Вы находитесь на странице: 1из 11

Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia

oleh Menteri Pendidikan Malaysia


Putrajaya 12 Januari 2016 - Gelombang 1 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah
sampai ke penghujung dengan berlabuhnya tirai 2015.
Selangkah ke tahun 2016, bermakna kita telah berada
di Gelombang 2 PPPM (2016-2020) dengan tekad dan
azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti
pendidikan negara seperti yang dihasratkan. Namun
elok kita menoleh ke belakang untuk menilai sejauh
mana Gelombang 1 PPPM dapat memenuhi wawasan
dan aspirasi rakyat. Pencapaian cemerlang samasama kita raikan, sementara pengalaman berhadapan
masalah dan halangan elok dijadikan iktibar untuk
penambahbaikan.
Sesungguhnya
transformasi
pendidikan merupakan proses dan perjuangan yang
panjang, keazaman dan komitmen tinggi secara
berterusan dari semua pihak amat diperlukan. Buletin
ANJAKAN Bil. 1/2016 akan memberi fokus terhadap
kandungan perutusan Tahun Baharu Menteri
Pendidikan
2016 terutama
yang menyentuh
pencapaian Gelombang 1 PPPM (2013 2015) dan
usaha-usaha melangkah kehadapan untuk memacu
Gelombang 2 PPPM (2016-2020).
Bercakap kepada lebih 3,000 orang warga
pendidikan daripada pelbagai peringkat termasuk
murid dan wakil-wakil komuniti, Menteri
Pendidikan, YB Dato Seri Mahdzir Khalid
merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada seluruh warga pendidikan atas
daya usaha dan komitmen menjayakan
Gelombang 1 PPPM. Beliau juga menghargai
sokongan dan kerjasama semua pihak terutama
ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan yang
sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti
pendidikan negara. Beliau menegaskan bahawa
usaha melahirkan modal insan berkualiti dan
bersahsiah tinggi, sistem pendidikan perlu
berpaksi teguh kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
dan
berkeyakinan
bahawa
pembangunan modal insan secara holistik melalui
sistem pendidikan yang bersepadu dan sistematik
berupaya merangsang serta mencipta kejayaan
negara di persada dunia.

Pada tahun 2013, Kementerian telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang bakal membawa sistem pendidikan kita antara sepertiga teratas dalam
kalangan negara-negara terbaik di dunia. Bagi mencapai hasrat tersebut, sejak 2013 segala usaha
ditumpukan kearah tersebut. Sebagai satu keluarga dari peringkat Kementerian hingga ke
sekolah dengan melibatkan komuniti, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk mencapai satu tujuan
membangunkan murid yang bakal menempuh cabaran alaf ke-21.
Saya bersyukur kerana kita telah pun melepasi Gelombang 1 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk
mencapai lima aspirasi sistem, dan enam aspirasi murid menerusi sebelas
anjakan dalam pelan tersebut. Kini, kita sedang melangkah memasuki
Gelombang Kedua PPPM bagi tempoh 2016 hingga 2020. Selari dengan
aspirasi pelan ini demi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia
mempunyai akses terhadap pendidikan, KPM telah menjalankan program
yang komprehensif untuk meningkatkan kemasukan murid prasekolah
hingga ke peringkat menengah atas.
YB Dato Seri Mahdzir Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia

keberhasilan utama yang perlu


dicapai dalam Gelombang 1:

Melalui pelbagai inisiatif yang menjadi fokus pada Gelombang 1


seperti Program Transformasi Daerah, LINUS, peningkatan
kemahiran guru dan pemimpin melalui Piagam Guru dan Piagam
Pemimpin serta inisiatif lain yang menjadi prioriti, ketiga-tiga
keberhasilan ini telah berjaya mencapai sasaran.

100% murid menguasai literasi dan


numerasi selepas 3 tahun persekolahan

Peningkatan enrolmen murid;

Pengurangan 25% jurang bandar


dan luar bandar.

