diri manusia memiliki bentuk sistem nilai tertentu. Sistem nilai ini
merupakan sesuatu yang dianggap bermakna bagi diri nya. Sistem nilai ini dibentuk
melalui proses belajar dan proses sosialisasi. Sistem nilai ini dipengaruhi oleh
keluarga, rakan-rakan, pendidikan dan masyarakat (Meredith B. Mc Guire, 1981: 24).
Seterusnya tulis Mc. Guire berdasarkan sumber informasi itu menjadi sistem yang
menyatu dalam membentuk identiti seseorang. Ciri khas ini terlihat dalam kehidupan
sehari-hari iaitu bagaimana sikap seseorang, penampilan mahupun untuk tujuan apa
seseorang itu turut serta dalam suatu kegiatan tertentu. Menurut pandangan Mc. Guire
dalam membentuk sistem nilai dalam diri individu adalah agama. Menurut Mc. Guire
sistem nilai yang berdasarkan agama dapat memberi pedoman bagi individu dan
masyarakat. Sistem nilai tersebut dalam bentuk kesahihan dan kebenaran dalam
kehidupan individu dan masyarakat.
Agama boleh juga berpengaruh sebagai motivasi dalam mendorong individu
untuk melakukan suatu aktiviti, kerana perbuatan yang dilakukan dengan berpegang
kepada keyakinan agama dinilai memiliki unsur kesucian, serta ketaatan. Ketaatan ini
akan memberi pengaruh kepada pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu.
Sedangkan nilai etika, maka dalam melakukan sesuatu tindakan, seseorang akan
berfikir sebelum dia melakukan sesuatu sama ada dia boleh melakukan atau tidak
boleh melakukan perkara tersebut menurut pegangannya terhadap agamanya. Selain
itu agama juga memberi ganjaran kepada agamanya di mana seseorang yang
melaksanakan perintah agama akan mendapat pengampunan dari Tuhan.
Para penganut agama berpendapat bahawa ajaran agama yang mereka anuti
memberikan ajaran-ajaran yang harus dipatuhi. Ajaran agama secara yuridis berfungsi
menyuruh dan melarang. Kedua-dua unsur mempunyai latar belakang yang
menjadikan agar peribadi penganut nya menjadi baik. Seterusnya keselamatan yang
diajarkan oleh agama adalah keselamatan yang meliputi bidang yang luas.
Keselamatan yang diberikan oleh agama kepada penganut nya adalah keselamatan
yang meliputi dua alam iaitu dunia dan akhirat. Dalam usaha untuk mencapai
keselamatan itu, agama telah mengajarkan kepada para penganutnya melalui
pengenalan kepada masalah yang berupa keimanan kepada Tuhan.

Apabila seseorang berpegang kepada agamanya, seseorang yang berasa


bersalah atau berdosa dapat mencapai kedamaian batin melalui pegangan nya terhadap
agamanya. Apabila seseorang bertaubat atau melakukan pensucian, rasa bersalah dan
berdosa akan segera hilang dari dalam dirinya. Agama akan membuat kan seseorang
segera merasa ingin bertaubat dan mensuci kan diri nya dari segala dosa kerana
individu tersebut tahu tanggungjawap nya kepada tuhan agamanya. Seterusnya ajaran
agama mendorong dan mengajak penganutnya untuk bekerja produktif, bukan saja
untuk kepentingan diri nya sendiri tetapi juga untuk kepentingan orang lain. Penganut
agama bukan saja diperintah kan bekerja secara rutin dalam pola hidup yang sama,
akan tetapi juga dituntut untuk melakukan inovasi dan penemuan baru.
Fungsi agama sebagai sosialisasi individu adalah individu, pada saat dia
menjadi dewasa. Satu sistem nilai diperlukan untuk pegangan umum untuk melakukan
aktivitinya di dalam masyarakat dan berfungsi sebagai tujuan akhir pengembangan
keperibadiannya. Setiap ibu bapa mengambil berat tentang sikap moral anak-anak
mereka seperti mengajarkan pendidikan agama supaya hidup beroleh keselamatan
dunia dan akhirat memandangkan keselamatan merupakan tujuan utama individu
berpegang kepada agama. Oleh itu, untuk mencapai tujuan tersebut harus melakukan
ibadat secara konsisten dan teratur, membaca kitab dan berdoa setiap hari,
menghormati dan menyayangi orang tua nya, bekerja keras, hidup secara
bersederhana, menahan diri dari tingkah laku tidak jujur, tidak berbuat yang tidak
senonoh dan mengacau, tidak minum minuman keras dan tidak berjudi. Maka
perkembangan dirinya terarah secara pasti serta konsisten dengan suara hati nya.
Teori keagamaan menurut Emile Durkheim bahawa fungsi agama sebagai
penyatu di antara masyarakat. Agama adalah sebuah kekuatan kolektif dari masyarakat
yang mengatasi individu-individu dalam masyrakat. Selain itu agama juga turut
menjawap masalah, persoalan dan keperluan hidup peribadi atau individu tertentu.
Berdasarkan pendapat Emile Durkheim di atas, dapat dikatakan agama dengan ritual
yang ada yang di jalankan oleh para pemeluk agamanya sesunguhnya dapat memberi
kesan pada perubahan sosial dan membentuk masyarakat yang berintegrasi. Fenomena
agama dalam perspektif Durkheim menjadi sangat positif yang mana menyatakan
agama dapat membentuk suatu masyarakat yang harmonis dan mengutamakan serta
membangkitkan semangat bersatu padu dalam perkembangan dan perubahan
kehidupan bermasyarakat.

