Вы находитесь на странице: 1из 71

KANDUNGAN

Tajuk

Muka surat

1.

Kandungan

2.

Jadual Kursus

3.

Kerangka Kursus Keseluruhan

4.

Kerangka Kursus Slot 1

5.

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

6.

Kerangka Kursus Slot 2 4

13

7.

Panduan dan Contoh Menjayakan Objektif 2 dan 3 (Morfologi)

16

8.

Morfologi: Pembentukan dan Penggolongan Kata

19

9.

Kerangka Kursus Slot 5 8

28

10.

Panduan dan Contoh Menjayakan Objektif 2 dan 3 (SIntaksis)

32

11.

Sintaksis: Binaan Ayat, Ayat Dasar, Frasa, Klausa,


Ayat Majmuk, dan Ayat Terbitan

34

12.

Rujukan

50

13.

Lampiran A: Latihan Ejaan dan Tatabahasa

51

14.

Lampiran B: Maklumat Tambahan

15.

Lampiran C: Ujian Pra dan Pasca

72

16.

Panel Penyusun Modul Pemantapan Tatabahasa

74

17.

Panel Penyemak/Penambahbaikan/Pemurni Modul

75

64

Pemanatapan Tatabahasa

*Bahan sokongan tatabahasa dalam bentuk Powerpoint dibekalkan bersamasama cakera padat.

PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA


MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
(MBMMBI)
JADUAL KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KEDUA

PERTAMA

JAM/
HARI

8.00-10.00

8.00-9.00
Pendaftaran dan
Ujian Pra

10.00
10.30

10.30 12.30

2.30 4.30

9.00-10.00
Slot 2
Morfologi:
Pembentukan Kata

Slot 1
Sistem
Ejaan Rumi

Slot 4
Bengkel Morfologi

R
E
H
A
T

Slot 5
Sintaksis:
Frasa dan Klausa

1
KETIGA

12.30
2.30

Slot 7
Sintaksis:
Ayat Terbitan

Slot 3
Morfologi:
Penggolongan Kata

R
E
H
A
T

Slot 6
Sintaksis:
Ragam dan Susunan
Ayat

2
10.30
11.30

11.30
12.30

Slot 8
Bengkel
Sintaksis

Ujian
Pasca dan
Rumusan

Pelaksanaan Jadual:
1. Slot 1: Aspek Sistem Ejaan Rumi (rujuk Kerangka Kursus di halaman 5)
2. Slot 2, 3, 4: Aspek Morfologi (rujuk Kerangka Kursus di halaman 13-15)
3. Slot 5, 6, 7, 8: Aspek Sintaksis (rujuk Kerangka Kursus di halaman 28-31)
2

PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN


MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KERANGKA KURSUS KESELURUHAN


Program

Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek


Kelolaan Institut (KPKI) Guru Bahasa Melayu

Topik

Kursus Pemantapan Tatabahasa Bahasa Melayu

Kod Kursus
Masa

3 hari (16 jam interaksi)

Personel

Pemudah Cara (Pensyarah/Guru Cemerlang/Jurulatih Utama)

A.

Objektif
Pada akhir sesi kursus, para peserta dapat:
1. menganalisis sistem ejaan rumi bahasa Melayu;
2. menjelaskan konsep dan kandungan morfologi dan sintaksis;
3. mengaplikasikan konsep morfologi dan sintaksis dalam penulisan
dokumen rasmi;
4. mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara
kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur; dan
5. membentangkan/mempersembahkan hasil kerja kumpulan.

B.

Kandungan Kursus
1. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu.
2. Konsep dan kandungan morfologi dan sintaksis;
3. Tatabahasa dalam pelbagai wacana penulisan dokumen rasmi; dan
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

C. Kaedah dan Strategi


1. Perbincangan
2. Perbengkelan
3

3. Permainan Bahasa
4. Tunjuk Cara
5. Kontekstual
6. Didik Hibur
D. Bahan Pengajaran
1. Modul Pemantapan Tatabahasa
2. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
3. Kamus Dewan/e-Kamus
4. Facebook
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan tulis
4. Marker
5. Kertas sebak
F. Penilaian
1. Ujian pra dan ujian pasca
2. Penilaian berterusan
3. Persembahan
G. Rumusan/Refleksi

*Pemudah Cara boleh memilih strategi yang lain dalam menjayakan Kursus
Pemantapan Tatabahasa ini.
4

PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN


MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KERANGKA KURSUS SLOT 1


Program

Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek


Kelolaan Institut (KPKI) Guru Bahasa Melayu

Topik

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Kod Kursus
Masa

Slot 1: 1 jam (9.00 10.00 pg.)

Personel

Pemudah Cara

A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat:
1. menjelaskan sejarah ringkas sistem ejaan rumi bahasa Melayu;
2. mengaplikasikan pola keselarasan vokal dan pola-pola yang terkecuali
dalam sistem ejaan rumi; dan
3. mengaplikasikan panduan pengejaan kata pinjaman.
B.

Kandungan Kursus
1. Sejarah ringkas sistem ejaan rumi;
2. Pola keselarasan vokal dan pola yang terkecuali;
3. Panduan pengejaan kata pinjaman.

C. Kaedah dan Strategi


1. Perbincangan

2. Kontekstual

3. Tunjuk Cara

Slot 1: 9.00 10.00 pg.


Set Induksi: Pemudah cara mengemukakan beberapa kata jati dan kata
pinjaman dalam bahasa Melayu untuk dieja oleh peserta.
Langkah 1: Pemudah cara menjelaskan bentuk ejaan beberapa kata jati dan
kata pinjaman dalam bahasa Melayu;
5

Langkah 2: Pemudah cara memberikan maklumat tentang sejarah ringkas


sistem ejaan rumi bahasa Melayu;
Langkah 3: Perbincangan dan tunjuk contoh tentang 18 pola keselarasan
vokal dan pola yang terkecuali;
Langkah 4: Perbincangan dan soal jawab untuk mengaplikasikan panduan
pengejaan kata pinjaman;
Langkah 5: Latihan mengesan ejaan yang betul (rujuk Lampiran A)
Penutup:

Rumusan tentang petua mengeja tepat dan kepentingan bahan


rujukan (kamus dan buku daftar ejaan rumi) [rujuk Lampiran B
1b]

D. Bahan Pengajaran
Modul Pemantapan Tatabahasa, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu,
buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, Kamus Dewan, dan e-Kamus
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan putih
4. Marker
5. Kertas sebak
F. Penilaian
1. Ujian pra
2. Latihan
G. Rumusan/Refleksi

SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU


PENGENALAN
Sistem Ejaan Rumi yang diterima pakai dalam penulisan berbahasa Melayu pada
masa ini adalah berasaskan permuafakatan kebahasaan Majlis Bahasa IndonesiaMalaysia (MBIM) pada 16 Ogos 1972, iaitu tarikh pelancaran sistem ejaan rumi
bahasa Melayu. Satu daripada kesan kesepakatan itu adalah dengan terbitnya
buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (PUEBM) pada 1975 menerusi
persidangan MBIM kelima di Johor Bahru pada 2 4 Disember 1974. (Tentang
kandungan buku PUEBM, sila rujuk Lampiran B)

Objektif 1: SEJARAH RINGKAS SISTEM EJAAN RUMI


1812 : William Marsden- A Grammar of the Malayan Language
1901 : W.G.Shellabear- The Evolution of the Malay Spelling
1905 : R.J. Wilkinson Ejaan Sekolah
1947 : Pendeta Zaba Petua-petua Ejaan Rumi
1952, 1954: Jawatankuasa Ejaan-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu1956

(dikenali juga dengan nama Ejaan ASAS 50)

1972 : Ejaan Bersama Bahasa Malaysia Bahasa Indonesia Ejaan Baharu ejaan yang digunakan hingga sekarang
1975 : Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka
1981 : Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka
(Semakan 1988)
Bunyi dan Huruf: Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdapat 21 huruf
konsonan, dan lima (5) huruf vokal. Selain itu, terdapat lima konsonan
gabungan (digraf). Huruf-huruf konsonan itu adalah seperti yang berikut:
Bb
Bb
Qq
Qq

Cc
Cc
Rr
Rr

Dd
Dd
Ss
Ss

Ff
Ff
Tt
Tt

Gg
Gg
Vv
Vv

Hh
Jj
Hh
Jj
Ww Xx
Ww Xx

Kk
Kk
Yy
Yy

Ll
Ll
Zz
Zz

Mm Nn Pp
Mm Nn Pp

Konsonan gugus/gabungan:

ng

ny

kh

gh

sy

Aa
Ee ()
Ii
Oo Uu
Uu
Perkembangan dan pembaharuan sistem ejaan rumi telah membawa

Huruf vokal terdiri daripada:

perubahan kepada beberapa konsonan yang digunakan sebelum ini:


Lama

Baharu

Contoh

ch

chantik

cantik

dh

hadhir

hadir

dz

dzahir

zahir

th

mithal

misal

Terdapat juga bentuk diftong, iaitu ai (aising, ramai), au (aurat, pulau), dan
oi (oidium, sepoi).
Objektif 2: POLA KESELARASAN VOKAL: Keselarasan vokal

bermaksud

keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata
pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir
dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Peraturan ini menetapkan
beberapa peraturan, iaitu keselarasan antara dua huruf vokal pada kata
dasar; kata dasar berakhirkan suku kata

tertutup; dan bagi kata yang

mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem
keselarasan huruf vokal, hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.
Keselarasan Vokal
a -a
a -i
a -u
e -a
e -i
e -u
ea
ee
eo
i -a
i - i
i -u
o -a
o - e

amal
masjid
barut
sedar
betik
telur
elak
leleh
esok
bilang
pilih
tidur
otak
oleh

Contoh Perkataan
bakar
masak
balik
alih
patut
datuk
jelas
emak
serik
jerit
belum
rebus
ekar
engkar
telek
remeh
bengkok
cedok
pinang
kilas
didih
sirih
hibur
hidup
rosak
bosan
korek
solek
8

o
u
u
u

o
a
i
u

botol
mogok
bulat
yuran
kulit
murid
suluh
runtuh
Rajah Pola Keselarasan Vokal

boros
dulang
lukis
pupuk

Perubahan pola ejaan lama (sebelum 16 Ogos 1972) kepada pola ejaan
baharu ditunjukkan pada rajah di bawah.

Pola Lama

Contoh
Perkataan
aleh
batok
lebeh
tempoh
pileh
tidor
usek
untong

a - e
a - o
ee
e- o
i-e
i-o
u-e
u-o

Pola Baharu
a - i
a - u
e- i
e-u
i -i
iu
ui
u-u

Contoh
Perkataan
alih
batuk
lebih
tempuh
pilih
tidur
usik
untung

Objektif 3: KEKECUALIAN KESELARASAN POLA BAGI KATA PINJAMAN:


Terdapat beberapa kekecualian terhadap peraturan keselarasan vokal di atas,
iaitu bagi kata pinjaman daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Yang
berikut ditunjukkan beberapa contoh kata yang dikecualikan daripada pola
keselarasan vokal yang dinyatakan sebelum ini. Bagi perkataan yang berupa
istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, terdapat beberapa peraturan
yang perlu dipatuhi.

Penyesuaian Huruf-huruf Konsonan Tertentu


uruf
c
c/cc
cc
ch
ph
ch
s
sc
sc
q
th

s
k
ks
c
f
k
z
s
sk
k
s

Bahasa Inggeris
cent
card , account
access
charge, cheque
graph
technique
music, physic
science
scale, screw
quality, quota
theory, thesis
9

Bahasa Melayu
sen
kad, akaun
akses
caj, cek
graf
teknik
muzik, fizik
sains
skala, skrew
kualiti, kuota
teori, tesis

x
y

ks
i

express, complex
economy, analysis

ekspres, kompleks
ekonomi, analisis

Pengguguran Satu daripada Gabungan Huruf Konsonan yang Sama


Huruf
bb
ff
gg
ll
mm
nn
ss
tt
zz

b
f
g
l
m
n
s
t
z

Bahasa Inggeris
lobby, hobby
effective, traffic
aggresive
pill, bill
comma
annuity, tennis
asset, process
lottery, battery
Jazz

Bahasa Melayu
lobi, hobi
efektif, trafik
agresif
pil, bil
koma
anuiti, tenis
aset, proses
loteri, bateri
jaz

Penyesuaian Huruf bagi Gabungan Dua Huruf Vokal


Huruf
au
ea
ea
ia
ei
ei
ee
iu
ou
ou
oa
oo
ue

au
ea
i
ia
ei
i
i
iu
au
u
o
u
u

Bahasa Inggeris
audit, automatic
idea, gear
grease, cream
dialect
protein
calorie
mee
premium, stadium
accountant, pound
coupon, serious
coat, cardboard
boot
tissue, issue

Bahasa Melayu
audit, automatik
idea, gear
gris, krim
dialek
protein
kalori
mi
premium, stadium
akauntan, paun
kupon, serius
kot, kadbod
but
tisu, isu

Pengekalan Gugus Konsonan dalam bahasa Inggeris dengan Beberapa


Penyesuaian
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
block
blok
classic, clinic
klasik, klinik
draft
draf
cream, credit
krim, kredit
comprehensive
komprehensif
protocol
protokol
store
stor
prism
prisma
plasm
plasma
organism
organisma
Huruf g yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan bahasa Inggeris, ditulis
sebagai g dan disebut sebagai [ g ] dalam bahasa Melayu.
10

Bahasa
Inggeris
generation
technology
tragedy
psychology
agenda
agent

Bahasa Melayu
generasi
teknologi
tragedi
psikologi
agenda
agen, ejen (wakil)

Kata yang asalnya berakhir dengan sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si,
-sen, -syen, dan -sional.
Bahasa Inggeris
tradition, action
lotion, immigration
section, television
professional
national, traditional

Bahasa Melayu
tradisi, aksi
losen, imigresyen
seksyen, televisyen
profesional
nasional, tradisional

Pengejaan kata yang berakhir dengan ism.


