Вы находитесь на странице: 1из 22

Falsafah

a) Berilmu Beramal:menyemai kesedaran bahawa ilmu yang diperolehi seseorang itu adalah untuk
berjasa dan berbakti kepada masyarakatnya juga.
b) Manusia adalah makhluk yanng sempurna: boleh berdidik,berkemampuan untuk belajar dan mencapai ketinggian
intelek.
c) Pembelajaran,keupayaan pembelajaran dan pencapaian seseorang pelajar bukannya berpunca dari sifat
semulajadinya,tetapi dari persekitarannya sama ada dalam atau luar bilik darjah.
d) Setiap orang berhak mendapat pelajaran yang sewajarnya,sejajar dengan kehendek-kehendak Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan proses peningkatan daya pengeluaran negara.
e) Disiplin diri, ketekunan,serta semangat jayadiri adalah punca-punca utama dalam kemajuan.
f) Manusia yang berilmu adalah manusia yang berjaya dalam penghidupnnya.
Matlamat Am
a) Untuk menghasilkan golongan masyarakat yang berilmu
b) Untuk membentuk pelajar-pelajar yang berdisiplin,berkeperibadian dan berakhlak mulia.
c) Untuk memberi pelajaran yang secukupnya kepada semua peringkat demi mengenap hidup masyarakat yang
lebih selesa.
d) Untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat yang bertanggungjawab demi kepentingan agama bangsa dan Negara.
Matlamat Khas
a)Meningkatkan pencapaian akademik dari segi kuantiti dan kualiti dengan usaha-usaha yang lebih oleh ibu
bapa,pelajar ,para guru dan pihak pentadbiran sekolah melalui:
i. Penyediaan sumber -sumber ilmu,rujukan,peralatan yang lengkap dan lain-lain
ii.Penyediaan secara individu atau kumpulan di dalam atau luar sekolah
iii.Rancangan-rancangan penggalak untuk pembinaan sikap yang positif,sahsiah yang bersepadu,pemikiran yang kritikal
dan disiplin yang mantap.

PERATURAN -PERATURAN SEKOLAH

1.PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (PELAJAR LELAKI)


1.1 Baju Kemaja
1.1.1 Baju Kemeja putih berlengan pendek atau yang panjang bukan bercorak fancy. (Lihat Lampiran1)
1.1.2 Jika memakai baju berlengan panjang hendaklah dikancing di pergelangan tangan. Jika dilipat.lebar lipatan lengan
baju mesti melebihi 4 cm dan dilipat hingga ke atas paras siku.
1.1.3 Butang butang logam tidak boleh digunakan.
1.1.4 Butang baju hendaklah sentiasa dikancing supaya kelihatan kemas.
1.1.5 Satu poket yang terletak di sebelah kiri sahaja dibenarkan.
1.1.6.Baju yang terlalu ketat atau longgar adalah dilarang.
1.2 Seluar
1.2.1. Seluar panjang berwarna hijau (dark olive)
1. 2.2.Tidak menggunakan butang-butang logam
1.2.3. Lipatan di hujung seluar tidak dibenarkan. Ukuran seluar panjang di pergelangan kaki mesti antara 40cm-45cm
keliling iaitu 20cm-22.5cm ukuran panjang. Bahagian hujung kaki seluar mestilah menutupi buku lali.
1.2.4. Seluar yang berpoket tampal dan flaptidak boleh dipakai.(lihat rajah-lampiran 1)
1.2.5.Seluar panjang yang singkat (menempakkan buku lali), ketat, sempit, terlalu longgar dan berkaki lebar (bell bottom)
adalah dilarang.
1.2.6.Tidak boleh memakai seluar yang berunsur Jeans dan Bermudas, faded Slack.
1.2.7. Sebarang tampalan tidak dibenarkan.
1.3 Tali Pinggang
1.3.1 Berwarna hijau kehitamm-hitaman (dark olive)..
1.3.2 Lebarnya antara 2.5 cm - 3.0 cm (1 inci - 1.2 inci)
1.3.3.Kepalanya atau buckle tidak besar (tidak melebihi 1.3 inci) dan tidak berukiran atau bercorak / disaluti emas.(Lihat
Lampiran 1)
1.3.4.Dipakai dengan kemas.Jangan berlebihan panjang.
1.3.5 Tali pinggan fancy tidak boleh digunakan.
1.4 Kasut
1.4.1 Kasut messtilah berwarna putih dan dari jenis kanvas.
1.4.2.Tanda cap atau lambang yang berjalur atau yang berwarna tidak dibenarkan.
1.4.3 Kasut jenis Bootstidak boleh dipakai.
1.4.4 Kasut selipar atau sandal tidak dibenarkan dipakai ke sekolah kecuali atas sebab-sebab kesihatan.
1.4.5 Kasut sukan (sport shoes) boleh digunakan pada waktu PJK dengan syarat kasut tersebut berwarna putih atau hitam.
Kasut berwarna-warni tidak dibenarkan
1.5 Stoking
1.5.1. Setiap pelajar wajib memakai sarung kaki yang berwarna putih sahaja .
1.5.2.Sarung kaki yang mempunyai sebarang jalur tidak boleh dipakai.
1.5.3. Panjang sarung kaki mesti dipakai 3 cm ke atas buku lali.
1.5.4. Sarung kaki/stoking yang jarang dilarang dari memakainnya.