8.0

NILAI-NILAI, AMALAN DAN KEPERCAYAAN DALAM AGAMA

8.1

Kasih sayang

Istilah cinta dalam bahasa asalnya agape adalah diambil daripada istilah Yunani yang
bermaksud cinta yang tidak mementingkan diri sendiri, atau cinta tanpa batas, ataupun
cinta tanpa syarat. Dalam tradisi Kristian, agape bermaksud cinta yang meliputi
keseluruhan iaitu yang sering sinonim dengan kasih sayang Tuhan terhadap makhlukNya. Tuhan mengasihi dan menyelamatkan orang yang tidak mengharapkan sebarang
balasan dalam hidupnya. Cinta seperti ini adalah kasih sayang yang diberikan Tuhan
kepada makhluknya yang terpilih sebagai contoh, apabila seseorang itu telah
melakukan kebaikan seperti menolong orang yang dalam kesusahan dia akan
melakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Oleh itu,
orang yang telah menerima kasih sayang daripada Tuhan, mereka perlu sedar bahawa
cinta kepada sesama manusia dan dunia. Nilai kasih sayang yang diberikan oleh Tuhan
kepada manusia bukanlah satu pilihan. Nilai cinta adalah satu keperluan yang perlu di
wujudkan dalam diri oleh sesiapa sahaja tidak kira di mana sahaja samada yang tua
atau muda, kanal-kanak, pelajar mahupun sesiapa sahaja.
Intipati utama dalam kepercayaan Kristian secara keseluruhan adalah kasih
sayang. Cinta kepada Tuhan dan cinta kepada sesama manusia.
37 Jawab Yesus kepadanya: Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu
dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. 38 Itulah hukum yang
terutama dan yang pertama. 39 Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah:
Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. 40 Pada kedua hukum inilah
tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi.(Mat 22: 37-40).

8.2

Kesabaran

Dalam bahasa Yunani, sabar mempunyai dua pengertian iaitu pertama adalah
semangat yang tidak pernah kenal erti menyerah kalah sehingga akhir perjuangan
(dalam penderitaan). Kedua adalah berkenaan hubungan dengan sesama manusia
sebagai contoh menahan diri untuk tidak memanfaatkan hasrat ingin membalas
dendam kerana perbuatan orang lain yang menyakitkan, seperti kesabaran Kristus
pada Paulus yang berdosa;
1;16 Tetapi justeru kerana itu aku dikasihani, agar dalam diriku ini, sebagai orang
yang paling berdosa, Yesus Kristus menunjukkan seluruh kesabaran-Nya. Dengan
demikian aku menjadi contoh bagi mereka yang kemudian percaya kepada-Nya dan
mendapat hidup yang kekal. (Tim 1:16)

Kesabaran adalah sesuatu yang harus dimiliki oleh seseorang penganut


Kristian. Rasul Paulus berulang kali mengimbau penganut Kristian untuk saling
bersabar antara satu sama lain. Bahkan, kesabaran sebenarnya adalah satu ujian yang
sebenar bagi penganut Kristian. Perwatakan penganut Kristian yang sejati adalah tanda
utama kelahiran baru dan terlibat dalam kesabaran yang sejati. Sabar adalah bukti
yang menunjukkan bahawa seseorang yang benar-benar pengikut Yesus ialah orang
yang sabar membuat dia tetap bersyukur walaupun hidup walaupun hidup dalam serba
kekurangan. Sabar membuat seserorang itu tidak merungut dengan apa yang ada
dalam dirinya dan tidak pernah sesekali mempunyai sifat berputus asa kerana dia
percaya akan kasih dan pertolongan Tuhan Yesus Marilah kepada-Ku semua yang
letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu (Matius
11:28).

8.3

Kesetiaan

Kesetiaan di ambil daripada perkataan pistis yang bermaksud boleh percaya.


