Вы находитесь на странице: 1из 12

Akidah adalah asas kepada pegangan agama umat Islam.

Banyak faktor yang


boleh membawa kepada kerosakan akidah dan meneruskan gejala murtad.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada
umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu
kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah
fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu,
di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir
balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW
menjawab, Sebab dia jual agamanya dengan nilai duniaImam Ghazali pernah
berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti
semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.
Mutakhir ini, isu murtad dalam kalangan orang Islam terutama di Malaysia
semakin banyak didengari. Murtad dalam kalangan orang Melayu ini semakin
menjadi ancaman terhadap umat Islam. Isu ini menjadi barah yang semakin
merebak dalam masyarakat Islam masa kini. Indeks pencemaran akidah pada tahun
1989 menunjukkan sebanyak 4776 orang Melayu yang memohon untuk menukar
nama dari Melayu kepada bukan Melayu dengan alasan telah menukar agama.
Pada tahun 1997, apabila Saari Bustamah mengambilalih jawatan mufti daripada
Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang beliau kemukakan ialah isu murtad.
Menurut beliau, sehingga Julai 1997, terdapat kira-kira 3000 orang murtad di Kuala
Lumpur sahaja. Hakikat yang perlu dihadapi ialah jumlah ini kian meningkat
mengikut arus permodenan negara dengan memperlihatkan kelemahan umat Islam
zaman sekarang yang hanya mampu melihat saudara-saudara mereka dimurtadkan
tanpa paksaan.
Murtad dari segi bahasa menurut Kamus al-Munjid dan al-Marbawi membawa
maksud berundur, surut, kembali, berpatah semula dan berpaling tadah. Dari segi
istilah murtad membawa maksud keluar daripada Islam melalui salah satu atau dua
daripada tiga atau ketiga-tiga unsur iaitu niat, perkataan dan perbuatan. Murtad juga

dimaksudkan orang yang melakukan riddah, iaitu memutuskan Islam melalui ketigatiga unsur yang dinyatakan.
Seseorang Muslim boleh dikatakan murtad melalui niat ataupun iktikad
sesuatu yang bertentangan dengan iman. Namun begitu, walaupun sudah terkeluar
daripada Islam, seseorang itu terlepas daripada hukuman had di dunia jika tidak
diikuti atau dibuktikan dengan perkataan atau perbuatan. Sebagai contoh,
seseorang meragui tentang kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan juga meragui
kebenaran ayat-ayat suci al-Quran walhal satu ayat sekalipun.
Murtad juga boleh terjadi melalui perkataan iaitu melalui ucapan yang
mengingkari kewujudan Allah S.W.T dan juga memohon sesuatu selain daripada
Allah S.W.T. Seseorang itu boleh dikatakan murtad apabila dia melakukan perbuatan
yang menjurus ke arah pengisytiharaan keluar daripada Islam. Contohnya,
menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal. Hal ini
juga ditegaskan oleh Allah dalam surah an-Nahl ayat 105 yang bermaksud,
sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang yang tidak
beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah yang pendusta.
Murtad tidak sah apabila dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila dan orang
yang dipaksa, tetapi sah apabila dilakukan oleh orang yang mabuk kerana meminum
arak. Hukum orang yang melakukan riddah jika disabitkan kesalahannya di
mahkamah syariah dan diadili secara Islam, dia diputuskan secara murtad yang sah,
dia diberi peluang dan penerangan selama tiga hari untuk bertaubat dan kembali
kepada Islam serta dibebaskan. Jika dia berkeras dengan riddahnya, dia dihukum
bunuh dan segala hartanya dirampas dan dibayarkan hutangnya, pampasan
jenayahnya, nafkah keluarga serta saudara maranya dan selebihnya diberikan
kepada Baitulmal sebagai fai iaitu sejenis rampasan tanpa perang.
Hukuman bunuh bagi Muslim yang murtad ada dinyatakan sepertimana suatu
hadis sahih iaitu:
Daripada Ibnu Masud dan Aisyah, Nabi S.A.W bersabda: Tidak halal darah
seseorang Muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan,
membunuh orang lain tanpa hak, mengasingkan diri daripada jemaah serta
meninggalkan agama (murtad).

