Вы находитесь на странице: 1из 9

]KAREKTER .

BUDAK (Asri, ini untuk rujukan asri jugak ya~1st page skrip kita akan mulakan
selepas ini.)
BUDAK 1:
-

Tan Kuan Tee


umur 10
perempuan
aktif
BUDAK 2:

HNG EE JOE
umur 10
perempuan
pasif
BUDAK 3:

EMMA
umur 10
perempuan
Pasif

SKRIP
BENGKEL SIMULASI
Terapi Bercerita
Ahli Kumpulan:
1. Asri Bin Abbas (921110-12-6779)
2. Emma Salat (931209-12-5302)
3. Hng Ee Joe (931211-07-5578)
4. Tan Kuan Tee (930420-01-6860)
5. Vikneswaran A/L Ramachanderen (931221-08-5809)

7 PISMP RBT 2
(AMBILAN JAN 2013)

BAB 1 PERMULAAN SESI TERAPI


Masalah Klien
Beberapa orang murid yang telah dikenal pasti mempunyai masalah suka berbohong
dan menipu guru untuk mendapatkan kebenaran keluar daripada kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan. Selepas mereka mendapat
kebenaran untuk meninggalkan bilik darjah, mereka akan merayau di kawasan sekolah
dan ada kalanya mereka terus ponteng kelas yang mereka tidak suka. Keadaan ini
telah beberapa kali dilaporkan oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar muridmurid berkenaan. Walaupun teguran dan amaran telah beberapa kali diberikan, muridmurid ini masih tidak mengubah sikap tersebut. Dengan ini, guru-guru mencadang
supaya murid-murid ini dihantar ke bilik bimbingan dan kaunseling untuk menjalani sesi
kaunseling dengan menggunakan terapi bercerita oleh kaunselor sekolah.
Latar belakang / Seting
Situasi di dalam bilik kaunseling.
Kaunselor

: Selamat petang, semua. Terlebih dahulu, cikgu memperkenalkan


diri

dahulu.

Saya

Cikgu

Daniel.

Bolehkah

anda

semua

memperkenalkan diri? Mari kita mulakan dengan anda. (bergerak


mendekati Murid A).
Murid A (Tan)

: Hai, Cikgu Daniel. Saya Lee.

Murid B (Hng)

: Saya Ah Lian.

Murid C (Emma)

: Saya Asrina, Cikgu Daniel.

Kaunselor

: Cikgu ucapkan selamat datang dan terima kasih kepada


murid-murid semua kerana sudi bertemu cikgu. siapa yang tahu
kenapa cikgu memanggil kamu semua?

Semua murid

:Tidak, cikgu.

Kaunselor

:Baiklah, hari ini cikgu nak berkongsi sebuah cerita dengan anda
semua. (mengeluarkan objek/pinocchio) tahu tak apa objek ini?

Murid A

:patung, cikgu.

Murid B

:cikgu, patung ini menakutkan. Macam yang ada dalam cerita


hantu yang saya pernah tonton beberapa hari lepas. Takutnya.

Murid C

:cikgu, ini macam pinocchio yang hidung panjang tu. Cikgu nak
beritahu kami cerita yang tentang pinocchio?

Murid B

: tidak, saya rasa cikgu nak ceritakan cerita hantu yang macam
saya tonton itu.

Kaunselor

:Baiklah, nampaknya anda semua mempunyai pandangan yang


berbeza dengan patung yang cikgu tunjukkan. Tetapi, cerita yang
cikgu ingin berkongsi dengan anda semua ini lain daripada apa
yang anda katakan. Berminat? Tentulah anda semua berminat
dengan sesuatu yang baharu bagi anda semua ye. Dengan posisi
duduk yang tegak dan muka yang bersemangat,

nampaknya

anda semua telah bersedia, marilah kita mulakan cerita ini.

