Вы находитесь на странице: 1из 15

DATA

Kajian ini melibatkan sejumlah 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar
prasiswazah Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UTMKL). Responden
dipilih terutamanya dari fakulti MJIIT dan penghuni di Kolej Kediaman Siswajaya. Borang kaji
selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian. Semua responden diberi satu set borang soal
selidik yang sama bagi mendapatkan maklumat tentang pandangan mereka terhadap nilai-nilai
Masyarakat India dan respon mereka terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai
tersebut.
HASIL KAJIAN
PROFIL RESPONDEN
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 21 orZang lelaki dan 9 oang perempuan iaitu
70.0% dan 30.0%. Dari segi kumpulan umur, kesemuanya adalah pelajar berumur antara 15-29
tahun, manakala dari segi etnik pula, 46.6% adalah pelajar yang berkaum India dan diikuti
dengan Melayu, Cina dan lain-lain dalam peratusan 20.0%,16.7% dan 16.7%.
Antara pelajar yang berkaum India iaitu sebanyak 14 orang, sebanyak 71.43% adalah
beragama Hindu diikuti dengan 21.4% beragama Kristian dan 7.1% adalah beragama Islam
manakala kesemuanya pelajar Melayu beragama Islam dan pelajar Cina beragama Buddha.
Tamil merupakan bahasa ibunda kepada 13 orang pelajar India iaitu 92.9% dan hanya seorang
yang bertutur dalam bahasa Punjabi iaitu 7.1%.
Pengenalan dan pandangan terhadap nilai-nilai masyarakat India dalam kalangan pelajar
universiti akan dikategori kepada dua kumpulan iaitu pelajar India dan bukan India. Ini dapat
dilihat dari beberapa aspek iaitu, tahap pendedahan, persefahaman, persepsi responden,
kesesuaian dalam masyarakat moden dan cara-cara mempertahankannya terhadap nilai-nilai
masyarakat India.

Perkara

Jumlah(N=30)

Peratus

Jantina:

Kategori Umur:

Kaum:

Agama:

Bahasa Ibunda:

Pekerjaan:

Lelaki

21

70.0

Perempuan

30.0

15-29 tahun

30

100.0

30 ke atas

0.0

Indian

14

46.6

Melayu

20.0

Cina

16.7

Lain-lain

16.7

Hindu

10

33.3

Islam

23.3

Buddha

20.0

Kristian

23.3

Tamil

13

43.3

Punjabi

3.3

Cina

16.7

Melayu

20.0

Rangus

3.3

Kadazan

3.3

Iban

3.3

Kelabit

3.3

Pelajar

30

100.0

Sektor swasta

0.0

Jadual 1: Profil Responden


TAHAP PENDEDAHAN TERHADAP NILAI-NILAI MASYARAKAT INDIA

Soalan mengenai sumber-sumber pembelajaran nilai-nilai masyarakat India adalah


bertujuan untuk mengenal pastikan tahap pendedahan para pelajar terhadap nilai-nilai tersebut.
Berdasarkan Jadual 2, hampir semua pelajar yang berkaum India pernah mempelajari nilai-nilai
murni masyarakat India di sekolah sebelum ini iaitu, 85.7% daripada 14 orang pelajar India.
Kesemuanya pelajar India, iaitu 100% bersetuju bahawa ibu bapa mereka pernah mengajar
mereka tentang nilai-nilai tersebut manakala terdapat 85.7% bersetuju bahawa kawan-kawan
mereka juga pernah mengajar mereka tentang nilai-nilai tersebut. Selain daripada itu, hanya
seorang pelajar India yang tidak pernah terdedah dengan nilai-nilai tersebut melalui media massa
sebelum ini. Dengan ini, tahap pendedahan terhadap nilai-nilai masyarakat India adalah amat
tinggi bagi golongan pelajar India bahawa 91.1% pelajar India telah menjawab "Yes" dalam
soalan-soalan yang diberikan.
Berbanding dengan pelajar yang berkaum India, tahap pendedahan terhadap nilai-nilai
tersebut oleh pelajar bukan India adalah agak rendah bahawa hanya 34.4% daripada jumlah 16
pernah terdedah kepadanya. Pendedahan nilai-nilai tersebut melalui sekolah sebelum ini dengan
persetujuan 50% manakala ibu bapa adalah rendah dengan hanya 12.5%. Kawan-kawan dan
media massa juga menjadi salah satu sumber bagi pelajar bukan India untuk mempelajari nilainilai tersebut dengan persetujuan 43.8% bagi kedua-dua pendedahan tersebut. Antara pelajar
bukan India, pelajar Cina adalah golongan pelajar yang mempunyai pendedahan yang paling
rendah terhadap nilai-nilai tersebut manakala golongan pelajar beretnik Melayu dan lain-lain
adalah agak sama dalam tahap pendedahan.