(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)


Allah pernah berfirman , yang menyatakan golongan yang murtad ini sesekali
tidak akan diterima dan kelak akan kekal berada di dalam neraka di akhirat di dalam
surah al-Baqarah ayat 127 yang bermaksud:
Barang siapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati
dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat.
Dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Di Malaysia istilah Melayu dijelaskan sebagai penganut agama Islam, dan
Islam dan Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak
boleh dipisahkan. Hal ini dijelaskan dalam perlembagaan dan menjadi suatu
undang-undang untuk orang Melayu tidak dibenarkan keluar daripada agama Islam.
Perkara ini dirujuk berdasarkan Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang mana
mengaitkan orang Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah
tertakluk di bawah syariat Islam dan Perundangan Mahkamah Syariah.
Namun begitu, undang-undang yang digubal tidak meninggalkan sebarang
erti bagi mereka yang nekad untuk keluar daripada Islam. Antaranya ialah kes Lina
Joy. Lina Joy atau nama sebenarnya

Azlina Jailani merupakan anak kepada

pasangan Islam iaitu ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama
Kalthum binti Omar. Kedua-dua mereka mengamalkan cara hidup mengikut ajaran
Islam sebenar. Beliau mempunyai wajah tipikal Melayu dan berbangsa Melayu
kacukan Jawa serta berumur 42 tahun semasa memohon untuk keluar daripada
agama Islam buat kali kedua.
Beliau pernah memohon sebanyak dua kali untuk menukar nama. Namun
begitu, permohonan pertama yang dibuat pada tahun 1997 dengan memohon untuk
menukar nama kepada Azlina Lelani telah ditolak kerana beralasan telah menukar
agama kepada agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada
Lina Joy pada tahun 1999 telah diluluskan tanpa mengemukakan sebab menukar
agama kepada agama Kristian. Walau bagaimanapun, perkataan Islam masih
tertera pada Kad Pengenalan.
Lina Joy telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama
untuk kembali kepada agama Islam, namun beliau masih dengan pendiriannya.

Beliau menyatakan pilihan untuk keluar daripada agama Islam adalah kehendaknya
sendiri malah mengakui tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak lahir.
Kemurtadannya juga telah dimaklunkan kepada kedua-dua ibu bapa beliau. Lina Joy
juga mengakui bahawa telah menganuti Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan
mempunyai Sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998.
Selepas berkahwin dengan seorang India Kristian pada tahun 2000, Lina Joy
memohon supaya perkahwinan beliau didaftarkan tetapi ditolak atas alasan mereka
berlainan agama. Hal ini kerana, perkataan Islam masih tertera di kad pengenalan
beliau walaupun sudah berjaya menukar nama. Oleh hal yang demikian, beliau
berusaha untuk menghilangkan perkataan Islam tersebut dengan membuat
permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun yang sama. Namun,
permohonannya ditolak kerana tidak mendapat kebenaran daripada Mahkamah
Syariah yang memperakui beliau telah Kristian. Mahkamah Syariah telah mengguna
pakai undang-undang yang mengharamkan seseorang Muslim untuk keluar dari
Islam dan Sijil Tukar Agama tidak dapat dikemukakan kepada JPN menyebabkan
permohonan beliau untuk memadam perkataan Islam terbantut.
Usaha beliau masih diteruskan dengan membuat permohonan melalui
Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 dan seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19
September 2005 yang mana kedua-duanya mengiktiraf bahawa kes adalah di bawah
kuasa Mahkamah Syariah. Apabila kesemua usaha memperoleh jalan buntu,
peguambela, Dato Dr Cyrus Das, yang juga merupakan Presiden Majlis Peguam
berjaya membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan yang didengar oleh tiga orang
hakim iaitu Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato Alauddin dan Dato Richard. Pada
dasarnya, Mahkamah Persekutuan juga menyokong tindakan Mahkamah Rayuan
hinggalah Majlis Peguam yang diketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang
hanya menjadi peguam pemerhati yang menyokong supaya Lina Joy dipanggil untuk
memberi hujah dan bersuara. Hal ini tidak pernah terjadi dalam majlis perundangan
negara yang mana membenarkan peguam pemerhati memberi hujah dan yang
paling mengejutkan hujah yang diberikan disokong oleh mahkamah berkenaan.
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis
Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak Mahkamah
Syariah tetapi member hujah bahawa Lina Joy berhak untuk mempraktikkan

kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti


yang dinyatakan di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu
dikatakan sudah tidak relevan dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11
dan Inter Faith-Council (IFC) dijadikan isu utama yang dibincangkan di Mahkamah
Persekutuan. Isu yang dibawa oleh mereka ialah dengan mendefinisikan perkataan
person iaitu individu yang terkandung dalam Artikel 11 tersebut yang merujuk
kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
Apabila definisi person dikatakan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh
ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam
yang boleh mengongkongnya. Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia yang
mana hujah yang begitu berani dan bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk
menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman
peribadi seseorang penganut itu sendiri dan menafikan hak Islam sebagai agama
yang mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang
terkandung dalam undang-undang Islam. Tidak cukup dengan itu, 11 NGO dan
organisasi telah menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi
tekanan kepada hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan member hujah di
mahkamah. Antara yang menyokong ialah Malaysian Bar Council, Sisters In Islam
dan Catholic Lawyers Society.
Kes yang kedua pula mengisahkan Hartina binti Haji Kamarudin. Beliau
merupakan anak kepada seorang penjual sate di Perak iaitu Haji Kamarudin. Tidak
terlintas di hati seorang ayah untuk melihat anak yang dipelihara dari kecil sehingga
besar akan melakukan dosa besar yang

sangat dimurkai Allah dengan

mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. Kisah bermula selepas Haji
Kamarudin membenarkan anak yang disayangi dan dimanjai berhijrah ke Kuala
Lumpur dengan harapan dapat mencari pekerjaan yang elok sementara menunggu
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dikeluarkan. Pada ketika itu Hartina hanya
berumur 18 tahun.
Tidak sampai sembilan bulan berada di Kuala Lumpur, Hartina berkunjung ke
restoran ayahnya tanpa tudung di kepala seperti kebiasaannya dan tanda di dahi
seperti orang beragama Hindu. Tidak cukup dengan itu, anak yang dimanjai dari

kecil ini juga mencabar bapanya dengan membawa teman lelakinya yang juga
beragama Hindu yang dikenali sebagai Rajeswari. Hati ayah mana yang tidak
hancur apabila melihat anak yang dibela dari kecil berpeluk-pelukan dengan lelaki
yang bukan mahram dan juga bukan beragama Islam. Haji Kamarudin yang tidak
dapat mengawal kemarahan menakik leher teman lelaki anaknya itu. Namun apalah
kudrat seorang tua, apabila dia juga turut dibelasah oleh rakan-rakan teman lelaki
Hartina. Bukan itu sahaja, anaknya yang juga merupakan adik kepada Hartina yang
berumur 16 tahun juga menjadi mangsa semata-mata mahu menyelamatkan akidah
kakaknya yang sudah terpesong itu. Mereka dipukul di hadapan kedai tanpa rasa
kasihan dan simpati sehingga hampir pengsan.
Namun begitu, Hartina hanya menonton dan memapah kekasih hati dengan
membiarkan sahaja ayah yang memberi nafkah dari kecil menggelupur kesakitan
akibat dipukul. Tidak cukup dengan itu, Hartina juga membuat laporan polis
menuduh ayah dan adiknya memukul kekasih Hindunya itu. Selama dua minggu Haji
Kamarudin bersama anak lelakinya merengkok dalam penjara akibat laporan yang
dibuat oleh anak kesayangan yang mempertahankan kekasih hati. Haji Kamarudin
turut disaman sebanyak 3 juta. Betapa hancur hati seorang bapa apabila anak yang
ditatang bagai minyak yang penuh sanggup mengheret dirinya ke penjara. Tidak
cukup dengan itu, Hartina binti Haji Kamarudin menghina bapanya dengan menukar
nama kepada Nivasni Rajeswari, nama seorang penganut Hindu.
Dengan keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya akibat cedera dipukul
orang-orang kafir tersebut, sekali lagi Haji Kamarudin ditahan. Kali ini pertuduhan
cubaan untuk membunuh pula dikenakan. Hal ini kerana, kekasih hati Hartina telah
ditembak oleh orang yang tidak dikenali. Oleh itu, Haji Kamarudin diletakkan sebagai
suspek utama kes tersebut. Entah berapa kali air mata seorang ayah tumpah garagara perlakuan seorang anak. Haji Kamarudin dikurung dipenjara dengan
menghadapi 4 tuduhan dan masih berada di dalam tahanan hanya kerana dilapor
oleh seorang anak yang derhaka dan juga murtad.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kemurtadan seseorang
berdasarkan kes-kes yang dikaji. Faktor utama yang terdapat dalam kedua-dua kes
ialah faktor cinta. Hal ini dapat dibuktikan apabila kedua-dua individu dalam kes ini
iaitu Lina Joy dan Hartina binti Hj Kamarudin memohon untuk keluar daripada

agama Islam selepas bercinta dan berkahwin dengan orang bukan Islam. Hanya
kerana cinta, mereka sanggup meninggalkan agama Islam yang murni. Malah,
amalan yang diamalkan semasa mereka masih lagi Muslim ditinggalkan dan
dilupakan terus. Jasa ibu bapa yang selama ini berusaha untuk membesarkan dan
memelihara dari kecil sehingga besar dilupakan dan sanggup membelakangi mereka
hanya kerana cinta. Sebagai contoh, Hartina sanggup menderhaka kepada ayahnya
dan

paling

kejam

sanggup

memenjara

ayahnya

sendiri

semata-mata

mempertahankan kekasih yang beragama Hindu bernama Rajeswari.