Perkataan ini adalah menjadi perkara biasa dalam hari-hari Yunani. Istilah ini merujuk

kepada ciri-ciri dalam diri seseorang yang boleh dipercayai. Jangka setia juga
bermaksud melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sebagai contoh,
apabila kita berjanji untuk setia dalam perhubungan dengan seseorang, maka apa yang
perlu dilakukan adalah sentiasa sabar dan setia dengan rintangan dan halangan yang
berlaku. Kesetiaan seseorang akan memperlihat proses bagaimana kesetiaaan itu
berlaku daripada mula hinggalah akhir. Tuhan Yesus ialah seorang tokoh yang sesuai
dalam agama Kristian apabila kita menginginkan pasangan yang menyatakan
kesetiaan dalam kehidupan seharian kerana beliau telah menyelesaikan tugasnya
kerana sanggup mati disalib. Oleh itu, semua umat-Nya dituntut untuk setia kepada
Yesus dan beriman ke atasnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan godaan.
Yesus berkata bahawa setiap manusia yang setia dalam perkara-perkara kecil yang
Tuhan telah memberi kepercayaan kepada kes-kes yang besar (Matius 25: 14-30).

8.4

Kemurahan hati dan kebaikan

Kemurahan hati dan kebaikan adalah dua perkataan yang hampir sinonim. Kemurahan
hati dan kebaikan adalah satu sikap hidup seseorang yang mempunyai kerelaan hati
memberikan pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan
ganjaran.
Dalam kepercayaan agama Kristian, asas kemurahan hati dan kebaikan
difahami sebagai tanggapan manusia terhadap kemurahan hati dan kebaikan Tuhan
yang terlebih dahulu mengasihi manusia (Yohanes 3:16). Tuhan mempunyai
keperibadian yang penuh dengan kemurahan dan kebaikan-Nya yang tidak henti-henti
memberikan keberkatan hari demi hari. Berdasarkan kekayaan dan kemuliaan-Nya,
Kristus Yesus sentiasa bermurah hati memenuhi keperluan makhluknya. Sebab itu
Tuhan Yesus memberikan arahan kepada manusia untuk mencontohi kemurahan hati
dan kebaikan kepada manusia agar sentiasa berbuat baik kepada orang lain yang
memerlukan bantuan. Yesus berkata begitu juga kehendak-Nya terangmu bercahaya
di di hadapan orang ramai supaya makhluk hidup melihat perbuatanmu yang baik
dan memuliakan Bapamu yang di syurga (Mat 5:16).

9.0

PENUTUP

Dari penulisan ini dapatlah disimpulkan bahawa agama sangat berkait rapat dengan
moral kerana setiap agama menyeru umatnya membuat kebaikan. Agama juga
menekankan penerapan nilai moral dalam pelbagai aspek kehidupan penganutnya
untuk dijadikan pegangan hidup melalui peraturan dan nilai murni yang tercatat dalam
kitab-kitab suci agama masing-masing. Kehidupan beragama turut mempengaruhi
sesorang individu supaya menjalankan kehidupan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Melalui penulisan ini juga, dapatlah kita mengetahui beberapa amalan dan
kepercayaan yang diamalkan serta perayaan-perayaan yang disambut oleh penganut
agama Kristian yang berkait rapat dengan pengajaran nilai moral untuk dijadikan
panduan serta pedoman hidup umat-Nya lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama di Malaysia.
Oleh yang demikian, diharapkan agar penyelidikan seperti ini dapat diteruskan
agar masyarakat dapat memahami perkaitan antara moral dengan agama seterusnya
menjadi penganut yang baik dan taat kepada suruhan agama masing-masing lebihlebih lagi kepada pelajar yang mengikuti kursus Moral dari Perspektif Agama.

BIBLIOGRAFI

Daniel Nuhamara & Daniel Stefanus. (2013). Pendidikan Agama Kristen dan budi
pekerti. [Edisi PDF]. Diperoleh daripada
https://docs.google.com/file/d/0B5pV85wgoUDha2FUXzJ2bVZWYjg/view
Dennis Hink. 2003. The Bibles Definition of Christian.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Khader. (2010). Pengaruh faktor
keagamaan terhadap kualiti hidup individu. Diperoleh daripada
http://www.ukm.my/hairun/kertas%20kerja/artikel%20faktor
%20keagamaan.pdf
Noebel, M. The real meaning of Christmas. Diperoleh daripada
http://www.cbn.com/spirituallife/Devotions/Noebel_MeaningofChristmas.aspx
Shamsul Kamarudin. (2011). Kepentingan pendekatan kepercayaan dan keyakinan
kepada Tuhan melalui Pendidikan Teknik dan Vokasional. Journal of Edupres,
(1), 249-257. Diperoleh daripada
http://eprints.utm.my/17071/1/JOE-1-2011-031.pdf
Sulaiman Mohd Suhaimi. (2012). Pengajian Moral MPW1153 [slaid Powerpoint
Diperoleh

daripada

https://www.scribd.com/doc/106782792/01-Definisi

Moral Etikan-Nilai#scribd
Wahyuni. (2012). Peranan agama dalam perubahan sosial. AL-FIKR, 16(1), 185-202.
Diperoleh daripada http://www.uin-alauddin.ac.id/download-15-Wahyuni.pdf

Вам также может понравиться