Вы находитесь на странице: 1из 17

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

AMALAN-AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN IDEOLOGI DEMOKRASI


YANG DIPRAKTIKKAN OLEH SESETENGAH NEGARA DUNIA KETIGA YANG
MENDAKWA DIRINYA SEBAGAI SEBUAH NEGARA DEMOKRASI KADANGKALA
BOLEH DIJUSTIFIKASIKAN

1. PENGENALAN
Demokrasi merupakan suatu corak pemerintahan yang telah disarankan oleh sarjana
politik klasik seperti Plato, Aristotle Thomes Hobes, Rousseau, Karl Max dan Al Mawardi.
Istilah demokrasi berasal daripada Bahasa Yunani demos bermaksud rakyat dan kratein
bermaksud pemerintah. Kewujudan corak pemerintahan demokrasi mula mendapat perhatian
selepas berlakunya revolusi perindustrian pada abad ke-18 dan ke-19. Demokrasi moden pula
mula muncul pada abad ke-19 dan ke-20 setelah masyarakat berkembang dan mengalami
evolusi. Sehingga kini, corak pemerintahan demokrasi diamalkan di kebanyakan negara
dunia kerana diyakini boleh mengimbangi kestabilan politik dan tuntutan masyarakat moden.
Prinsip demokrasi juga diyakini dapat menghapuskan corak pemerintahan yang bersifat
diktator dan autokrasi yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu.

2. DEFINASI DEMOKRASI
Demokrasi telah ditakrifkan dalam perlbagai cara dan kaedah namun keseluruhannya
membawa maksud yang sama. Antara definasi yang diberikan adalah demokrasi ditakrifkan
sebagai suatu corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemukakan

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

kehendak mereka tanpa sebarang sekatani. Demokrasi ditakrifkan oleh Abraham Lincoln
suatu pemerintahan oleh rakyat dan berfungsi untuk rakyat. Selain daripada itu, menurut
A.V.Dicey demokrasi merupakan suatu bentuk pemerintahan di mana golongan majoriti
menentukan proses pembuatan sesuatu undang-undangii. Demokrasi merupakan kerajaan
berpewakilan/wakil kerajaan yang dilantik secara pilihan raya oleh rakyat melalui undian dan
rakyat diberikan kebebasan mengemukakan pendapat serta kehendak mereka tanpa sebarang
sekatan. Berdasarkan definasi-definasi yang diutarakan, demokrasi membayangkan
keseimbangan untuk memenuhi keperluan masyarakat melalui sistem politik sesebuah
negara.

3. DEMOKRASI DI NEGARA DUNIA KETIGA


Negara-negara dunia telah dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan sistem
politik antaranya negara dunia pertama, negara dunia kedua dan negara dunia ketiga yang
muncul selepas tamatnya perang dingin pada 1947 hingga 1991. Negara dunia pertama terdiri
daripada Amarika Syarikat dan pihak sekutunya manakala negara dunia kedua terdiri
daripada Blok Komunis, Russia, China dan pihak sekutunya. Negara dunia ketiga pula
merupakan negara yang telah mencapai kemerdekaan dan sedang membangun setelah
dijajah suatu masa dahulu. Sistem politik yang diamalkan di negara-negara tersebut banyak
dipengaruhi oleh sistem pemerintahan barat yang pernah menjajah mereka. Selepas
memperolehi kemerdekaan, negara dunia ketiga masih mentah untuk melaksanakan corak
pemerintahan sendiri tanpa dipengaruhi oleh amalan politik di negara barat. Disamping itu
juga, kebekesanan corak pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh negara barat telah

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

membuktikan kejayaan mereka untuk menyatukan masyarakat dan juga negara barat
menyebarkan ideologi demokrasi di negara dunia ketiga bertujuan menyekat ideologi
komunis

daripada

terus

berkembang.

Pemerintahan

demokrasi

yang

diamalkan

mengutamakan kepentingan, hak dan penglibatan ahli masyarakat dalam sistem politik.
Contohnya negara Malaysia, India, Indonesia, Thailand, Mesir dan Afrika yang masih
mendukung amalam demokrasi dalam sistem politik.

