Вы находитесь на странице: 1из 3

CABARAN MAJALAH ANA MUSLIM

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti wujud dalam penerbitan majalah Ana Muslim
yang menjadikan majalah tersebut kurang mendapat sambutan di kalangan kanak-kanak
globalisasi pada masa kini.Hasil temubual kerjasama kumpulan kami dengan Penerbit Majalah
Ana Muslim mendapati,terdapat empat punca utama majalah ini tidak mendapat sembutan
.Pertamanya,kelemahan gaya dan persembahan majalah ,kelemahan dalam aspek sumber
manusia,kelemahan dalam aspek sumber manusia ,kelemahan pengurusan kewangan dan
pengiklanan serta kelemahan promosi dan pengedaran.

Kelemahan Gaya dan Persembahan Majalah

Mesej merupakan unsur yang dianggap penting bagi sebuah media cetak kerana ini merupakan
perkara yang hendak disampaikan kepada kanak-kanak.Menurut,Saadah Taib (2010),dalam
bidang penerbitan sebagai penulis ,editor majalah ,mesej wujud dalam pelbagai bentuk seperti
dialog kartun,frasa,grafik,ataupun ilustrasi.Bentuk-bentuk mesej mungkin wujud secara
bersendirian ataupun bergabung .Contohnya,kulit depan majalah menceritakan isi kandungan
nya.Ruang kulit depan yang terhad memerlukan pereka grafik memilih setiap unsur dengan bijak
dan tepat dalam pemilihan jenis dan saiz mukahuruf,susunana teks,letakan grafik dan gabungan
warana yang mampu mengukuhkan mesej yang hendak di sampaikan.

Untuk penyampaian mesej dengan lebih berkesan ,sesebuah majalah mestilah mempunyai
beberapa stategi mesej yang utama ,dan berkesan iaitu mesej yang berbentuk santai yang
digunakan bagi kanak-kanak yang sememangnya lebih gemar mengetahui cerita
seterusnya,ketika mereka asyik khusyuk membaca majalah ini.Selain itu strategi imej juga
digunakan untuk membangunkan identiti yang kukuh terhadap seseorang,memotivasikan dan
membimbing kanak-kanak terhadap agama islam ,mengukuhkan psikologi dan pemikiran
islam,menerapkan budaya dan adab berasaskan agama islam.Strategi emosi juga digunakan
untuk kanak –kanak ,kerana penulis menulis cerita berdasarkan psikologi kanak-kanak
berdasarkan persembahan yang mereka boleh terima.Disamping itu juga, strategi hiburan
digunakan khusus untuk tujuan pengiklanan.

Jika dihubungkan teori penerbitan berkenaan dengan apa yang berlaku dalam pengendalian
majalah Ana Muslim ,didapati majalah Ana Muslim yang berukuran 21 cm panjang dan 15 cm
lebar banyak memaparkan gambar kartun-kartun islamik ,penuh dengan warna –warni bagi
menghiasi majalah ini menjadi gaya tarikan kanak-kanak.Tidak ada susunan teks yang terpapar
pada muka depan majalah Ana Muslim dan beberapa peristiwa yang berlaku bagi menghiasi
muka depan majalahnya.Didapati majalah Ana Muslim banyak menggunakan stategi psikologi
kanak-kanak dalam menyampaikan mesej kepada sasaran.Strategi kuiz hanya digunakan untuk
menjawab soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak ,manakala imej digunakan dalam
ruangan Rajawali dan jarang sekali menggunakan strategi hujahan serta tidak wujud stategi
hiburan untuk menarik perhatian pembaca terutamanya kanak-kanak.

Selain Itu,grafik juga memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pembaca.Grafik
merangkumi ,gambar foto berwarna ,lakaran termasuk kartun ,lukisan klip,seni ,carta,jadual,rajah
,kotak dan garisan.Grafik memainkan peranan yang penting dalam bidang penerbitan khususnya
untuk menarik perhatian kanak-kanak.Selain itu,majalah ini juga begitu kecil,dan mudah dibawa
kemana-mana.Sesetengah golongan kanak-kanak menginginkan majalah yang lebih besar untuk
memuaskan mereka membacanya.Ia dilakukan bagi mengurangakan kos penerbitan majalah .
Kelemahan Promosi dan Pengedaran

Promosi dan pengedaran merupakan asas sebuah penerbitan .Menurut Nordirah Idris,(1998-
2000),untuk meningkatkan jualan majalah ,dua cara perlu dilakukan oleh pihak penerbitan,iaitu
melalui promosi dan pengedaran.

Hasil temubual kumpulan kami dengan editor penulis majalah Ana Muslim tidak ada promosi
yang dilakukan untuk meningkatkan jualan majalahnya.Mereka hanya bergantung kepada
pengedar dan pelanggan semata-mata.Berhubung dengan pengedaran ,pihak penebit
menyerahkan urusan pengedaran kepada pihak francais yang berada di beberapa buah cawangan
seperti Bangi ,Taman Melawati,Nilai,Sabah dan Indonesia.Selain itu,majalah Ana Muslim juga
masih belum mempuyai rangakaian supermarket yang besar iaitu pemborong besar untuk edaran
majalah yang hampir mencecah 50,000 naskah majalah menjelang 2008.

Вам также может понравиться