Jadual 2: Tahap Pendedahan Nilai-nilai Masyarakat India Bagi Golongan Pelajar India

Jadual 3: Tahap Pendedahan Nilai-nilai Masyarakat India Bagi Golongan Pelajar Etnik Lain-lain
PERSEFAHAMAN TERHADAP NILAI-NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
Item mengenai persefahaman tentang nilai-nilai masyarakat India adalah bertujuan untuk
mengenal pastikan persefahaman pelajar prasiswazah terhadap nilai-nilai tersebut. 13 nilai-nilai
telah diberi kepada responden untuk memilih, namun, hanya 7 nilai-nilai tersebut adalah nilainilai masyarakat India. Antara nilai-nilai yang betul adalah sistem keluarga bersama,
kepercayaan terhadap hukum Karma, menolak kemewahan hidup, kelarangaan minum arak,
menguasai nafsu, keadilan dalam pemerintahan dan menikmati aspek manusia.
Berdasarkan Jadual 4, antara nilai-nilai yang banyak dipilih oleh pelajar yang berkaum
India adalah sistem keluarga bersama, pembentukan sahsiah diri dan kepercayaan terhadap
hukum Karma dengan 100.0%, 92.9% dan 100%. Namun begitu, pembentukan sahsiah diri
bukan nilai teras dalam masyarakat India. Nilai-nilai diikuti adalah keadilan dalam pemerintahan
dan mementingkan hak manusia iaitu nilai-nilai teras masyarakat India dengan kedua-duanya
mendapat peratusan 85.7%. Kesemua pelajar India juga memilih keutamaan pendidikan yang
sebenarnya bukan nilai teras bagi masyarakat India.
Bagi golongan pelajar bukan India, kebanyakan mereka telah memilih nilai sistem
keluarga bersama, kepercayaan terhadap hukum Karma dan mementingkan hak manusia dengan
peratusan 93.8%, 87.5% dan 87.5%. Ini bermaksud mereka menganggap nilai-nilai tersebut
adalah nilai-nilai teras yang amat penting bagi masyarakat India. Walaupun begitu, mereka juga
memilih nilai pembentukan sahsiah diri dan keutamaan pendidikan iaitu sebanyak 92.9% dan
100.0% yang sebenarnya bukan nilai-nilai teras.
Data tersebut telah menunjukkan kedua-dua golongan dalam kajian ini masih ada
persefahaman yang tidak begitu dalam terhadap nilai-nilai masyarakat India.

Jadual 4: Persefahaman Terhadap Nilai-nilai Tradisional Masyarakat India

NILAI-NILAI MURNI TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA YANG WUJUD DALAM


MASYARAKAT INDIA

Bahagian kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan pandangan responden bahawa


adakah masyarakat India masih mengamal nilai-nilai masyarakat India melalui perlakuan
masyarakat India kini yang dinyatakan dalam soal-selidik.
Golongan responden yang berkaum India bersetuju bahawa perlakuan berhidup bersama
keluarga, tidak melakukan kesalahan supaya mengelakkan balasan buruk dan menghormati orang
lain amat menunjukkan nilai-nilai masyarakat India dan masih dikekalkan. Ini dibuktikan
bahawa hampir kesemuanya bersetuju dengan perlakuan tersebut. Walaupun begitu, dari soalselidik menunjukkan tidak setujunya dalam perlakuan menjauhkan minuman arak. Ini dapat
dilihatkan bahawa kebanyakan respondan berpendapat neutral terhadap kenyataan tersebut dan
ada juga sebahagian tidak bersetuju dengannya.
Dari segi perspektif respondan yang terdiri daripada kaum lain-lain,kebanyakan tidak
bersetuju dengan perlakuan menjauhkan minuman arak. Ini bermaksud golongan masyarakat
India memberi impresi yang negatif kepada kaum lain-lain dalam kenyataan tersebut. Selain itu,
kebanyakan respondan berpendapat neutral terhadap sikap berpuas dengan kehidupan sekarang
dan menunjukkan masyarakat tidak begitu puas dengan hidup. Namun begitu, masyarakat India
masih member impresi yang baik dalam perlakuan berhidup bersama keluarga, menghormati
orang lain dan mengikuti ajaran agama.