4. AMALAN DEMOKRASI YANG BERTENTANGAN DENGAN IDEOLOGI


DEMOKRASI
Ideologi telah diperkenalkan oleh Antoine Louse Claude Destutt de Tracy (1754-1836)
hasil daripada kajiannya untuk proses penambahbaikan keadaan politik pada zaman
pencerahan (Enlightenment). Demokrasi menitikberatkan kerjasama diantara rakyat dengan
golongan pemerintah yang dipilih bagi mewujudkan suatu keadaan yang seimbang dalam
pemerintahan. Ideologi demokrasi di implimentasikan dalam sistem pemerintahan negaranegara dunia kedua merangkumi pelbagai corak pemerintahan seperti Demokrasi Liberal,
Demokrasi Pluralisme, Demokrasi Partisipatif, Demokrasi Proletar, Demokrasi Terpimpin,
Demokrasi Totalitarian dan Demokrasi Ala-Afrika. Walaupun sistem pemerintahan dan corak
pemerintahan yang berbeza, ideologi demokrasi dijadikan sebagai satu asas amalan untuk
memilih golongan minoriti yang akan memegang kuasa pemerintahan.
Realitinya, amalan politik yang diamalkan di negara dunia ketiga termasuklah Malaysia
mempunyai pertentangan dengan konsep sebenar demokrasi yang diperkenalkan.
Perlaksanaan amalan-amalan politik yang bertentangan disebabkan pengaruh serta factor

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

penyesuaian dengan sosio-budaya, sosio-ekonomi, stratifikasi masyarakat dan pendidikan.


Pertentangan yang berlaku sukar untuk diatasi dan pemerintah sentiasa berusaha meyakinkan
rakyat pertentangan yang wujud adalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang terbaik
untuk negara.

4.1. PERSAMAAN POLITIK


Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai hak yang setara untuk melibatkan diri
dalam politik bagi membentuk sesebuah kerajaan. Demokrasi mendulatkan kuasa rakyat
untuk mengundi bagi memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menjadi Presiden atau
Perdana Menteri. Tanpa mengira kaum, status ekonomi, status sosial, budaya dan jantina,
setiap individu yang bertaraf warganegara layak mengundi semasa pilihan raya
diadakan. Konsep persamaan politik dalam corak demokrasi menolak penindasan
terhadap masyarakat kerana demokrasi merupakan pemerintahan daripada rakyat dan
untuk rakyat. Idealogi ini bagaimana pun sukar untuk dilaksanakan dalam amalan di
negara India yang di iktiraf oleh negara lain sebagai negara terbesar mengamalkan
demokrasi. Kepercayaan dan pegangan yang teguh pada sistem kasta di kalangan
masyarakat India menyebabkan masih lagi wujud penindasan dan penafian hak
sesetengah individu dalam politik. Golongan daripada kasta rendah mempunyai limitasi
dalam penglibatan politik berbanding dengan golongan daripada kasta yang tinggi
seperti kasta Brahman. Berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh sarjana politik
terhadap golongan wanita di India menunjukan bahawa hanya sejumlah kecil sahaja
wanita berjaya melibatkan diri dalam arena politik seperti menjadi wakil rakyat di

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

peringkat parlimen. Pemimpin wanita yang berjaya mendapat tempat adalah berdasarkan
faktor keluarga dan penglibatan dalam gerakan mahasiswaiii. Parlimen India menetapkan
kuota berdasarkan kepada sistem kasta bagi menyekat penglibatan wanita secara meluas
dalam bidang politik. Penglibatan golongan wanita dalam pentadbiran negara masih
sukar untuk diterima dan disesuaikan dengan ideologi demokrasi yang tulin. Wanita
daripada kasta Brahman mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjadi wakil
rakyat dalam parlimen berbanding wanita daripada kasta yang lebih rendah. Femonina
ini jelas menunjukan India mengiktiraf demokrasi dan mengamalkannya tanpa menolak
kepercayaan yang pegang. Situasi ini sukar untuk diubah kerana agama Hindu
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi ideologi politik. Sekatan
terhadap golongan tertentu merupakan sebahagian amalan demokrasi yang telah diterima
dan diiktiraf oleh rakyat negara India.

