Вы находитесь на странице: 1из 4

CABARAN DAN HALANGAN DALAM PENTERNAKAN KAMBING

Pemasaran Daging Kambing


Pada masa kini, permintaan daging kambing semakin meningkat. Dengan kambing BBQnya,
akikah, korban dan untuk kenduri kendara. Walaupun permintaan semakin meningkat, terdapat
juga ladang ternakan yang mempunyai masalah untuk memasarkan produk kambing mereka.
Penternak perlu memikirkan kos pemasaran, harga kompetitif yang dapat menampung pelaburan
yang telah dikeluarkan untuk projek ternakan itu. Pemasaran daging kambing tidak menjadi
masalah jika penternak mempunyai kemahiran yang cukup. Jaringan penternak antara
penyumbang utama dalam memastikan kejayaan pemasaran produk kambing. Mewujudkan
hubungan antara penternak dapat membantu penternak itu sendiri untuk memastikan ada aliran
tunai masuk. Sama ada daripada pelanggan mahupun penternak lain. Banyak teknik-teknik
pemasaran dan strategi pemasaran yang boleh dipraktikkan di ladang. Terdapat juga saluran
pemasaran yang boleh dicuba oleh penternak. Promosi perlu dibuat dari semasa ke semasa.
Kuasa viral marketing juga jangan dilupakan. Apa yang penting adalah untuk menawarkan
produk kambing yang berkualiti dan bermutu tinggi disamping harga kompetitif dan servis yang
dapat diberikan. Galakan memakan daging kambing juga menyumbang kepada peningkatan
permintaan daging kambing. Orang ramai semakin sedar akan khasiat daging kambing mahupun
susu kambing.
Kurang Kepakaran dan Maklumat
Kepakaran dalam ternakan kambing di Malaysia ini kelihatan tidak menyerlah seperti kepakaran
dalam ternakan lain. Maklumat terkini mengenai penternakan kambing juga kurang diperolehi
daripada organisasi berkenaan. Dari segi maklumat penternakan kambing, maklumat yang
diperolehi penternak tempatan tidak setanding dengan maklumat yang diperolehi penternak luar
negara seperti Indonesia. Penternak kita mestilah pandai mencari lubuk untuk mencedok ilmu.
Sekali lagi, jaringan penternak kambing amat perlu supaya aliran maklumat itu sentiasa
diperolehi. Penternak juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk belajar, mencari maklumat
mengenai penternakan kambing ini. Walaupun kepakaran di Malaysia kurang, kita masih boleh
menggunakan kepakaran-kepakaran luar negara yang banyak menjalankan kajian terhadap
ternakan kambing ini. Apa yang sesuai, kita boleh praktikkan.
Kurangnya Bantuan Kewangan
Industri ternakan kambing ini bukannya satu industri yang baru, bahkan sudah lama menapak
Malaysia. Tetapi banyak institusi kewangan takut untuk memberi bantuan kewangan kepada
penternak kambing. Kejatuhan penternak kambing di zaman Pak Lah, banyak memberi kesan
kepada penternak sekarang. Namun begitu, penternak kita masih boleh bangun dengan hasil
usaha sendiri. Jaringan penternak, ilmu penternakan dan pemasaran yang baik, dan minat,
mampu mengatasi masalah kewangan penternak. Ada caranya, tetapi penternak kita perlu lebih
bijak dan lebih kreatif.

Konsep penternakan
Ini konsep bagi tajuk penternakan.. harap dapat membantu pelajar-pelajar yang membuat tajuk
ini.
Konsep dan jenis kegiatan penternakan
Menurut Wikipedia, penternakan adalah kegiatan menebang biak untuk mendapatkan manfaat
dan hasil dari kegiatan tersebut. Pengertian penternakan tidak terbatas pada pemeliharaan sahaja,
memelihara dan menternak perbezaannya pada tujuan yang ditetapkan. Tujuan penternakan ialah
mencari keuntungan dengan penerapan prinsip-prinsip pengurusan pada factor yang telah
dikombinasikan dengan optimum.
Jenis penternakan yang di jalankan di Kawasan kajian saya ialah penternakakan kambing.
Penternakan kambing telah lama diusahakan di Kangkar Tebrau ini. Penternakan kambing ini
dilakukan di dalam kandang-kandang khas yang telah dibina. Sementara kambing-kambing ini
diternak untuk mendapatkan daging dan susu.
Penternakan ialah satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Setelah itu,
manusia mula memternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya selain
digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Seterusnya kegiatan
ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang
berbeza-beza.
Pada zaman moden ini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh
dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang
pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan.
Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi seperti industri
farmaseutikal, veterinar, industri makanan, selain pertanian dan penternakan.

TERNAKAN KAMBING

Aktiviti penternakan
kambing telah lama diusahakan oleh
penternak di negara
kita, perusahaan ini diadakan secara kecilkecilan,
sebagai
aktiviti sampingan, mengawal rumpai dan
juga sebagai sumber
protein haiwan bagi keperluan keluarga.
Sifatnya yang suka
merayau
dan
memilih
makanan,
terutamanya pucukpucuk tumbuhan boleh menentukan ianya
memperolehi
zat
makanan yang cukup. Industri ternakan
kambing
dapat
menyumbang bekalan daging kambing /
berbiri antara 12-15% bagi keperluan Negara. Lebih dari 95% kambing yang dipelihara adalah
bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu

Kepentingan kegiatan penternakan Kambing di Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor.


1. Sumber pendapatan
Berdasarkan pemerhatian saya, penternakan kambing ini memang memberi sumber pendapatan
kepada pengusaha dan penduduk sekitarnya. Ini kerana pekerja-pekerja di pusat penternakan ini
adalah terdiri daripada penduduk atau jiran yang berdekatan.
2. Peluang pekerjaan
Berdasarkan temu bual yang saya jalankan didapati penternakan kambing yang dijalankan ini
telah memberi banyak peluang pekerjaan . Pekerjaan yang boleh dilakukan di sini ialah pekerja
sepenuh masa iaitu memberi makan seharian, memerah susu kambing, menyembelih kambing,
memproses daging kambing dan lain-lain lagi.
3. Sumber bahan mentah
Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati , syarikat ini telah membekalkan sumber bahan
mentah kepada pasar-pasar di Johor Bahru, Pihak syarikat juga telah membekalkan susu
kambing asli yang terjamin keasliannya di pasaran Bandar ini juga. Selain-itu juga, syarikat ini
juga mengambil tempahan untuk majlis akiqah dan majlis-majlis yang lain.

PENTERNAKAN KAMBING

PENGENALAN
Penternakan kambing adalah perniagaan. Ia merupakan satu bidang usaha yang boleh
mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang,sistematik dan
berterusan. Setiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri.
Berbanding dengan penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan
keluasan kawasan yang besar. Keluasan kawasan minima yang ideal ialah 3 ekar
atau bersamaan 1.2 hektar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
kawasan perumahan kambing (seekar) dan selebihnya boleh digunakan sebagai
kawasan pengeluaran makanan ternakan sama ada sebagai foder (sistem potong
dan angkut) atau ragutan berpusingan (sistem bebas lepas).

Вам также может понравиться