1.6 Rambut
1.6.1. Tiap-tiap pelajar lelaki mesti berambut pendek dan disikat kemas. (lihat rajah lampiran 3)

1.6.2. Berambut panjang dilarang sama sekali. Maksud berambut panjang adalah seperti berikut:
(i) Di belakang : ranbut jatuh melebhi garis di bawah cuping dua telinga
(ii) Di hadapan : rambut menutup garis tengah dahi
(iii) Di tepi
: rambut menutupi kedua-kedua telinga atau sebahagian daripadanya dan jambang melebihi garis
tengah hidung.
(iv) Di atas
: rambut lebih daripada 6 atau 15 cm panjang.
1.6.3 Mengerinting rambut tidak dibenarkan.
1.6.4 Gel,mouse,dye pewarna tidak dibenarkan.
1.6.5 Rambut yang berfesyen /fancy tidak dibenarkan.
1.6.6 Rambut berunsur punk, skinhead, Kpop dilarang.
1.7 Misai dan Janggut
1.7.1 Pelajarprlajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut atau kedua-duannya.
1.8 Lencana
1.8.1 Lencana kain mesti dijahit dan tag nama mesti dipakai pada bahagian atas poket baju sahaja supaya nampak dengan
jelas. (Lihat Lampiran 1)
1.8.2 Setiap pelajar dimestikan memakai lencana sekolah dan tag nama semasa berada di kawasan sekolah atau semasa
mengikut aktiviti-aktiviti sekolah (termasuk mengikuti rombongan/lawatan)
1.8.3 Lencana dan tag nama yang diconteng atau dihiasi atau diubahsuai dianggap rosak dan akan dirampas (mesti diganti
dengan segera)
1.8.4.Tidak dibenarkan memakai tag nama orang lain atau meminjamkan kepada pelajar-pelajar lain.
1.8.5 Penggunaan kad pelajar adalah digalakkan.
2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (PELAJAR PEREMPUAN)
2.1 Baju
2.1.1 Pelajar perempuan Islam digalakkan memakai baju kurung berwarna putih setiap hari.
2.1.2 Pelajar-pelajar perempuan bukan Islam boleh memakai blaus putih berlengan pendek.
2.1.3 Lengan baju kurung tdak boleh dilipat kecuali semasa kerja-kerja amali.
2.1.4 Baju kurung hendaklah dikancing dengan butang atau pin yang kecil.
2.1.5 Baju yang berlajur ,berlubang dan jarang tidak dibenarkan.
2.1.6 Baju-T tidak boleh dipakai kecuali hari ada waktu Pendidikan Jasmani atau semasa menjalani GERKO.
2.1.7 Lengan blaus tidak boleh melebihi paras siku.
2.2. Kain dan Pinafore:
2.2.1 Kain/Pinafore berwarna biru muda (turquoise) yang disahkan sahaja boleh digunakan.
2.2.2 Kain yang berjalur,jarang dan berlubang tidak dibenarkan.
2.2.3 Kain sarung hendaklh jeis A Line.
2.2.4 Panjang Pinafore hendakalh sampai paras lutut dan labuhnya mesti ikut potongan A Line.
2.2.5 Lebar ikatan Pinggang di antara 2.5 cm-3.0 cm.
2.2.6 Pinafore hendaklah mengikut fesyen yang telah ditetapkan.(lihat lampiran 4,5 dan 6)
2.3 Kasut: Rujuk 1.4 (Lihat Lampiran 4)
2.4 Stoking : Rujuk 1.5 (Lihat Lampiran 4)
2.5 Rambut
2.5.1 Rambut yang panjang menyentuh kolar mesti diikat dengan reben hitam ,putih atau biru.
Ikatan rambut sebagai tocang (plait ) atau ponytail adalah dibenarkan.(lihat rajah-lampiran 4)
2.5.2 Klip rambut berwarna hitam,putih atau biru sahaja dibenarkan.
2.5.3 Rambut yang berfesyen-fesyen atau dikerinting/diluruskan (rebonding) tidak dibemarkan .
2.5.4 Fringe rambut tidak melebihi hening.
2.5.5 Mousse atau gel dilarang.
2.5.6 Dilarang mewarnakan rambut.
2.6 Tudung Kepala :

2.6.1 Pelajar-pelajar perempuan(khususnya pelajar-pelajar perempuan Isalm )digalakkan memakai tudung kepala/ mini
telekung.
2.6.2 Kain tudung mesti berwarna putih, berbentuk segitiga sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainnya
(lihat rajah lampiran 4)
2.6.3 Anak telekung berwarna hitam sahaja dibenarkan.
2.6.4 Sebarang bentuk brooch(kerosong) tidak dibenarkan.
2.6.5 Tudung hendaklah dilabuhkan melebihi bahu.
2.6.6 penggunaan tudung berfesyen tidak dibenarkan.
3. PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS SEKOLAH
3.1 Pengawas Lelaki
3.1.1 Baju putih berlengan pendek atau panjang.
3.1.2 Seluar panjang mengikut warna yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.1.3 Lencana pengawas dan bertali leher.
3.1.4 Kasut Kanvas atau kulit yang berwarna hitam.
3.1.5 Stoking berwarna putih.
3.2 Pengawas Perempuan
3.2.1 Baju kurung/blaus berlengan pendek atau panjang warna putih.
3.2.2 Kain sarung atau skirt berwarna yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.2.3 Kasut kanvas berwarna hitam.
3.2.4 Stoking berwarna hitan
3.2.5 Kain tudung kepala atau mini telekung berwarna putih.
3.2.6 Anak telekung berwarna putih.
3.2.7 Lencana pengawas dan bertali leher (bagi yang memakai blaus sahaja)
4. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI/LATIHAN SUKAN
4.1 Pelajar Lelaki
4.1.1 Seluar track bottom sekolah/berwarna hitam/biru gelap.
4.1.2 Tidak terlalu ketat.
4.1.3 Baju T putih berkolar atau baju T sekolah.
4.2 Pelajar Perempuan
4.2.1 Seluar Track Bottom sekolah/berwarna hitam/biru gelap.
4.2.2 Seluar Track Bottom terlalu ketat hingga menampakkan tubuh badan tidak dibenarkan.
4.2.3 Baju T putih berkolar/baju T sekolah
4.2.4 Kasut (rujuk peraturan 1.4.5)
4.3 Pakaian Pada Hari Rabu/Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
4.3.1 Pelajar-pelajar diwajibkan memakai uniform lengkap pada hari perhimpunan bulanan kokurikulum.
4.3.2 Pelajar-pelajar dibenarkan menggunakan T shirt unit uniform dengan syarat seluar yang digunakan adalah
mengikut warna seperti berikut:(i) Kadet Polis Slack biru gelap/seluar sekolah
(ii) Kadet Bomba Slack biru gelap/seluar celoreng bomba/seluar sekolah
(iii) PBSM Slack putih/seluar sekolah
(iv) KRS Seluar sekolah/seluar hijau gelap KRS
(v) KAPA Slack hitam/seluar KAPA
(vi) Puteri Islam Slack hitam/Track
4.3.3 Semua pelajar mesti memakai kasut hitam kecuali bagi unit PBSM pada hari rabu.
4.4 AM

4.4.1 Pelajar-pelajar lelaki dilarang melepaskan baju keluar semasa atau selepas waktu persekolahan di dalam kawasan
sekolah.
4.4.2 Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai dengan kemas, segak, bersih dan juga sesuai sebagai seorang pelajar yang
berdisiplin.
5. KEHADIRAN SEKOLAH
5.1 Waktu Persekolahan
5.1.1 Waktu Persekolahan ialah :
Isnin, Selasa dan Khamis
Rabu
Jumaat