4.2. KEBEBASAN POLITIK


Amalan demokrasi menerapkan nilai-nilai kebebasan terhadap semua rakyat
melalui penglibatan dalam sistem politik tanpa sekatan. Amalan ini selaras dengan sifat
zahir individu yang dilahirkan mempunyai kebebasan untuk melakukan sesuatu
termasuklah melibatkan diri dalam politik. Manusia bebas memilih dan menentukan
sendiri apa yang mereka inginkan. Menurut Plato kebebasan memilih sesuatu yang
disukai adalah menarik, tetapi ia tidak bererti kebebasan itu mutlak iv. Negara yang
mengamalkan corak pemerintahan demokrasi sentiasa dibelenggu isu kebebasan politik
termasuklah negara yang mendakwa mereka telah mencapai demokrasi liberal atau

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

unggul. Isu ini turut menjadi pertikaian dan agenda utama dalam politik di negara-negara
dunia ketiga yang masih jauh kearah demokrasi liberal.
Rakyat Malaysia mepunyai batasan dalam berucap kerana disekat oleh golongan
pemimpin. Rakyat tidak diberikan kebebasan yang seharusnya untuk menyampaikan dan
mengutarakan pandangan mereka kepada pemimpin. Tambahan lagi sekiranya
pandangan yang diutarakan menyentuk kredibiliti golongan pemimpin. Rakyat yang
lantang berucp akan dikenakan tindakan undang-undang sehingga ada dikalangan rakyat
yang dipenjarakan. Kerajaan menggunakan kuasa pasukan keselamatan seperti polis
untuk menyeka kebebasan berucap dikalangan pemimpin parti lawan. Permit
mengadakan forum atau ceramah dikawal dengan syarat-syarat yang ketat supaya
ideologi menentang kerajaan dapat disekat daripada disebarkan. Pemimpin parti lawan
mempunyai pelung yang terhad untuk berucap secara umum jika dibandingkan dengan
pemimpin parti pemerintah. Liputan yang meluas tanpa sekatan hanya diberikan kepada
golongan pemerintah. Kebebasan berucap juga jelas disekat apabila golongan
pemerintah hanya membenarkan wakil mereka atau pegawai sektor awam berucap
menyentuk hal-hal kebaikan pemerintah sahaja. Kelemahan atau kepincangan pemimpin
tidak boleh dinyatakan kepada umum walaupun dalam isu-isu tertentu jelas menunjukan
kelemahan pemimpin. Sekiranya ada dikalangan wakil pemimpin berucap menyentuk
kelemahan mereka, tindakan tatatertib akan diambil seperti mana yang berlaku kepada
Mejar Zaidi Ahmad yang telah dibuang kerja daripada Tentera Udara DiRaja Malaysia
kerana membuat laporan polis dan memberikan kenyataan kepada media berhubung
dengan dakwat kekal yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan
raya ke-13. Mahkamah Tentera mendapati Mejar Zaidi Ahmad bersalah dan beliau telah

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

dipecat pada 12 Januari 2015 sekaligus menafikan penerimaan faedah pencen dan
pampasan. Insiden ini tidak menggambarkan kebebasan berucap yang seharusnya
dimiliki oleh rakyat dalam negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.
Golongan minoriti yang menguasai pucuk kepimpinan di Malaysia sinonim
dengan monopoli media massa. Penerbit dan syarikat pengeluar akbar sentiasa dikawal
dan dibayagi oleh golongan pemerintah. Kerajaan Barisan Nasional mengawal
sepenuhnya penerbitan akbar Utusan dan Berita Harian yang menjadi sumber infomasi
utama dikalangan rakyat. Surat khabar hanya menyiarkan berita mengenai kejayaan parti
pemerintah sahaja. Tiada berita yang menyiarkan kelemahan pemerintah bahkan tiada
juga berita mengenai kejayaan parti lawan dalam menangani sesuatu isu. Parti
pembangkang juga mengawal penerbitan akhbar seperti Harakah yang menyebarkan
maklumat-maklumat terkini berkaitan kejayaan parti. Seringkali dapat dilihat
pertentangan isu yang diutarakan dalam akhbar Utusan dan Harakah walaupun
menyentuh isu yang sama. Dengan jelas menunjukan rakyat sentiasa dipergunakan oleh
golongan pemerintah untuk menjadi benteng mempertahan tindakan mereka serta
menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Perselisihan yang wujud di kalangan media
massa ini menerapkan perpecahan kaum dan memburukkan lagi persengketaan rayat.
Penerbit akhbar juga sentiasa dibelenggu dengan dilema sekatan daripada pemimpin dan
kehilangan hak untuk mendapatkan permit atau lessen untuk terus beroperasi. Penerbitan
akhbar yang tidak seimbang dan kawalan terhadap penerbitan media massa tidak
menggambarkan suasana politik yang demokrasi yang matang.
Selain media cetak, media elektronik juga merupakan medium utama dalam
penyebaran dakyah atau propaganda parti politik. Dalam persiapan menghadapi pilihan

