Вы находитесь на странице: 1из 5

My essay in Kursus Induksi Umum Siri 1/08

KERUNTUHAN AKHLAK DI KALANGAN PARA


REMAJA DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS. JELASKAN
PUNCA TERJADINYA PERMASALAHAN INI DAN
STRATEGI JANGKA PANJANG UNTUK MENGAWAL
DAN MENGATASINYA.

Remaja merupakan intipati kepada kemajuan negara kerana mereka bakal


mewarisi pucuk pimpinan negara. Pendek kata Remaja berkualiti dapat
melahirkan warisan kepimpinan yang utuh dan mampu berjuang untuk
mengekalkan kemerdekaan negara kita.

Gejala keruntuhan akhlak remaja masa kini adalah satu isu yang hangat dan
perlu di banteras segera oleh semua pihak. Masalah-masalah yang boleh
dikategorikan sebagai keruntuhan akhlak ialah seperti pergaulan bebas, Seks
luar nikah, lumba haram, penyalahgunaan dadah, buli, dan budaya kuning
seperti punk, skinshead dan Gothic.

CONTOH-CONTOH KERUNTUHAN AKHLAK

1.Pergaulan bebas

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak dikawal akan
mengundang kepada gejala seks bebas. Gejala seks bebas boleh
menyebabkan menularnya penyakit kelamin dan juga HIV serta AIDS.

2.Seks luar nikah

Seks luar nikah perlu dibendung kerana ia akan mengundang remaja 


mengandung di luar nikah dan seterusnya akan terjadinya kes-kes
pembuangan bayi. Banyak yang sering kita lihat di kaca televisyen dan di
dada-dada akhbar bagaimana bayi-bayi yang tidak berdosa ini dibuang ditepi-
tepi longkang dan tong sampah. Betapa zalimnya manusia sanggup
membuang dan membunuh bayi yang masih bertali pusat ini akibat desakan
hasil daripada perbuatan keji mereka.

3.Lumba haram

Kegiatan lumba haram atau istilah moden sebagai rempit amat digemari oleh
remaja yang kononnya mereka berasa bebas dan mendapat kepuasan
dengan menunggang motorsikal secara laju yang boleh mengancam nyawa
dan orang-orang di sekeliling mereka. Kegiatan lumba haram ini disertai
dengan berkumpulan dan setiap mereka mempunyai nama-nama gelaran
kumpulan. Mereka ini juga sering terlibat dengan pergaduhan antara
kumpulan. Mereka juga mewujudkan gejala pergaulan bebas dan
penyalahgunaan dadah.

4.Penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan dadah akan menghancurkan negara dan bangsa kerana ia


akan membuatkan mereka tidak produktif dan sentiasa hidup di dalam
keadaan tidak realistik kerana asyik terlalu berkhayal dengan dadah. Ia harus
dibendung kerana penagihan dadah akan menyumbang kepada kejadian
jenayah ragut, mencuri dan merompak akibat tiada modal untuk membeli
dadah bagi mengatasi ketagihan mereka. Yang amat menyedihkan
kebanyakan penagih-penagih dadah ini adalah daripada bangsa Melayu Islam
yang berada di pusat-pusat pemulihan di seluruh negara.

5.Buli

Kes-kes buli amat membimbangkan pada masa kini. Ianya satu budaya yang
perlu ditangani kerana ianya jelas satu penderaan dan boleh menyebabkan
kecederaan. Sebelum ianya menjadi semakin serius, pihak-pihak yang
terbabit perlu memantau gejala yang tidak sihat ini.

6.Budaya kuning

Budaya kuning yang dibawa dari pengaruh barat contohnya seperti punk,
skinhead dan gothic perlu di pandang serius oleh kerajaan dan juga
masyarakat. Gejala budaya kuning ini akan mengundang kepada masalah
sosial seperti pergaulan bebas, samseng dan keruntuhan akidah dengan
memuja syaitan dan Iblis.

PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK.

1.Kemerosotan Hubungan Kekeluargaan

Punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi


asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain
itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam
aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa
atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama
lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja
membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan


kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu
bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-
ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan
tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

2.Pengaruh Kawan-kawan

Remaja juga mudah dipengaruhi oleh kawan-kawan remaja lain yang suka
bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan
sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu
bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak 
remaja  mendorong pada kerosakkan akhlak. Remaja yang terlalu awal
terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks
tanpa bimbingan mencukupi juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan
akhlak.

3.Pengaruh Persekitaran dan Media

Pengaruh persekitaran, luaran dan media seperti televisyen dan internet  juga
sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam
menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat
dipaparkan  melalui persekitaran dan media yang seterusnya menyebabkan
mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini.

4.Tekanan Di Sekolah

Pengaruh tekanan di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak


remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan
terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam
menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar
mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat
dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang
perhatian daripada ibu bapa di rumah.
CARA MENGATASI MASALAH

1.Peranan Ibubapa

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu
bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan
penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih
anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima
kelemahan diri serta meneroka potensi anak-anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi contoh (role model) kepada anak-anak.

2.Pihak Sekolah dan Guru-guru

Pendekatan Modal Insan dan ceramah–ceramah agama. Di sudut akademik


pula ia boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti
penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas.

Satu lagi langkah lain yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti


kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah
penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini
akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut.

Pihak sekolah juga boleh mewujudkan sistem perundangan di sekolah.


Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa
takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan
disiplin.

3.Pihak Berkuasa

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang


kuasa polis yang sedia ada boleh membantu dengan menahan pelajar-pelajar
yang ponteng sekolah dan melepak. Kuasa polis juga perlu digunakan oleh
pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir
hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis.

4.Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa
seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif.

KESIMPULAN

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja mestilah ditangani dengan segera


untuk kesejahteraan dan keselamatan Negara. Pelbagai langkah boleh
diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah
memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun
langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu
bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Вам также может понравиться