BAB 2 SESI BERCERITA OLEH KAUNSELOR


Cerita Anak Pengembara dan Serigala
Seorang anak pengembara selalu menggembarakan biri-biri milik
tuannya di suatu hutan yang gelap dan tidak jauh dari kampungnya.
Semasa anak pengembara ini berasa bosan di daerah penternakan, dia akan
menghibur dirinya dengan bermain-main dengan anjingnya dan memainkan
serulingnya.
Suatu hari, ketika dia menggembarakan biri-biri di dalam hutan, dia
mulai berfikir apa yang harus dilakukannya jika dia terjumpa dengan
serigala, dia berasa terhibur dengan memikirkan dan membayangkan
berbagai-bagai kejadian yang mungkin berlaku dan pelbagai tindakan yang
perlu dilakukan oleh dirinya jika dia terjumpa dengan serigala.
Tuannya pernah memberitahu bahawa jika dia terjumpa serigala
menyerang kawanan biri-birinya, dia harus berteriak memanggil bantuan,
dan orang-orang sekampung akan datang membantunya. Anak gembara itu
berfikir bahawa akan terasa lucu apabila dia pura-pura terjumpa serigala
dan berteriak memanggil orang sekampungnya datang untuk membantunya.
Justeru, anak gembara itu pun berpura-pura lari ke arah kampungnya
dan berteriak sekeras-kerasnya, "Serigala, serigala!".Seperti yang dia duga,
orang-orang kampung cepat-cepat meninggalkan pekerjaan mereka dan
berlari ke arah anak gembara tersebut untuk membantunya. Namun, yang
mereka temui ialah anak gembara yang tertawa terbahak-bahak kerana
berjaya menipu orang-orang sekampung.
Beberapa hari kemudian, anak gembara itu kembali berteriak,
"Serigala! serigala!", orang-orang kampung tetap berlari datang untuk
menolongnya, namun, kali ini mereka masih menemui anak gembara yang
tertawa terbahak-bahak.

Pada
mendekati

suatu
dan

petang,

matahari

menyambar

biri-biri

mulai
yang

terbenam,

seekor

digembarakan

serigala

oleh

anak

pengembara tersebut. Anak gembara berasa sangat takut dan berlari ke


arah kampung dengan selajunya sambil berteriak "Serigala! serigala!"...
(kaunselor mendiamkan diri)

Orang-orang sekampung mendengarnya berteriak, tetapi kali ini mereka


tidak datang untuk membantunya.
"Dia sudah biasa menipu kita, mesti kali ini dia bermain-main lagi
dengan kita," kata mereka.
Akhirnya, semua biri-biri yang digembarakan oleh anak gembara telah
dimakan oleh serigala.

http://www.ceritakecil.com/cerita-dan-dongeng/Anak-Penggembala-dan-Serigala-39

BAB 3 KLIEN DIMINTA MENYIAPKAN CERITA BERDASARKAN PANDANGAN


MASING- MASING
Situasi
Kaunselor terhenti bahagian klimaks cerita. Kertas dan pensel diberikan kepada klien
untuk menuliskan penutup cerita berdasarkan pandangan ataupun persepsi mereka.
Selepas menulis, klien diberi masa untuk menceritakan penutup cerita.
Kaunselor

: .. (terdiam)

Murid B

:cikgu, mengapa cikgu tidak meneruskan cerita?

Murid A

:ya, cikgu. Cerita sudah habis ke?

Murid C

:Cikgu, apa yang berlaku selepas ini?

Kaunselor

:Baiklah. Sekarang cikgu memberi masa lima minit kepada anda


semua untuk memikirkan kesudahan cerita ini. Cuba anda fikirkan,
apa yang akan berlaku kepada anak gembara selepas ini? Adakah
anak gembara akan diselamatkan? Tuliskan apa yang ada dalam
fikiran anda di atas kertas yang disediakan ini. Masa yang
diberikan ialah lima minit. Selepas lima minit, cikgu akan meminta
setiap daripada anda untuk berkongsi cerita yang telah anda tulis.

