Вы находитесь на странице: 1из 5

CERPEN : VIRUS ZEL UNTUK ABAH (Mawar Shafie)

Peristiwa Utama Peristiwa Sampingan


Zel merancang untuk melepaskan - Imbas kembali nasihat oleh sahabat baiknya tentang
Virus Zel ke dalam Program perbuatannya terhadap ayahnya.
ZQ1308 yang telah dicipta oleh - Setiap kejadian ada hikmahnya.
ayahnya melalui komputer. - Zel marah kerana dia yang menderita akibat
perceraian ibu dan ayahnya.
- Imbas kembali terntang perbualannya dengan Abah
yang menerangkan sebab-sebab Abah terpaksa
berpisah dengan Mama.
- Sebab-sebab :
- Mama sukar dibentuk/ degil
- Mereka tidak setaraf
- Mama tidak ikhlas mengahwini abah
- Mama hanya simpati terhadap abah
Perbualan Zel dengan Mama . - Imbas kembali peristiwa Mama menghadiahi Zel
Mama menasihati Zel supaya sebuah komputer Powerbook pada hari lahirnya yang
berbaik-baik dengan Abah . lalu.
Prinsip hidup Mama bahawa wanita - Imbas kembali pandangan Win tentang Mama yang
boleh hidup berjaya tanpa kaum berjaya dalam perniagaan.
lelaki di sisi. - Win menganggap kejayaan Mama membuatkan Abah
berasa rendah diri.
- Zel teringat peribadi Muslimah yang ada pada
Mama.
Perbualan Zel dengan Mama - Mama menasihati Zel supaya sentiasa
tentang anak-anak Aunt Syarifah memperlihatkan peribadi yang baik sebagaimana
yang dianggapnya tidak matang asuhannya sehingga Zel dewasa.
dan tidak menerimanya dengan - Mama menceritakan kisah anak-anak Nabi Adam
baik. yang tidak sanggup berkongsi kasih.
Perbualan Zel dengan Win melalui - Imbas kembali peristiwa perbalahan Zel dan Abang
komputer. Win menasihati Zel Awi ketika membeli hadiah untuk Abah.
supaya tidak meneruskan niatnya. - Zel begitu marah terhadap Abang Awi apabila
Abang Awi tidak mahu menerima cadangan baju yang
akan dibeli untuk Abah.
Zel menghentikan niatnya untuk - Win terus mendesak Zel agar menghentikan niatnya
menganiayai Abah dengan untuk melepaskan virus itu.
mematikan Virus Zel bersama - Win mengingatkan Zel tentang perasaan kecewa
matinya dendam dan Mama terhadap perbuatan Zel itu.
kemarahannnya terhadap Abah. - Zel memadamkan Virus Zel dari sistem
komputernya.
Watak dan perwatakan :

i. Zel

Zel yang dilahirkan pada 27 Februari merupakan seorang gadis yang berusia hampir dua
puluh tahun. Dia tinggal bersama ibunya , seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ayahnya
merupakan seorang guru. Zel tinggal bersama ibunya kerana ibu dan ayahnya telah bercerai.
Zel mempunyai saudara tiri iaitu Abang Jawi, Aman dan Arif, iaitu anak-anak ayahnya dengan
ibu tirinya, Aunt Syarifah. Zel bakal melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam bidang
undang-undang juga seorang sangat mahir dengan pengetahuan komputer.

Dari segi perwatakan, Zel merupakan seorang yang pendendam. Sifat ini jelas apabila dia
ingin memasukkan Virus Zel untuk memusnahkan program ZQ1308 ayahnya kerana
dendamnya terhadap abahnya yang telah menceraikan mama, kemudian mengabaikan Zel dan
mama . Mamanya.
Selain itu, Zel juga seorang yang pemarah. Sikap ini dapat dilihat apabila dia menumbuk
meja komputer untuk melepaskan marahnya terhadap Abah.
Walau bagaimanapun, Zel seorang yang mudah dipujuk atau seorang anak yang mendengar
kata, terutama kata-kata ibunya. Hal ini terbukti apabila dia mematikan Virus Zel apabila dia
teringatkan Mamanya. Begitu juga dengan perasaan tidak puas hatinya terhadap anak-anak
Abah, perasaannya menjadi reda apabila Mama menasihatinya.
Zel juga seorang gadis yang pintar dan mahir menggunakan komputer. Kepintarannya jelas
apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perundangan . Selain
itu, dia telah berjaya mencipta Virus Zel untuk merosakkan atau memusnahkan program
Abahnya.
Zel seorang yang peka terhadap kemurnian alam sekitar. Hal ini dapat dilihat apabila dia
mencadangkan kepada Mama agar mereka menggunakan pendingin hawa yang tidak
merosakkan alam sekitar.