Bahasa Inggeris
nasionalism
comunism
socialisme
mechanism

Bahasa Melayu
nasionalisme
komunisme
sosialisme
mekanisme

Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.


Bahasa Inggeris
class, glass
grant, stamp
pencil, plan
bureu, ballon
action
dial, file
size, pie

Bahasa Melayu
kelas, gelas
geran, setem
pensel, pelan
biro, belon
aksi
dail, fail
saiz, pai

11

PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN


MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KERANGKA KURSUS SLOT 2 - 4


Program

Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek


Kelolaan Institut (KPKI) Guru Bahasa Melayu

Topik

Pembentukan, Penggolongan Kata, dan Bengkel Morfologi

Kod Kursus
Masa

Slot 2: 10.30 12.30 (2 jam)


Slot 3: 2.30 4.30 petang (2 jam)
Slot 4: 8.00 -10.00 pg. (2 jam)

Personel

Pemudah Cara dan Pembantu Pemudah Cara

A.

Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat:
1. menjelaskan konsep pembentukan dan penggolongan kata;
2. mengaplikasikan konsep pembentukan dan penggolongan kata dalam
penulisan dokumen rasmi; dan
3. mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran morfologi secara
kontekstual/e-pembelajaran/didik hibur.

B.

Kandungan Kursus
1. Konsep dan kandungan morfologi;
2. Tatabahasa dalam penulisan dokumen rasmi; dan
3. Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

C. Kaedah dan Strategi


12

1. Perbincangan
2. Perbengkelan

3. Permainan Bahasa
4. Tunjuk Cara/Contoh

5. Kontekstual
6. Didik Hibur

Slot 2: 10.30 pg. 12.30 t.h.


Set Induksi: Memperdengarkan lagu/puisi atau memaparkan puisi dan
bersoal jawab tentang diksi dalam lagu/puisi yang dipaparkan;
Langkah 1: Perbincangan dan tunjuk contoh konsep dan kandungan
morfologi: pembentukan dan penggolongan kata;
Langkah 2: Penerangan tentang konsep pembentukan kata dengan merujuk
modul/persembahan Powerpoint;
Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil - aplikasi bentuk kata dalam penulisan
dokumen rasmi (surat rasmi, laporan, minit mesyuarat, skrip
pengacaraan)
Langkah 4: Pembentangan ringkas tentang contoh aplikasi bentuk kata
dalam penulisan dokumen rasmi;
Langkah 5: Membuat latihan tentang pembentukan kata (rujuk Lampiran A);
Penutup: Rumusan tentang pembentukan kata.

Slot 3: 2.30 ptg. - 4.30 ptg.


Set Induksi: Memperdengarkan lagu/puisi atau memaparkan puisi dan
laman Facebook yang menunjukkan contoh penggunaan
golongan kata yang betul/tepat;
Langkah 1: Perbincangan dan tunjuk contoh tentang konsep dan kandungan
morfologi: penggolongan kata;
Langkah 2: Penerangan tentang konsep penggolongan kata dengan merujuk
modul/persembahan Powerpoint;
Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil - aplikasi golongan kata dalam penulisan
dokumen rasmi (surat rasmi, laporan, minit mesyuarat, skrip
pengacaraan) ;
Langkah 4: Pembentangan ringkas tentang contoh aplikasi golongan kata
dalam penulisan dokumen rasmi;
Langkah 5: Membuat latihan tentang pembentukan kata (rujuk Lampiran)
dan penulisan di Facebook;
Penutup: Rumusan tentang penggolongan kata.
13

Slot 4: 8.00 pg. 10.00 pg


Set Induksi: Pemudah cara memperdengarkan lagu dan meminta peserta
mengucapkan semula beberapa kata daripada lagu;
Langkah 1: Pemudah cara membahagikan peserta kursus kepada tiga
kumpulan untuk mengaplikasikan strategi kontekstual, epembelajaran, dan didik hibur dengan memanfaatkan input
berkaitan morfologi;
Langkah 2: Pemudah cara memantau dan membimbing peserta ketika
melaksanakan aktiviti kumpulan; (rujuk panduan dan contoh di
halaman 16)
Langkah 4: Setiap kumpulan membenangkan hasil kerja kumpulan dan
berbincang tentang kekuatan dan kelemahan hasil kerja
tersebut:
Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek
morfologi bahasa Melayu.
D. Bahan Pengajaran
Modul Pemantapan Tatabahasa , buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
Kamus Dewan, e-Kamus, Facebook
E. Alatan
1.
2.
3.
4.
5.

Komputer riba
LCD
Papan putih
Marker
Kertas sebak

F. Penilaian
1. Ujian pra dan ujian pasca
2. Penilaian berterusan
3. Persembahan
G. Rumusan/Refleksi

14

*Catatan:
1. Slot 1 (8.00 9.00 pagi) ialah slot ujian pra (tatabahasa) yang dijalankan
selepas sesi pendaftaran dan pengurusan peserta.
2. Panduan dan contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan strategi kontekstual, epembelajaran (Facebook) dan didik hibur dinyatakan di halaman 16 - 18.
PANDUAN DAN CONTOH UNTUK MENJAYAKAN OBJEKTIF 2
Tatabahasa dalam Penulisan Dokumen Rasmi (Surat Rasmi, Minit
Mesyuarat, Laporan, Skrip Pengacaraan)
Panduan: Pemudah cara dicadangkan supaya menghubungkaitkan isu
tatabahasa yang sering ditemukan dalam dokumen rasmi, misalnya
kata nama, kata kerja, kata majmuk dalam minit mesyuarat atau
skrip pengacaraan.
Contoh: 1. Majlis dengan hormat dan sukacitanya mempersilakan ...
(bukan hormatnya dan sukacitanya...)
1.

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran... (bukan


di atas kehadiran...)

2.

Johan bagi pertandingan ini ialah.... (bukan adalah...)

3.

Jawatankuasa siaraya (sepatutnya ...siar raya)

4.

Urusetia kursus ialah... (sepatutnya Urus setia...)

Pemudah cara digalakkan memperkenalkan padanan dalam bahasa Melayu bagi


beberapa perkataan/istilah yang popular dalam bahasa Inggeris, misalnya checkin (daftar masuk), check-out (daftar keluar), homestay (inap desa), talk shaw
(bicarawara),

road

shaw

(jerayawara),

scan

(imbas),

reengineering

(perekayasaan)...(sekadar contoh). Manfaatkanlah Lembar Bahasa, bahan


penyebaran maklumat bahasa terbitan percuma Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP. Pengetahuan sedia ada yang tinggi tentang kosa kata dan
ejaan bagi bentuk dan golongan kata akan menjadikan penyampaian tajuk ini

15

amat berkesan. Memiliki e-Kamus adalah langkah yang jitu ke arah penguasaan
aspek kosa kata dan aspek makna dalam kalangan guru BM.

PANDUAN DAN CONTOH UNTUK MENJAYAKAN OBJEKTIF 3


Aplikasi pengajaran dan pembelajaran morfologi secara kontekstual,
e-pembelajaran, dan didik hibur
Panduan: Pemudah cara dicadangkan supaya meneliti aspek strategi
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara kontekstual, epembelajaran, dan didik hibur.
Contoh:
1.Tatabahasa secara Kontekstual:

Menghubungkaitkan pengalaman menulis

laporan, minit mesyuarat, laporan, atau skrip pengacaraan dengan elemen


tatabahasa, khususnya morfologi. Misalnya, penggunaan kata nama, kata kerja,
kata adjektif, kata

majmuk, kata sendi nama, dan kata adverba

dalam

konteks ayat atau peristiwa bahasa yang betu


2.Tatabahasa dalam e-Pembelajaran: Dicadangkan supaya Facebook digunakan
dalam konteks amalan berbahasa. Misalnya, peserta diberi penegasan, walaupun
laras bahasa dalam laman sembang menggunakan wacana yang santai, aspek
tatabahasa usahlah

diabaikan. Contohnya, di ruangan NOTES boleh

dipaparkan bahan penulisan yang betul bentuk bahasanya. Facebook Kembara


Bahasa

(Prof.

Dr.

Awang

Sariyan)

adalah

contoh Facebook yang terbaik dalam penggunaan bahasa yang baik dan santun.
3. Tatabahasa secara Didik Hibur: Dicadangkan supaya digunakan puisi
tradisional, puisi moden, atau lirik lagu popular/patriotik/nasyid dengan
memanipulasikan elemen tatabahasa. Jika puisi mengandungi aspek kesalahan
16

atau ketidaktepatan dalam tatabahasa, laksanakanlah aktiviti mengesan


kesalahan (...dengan mengambil kira hakikat wujudnya kebebasan
berpuisi/poetic license). Aktiviti memilik kata yang menarik daripada lirik lagu
adalah aktiviti yang relevan dengan konsep didik hibur. Diksi bagi lirik lagu dalam
konteks persembahan adalah berbeza daripada diksi dalam konteks luar
persembahan.

Contohnya,

frasa di waktu malam (sepatutnya pada waktu

malam) (lagu

nyanyian Allahyarham P.Ramlee) adalah salah dari sudut morfologi, tetapi penulis
liriknya perlu mengambil kira elemen tempo dan irama lagu. Contoh lain, lagu
Pakai Buang (nyanyian Stacy) ialah contoh kata majmuk, Kereta Lembu
(nyanyian Allahyarham Sudirman) ialah contoh kata nama. Lagu Suratku
Untukmu (nyanyian J. Sham) amat sesuai dijadikan set induksi untuk
mengajarkan aspek penulisan surat rasmi. Pemudah cara bebas memilik lirik lagu
kesukaan sendiri selagi lagu tersebut dapat memanipulasikan elemen morfologi.
Selamat mencuba...

17

Objektif 1 - MORFOLOGI: PEMBENTUKAN DAN PENGGOLONGAN KATA


Pembentukan kata dalam bahasa Melayu terjadi menerusi proses pengimbuhan,
pemajmukan, dan penggandaan. Proses pembentukan kata menghasilkan bentukbentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda, yang dibincangkan
bawah aspek penggolongan kata. Yang berikut ialah contoh-contoh perkataan
mengikut kategori.
Kata Tunggal
Kata Tunggal
Satu Suku
Kata

KV: yu, ru, ya; VK: am; KVK: cat, wang; KKVK: stor, pruf, pruf, dril,
gred; KVKK: teks, bank, volt, seks, golf; KKKV: skru; KKKVK:
skrip, spring; ku (aku), tu (itu).

Kata Tungga
Dua Suku
Kata

V+KV: aku, uda, apa; V+VK: aib, air; V+KVK: adik, emas, ubat;
VK+KV: undi, impi, angka; VK+KVK: ambil, umpan, angkat;
KV+V: dua, doa, tua, sua, dia; KV+VK: jauh, tuah, buah; KV+KV:
jala, pasu, buku; KV+KVK: kapal, telur, sikat; KVK+KV: lampu,
binti, tunggu; KVK+KVK: bangsal, bintang, sandar.

