You are on page 1of 53

Astronomi adalah bidang kajian tentang

objek semula jadi di langit


Ahli-ahli astronomi purba daripada Timur
Tengah, China dan India telah membuat
pemerhatian terhadap pergerakan
Matahari, bintang dan Bulan.
Ahli astronomi purba seperti orang Greek
telah cuba menerangkan pergerakan
planet dan bintang

Ahli astronomi
ARISTOTLE

Tahun 384-322 SM

Mencadangkan Bumi
berbentuk sfera dan
bukannya mendatar

Ahli astronomi
ARISTARCHUS

Ahli astronomi pertama


yang mencadangkan Bumi
berputar pada paksinya
dan bergerak mengikut
orbit yang tersendiri

Tahun 200 SM

Ahli astronomi
HIPPARCHUS

Mengelaskan bintang
berdasarkan kecerahannya

Tahun 100 SM

Ahli astronomi
CLAUDIUS
PTOLEMY

Tahun 120 TM

Memperkembangkan teori
tentang Sistem Suria
Mencadangkan Bumi
adalah pusat Sistem Suria

Ahli astronomi
NICHOLAS
COPERNICUS
Ahli astronomi pertama
yang mencadangkan
Matahari adalah Pusat
Sistem Suria
Menyatakan setiap planet
mempunyai orbit sendiri
dan orbit-orbit planet
berbentuk bulatan

Tahun 1473-1543

Ahli astronomi
GALILEO
GALILEI

Tahun 1564-1642

Mencipta teleskop
astronomi yang pertama
dan menggunakannya
untuk memerhati:
a)Permukaan Bulan
b)Tompok matahari
c)Planet Zuhal dan
gelangnya
d)Empat bulan yang
mengorbit Planet Musytari

Ahli astronomi
JOHANNES
KEPLER

Tahun 1571-1630

Menyatakan orbit Bumi


berbentuk elips

Ahli astronomi
ISAAC
NEWTON

Tahun 1642-1727

Memperkenalkan hukum
graviti
Mengemukakan idea
tentang satelit semula jadi
dan planet kekal pada orbit
masing-masing adalah
berkait rapat dengan daya
tarikan graviti
Mencipta teleskop
pantulan yang pertama

Ahli astronomi
EDMUND
HALLEY

Menemui Komet Halley


(komet ini diramal muncul
semula setiap 76 tahun)

Tahun 1656-1743

Ahli astronomi
WILLIAM
HERSCHEL

Tahun 1781

Menemui Planet Uranus

Ahli astronomi
JOHANN G.
GALLE

Tahun 1848

Menemui Planet Neptun

Ahli astronomi
CLYDE W.
TOMBAUGH

Tahun 1930

Menemui Planet Pluto

Penerokaan angkasa lepas pertama


kali dilakukan dari Bumi dengan
menggunakan teleskop
Roket, satelit buatan manusia,
stesen angkasa lepas dan kapal
angkasa ulang alik kemudian dicipta
untuk meneruskan usaha
penerokaan angkasa lepas.

16 MAC 1926
Goddard melancarkan
roket bahan api yang
pertama ke angkasa lepas

4 OKTOBER 1957
Pelancaran satelit
buatan manusia yang
pertama, Sputnik 1, ke
orbit mengelilingi Bumi.
Satelit ini tidak membawa
sebarang hidupan

Sputnik 1

3 NOVEMBER 1957
Sputnik 2 dilancarkan ke
orbit

Sputnik 2
13 SEPTEMBER 1959

Lunar 2

Kapal angkasa yang


pertama, Lunar 2,
dilancarkan. Namun
demikian, kapal angkasa ini
terhempas di permukaan
bulan 24 jam selepas
pelancaran

12 APRIL 1961
Yuri Gagarin, orang
pertama yang sampai ke
angkasa lepas dalam
kapal angkasanya dan
mengorbit Bumi

Yuri
Gagarin
27 OGOS 1962
Prob pertama, Mariner 2,
dilancarkan ke Planet
Zuhrah

Mariner 2

28 NOVEMBER 1964
Prob kedua, Mariner 4,
dilancarkan ke Planet
Marikh

Mariner 4

3 FEBRUARI 1966

Lunar 9

Kapal angkasa Rusia,


Lunar 9, mendarat di
permukaan Bulan. Kapal
angkasa ini tidak
membawa angkasawan

21 JULAI 1969
Neil Armstrong ialah
angkasawan pertama
yang mendarat di Bulan
dalam kapal angkasa
Apollo 11

Pionner 10

1972
Pionner 10 dilancarkan
ke Planet Musytari

Apollo 11

1973
Pionner 11 dilancarkan
ke Planet Zuhal
Mariner 10 dilancarkan
ke Planet Utarid dan
Zuhrah
Stesen angkasa lepas,
Skylab, dilancarkan untuk
mengorbit Bumi

Mariner 10

Pionner 11

Skylab

1976
Viking 1 dan Viking 2
mendarat di Planet Marikh

Viking 1

1981
Kapal angkasa ulang-alik
Columbia dilancarkan

1986
Voyager 2 bergerak
melintasi ruang angkasa
Uranus

1989
Voyager 2 bergerak
melintasi ruang angkasa
Pluto

Voyager 2

25 APRIL 1990
Kapal angkasa ulangalik, Discovery,
membawa lima orang
angkasawan. Teleskop
Hubble ditempatkan di
orbit Bumi untuk
mengumpulkan
maklumat tentang
galaksi.