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

raya, media massa akan menayangkan pelbagai berita atau sesi soal jawab bersama
pemimpin bagi menyebarkan ideologi parti. Cara demikian cukup memberikan kesan
kepada rakyat kerana walaupun dimana tempat sekali pun, rakyat masih boleh
mendengar dan melihat siaran yang disiarkan. Walaubagaimana pun, parti yang dominan
akan sentiasa memainkan peranan mengawal media massa supaya tidak menyiarkan
sebarang propaganda daripada parti lain yang ingin menjatuhkan mereka. Sekatan ini
merupakan satu tindakan yang tidak adil kepada parti politik lain kerana rakyat hanya
mengetahui sesuatu perkara daripada satu pihak sahaja. Parti politik lawan juga perlu
diberikan ruang dan hak untuk menyiarkan kempen-kempen mereka melalui media
massa dan rakyat tidak boleh disekat daripada mengikuti kempen parti politik lawan.
Amalan ini tidak melambangkan prinsip demokrasi yang adil bagi parti politik lain dan
juga keseluruhan rakyat. Seharusnya, rakyat perlu diberikan kebebasan untuk mendengar
dan mengetahui sesuatu perkara daripada mana-mana pihak sebelum mereka memilih
pemimpin.

4.3. PERLEMBAGAAN DEMOKRASI


Amalan demokrasi yang harmoni tidak akan dapat dicapai sekiranya rakyat tidak
menerima, menghormati dan menjungjung tinggi perlembagaan yang dirangka oleh
pemerintah. Suatu perlembagaan yang lemah masih dapat berfungsi sehingga ia
diperbaharui dan ditingkatkan kelengkapannya. Tetapi, jika rakyat saling bercanggah,
sistem perlembagaan demokrasi yang lemah tidak mungkin dapat bertahan lama
terutamanya

sewaktu

berlaku

kritikan

daripada

rakyat

atau

pembangkang v.

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

Perlembagaan

yang

digubal

dalam

negara

yang

mengamalkan

demokrasi,

menitikberatkan keperluan dan hak asasi rakyat dalam politik. Penafian hak untuk rakyat
di negara India yang berstatus kasta rendah untuk mengundi walaupun telah mencapai
usia 21 tahun adalah bertentangan dengan perlembagaan yang dirangka. Penafian ini
dilihat hasil daripada peranan agama Hindu yang dipegang oleh rakyatnya. Golongan
daripada kasta rendah yang telah menepati syarat untuk mengundi masih tidak
dibenarkan terlibat. Walaupun mendakwa pengamal demokrasi yang meluas, kerajaan
India masih membenarkan dan mengamalkan penindasan dikalangan rakyatnya yang
berstatus rendah. Perlembagaan yang dirangka dijadikan benteng untuk mempertahankan
kepentingan dan hak golongan pemerintah daripada kasta tinggi.
Selaras dengan amalan yang menuntut hubungan kerjasama antara masyarakat
dan pemerintah, pengasingan kuasa dapat memastikan perilaku pemerintah dan tindak
tanduk rakyat sentiasa menuruti undang-undang. Dalam perlembagaan Malaysia, kuasa
diberikan kepada tiga badan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Pengasingan
kuasa tidak dilksanakan dengan sempurna seperti mana yang diperuntukan dalam
perlembagaan kerana badan eksekutif mengawal badan perundangan dalam membuat
sesuatu undang-undang. Keseimbangan kuasa tidak wujud kerana golongan pemerintah
akan menggunakan kuasa mereka untuk menggubal undang-undang yang dapat
menjamin kepentingan mereka. Pengubalan Akta Hasutan, ISA, Akta Penerbitan dan
Akta Pertubuhan membantu golongan pemimpin untuk menyekat tindak laku rakyat
supaya tidak mengancam kepentingan mereka. Golongan Eksekutif juga menganggap
mereka kebal daripada tindakan undang-undang. Penyalahgunaan kuasa dan rasuah

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

dikalangan pemimpim sukar untuk diatasi. Kawalan badan eksekutif terhadap badan
perundangan perlu dielakkan selari dengan perlembagaan negara.