Kata Tunggal
Tiga Suku Kata

KV+V+KV: cuaca, suara, tuala; KV+V+KVK: biawak, piutang,


siasat; V+KV+V: usia, urea, idea; KV+KV+V: semua, mulia,
benua; KVK+KV+V: tempua, mentua; KV+KV+VK: keruan, seluar,
seluang; KVK+KV+VK: mengkuang, mendiang, berlian; V+KV+KV:
utara, utama, irama; V+KV+KVK: ijazah, amanah, amaran;
VK+KV+KV: indera, asrama, antara; KV+KV+KV:keliru, budaya,
teruna; KVK+KV+KV: menteri, bendera, kemboja; VK+KV+VK: ilmiah,
ikhtiar; V+KV+VK: akaun, elaun, ideal; KV+KV+KVK: belalang,
senapang, belukar; KVK+KV+KVK: tempurung, matlamat, cendawan;
KV+KVK+KV: belanja, setanggi, kerengga; KVK+KVK+KV:
sempurna; KV+KVK+KVK: kelongsong, belimbing, gelanggang,
selumbar.

18

Kata Tunggal
Empat Suku Kata
dan lebih

Kata Tunggal
Akronim

Kata Tunggal
Akronim

KV+KV+VK+KV: keluarga, biduanda, keluangsa;


KV+KVK+KV+KV: sederhana, peristiwa, sayembara;
KVK+KV+KV+KV: laksamana, sandiwara, harmonika;
KVK+KV+V+KV:sentiasa;KV+KV+KV+KV:bidadari, serigala,
samudera; KV+KV+KV+KVK:musyawarah, masyarakat,
perajurit; KVK+KV+KV+KVK: sentimeter;KVK+KVK+KV+KV:
singgahsana, dispensari; KV+KV+V+KVK: mesyuarat, nasional:
V+KV+KVK+KV+KV: universiti, KVK+KV+KV+KV+KVK:
cenderawasih, kosmopolitan; KV+KV+KV+KV+KV+KV:
maharajalela
Gabungan Beberapa Huruf Awal:
ABIM: Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM: Institut Kefahaman Islam Malaysia
ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri
Gabungan Suku Kata dengan Huruf Awal/
Suku Kata dengan Suku Kata:
Mara: Majlis Amanah Rakyat
Perkim: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama: Berita Nasional Malaysia
Perkeso: Pertubuhan Keselamatan Sosial
Gabungan Suku Kata dengan Suku Kata:
tabika: taman bimbingan kanak-kanak
pawagam: panggung wayang gambar
cerpen: cerita pendek

Kata Terbitan (Proses Pengimbuhan)

Kata
Terbitan
Berawalan

Awalan Kata Nama:


pe- (pelari, perakus, penyapu)
pem- (pembawa, pembuat, pemveto)
pen- (pendatang, pencari, penjual)
peng- (penggali, pengkhianat, pengukur)
penge- (pengebom, pengetin, pengelap)
pel- (pelajar)
per- (perasap, perbara, pertapa)
pe- (pesara, pekedai, petani)
ke- (ketua, kelipat, kekasih)
juru- (juruukur, juruwang, juruterbang)
maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja)
tata- (tatabuku, tatabahasa, tatacara)
pra- (prasejarah, prakata, prasangka)
sub- (subteks, subsistem, substandard)
supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental)
eka- (ekabahasa, ekawarna, ekapaksi)
dwi- (dwibahasa, dwifungsi, dwiambang)
Awalan Kata Kerja
19

Kata
Terbitan
Berawalan

Kata
Terbitan
Berakhiran

Kata
Terbitan
Berakhiran

Kata
Terbitan
Berapitan

me(melawan, menyikat, merasa)


mem(membawa, memveto, memfitnah)
men(mendaki, mencadang, mentadbir)
meng- (menggali, mengikut, mengajar)
menge- (mengecat, mengekod, mengetut)
memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas)
ber(berjalan, berganti, berserta)
be(beraja, berasa, berupa)
bel(belajar)
ter(terjebak, terbentuk, terjelus)
di(diatur, ditimbang, disusun)
diper(diperisteri, dipercepat, diperoleh)

Akhiran Kata Nama:


-an
(pakaian, jahitan, mainan)
-wan
(sasterawan, angkasawan, usahawan)
-man
(budiman, seniman)
-wati
(seniwati, olahragawati)
-isme (nasionalisme, sosialisme, komunisme)
-in
(hadirin, muslimin)
-at
(hadirat, muslimat)
-ah
(ustazah, sultanah)
Akhiran Kata Kerja:
-kan
(buatkan, gunakan, besarkan)
-i
(turuti, duduki, berkati)
Apitan Kata Nama:
pe--an
(pelaksanaan, perasaan, penyiaran)
pem-...-an (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan)
pen-...-an (pentakrifan, pendapatan, pencarian)
peng-...-an (penggunaan, pengkhayalan, pengairan)
penge-...-an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran)
pe-...-an
(pesisiran, peperangan, pekarangan)
per-...-an
(persalinan, perkuburan, permainan)
pel--an
(pelajaran)
ke--an
(kelainan, kelebihan, kedukaan)
Apitan Kata Kerja:
me--kan (memainkan, melukakan, menakutkan)
men--kan (mendermakan, mentakrifkan, menzahirkan)
mem-...-kan (membaharukan, membaikkan, memvariasikan)
meng-...-kan (menggunakan, mengkahyalkan, menghiraukan)
menge--kan (mengepinkan, mengecamkan, mengetinkan)
ber-...-kan
(beralaskan, berlaukkan, berbajukan)
20

Kata
Terbitan
Berapitan

ber-...-an
(berlanjutan, bermaafan, berjauhan)
di--kan
(dibiarkan, digunakan, dipisahkan)
me-...-i
(melalui, memasuki, menyedari)
men-...-i
(mencurigai, mendendami, menziarahi)
mem--i
(membaharui, membohongi, mempercayai)
meng--i (menganggotai, menggauli, mengekori)
di-...-i
(didekati, dimulai, diadili)
diper--kan (diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan)
memper-...-kan (memperdengarkan, memperlihatkan,
memperjuangkan)
memper-...-i (memperingati, mempercayai)
ke-...-an
(kehujanan, kehausan, kepanasan)

Kata Terbitan
Berapitan

Apitan Kata Adjektif:


ke--an
(keinggerisan, keakraban, kecinaan)
Sisipan Kata Nama:
-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut)
-er- (keruping, seruling, serabut)

Kata Terbitan
Bersisipan

Sisipan Kata Adjektif:


-el- (kelebak, selerak, gelembung)
-er- (gerodak, kerelip)
-em- (gemilang, semerbak, gemerlap)
-in- (sinambung)
Sisipan Kata Kerja
-el-

(jelajah, gelegak)

Kata Majmuk (Rangkaian Kata)


Kata Majmuk
Bebas

Kata Majmuk
Istilah Khusus

gambar rajah, alat tulis, biru laut, air hujan, jalan raya, nasi
minyak, terima kasih, luar biasa, merah muda, bandar raya,
tengah hari, jam tangan, meja tulis, bom tangan, kapal terbang,
kuning langsat; Perdana Menteri, Duta Besar, Ketua Menteri,
Naib Canselor, Angkasawan Negara, Profesor Madya,
Ketua Setiausaha Negara
model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail
terus, lesung sendi, kanta tangan, segi tiga, cari gali, reka
bentuk, hak milik, mata pelajaran, pita suara, darah panas,
kertas kerja, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia,
siar raya
21

Kata Majmuk
Kiasan/Simpulan
Bahasa

anak emas, berat mulut, buah tangan, buah hati, duit kopi,
makan angin, pilih kasih, bulan madu, manis mulut, tumbuk
rusuk, kaki ayam, kaki bola

Kata Majmuk
yang Mantap

antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari,


kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan,
jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara,
tanggungjawab

Kata Majmuk
Jamak

Gandaan Kata Pertama:


alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang, suku-suku
kata, jirim-jirim organik, gambar-gambar rajah, garis-garis
pusat, model-model linear, Menteri-Menteri Besar, KetuaKetua Eksekutif, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan
Pengarah
Penanda Jamak:
semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan,
Persatuan Bekas Perajurit, Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung, Persidangan Pengetua, Mesyuarat Staf
Akademik, kalangan guru, para pembentang kertas kerja,
Pertubuhan Bangsa Bersatu, sebahagian gambar rajah,
barisan pemimpin negara
Awalan
dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, berlitar selari

Kata Majmuk
Terbitan

Akhiran
daya serapan, ditemu bual, kemas kinikan, mengatur cara,
kenal pastikan, susun aturkan, beransur maju, campur adukkan
Apitan
mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian

Kata Ganda
Kata Ganda
Penuh
Tunggal

rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau,


jangan-jangan, pulau-pulau, rumah-rumah, budak-budak,
tadika-tadika, buku-buku, sekolah-sekolah, cerpen-cerpen

22

Kata Ganda
Penuh
Berimbuhan

Awalan
pemimpin-pemimpin, pembesar-pembesar, pelatih-pelatih,
kekasih-kekasih, ketua-ketua, pekedai-pekedai, peruncitperuncit, pengguna-pengguna
Akhiran
amalan-amalan, dapatan-dapatan, jualan-jualan, ajaran-ajaran
Apitan
persatuan-persatuan, permainan-permainan, kementeriankementerian, pertandingan-pertandingan

Kata Ganda
Separa Tunggal

lelaki, pepohon, gegelang, tetikus, sesiku, lelayang


Kata Kerja
berlari-lari, berkata-kata, berbisik-bisik, tersenyum-senyum,
teresak-esak, tercengang-cengang, ditanya-tanya, dirisik-risik,
dimarah-marah, mencari-cari, meronta-ronta, merayu-rayu,
cari-mencari, bantu-membantu, tolong-menolong

Kata Ganda
Separa
Berimbuhan

Kata Adjektif
sepandai-pandai, sebaik-baik, setinggi-tinggi
Akhiran Kata Nama
sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan
Akhiran Kata Kerja
risik-risikan, doa-doakan, tanya-tanyakan, amat-amati, pukulpukuli, siram-sirami
Akhiran Kata Adjektif
jadi-jadian, rindu-rinduan, mati-matian
Apitan Kata Kerja
bersalam-salaman, berkasih-kasihan, bertikam-tikaman
mendewa-dewakan, memburuk-burukkan, meninggi-ninggikan,
mengawas-awasi, mengulang-ulangi, membohong-bohongi,
diagung-agungkan, dimanja-dimanjakan, ditonjol-tonjolkan,
dibayang-bayangi, dimarah-marahi, dihalus-halusi
Apitan Kata Adjektif
kebodoh-bodohan, kekuning-kuningan, kebarat-baratan
Pengulangan vokal
Kata Nama: lauk-pauk, kuih-muih, sayur-mayur
Kata Kerja: cerai-berai, gotong-royong, tungkus-lumus
Kata Adjektif: hiruk-pikuk

Kata Ganda

Pengulangan Konsonan
23

Berentak

Kata Nama: batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat


Kata Kerja: dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir
Kata Adjektif: gelap-gelita, kontang-kanting, kucar-kacir
Bebas
Kata Nama: anak-pinak, saudara-mara, ipar-lamai
Kata Kerja: ulang-alik
Kata Adjektif: lintang-pukang, lemah-longlai, simpang-siur

Kata Adverba: Kata adverba merupakan subgolongan kata tugas yang terkini dan
dipersetujui oleh panel penyusun Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) untuk
menambah subgolongan kata bahasa Melayu. Kata adverba dikelompokkan sebagai
kata prafrasa dan pascafrasa. Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008) kata adverba
ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama,
seperti ayat-ayat yang berikut:
1. Kami selalu memperkatakan hal itu.
2.

Mereka datang ke sini diam-diam.

3.

Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.


Perkataan-perkataan selalu, diam-diam, setinggi-tinggi dikenali sebagai kata

adverba, iaitu kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama.
Demikian juga perkataan sentiasa, tersipu-sipu, serta-merta, dan kadang-kadang
dalam ayat-ayat 4 - 7.
4. Badannya sihat sentiasa.
5. Gadis sunti itu malu tersipu-sipu.
6. Dia serta-merta ke hospital apabila mendengar berita kematian itu.
7. Lelaki itu kadang-kadang di rumah untuk menjaga ibunya yang uzur.
Dalam ayat 4, sentiasa menerangkan kata adjektif sihat, manakala dalam ayat
5, tersipu-sipu menerangkan kata adjektif malu. Perkataan serta-merta dan kadangkadang dalam ayat 6 dan 7 menerangkan frasa sendi nama ke hospital dan di rumah.
Penggolongan Kata Adverba: Kata Adverba Jati: Nik Safiah Karim et. al. (2008)
mentakrifkan kata adverba jati ini sebagai perkataan yang yang berfungsi sebagai
penerang kepada kata dan frasa kerja, kata dan frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
Contohnya:
semalam
kelmarin
esok

dahulu
tadi
kemudian

julung kali
sentiasa/senantiasa
kadang-kadang
24

sempat
langsung
nyaris

lusa
tulat
kelak
sekarang
agaknya

barangkali
sering kali
acap kali
kerap kali
nanti

saling
sekali gus
serentak
jarang kali

begitu
begini
demikian
pertama kali

Yang berikut ialah contoh kata adverba jati dalam ayat.


