Вы находитесь на странице: 1из 2

HARI KEDUA

Kami memulakan hari kedua dengan berkumpul di bawah hotel pada pukul 9.00
pagi. Tempat penginapan kami walaupun bertaraf hotel bajet, tetapi boleh dikatakan sangat
selesa dan bersih. Destinasi pertama kami di Pulau Pinang ialah Bukit Bendera.

Bukit

Bendera ialah antara tempat paling popular di Pulau Pinang di kalangan pelancong asing
dan tempatan. Jika Kuala Lumpur ada Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) sebagai
ikon, Pulau Pinang mempunyai Bukit Bendera sebagai tempat wajib tuju. Tujuan kami ke
Bukit Bendera adalah untuk menaiki kereta kabel di sana. Kereta kabel di Bukit Bendera
merupakan buatan Swiss yang moden dan berhawa dingin. Terdapat jalan lain untuk
menaiki ke atas bukit, tetapi kereta kabel adalah cara yang paling biasa digunakan. Bukit
Bendera pada asalnya diterokai oleh Francis Light sebagai tempat menanam strawberi dan
sebagai tempat penjajah British melarikan diri dari kepanasan Penang. Kami tiba di kaunter
tiket kereta kabel Bukit Bendera pada kira-kira pukul 9.30 pagi. Harga pergi balik bagi
pemegang Mykad ialah RM8.00 untuk dewasa, tetapi oleh kerana kami pergi secara
berkumpulan, kami hanya dikenakan RM3.80 untuk seorang. Harga yang teramat berbaloi
untuk pengalaman yang agak menyeronokkan. Bukit Bendera merupakan satu destinasi
unik yang mampu memberikan para pengunjung melihat panorama seluruh Pulau Pinang
dengan kedinginan atas bukit. Selain itu, di sini juga terdapat sebuah hotel, muzium burung
hantu, kedai makan, kuil dan masjid kecil untuk dilawati. Kami menghabiskan masa kira-kira
1 jam di atas puncak bukit. Setelah melawati Bukit Bendera, kami terus menuju ke destinasi
berikutnya iaitu Penang Time Tunnel.
Penang Time Tunnel sebenarnya ialah sebuah musium yang memaparkan sejarah
Pulau Pinang sejak dari tahun 1786. Di sini, kami dapat melihat sejarah Pulau Pinang dalam
bentuk lukisan, patung dan model-model mini yang agak terperinci. Setiap daripada 12
segmen merangkumi era berbeza dalam sejarah pembukaan Pulau Pinang bermula
daripada pulau ini belum dibuka secara rasmi pada tahun 1786, sehingga kepada
transformasinya pada abad 20 dan 21 sebagai negeri yang maju dalam industri elektronik.
Muzium ini bukanlah muzium yang mana memaparkan terlalu banyak input untuk dilihat oleh
pengunjung tetapi merupakan muzium yang memaparkan jumlah maklumat yang agak
mencukupi dan tidak terlalu memeningkan. Walaupun begitu, terdapat begitu banyak fakta
yang memeranjatkan untuk dibaca oleh pengunjung walaupun terdiri daripada rakyat
Malaysia sendiri. Papan maklumat yang disediakan sengaja diletakkan di bahagian bawah
dinding untuk memudahkan kanak-kanak dan orang dewasa yang rendah untuk
membacanya. Di muzium ini juga terdapat galeri seni 3 dimensi. Setelah menghabiskan sesi

mendalami sejarah Pulau Pinang, para pengunjung akan berkunjung ke dimensi yang
sememangnya lain daripada sebelum ini. Terdapat pelbagai lukisan 3 dimensi yang
membolehkan para pengunjung mengambil gambar untuk menghasilkan teknik illusi optik.
Kami semua begitu teruja untuk mengambil gambar dan kami semakin bersemangat apabila
melihat pengunjung lain juga tidak kalah dalam menghasilkan pose yang menarik.
Setelah penat berjalan, kami singgah untuk makan tengah hari di Medan Selera
Padang Kota. Medan selera ini terletak berhampiran dengan pantai dan begitu meriah
dengan pengunjung. Menu yang paling terkenal di sini sudah tentunya pasembur yang
sangat menyelerakan. Medan selera ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian
terdapat majoriti peniaga cina, ada juga terselit beberapa orang peniaga islam. Bahagian
lain pula terdiri daripada majoriti peniaga muslim yang terdiri daripada peniaga Melayu dan
India Muslim. Kami sedikit terganggu dengan peniaga-peniaga yang berkerumun
mengelilingi kami untuk berebut mengambil tempahan. Selain daripada itu, makanan di sini
agak sedap dan masa menunggu juga tidak terlalu lama. Setelah mengisi perut, kami
meneruskan perjalanan kami ke destinasi terakhir untuk hari kedua iaitu Gurney Plaza.
Gurney Plaza ialah sebuah pusat membeli belah yang terletak di kawasan Georgetown.

Вам также может понравиться