4.4. PERSENGKETAAN DAN RAMPASAN KUASA


Kemunculan pihak-pihak tertentu yang menyebarkan ideologi bertentangan
dengan ideologi demokrasi akan membawa kepada pepecahan dan persengketaan
dikalangan masyarakat. Pihak penentang akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan
kuasa pemerintahan dengan cara menggulingkan kerajaan atau pemerintahan sedia ada.
Campur tangan daripada pihak luar akan membawa kepada peperangan dan
menyebabkan kematian. Sekirannya pihak penentang berjaya mendapatkan kuasa,
mereka akan bertindak mengawal perilaku masyarakat supaya ideologi yang menentang
mereka tidak disebarkan. Persengketaan dan rampasan kuasa secara peperangan adalah
suatu amalan yang tidak boleh diterima dalam demokrasi. Amalan demokrasi
menerapkan pemilihan pemimpin dan menjatuhkan pemimpin melalui perbincangan dan
proses pilihan raya. Penggulingan pemimpin Mesir semasa pemerintahan Dr Muhammad
Morsi oleh Ketua Tentera Abdul Fatah As Sisi melalui rampasan kuasa oleh pihak
tentera dan sokongan mojoriti rakyat Mesir jelas menujukan demokrasi yang dilaungkan
oleh rakyat telah mereka cabuli. Ketegasan Dr Muhammad Morsi dalam menjalankan
tugas menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dikalangan minoriti pemimpin lain.
Ideologi yang menolak pemerintahan Dr Muhammad Morsi disebarkan di kalangan
rakyat supaya wujudnya perpecahan dan memudahkan rampasan kuasa dilakukan oleh
pihak tentera.

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

Sejarah rampasan kuasa oleh pihak tentera yang berlaku di Turki pada 12
September 1980 di bawah pimpinan Ketua Angkatan Tentera Kenan Evran ternyata telah
mencabuli prinsip demokrasi yang diamalkan. Kanun Jenayah Tentera menerusi artikel
184 dengan jelas telah melarang penyertaan pihak tentera dalam organisasi politik dan
dalam artikel 35 menerangkan tugas pasukan tentera adalah mempertahankan dan
memelihara wilayah Turki dan Republik Turki sebagaimana termaktub dalam
perlembagaanvi. Sekiranya kerajaan dan rakyat Turki menghormati prinsip demokrasi,
tindakan tentera merampas kuasa tidak akan berlaku.

4.5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


Mendapatkan kuasa pemerintahan merupakan suatu proses yang sukar kerana
pemimpin perlu mendapat undian yang majority daripada rakyat. Kemenangan
berdasarkan jumlah undi yang kecil menggambarkan kesukaran dalam melaksankan
tugas untuk memimpin rakyat. Sikap golongan pemimpin yang sentiasa berprasangka
buruk antara satu sama lain menyebabkan segala keputusan sukar diperolehi. Tindakan
terlalu menentang tanpa mengusulkan jalan penyelesaian akan membawa kepada
pertikaian semata-mata dan melambatkan proses kemajuan negara. Amalan ini
bertentangan dengan amalan demokrasi yang sebenar. Golongan pemimpin seharusnya
bersatu dan saling membantu dalam menyelesaikan sesuatu isu supaya keperluan rakyat
dapat dipenuhi tanpa mengira fahaman politik. Perdebatan yang hangat dikalangan
pemimpin parti politik seringkali berlaku semasa persidangan dewan perlimen di

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

beberapa negara yang mengamalkan demokrasi namun tiada sebarang keputusan dicapai
untuk menyelesaikan masalah.
Sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu isu seringkali
diutarakan oleh masyarakat. Golongan pemimpin memilih untuk menyelesaikan sesuatu
masalah

sekiranya

keadaan

menguntungkan

mereka.