1.

Pelajar-pelajar dari Pantai Timur tiba semalam.

2.

Mesyuarat itu akan berlangsung esok.

3.

Dalam perundingan itu, pihak pejuang kerap kali dipersalahkan oleh negara
kuasa besar.

Kata Adverba yang Asalnya Kata Adjektif: Kata adverba ini asalnya ialah kata
adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa
sendi nama, misalnya:
berjalan laju
ketawa besar
bertiup kencang
terbang tinggi
hampir terjatuh
kurang berhati-hati
besar panjang

sakit kuat
sering di pejabat
panjang lebar
tinggi lampai
ke hospital segera
dari rumah selalu

Kata Adverba yang Asalnya Kata Kerja: Kata adverba ini pula asalnya ialah kata
kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa
sendi nama, misalnya:
berjalan mengiring
terbang meninggi
berenang melentang
putih berseri
tinggi mengawan

hitam berkilat
merah menyala
tenang membiru
di rumah bersendirian
ke hutan menyendiri

Kata Adverba Bentuk Gandaan: Kata adverba ini terbentuk daripada proses
penggandaan (penuh, separa, dan berentak) yang berfungsi menerangkan kata kerja,
kata adjektif, atau frasa sendi nama, sebagaimana contoh yang berikut:
betul-betul, sedikit-sedikit, jarang-jarang, laju-laju, malamPenggandaan

malam, pura-pura, cepat-cepat, sama-sama, tinggi-tinggi,

penuh

diam-diam
terkinja-kinja, berdikit-dikit, bermalam-malam, bersungguh25

Penggandaan

sungguh, sekali-kali, terkedek-kedek, terkial-kial,

separa

berderet-deret, sepandai-pandai, selama-lamanya,seikhlasikhlasnya, secepat-cepatnya, setinggi-tingginya, semahumahunya, gila-gilaan, habis-habisan, besar-besaran,


kecil-kecilan, mati-matian
menangis sedu-sedan, berbunyi hingar-bingar, bekerja

Penggandaan

tungkus-lumus, berjalan mundar-mandir, lari lintang-pukang,

berentak

berjalan huyung-hayang, datang serta-merta

Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)

26

PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN


MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KERANGKA KURSUS SLOT 5 - 8


Program

Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek


Kelolaan Institut (KPKI) Guru Bahasa Melayu

Topik

Sintaksis: Frasa dan Klausa, Ragam dan Susunan Ayat, dan


Ayat Terbitan; serta Bengkel Sintaksis

Kod Kursus
Masa

Slot 5: 10.30 pg. 12.30 t.h. (2 jam);


Slot 6: 2.30 4.30 ptg. (2 jam);
Slot 7: 8.00 10.00 pagi (2 jam);
Slot 8: 10.30 pg. 12.30 t.h. (2 jam)

Personel

Pemudah Cara dan Pembantu Pemudah Cara

A.

Objektif
Pada akhir sesi kursus, para peserta dapat:
1. menjelaskan konsep frasa dan klausa, ragam dan susunan ayat, bentuk
ayat, dan ayat terbitan;
2. mengaplikasikan konsep-konsep di atas dalam penulisan dokumen
rasmi; dan
3. mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran sintaksis secara
kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur.

B.

Kandungan Kursus
1. Konsep dan kandungan frasa dan klausa, ragam dan susunan ayat, dan
ayat terbitan;
2. Sintaksis dalam dua jenis penulisan dokumen rasmi: dan
3. Strategi pengajaran dan pembelajaran sintaksis.

C. Kaedah
1. Perbincangan
2. Perbengkelan

3. Permainan Bahasa
4. Tunjuk Cara
27

5. Kontekstual
6. Didik Hibur

Slot 5: 10.30 pg. 12.30 t.h.


Set Induksi: Pemudah cara menulis sebaris ayat yang tidak gramatis di
papan tulis/ditayangkan skrin untuk merangsang minda
peserta tentang kesan kefahaman daripada ayat tersebut;
Langkah 1: Pemudah cara menjelaskan kepentingan unsur gramatis
dalam binaan ayat, seterusnya memaparkan peta minda/konsep
tentang aspek-aspek frasa dan klausa dalam binaan ayat;
Langkah 2: Melakukan Aktiviti kolaborasi untuk meneliti kandungan aspekaspek frasa dan klausa berdasarkan modul;
Langkah 3: Mengaplikasi aspek-aspek aspek-aspek frasa dan klausa dalam
konteks penulisan dokumen rasmi; (rujuk panduan dan contoh di
halaman 29)
Langkah 4: Melaksanakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti elemen
ayat yang gramatis dalam dokumen rasmi, dan membentangkannya secara ringkas;
Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek-aspek
frasa dan klausa dalam binaan ayat yang gramatis.
Slot 6: 2.30 ptg. 4.30 ptg.
Set Induksi: Pemudah cara melafazkan ayat pasif diri pertama ayat yang
tidak untuk menguji kefahaman peserta tentang ragam ayat
tersebut;
Langkah 1: Pemudah cara menjelaskan kelainan bentuk ayat pasif diri
pertama dan diri kedua dengan menghuraikan contoh di atas;
Langkah 2: Melakukan Aktiviti kolaborasi untuk meneliti kandungan aspekaspek ragam dan susunan ayat berdasarkan modul;
Langkah 3: Mengaplikasi aspek-aspek aspek-aspek ragam dan susunan
ayat dalam konteks penulisan dokumen rasmi; (rujuk panduan
dan contoh di halaman 29)
Langkah 4: Melaksanakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti elemen
ayat yang gramatis dalam dokumen rasmi, dan membentangkannya secara ringkas;
Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek28

aspek ragam dan susunan ayat dalam gramatis.

Slot 7: 8.00 pg. 10.00 pg.


Set Induksi: Pemudah cara memperdengarkan serangkap pantun untuk
mengesan kepekaan peserta tentang maksud pantun
berdasarkan tafsiran masing-masing;
Langkah 1: Pemudah cara menulis maksud pantun tadi di papan tulis dan
meminta peserta memantapkan binaan ayat dengan pilihan
masing-masing, serta merumuskan konsep ayat terbitan;
Langkah 2: Melakukan Aktiviti kolaborasi untuk meneliti kandungan aspekaspek ayat terbitan berdasarkan modul;
Langkah 3: Mengaplikasi aspek-aspek ayat terbitan dalam konteks
penulisan dokumen rasmi; (rujuk panduan dan contoh di
halaman 29)
Langkah 4: Melaksanakan aktiviti kumpulan untuk mengenal pasti elemen
ayat terbitan yang gramatis dalam dokumen rasmi, dan
membentangkannya secara ringkas;
Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspekaspek ayat terbitan yang gramatis.
Slot 8: 10.30 pg. 11.30 pg.
Set Induksi: Pemudah cara memperdengarkan lagu dan meminta peserta
mengucapkan semula sebaris lirik dalam ayat yang gramatis;
Langkah 1: Pemudah cara membahagikan peserta kursus kepada tiga
kumpulan untuk mengaplikasikan strategi kontekstual, epembelajaran, dan didik hibur dengan memanfaatkan input
berkaitan sintaksis;
Langkah 2: Pemudah cara memantau dan membimbing peserta ketika
melaksanakan aktiviti kumpulan; (rujuk panduan dan contoh di
halaman 30)
Langkah 4: Setiap kumpulan membenangkan hasil kerja kumpulan dan
berbincang tentang kekuatan dan kelemahan hasil kerja
tersebut:
Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek
sintaksis bahasa Melayu.
29

D. Bahan Pengajaran
Modul Pemantapan Tatabahasa , buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
Kamus Dewan, e-Kamus, Facebook
E. Alatan
1. Komputer riba
2. LCD
3. Papan putih
4. Marker
5. Kertas sebak
F. Penilaian
1. Ujian pra dan ujian pasca
2. Penilaian berterusan
3. Persembahan
G. Rumusan/Refleksi

Catatan:
1. Panduan dan contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan strategi kontekstual, epembelajaran (Facebook) dan didik hibur dinyatakan di halaman 32 - 33.

30

PANDUAN DAN CONTOH UNTUK MENJAYAKAN OBJEKTIF 2


Tatabahasa dalam Penulisan Dokumen Rasmi (Surat Rasmi, Minit
Mesyuarat, Laporan, Skrip Pengacaraan)
Panduan: Pemudah cara dicadangkan supaya menghubungkaitkan isu
tatabahasa yang sering ditemukan dalam dokumen rasmi, misalnya ayat
pendahuluan bagi surat rasmi.
Contoh: 1a. Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. (bentuk aktif
yang betul)
1b. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. (bentuk pasif yang
betul)
1c. Adalah dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk. (bentuk
ayat yang salah kerana memulakan ayat dengan kata pemeri
adalah )

Dalam laporan, misalnya sering ditemukan kesalahan seperti:


2a. ...Ekspedisi selama tiga hari itu diketuai oleh saya... (bentuk
ayat pasif diri pertama yang ketara salahnya)
2b. ...Ekspedisi selama tiga hari itu saya ketuai...bentuk ayat pasif
yang sepatutnya)
Pengetahuan sedia ada yang tinggi tentang bentuk bahasa dan format dokumen
rasmi akan menjadikan penyampaian tajuk ini amat berkesan.

31

PANDUAN DAN CONTOH UNTUK MENJAYAKAN OBJEKTIF 3


Aplikasi pengajaran dan pembelajaran sintaksis secara kontekstual, epembelajaran, dan didik hibur
Panduan:

Pemudah cara dicadangkan supaya meneliti aspek strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

tatabahasa

secara

kontekstual,

e-

pembelajaran, dan didik hibur.


Contoh:
1. Tatabahasa secara Kontekstual: Menghubungkaitkan pengalaman menulis
laporan, minit mesyuarat, laporan, atau skrip pengacaraan dengan elemen
tatabahasa, khususnya sintaksis.

Misalnya,

penggunaan ayat yang gramatis,

ayat pasif diri pertama atau kedua yang betul strukturnya, dan ayat majmuk
pancangan relatif yang betul cara pembentukannya dalam ayat utama.
2.Tatabahasa dalam e-Pembelajaran: Dicadangkan supaya Facebook digunakan
dalam konteks amalan berbahasa. Misalnya, peserta diberi penegasan, walaupun
laras bahasa dalam laman sembang menggunakan wacana yang santai, aspek
tatabahasa

usahlah

diabaikan. Contohnya, di ruangan NOTES boleh

dipaparkan bahan penulisan yang betul bentuk bahasanya. Pemilik Facebook


Kembara

Bahasa

(Prof.

Dr.

Awang

Sariyan)

dan

penulis adalah antara contoh penggunaan bahasa yang betul dalam paparan
Facebook.
3.Tatabahasa secara Didik Hibur: Dicadangkan supaya digunakan
tradisional, puisi

moden, atau lirik lagu popular/patriotik/nasyid

puisi
dengan

mengambil kira elemen tatabahasa. Jika puisi mengandungi aspek kesalahan


atau ketidaktepatan dalam tatabahasa, laksanakan aktiviti mengesan kesalahan.
(...sambil mengambil kira hakikat

kebebasan

berpuisi/poetic license). Aktiviti

membina ayat majmuk daripada bait/baris pantun adalah aktiviti yang relevan
dengan konsep didik hibur.
32

SINTAKSIS BAHASA MELAYU


Objektif 1: BINAAN AYAT, AYAT DASAR, FRASA, KLAUSA, AYAT
MAJMUK, DAN AYAT TERBITAN
Pengenalan
Aspek sintaksis mungkin dianggap mudah, tetapi pada masa yang sama, banyak
pengguna bahasa gagal menulis ayat yang betul, misalnya dalam surat rasmi atau
dalam minit mesyuarat. Secara ilmiahnya, ayat ialah unit pengucapan atau tulisan
yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang
lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.
Objektif 1 - BINAAN AYAT: Ayat terbina daripada dua bahagian utama iaitu
subjek (hal atau judul) dan predikat (cerita).
Subjek
1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
2. Pelajar-pelajar KPLI Bahasa

Predikat
angkasawan pertama negara kita.
menganjurkan program khemah bahasa.