3
Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Pencapaian PPPM 2015


Program Literasi & Numerasi

LINUS

Program ini telah berjaya membantu


kesemua tiga kohort murid mencapai 99
peratus dalam literasi bahasa Melayu dan
numerasi apabila mereka memasuki
Tahun
Tiga.
Sementara
kadar
penguasaan literasi bahasa Inggeris murid
Tahun 3, 2015 meningkat 15.81 peratus daripada 78.3 peratus pada tahun 2014
kepada 94.11 peratus pada tahun ini.

Peratus peningkatan enrolmen Murid


Enrolmen prasekolah daripada pelbagai
agensi awam dan swasta telah mencatat
peningkatan yang signifikan, iaitu 84.51
peratus pada 2015, berbanding dengan
80.2 peratus pada 2012 sebelum
pelancaran PPPM.
Kadar kemasukan
murid ke sekolah rendah juga turut
meningkat kepada 97.9 peratus pada 2014
berbanding 95.7 peratus pada 2010.
Kadar ini mengatasi kadar enrolmen
universal 91 peratus sebagaimana yang
dilaporkan
oleh
United
Nations
Development Programme (UNDP) 2015.

Merapatkan Jurang Antara


Kementerian
telah
menetapkan
pengurangan
jurang
pencapaian
bandar dan luar bandar sebanyak 25
peratus dalam masa tiga tahun pertama
Gelombang 1 ini. Berdasarkan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR,
KPM telah berjaya mengatasi sasaran ini
dengan pencapaian pengurangan jurang
sebanyak 31.6 peratus.

Bandar & Luar Bandar

Analisis jurang bandar dan luar bandar


berdasarkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan
sediakan selepas keuputusan SPM 2015
diumumkan.

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Pencapaian PPPM 2015


Pencapaian Guru: Pengiktirafan di Peringkat Dunia
Tahniah yang setinggi-tingginya kepada Cikgu
Zainuddin bin Zakaria dari SMK Bukit Taman
Maluri, Kepong, Kuala Lumpur yang telah
dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess
Maha Chakri (APMC) dengan membawa pulang
pingat, sijil penghargaan dan wang tunai bernilai
USD10,000.00. APMC merupakan anugerah yang
diberikan kepada guru berdedikasi, cemerlang
dalam pembangunan modal insan dan memberi
inspirasi kepada rakan guru yang lain serta
berpotensi sebagai ikon guru di peringkat
antarabangsa

Gambar : www.pmca.or.th

Cikgu Zainuddin telah menghasilkan beberapa projek inovasi seperti EXTEX-Excellent Teachers
With MS Excel, KODU In Classrooms Around The World, Borderless Classrooms Global
Classmates Worldwide Tutors dan POS KODU Learning Parts of Speech Using Game.
Beliau telah mengharumkan nama Malaysia kerana berjaya memenangi beberapa anugerah di
peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sejak tahun 2009. Antaranya termasuklah Juara
Asia Pacific Regional Innovative Education 2009/2011 dan Juara Innovative Educators
Choice Award 2012.

Pencapaian Murid: Cemerlang di Peringkat Antarabangsa


KPM melakar sejarah melalui atlet 100 meter MSSM adik
Badrul Hisham bin Abdul Manap yang dinobatkan
sebagai Raja Pecut Sekolah-sekolah ASEAN dengan
catatan masa 10.29 saat di Kejohanan Sukan Sekolahsekolah ASEAN 7th ASG 2015 yang berlangsung di
Brunei Darussalam. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia
berjaya memperoleh sebanyak 56 pingat, iaitu 20 emas, 14
perak, dan 22 gangsa dan ini merupakan satu pencapaian
yang amat membanggakan

Gambar: The Rakyat Post


Pencapaian adik Goh Jin Wei dalam sukan
badminton telah menaikkan imej KPM apabila
menjuarai Remaja Dunia tahun 2015, meraih
pingat gangsa Sukan SEA dan pingat emas
perseorangan wanita Kejohanan ASG.

Gambar: The Rakyat Post

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Pencapaian PPPM 2015

Pencapaian Guru: Pengiktirafan di Peringkat Dunia


Pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) telah memenangi Anugerah Komuniti
di Kejohanan Dunia VEX Robotics di
Kentucky, Amerika Syarikat. Pertandingan ini
melibatkan kemahiran dalam bidang perisian
dan teknologi robotik yang diwakili oleh Wan
Ahmad Haziq bin Wan Ahmad Hazim, Jeyhan
Onn bin Mohd Tahir dan Mohd Fahim Aiman bin
Aminuddin.

