Вы находитесь на странице: 1из 2

AKTIVITI MALAM PUNGGUK RINDUKAN BULAN

Tajuk : Pungguk Malam


Pengenalan :
Aktiviti ini akan dijalankan pada malam kedua perkemahan Unit Beruniform.
Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar
menghargai setiap anugerah yang diberikan serta membentuk jati diri yang
manpan dalam berhadapan pelbagai situasi dalam kehidupan. Aktiviti Pungguk
Malam ini juga memfokuskan keberanian peserta apabila ditempatkan
berseorangan, berjauhan antara satu dengan yang lain selama satu jam, namun
keselamatan pelajar tetap menjadi prioriti utama.
Lokasi :
1. Sekitar kawasan padang SMK Beluran II
2. Kawasan bangunan sekolah
Kekangan : Cuaca ( hujan )
Objektif :
1. Memupuk perasaan keyakinan diri walaupun berseorangan dan dalam
keadaan kekurangan.
2. Memupuk keberanian dalam diri setiap pelajar berhadapan dengan
pelbagai situasi.
3. Membentuk ketahanan mental dalam berhadapan dengan situasi yang
sukar.
4. Bermuhasabah diri mereka sendiri dan menanam azam untuk berubah
menjadi lebih baik.
Pelaksanaan:
1. Taklimat aktiviti oleh AJK Pelaksana
2. Fasilitator akan membawa setiap kumpulan mengikut tempat yang
telah ditetapkan.
3. Peserta akan ditinggalkan berseorangan di satu kawasan yang agak
terpencil dan jauh antara rakan-rakan yang lain.
4. Peserta juga akan diikat matanya sebagai tanda kekurangan yang ada
pada diri mereka.
5. Untuk keselamatan, setiap pelajar diawasi sepanjang masa oleh para
guru dan fasilitator.
6. Ini untuk mengelakkan mereka terlalu takut ataupun bergerak sendiri
sehingga boleh menyebabkan kemalangan berlaku.
7. Sebelum aktiviti bermula, pelajar dimaklumkan mengenai apa yang
akan mereka hadapi.
8. Semasa mereka bersendirian, peserta diminta untuk bermuhasabah
diri mereka sendiri, ingat kembali kesilapan apa yang telah mereka
lakukan sebelum ini dan mengambil peluang ini apabila bersendirian
untuk menanam azam untuk tidak mengulangi kesilapan dahulu dan
berubah ke arah yang lebih baik.
9. Peserta dibenarkan untuk membuka ikatan mata sejam selepas itu.
10.Pelajar kemudiannya berkumpul dalam kumpulan masing-masing.
11.Mereka berbincang dan menyatakan perasaan masing-masing semasa
menjalani aktiviti Malam Pungguk ini

Вам также может понравиться