Melayu
3. Sungai yang bersejarah itu

sedang dimajukan.

Ayat Dasar: Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu
terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:
Pola
1.
2.
3.
4.

Jenis Pola
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS

Subjek
Encik Shaari
Dia
Budak itu
Pejabat saya

33

Predikat
ejen insurans.
menjerit kesakitan.
sangat nakal.
di Kuala Terengganu.

Ayat dasar seperti di atas dapat menerbitkan ayat-ayat yang lain yang lebih
kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang,
ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya .
Objektif 1: FRASA: Frasa ialah suatu susunan yang mengandungi sekurangkurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi
dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.
Contoh Frasa
kertas

Contoh Frasa Lain

sehelai kertas
sehelai kertas edaran
sehelai kertas edaran mesyuarat
Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana
dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat
dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN +
FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.
Pola
Subjek + Predikat
1. Frasa Nama + Frasa Nama
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Contoh
Subjek / Predikat
Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Bait.
Guru-Guru Besar sedang bermesyuarat.
Pembantu makmal itu rajin orangnya.
Keluarga kami dari Kota Bharu.

Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN),


manakala predikat ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja
(FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul
mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana
dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat
dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang
berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.
Pola

Contoh
34

Subjek + Predikat
1. Frasa Nama + Frasa Nama
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Subjek + Predikat
Sekolah saya Sekolah Seri Puteri.
Ketua Panitia sedang bermesyuarat.
Pembantu makmal itu rajin orangnya.
Kami dari Kuala Kubu Baru.

Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah
Frasa Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN),
Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat
yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA,
atau FS).
Binaan Frasa Nama (FN): Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu terdiri
daripada satu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu kesatuan
dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada konstituen
utama, iaitu subjek dan predikat, seperti yang berikut:
Subjek Frasa Nama
Encik Ningkan
Cikgu Saziman
Kucing itu
Ayah

Predikat
usahawan tani.
mengajar saya.
sangat manja.
ke Putrajaya.

Pola
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS

Binaan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu
perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan
kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir
bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti
diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain, sebagaimana dalam contoh yang berikut:

Subjek
1. Aminah

Frasa Kerja
membaca buku.

Kata kerja
KKT

2. Fatimah

bernyanyi di atas pentas.

KKTT

3. Adik

menangis tersedu-sedu.

KKTT

4. Ayam hutan itu

membuat sarang di atas dahan.

KKT

Binaan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri
daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif
35

sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa
tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan berfungsi sebagai predikat, sebagai
unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur
keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang
kata adjektif hadir sesudah kata nama, seperti contoh:
Subjek (FN)
1. Dia

rajin.

Predikat

Fungsi Frasa Adjektif


FA sebagai predikat

2. Rosli

berlari sangat laju.

FA sebagai unsur keterangan

3. Kucing

binatang jinak.

FA sebagai unsur penerang

Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat
yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem
atau kata yang diletakkannya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama
yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada,
kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan
sebagainya. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
Subjek
1. Kanang

Predikat
ke bandar.

2. Surat itu

daripada ibu.

3. Hadiah ini

untuk ayah.

Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu
atau sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada (i) satu perkataan yang
merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan lain sebagai penerang;
(ii) dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur penumpuan makna yang mewakili
seluruh frasa itu dari segi makna, dan penerang merupakan unsur yang
menerangkan makna dalam inti itu.
Frasa Nama
Inti

Predikat

1. Guru

Penerang
Bahasa Melayu itu

sungguh kreatif.

2. Kakak

budak lelaki itu

sudah berpunya.

36

Frasa Nama
Inti
1. Ibu
Subjek
2. 1.Hutan
Adik

Predikat

Inti
bapa
Kata kerja

Frasa Kerja
dipersilakanKeterangan
hadir.
Objek
perlu dijaga.

rimba

tidur.

2. Hujan

turun

dengan lebatnya.

3. Ayah

membaca

manuskrip.

4. Pemburu

menembak

rusa.

5. Ibu

menghidangkan

makanan.

6. Jurulatih

menyuruh

murid

berlari pantas.

ntukan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
(i) frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu
disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa
kerja demikian mengandungi kata kerja tak transitif; (ii) frasa kerja yang
mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai
objek untuk melengkapkannya. Objek juga diikuti oleh bahagian keterangan.
Pembentukan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan
adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan
kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
Subjek

Frasa Adjektif
Penguat
Kata
Adjektif
pandai.

1. Adik

Kata
Bantu
sudah

2. Hujan

masih

lebat.

3. Ayah

amat

gembira.

4. Pemburu

sangat

cekap.

5. Nenek

masih

cantik

amat.

6.

masih

gelap

benar.

Hari

Penguat
-

Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama terbentuk daripada
salah satu binaan yang berikut:
i. Kata sendi nama + frasa nama
ii. Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama
iii. Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)

37

Objektif 1 - KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang


mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa
terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa
bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila
diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri
disebut sebagai klausa tak bebas.
i.

Awak pandai kerana awak rajin belajar.

ii.

Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.

iii.

Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.


klausa bebas/klausa utama

iv.

klausa tak bebas

Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok


klausa tak bebas

klausa bebas/klausa utama

Objektif 1 - BENTUK AYAT: Secara sedar atau tidak, kita mengucapkan atau
menulis ayat untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga, rakan sekelas, atau
pegawai di jabatan kerajaan. Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat
tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah), seperti tiga contoh di atas.
Apabila kita mengucapkan atau menulis sesuatu yang lebih sukar, misalnya
membuat laporan kajian, kita secara spontan terdorong untuk membina ayat
majmuk atau ayat kompleks.
Ayat Tunggal
1. Saya guru.

Ayat Majmuk
1a. Saya guru tetapi rakan saya juruteknik di

2. Pengetua sedang

sebuah syarikat petroleum.


2a. Para pelajar bercakap walaupun Pengetua

berucap.
3. Staf sekolah ini rajin.
4. Kajian ini telah selesai.

sedang berucap.
3a. Staf sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.
4a. Kajian tentang kelemahan membaca dalam
kalangan murid itu telah selesai dalam
masa enam bulan.

Objektif 1 - BENTUK AYAT: AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang
mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Binaan subjek
dalam ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu
38

unsur yang berikut, iaitu (i) kata nama; (ii) kata ganti nama; (iii) kata kerja yang
berfungsi sebagai kata nama; (iv) kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.
Perhatikan contoh-contoh ayat tunggal yang berikut:

Subjek
Ibu Ali

i.

Predikat
ustazah.

ii.

Dia

rajin membaca.

iii.

Pelari itu

sungguh pantas.

iv.

Baju itu

sangat mahal.

v.

Bunga itu

di atas meja.

vi.

Ke bandar

dia pagi tadi.

vii.

Melukis

menjadi kegemarannya.

viii.

Mencuri

satu amalan hina.

ix.

Sabar

sifat terpuji.

x.

Gemuk

tidak semestinya hodoh.

Binaan predikat ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur FN, FK,
FA, dan FS.
Subjek
i. Pemuda itu

Predikat
pengarah syarikat.

ii. Ayam serama itu

berkokok.

iii. Cikgu Amin

sangat rajin.

Binaan Predikat
Frasa nama
Frasa kerja
Frasa Adjektif

iv. Bapa
ke Kuala Lumpur.
Frasa Sendi Nama
Objektif 1 - RAGAM AYAT: Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada
ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif
terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama
atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Ayat aktif tak
transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada
dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan
dan ayat aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Ayat Aktif Transitif
39

Predikat
Kata Kerja Transitif

Objek

Subjek
1. Ribut

melanda

kampung kami.

2. Ahmad

mengarang

buku cerita.

3. Pengarah

merasmikan

seminar itu.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan


Subjek

Predikat
Keterangan yang boleh
digugurkan
di sungai itu.

1. Budak itu

Kata Kerja Tak


Transitif
sedang mandi

2. Aminah

menangis

sepanjang hari.

3. Nenek

tidur

di bilik adik.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak Boleh Digugurkan
Subjek
1. Dia

Kata Kerja
Tak Transitif
berada

Predikat
Keterangan yang tidak
boleh digugurkan
di Kuala Lumpur.

2. Bas itu

menuju

ke Kota Bharu.

3. Penyakitnya

beransur

sembuh.

Objektif 1 - AYAT PASIF: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat
aktif transitif, iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif digolongkan kepada tiga
jenis, iaitu:
i.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;

ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan
iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


Subjek
1.Buku itu

Kata Kerja
Pasif
sudah diambil

Oleh + Frasa
Nama
oleh Abu

pagi tadi.

2.Kucing

terlanggar

oleh basikal

di kakinya.

40

Keterangan

3.Sampah sarap

dipungut

oleh pekerja

setiap hari.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Subjek
1. Tugasan itu

Frasa Kerja Pasif dengan Ganti


Nama Diri Pertama atau Kedua
sudah aku siapkan

Keterangan
awal-awal lagi.

2. Hutang itu

akan kami jelaskan

segera.

3. Masakan itu

belum engkau makan

lagi.

4. Perkara tersebut

harus awak putuskan

segera.

Ayat Pasif dengan Perkataan Kena yang Hadir Sebelum Kata Kerja
Subjek

Kena

1.Penagih itu

kena

Kata Kerja
Dasar
tangkap

Oleh + Frasa Nama

2.Penyeludup itu

kena

tahan

oleh pihak kastam.

3.Budak itu

kena

kejar

oleh orang jahat.

4.Harimau itu

kena

tembak

oleh pemburu.

oleh polis.

Objektif 1: AYAT MAJMUK: Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi
dua ayat tunggal atau

lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi

penggunaan kata hubung seperti dan, kata fakta bahawa, kata relatif yang,
selain penggunaan tanda koma, dan tambahan keterangan. Ayat majmuk dapat
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih
yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat
tersebut dengan menggunakan kata hubung.
a. Faktanya seragam (kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil)
1. Dia duduk lalu menaip.
2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.
b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal)
3. Mereka bercuti tetapi masih datang ke pejabat.
4. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi.
c. Gabungan ayat yang sama, misalnya ayat penyata dengan ayat penyata.
41

5. Adik sudah mandi dan berpakaian.


6. Urus setia masih menyemak dan membetulkan draf minit mesyuarat itu.
d. Pengguguran kata hubung kecuali yang terakhir.
7. Linda, Mas, Ayu, dan Suria minum di kafetaria setiap hari.
8. Anjung Ilmu, Anjung Ehsan, Dewan Tun Fatimah, dan Dewan Srikandi
sedang dibaik pulih.
e. Penggunaan tanda koma bagi menggantikan kata hubung. (Dalam laras
bahasa lisan, ayat majmuk ditandai oleh hentian suara yang sejenak.)
9. Pak Kasa tercegat di hujung bendang, bercekak pinggang, merenung ke
suatu arah.
10. Pengetua terdiam, memandang pengerusi, berfikir, menjawab pertanyaan
pelajar baharu itu.
Ayat Majmuk Pancangan: Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk / utama dan
satu atau beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan di dalam ayat induk
dan dijadikan sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan ini
dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu,
Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang)
1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama itu sudah ditemu duga.
(Ayat induk: Calon guru itu sudah ditemu duga.)
(Ayat kecil: Calon itu hadir pada sesi pertama.)
Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawa , supaya dan untuk
atau demi)
2. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan.
3. Kita dituntut supaya bekerja bersungguh-sungguh demi kemajuan diri,
keluarga, agama, bangsa, dan negara.

42

Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa,


sewaktu, dengan, sungguhpun, walaupun, , semoga, dan sekiranya)
4. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan.
(keterangan sebab)
5. Jika dia menerima, saya akan terus berbincang dengan kedua-dua ibu
bapa saya. (keterangan syarat)
6. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang
berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan)
7. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih
baik pada tahun depan. (keterangan harapan)
Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata
hubung, kata relatif, dan kata komplemen adalah bentuk yang biasa ditemukan
dalam ayat majmuk campuran.
8. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam
pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri
kita.
9. Jika perlawanan bola sepak yang akan menemukan dua pasukan gergasi
dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik
kedua-dua pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan
memperoleh keuntungan yang besar.

Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi
kata kerja transitif.
1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan
kerja yang diserahkan kepada kami.

