Вы находитесь на странице: 1из 6

Kesan Perkembangan

Sistem Pengangkutan
Terhadap Alam Sekitar di
Bandar Kulim

Nama : Ahmad Ibrahim bin Ghazali


Kelas : 2 A 5
Nama Guru : Nordiana binti Che Daud

Senarai Kandungan :
Bil.
1
2
3
4
5

6
7
8

Butiran
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
DEFINISI
KESAN
CADANGAN
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN

Halaman
2
3
3
3
4
4
4
5
6
6
6

Penghargaan :
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya , saya dapat menyiapkan
folio yang sudah lama saya usahakan ini. Folio ini amat penting bagi saya memandangkan
folio ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus subjek Geografi.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang telah banyak berjasa
dan membantu saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Sekalung penghargaan jugauntuk
guru mata pelajaran Geografi saya, Nordiana binti Che Daud kerana selama ini meyokong
saya dari belakang untuk menyiapkan projek ini dan beberapa kerja kursus yang lain.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan terutamanya dari segi kewangan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek masing-masing. Kesungguhan mereka memberikan saya inspirasi
untuk terus menyiapkan folio ini. Jika sebelum ini terdapat beberapa kesukaran untuk saya
menyiapkan folio ini, tetapi mereka telah menunjukkan teladan kepada saya untuk saya terus
menyiapkan folio ini.
Akhir sekali terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan
dibentangkan.

Pendahuluan :
Tajuk kajian yang saya pilih ialah kesan perkembangan sistem pengangkutan darat, air dan
udara terhadap alam sekitar. Sebab-sebab saya memilih tajuk ini kerana terdapat pelbagai
pengangkutan di Bandar Kulim. Di samping itu, penduduk di kawasan ini bergantung kepasa
pengangkutan awam.

Objektif Kajian :

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif berikut :


menyatakan konsep sistem pengangkutan
menguraikan kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan di bandar
mencadangkan cara mengatasi kesan negatif pengangkutan
memupuk nilai murni dan unsur patriotisme dalam kajian

Kaedah Kajian :

Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan maklumat tentang
kesan perkembangan sistem pengangkutan di Bandar Kulim dan cadangan mengatasi
kesan perkembangan pengangkutan
Soal selidik dan temu bual
Saya telah menemu bual dua orang awam untuk mendapatkan maklumat tentang kesan
perkembangan sistem pengangkutan darat, air dan udara terhadap alam sekitar

Dapatan Kajian :

Definisi sistem pengangkutan

Maksud pengangkutan ialah kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu
tempat ke satu tempat yang lain.

Kesan-kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan di Kawasab Kajian

Kesan Positif

Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dengan
adanya lebuh raya.

Memelihara alam sekitar

Dengan adanya LRT, komuter dan monorel, alam sekitar dapat dipelihara. LRT, komuter dan
monorel tidak mengeluarkan asap. Oleh itu secara tak langsung pencemaran udara
dikurangkan.
Kesan Negatif

Pencemaran udara

Perkembangan sistem pengangkutan dapat mencermarkan udara melalui pelepasan asap


kenderaan.

Pencemaran bunyi

Bilangan kenderaan dan kesesakan lalu lintas meningkat, perkhidmatan udara dan kapal
terbang membingitkan dan berlakunya pencemaran bunyi

Cadangan Mengatasi Kesan-kesan Perkembangan Pengangkutan


Pencemaran udara :

Penggunaan petrol tanpa plumbum dan menggalakkan penggunaan alat catalytic


converter pada kereta.

Pencemaran bunyi :

Penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur


permukaan jalan raya dan menghadkan kelajuan kenderaan.

Вам также может понравиться