7.30 pagi 2.30 petang


7.30 pagi 3.10 petang
7.30 pagi 11.50 pagi

5.1.2 Pelajar-pelajar mesti berada di sekolah 5 minit sebelum loceng sekolah dibunyikan.
5.1.3 Tepat jam 7.20 pagi pelajar-pelajar mesti berada di tapak perhimpunan sekolah (roll call)
5.1.4 Bagi pengawas-pengawas, ketua-ketua tingkatan dan pelajar-pelajar yang bertugas membersihkan kelas hendaklah
berada di tempat bertugas masing-masing 15 minit sebelum loceng dibunyikan.
5.1.5 Semasa waktu PdP dijalankan, semua pelajar mesti berada di bilik darjah atau di tempat yang dijadualkan.
Berlengah-lengah untuk masuk ke dalam kelas dengan sengaja adalah satu kesalahan.
5.1.6 Keluar dari kelas masing-masing tanpa kebenaran guru waktu pelajaran sedang dijalankan adalah suatu kesalahan
dan tindakan disiplin boleh dikenakan. Pas keluar mesti dipamerkan/digantung pada baju/pinafore (bahagian atas).
Kehadiran mengikut masa yang telah dijadualkan bagi latihan olahraga, sukan dan perjumpaan persatuan/kelab
adalah wajib.
5.1.7 Pelajar-pelajar sesi pagi dilarang memasuki atau berada di kawasan sekolah tanpa kebenaran (Isnin-Jumaat) mulai
jam 3.30 tengahari hingga 6.45 pagi pada keesokan harinya dan juga Sabtu mulai 12.45 tengahari hingga 6.45 pagi
pada hari Isnin.
5.2 Lewat Sampai ke Sekolah.
5.2.1 Pelajar-pelajar yang sampai ke sekolah selepas jam 7.30 pagi adalah dianggap lewat dan nama mereka akan dicatat.
5.2.2 Bagi pelajar yang datang lewat atau lambat ke sekolah lebih daripada sekali akan dibawa ke pengadilan Ketua-ketua
Pengawas/ Guru Pengawas / Guru Disiplin/ Penolong Kanan Hem.
5.3 Ketidakhadiran (Tidak Hadir Sekolah)
5.3.1 Pelajar-pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau sesuatu sebab yang tertentu hendaklah:
i) Memberitahu pihak sekolah dengan segera.
ii) Membawa bersama-sama surat Akuan Doktor atau Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga apabila hadir
semula ke
sekolah.
5.3.2 Pelajar-pelajar yang tidak hadir dan apabila ke sekolah semula tanpa surat-surat kebenaran di atas akan dianggap
ponteng sekolah dan tindakan disiplin akan dikenakan.
5.3.3 Seseorang pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah melebihi 3 hari mestilah meminta warisnya memberitahu
sekolah sebab-sebab ia tidak hadir. Sekiranya pelajar tersebut terus tidak hadir tanpa sebarang perkhabaran,
pengetua akan menghantar surat peringatan pertama dan kedua. Sekiranya pelajar tersebut terus tidak hadir juga,
surat berdaftar akan dihantar. Sekiranya pelajar masih tidak hadir juga, maka dianggap pelajar itu berhenti
sekolah.

5.4 Sakit Pada Waktu Persekolahan


5.4.1 Pelajar-pelajar yang sakit perlu berjumpa dengan guru bertugas mingguan pada awal pagi dan akan dirujuk ke
klinik/hospital (jika perlu)
5.4.2 Pelajar-pelajar yang telah menerima rawatan perlu masuk semula ke kelas selepas pulang dari klinik kecuali:
i) sakit yang serius (perlu direhatkan di bilik sakit atau dibawa pulang oleh waris)
ii) diberi cuti sakit oleh pegawai perubatan/doktor (dibawa pulang oleh waris)
5.4.3 Bagi pelajar asrama yang diberi cuti sakit, pelajar perlu memaklumkan perkara tersebut kepada guru tingkatan dan
warden untuk tindakan selanjutnya.
5.4.4 Pelajar-pelajar yang telah mengalami/merasa sakit sebelum sesi persekolahan dinasihatkan untuk tidak datang
langsung ke sekolahpada hari berkenaan dan segera mendapatkan rawatan kesihatan.
6. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
6.1 Budi Pekerti Dan Tingkahlaku:
6.1.1 Pelajar-pelajar hendaklah bergaya seperti seorang pelajar, cergas, bersopan santun, berpakaian kemas dan menjadi
DUTA SEKOLAH yang baik sepanjang masa.
6.1.2 Semangat dan sikap toleransi, tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan, pengawas, kakitangan sekolah
dan pelawat adalah suatu amalan yang baik. SEMANGAT ini hendaklah ditunjukkan pada setiap masa.
6.1.3 Perkara-perkara yang sensitif yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA dan AKTA HASUTAN tidak
boleh disentuh dan dibincangkan pada bila-bila masa di dalam atau di luar sekolah.
6.1.4 Gunakan bahasa pertuturan yang baik (bahasa baku) setiap masa. Pelajar-pelajar digalakkan menggunakan
BAHASA MALAYSIA dan BAHASA INGGERIS dalam perbualan sehari-hari.
6.1.5 Tingkahlaku yang sopan mesti ditunjukkan sepanjang masa kepada guru-guru, rakan-rakan, pelajar, ibu bapa,
pekerja-pekerja sekolah dan orang luar.
6.1.6 Pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan menjawab apabila ditanya pada bila-bila masa. Menjawab apabila ditanya
adalah satu cara menunjukkan KESOPANAN.
6.1.7 Jangan bercekak pinggang semasa bercakap dengan guru/pelawat dan jangan bercakap dengan guru/pelawat sambil
berjalan atau berlari.
6.1.8 Memberi ucapan ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA dan TERIMA KASIH harus menjadi
amalan biasa sebagai tanda hormat kepada guru-guru,rakan-rakan,kakitangan sekolah dan orang luar di mana sahaja
berada.
6.1.9 Semasa BERTUTUR gunakan bahasa yang sopan dan gaya yang tertib.Menjerit-jerit memanggil kawan,ketawa
terbahak-bahak atau mengilai dengan sekuat nafsu adalah DILARANG.
6.1.10 Merayau-rayau(Loitering) di keliling bilik darjah/bangunan sekolah berseorangan, berdua-duan atau dalam
kumpulan adalah DILARANG.
6.1.11 Berlari, bermain-main dan berjalan-jalan di hadapan dan di berhampiran Pejabat, Bilik Pengetua, Bilik Gerakan,
Bilik Guru atau Bilik Rehat Guru adalah tidak dibenarkan kecuali ada urusan.
6.1.12 Pelajar-pelajar dibenarkan masuk ke pejabat dan boleh berjumpa dengan pengetua hanya jika ada urusan
penting.Sebelum itu pelajar-pelajar mesti meminta kebenaran guru tingkatan atau guru yang menguruskan sesuatu
perkara terlebih dahulu. Jika hendak mendapat Surat Akuan(Testimonial) mestilah diuruskan melalui guru
tingkatan. Sebelum masuk hendaklah MENGETUK PINTU terlebih dahulu dan jangan masuk sebelum dipanggil.
6.1.13Sengaja berlengah-lengah di tandas menukar pakaian sebelum/selepas pelajaran Pendidikan Jasmani adalah
DILARANG.

