Вы находитесь на странице: 1из 31

KATA ADJEKTIF

1. Menerangkan sifat atau keadaan


sesuatu benda atau kata nama
2. Contoh: indah, kacak, gempal,
tinggi, nyaman, hijau, tohor, cergas,
dan sebagainya.

KATA ADJEKTIF WARNA


Menerangkan warna sebagai unsur.
Contoh; merah, biru, hijau, ungu dan
lain-lain.
Rumah Pak Ishak berwarna kuning.

KATA ADJEKTIF UKURAN


Menerangkan ukuran sebagai unsur
keterangan.
Contoh; nipis, panjang, pendek,
tinggi, rendah, kecil, besar, renek
dan lain-lain.
Jambatan panjang itu belum siap
didirikan.

KATA ADJEKTIF BENTUK


Menerangkan rupa bentuk sebagai
unsur keterangan.
Contoh; lonjong, bulat, bujur, leper,
bengkok, lurus, buncit, kempis, lekuk.
Bola keranjang berbentuk lonjong.

KATA ADJEKTIF WAKTU


Menerangkan konsep masa sebagai
unsur keterangan.
Contoh; awal, lewat, baharu, lama,
lampau, segera, suntuk, silam ,cepat.
Ali tergesa-gesa menyiapkan
tugasannya
kerana waktu telah
suntuk.

KATA ADJEKTIF JARAK


Menerangkan konsep ruang antara
dua benda atau sebagai penerang
kata nama.
Contoh; jauh, dekat, hampir, nyaris.
Kampung yang dia hendak pergi itu
sungguh jauh.

KATA ADJEKTIF CARA


Menerangkan keadaan kelakuan atau
ragam sebagai penerang kata nama.
Contoh; cepat, deras, laju, lambat,
perlahan, lincah, gopoh, jelas, sering.
Dia makan dengan gopoh kerana
terlalu lapar.

KATA ADJEKTIF PERASAAN


Memberi pengertian tentang konsep
perasaan yang berfungsi sebagai
penerang kata nama dan mesti
diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh; rindu, benci, sayang, segan,
suka, gembira, sedih, ragu, berahi.
Halimah amat rindu akan anakanaknya.

KATA ADJEKTIF
PANCAINDERA

Perkataan yang memberi pengertian


tentang konsep rasa, pandang, dengar, bau,
sentuh atau gabungan kelima-lima
pancaindera dan berfungsi sebagai
penerang kata nama.
Contoh; sedap, manis, lazat (pancaindera
rasa)
cantik, molek, hodoh (pancaindera
pandang)
bising, merdu, serak (pancaindera
bunyi)

KATA ADJEKTIF SIFATAN /


KEADAAN NAMA
Perkataan yang memberi sifatan atau
keadaan sebagai unsur keterangan.
Contoh; baik, jahat, cerdik, gopoh,
lemah, kasar, sihat, takut, berani.
Pelajar itu seorang yang baik lagi
cerdik.

(Muka surat: 8)
Isikan tempat kosong dengan jawapan
yang betul
Halus
cantik
dingin

curam

luas

1.Tokoh politik itu mempunyai


pengalaman yang ______ dalam bidang
ekonomi.
2.Pemandu bas itu memperlahankan bas
apabila melalui jalan yang _______.
3.Fatimah kelihatan _____ setelah disolek
oleh jurusolek profesional.

4. Cuaca di kampung memang _______


pada waktu pagi.
5. Hasil kerja seni Hanis yang ________ itu
mendapat pujian daripada cikgunya.

