Вы находитесь на странице: 1из 17

1.

0 PENGENALAN
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memainkan peranan yang penting sebagai suluh yang memberi panduan dan
tuju arah kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga penting dalam menjadi dasar dan
pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan negara. Bukan itu
sahaja, falsafah ini juga menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk
menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Falsafah ini juga berperanan dalam mengelakkan sebarang salah
faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan
tugas ataupun aktiviti pendidikan. Dengan adanya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, sistem pendidikan negara sebenarnya telah menganjakkan diri ke
kedudukan terkehadapan. Disebabkan falsafah ini merupakan tunjang belakang
kepada sistem pendidikan di negara kita, maka adalah penting bagi para
pendidik untuk meneliti dan memahami falsafah ini dengan sebaik-baiknya
supaya langkah yang proaktif dapat dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara.
Institut pendidikan guru memainkan peranan yang penting dalam
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui peranannya
untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program
pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

2.0 TUGASAN 1
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun sememangnya
dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi mencapai misi dan visi Institut
Pendidikan Guru iaitu melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.
Prasarana yang terdapat dalam institut kita juga berperanan penting dalam
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek.

BILIK KULIAH
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah dilengkapi dengan
bilik kuliah yang mencukupi bagi menampung keperluan guru pelatih di institut ini
(rujuk Lampiran 1). setiap bilik kuliah telah dilengkapi dengan meja dan kerusi
yang mencukupi (rujuk lampiran 2), papan notis dan alat bantu mengajar iaitu
LCD projektor. Kecemerlangan seseorang pelajar bermula dari suasana
pembelajaran yang baik, berkualiti dan selesa. Oleh hal yang demikian, bilik
kuliah yang selesa dan lengkap dengan prasarana pembelajaran memainkan
peranan penting dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
iaitu melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis
dalam pelbagai segi.
Kepentingan perdana bilik kuliah dalam merealisasikan hasrat dan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah mengembangkan potensi guru
pelatih dari segi intelek. Seperti yang diketahui umum, bilik kuliah merupakan
tempat di mana guru pelatih menimba ilmu pengetahuan dalam bidang opsyen
masing-masing. Bilik kuliah merupakan tempat yang penting untuk melahirkan
bakal guru yang berkualiti khususnya dari segi ilmu pedagogi. Bilik kuliah juga
merupakan tempat di mana guru pelatih melakukan pelbagai pembentangan dan
juga pengajaran mikro untuk mengaplikasikan perkara-perkara yang telah diajar.
Alat bantu mengajar seperti LCD telah membantu pensyarah menyampaikan
pengajaran mereka dengan lebih mudah dan berkesan di samping
2

menyemarakkan semangat ingin belajar dalam kalangan guru pelatih. Guru


pelatih akan kurang berasa bosan apabila sesuatu pengajaran itu dijelmakan
dalam slaid-slaid Powerpoint yang menarik dan ringkas. Selain itu, prasarana
seperti kipas dan lampu yang mencukupi juga mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang kondusif dan seterusnya meningkatkan keberkesanan
pembelajaran para guru pelatih. Persekitaran bilik kuliah yang kondusif
menyumbang dalam pembangunan intelek seseorang individu.
Bilik darjah juga merupakan tempat di mana guru pelatih dapat
berinteraksi sama ada dengan pensyarah atau sesama guru pelatih sendiri.
Misalnya, selepas sesuatu sesi pembelajaran, guru pelatih boleh berinteraksi
dengan pensyarah atau guru pelatih untuk bertukar-tukar pendapat tentang hasil
pembelajaran pada hari tersebut atau menanyakan soalan untuk memantapkan
pemahaman mereka tentang topik pengajaran pada hari berkenaan. Secara
langsung, hubungan persahabatan antara rakan sekelas dapat diwujudkan dan
dieratkan dari semasa ke semasa.
Selain itu, sesuatu bilik kuliah adalah milik guru pelatih yang belajar di
dalamnya. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru pelatih
untuk bersama-sama menguruskan dan menjaga kebersihan bilik kuliah mereka.
Selain membahagikan tugas menjaga kebersihan bilik kuliah, guru pelatih juga
dikehendaki bekerjasama menghiasi papan notis yang terdapat dalam bilik
kuliah. Secara tidak langsung, melalui pengurusan bilik darjah, semangat
bekerjasama, bertimbang rasa dan bertolak ansur dapat disemai dalam jiwa guru
pelatih. Suasana mesra juga dapat dimanifestasikan daripada pergaulan dan
keriangan dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam bilik kuliah.

PERPUSTAKAAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun juga dilengkapi dengan
pusat sumber atau dikenali sebagi Perpustakaan Zaba (rujuk Lampiran 3). Pusat

sumber ini juga merupakan satu wahana untuk mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari semua segi.
Pertama sekali, perpustakaan yang terdapat di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun dapat membangunkan tahap intelek guru pelatih.
Perpustakaan diibarat sebagai gedung ilmu. Guru pelatih boleh memanfaatkan
khazanah buku di perpustakaan sebagai sumber rujukan utama untuk kerja
kursus mereka atau semata-mata untuk meningkatkan ilmu mereka sendiri.
Pelbagai buku yang berkaitan dengan profesion guru seperti pedagogi, kaedah
pengajaran, kurikulum dan sebagainya dapat diperoleh di perpustakaan.
Keadaan ini membolehkan guru pelatih menimba ilmu yang berkenaan dengan
profesion mereka. Bukan itu sahaja, buku-buku yang terdapat di perpustakaan
Zaba juga meliputi bidang-bidang lain seperti sejarah, geografi, bahasa, kajian
sosial dan sebagainya (rujuk Lampiran 4). Khidmat WIFI yang disediakan di
perpustakaan juga memudahkan guru pelatih mencari maklumat. Di
perpustakaan, guru pelatih boleh memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan seperti
keagamaan, falsafah, kemanusiaan, ilmu berkaitan dengan sains dan teknologi,
bahasa dan sebagainya.
Perpustakaan juga dilengkapi dengan WEBOPAC iaitu perisian mencari
bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan. Dengan adanya perisian ini, hanya
dengan memasukkan kata kunci, guru pelatih dapat mencari buku-buku yang
berkaitan dengan kata kunci tersebut dalam sekelip mata. Perisian ini telah
banyak menjimatkan masa dan tenaga yang digunakan oleh guru pelatih untuk
mendapatkan bahan-bahan yang dikehendaki sama ada untuk tujuan
menyiapkan kerja kursus, pembentangan atau untuk bacaan sendiri. Keadaan ini
secara tidak langsung turut merancakkan budaya membaca dalam kalangan
guru pelatih. Natijahnya, guru pelatih berpeluang memperoleh ilmu baharu dan
seterusnya meningkatkan tahap intelek mereka.
Bukan itu sahaja, suasana perpustakaan yang kondusif dan hening juga
mampu memberi ketenangan kepada penggunanya untuk memperoleh pelbagai
ilmu pengetahuan. Hal ini adalah disebabkan para pengguna perpustakaan tidak
4

dibenarkan membuat bising. Tanpa disedari, suasana yang hening juga mampu
mengurangkan stres yang dihadapi oleh guru pelatih dalam kehidupan seharian
mereka. Tambahan pula, perpustakaan yang berdingin hawa juga dapat memberi
keselesaan kepada guru pelatih di samping mengurangkan keresahan yang
dirasai guru pelatih akibat cuaca yang panas. Suasana pembelajaran yang
selesa dapat juga membolehkan guru pelatih menumpukan perhatian dalam
kerja mereka.
Di perpustakaan, terdapat lima buah bilik perbincangan. Guru pelatih
boleh menjalankan sesi perbincangan atau mesyuarat dalam bilik perbincangan
tersebut. Secara tidak langsung, prasarana ini dapat menjana pembangunan
sosial dalam kalangan guru pelatih. Hal ini adalah disebabkan semasa
menjalankan sesi perbincangan atau mesyuarat, sudah tentu interaksi antara
guru pelatih akan berlaku. Setiap ahli yang terlibat dalam perbincangan
mempunyai peluang untuk mengeluarkan buah fikiran mereka. Secara tidak
langsung, guru pelatih telah mempelajari teknik-teknik berkomunikasi.
Kemahiran-kemahiran berkomunikasi ini penting kepada guru pelatih yang
merupakan bakal guru kerana profesion perguruan banyak melibatkan kegiatan
sosialisasi dan komunikasi. Perbincangan yang dijalankan juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih. Semasa
perbincangan dijalankan, guru pelatih dapat bertukar-tukar pendapat dan
bekerjasama menyelesaikan masalah yang dibincangkan. Oleh hal yang
demikian, prasarana yang terdapat di perpustakaan khususnya bilik
perbincangan dapat membangunkan aspek sosial guru pelatih.