ii. Mama

Mama merupakan ibu Zel dan bekas isteri Abah. Beliau merupakan ibu tunggal/janda. Mama
ialah seorang usahawan wanita yang berjaya. Berusia 45 tahun, Mama juga merupakan
seorang yang mahir dalam bidang komputer. Mama sentiasa menutup aurat dan lemah-lembut
dalam pertuturannya.

Mama seorang wanita yang teguh berpegang pada prinsip. Prinsip yang dipegangnya ialah
wanita boleh berjaya tanpa lelaki. Hal ini dibuktikan apabila beliau berjaya dalam bidang
perniagaan yang diceburinya tanpa bantuan seorang yang bergelar suami.

Mama juga seorang wanita yang teguh iman dan kuat pegangan agama. Hal ini terbukti
apabila Mama menjaga batas auratnya dengan bertudung walaupun beliau terlibat dalam
bidang yang sofistikated, iaitu bidang komputer.
Mama juga seorang yang tidak pendendam. Beliau tidak mendendami bekas suaminya. Hal ini
terbukti apabila beliau menasihati Zel agar berbaik-baik dengan Abah dan meminta Zel
melupakan dendamnya terhadap Abah dan saudara-saudara tirinya.

Mama juga seorang ibu tunggal yang gigih. Kegigihannya jelas apabila beliau dapat
membesarkan Zel sehingga Zel berjaya dan bakal melanjutkan pelajarannya di luar negara.
Mama juga seorang yang baik hati dan suka bersangka baik terhadap orang lain. Hal ini
terbukti apabila Mama menasihati Zel agar tidak bersangka buruk terhadap anak-anak Aunt
Syarifah.
Mama seorang ibu yang penyayang. Beliau telah membesarkan Zel dengan penuh kasih
sayang sehingga Zel dewasa .

Persoalan / mesej : ( Perkara positif atau negatif yang mahu disampaikan oleh
penulis)

Antara persoalan yang digarap oleh penulis adalah tentang anak-anak yang menjadi
mangsa perceraian ibu bapa. Hal ini dipaparkan melalui watak Zel yang begitu tertekan dan
kecewa terhadap Abah yang telah menceraikan ibunya.

Kesilapan memilih jodoh akan membawa kehancuran rumah tangga. Hal ini dilihat
daripada kegagalan abah mempertahankan rumah tangganya bersama Mama kerana
perbezaan status di antara mereka.

Cerpen ini juga mengemukakan persoalan kegigihan ibu tunggal membesarkan


anaknya. Mama telah berjaya membesarkan Zel walaupun beliau seorang ibu tunggal.

Kejayaan wanita dalam bidang perniagaan. Perkara ini juga merupakan persoalan
yang terdapat dalam cerpen ini. Persoalan ini dipaparkan melalui watak Mama yang sangat
berjaya dalam bidang perniagaan sehingga beliau dikagumi oleh banyak orang.

