Вы находитесь на странице: 1из 1

Cikgu Judy Letcher merupakan seorang guru yang bertanggungjawab.

Anderson Covington menyukai


sikap gurunya yang positif. Anderson yang berkebolehan kurang diperhatikan oleh cikgu Judy. Perkara ini telah
menyinggung perasaan Anderson yang kurang menerima kasih sayang daripada ibu bapanya. Cary, rakan karib
Anderson, telah berjumpa dengan cikgu Judy untuk meceritakan hal yang penting. Keesokkanya, cikgu Judy
kecewa akan ketidakhadiran Cary yang takut. Cary amat takut untuk memberitahu kes kehilangan wang cikgu
Judy. Cikgu Judy memaksa Cary memberitahu kepadanya dan Cary telah menyatakan bahawa Andersonlah
yang telah mencuri wang cikgu Judy. Ini mengejutkan cikgu Judy dan juga cikgu Marie. Cikgu Marie yang
berpangkat tinggi hanya mementingkan peraturan sekolah dan bukan emosi pelajar. Cikgu Judy pula memberi
sokongan kepada Cary agar dia tidak menangis walaupun diberi amaran oleh Anderson agar dia tidak
membongkarkan rahsianya. Emosi Cary amat terganggu lalu kecewa akan kelakuan Anderson. Anderson
merupakan anak bongsu, juga bekas atlet sekolah dan ibu bapanya amat dihormati dalam kalangan
masyarakat. Anderson pernah bercerita bahawa dia berasa keseorangan tanpa kesayangan ibu bapanya dan
dijaga oleh majikannya kepada Cary. Kebelakangan ini, tingkah laku Anderson memang banyak berubah dan
mencurigakan cikgu Judy. Cikgu Marie ingin En. Loditz mengambil alih tempat cikgu Judy bagi penyiasatan
terhadap Anderson. Walaubagaimanapun, cikgu Judy ingin menyelesaikan hal tersebut dengan sendiri. Pada
satu hari, Anderson telah memanggil cikgu Judy Letcher dengan nada suara yang tidak biasa dan tidak
mengaku kesalahannya. Anderson kelihatan kecewa serta mukanya menjadi merah. Cikgu Judy telah
memerhatikan tingkah laku Anderson. Anderson enggan mengikut apa yang dikatakan oleh cikgu Judy dan
keluar terus dari kelas. Selepas penyiasatan, Anderson diketahui bersalah. Anderson juga telah mengaku
kesalahannya yang mencuri wang setelah beberapa kali ditegur oleh guru disiplin. Cikgu Judy telah
menasihatinya tentang akibat atas perlakuannya yang negatif. Beliau telah mula memberi perhatian dan
mencurahkan kasih sayang yang mencukupi terhadap Anderson. Setelah cikgu Judy mengambil berat atasnya
perubahan tingkah laku Anderson menjadi positif.

Вам также может понравиться