6.1.14 Seseorang pelajar hendaklah berdiri di sebelah tepi tangga sekiranya ada guru/pengetua/pelawat yang berjalan
menaiki/turun tangga untuk memeberi jalan dan sebagai tnda hormat.
6.1.15 Pelajar-pelajar ditegah merokok, berjudi, mengambil atau melibatkan diri dengan dadah, minum arak dan
melakukan perbuatan jenayah.
6.1.16 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik atau aktiviti-aktiviti yang diharamkan.
6.1.17 Adalah menjadi kewajipan setiap orang pelajar mematuhi arahan dan perintah guru sama ada di dalam bilik darjah
atau di luar bilik darjah. Membantah atau ingkar perintah guru adalah dianggap sesuatu yang berlawanan dengan
disiplin seorang pelajar dan tindakan disiplin akan dikenakan.
6.1.18 Menyedari peraturan-peraturan sekolah adalah kebaikan semua dan MESTI DIPATUHI.
6.1.19 Pelajar-pelajar ditegah daripada membuat sebarang posting yang berbentuk fitnah, menghasut, mencela,
memburuk-buruk orang lain terutamanya pelajar, guru, pentadbir sekolah kakitangan sekolah dan nama baik
sekolah ke dalam mana-mana platform media sosiol. Pelajar boleh dikenakan tindakan berdasarkan akta
komunikasi dan multimedia bergantung kepada keseriusan posting yang dibuat.
6.2 Tatatertib Di Dalam Kelas:
6.2.1 Pelajar-pelajar mesti berada di dalam kelas masing-masing pada waktu belajar mengikut jadual waktu kelas.
6.2.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan MENINGGALKAN KELAS sewaktu pelajaran berjalan kecuali atas urusan
penting. Dalam hal ini guru yang mengajar/ketua/penolong ketua tingkatan mesti diberitahu.(pas keluar mesti
dibawa bersama-sama.)
6.2.3 Diam atau belajar sendiri secara senyap pada masa ketiadaan guru. Ketua/Penolong Ketua Tingkatan
bertanggungjawab mengawasi kelas dan memberitahu guru yang sepatutnya memasuki kelas waktu itu. (Selepas
lima minit waktu belajar bermula)
6.2.4 Duduk di atas kerusi dengan keempat-empat kaki kerusi rapat di atas lantai. Duduk dengan mencondongkan kerusi
adalah DILARANG.
6.2.5 Letakkan beg di atas lantai dan bukan di atas kerusi supaya ada keselesaan, duduk semasa belajar.
6.2.6 Berlari-lari dan berkejar-kejaran di dalam bilik darjah/serambi/di tangga bangunan sekolah adalah satu kesalahan
besar.
6.2.7 Sewaktu meninggalkan bilik darjah untuk ke bilik-bilik khas, ketua tingkatan dan penolongnya mesti menentukan
pelajar-pelajar bergerak dalam satu barisan dua orang dan berjalan pada sebelah kaki lima menghala ke tempat yang
dituju. Pergerakan ini dibuat dengan pantas dan senyap.Tutupkan suis lampu dan kipas angin sebelum
meninggalkan bilik darjah.
6.2.8 Semasa di bilik-bilik Khas, perpustakaan dan bilik sumber, pelajar-pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan
Khas yang ditentukan di bilik-bilik tersebut.
6.2.9 Sewaktu guru mengajar, pelajar-pelajar mestilah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan mempunyai
semangat untuk bertanding antara satu sama lain. Membuat kerja salain daripada apa yang ditugaskan oleh guru
adalah satu KESALAHAN.
6.2.10 Kerja rumah yang diberi mesti diselesaikan, dengan usaha sendiri dan bukan meniru dan dihantar pada waktu
ditetapkan oleh guru. Pelajar-pelajar yang ingkar tanpa sebab-sebab yang munasabah akan disiasat dan tindakan
yang sewajarnya akan diambil oleh pihak sekolah.
6.2.11 Pelajar-pelajar mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi ujian/peperiksaan dan mestilah berusaha bersungguhsungguh untuk mendapat keputusan yang baik.
6.2.12 Pelajar-pelajar yang menerima biasiswa atau sebarang bantuan pelajaran hendaklah menunjukkan kemajuan yang
memuaskan dalam pelajarannya. Jika tidak, biasiswa atau bantuan mereka akan ditarik balik.
6.2.13 Pelajar-pelajar mestilah menjelaskan semua yuran sekolah yang ditetapkan secepat mungkin.
6.3 Tatatertib Masuk Ke Kelas:
6.3.1 Semua pelajar dikehendaki berbaris di tempat perhimpunan sebaik-baik sahaja loceng waktu pertama dan selepas
rehat dibunyikan. Masuk ke kelas apabila diarah oleh guru bertugas.
6.3.2 Bercakap-cakap semasa berbaris tidak digalakkan.
6.3.3 Membaca buku semasa berbaris adalah suatu KESALAHAN.

6.3.4 Pelajar-pelajar dibolehkan masuk ke kelas jika hari hujan.


6.3.5 Bersopan-santun adalah suatu amalan yang baik dan hendaklah diamalkan selalu.
6.4 Tatatertib Semasa Pertukaran Bilik Darjah:
6.4.1 Pertukaran mesti berjalan dalam masa 3 minit dalam keadaan teratur dan senyap.
6.4.2 Sebelum meninggalkan kelas, pastikan bahawa kipas angina, lampu dan pintu ditutup. Papan hitam mesti
dibersihkan sejurus selepas satu-satu matapelajaran terakhir.
6.4.3 Semua pelajar mestilah berjalan serentak dan berbaris berdua-dua.
6.4.4 Tidak dibenarkan meninggalkan kelas, kecuali setelah mendapat kebenaran.
6.5 Tatatertib Sewaktu Perhimpunan
6.5.1 Semua pelajar mesti berada di tempat perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan dimulakan.
6.5.2 Pelajar-pelajar mesti berbaris mengikut kelas masing-masing dan bersedia menerima arahan pengawas bertugas.
6.5.3 Semasa berada di tempat perhimpunan, keadaan senyap dan sopan-santun hendaklah diamalkan.
6.5.4 Pengawas berhak mengarah pelajar keluar dari perhimpunan dan mencatatkan nama pelajar-pelajar jika didapati
tidak bersopan.
6.5.5 Sebarang pengumuman/keputusan yang hendak disampaikan melalui perhimpunan hendaklah diserahkan kepada
guru bertugas sebelum perhimpunan dimulakan.
6.5.6 Bersurai dalam keadaan yang senyap apabila diarahkan oleh Guru Bertugas/Pengawas Bertugas.
6.6 Tatatertib Semasa Rehat
6.6.1 Menengah Rendah
10.10 10.30 pagi
Menengah Atas
10.50 11.10 pagi
(waktu-waktu ini boleh diubahsuaikan mengikut keadaan)
6.6.2 Makan dan minum sebelum atau selepas waktu rehat adalah DILARANG.
6.6.3 Pelajar-pelajar dilarang membawa/memakan makanan ketika berada di dalam kelas
6.6.4 Membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah adalah salah di sisi undang-undang dan
peraturan sekolah.
6.6.5 Semasa rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas kecuali bagi mereka yang
mendapat kebenaran guru/pengawas atau ketika hujan.
6.6.6 Amalkan beratur setiap kali membeli makanan dan minuman. Ikut jalan sehala yang telah
ditetapkan.
6.7 Tatatertib Semasa di Kantin
6.7.1 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan ke kantin sebelum kelas dimulakan, waktu rehat, dan selepas
sekolah. Setiap kali membeli makanan atau minuman, amalkan sikap beropan santun.
6.7.2 Makanan dan minuman yang dibeli hendaklah dimakan dan diminum di kantin. JANGAN membawa
makanan atau minuman naik ke atas bangunan atau masuk kelas.
6.7.3 Jauhi sikap yang suka atau perbuatan membuang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang
telah disediakan.
6.7.4 Alat-alat kantin seperti pinggan-mangkuk, kuali, gelas, sudu, dan lain-lain patut diletakkan di
tempat-tempat yang dikhaskan selepas digunakan.
6.7.5 Semua peralatan kantin JANGAN dibawa keluar dari kawasan kantin, kecuali mendapat
kebenaran.
6.7.6 Perbuatan meludah merata-rata di kawasan kantin tidaklah dibenarkan.
6.7.7 Makan-minum di dalam kelas atau tempat-tempat yang dilarang adalah merupakan suatu
kesalahan.
6.7.8 Semasa pelajaran atau perhimpunan sedang dijalankan, kawasan kantin merupakan kawasan
larangan.