Pemimpin

parti

lebih

mengutamakan rakyat yang sealiran pemikiran politik dengannya dan lambat


memberikan tindak balas terhadap rakyat yang mentangnya. Ketidak adilan dikalangan
pemimpin sedemikian kerap kali dapat dilihat di kebanyakkan negara demokrasi dunia
kedua. Sikap membeza-bezakan fahaman politik dikalangan pemimpin dan masyarakat
masih sukar untuk diatasi.
Golongan pemimpin sering kali meletakkan kegagalan dan tanggungjawab
terhadap pegawai bawahannya sekiranya berhadapan dengan suatu bencana atau
musibah yang mengemparkan negara. Pemimpin akan melepaskan jawatannya sebagai
tanda tanggungjawab mereka apabila berhadapan dengan musibah seperti yang
diamalkan oleh pemimpin Korea dan Jepun. Secara zahirnya, seorang pemimpin harus
sentiasa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua lapisan masyarakat dan bersedia
melepaskan jawatan apabila dilihat tidak lagi berkeupayaan mentadbir negara.
Kebanyakkan pemimpin yang dilantik hanya melaungkan demokrasi namun tidak
menyedari tanggungjawab mereka dan peranan rakyat dalam negara.
Pergolakan yang berlaku di negara Timur Tengah disebabkan sikap pemimpin
yang tidak bertanggungjawab dalam memelihara hak asasi rakyat, pemerintahan yang
autokratik dan diktator menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap pemerintah.

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

Tekanan yang dikenakan terhadap rakyat dan amalan pentadbiran kerajaan yang lemah
menyebabkan keyakinan semakin pudar untuk meneruskan sokongan terhadap
pemerintah.
Pemilihan pemimpin dilakukan oleh rakyat tanpa menilai kebolehan dan
kredibiliti yang ada pada pemimpin. Rakyat hanya dipengaruhi oleh propogandan yang
diutarakan oleh parti politik dan tidak mengenali sepenuhnya pemimpin yang
dicalonkan. Setelah diberikan kuasa, ada diantaranya gagal membawa kemajuan
sepertimana yang diiginkan rakyat. Oleh yang demikian, rakyat terpaksa menanggung
kesan tersebut selama penggal pemerintahan untuk menukar pemimpin yang lain. Rakyat
perlu sedar dan mengetahui kepakaran seseorang individu sebelum diangkat menjadi
pemimpin dan menguruskan pentadbiran negara.

4.6. PERSATUAN POLITIK


Dalam memacu perkembangan corak pemerintahan demokrasi, semua ahli
masyarakat perlu diberikan peluang yang saksama untuk melibatkan diri dalam parti
politik. Masih terdapat negara demokrasi yang menyekat aktiviti berpesatuan dengan
alasan tindakan mereka akan mengancam kestabilan negara. Individu yang
memperjuangkan keadilan dan mewakili suara rakyat dianggap sebagai musuh negara.
Tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka walaupun tiada sebarang
kesalahan dilakukan. Kebebasan bersuara dan berpolitik dikalangan rakyat diatas dasar
demokrasi masih belum lagi diterima malah turut dikecam oleh golongan pemimpin
yang merasakan kedudukan mereka diancam. Sebagai contoh, Aung San Sui Kyi telah

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

dihukum tahanan di rumah selama 21 tahun akibat menentang pemerintahan tentera di


Myanmar. Tindakan tersebut suatu yang sukar untuk direalisasikan dalam ideologi
demokrasi.

4.7. KAWALAN TERHADAP EKONOMI


Pemimpin yang bersikap tegas, berkebolehan dan mengutaakan kebajikan rakyat
terlalu sukar untuk diperolehi berbanding dengan pemimpin yang mudah dikawal oleh
golongan kapitalis atau mendukung ideologi kapitalis. Segala keputusan yang dibuat
mengambil kira kepentingan kapitalis supaya kepentingan golongan pemimpin
terpelihara,terus mendapat sokongan dan memperolehi keuntugan. Matlamat untuk
membela dan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat tidak akan dapat dicapai
kerana keuntungan akan sentiasa dikuasai kepada golongan kapitalis. Sebagai contoh,
golongan kapitalis telah mengawal pemimpin Indonesia menyebabkan 49 peratus rakyat
Indonesia masih dibelenggu dengan kemiskinan walaupun ekonomi negara menunjukan
peningkatan pada tahun 2013. Dalam prinsip demokrasi, kekayaan dan kemajuan yang
dicapai haruslah diagihkan sama rata dikalangan rakyat bukan sahaja dimanopoli oleh
golongan kapitalis. Rakyat bersatu memberikan sokongan kepada pemimpin yang
dilantik untuk mewakili mereka bagi melaksakan tanggungjawab memajukan negara dan
membantu rakyat dari segi ekonomi. Penggagihan kekayaan yang tidak sama rata
dikalangan rakyat serta ketidakjujuran pemimpin dalam menguruskan kewangan negara
akan memberikan tekanan kepada rakyat.