MAKMAL
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun juga turut dilengkapi
dengan pelbagai jenis makmal khususnya makmal bahasa (rujuk Lampiran 5),
makmal sains (rujuk Lampiran 6) dan juga makmal komputer (rujuk Lampiran 7).
Makmal bahasa adalah khusus untuk guru pelatih yang beropsyen subjek
5

bahasa manakala makmal sains adalah untuk guru pelatih yang mengambil
subjek sains dan makmal komputer ialah tempat untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ilmu tentang komputer dan perisian-perisian tertentu seperti
penggunaan Microsoft Word, Excel, Powerpoint, dan sebagainya. Makmal
komputer juga merupakan tempat di mana guru pelatih mengikuti latihan ICT
seperti pembelajaran Auto Cad. Makmal bahasa dan makmal komputer
dilengkapi dengan lebih kurang 40 buah komputer (rujuk Lampiran 8) untuk
kegunaan guru pelatih manakala makmal sains dilengkapi dengan pelbagai
aparatus sains dan bahan kimia yang diperlukan dalam pembelajaran sains.
Kesemua makmal ini memainkan peranan yang penting dalam menjana
perkembangan intelek para guru pelatih. Sebagai contoh, di makmal ICT, guru
pelatih berpeluang menimba ilmu tentang cara penggunaan Powerpoint,
Photoshop, Excel dan Microsoft Word. Ilmu ini adalah penting kepada para guru
pelatih kerana penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman
sesawang dan sebagainya dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran
yang bersifat interaktif serta menghiburkan. Selain itu, makmal bahasa juga
merupakan tempat di mana guru pelatih mempelajari ilmu tentang linguistik
dengan menggunakan alat elektronik seperti komputer. Selain itu, di makmal
bahasa juga terdapat alat LCD yang canggih (rujuk Lampiran 9) bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran para pensyarah.
Selain itu dari aspek rohani pula, makmal yang dibina untuk tujuan
pembelajaran guru pelatih juga berperanan dalam menyemai nilai-nilai murni
tertentu dalam diri guru pelatih. Hal ini adalah disebabkan setiap jenis makmal
mempunyai peraturannya yang tersendiri bagi menjaga keselamatan dan disiplin
dalam makmal. Sebagai contoh, dalam makmal sains, guru pelatih tidak
dibenarkan membawa sebarang minuman dan makanan ke dalam makmal
sains. Selain itu, di makmal bahasa dan makmal komputer pula, guru pelatih
dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar
pada komputer. Jadi, semasa berada di dalam makmal, guru pelatih hendaklah
berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi menjaga harta
6

benda yang terdapat di makmal selain menjaga keselamatan di sendiri. Secara


tidak langsung, nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab dapat disemai dalam
jiwa seseorang guru pelatih.

DEWAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah disediakan dengan
sebuah dewan utama, iaitu Dewan Aminuddin Baki yang boleh memuatkan lebih
kurang 500 orang guru pelatih (rujuk Lampiran 10). Selain itu, terdapat juga 2
buah dewan kuliah yang dikenali sebagai Dewan Hamdan (rujuk Lampiran 11)
dan Dewan Kirby (rujuk Lampiran 12). Dewan-dewan ini dilengkapi dengan alat
pandang dengar yang berteknologi tinggi iaitu LCD dan mikrofon bagi
membolehkan guru-guru menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara
beramai-ramai deng
Dewan yang terdapat dalam institut kita khususnya Dewan Kirby dan
Dewan Hamdan memainkan peranan penting dalam perkembangan intelek
seseorang guru pelatih. Hal ini adalah disebabkan dewan-dewan tersebut sering
kali digunakan untuk menjalankan kuliah. Apabila terdapat penggabungan kelas,
pensyarah biasanya akan memilih untuk mengadakan di dewan kuliah kerana
dewan tersebut dapat memuatkan lebih banyak pelajar berbanding bilik kuliah
biasa. Selain daripada kuliah biasa, dewan-dewan tersebut juga sering kali
digunakan untuk mengadakan ceramah seperti ceramah kewartawanan,
ceramah keusahawanan, ceramah gaya hidup sihat dan sebagainya. Kesemua
ceramah yang diadakan ini dapat menyalurkan informasi baru kepada guru
pelatih.
Lazimnya, terdapat banyak sambutan perayaan atau majlis yang
dijalankan di Dewan Hajah Rohani dan Dewan Aminuddin Baki. Antara majlis
yang pernah dijalankan ialah sambutan Tahun Baru Cina, sambutan Hari Raya
Aidilfitri dan sebagainya. Kesemua sambutan ini dapat mengeratkan hubungan
sosial dalam kalangan guru pelatih yang terdiri daripada kaum majmuk. Semasa
7