Seseorang boleh berjaya tanpa mengabaikan aspek keagamaan dalam kehidupan juga
merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen ini. Persoalan ini dapat dilihat melalui
watak Mama yang teguh imannya walaupun beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan
yang mencabar.
Penglibatan wanita dalam bidang teknologi maklumat juga merupakan persoalan
cerpen ini. Mama dan Zel merupakan dua orang wanita yang terlibat secara langsung dengan
perkembangan teknologi maklumat di negara ini.
Persoalan tentang seorang suami /ayah yang tidak bertanggungjawab juga terdapat
dalam cerpen ini. Persoalan ini ditonjolkan melalui watak abah yang telah mengabaikan mama
dan Zel setelah abah menceraikan mama.
Kerenggangan hubungan kekeluargaan di antara keluarga tiri juga merupakan salah
satu persoalan cerpen ini. Persoalan ini dapat kita lihat daripada hubungan Zel dengan ibu
dan adik-beradik tirinya yang tidak begitu mesra.
Nilai-nilai Murni: (nilai-nilai yang baik sahaja)
Nilai-nilai murni banyak dirakamkan oleh penulis melalui cerpen ini. Antara nilai
tersebut ialah nilai kasih sayang. Mama begitu mengambil berat dan amat menyayangi Zel,
anak tunggalnya. Hal ini dapat dilihat apabila mama telah membesarkan Zel dengan penuh
kasih sayang dan tanggungjwab sehingga Zel menjadi seorang gadis yang berpelajaran dan
dididik dengan nilai-nilai murni.
Selain itu, terdapat juga nilai hormat-menghormati dalam cerpen ini. Nilai ini juga
dapat dilihat pada Mama yang tidak mendendami Abah dan tetap menghormati kedudukan
Abah sebagai ayah Zel dengan membenarkan Zel menemui Abah walaupun abah dan mama
telah bercerai.
Nilai nasihat-menasihati juga dilihat dalam cerpen ini. Nilai ini jelas terlihat apabila
Win sentiasa menasihati Zel agar tidak melepaskan Virus Zel ke dalam program Abah.
Nilai bertanggungjawab juga cuba ditonjolkan penulis melalui cerpen ini. Nilai ini
jelas kita lihat apabila Mama dengan penuh tanggungjawab memberi didikan yang sempurna
kepada Zel sehingga Zel berjaya dalam bidang akademik .
Nilai kegigihan juga terlihat pada watak mama yang begitu gigih memajukan
perniagaannya sehingga beliau menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.
Nilai berpegang teguh pada ajaran agama Islam juga terdapat dalam cerpen ini. Nilai
ini dapat dilihat pada Mama yang berpegang teguh pada ajaran Islam dengan menutup aurat
dan tidak mengabaikan ibadah kepada Tuhan..

Latar Masyarakat : ( Keadaan masyarakat, pekerjaan mereka, pegangan dan


kepercayaan mereka, perangai/sifat mereka, nilai yang dimiliki mereka, dll ,
yang merupakan perkara positif dan negatif. )

Cerpen ini menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Mereka
merupakan masyarakat bandar yang terdedah pada unsur kemajuan seperti teknologi
maklumat dan komputer. Zel dan ibunya merupakan watak-watak yang mempunyai kemahiran
dalam dunia teknologi maklumat. Malahan, Zel telah menerima sebuah komputer Powerbook
yang serba canggih daripada ibunya pada hari ulang tahun kelahirannya

Masyarakat dalam cerpen ini juga merupakan golongan yang berpelajaran. Abah Zel ialah
seorang guru dan Mamanya seorang usahawan yang tersohor. Zel dan adik-beradik tirinya
juga mendapat pendidikan tinggi.
Cerpen ini juga memaparkan keadaan masyarakat yang pincang rumah tangganya. Mama dan
Abah terpaksa bercerai kerana di antara mereka sudah tiada persefahaman. Hal ini
mengakibatkan anak menjadi mangsa kekecewaan. Hal ini dapat dilihat daripada watak Zel
yang tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya bercerai dengan ibunya.
Golongan masyarakat dalam cerpen ini merupakan golongan yang kuat berpegang pada ajaran
agama Islam. Mama dan Win sentiasa menasihati Zel tentang hal-hal keagamaan.
Cerpen ini juga memperlihatkan hubungan adik beradik tiri yang kurang baik. Zel tidak
dapat menerima saudara-saudara tirinya; begitu juga sebaliknya.
Selain itu, cerpen ini juga memperlihatkan sikap masyarakat yang telah menerima
penglibatan wanita dalam bidang perniagaan. Hal ini dilihat apabila kejayaan Mama dalam
perniagaan dikagumi oleh banyak orang.

Вам также может понравиться