Mohd Yusri bin Rashidi, pelajar Kolej Vokasional Arau,


Perlis berjaya menonjolkan bakatnya dalam bidang Teknologi
Automotif dan mewakili Malaysia dalam World Skill
Competition 2015 di Sao Paulo, Brazil.

Pasukan R&D SM Sains Sultan


Muhammad Jiwa telah memenangi
Anugerah
Khas
Inovasi
Muda
sempena Pertandingan Inovasi dan
Penciptaan Peringkat Kebangsaan
melalui Pameran 2015 (iComEx'15).
Penghasilan "Superb MSE" melalui
penggunaan
daun
ketum
telah
diinovasikan menjadi ubat penahan sakit
bagi menggantikan morfin, dan turut
memenangi pelbagai anugerah di
peringkat
antarabangsa,
iaitu
di
Romania, Hong Kong, dan Taiwan.

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Amanat YB Menteri Pendidikan Kepada


Seluruh Warga Pendidik

Pegawai-Pegawai di Kementerian
Menyeru pegawai disemua peringkat supaya memahami dan
menghayati roh hasrat PPPM dengan mengubah cara bekerja
daripada process driven kepada outcomedriven, and stay true
to your objectives
Kita merupakan pemegang amanah 30 juta rakyat Malaysia
untuk membentuk murid yang bukan sahaja boleh mendepani
cabaran masa hadapan, tetapi membentuk masa hadapan
berdasarkan acuan kita sendiri. Marilah kita bekerja sebagai
Satu Kementerian bekerjasama dan bekerja bersama-sama.

Pegawai di JPN dan PPD


Selaras dengan Anjakan 6 untuk mengupayakan JPN, PPD,
dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan, anda lebih tahu apa yang berlaku di
peringkat negeri masing-masing. Begitu juga warga kita di
IPG dan Kolej Matrikulasi, anda semua perlu berfikiran lebih
strategik, lihatlah kekuatan yang ada pada institusi masingmasing, dan bekerjasamalah dengan agensi di negeri sejajar
dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ingatlah
juga bahawa one size does not fit all. Dengan latihan dan
sokongan yang telah diberi kepada pemimpin negeri dan
daerah, saya yakin anda mampu menzahirkan yang terbaik,
sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Kedah dan Sabah
dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Guru, Pensyarah IPG dan Kolej


Matrikulasi
Saya tidak mahu guru-guru kehilangan fokus dalam mendidik
anak bangsa kita.
Ingatlah bahawa kita tidak lagi
menyediakan murid kita untuk lulus dalam peperiksaan, tetapi
kita perlu melihat lebih jauh 10 tahun lagi nanti apakah yang
akan terjadi pada anak murid kita? Apakah kemahiran yang
perlu ada pada mereka? Apakah cukup ilmu dan akhlak yang
kita terapkan?

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Amanat YB Menteri Pendidikan Kepada


Seluruh Warga Pendidik

Ibu bapa, Komuniti dan


Sektor Swasta
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
segala sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi
untuk memastikan satu sistem pembelajaran wujud dalam
komuniti kita demi anak-anak yang akan menerajui kepimpinan
negara. Dalam Gelombang 2 ini, kami mengalu-alukan lebih
sumbangan daripada sektor swasta untuk sama-sama memacu
transformasi pendidikan negara.

Anak-Anak
Segala
usaha
yang
dijalankan adalah untuk
anda, bagi memastikan
anda dibekalkan dengan
ilmu dan akhlak yang
cukup buat anda berjaya,
dan membawa negara ini
ke arah kejayaan. Dalam
masa 10 tahun lagi,
andalah
yang
akan
membawa
Malaysia
menjadi antara sepertiga
negara yang mempunyai
sistem pendidikan terbaik
di dunia

MENERAJUI
PERUBAHAN

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Pengintegrasian Data KPM Dan Single Sign-On