sambutan perayaan dijalankan, banyak persembahan akan disediakan oleh


pihak penganjur. Persembahan-persembahan tersebut banyak menyelitkan
unsur-unsur budaya kaum tersebut. Secara langsung, guru pelatih dapat
mengambil peluang ini untuk mengenali budaya kaum lain. Sebagai contoh,
sempena persembahan Tahun Baru Cina, guru pelatih kaum Cina akan
mempersembahkan tarian tradisional Cina, tarian singa, persembahan alat muzik
tradisional Cina dan sebagainya. Ekoran itu, guru pelatih kaum lain berpeluang
mengenali kebudayaan dan adat kaum Cina. Sambutan perayaan ini dikatakan
mengumpulkan guru pelatih yang terdiri daripada pelbagai kaum di bawah satu
bumbung. Perpaduan dan nilai hormat-menghormati antara kaum juga dapat
diwujudkan melalui majlis ini. Oleh hal yang demikian, dewan yang terdapat di
institut kita dikatakan dapat menjana kepada tercapainya hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan khususnya dari segi intelek dan sosial.

PRASARANA SUKAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah dilengkapi dengan
pelbagai prasarana sukan. Antaranya terdapat sebuah gimnasium (rujuk
Lampiran 13), 2 gelanggang skuasy (rujuk Lampiran 14), gelanggang tenis,
(rujuk Lampiran 15), gelanggang hoki (rujuk Lampiran 16) dan gelanggang bola
tampar (rujuk Lampiran 17) di institut kita. Selain itu, institut kita juga mempunyai
sebuah padang besar bertrek 400 m (rujuk Lampiran 18). Institut kita boleh
dikatakan mempunyai prasarana sukan yang lengkap dan menyeluruh yang
meliputi pelbagai jenis sukan.
Prasarana sukan yang terdapat di institut kita dapat menjana
pembangunan jasmani guru pelatih. Dengan adanya kemudahan sukan yang
lengkap seperti peralatan dan tempat bersukan, guru pelatih mempunyai peluang
untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan. Sebagai contoh, guru
pelatih boleh bermain bola tampar di gelanggang bola tampar yang telah
disediakan terutamanya pada masa lapang. Penglibatan aktif dalam aktiviti
8

sukan dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan otak guru pelatih. Semasa
bersukan, lemak berlebihan yang termendap dalam badan akan dibakar untuk
menghasilkan tenaga. Kesannya, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada
masalah obesiti. Selain itu, kadar metabolisme dalam badan juga akan
meningkat menerusi bersukan. Penglibatan guru pelatih yang aktif dalam bidang
sukan juga dapat memperkembangkan aspek psikomotor seperti kekuatan,
kelenturan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Seseorang yang
kerap bersukan akan tidak mudah berasa letih berbanding dengan seseorang
yang kurang bersukan. Seseorang itu juga dapat menjauhkan diri daripada
penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan
sebagainya.
Selain itu, penglibatan guru pelatih dalam bidang sukan dapat memberi
peluang kepada guru pelatih untuk mengenali dirinya dan mengembangkan
bakat atau kemahiran yang terdapat dalam dirinya sendiri. Prasarana sukan
yang lengkap di institut pendidikan guru dapat dijadikan landasan dan medan
penting dalam melahirkan dan melatih atlet-atlet atau ahli sukan yang berpotensi
dan berketerampilan. Sebagai contoh, dengan adanya gelanggang badminton di
institut pendidikan guru, guru pelatih yang mempunyai bakat dalam bidang ini
dapat berlatih bagi mengasah kemahiran mereka supaya berkeupayaan dan
mempunyai daya saing yang tinggi untuk mewakili pihak institut pendidikan guru
dalam pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, prasarana sukan yang terdapat dalam institut kita juga dapat
mengembangkan tahap intelek guru pelatih. Subjek Pendidikan Jasmani pada
kebiasaannya akan dijalankan di gimnasium atau di padang Astaka Waja.
Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh
yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif,
sosial dan emosi. Pendidikan Jasmani membolehkan guru pelatih memperoleh
pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti sukan. Sebagai contoh, apabila guru pelatih
terlibat dalam aktiviti melontar peluru, guru pelatih akan didedahkan tentang
teknik melontar peluru, peraturan melontar peluru dan pengenalan tentang
9

