Вы находитесь на странице: 1из 4

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas
rumah hijau (karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida) di dalam
sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah
terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di
dalam mana-mana ruang.

Proses Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti,
karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap
normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat
penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses
pembebasan haba.

1.menyebabkan pencairan ais di kutub dan kawasan pergunungan


2. mengakibatkan kenaikan suhu dunia/ global
3. berlakunya kenaikan aras laut
4. daratan yang rendah ditenggelami air / pulau ditenggelami air
5. peluasan kawasan gurun
6. penurunan hasil pertanian/ penternakan kerana kurang fotosintesis
7. kandungan gas oksida dalam udara meningkat
8. menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia.

Kesan Rumah Hijau Kepada Dunia


Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang
memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal
disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara
berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami
kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan
menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan
dan menyebabkan peningkatan aras laut.

(a) Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan
(b) Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.
(c) Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan
kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.

Punca Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia.
Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi
yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan
akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah
hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara,
seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol,
sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga
menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

1. banyak berlaku pembakaran terbuka/ pembakaran hutan


2. banyak asap dari kereta atau kenderaan

3.
4.
5.
6.
7.
8.

banyak asap dari kilang


pembakaran bahan api fosil berlebihan
kurang pokok / tumbuhan hijau / penerokaan hutan berlebihan
penggunaan petrol berplumbum yang banyak
Pembebasan bahan CFC dari alat hawa dingin yang banyak.
Ujian senjata nuklear yang berlebihan.

Kaedah Mengurangkan Kesan Rumah Hijau


Antara langkah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui
penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan
kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas
rumah hijau dapat dikurangkan.

1. menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi.


2. mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak
mencemarkan alam sekitar.
3. mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar.
4. kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum
5. memasang alat penapis asap kilang
6. menjalankan pembakaran menggunakan incinerator
7. berkongsi kereta
8. menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai
9. menjalankan R&D

Вам также может понравиться