Hubble

Discovery

25 SEPTEMBER 1992
Kapal angkasa Mars
Observer mengorbit
Planet Marikh.

Mars Observer

10 OKTOBER 2007
Datuk Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor
angkasawan Malaysia
yang pertama sampai ke
angkasa lepas

Soyuz TMA-11

Beberapa jenis alat teknologi moden telah


direka untuk meneroka angkasa lepas.
Antaranya ialah:
a) Teleskop
b) Kapal angkasa
c) Stesen angkasa lepas
d) Roket
e) Kapal angkasa ulang-alik
f) Satelit

Terdapat tiga jenis teleskop yang digunakan:


a)
b)
c)

Teleskop pembiasan (Refracting telescope)


Teleskop pantulan (Reflection telescope)
Teleskop radio (Radio telescope)

Teleskop pembiasan (menggunakan kanta),


teleskop pantulan (menggunakan cermin)
untuk mengambil gambar dan menghantar
gambar foto tentang angkasa lepas
Teleskop radio digunakan untuk menerima
isyarat elektrik dan sinaran dari angkasa lepas.
Kini, teleskop astronomi seperti teleskop Hubble
digunakan untuk memerhatikan galaksi

Teleskop
pantulan

Teleskop
pembiasan

Teleskop radio

Kapal angkasa telah dilancarkan ke angkasa lepas


untuk memperoleh pelbagai maklumat
Kapal angkasa yang membawa angkasawan
dilancarkan oleh roket ke angkasa lepas
Prob ialah kapal angkasa yang tidak membawa
manusia. Contoh: Voyager 2, Viking 1, Pioneer 10 dan
Mariner 10
Prob angkasa lepas dilancarkan untuk mengumpulkan
maklumat dengan mengambil gambar foto tentang
Sistem Suria kita. Kemudian maklumat dihantar balik
ke Bumi dalam bentuk isyarat radio dan diterima di
Bumi melalui teleskop radio.

Kapal Angkasa

Stesen angkasa lepas menyediakan tempat


di angkasa lepas bagi membolehkan
angkasawan menjalankan penyelidikan
semasa di angkasa lepas
Stesen angkasa lepas Rusia, Salyut dan
stesen angkasa lepas Amerika Syarikat,
Skylab, dilancarkan untuk tujuan tersebut
International Space Station ialah sebuah
stesen angkasa lepas yang sedang dibina di
orbit melalui usaha sama 16 buah negara.

Stesen Angkasa
Lepas

Roket digunakan
untuk melancarkan
objek-objek seperti
kapal angkasa atau
prob dan satelit
Roket tidak boleh
digunakan berulang
kali. Hari ini, peranan
roket telah kian
diambil alih oleh kapal
angkasa ulang alik.

Satelit kaji cuaca membantu kita


meramalkan keadaan cuaca dengan tepat
Satelit jenis ini dapat mengesan perubahan
suhu, angin dan tekanan di atmosfera.
Maklumat yang diterima, dapat meramal
tempat dan masa berlakunya
ribut,taufan,banjir dan pasang surut air laut.
Satelit ini dapat mengambil gambar foto
sperti awan, litupan ais serta salji dan
menghantar melalui isyarat ke stesen kaji
cuaca.

Satelit dapat membantu ahli geologi


untuk mencari gali minyak dan mineral
tertentu
Dengan mengkaji gambar foto yang
diambil daripada satelit, ahli geologi
dapat mengesan kewujudan sumber
semulajadi seperti petroleum, arang batu
dan bijih logam yang terdapat di bawah
permukaan Bumi.

Satelit boleh digunakan untuk mengesan tanah


pertanian yang sesuai bagi tanaman tertentu
Dengan foto, satelit dapat mengenalpasti jenis
tanaman yang terdapat di kawasan
penanaman yang tertentu
Dapat memberi maklumat tentang kawasan
penanaman yang telah dijangkiti penyakit
tertentu.
Satelit juga dapat membantu petani mengawal
pengairan dan meramalkan musim kemarau.

Satelit dapat memberi maklumat tentang


produktiviti hutan dan padang rumput,
keadaan habitat hidupan liar, penggunaan
tanah hutan, pengurusan pembalakan, dan
tempat yang sesuai untuk reakreasi.
Dengan itu, perlindungan hutan untuk
masa hadapan dapat dirancang
Satelit juga dapat memberi maklumat
tentang kemusnahan hutan akibat
kebakaran, pembakaran terbuka, serangga
perosak atau penyakit

Satelit membolehkan kita menguruskan


kejadian bencana alam seperti ribut
taufan dan kejadian musim kemarau di
sesuatu tempat
Amaran awal dapat diberi kepada
penduduk di kawasan yang terlibat.
Dengan itu, langkah-langkah awal dapat
diambil untuk mengatasi masalah
tersebut.

Satelit dapat mengesan pencemaran


seperti tumpahan minyak di laut
Satelit berupaya mengesan kejadian
seperti penipisan lapisan ozon di suatu
tempat dan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau
Satelit dapat membantu pihak tertentu
untuk memerhatikan pangkalan tentera
musuh dan gerak geri pihak musuh.

Membongkar rahsia Bumi,


planet-planet dan objek
angkasa lepas lain yang
tersembunyi selama ini

Mencari petempatan baru


bagi manusia di Bulan, planet
lain, atau di angkasa lepas

Keperluan
meneruskan
penerokaan
angkasa lepas
Memperoleh galian seperti
aluminium, kalium,
magnesium dan ferum yang
terdapat di Bulan, planet lain
atau asteroid

Mengkaji pendirian stesen


jana kuasa yang
menggunakan tenaga suria
di angkasa lepas. Tenaga
suria yang diperoleh
kemudian dihantar balik ke
Bumi

END OF
CHAPTER
Created by fariha subri