kawasan melontar peluru. Prasarana sukan yang lengkap di institut pendidikan


guru memberi ruang kepada guru pelatih untuk mencuba dan mengalami sendiri
pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
Bukan itu sahaja, apabila guru pelatih terlibat dalam sesuatu permainan
sukan, pemikiran mereka akan dirangsang kerana mereka dikehendaki untuk
menggunakan minda mereka bagi memikirkan strategi permainan bagi mencapai
kemenangan dalam permainan tersebut.
Sememangnya, sukan juga dapat merangsang pemikiran positif dalam diri
guru pelatih. Semasa bersukan, guru pelatih dapat memupuk kepercayaan dan
keyakinan diri. Andainya seseorang guru pelatih mempunyai kemahiran yang
kuat dan mantap dalam sesuatu sukan, mereka akan berasa lebih berkeyakinan
semasa menyertai pertandingan-pertandingan sukan. Selain itu, dengan
bersukan, guru pelatih juga dapat melepaskan tekanan yang dihadapi mereka
dalam kehidupan harian. Hal ini kerana senaman dari segi psikologinya boleh
menjadikan seseorang itu ceria dan rasa seronok. Senaman dapat juga
bertindak sebagai anti-depresant melalui pengeluaran sejenis hormon yang
dipanggil endophin yang boleh menjadikan seseorang itu lebih ceria.
Pada hakikatnya, ideologi sosial sukan ialah pembinaan sahsiah dan
pembaikan keseimbangan emosi. Hal ini dikatakan sedemikian kerana melalui
sukan, guru pelatih dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Walaupun
menang dalam sesuatu permainan, guru pelatih seharusnya rendah diri
manakala sekiranya kalah, guru pelatih tidak akan berputus asa dengan mudah.
Bukan itu sahaja, sikap bertolak ansur juga dapat disemai dalam diri guru pelatih
terutamanya apabila guru pelatih terlibat dalam sesuatu permainan secara
berkumpulan. Di samping itu, sukan juga dapat menanam semangat kesukanan
dalam diri guru pelatih. Sebagai contoh, sesuatu permainan yang dijalankan
hendaklah bersifat adil dan pemainnya hendaklah bermain dengan jujur serta
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kegiatan sukan juga boleh
membentuk disiplin diri dalam kalangan guru pelatih kerana setiap permainan
mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi. Natijahnya, keperibadian
10

yang unggul dapat dilahirkan melalui penglibatan guru pelatih dalam bidang
sukan.
Dari aspek sosial, kemudahan sukan yang terdapat di institut kita juga
berperanan dalam mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan guru
pelatih. Aktiviti sukan yang mengumpulkan pelbagai kaum dalam kalangan guru
pelatih menyediakan peluang kepada guru pelatih untuk memupuk semangat
bekerjasama dan saling memahami. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh
menyumbang ke arah perpaduan dan mengikis segala gejala sosial yang tidak
diingini seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Dalam sukan, semua
orang adalah sama tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan
sebagainya.
Dengan adanya kemudahan sukan seperti gelanggang dan padang,
pelbagai program seperti kejohanan sukan tahunan atau senamrobik secara
beramai-ramai dapat dijalankan. Kesannya, hubungan persahabatan antara guru
pelatih dapat dieratkan. Misalnya, semasa menganjurkan kejohanan sukan
tahunan, guru pelatih dikehendaki berbincang tentang agenda dan pengurusan
kejohanan tersebut. Guru pelatih hendaklah mengemukakan idea dan bertukartukar pendapat serta bekerjasama antara satu sama lain bagi menjayakan
program tersebut. Secara langsung, hubungan yang erat antara guru pelatih
dapat diwujudkan. Selain itu, penglibatan guru pelatih dalam bidang sukan juga
membolehkan mereka bergaul dengan sahabat yang baharu.