43

2. Kajian tindakan itu dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di kawasan


pedalaman Negeri di Bawah Bayu.
3. Pembekal yang dikenal pasti akan membekalkan barang-barang yang
dipesan setelah pesanan diperakukan oleh ketua jabatan.
4. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan
datang.
5. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus
peningkatan ilmu seumpama ini.
Objektif 1: PROSES PENERBITAN AYAT: Penerbitan ayat ialah suatu proses
terbina

atau

terbentuknya

ayat

melalui

proses

pertukaran

bentuk

ayat

(transformasi) yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau


peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman ayat.
Konsep Pengguguran: Proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat
yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu
dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan
itu tidak lagi wujud. Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran:
a) frasa nama sebagai subjek
b) frasa predikat
c) frasa nama yang mendahului frasa relatif
d) kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama
Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama
diri orang kedua dalam ayat perintah.

Contoh:

i. Kamu keluar

keluar!

ii. Awak semua pergi dari sini


Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

44

pergi dari sini!

Contoh: i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar


Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar
Dia sangat pandai kerana rajin belajar
ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu
Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu
Adik saya cerdik tetapi pemalu.
Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian
daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang
serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa
kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Contoh:
Frasa Predikat
a. Frasa kerja
yang serupa

Contoh Ayat
Adik Ali belajar di Johor. Sepupunya belajar di Johor.
i. Adik Ali belajar di Johor dan sepupunya belajar di Johor.
ii. Adik Ali dan sepupunya belajar di Johor.
Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.

b.Frasa nama
yang serupa

i. Encik Abu guru sekolah dan Puan Mariah guru sekolah.


ii. Encik Abu dan Puan Mariah guru sekolah.
Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.

c Frasa adjektif
yang serupa

i. Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin.


ii. Abang saya dan abang Ali sangat rajin.
Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.

d. Frasa sendi
nama yang
serupa

i. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.


ii. Dia dan isterinya masih di kampung.

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif: Apabila dua ayat
digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi
sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu
boleh digugurkan. Contoh:
i.

Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.


45

Kereta yang kuning itu pilihan saya.


Yang kuning itu pilihan saya.
ii.

Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.


Dia membeli baju yang cantik itu.
Dia membeli yang cantik itu.

Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama:
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh
digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian
penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contoh:
i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
Bersenam boleh menyihatkan badan.
ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
Merokok membahayakan kesihatan.
Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan

dalam ayat asal diubah

susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang
baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya
perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau
penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses
penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:
a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Ayat Asal
Adik menendang bola itu.

Penyusunan Semula
Bola itu ditendang oleh adik.

Allah mengurniai kita rahmat.

(Frasa nama sebagai subjek)


Allah mengurniakan rahmat kepada kita.

Orang itu pergi ke kedai.

(Frasa nama sebagai objek)


Ke kedai orang itu pergi. (Ayat
46

songsang)

Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat


penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama
sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan
peluasan melalui proses komplementasi.
Ayat Asal
Budak itu adik saya. Budak

Peluasan
Budak yang membaca buku itu adik

itu membaca buku


Osman mengusik budak itu.

saya. (Frasa nama sebagai subjek )


Osman mengusik budak yang

Budak itu menangis.


Ayah tidak bekerja.

menangis itu. (Frasa predikat)


Ayah tidak bekerja kerana sakit

Ayah sakit perut.


Mereka melaporkan .

perut. ( Kata hubung )


Mereka melaporkan bahawa guru

Guru kelas tidak hadir.

kelas tidak hadir. (proses


komplementasi)

Rujukan
Abdullah Hassan (2004). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.
Abdullah Hassan (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.
Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.
47

Awang Sariyan (2002). Tuntunan Bahasa. Petaling Jaya: Pearson Malaysia


Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2003). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2001). Citra Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Dahaman (1997). Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
dan Pustaka.
Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa
yang Baik, Betul, dan Indah. Shah Alam: K Publications Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (1992).
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
* Catatan Ketua Panel Penyusun Modul:
1. Bahan latihan sistem ejaan rumi, morfologi, dan sintaksis ialah bahan asal
kepunyaan En. Mohamad bin Musip (Munsyi Dewan DBP) yang pernah
digunakan dalam sesi kuliah dan penataran tatabahasa. Bahan tertakluk
kepada penambahbaikan yang berterusan.
2. Beberapa maklumat daripada modul sintaksis dipetik daripada modul
tatabahasa yang disusun oleh panel pensyarah Institut Pendidikan Guru.

LAMPIRAN A: LATIHAN EJAAN DAN TATABAHASA


A. LATIHAN PEMANTAPAN SISTEM EJAAN
1. Pilih hanya perkataan yang betul ejaannya.
batok
betul

detik
tenguk

milek
kurban

hurmat
balek
48

semuga
senduk

cantum
keciwa

masih
anika
bilik
biduk
sembelih
periok
jujor
becuk

dompet
rihat
toreh
cetik
puteh
buih
dukung
rimbon

suntek
payong
junjong
kungkung
tunjuk
dapur
awit
tikit

kaget
risek
pelek
gabenur
gulongan
lindong
bonos
musoh

elok
seliseh
calun
perabut
herit
simen
oleh
solek

kopon
tewas
fasih
tungkat
jenguk
forum
montok
usek

2. a) Pilih perkataan berimbuhan pinjaman yang betul ejaannya.


b) Kenal pasti 15 kata pinjaman lain dengan ejaan yang betul.
a)

abnormal

anti kerajaan

infrastruktur

dwibahasa

tata bahasa

ultra lembayung

biadab

pro demokrasi

sub golongan

eka bahasa

transmigrasi

Prokerajaan

multilateral

panca indera

eka warna

semi profesional

antikomunis

pro-Malaysia

makro skop

swadaya

autobiografi

substandard

politeknik

tuna susila

ultra sonik

poligami

angkasawan

kolonialisme

antiisrael

dasawarsa

b) proaktif

ultralembayung

polisemi

pro-Barat

antidadah

autograph

insya-Allah

tunakarya

subsistem

masya-Allah

pascamerdeka

propembangkang

multimedia

pracetak

ekabahasa

A. LATIHAN PEMANTAPAN MORFOLOGI

1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.


kecantikkan

kecantikan
49

kecantikan

pembiakan
kebanyakkan
pertunjukan
mencantikan
membiakkan
membanyakan
menunjukan

pembiakkan
kebanyakan
pertunjukkan
mencantikkan
membiakan
membanyakkan
menunjukkan

pembiakan
kebanyakan

pertunjukan
mencantikkan
membiakkan
membanyakkan
menunjukkan

2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-, di-...kan atau diper-...-kan.
a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesar
b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkan
c) Ilmu dipergunakan/digunakan/diperguna
d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan...
e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...
3. Mengapakah terdapat bentuk penulisan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah?
4. Susunan kata yang manakah yang betul mengikut hukum DM?
Minang Restoran

Restoran Minang

Tan Gigi Klinik

Klinik Gigi Tan

Tebingan Sarawak -

Sarawak Tebingan

Dunlop tayar

tayar Dunlop

Stadium Likas

Likas Stadium

Lain-lain hal

Hal-hal lain

sos cili

cili sos

Kata-kata lain

Lain-lain kata

Klip video

Video klip

5. Mengapakah bentuk kata yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi seperti


contoh yang dipaparkan di bawah dikatakan salah? Berikan alasan anda.
SALAH
kata aluan
menjemput
kehadirat
izinNya

BETUL
kata alu-aluan
mengundang
ke hadirat
izin-Nya

mengambil
tempat duduk

ketibaan

SALAH
aturcara
siaraya
urusetia
di atas
penghargaan
hadiah jatuh
kepada

50

BETUL
atur cara
siar raya
urus setia
atas
penghargaan
hadiah dimenangi
oleh

6.

Apakah perbezaan antara apa dengan apa-apa, siapa dengan siapa-siapa,


dan mana dengan mana-mana?

7.

Mengapakah kata tanya bila sering digunakan untuk menggantikan kata


hubung apabila?

8.

Mengapakah ianya sering digunakan sebagai kata ganti?

9.

Apakah beza antara kata nama sebab dengan kata sendi kerana?

10. Kaji jenis kata kerja dan nyatakan perbezaan penggunaannya mengikut
konteks ayat.
Aspek dan Contoh Kata Kerja
a) Kata Kerja Transitif (Aktif): membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan,
mempererat, menyiram
membeli buku; menggunakan sumber; mendiami rumah; mengabaikan kerja;
mempererat hubungan; menyiram pokok
b). Kata Kerja Transitif (Pasif): dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat
buku dibeli; sumber digunakan; rumah didiami; kerja diabaikan; hubungan
dipererat; pokok disiram
c) Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap): bangun, datang, tersenyum,
berkibaran, menguning, membesar, terduduk
bangun (tidur); datang (lewat); tersenyum (simpul); berkibaran (dengan
megahnya); menguning (emas); membesar (dengan cepatnya); terduduk
d) Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap): tinggal, beransur, berbantalkan
Pelengkap KKTT terbahagi kepada tiga jenis, iaitu KA, FS, dan KN.
KA: menjadi genting; beransur baik; tinggal miskin; menjadi lemah; bertambah
kukuh; berbuat jahat; berlaku adil.
FS: berada di Kuala Lumpur; tinggal di kampung; menetap di Selangor;
bermastautin di sini; membelok ke kiri; singgah di Kota Bharu
e) Rumusan 1: Aktif atau tidak aktifnya sesuatu kata kerja digambarkan oleh
bentuk imbuhan kata kerja (aktif atau pasif)...
f) Rumusan 2: Berpelengkap dalam konteks kata kerja tak transitif merujuk kepada
unsur yang melengkapkan kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap.
11. Apakah unsur yang membezakan antara kata kerja aktif dengan kata kerja
pasif? Unsur imbuhan kata kerja aktif meN- dan imbuhan kata kerja pasif di12. Bina satu ayat yang menggunakan kata kerja transitif:
aktif:_______________________________________________________.
51

pasif:_______________________________________________________.
13. Sila catatkan bentuk kata/frasa yang BETUL di lajur yang disediakan.
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.

SALAH
banyak organisasi-organisasi
banyak langkah-langkah
semua tugas-tugas
semua anggota-anggota
semua ilmu-ilmu
semua aspek-aspek
semua kerja-kerja
kesemua unsur-unsur
kesemua filem-filem
segala aspek-aspek
segala maklumat-maklumat
ramai pengguna-pengguna
jumlah anak-anak
sejumlah besar keluarga-keluarga
sebilangan besar ahli-ahli
kebanyakan orang-orang
sekawan burung-burung
sebaris rumah-rumah
sekumpulan pelajar-pelajar
sekandang lembu-lembu
serangkai manik-manik
setimbun buku-buku
kalangan tokoh-tokoh profesional
rombongan ahli-ahli perniagaan
kumpulan pengakap-pengakap
barisan pemain-pemain
deretan rumah-rumah
jemaah menteri-menteri
sekawan penyamun-penyamun
gerombolan pengganas-pengganas
rentetan peristiwa-peristiwa
rangkaian lagu-lagu
gugusan pulau-pulau
Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian
pertemuan penulis-penulis remaja
Persatuan Bank-bank Malaysia
Persekutuan Syarikat-syarikat Kewangan

banyak organisasi
banyak langkah
semua tugas
semua anggota
semua ilmu
semua aspek
semua kerja
kesemua unsur
kesemua filem
segala aspek
segala maklumat
ramai pengguna
jumlah anak
sejumlah besar keluarga
sebilangan besar ahli
kebanyakan orang
sekawan burung
sebaris rumah
sekumpulan pelajar
sekandang lembu
serangkai manik
setimbun buku
kalangan tokoh profesional
rombongan ahli perniagaan
kumpulan pengakap
barisan pemain
deretan rumah
jemaah menteri
sekawan penyamun
gerombolan pengganas
rentetan peristiwa
rangkaian lagu
gugusan pulau
Mesyuarat Ketua Bahagian
pertemuan penulis remaja
Persatuan Bank Malaysia
Persekutuan Syarikat Kewangan

38.
39.
40.
41.
42.
43.

Gabungan Pelajar-pelajar Melayu


senarai nama-nama peserta
daftar pengundi-pengundi
membanyakkan kemudahan-kemudahan
menjumlahkan angka-angka
mengumpulkan benda-benda

Gabungan Pelajar Melayu


senarai nama peserta
daftar pengundi
membanyakkan kemudahan
menjumlahkan angka
mengumpulkan benda

52

BETUL

Bil.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.

SALAH
kekurangan buku-buku
dalam berbagai bidang
merangkumi berbagai kegiatan
antara kedua tugas inilah
setengah kelab
para-para petugas
tiap usaha
lampu-lampu merah bergantungan
bintang-bintang berkerdipan
burung-burung berterbangan
daun-daun kering berguguran
mereka-mereka yang menyertai
rakyat-rakyat negara ini
ibu bapa-ibu bapa
kertas kerja-kertas kerja
pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan
Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha
Menteri Besar-Menteri Besar
Ketua Menteri-Ketua Menteri
Duta Besar-Duta Besar
Ijazah sarjana di bidang pengurusan

65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.
73.
74.
75.
76.
77.
78.
79.