6.7.9 Perbuatan berlari-lari, berkejar-kejaran, dan bertolak-tolakan semasa hendak membeli makanminum tidak patut diamalkan.
6.7.10 Kirim-mengirim tidak dibenarkan.
6.7.11 Makan-minum sepanjang bulan puasa bagi pelajar-pelajar Islam adalah ditegah dan dilarang.
6.8 Dalam Bilik Guru
6.8.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa arahan atau kebenaran guru.
6.8.2 Mengambil apa-apa barang dalam bilik guru tanpa arahan guru adalah satu kesalahan.
6.9 Dalam Pusat Sumber
6.9.1 Pusat sumber adalah tempat bermutalaah. Tiap-tiap pelajar dikehendaki memelihara dan
mematuhi peraturan-peraturan pusat sumber yang telah ditetapkan serta mematuhi arahanarahan pengawas pusat sumber yang bertugas.
6.9.2 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah. Walau bagaimananpun, pelajar
bolehlah memakai baju T putih yang berkolar sebagai ganti baju sekolah atau baju T sekolah
pada masa bukan waktu persekolahan.
6.9.3 Pelajar-pelajar dilarang memakai sandal atau selipar.
6.10 Dalam Makmal, Bilik Seni Perusahaan, Bilik Sains Rumahtangga, Pasukan Bilik Sembahyang dan
Bilik Komputer.
6.10.1 Tiap-tiap pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan bilik-bilik tersebut sebagaimana yang
telah ditetapkan.
6.10.2 Para pelajar dikehendaki beratur dengan tertib di luar kelas sebelum bergerak ke makmal sains, bilik Kemahiran
Hidup, bilik ERT atau ke padang untuk Pendidikan Jasmani. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuar bising
semasa menuju ke tempat-tempat tersebut.
6.10.3 Ketua kelas dan Penolongnya adalah bertanggungjawab dalam perkara di atas.
6.10.4 Para pelajar adalah dilarang membaca buku dan tinggal di dalam bilik sembahyang.
6.11 Persatuan/Kelab Dan Pasukan Berpakaian Seragam
6.11.1 Para pelajar adalah bertanggungjawab ke atas sesuatu persatuan/pertubuhan yang dianggotainya.
6.11.2 Para pelajar yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti persatuan/kelab/pasukan berpakaian seragam mestilah hadir pada
waktu yang ditetapkan.
6.11.3 Para pelajar yang hadir untuk menyertai sebarang aktiviti persatuan/kelab/pasukan berpakaian seragam sama ada
di dalam atau di luar kawasan sekolah mestilah berpakaian seragan yang lengkap.
6.12 Latihan Permainan Untuk Rumah, Sekolah
6.12.1 Para pelajar dikehendaki patuh kepada persatuan atau arahan guru yang bertanggungjawab mengenai
latihan/permainan rumah atau sekolah.
6.12.2 Pelajar-pelajar sidang pagi yang dating di luar masa persekolahan untuk latihan/permainan dilarang mengganggu
ketenteraman kelas sidang petang. Begitu juga, sebaliknya pelajar-pelajar dating untuk permainan/latihan pada
waktu pagi.
6.12.3 Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di kaki lima bangunan sekolah. Para pelajar hendaklah berada di kawasan
padang sahaja.
6.12.4 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah dan membawa pakaian yang sesuai untuk
permainan dan latihan.

7 KEBERSIHAN SEKOLAH
7.1 Kebersihan Bilik Darjah
7.1.1 Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan bilik darjah.
7.1.2 Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas masing-masing dan
memastikan tugas harian ini dijalankan dengan sempurna.
7.1.3 Para pelajar dilarang membuang sampah di merata-rata tempat melainkan bakul sampah yang disediakan.
7.1.4 Bakul sampah mestilah dalam keadaan kosong setiap masa. Sampah sarap jangan ditinggalkan di kaki lima atau
disapu ke longkang.
7.1.5 Para pelajar digalakkan menghiaskan bilik dengan alat-alat pembelajaran.
7.2 Kebersihan Kawasan Sekolah
7.2.1 Keadaan kawasan sekolah mestilah dalam keadaan bersih dan cantik.
7.2.2 Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam tong-tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan sekolah.
7.2.3 Sebarang jenis sampah yang dijumpai hendaklah dipungut.
7.3 Kebersihan Tandas
7.3.1 Para pelajar dikehendaki menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihannya.
7.3.2 Para pelajar dilarang menconteng dinding tandas.
7.3.3 Para pelajar mestilah berjimat menggunakan air. Selepas menggunakan air, pili mestilah ditutup dengan ketat.
8 PELAJAR-PELAJAR YANG BERBASIKAL
8.1 Para pelajar dilarang menaiki basikal dalam kawasan sekolah.
8.2 Semua basikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat letak basikal yang disediakan dalam keadaan
berkunci.
8.3 Para pelajar hendaklah memastikan basikal yang digunakan adalah lengkap dengan loceng,brek hadapan dan
belakang dengan sempurna, lampu hadapan dan batu pembalik merah belakang dan kunci.
8.4 Para pelajar janganlah bersaing-saing semasa datang atau pulang dari sekolah.Menaiki basikal beriringan adalah
tidak dibenarkan.
9.PELAJAR-PELAJAR YANG BERMOTOSIKAL
9.1 Pelajar-pelajar hendaklah mempunyai lesen motosikal yang sah. Lesen motosikal ini hendaklah ditunjukkan
kepada guru disiplin, guru penolong kanan dan pengetua.
9.2 Para pelajar dilarang memandu motosikal dalam kawasan sekolah.
9.3 Semua motosikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat yang ditentukan. Motosikal hendaklah dikunci.
9.4 Para pelajar hendaklah memastikan motosikal yang dipandunya sentiasa dalam keadaan baik.
9.5 Para pelajar diingatkan supaya mematuhi segala peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar semasa
memandu dan tidak berlumba-lumba di jalan raya.
9.6 Pelajar-pelajar yang ingin membawa kenderaan perlu mendaftarkan kenderaan berkenaan kepada pihak Lembaga
Disiplin
10.PELAJAR-PELAJAR YANG BERJALAN KAKI.
10.1 Para pelajar diingatkan supaya berjalan kaki di sebelah kanan jalan raya.
10.2 Jangan bergurau atau bermain ketika berjalan.
10.3 Sebelum melintas jalan, pandang kiri dan kanan untuk memastikan selamat apabila melintasnya.
11.KELUAR KAWASAN SEKOLAH.
11.1 Dalam masa persekolahan pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.Jika ada urusan penting,
pelajar berkenaan diwajibkan meminta kebenaran dari pihak pentadbir.
12.PEJABAT SEKOLAH