Soalan 1 soalan 6
1. Kami dinasihati agar berhati-hati
menyeberangi jambatan kayu yang
______ itu.
A. kusam
B. reput
C. hancur
D. Pecah
(Jawapan: B)

2. Puan Rahimah berasa _______ ketika


menghadiri majlis makan beradab
diraja yang penuh adat istiadat serta
dihadiri oleh orang kenamaan.
A. ganjil
B. kekok
C. pelik
D. gerun
(Jawapan: B)

3. Pokok kelapa yang sudah ______itu


menanti masa untuk tumbang.
A. senget
B. condong
C. serong
D. bengkok
(Jawapan: B)

4. Harapan Arman untuk memasuki


universiti itu amat _______
memandangkan keputusan peperiksaan
SPMnya kurang memberangsangkan.
A. tinggi
B. besar
C. tipis
D. nipis
(Jawapan: C)

5. Kedai makan yang terletak di tepi


selekoh _____ itu patut dipindahkan
ke tempat lain kerana lokasinya amat
membahayakan.
A. tajam
B. panjang
C. padat
D. curam
(Jawapan: A)

6. Keris pusaka yang diwarisi oleh Tok


Gadong mempunyai mata yang
________.
A. dalam
B. landai
C. leper
D. tirus
(Jawapan: D)

Soalan 7 soalan 10
7. Kentang ini dipotong kecil-kecil agar
cepat
A
B
empuk dan lembut apabila dimakan.
C
Tiada kesalahan.
D
(Jawapan: D)

8. Pemain bola sepak yang handal itu


berjaya
A
menjaringkan gol walaupun dia dikawal
kemas
B
oleh pemain pasukan lawan. Tiada
kesalahan.
C D
(Jawapan: B)

9. Pak Samad enggan menceritakan


peristiwa
A
ajaib yang berlaku di banglo usang itu
kepada
B
C
anaknya. Tiada kesalahan.
D
(Jawapan: B)

10. Pengantin lelaki itu sungguh kacak


apabila
A
memakai sepersalinan songket yang
ditenun
halus dan kemas buatannya. Tiada
kesalahan.
B
C
D
(Jawapan: D)

Soalan 11 soalan 13
11. Filem yang baru ditayangkan di
pawagam itu mendapat sambutan
bagus daripada penonton.
A. mendapat sambutan hangat
B. mendapat sambutan meriah
C. mendapat sambutan gembira
D. mendapat sambutan bagus
(Jawapan: A)

12. Hanya orang yang berfikiran kusut


tidak dapat menerima perubahan
dalam hidup.
A. berfikiran mundur
B. berfikiran luas
C. berfikiran kolot
D. berfikiran kusut
(Jawapan: C)

13. Bantal itu berbau hapak kerana


sudah lama tersimpan di dalam almari.
A. Bantal itu berbau tengik
B. Bantal itu berbau hangit
c. Bantal itu berbau hancing
D. bantal itu berbau hapak
(Jawapan: D)

Soalan 14 soalan 16
(Pilih ayat-ayat yang betul)
14. i. Lauk-pauk di Restoran Murni lazat
belaka.
ii. Para pelajar sekolah itu berasa
gusar
apabila terdengar bunyi
siren kebakaran.
iii. Farid membantu pak ciknya
mengangkat
kotak yang berat itu.
iv. Ganesanlah yang terpandai dalam
kalangan adik-beradiknya.

A. I dan II
B. I dan IV
C. I, III, dan IV
D. I, II, III, dan IV
(Jawapan: C)

15. I. Sungguh hebat sekali anak


mudah itu
berpencak silat.
II. Ranila menerima berita kematian
ayahnya
dengan tenang.
III. Harimau tergolong dalam
kumpulan
haiwan yang bengis.
IV. Ibu membuang minyak yang sudah
berbau
tengik itu.

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan IV
D. II, III, dan IV
(Jawapan: C : I, II dan IV)

16. I. Buah pisang muda kelat rasanya.


II. Malam tadi saya bermimpi telah
dibelit
oleh seekor ular yang besar.
III. Suasana kusam menyelubungi
rumah
Encik Rahman kerana
anaknya terkorban dalam nahas kapal
terbang.
IV. Baju yang dijual di butik itu cantikcanti k
sekali.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
(Jawapan: A)

Вам также может понравиться