Selain itu, antara faktor yang meyebabkan kemurtadan seseorang ialah
kerana kekurangan ilmu agama. Sejak dari kecil mereka hanya dimanjai dan segala
kehendak mereka dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapa. Pendidikan agama kurang
diberi perhatian oleh ibu bapa, oleh hal yang demikian anak-anak tidak mempelajari
asas-asas agama Islam dan menyababkan mereka terus hanyut, tenggelam dalam
mengharungi hidup. Contohnya, Lina Joy sendiri membuat kenyataan bahawa beliau
tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak dari kecil.
Di samping itu, terdapat juga individu yang murtad kerana terpengaruh
dengan budaya Barat. Terdapat sebahagian daripada budaya Barat mengancam
keselamatan

agama

Islam.

Contohnya

ialah

perkara

yang

menggalakkan

pengabaian terhadap agama, tidak peka terhadap agama dan tidak prihatin terhadap
agama. Hal ini mehyebabkan gejala murtad dipandang remeh dan ringan .
berdasarkan kes yang dikemukakan, Hartina menjadi lupa diri dan murtad selepas
beberapa bulkan bekerja di Kuala Lumpur. Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh
Barat yang sangat kuat di Kuala Lumpur menyebabkan beliau murtad.
Undang-undang yang longgar juga membolehkan seseorang Muslim itu
murtad. Hanya sesetengah negeri di Malaysia yang mempunyai enakmen murtad
seperti Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Undang-undang yang
longgar ini sekaligus menyebabkan individu itu lebih terdorong untuk murtad
disebabkan tiada inisiatif untuk menghalang mereka daripada terus sesat. Prosedurprosedur yang mudah untuk keluar dari Islam secara langsung menggalakkan
mereka murtad.
Dalam kes Lina Joy pula, beliau mendapat banyak sokongan daripada orang
ramai yang juga merupakan golongan bukan Islam yang menyebabkan beliau nekad

untuk keluar daripada Islam. Sudah tentu, golongan kafir terutama yang beragama
Kristian sebegini begitu suka apabila seorang Muslim murtad kerana itu adalah
matlamat mereka semenjak Nabi Muhammad S.A.W diutuskan dan semenjak
Portugis menjajah negara dengan membawa slogan Gold, Glory and Gaspel dengan
harapan Islam dapat dihapuskan walaupun dengan cara menjajah pemikiran umat
Islam.
Antara faktor yang kecil yang menyumbang kepada kemurtadan kedua-dua
ini ialah tentunya faktor media massa. Unsur negatif yang dengan Islam sama ada
media cetak apatah lagi media elektronik bertanggungjawab secara langsung atau
tidak langsung menghakis iman umat Islam. Ajaran agama lain sudah tentu
berusaha untuk menghakis iman umat Islam sedikit demi sedikit. Faktor globalisasi
juga salah satu faktor, dasar langit terbuka dan dunia luas tanpa sempadan
menyebabkan berlaku penjajahan bentuk baharu terutama dari segi kebudayaan
dan pemikiran. Hal ini sekaligus mencemarkan kesucian agama Islam. Bagi mereka
yang tidak kuat imannya sudah tentu faktor ini member kesan yang sangat
mendalam kepada mereka. Sebagai contoh, dalam kes Hartina yang berani
membawa balik kekasihnya sambil berpelukan dihadapan ayahnya yang mana
sekarang sudah menjadi tradisi di Barat, boleh bersentuh-sentuhan tanpa mengira
jantina.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang perlu diambil oleh umat Islam di
semua peringkat untuk mencegah gejala murtad ini daripada terus merebak menjadi
barah. Pertama sekali, sudah tentu tanggungjawab kepada diri sendiri. Setiap umat
Islam bertanggungjawab meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh
dengan cara meningkatkan kefahaman, kesedaran dan keinsafan dalam setiap
aspek kehidupan. Seseorang Muslim itu hendaklah jihad dalam melawan nafsu.
Jihad dalam erti lain mengembleng segala daya dan kemampuan pada jalan Allah
iaitu memerah segala daya dan kebolehan manusia menghalang dan menjauhi
setiap perkara yang tidak diredhai oleh Allah. Hanya mereka yang berjaya melepasi
dugaan melawan nafsu serakah yang sahaja yang akan mendapat keuntungan di
akhirat kelak. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