12.1 Para pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di sekeliling kawasan pejabat pada setiap masa.
12.2 Jika ada urusan atau diarah oleh guru,pelajar dikehendaki mengetuk pintu pejabat terlebih dahulu dan meminta
kebenaran masuk daripada pegawai yang bertugas.
12.3 Untuk menemui pengatua, para pelajar dikehendaki meminta kebenaran terlebih dahulu daripada kerani.
13.KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
13.1 Sebarang kerosakan harta benda sekolah di dalam kelas mestilah dilaporkan dengan segera oleh Ketua atau
Penolong Ketua Kelas kepada Guru disiplin/Guru Bertugas.
13.2 Kerosakan yang terjadi di kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada pengawas yang kemudiannyanakan
melaporkan kepada Guru Disiplin.
13.3 Pelajar yang didapati merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar sepenuhnya harga barang yang
yang dirosakkanya.
14.PENGAWAS
14.1 Pengawas-pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah.Mereka dipilih dari pelajar0pelajar yang mempunyai
peribadi yang baik,dapat memikul tanggungjawab dengan jujur,dedikasi dan berani menjalankan tugas.
14.2 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah
diikuti dan dipatuhi oleh pelajar-pelajar sekolah ini.
14.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menentang pengawas-pengawas.Patuhilah arahan mereka.
14.4 Pengawas-pengawas sekolah juga tertakluk kepada peraturan-peraturan sekolah. Pengawas yang bermasalah
disiplin boleh digantung/dilucutkan dari jawatan selepas melalui proses pengadilan yang setimpal. (due process)
15.PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT
15.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
15.2 Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan jahat.
15.3 Mengancam guru,Penolong Kanan atau Pengetua.
15.4 Melanggar peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pendidikan.
15.5 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.
15.6 Memukul guru.
15.7 Sengaja merosakkan harta sekolah/kerajaan.
15.8 Sengaja merosakkan harta persendirian guru atau para pelajar.
15.9 Mencuri.
15.10 Mengancam pelajar-pelajar lain/ancaman serius dan merbahaya.
15.11 Menghisap rokok termasuk rokok elektronik dan sebarang jenis rokok atau mengambil dadah.
15.12 Berjudi.
15.13 Mencabar pihak pengutkuasa peraturan sekolah.(iaitu kuasa pengawas,guru,guru disiplin,pengetua dan pihak
pentadbir sekolah)atas suatu tindakan disiplin.
15.14 Membawa masuk/meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.
15.15 Masih membantah hukuman guru,walaupun sudah diberikan tiga amaran.
15.16 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru,penolong kanan atau pengetua.
15.17 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensetif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan
kaum.
15.18 Berasmara atau berkelakuan sumbang termasuk membawa,mnyebar atau menonton gambar lucah.
15.19 Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menagkis yang menurut bud bicara pengetua sebagai pelanggaran
tatatertib yang berat.
15.20 Membuat sebarang posting yang berunsur fitnah (termasuk gambar), celaan, atau memburuk-burukan nama
baik mana-mana individu, pelajar, guru, kakitangan sekolah, pentadbir dan nama baik sekolah
Hukuman kerana melanggar peraturan-peraturan sekolah ialah:

Amaran / panggil ibubapa untuk berbincang


Memaklumkan kepada ibubapa melalui surat/panggilan telefon
Kelas tahanan
Denda kerja atau bertiket
Dirotan
Digantung persekolahan
Tindakan undang-undang oleh pihak polis dan mahkamah.
Dibuang sekolah
*Peraturan-peraturan di atas tertakluk kepada pindaan jika difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar.

TEMA
1.Tingkahlaku
jenayah

KESALAHAN/PERLAKU
AN
Salahguna dadah

PEKELILING
RUJUKAN
Pek.Iktisas Bil.7/1975

TINDAKAN PENGETUA
Pekeliling :
1.Melapor kepada Pengarah
Pelajaran
2.Menghubungi Pegawai Kebajikan
Masyarakat.
3.Merujuk kepada doktor melalui
Pegawai kebajikan masyarakat.
4.Memberitahu ibu/bapa/penjaga.
5.Rawatan doktor.
6.Pemulihan dan tindakan ekoran
oleh Pegawai Kebajikan
Masyarakat.
Pengetua :
1.nasihat/amaran suart kepada
ibubapa.
2.Pengakuan bertulis murid dan
ibubapa/penjaga.
Rujukan kepada Pendaftar Sekolahsekolah (Pengarah Pelajaran).

Mengedar dadah

Pek. Iktisas Bil.9/1975

Pekeliling :
Murid boleh digantung
persekolahan atau dibuang sekolah.

Mencuri
Pengetua :
1.Memulang balik barang yang
dicuri/atau mengikut nilai
2.Meminta maaf kepada empunya
barang dengan disaksi oleh
guru/Pengetua.
3.Amaran mengikut berat/ringan
kes.
4.Hukuman rotan.
5.Pengakuan bertulis murid dan
ibubapa untuk berkelakuan baik.