(kertas dan pensel diedarkan kepada klien dan klien mula menulis dalam lingkungan
masa lima minit)

BAB 4 PENYAMPAIAN CERITA OLEH KLIEN


Kaunselor

:Nampaknya masa selama lima minit telah berlalu. Adakah anda semua
sudah bersedia untuk berkongsi sambungan cerita anda bersama kita
semua yang berada di sini? Siapa-siapa yang ingin mulakan dahulu?

Murid A

:Saya dah siap, cikgu.

Kaunselor

:Baik. Kita mulakan dengan cerita yang disempurnakan oleh Murid A.


Mari kita bersama-sama menikmati cerita ini. Silakan Murid A.

Cerita Versi Murid A


Orang-orang di kampung mendengar teriakan anak gembara lalu membantu anak
gembara untuk menghalau serigala. Dengan bantuan orang-orang kampung,
akhirnya serigala berjaya dihalau dan anak gembara diselamatkan.
Anak gembara mengucapkan terima kasih kepada orang-orang kampung kerana
sudi menolongnya walaupun anak gembara telah beberapa kali mempermainkan
orang kampung.
Kaunselor

:Terima kasih, Murid A. Justeru, dalam cerita yang dilengkapkan oleh


Murid A, anak gembara Berjaya diselamatkan oleh orang-orang
kampung walaupun dirinya telah beberapa kali mempermainkan orang
kampung. Bagaimana pula dengan cerita anda, Murid B? Bolehkah
anda berkongsi cerita dengan kita?

Murid B

:Baik,cikgu. Cerita saya begini.

Cerita Versi Murid B


Orang-orang di kampung mendengar teriakan anak gembara dan berasa marah
dengan anak gembara yang sudah beberapa kali mempermainkan mereka. Oleh
itu, orang-orang kampung tidak mempedulikan anak gembara dan meneruskan
kerja-kerja mereka. Anak gembara amat takut dan menangis-nangis untuk meminta
tolong daripada orang-orang kampung untuk membantu. Namun begitu, orangorang kampung menganggap anak gembara sedang berpura-pura lalu tidak
mempedulikan anak gembara.
Akhirnya, semua biri-biri anak gembara telah dimakan oleh serigala. Apabila anak
gembara kembali ke rumah, tuan punya biri-biri sangat marah dan meminta anak
gembara untuk membayar ganti rugi biri-biri yang telah dimakan oleh serigala.

Kaunselor

:Dalam cerita Murid B, orang-orang kampung tidak lagi mempedulikan


teriakan anak gembara kerana mereka marah dengan anak gembara
yang suka mempermainkan mereka dan menipu mereka. Akibatnya, biribiri telah dimakan oleh serigala dan anak gembara perlu membayar
ganti rugi atas kehilangan biri-biri yang digembaranya.
Sekrang, kita sudah mempunyai dua kesudahan cerita yang berlainan,
bagaimana pula dengan kesudahan cerita yang telah direka oleh anda,
Murid C?

Murid C

:Cikgu, cerita saya ada bahagian yang sama dengan cerita mereka,
tetapi terdapat juga perbezaan dengan cerita mereka. Cerita saya
seperti ini.

Cerita Versi Murid C


Orang-orang di kampung mendengar teriakan anak gembara, tetapi mereka tidak
mempedulikan anak gembara kerana pernah ditipu oleh anak gembara. Namun,
anak gembara menangis-nangis dan meminta tolong kepada orang-orang kampung
dan meminta maaf dengan mereka kerana telah menipu mereka sebelum ini.
Orang-orang kampung pun bersama-sama bergerak ke kawasan biri-biri yang
digembarakan oleh anak gembara untuk membantu menghalau serigala. Namun,
disebabkan kelewatan bertindak, beberapa biri-biri telah dimakan oleh serigala.
Walaupun beberapa biri-biri tidak berjaya diselamatkan, anak gembara sangat
berterima kasih kepada orang-orang kampung kerana mereka masih sudi
membantunya walaupun dia pernah melakukan kesilapan.
Kaunselor

Вам также может понравиться