budi pekerti yang baik itu dapat melenyapkan dosa sebagaimana air
melenyapkan salji. Manakala budi pekerti yang jahat itu akan merosakkan amalan
sebagaimana cuka melenyapkan madu.
Di dalam al-Quran pula di dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8, Allah berfirman
yang bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia
akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat
zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
Namun begitu, bagi individu yang sudah pun tergelincir ke jalan kehinaan dan
terlibat dalam murtad mereka diwajibkan untuk segera kembali kepada Islam.
Mereka berkewajipan untuk mencabut kemurtadannya dan wajib menyesalinya.
Selepas itu, mereka berkewajipan untuk mengukukuhkan azam untuk tidak
mengulangi perbuatan tersebut. Mereka juga wajib untuk mengqada semua
kewajiban syarak semasa ia murtad. Akhirnya, haruslah taubat nasuha kepada Allah
S.W.T.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting. Ibu bapa Muslim mestilah
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah terhadap
anak-anaknya terutama dari segi asuhan dan didikan agama sejak awal lagi
hinggalah remaja dan dewasa. Sesungguhnya anak-anak ibarat kain putih dan ibu
bapalah yang berperanan untuk mencorakkan kain tersebut. Pihak sekolah juga
memainkan peranan. Pendidikan agama Islam di sekolah yang telah sedia ada
seharusnya diperkukuh dan dipertingkat. Penekanan khusus mengenai bahaya
gejala murtad harus diberi penekanan.
Selain itu, semua badan dakwah sama ada yang ditubuhkan oleh pihak yang
berwajib atau NGO seharusnya dari masa ke masa mempergiatkan lagi dakwah
Islamiah sama ada terhadap Muslim atau bukan Muslim. Islam sebagai agama rasmi
telah diperuntukkan dalam perlembagaan Negara. Undang-undang untuk melindungi
umat Islam daripada gejala murtad seharusnya diperkemas. Akta Perlindungan
Akidah dirasakan berkesan untuk mencapai matlamat itu. Contohnya, ialah Akta
Perlindungan Akidah Negeri Sembilan Peruntukan 90A (1) 1995. Di mana akta ini
mengggariskan bahawa seseorang Muslim tidak boleh keluar daripada Islam

melainkan

setelah

mendapat

pengisytiharaan

Mahkamah

Tinggi

Syariah.

Difahamkan tidak semua negeri di Malaysia mempunyai akta serupa ini. Justeru,
akta ini harus dijadikan enakmen oleh negeri-negeri lain yang belum ada. Malah
yang lebih penting ialah penyelarasan di peringkat pusat dan penguatkuasaannya
secara tegas dan berkesan.
Di samping itu, masyarakat di sekeliling juga memainkan peranan yang
penting. Bukan bermaksud untuk menjaga tepi kain orang lain, namun bagi
menegakkan syiar Islam. Nabi Muhammad

S.A.W

pernah bersabda dan

diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:


Barang siapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan
tangannya,jika tidak sanggup maka dengan lidahnya, jika tidak sanggup juga, maka
dengan hatinya,tetapi itu adalah selenah-lemah iman
Yusof Qardawi dalam kitabnya juga ada menyatakan bahawa hendaklah
mempertahankan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Oleh yang demikian,
terbuktilah bahawa masyarakat memainkan peranan penting.
Kesimpulannya, tidak syak lagi gejala murtad merupakan ancaman utama
terhadap keselamatan agama Islam di alaf baru ini. Dengan itu, sebagai umat Islam
kita hendaklah mempertahankan kemurnian agama kita ini.

RUJUKAN

1) MUSTAFA DAUD . (2002) . CABARAN TAMADUN ISLAM PADA ALAF BARU


DI MALAYSIA . Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
2) Che Kamarudin Md. Daud . (2006) . ASAS-ASAS ISLAM KHALIFAH AKHLAK
Nik Aminah Nik Idris
& KEPERCAYAAN . iBook Pulication
Sdn Bhd.
3) MARDZELAH MAKHSIN . (2003) . PENDIDIKAN ISLAM 2 . PTS
PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN. BHD.

NAMA PELAJAR : ZAHIDAH BINTI MD YUSSOF


ANGKA GILIRAN :
NO.K.P : 900407-06-5134
KUMPULAN/UNIT : PPISMP MATEMATIK KOHORT 5
KOD DAN MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : UST NOORAZI BIN RANI
TARIKH SERAHAN: 17 SEPTEMBER 2008

Вам также может понравиться