2.Tingkahlaku
Tabiat
(Habitual)

Tidal berpakaiam kemas

panjang
3. Tingkahlaku Berambut
Memeras ugut
Jenayah

Sengaja tidak menepati


masa.
Tidak
Berjudimembawa buku
teks/bukulatihan/lain
lain keperluan pel.Tidak
bawa balik buku teks
Tidak menyiapkan kerja
Memukul/bergaduh dan
mencedera.
Membuat bising
Tidak tahu menjaga
harta
bendasenjata
Membawa
sendiri.Menghilangkan
merbahaya dan berniat
alat
jahat.sekolah yang
dipinjamkan
Buang sampah meratarata
Merosak hartabenda.
Enggan jelas
yuran/bayaran
Ahli kumpulan haram
Tidak memulangkan
buku teks
Fitnah

Pek.Iktisas Bil.
3/1971,2/1972,4/1976

1.Teguran/amaran
2.Hukuman rotan

Pek.Iktisas
Pek. IktisasBil.
Bil.
2/1976
9/1975

1.Diberi amaranbalik barang


1.Memulangkan
2.Dipaksa gunting
diambil/nilainya
3.Hukuman
rotan
2.Diberi
amaran
keras/akhir.
4.Digantung
sekolah
3. Hukuman rotan.
4. Akuan bertulis murid dan ibu
bapa.
Pek.Iktisas Bil.9/1975 Jika
1.Diberi
amaran
melibatkan
sekolah.
School(gen)Reg.1951 5.2.Hukuman
rotansekolah.
Penggantungan
sekolahkepada polis.
6.3.Gantung
Amaran laporan
Peraturan-SdaAm Sekolah 1.Nasihat
1.Diberi amaran
oleh guru agama.
1951
rotan
2.2.Hukuman
Amaran keras.
3.Gantung
sekolah
3. Hukuman rotan.
4. Pengakuan bertulis bertulis
murid dan ibu bapa.
-Sdadan
nasihat
5.1.Amaran
Digantung
persekolahan.
2.Hukuman rotan
3.Gantung sekolah
-Sda1.Hukuman
rotan.
2. Dipaksa memohon maaf dan
Pek.Iktisas Bil,9/1975 berdamai.
1.Diberi amaran
3.2.Hukuman
Digantung rotan
persekolahan.
4. Pengakuan bertulis.
Peraturan-SdaAm Sekolah 1.Menyerah
1.Diberi amaran
senjata atau senjata
1951
2.Mengantikannya
dirampas.
2. Hukuman rotan.
3. Digantung persekolahan.
4. Amaran akan dilapor kepada
1.Diberi amaran dan nasihat
polis.
-Sda2.Membersihkan kawasan
Pek.Iktisas
Bil,9/1975
3. Hukumanganti
rotanrugi.
-Sda1.Membayar
2. Hukuman rotan.
nasihat
3.1.Diberi
Digantung
persekolahan.
Peraturan Am Sekolah 4.2.Ibubapa
dihubungi
Pengakuan
bertulis.
1951
3.Sijil Berhenti Sekolah ditahan
-Sda-

1.Rujuk kepada Pel. Iktisas Bil.


Bayaran nilai buku/buku
9/75.
berkenaan
1.Ibubapa dihubungi dan tindakan
sewajarnya.

4. Tingkahlaku
Lucah

Membaca, menunjuk dan


menyebarkan bahan-bahan dan
gambar-gambar lucah dalam
kawasan sekolah

Jab.
(Iktisas)
Bil. 2/81

Pel

1. Dirampas dan disimpan


dengan berlakri sebagai
bukti.
2. Rotan dan rujuk kepada
Guru Kaunseling/Agama.

1. Rotan dan rujuk kepada


Guru Kaunseling/Agama.

1. Amaran dan nasihat.


2. Rujuk kepada Guru
Kaunseling/Agama.

1. Amaran dan nasihat.


2. Gantung persekolahan.
3. Buang sekolah

1. Rujuk kepada Pengarah


Pelajaran

1. Hukuman rotan.
2. Rotan dan rujuk kepada
Guru Kaunseling/Agama.

1. Hukuman rotan.
2. Rotan dan rujuk kepada
Guru Kaunseling/Agama.

Menulis dan melukis kata-kata lucah -

1. Hukuman rotan.
2. Rotan dan rujuk kepada
Guru Kaunseling/Agama.

Mengintai murid-murid perempuan


Menulis surat cinta

Bercumbu dalam kawasan sekolah

Ditangkap kerana khalwat dan


didenda di mahkamah
Menggunakan kata-kata lucah

Meraba/memeluk pelajar perempuan

Mengganggu murid perempuan

1. Hukuman rotan.
2. Rotan dan rujuk kepada
Guru Kaunseling/Agama.

Pelacuran / Zina
Hamil
Homo /lesbian
Kahwin / Nikah Gantung

Rujuk kepada Pengarah Pelajaran


-Sda-Sda-Sda-

5, Tingkah
laku Tidak
jujur

Ponteng sekolah

(KP/BS) 8548/12.
(17)
Borang DM 9.2
77

1. Surat pemberitahu kepada ibubapa


serta amaran gantung/ buang
sekolah -3x amaran, semua
langkah direkodkan dan surat
difailkan.
2. Tidak hadir dihantar kepada Guru
disiplin Badan Disiplin.
Rotan jika perlu.
1. Kelas tahan (jika perlui)
2. Hukuman rotan.

Ponteng kelas
Meniru dalam Peperiksaan
Meniru tandatngan ibu bapa

1. Peperiksaan matapelajaran
berkenaan dibatal(tiada markah).
Jumlah besar markah diambil
kira.
2. Hukuman rotan.
1. Amaran keras.
2. Amaran keras dan rotan.

Berbohong
Ubah markah

1. Rujuk kepada Guru


Kaunseling/Agama.
2. Amaran keras / rotan
3. Kesalahan seterusnya- rotan dan
amaran.
4. Kesalahan seterusnya- rotan
amaran.
1. Hukuman rotan.

Ibu bapa dimaklumkan dalam semua


kesalahan tidak jujur.

6.
Tingkahlaku
Tidak Sopan.

Berkelakuan/berbahasa
kasar/memaki dan mencarut
(murid-guru)

Pek. Iktisas
9/1975

bil.

1. Rotan dan memohon maaf.


2. Amaran / rotan.
1. Diberi amaran.
2. Hukuman rotan.

(murid-murid)
Tidak menghormati
pengawas

1. Teguran / amaran.
2. Kelas Tahanan / Hukuman rotan.

Keluar semasa guru


mengajar, tanpa kebenaran

1. Teguran / amaran.
2. Hukuman rotan.

Meminjam tanpa kebenaran

Nasihat dan amaran.


-

LAMPIRAN B
HUKUMAN BAGI KESALAHAN RINGAN
SEMUA GURU DISIPLIN PERLU MELAKSANAKAN SEGERA
Bil. Jenis Kesalahan Biasa
1.
Rambut panjang

Butiran
1.1 Rambut panjang
1.2 Misai, janggut, jambang

2.

Seluar

2.1 Seluar singkat ketat, berfesyen


tampal dan sebagainya.

3.

Kasut dan stokin

3.1 sengaja diwarna


Tidak memakai stoking.
3.2 Tidak sengaja basah/kotor

4.
5.

Baju
Kain

4.1 Baju tidak berkolar


5.1 Jangan singkat atas buku lali,
mesti berpesak dan tidak
terlalu labuh

6.