Kaum India:
Tahap Setuju
(1: Tidak Setuju, 5: Sangat Setuju)

Berhidup bersama keluarga

11

Tidak melakuan kesalahan supaya


mengelakkan balasan buruk

10

Berpuas dengan kehidupan sekarang

Menjauhkan minuman arak

Mengawal pemikiran tepat

Menjadi pemimpin tidak memberat


sebelah

Menghormati orang lain

11

Mengikuti ajaran agama

Kaum lain:
Tahap Setuju
(1: Tidak Setuju, 5: Sangat Setuju)

Berhidup bersama keluarga

11

Tidak melakuan kesalahan supaya


mengelakkan balasan buruk

Berpuas dengan kehidupan sekarang

Menjauhkan minuman arak

Mengawal pemikiran tepat

Menjadi pemimpin tidak memberat


sebelah

Menghormati orang lain

Mengikuti ajaran agama

10

Jadual 5: Nilai-nilai tradisional masyarakat India yang masih diamalkan oleh kaum India kini.

NILAI-NILAI MURNI TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA YANG WUJUD DALAM


MASYARAKAT KINI
Kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan pandangan responden bahawa adakah
masyarakat kini mengamalkan nilai-nilai tradisional India. Antara nilai-nilai murni tradisional
masyarakat India yang disoal, nilai sistem keluarga bersama mendapat persetujuan yang paling
tinggi iaitu seramai peratusan sebanyak 83.3 % daripada semua responden. Ini bermaksud nilai
sistem keluarga masih diwujudkan di masyarakat sekarang dan masih dikekalkan oleh semua
kaum dan bangsa. Ini menunjukkan nilai tersebut amat dipentingkan dalam kehidupan kesemua
orang. Selain itu, nilai mementingkan hak manusia masih diwujud oleh masyarakat sekarang
dalam pandangan 80% responden. Ini bermaksud semua responden mempunyai kesefahaman
bahawa hak manusia adalah amat penting dan perlu dipertahankan oleh orang ramai. Sementara
itu, nilai menolak kemewahan hidup telah diabaikan oleh masyarakat sekarang. Hanya 16.7 %
responden bersetuju nilai ini masih wujud dalam masyarakat kini. Ini menunjukkan orang ramai
pada masa kini amat mementingkan kehidupan yang mewah dan materialistik.

Jadual 6: Nilai-nilai Masyarakat India yang Masih Wujud Dalam Masyarakat Kini Termasuk
Kaum Lain
KAEDAH UNTUK MEMPERTAHANKAN NILAI-NILAI TRADISIONAL
MASYARAKAT INDIA
Demi mempertahankan nilai-nilai masyarakat India, 4 kaedah telah dicadangkan bagi
responden untuk menjawab. Kaedah yang dicadangkan adalah melalui pendidikan melalui
pelbagai pihak yang tertentu. 93.3% responden sejumlah 30 orang pelajar bersetuju bahawa
pendidikan melalui keluarga adalah amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai tersebut. Ini
diikuti dengan pendidikan melalui pihak sekolah, 86.7% responden bersetuju pihak sekolah juga
memainkan peranan yang tidak boleh dipandang remeh dalam mengatasi masalah tersebut.
Selain daripada itu, kaedah pendidikan melalui kawan juga mendapat peratusan sebanyak 60%.
Akhirnya, pendidikan media massa mendapat persetujuan yang paling rendah, iaitu 53.3%.
Dengan ini, kami mendapati kesemua kaedah yang dicadangkan mempunyai impak yang
tertentu dalam menyelesaikan isu ini.

Jadual 7: Kaedah Untuk Mempertahankan Nilai-Nilai Trandisional Masyarakat India

KESESUAIAN NILAI-NILAI MASYARAKAT INDIA PADA MASA KINI


Analisi mengenai kesesuaian pengamalan nilai-nilai tradisional masyarakat India pada
masa kini juga dijalankan bertujuan untuk mengenal pastikan pandangan masyarakat kini
terhadap kepentingan dan keperluan wujudnya nilai-nilai tersebut pada masa kini. Hasilnya
adalah sebanyak 96.7% bersetuju dengan mengekalkan nilai-nilai tersebut pada masa kini.
Kesemuanya memberi komen bahawa nilai-nilai tersebut akan memberi impak yang positif
kepada orang ramai masa kini. Namun begitu, 3.3% responden iaitu hanya seorang yang tidak
bersetuju dengan ini oleh sebab nilai-nilai yang sesuai untuk masyarakat akan selalu bertukar
mengikut masa yang tidak sama. Ia juga akan bertukar mengikut keperluan masyarakat sekarang.