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

4.8. SIKAP TOLERANSI


Sikap bertolak ansur seharuslah dimiliki oleh semua golongan pemimpin dan juga
rakyat dalam memacu ideologi demokrasi. Perbincangan bersama diantara pemimpin
dan wakil-wakil rakyat perlu dilakukan dalam mencapai keputusan yang terbaik dan
menyeluruh bagi kepentingan negara. sikap memberi dan menerima adalah penting
kerana demokrasi melibatkan konsep peraturan oleh majoriti dan pihak minoriti pula
bersikap menerima segala cadangan majoritivii. Konsep ini terlalu sukar untuk
diterapkan dalam diri rakyat serta pemimpin. Pemimpin yang tidak lagi mendapat
sokongan akan bertindak membidas dan membantah tindakan yang diambil oleh barisan
pemimpin baru. Keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan dan ia akan terus hangat
menjadi perdebatan dikalangan rakyat setiap hari. Pemimpin yang telah diundurkan atau
digugurkan daripada pemerintahan perlu menghormati keputusan ramai dan tidak
seharusnya menyebarkan keburukan dan bertindak untuk menjatuhkan pemimpin yang
lain. Sokongan berterusan dan teguran yang berhemah perlu diberikan kepada barisan
kepimpinan yang baru bagi membaiki kelemahan yang wujud. Rakyat pula perlu
bersedia memberikan peluang kepada pemimpin yang baru dan menghormati keputusan
kumpulan majoriti dalam memilih pemimpin. Syarat yang utama pada masyarakat yang
demokrasi bukanlah terletak pada susunan perlembagaan, tetapi terletak dalam jiwa
setiap rakyat dan tujuan sebaliknya. Ia tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi
dalam The Sprit of Lowviii. Ideologi demokrasi perlu difahami dengan lebih mendalam
oleh rakyat sebelum ia dicorakkan dalam sistem politik negara. Kefahaman bahawa
rakyat mempunyai kuasa dan kebebasan mutlak dalam mengamalkan prinsip demokrasi
perlu diperbetulkan.

JKP 317 IDEALOGI DUNIA KETIGA

5. PENUTUP
Ideologi demokrasi yang dizahirkan oleh tokoh politik klasik suatu masa dahulu masih
belum dapat direalisasikan sepenuhnya sehingga kini di negara dunia ketiga mahu pun negara
dunia pertama dan kedua. Ideologi ini sentiasa dibatasi oleh tindak tanduk dan perilaku
manusia yang menganggap mereka mengamalkan demokrasi sebenar. Amalan demokrasi
menuntut kematangan dan tahap pemikiran manusia yang tinggi supaya ideologi demokrasi
sentiasa berkembang dan berevolusi ke tahap yang ideal sesuai dengan peredaran zaman.

BIBLIOGRAFI

Asas Sains Politik. Edisi Ketiga. K.Ramanathan

ii

A.V.Dicey,Introduction to the study of low the constitution,edisi ke- 10, macmillan London1964

iii

Studi Kasus:Kelas Kasta Dan Gender: Perempuan Dalam Parlimen India

iv

Ernest Barker, The Politics of Plato and Aristotle, Dover Publication; New York 1945

Asas Sains Politik. Edisi Ketiga. K.Ramanathan

vi

Abdul Latip Talib, Mustafa Kamal Ataturk:Penegak Agenda Yahudi, PTS Publication 2012

vii

Asas Sains Politik. Edisi Ketiga. K.Ramanathan

viii

Baron Montesquieu, The Sprit of Low, Disuning oleh F.Neumann, Hafner Classics, New York, 1969

Вам также может понравиться