Lencana

6.1 Tidah bawa/pakai

6.2 Lencana diubah suai


6.3 Lencana nama ditukar dengan
Kawan.
7.

Kuku

8.

Barang kemas lelaki & 8.1 Pakai/bawa


perempuan

9.
10.

Bersolek (L&P)
Beg

11.

Ponteng

12.
13.

Makan dan minum


Tidak berbaris

14.
15.

7.1 Kuku panjang


7.2 Kuku berinai

Tidak sesuai
11.1 Kelas
11.2 Sekolah

12.1 Sambil berjalan


13.1 Ke bilik khas, makmal,bengkel
13.2 Waktu balik
Meninggalkan buku dalam Buku teks
kelas/kantin
Tandas

15.1 Berada lama dalam tandas


15.2 Kerap ke tandas

HukumanDenda
a. Digunting terus (berdasarkan
ketetapan mesyuarat PIBG
2015)
b. Amaran
c. Tubuh kelab gunting rambut
a. Ditetas jahitannya
b. Catat nama
c. Beri tempoh
a. Amaran/larangan
a.
b.
a.
a.
b.
c.

Nasihat
Kali kedua diarah buka
Diarah tempah baru
Nasihat
Amaran
Diarah tempah baru

a. Amaran
b. Tindakan
c. Diarah beli baru dan ambil
duit
a. Arah buka dan beli baru
b. Rampas
c. Amaran
d. Beli baru
a. Dipotong serta merta
b. Amaran awal
c. Suruh buang/ cuci
a. Amaran
b. Rampas
c. Panggil waris untuk
mengambilnya
a. Diarah membersihkannya
a. Amaran
b. Disuruh tukar
c. Rampas
a. Siasat/catat nama
b. Hubungi ibu bapa
c. Bersih kawasan sekolah
a. Arah habiskan di kantin
a. Ulangi berjalan dalam barisan
5 kali
a. Buku dirampas
b. Tindakan seterusnya serah
Kepada guru SPBT
a. Suruh bersih tandas
b. bersihkan kawasan sekolah

PAKAIAN SERAGAM (lelaki)


digalakkan
1. Tag nama sentiasa dipakai.
2. Lencana sekolah dijahit pada kemeja.
3. Saiz kemeja padan dengan badan.
4. Kocek tanpa hiasan.
5. Belt Buckle atau kepala pinggang adalah 3-3.5 cm lebarnya.
6. Lebar tali pinggang adalah 2.5-3 cm.
7. Poket jenis sembunyi atau potongan serong tidak dibenarkan.
8. Lisu sebanyak dua sahaja.
9. Kelim biasa.
10. Seluar potongan lurus.
11. Kelepet dilipat ke dalam.
12. Pemegang tali pinggang 1 cm lebarnya.
13. Lebar pinggang seluar 2.5-3 cm.
14. Tiada potongan yolk.
15. Kocek slit pocket digalakkan.
16. Sarung kaki.
16.1 Sarung kaki mesti dipakai melebihi paras buku lali.
16.2 Sarung kaki putih tanpa jalur atau corak digalakkan.
17. Kasut
17.1 Kasut kanvas putih dibenarkan.
18. 17.2 Simpul tali kasut diikat di depan sahaja.
Dilarang
1. Tiada tag nama.
2. Tiada lencana sekolah.
3. Saiz kemeja yang terlalu besar.
4. Hiasan pada lapek kocek.
5. Belt Buckle atau kepala tali pinggang terlalu besar.
6. Tali pinggang terlalu lebar.
7. Poket mempunyai lipatan.
8. Lisu melebihi dua lipatan dan dilipat terlalu dalam.
9. Kelim papan mesin atau kelim lipat tindih ( contoh: kelim seperti pada seluar jeans) tidak dibenarkan.
10. Seluar potong carrot, potongan ketat, potongan bell bottoms atau hala-hala dan lain-lain dilarang.
11. Kelepet dilipat keluar.
12. Pemegang tali pinggang terlalu lebar.
13. Pinggang seluar terlalu lebar.
14. Potongan yolk dilarang.
15. Kocek tampal dilarang.
16. Sarung kaki.
16.1 Sarung kaki terlalu pendek.
16.2 Sarung kaki yang mempunyai jalur atau corak berwarna dilarang.
17. Kasut.
17.1 Kasut kulit atau PVC putih dilarang.
17.2 Simpul tali kasut yang diikat di belakang dilarang.
17.3 Kasut jenis sneakers dilarang.

A.RAMBUT
DIGALAKKAN
1. Rambut di depan tidak menyentuh kening.
2. Rambut disikat potongan tepi (di tentukan dari hujung mata ke atas)

3. Side-burnsampai ke paras tengah telinga.


4. Rambut di belakang tidak menyentuh kolar kemeja.
5. Gaya rambut crew cutdigalakkan.
DILARANG
1. Rambut di depan menyentuh atau melebihi kening.
2. Tiada potongan tepi.
2.1 Rambut disikat potongan tengah.
3. Side-burnterlalu panjang.
4. Rambut terlalu panjang,sudah menyentuh kolar kemeja.
5. Gaya seperti di bawah adalah dilarang;
*potongan box
*potongan punk
*potongan rappers

LAMPIRAN 6
B. PAKAIAN SERAGAM (PEREMPUAN)
DIGALAKKAN
1. Tag nama.
2. Lencana sekolah.
3. Kemeja putih yang padan saiznya dengan
Badannya.
4. Lebar pinggang baju 2.5-3cm.
ukuran yang diluluskan.
5. Pinafore dipotong A-Line.
6. Panjang pinafore di paras lutut.

7. Sarung kaki.
7.1. Sarung kaki mesti dipakai melebihi paras
buku lali.
7.2 Sarung kaki putih tanpa jalur atau corak
Digalakkan.
8. Kasut.
8.1. Kasut kanvas putih dibenarkan.
8.2. Simpul tali kasut diikat di depan sahaja.

TIDAK DIGALAKKAN
1. Tiada tag nama.
2. Tiada lencana sekolah.
3. Kemeja putih yang terlalu besar.
4. Lebar pinggang baju melebihi
5. Potong pinafore berkembang.
6. Panjang pinafore melebihi lutut.
6.1. Lebar pinggang baju kurang daripada ukurang yang
ditetapkan.
6.2. Potongan lurus untuk pinafore tidak dibenarkan.
6.3. Pinafore terlalu pendek.
7. Sarung kaki.
7.1. Sarung kaki terlalu pendek.
7.2. Sarung kaki yang mempunyai jalur
Atau corak yang berwarna dilarang.
8. Kasut
8.1. Kasut kulit atau PVC putih dilarang.
8.2 Simpul tali kasut yang diikat di belakang dilarang.
8.3. Kasut yang bartapak tebal
platform dilarang.

Вам также может понравиться