SURAU
Institut pendidikan guru telah dilengkapi dengan kemudahan surau, iaitu
Surau Al-Ghazali (rujuk Lampiran 19) untuk kegunaan guru pelatih. Menurut
Abdullah (1989), surau merupakan tempat ibadat yang lebih kecil daripada
masjid. Surau yang didirikan di kawasan institut kita boleh dirujuk sebagai suatu
bangunan yang terpisah daripada bilik kuliah dan terletak di dalam kawasan

11

sekolah, digunakan untuk tujuan sembahyang dan kegiatan Pendidikan Islam


oleh seluruh warga institut pendidikan guru.
Sememangnya surau memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan rohani dalam kalangan guru pelatih. Surau merupakan suatu
tempat di mana guru pelatih boleh menunaikan ibadat sembahyang. Seseorang
yang mengerjakan solat dengan sempurna dapat merasai nikmat ketenangan
dalam dirinya dan ketakwaan sebenar kepada Allah S.W.T. Selain itu, melakukan
solat juga dapat menanam keimanan umat Islam kepada Allah S.W.T. Solat juga
dapat membina keperibadian mulia. Dengan bersolat, seseorang umat Islam
akan belajar mengenai sifat kesabaran, bersopan santun dan berhemah tinggi
sepanjang melakukan solat. Secara tidak langsung, bersolat dapat mendidik
seseorang supaya membiasakan diri mengamalkan akhlak yang baik dalam
kehidupan seharian. Di sini, sudah jelas kelihatan bahawa surau memainkan
peranan penting dalam merealisasikan salah satu hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia.
Surau juga merupakan suatu tempat untuk menyampaikan ajaran agama
Islam. Ajaran agama yang disampaikan bertujuan untuk meningkatkan
penghayatan Islam dalam kalangan guru pelatih. Dengan mengenali Pencipta
alam, seseorang umat Islam akan mensyukuri keunikan kejadian manusia dan
menyebabkannya menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang
telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya. Seseorang itu juga
akan dapat memperoleh kepuasan dalam kehidupannya dengan lebih mudah
dan bersyukur dengan segala-gala yang dimilikinya. Dengan adanya kepuasan
terhadap kehidupannya dan nilai kesyukuran yang disemai dalam jiwa seseorang
umat Islam, dia akan lebih cenderung untuk berfikiran positif dan tidak mudah
berputus asa dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan yang dihadapi
dalam hidupnya.
Dalam kehidupan kini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan,
guru pelatih Muslim perlulah memperkuatkan akidah supaya tidak terpengaruh
dan terjerumus dalam unsur-unsur negatif. Ajaran agama yang disampaikan di
12