Di masyarakat itu, ahlinya


bergembira di suasana hari raya
terlibat di dalam penggubalan soalan
ceramah di dalam beberapa seminar
di dalam bahasa Melayu
di dalam kegawatan ekonomi
di dalam situasi ini
di dalam pelbagai bidang
mengambil tempat-tempat masingmasing
Bola sepak adalah sukan terkenal
Dia adalah orang pertama
Kaum wanita adalah elemen
Mereka adalah orang yang berilmu
Anak adalah anugerah Tuhan
Matlamatnya adalah pembinaan insan

80.
81.
82.
83.

T.Y.T. Tun adalah bekas Pengerusi


Masalah kita adalah kekurangan
Perkara ini adalah masalah
Bengkel ini ialah untuk memantapkan

84.

Tarikh kerja itu dijangka siap ialah pada

85.
86.
87.

Institut Kota adalah merupakan sebuah


Adalah dimaklumkan bahawa
Adalah diumumkan bahawa

53

BETUL

kekurangan buku
dalam berbagai-bagai bidang
merangkumi berbagai-bagai kegiatan
antara kedua-dua tugas inilah
sesetengah kelab
para petugas
tiap-tiap usaha
lampu merah bergantungan
bintang berkerdipan
burung berterbangan
daun kering berguguran
mereka yang menyertai
rakyat negara ini
ibu-ibu bapa
kertas-kertas kerja
pihak-pihak berkuasa tempatan
Ketua-Ketua Setiausaha
Menter-Menteri Besar
Ketua-Ketua Menteri
Duta-Duta Besar
Ijazah sarjana dalam bidang
pengurusan
Dalam masyarakat itu, ahlinya
bergembira dalam suasana hari raya
terlibat dalam penggubalan soalan
ceramah dalam beberapa seminar
dalam bahasa Melayu
dalam kegawatan ekonomi
dalam situasi ini
dalam pelbagai bidang
mengambil tempat masing-masing
Bola sepak ialah sukan terkenal
Dia ialah orang pertama
Kaum wanita ialah elemen
Mereka ialah orang yang berilmu
Anak ialah anugerah Tuhan
Matlamatnya adalah untuk pembinaan
insan
T.Y.T. Tun ialah bekas Pengerusi
Masalah kita ialah kekurangan
Perkara ini ialah masalah
Bengkel ini adalah untuk
memantapkan
Tarikh kerja itu dijangka siap adalah
pada
Institut Kota ialah sebuah
Dimaklumkan bahawa
Diumumkan bahawa

Bil.
88.
89.
90.
91.
92.
93.
94.
95.
96.
97.
98.
99.
100.

SALAH
Adalah diharapkan
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa
Bahasa Melayu adalah di antara mata
check-in
check-out
Urusetia
Aturcara
Cenderahati
ubah suai
para jemputan
Jemputan mengambil tempat duduk
Mempastikan
Mengkagumkan

BETUL

Diharapkan
Dengan ini dimaklumkan bahawa
Bahasa Melayu adalah antara mata
check-in
check-out
Urus setia
Atur cara
Cenderamata
ubah suai
para dif undangan
Dif undangan dipersilakan duduk
Memastikan
Mengkagumkan

B. LATIHAN PENGAYAAN MORFOLOGI

1. Kesan kesilapan yang berlaku dalam situasi yang berikut:


Situasi 1
Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai
pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain,
Cikgu Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya,
tidak betul.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan
beliau tadi
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua atas ucapan beliau
tadi

Situasi 2
Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang
baru diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut:
Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma
ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak
mereka.
Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibu bapa menyumbangkan derma
ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakan kepada anak-anak
mereka.
Situasi 3
54

Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari,
sewaktu menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang
pembentang kertas kerja melafazkan ayat berikut:
Kita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada
dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan
ini.
Kita sekarang berada dalam era IT, iaitu kita tidak dapat mengelak daripada
dilanda arus globalisasi yang juga melibatkan kanak-kanak.
2. Baca petikan novel berikut, kemudian berikan pilihan lain kepada kata atau
ungkapan yang bergaris.
Petikan 1
Pada tahap awal dia menjadi pemberita, dia berasa hidup sebagai
pemberita cukup pahit. Sejak kecil sehinggalah beberapa tahun sebelum
bertugas sebagai pemberita, dia adalah cucu manja datuknya,
walaupun bukan anak manja ibu bapanya. Datuknya, Tok Kelah betulbetul menyenanginya.
(Daripada Tirai Tokoh, Rahman Shaari (1997: 58)
tahap: peringkat
pemberita: wartawan
pahit: getir
menyenanginya:mengasihinya, menyayanginya

Petikan 2
Barangkali kerana kekurangan kalori, orang mudah luka dan
bengkak bernanah. Ramai orang tokak sekarang. Kulit kami pantang
luka. Luka itu akan meroyak dan jadi tokak. Umumnya, kaum lelaki
banyak menghidap penyakit begini. Oleh sebab itu, hidupnya
bergantung atas bahu perempuan dalam keluarganya.
(Daripada Sarida, Arenawati (1992: 36)
barangkali: kemungkinan
kekurangan: ketidakcukupan
pantang: tidak boleh
menghidap: menderitai
bergantung: mengharapkan
55

Petikan 3
Lamat menarik nafas panjang-panjang. Kemudian dia
melepaskannya dengan perlahan-lahan pula. Berbuat begitu dadanya
terasa sedikit lapang. Dari tempat duduknya di atas bangku di bawah
pokok manggis di halaman rumahnya itu, Lamat mengalih pandangan
ke arah Sungai Semantan yang semakin hari semakin keruh airnya itu.
(Daripada Umi Umirah, Aripin Said (1991: 108)

D. LATIHAN PEMANTAPAN SINTAKSIS


1. Bagi setiap contoh ayat yang dikemukakan dalam modul, sila hasilkan satu
ayat lain yang sama bentuk, jenis, atau polanya.
2. Secara berpasangan, sila berbincang, seterusnya kemukakan satu ayat
majmuk daripada salah satu wacana yang berikut:
a) Surat rasmi mengundang penceramah ke sekolah atau ke jabatan.
b) Abstrak suatu kajian yang dilakukan di sebuah sekolah pedalaman.
c) Keputusan mesyuarat jabatan/kelab pada akhir tahun.
d) Item objektif bagi mana-mana mod kursus keguruan.
e) Ucapan penghargaan pada hari istimewa (Hari Guru, Hari Kebangsaan, hari
ulang tahun kelahiran, dll.)
3. Berikan pandangan tentang cara untuk meningkatkan pengetahuan
berbahasa dalam kalangan pelajar prauniversiti.
E. LATIHAN MENGESAN AYAT YANG TIDAK BETUL SUSUNANNYA
Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam
bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa
menjadi salah atau tidak baku, seperti:
(a) Ini hari Azizah tidak datang.
(b) Yang melukis gambar ini Zainallah.
(c) Itu pen dakwat sudah habis.
(d) Majalah itu saya tidak menyimpannya.

56

(e) Buku ini saya tidak mahu membaca.


(f) Yang memukul awak siapakah?
(g) Nora dan Nani baik berkawan.
F. LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT YANG PERSIS
Tandakan () pada ayat yang betul.
1.

Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam

2.
3.

Sukma yang akan datang.


Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu.
Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan

B
S

4.

negara.
Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah

5.
6.
7.

berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.


Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.
Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.
Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh

S
B
B

8.
9.
10.
11.

seluruh rakyat.
Kenyataan itu ialah benar.
Dunia ini ialah fana.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama

S
S
B
S

12.

seminggu.
Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan

13.

pada minggu hadapan.


Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi

14.

dengan kadar yang segera.


Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani

15.
16.

proses pengauditan selama seminggu.


Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.
Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang dengan pihak

S
S

17.
18.
19.

kita berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing.


Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu bantu.
Perkara ini di antara persoalan penting yang harus diketahui umum.
Di antara penerbitan yang berkualiti dengan penerbitan yang

S
S
S

20.
21.
22.
23.

sebaliknya perlu kita bezakan.


Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.
Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.
Lif itu terhenti antara tingkat dua dengan tingkat tiga.
Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga lebih teratur

S
S
S
S

24.

pejabatnya.
Amelia duduk antara Halijah dengan Hasnah.

57

25.
26.
27.

Banyak persamaan di antara Ab. Rahim dengan Mohamad.


Kedai baharu itu terletak antara pasar raya A dengan pasar raya B.
Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A dengan

S
S
S

28.

pangsapuri B.
Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan dengan pihak

29.

pembangkang.
Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak penyokong

30.

pembangkang, banyak perbezaannya.


Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di antara

31.

wilayah-wilayah ini.
Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu Separuh

32.

Jiwaku Pergi.
Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah Jurnal

33.

Psikologi dan Jurnal Kemanusiaan.


Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah nama

34.

seorang tokoh korporat.


Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu diteliti

kebenarannya.
G. LATIHAN LANJUTAN
Betulkan unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut.
1.
1a.

Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian.


Pengarah menghadiahi staf sokongan sijil kepujian.

2.
2a.

Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir.


Bangunan yang tersergam itu terbina oleh pekerja yang mahir.

3.
3a.

Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam.


Seluruh peserta kem motivasi kehujanan sepanjang malam.

4.
4a.

Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu.


Tugasan itu telah saya sempurnakan sejak seminggu yang lalu.

5.
5a.

Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi.


Tindakannya menolong kami amat kami sanjung tinggi.

6.
6a.

Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius.


Pegawai itu dipecat majikannya disebabkan salah lakunya yang serius.

7.
7a.

Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.


Apabila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.

58

8.
8a.

Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati.


Calon itu begitu berpuas hati atas kemenangannya yang cemerlang.

9.
9a.

Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus.


Pemerhati asing itu merumuskan bahawa perjalanan pilihan raya adalah

telus.
10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak.
10a. Krisis bertambah rumit disebabkan kedegilan kedua-dua pihak.
11.
Jejaka itu kecewa kerana disebabkan lamarannya ditolak.
11a. Jejaka itu kecewa disebabkan lamarannya ditolak.
12. Keterangan saksi itu berbelit-belit hingga mengelirukan hadirin.
12a. Keterangan saksi itu berbelit-belit sehingga mengelirukan hadirin.
13. Hasrat anak-anak kita pasti tercapai bila mereka disokong.
13a. Hasrat anak-anak kita pasti tercapai apabila mereka disokong.
14.

Bidang industri ditumpukan, dan pertanian terus mendapat perhatian

pemerintah.
14a. Walaupun bidang perindustrian diberikan tumpuan, bidang pertanian terus
mendapat perhatian pemerintah.
15. Kita kena ubah agar hasilnya kelak untungkan generasi kita.
15a. Kita kena berubah agar hasilnya kelak menguntungkan generasi kita.
16.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa demi untuk kesejahteraan

rakyat.
16a. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa demi kesejahteraan rakyat.
17.

Sungguh lama dia meninggal kampung, alih-alih dia muncul sebagai

jutawan.
17a. Sungguh lama dia meninggalkan kampung, tiba-tiba dia muncul sebagai
jutawan.
18. Kata orang, bagaimanakah acuan begitulah kuih yang akan terhasil.
18a. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuih yang akan terhasil.
19. Sedang bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang!
19a. Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.
20. Meskipun persembahan orkestra itu dikatakan hebat, saya merasakan
demikian.
20a. Meskipun persembahan orkestra itu hebat, saya tidak merasakan

demikian.
Jawapan yang diberikan hanyalah cadangan, bukan muktamad.
59

LAMPIRAN B: MAKLUMAT TAMBAHAN

1.

SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU


1a) Kandungan Buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu
1.

Penggunaan Abjad: Abjad, Huruf Vokal, Huruf Diftong, Huruf


Konsonan, Gabungan Huruf Konsonan, Persukuan

2.

Penulisan Huruf: Huruf Besar, Huruf Miring

3.

Penulisan Kata: Kata Dasar, Kata Turunan, Bentuk Gandaan,


Gabungan Kata, Kata Ganti Ku, Kau, Mu, dan Nya, Kata Depan Di,
Ke dan Dari, Kata Si dan Sang, Partikel, Angka dan Lambang
Bilangan

4.

Penulisan Unsur Serapan

5.