Jadual 8: Kesesuaian Bagi Mengamalkan Nilai-nilai Masyarakat India Dalam Kehidupan Kini

PERBINCANGAN
Dalam kajian ini, sebanyak 30 orang pelajar prasiswazah telah dipilih untuk mengisikan
borang soal-selidik yang sama. Sebanyak 46.6% adalah pelajar India dan 53.4% pelajar bukan
India telah dipilih bagi menjalankan perbandingan terhadap pandangan dan pengenalan mereka
terhadap nilai-nilai masyarakat India. Hasil kajian telah membuktikan bahawa golongan pelajar
India mempunyai pendedahan yang amat tinggi terhadap nilai-nilai masyarakat India. Ini dapat
dijelaskan mereka dibesarkan dalam keluarga India dan pencurahan nilai ilmu tersebut kepada
mereka adalah ibu bapa dan kawan-kawan sekeliling. Bagi golongan kaum lain, pendedahan
adalah agak rendah. Ini kerana kaum lain-lain mempunyai nilai-nilai masing-masing terutamanya
kaum Cina yang menunjukkan pendedahan yang paling rendah. Golongan kaum Cina amat
berpegang teguh dengan nilai dan amalan sendiri mereka dan ini menyebabkan kekurangan
peluang kepada golongan kaum Cina terdedah kepada ilmu nilai masyarakat lain.
Hasil kajian kami juga menunjukkan kedua-dua golongan kaum India dan bukan India
mempunyai persefahaman yang tidak begitu tepat terhadap nilai-nilai teras masyarakat India. Ini
dapat dilihat bahawa kedua-dua pihak telah memilih pilihan yang salah tentang nilai-nilai
masyarakat India. Kebanyakan mereka menganggap opsyen keutamaan pendidikan sebagai salah
satu nilai teras yang sebenarnya yang tidak tepat. Ini dapat dijelaskan pengangapan tersebut
adalah disebabkan suasana Malaysia yang amat memupukkan kepentingan pendidikan kepada
generasi yang muda. Dari segi hak manusia, kesemuanya pihak pula mengakui bahawa ia
merupakan elemen yang amat krucial bagi masyarakat India. Namun begitu, masyarakat India
juga selalu memberi impresi yang negatif kepada masyarakat lain, kebanyakan kaum lain selalu
berasa golongan masyarakat India selalu melakukan sesuatu yang tidak baik. Ini dibuktikan
bahawa perlakuan masyarakat India yang dinyatakan dalam soal-selidik tidak mendapat
persetujuan daripada semua respondan. Masyarakat India juga selalu dianggap kaki botol dan
banyak respondan tidak bersetuju dengan kenyataan perlakuan masyarakat India yang akan
menjauhkan minuman arak.
Secara umun, Malaysia merupakan masyarakat yang mengandungi pelbagai kaum dan
bangsa.Walaupun nilai-nilai masyarakat India merupakan nilai yang positif, ia banyak
dipengaruhi oleh nilai-nilai masyarakat lain. Walaubagaimanapun, nilai-nilai tersebut dianggap

sebagai semakin lupus dalam masyarakat kini sepandangnya banyak remaja tidak lagi
menitikberatkan dan menghayati nilai-nilai tersebut. Pandangan responden telah menunjukkan
kebimbangan ini walaupun masih ada sebahagian nilai-nilai murni tradisional masyarakat India
yang dapat dipertahankan sampai sekarang.Malaysia juga negara yang amat mementingkan hak
manusia dan ini telah reflek dalam soal-selidik. Kekurangan nilai menolak kemewahan juga amat
membimbangkan kita kerana ia akan mengakibatkan kelupusan ajaran kaum dan agama yang
diwarisi sejak nenek moyang. Pengejaran kekayaan secara tidak langsung juga akan
menyebabkan kelupusan nilai-nilai lain yang akan menjejaskan negara kita.
Bahagian akhir dalam soal-selidik ini telah menunjukkan responden mengakui bahawa
nilai-nilai tradisional masyarakat India akan membawa impak positif kepada kita dan ia juga
membantu dalam pembentukan satu masyarakat yang harmoni dan aman. Taraf hidup manusia
semakin tinggi mengikuti kemajuan teknologi, keperluan manusia telah menjadi tidak sama
digandingkan dengan masyarakat lama. Isu-isu baru akan berlaku. Manusia memerlukan fikiran
dan akal yang modern untuk mengatasi masalah yang ditimbulkan. Tanpa nilai-nilai tradisional
tersebut, masyarakat tidak dapat menyelesaikan masalah dengan efisien. Pertukaran minda
adalah penting untuk menghadapi cabaran yang akan datang.

Вам также может понравиться