dalam surau bertujuan untuk mengukuhkan benteng akidah umat Islam. Ajaran
agama juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan keimanan umat
Islam kepada Allah. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan
mulia, sedangkan iman yang lemah akan melahirkan akhlak yang buruk dan keji.
Natijahnya, surau dikatakan menyumbang kepada pembangunan kerohanian
guru pelatih.
Disebabkan tugasan-tugasan harian yang membebankan seperti
praktikum dan kerja kursus, sudah tentu guru pelatih akan berasa tertekan dan
resah dengan jadual harian yang padat. Sekiranya solat dapat dikerjakan secara
istiqamah, maka jiwa guru pelatih dapat bertukar daripada suatu keadaan yang
resah kepada keadaan yang tenang. Semasa bersolat, guru pelatih dapat
melepaskan segala bebannya untuk sementara waktu dan pada masa yang
sama semua emosi dan anggota tubuh badan berserah kepada Tuhan mereka.
Dengan cara begini, guru pelatih akan dapat mencapai kesejahteraan dalam
dirinya. Selain itu, pergaulan dengan umat Islam yang lain juga berupaya untuk
mewujudkan suasana yang ceria dan secara tidak langsung dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh guru pelatih dalam kehidupan
seharian mereka.
Selain daripada pembangunan aspek rohani, surau juga dapat
menyumbang kepada pembangunan aspek sosial guru pelatih. Hal ini adalah
disebabkan surau juga menjadi tempat perjumpaan dan interaksi semua Muslim
khususnya pada hari perayaan, riadah dan program-program agama. Antara
aktiviti yang sering dijalankan di surau ialah majlis bacaan Yassin dan juga Tahlil,
majlis sambutan Maal Hijrah, Maulid Rasul, aktiviti gotong-royong dan juga
program sembahyang hajat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat merapatkan
hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam.
Penglibatan diri guru pelatih dalam aktiviti surau juga dapat merangsang
perkembangan intelek guru pelatih beragama Islam. Hal ini adalah disebabkan
pembelajaran tentang ilmu agama dapat meningkatkan daya kefahaman serta
daya intelek orang Melayu tentang Islam. Surau boleh dilihat sebagi pusat
13

rujukan utama tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran dan


hukum agama Islam.
Kesimpulannya, surau berperanan untuk melahirkan umat yang mantap
serta kukuh iman dan taqwa sebagai benteng ketahanan diri, menguasai ilmu
fardu ain dan fardu kifayah sebagai pedoman dan amalan hidup, mengamalkan
tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi memenuhi tanggungjawab ibadah dan
berakhlak mulia sebagai pelengkap diri dan tonggak budaya. Sudah terang lagi
bersuluh, surau merupakan suatu wahana yang dapat merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KATA-KATA HIKMAT
Laluan-laluan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun turut
dihiasi dengan plat yang mengandungi kata-kata hikmat. Kata hikmat merupakan
kata bijak yang di dalamnya terkandung makna motivasi, nilai-nilai moral dan
juga nilai sosial. Kata-kata hikmat yang terdapat di institut kita dijelmakan dalam
dua bentuk bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Dari segi intelek, kata-kata hikmat tersebut secara langsung telah
mendedahkan guru pelatih tentang ayat-ayat indah yang boleh digunakan dalam
bidang penulisan. Penggunaan ayat-ayat hikmat dalam penulisan akan
menjadikan sesuatu karya itu lebih indah dan menonjolkan tahap pemikiran yang
tinggi penulisnya. Selain itu, melalui kata-kata hikmat ini, guru pelatih juga
berpeluang untuk memperkayakan perbendaharaan kata mereka. Dai perspektif
lain pula, sesetengah ayat hikmat mempunyai maknanya yang tersirat. Oleh hal
yang demikian, untuk memahami makna ayat hikmat tersebut secara
menyeluruh, guru pelatih dikehendaki berfikiran secara kritis untuk mengorek
makna yang tersirat di belakang ayat-ayat tersebut. Keadaan ini secara langsung
telah menjana pemikiran guru pelatih.