Tanda Baca: Tanda Titik (.), Tanda Koma (,), Tanda Koma Bertitik (;),
Tanda Titik Bertindih (:), Tanda Sempang (-), Tanda Pisah (-- ), Tanda
Elipsis (), Tanda Tanya (?), Tanda Seru (!), Tanda Kurung (
Tanda Kurung Siku [

),

], Tanda Petik ., Tanda Petik Tunggal ,

Tanda Ulang 2, Tanda Garis Miring /, Tanda Penyingkat


Buku PUEBM Edisi Pertama telah dicetak sebanyak enam kali (1975, 1977,
1978, 1980, 1981, 1984); dan Edisi Kedua dicetak pada 1987 dan 1992.
Persoalan pokok yang timbul berkaitan dengan ejaan ialah kesalahan mengeja
yang dilakukan oleh pengguna, khususnya dalam kalangan pelajar. Punca
timbulnya persoalan ini, antaranya pengguna tidak merujuk sistem yang ada,
terpengaruh sistem ejaan yang lama, tidak sedar wujudnya buku-buku
rujukan/panduan, sengaja mengabaikan aspek keterampilan berbahasa, dan
dakwaan bahawa ejaan bahasa Melayu selalu berubah.

1b) Antara Petua untuk Mengeja Tepat


1. Memahami 18 pola keselarasan vokal, termasuk lapan pola yang sering
mengelirukan;
2. Memahami prinsip kekecualian keselarasan vokal bagi kata-kata pinjaman;
3. Kata sendi (kata depan) di dan ke dipisahkan daripada kata yang
mengikutinya;
60

4. Awalan di dan ke disatukan dengan kata yang mengikutinya;


5. Menggabungkan kata ganti singkat ku, kau, mu dan nya dengan kata
yang mengikuti atau mendahuluinya;
6. Menggabungkan partikel lah, kah, tah dan pun dengan kata yang
mendahuluinya;
7. Merujuk daftar ejaan rumi atau Kamus Dewan (termasuk Dewan Eja Pro atau
e-Kamus lain yang dianggap baik);
8. Bersikap selektif, dengan mengutamakan aktiviti membaca bahan-bahan
bacaan yang terpilih;
9. Amalan menyunting maklumat/perkara yang ditulis;
10. Sering merujuki rakan yang lebih arif.
2. MORFOLOGI (Tajuk ini tiada dalam objektif modul)
Jenis Ayat: Kepelbagai jenis ayat menggambarkan bahawa kita mengalami
pelbagai situasi dan juga mempunyai pelbagai kemahuan. Justeru, timbullah
kelainan ayat untuk merakamkan situasi atau menyatakan kemahuan tersebut.
Ayat Penyata: Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat
satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan
keterangan tentang sesuatu hal, dan dilafazkan dengan intonasi yang menurun
pada akhir ayat. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat
keterangan. Sila perhatikan contoh-contoh yang berikut:
a) Saya mempunyai sebuah komputer.
b) Dia sudah pandai mengakses maklumat daripada e-pembelajaran.
c) Guru-guru sedang melengkapkan pelbagai jenis borang.
d) Dia pandai mengambil hati.
e) Encik Mohamad Hanifah mengimpikan seorang isteri yang solehah.
Ayat Tanya: Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal
dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya
dapat pula digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan
ayat tanya dengan kata tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya
diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.
Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?). Ayat tanya
61

jenis ini boleh disertai partikel tanya

-kah, yang diletakkan pada unsur yang

dijadikan fokus atau judul ayat.


Ayat tanya dengan kata tanya: Ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti
apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa dan sebagainya. Ayat-ayat jenis ini
terdiri daripada dua golongan, iaitu ayat tanya dengan kata ganti nama tanya dan
ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. Ayat tanya dengan kata ganti
nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya
seperti apa, siapa dan mana. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya terdiri
daripada ayat-ayat yang didahului dengan frasa sendi nama tanya seperti di
mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagai mana, dengan
siapa, daripada siapa dan sebagainya.
Contoh Ayat
1. Awak sudah mandi?

Jenis Ayat Tanya

2. Mereka pergi ke sekolah?


3. Awak sudah mandikah?

Ayat tanya tanpa kata tanya


Ayat tanya dengan kata partikel tanya

4. Mereka pergi ke sekolahkah?


5. Siapa guru awak?

kah

6. Mana satu pilihan awak?


7. Dia mengajar di mana?

Ayat tanya dengan kata tanya

8. Awak hendak membujang

Ayat tanya dengan frasa sendi nama

sampai bila?

tanya

Ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki. Kalau
memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan, ayat tanya tersebut dikelaskan
kepada ayat tanya tertutup. Sebaliknya jika jawapan yang memerlukan kepada
huraian, ayat tanya tersebut dikelaskan sebagai ayat tanya terbuka.
Ayat Perintah: Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan
menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan
sebagainya yang digugurkan. Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat
jenis:

62

i.

Ayat suruhan: Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberikan perintah atau
arahan. Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, engkau dan selainnya digugurkan.
ii. Ayat larangan: Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau
tak usah sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang
melakukannya.
iii. Ayat silaan: Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput
sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan
seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat.

iv. Ayat permintaan: Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta
dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh Ayat
1.

Jenis Ayat Perintah

Awak siapkan kerja itu sekarang.

2. Makanlah kuih-muih ini dahulu.


3. Usah bertanya ke mana aku pergi.
4. Jangan ambil wang orang.
5. Sila datang ke rumah saya petang ini.

ayat suruhan
ayat larangan
ayat silaan

6. Jemputlah hadir ke majlis pertunangan


kami.
7. Minta tuan-tuan jelaskan yuran

ayat permintaan

pengajian.
8. Sila hantarkan tugasan itu sebelum

ayat perintah lembut

hari Isnin.
Ayat silaan tidak boleh membawa pengertian negatif, misalnya: Tolong
jangan bising. dan Sila jangan merokok.
Ayat Seruan: Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada
atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini
digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada
akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak. Kata seru yang
63

sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya
seperti dalam ayat:
1. Ayah!
2. Oh, Tuhanku!
3. KESALAHAN UMUM DALAM STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan: Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa
ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal
yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH
1. Mereka akan melancong ke Pulau

BETUL
1a) Mereka akan melancong ke Pulau

Tioman atau Pulau Langkawi?


2. Saya tidak pasti sama ada Nani

Tioman atau ke Pulau Langkawi?


2a) Saya tidak pasti sama ada Nani

tinggal di Relang atau Jelai.


3. Baik yang kaya atau miskin datang

tinggal di Relang atau di Jelai.


3a) Baik yang kaya atau yang miskin

ke rumahnya.

datang ke rumahnya.

4. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. 4a) Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk
Hazwan.
5. Jangankan membeli kereta,

5a) Jangankan membeli kereta, membeli

motosikal pun saya tak mampu.

motosikal pun saya tak mampu.

2. Ayat Pancangan: Ayat pancangan ialah ayat yang asalanya ialah dua ayat
tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.
Contoh:
a) Kereta Pak Leh itu terbabas.
b) Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
64

Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:


i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur
penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH
1. Rumah itu di atas bukit tidak ada

BETUL
1a) Rumah di atas bukit itu tidak ada

penghuninya.

penghuninya.

2. Bangunan itu yang tinggi Menara

2a) Bangunan yang tinggi itu Menara

Kembar Petronas.
Kembar Petronas.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak
ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan
klausa utama. Contoh:
SALAH
1. Kami berdoa kamu berjaya.

BETUL
1a) Kami berdoa agar kamu berjaya.

2. Semua orang tahu dia anak Pak

2a) Semua orang tahu bahawa dia anak Pak

Hamid.

Hamid.

3. Ayat Tergantung: Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam
susunan ayat biasa, kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di
belakang.
Contoh:

Budak itu / menangis.


Farhana / jat

Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan


predikat di hadapan.
65

Contoh:

Siapakah / gadis itu.


Itulah / teman saya.

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai
ayat tergantung. Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata
sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan
sebagainya. Teliti contoh-contoh ayat di bawah.
1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S)
1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B)
2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S)
2a. Hal itu akan dibincangkan. (B)
3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S)
3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B)
4. Banyak pelajar lulus dengan baik. (S)
4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. (B)
5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S)
5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B)
6. Dia yang datang kelmarin. (S)
6a. Dia datang kelmarin. (B)
7. Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (S)
7a. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (B)
8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S)
8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)

66

9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S)


9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B)
10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S)
10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B)
11. Siapa kata saya berbohong? (S)
11a. Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? (B)
12. Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. (S)
12a. Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih. (B)
13. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. (S)
13a. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. (B)
14. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu
tumpas. (S)
14a. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. (B)
15. Yang manakah betul? (S)
15a. Yang manakah yang betul? (B)

LAMPIRAN C: UJIAN PRA DAN PASCA


KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA
Ujian Pra /Ujian Pasca
Nama :

No. K/P:

67

Bacalah ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Tandakan ( / ) jika anda fikirkan ayatayat ini betul dan tandakan ( X ) jika salah. Garisi mana-mana bahagian ayat
yang salah itu.
Contoh : Mereka membincangkan tentang perkara itu.
B
1. Peraduan menulis skrip drama akan diadakan pada bulan September
ini.
S
2. Gejala lari dari rumah yang berlaku di kalangan remaja.
S
3. Berikut ialah butir-butir mengenai program tersebut:
S
4. Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.
S
5. Hal ini kerana mereka secara tidak langsung tergolong sebagai artis
dan berada dalam dunia hiburan.
B
6. Rumah Pak Abu dipagari oleh pokok herba.
S
7. Penyanyi terkenal sekali di Malaysia ialah Siti Nurhaliza.
B
8. Ibu membuatkan secawan kopi untuk ayah.
S
9. Saya banyak menemukan kesalahan ejaan dalam surat rasmi itu.
S
10. Melalui pendidikan, diharapkan dapat membentuk insan yang mulia.
S
11. Kereta yang rosak itu hendaklah dihantar ke bengkel. Ia perlu dibaiki
dengan segera.
S
12. Sebahagian besar pencarum-pencarum mempunyai baki simpanan
yang kecil di dalam KWSP.
B
13. Pemuda itu mengurus ladang ayahnya sejak pulang dari luar negara.
B
14. Melancong ke luar negara akan melibatkan banyak belanja.
S
15. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan anda.
B
16. Dia tidak dapat melelapkan mata kerana kedua-dua anaknya masih
belum pulang dari pekan.
S
17. Shariman menghiaskan kereta Alzanya dengan pelbagai logo.
B
18. Mereka tidak mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan oleh
pihak pendakwa.
S
68

19. Kelajuan setiap juzuk warna berbeza bila bergerak di dalam medium.
B
20. Dia memberitahu yang dia tidak akan hadir pada hari esok.
B
21. Rombongan belia Asia sedang menunggu di balai berlepas.
S
22. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
B
23. Banyak yang terpesona dengan keindahan taman itu.
S
24. Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang.
B
25. Bendera-bendera yang berwarna- warni berkibaran di sepanjang
jalan.
S
26. Yang manakah antara berikut merupakan punca kemelesetan
ekonomi.
S
27. Di kampung itu mengalami masalah bekalan air.
S
28. Pokok rambutan itu telah condong hanya menunggu masa untuk
tumbang.
S
29. Semoga dengan kehadiran tuan akan menyerikan lagi majlis kami.
30. Tiupan angin pada waktu petang sungguh nyaman sekali.

PANEL PENYUSUN MODUL PEMANTAPAN TATABAHASA


(EDISI PERTAMA)

1. En. Mohamad bin Musip (Ketua) - Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Perempuan Melayu,
Melaka
- Munsyi Dewan DBP
69

2. En. Ab. Rahim bin Md. Yasin

- Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Pendidikan Teknik,
Kuala Lumpur
- Munsyi Dewan DBP

3.En. Mohd. Rosle bin Said

- Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Pendidikan Teknik,
Kuala Lumpur

4.En. Shahariman bin Ahmad

- Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur
- Penyelaras KPKIPG

5.Pn. Halijah binti Harun

- Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Pendidikan Islam,
Bangi
- Pensyarah Kanan

6.Pn. Hasnah binti Mohd. Saleh

- Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur
- Munsyi Dewan DBP
- Pensyarah Kanan

PANEL PENYEMAK/PEMURNI MODUL PEMANTAPAN TATABAHASA


(EDISI KEDUA)

1. En. Mohamad bin Musip (Ketua) - Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Perempuan Melayu,
Melaka
70

- Munsyi Dewan DBP


2. En. Mohd. Rosle bin Said

- Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Pendidikan Teknik,
Kuala Lumpur

3. En. Shahariman bin Ahmad

- Jabatan Pengajian Melayu,


IPG Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur
- Penyelaras KPKIPG

4. Pn. Wahida binti Abd. Wahid

- SMK Gombak Setia,


Gombak, Selangor.
-Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG54

71

Вам также может понравиться