Membantu Memperkasakan Tugas Guru
Inisiatif pengintegrasian data dan kemudahan SSO
merupakan dua perkara yang berlainan mempunyai
sasaran yang berbeza. Pengintegrasian data
merupakan satu inisiatif untuk mempastikan data di
antara pelbagai aplikasi yang digunakan di semua
peringkat di KPM berhubung di antara satu sama
lain. Ini bermakna guru-guru serta pentadbir di
sekolah tidak lagi perlu memasukkan data yang
sama berulang kali di pelbagai sistem. Bagi tahun
2015, sebanyak 28 aplikasi telah dikenalpasti untuk
dilaksanakan pengintegrasian. Daripada 28 aplikasi
tersebut 6 daripadanya, iaitu Sistem Maklumat
Murid, Aplikasi Pengurusan Bantuan, Sistem Orang
Kelainan Upaya, Permohonan Tahun 1, e-Perlu dan
iKEPS, telahpun digabungkan dengan aplikasi lain.
Setiap aplikasi yang memerlukan maklumat sekolah
akan berhubung dengan Modul Pengurusan Sekolah
(EMIS), maklumat guru dengan Modul Pengurusan
Guru (eOperasi) dan maklumat murid serta
ibubapa/penjaga melalui Modul Pengurusan Murid
(APDM). Hasil daripada pengintegrasian ini,
sebanyak 2,097 variable atau medan bertindih tidak
lagi perlu diisi berulangkali oleh guru-guru dan juga
pengurusan sekolah.
Single Sign-On (SSO) adalah satu kemudahan pengesahan sesi / pengguna yang
membenarkan pengguna untuk mengakses pelbagai sistem dengan satu kata nama dan satu
kata laluan
Single Sign On atau SSO merupakan aplikasi pengantara untuk ke semua sistem yang telah
diintegrasikan. Setelah proses pengintegrasian bagi kesemua 28 sistem selesai kebanyakkan
aplikasi selesai, satu pendekatan diperlukan untuk mengurangkan keperluan guru untuk log masuk
ke pelbagai aplikasi tersebut. Batch pertama yang melibatkan 13 aplikasi dilaksanakan SSO pada
1 Oktober 2015 melalui Surat Siaran KPM bil. 15 Tahun 2015. Batch kedua yang melibatkan 9
aplikasi sistem berikutnya telah selesai dilaksanakan pada 1 Disember 2015.

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Integrasi Data KPM Single Sign-On


Membantu Memperkasakan Tugas Guru
Pelaksanaan
Single
Sign-On
(SSO) untuk batch ke dua melibatkan
baki 9 aplikasi KPM telah berjaya
dilaksanakan pada 1 Disember 2015
seperti yang dirancang. Kejayaan ini
adalah
kesinambungan
daripada
pelaksanaan SSO batch pertama yang
mana 13 aplikasi, telah berjaya
dilancarkan
pada
1
Oktober
lalu.
Dengan pelaksanaan SSO ini,
guru-guru hanya memerlukan satu kata
nama pengguna untuk mengakses
pelbagai aplikasi sistem KPM yang
berkaitan.
Pelaksanaan
pengintegrasian
data
daripada 28 aplikasi asal kepada 22
aplikasi, beserta SSO ini diharap dapat
memperkasakan tugas guru menerusi
pemasukan
data
tunggal
dan
meningkatkan kecekapan pengurusan
sumber pendidikan KPM.
Pendaftaran SSO boleh dilakukan
melalui 3 aplikasi utama iaitu Modul
Pengurusan Sekolah (EMIS), Murid
(APDM) dan Guru (e-Operasi).
Terima kasih kepada semua pengguna di
peringkat JPN, PPD dan sekolah yang
telah pun mendaftar serta yang terlibat
dalam sesi pengujian SSO. Syabas
kepada pasukan inisiatif serta semua
warga
KPM yang terlibat dalam
menyumbang masa dan tenaga bagi
memastikan kejayaan inisiatif ini yang
merupakan salah satu inisiatif utama
PPPM.

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Transformasi Pendidikan Dari Media


@PaduEducation

#PaduMY

padustories.my

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Transformasi Pendidikan Dari Media


@PaduEducation

#PaduMY

padustories.my

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Вам также может понравиться