14

Ayat hikmat yang dipaku di dinding laluan membolehkan setiap guru


pelatih yang melalui laluan tersebut membaca ayat hikmat tersebut.
Sememangnya, ayat hikmat dapat menguatkan kerohanian seseorang. Hal ini
adalah disebabkan ayat-ayat hikmat mampu memberi motivasi dan dorongan
kepada guru pelatih. Sebagai contoh, salah satu ayat hikmat yang dipaparkan
ialah Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (rujuk Lampiran 20). Ayat
hikmat ini bermaksud apabila seseorang itu mengehendaki sesuatu, dia pasti
akan menemui cara untuk mendapatkannya. Ayat hikmat ini dapat memberi
dorongan kepada guru pelatih bahawa jangan berputus asa apabila dibebani
dengan pelbagai jenis kerja kerana sekiranya kita berusaha, akhirnya kita pasti
akan berjaya menyelesaikan kerja kita.
Selain itu, terdapat juga sepatah ayat hikmat berbahasa Inggeris yang
berbunyi The most effective sleeping pill is peace of mind (rujuk Lampiran 21).
Ayat ini telah menerangkan kepentingan ketenangan jiwa seseorang dalam
mencapai kesejahteraan hidup. Tidak dapat dinafikan, kehidupan harian
seseorang adalah dibebani dengan pelbagai kerja dan masalah sehingga
menyebabkan seseorang mengalami tekanan hidup, resah, bimbang, gangguan
emosi dan kemurungan. Apabila emosi negatif ini tidak dikawal dengan sebaikbaiknya, seseorang itu mudah terpesong daripada jalan yang betul. Oleh yang
demikian, untuk memperoleh ketenangan jiwa, seseorang itu perlulah
mempunyai pegangan agama yang kuat di samping bijak menguruskan tekanan
hidup. Natijahnya, ayat hikmat ini memainkan peranan penting dalam
memantapkan jiwa seseorang guru pelatih dan merangsang pemikiran positif
dalam diri guru pelatih tersebut.
Selain memberi dorongan, sesetengah kata hikmat juga berperanan
dalam memberi nasihat kepada pembacanya. Sebagai contoh, terdapat sepatah
ayat yang berbunyi Ilmu itu adalah sebaik-baik harta (rujuk Lampiran 22). Ayat
ini mengandungi maksud tersirat yang menasihati guru pelatih supaya
mengamalkan amalan membaca kerana membaca merupakan jambatan ilmu.
Ayat hikmat tersebut dapat menyedarkan guru pelatih bahawa ilmu merupakan
15

aset penting yang dimiliki seseorang dan ilmu juga diibaratkan sebagai tulang
belakang tubuh badan yang menampung kehidupan seseorang. Oleh hal yang
demikian, guru pelatih disaran untuk meningkatkan diri sendiri dengan banyak
membaca.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Unit Bimbingan Dan Kaunseling (rujuk Lampiran 23) telah ditubuhkan di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Unit Bimbingan Dan
Kaunseling ini membantu dalam pembangunan rohani seseorang guru pelatih.
Peranan unit ini adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang
lain dengan mendalam, menjelajahi tujuan-tujuan hidupnya dan menolong
memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Selain itu, bimbingan dan
kaunseling juga membantu guru pelatih untuk menyedari kelemahankelemahannya dan membantu guru pelatih berfokus kepada kekuatannya.
Bimbingan dan kaunseling boleh dikatakan sebagai pembantu untuk
menyepadukan psikofizikal penuntut khususnya kesepaduan antara perasaan,
sikap, akal dan rohani.
Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu dalam membangunkan
aspek emosi guru pelatih juga. Pensyarah kaunseling ibarat pendengar yang
setia dan sentiasa bersedia untuk berbual dan berbincang tentang masalah yang
dihadapi guru pelatih. Pensyarah kaunseling berperanan untuk membincangkan
permasalahan yang dihadapi oleh guru pelatih, mengenal pasti kesulitan yang
membelenggu guru pelatih dan seterusnya membimbing guru pelatih ke arah
menyelesaikan masalah mereka. Dalam hal ini, dengan meluahkan masalah
yang dihadapi, kegelisahan dan keresahan yang dirasai oleh guru pelatih akan
dapat dilegakan. Mereka akan berasa seolah-olah mereka bukannya
bersendirian apabila berdepan dengan masalah sama ada masalah peribadi,
sosial atau akademik. Tambahan pula, kebanyakan pensyarah kaunseling adalah
bersifat ramah-tamah, memahami dan akrab. Guru pelatih akan berasa kurang
16

tertekan apabila berbual-bual dengan pensyarah dari Unit Bimbingan Dan


Kaunseling.
Selain itu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling juga dapat merangsang
pembangunan guru pelatih dari aspek intelek. Apabila seseorang guru pelatih
menghadapi masalah dalam pembelajaran atau mempunyai pencapaian
akademik yang merosot, guru pelatih boleh berbincang dengan pensyarah
kaunseling tentang cara belajar yang sesuai dan berkesan dengan kemampuan
dan kebolehan guru pelatih. Selain itu, pensyarah kaunseling juga berperanan
dalam merangsang pemikiran guru pelatih dalam mengenal pasti kesulitan yang
dihadapi oleh guru pelatih serta jalan penyelesaiannya.
Kesimpulannya, prasarana yang terdapat di dalam Institut Pendidikan
Guru Kampus Tuanku Bainun memainkan peranan penting dalam
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan
yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

17

Вам также может понравиться