Вы находитесь на странице: 1из 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK MURAL

NAMA PELAJAR

: SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI

PROGRAM

: PISMP (PA 2) SEMESTER 8 AMBILAN JAN

2012
NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3

NAMA PROJEK

: PROJEK MURAL

TEMPOH PELAKSAAN

: 27 SEPTEMBER 2015 22 OKTOBER

2015

OBJEKTIF :
i.

Untuk menjadikan dinding ke dewan sekolah sebagai satu tempat


tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu

ii.

yang berkunjung ke sekolah.


Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam

iii.

kalangan guru-guru pelatih warga sekolah.


Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai

iv.

menjalani internship di sekolah ini.


Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam
pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan
apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa
akan datang.

STRATEGI PELAKSANAAN :
Pada mulanya, kami berempat telah berbincang untuk menjalankan
projek mural. Kami telah bertemu dengan mentor kami iaitu Puan Sanisah
bt Abu Bakar untuk membincangkan berkaitan projek mural ini. Kami juga
telah bertemu dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Khatijah bt
Yusof memandangkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran pergi
menunaikan Haji. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga telah

memberikan persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat


mural di dinding dewan sekolah. Hal ini kerana dewan tersebut
merupakan dewan utama sekolah. Pihak guru-guru sekolah telah memberi
cadangan kepada kami agar membina sebuah mural yang ringkas tetapi
menarik supaya dapat menceriakan lagi dinding dewan sekolah.
Dengan bantuan rakan-rakan guru dan hasil daripada perbincangan
saya dan rakan internship, kami telah mengambil keputusan untuk
memilih lukisan abstrak dengan tulisan SK Batu 3. Lukisan abstrak
tersebut merangkumi kotak-kotak, segitiga dan juga bulatan. Seterusnya,
kami telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas
kerja sebelum memulakan projek.
Selepas disahkan oleh Guru Besar, Tn Kahar bin Abdullah, kami
terus memulakan langkah pertama iaitu mencari lukisan-lukisan abstrak
yang sesuai di dalam internet untuk dipilih serta menyediakan huruf-huruf
yang diperlukan untuk ditulis di dinding dewan. Dengan menggunakan
bantuan teknologi internet ini, bebanan kerja kami telah menjadi sedikit
mudah. Seterusnya, kami telah mula melakar dan mewarnakan mural
tersebut. Kami perlu bergilir-gilir mewarnakan mural tersebut kerana
masing-masing mempunyai tanggungjawab lain seperti kelas dan
sebagainya.
Mural tersebut mengambil masa untuk siap lebih lama daripada
yang dijangkakan. Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 21
Oktober 2015 iaitu 7 hari lebih lambat daripada jangkaan. Hal ini kerana
sewaktu menjalani praktikum dalam waktu sebulan ini. Kami telah
menghadapi masalah jerebu yang teruk dan menyebabkan sekolah perlu
ditutup selama beberapa hari. Ini menyukarkan kami untuk menyiapkan
mural pada waktu yang dijangkakan. Ini ditambah lagi dengan adanya
program-program sekolah yang menyebabkan projek mural kami
tergendala seketika bagi menghormati program. Antara program-program
yang dijalankan oleh pihak sekolah ialah Program Sekolah Transformasi,
Majlis Perpisahan Guru Besar dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kami telah mengambil masa untuk menyiapkan


mural tersebut pada sebelah petang selepas selesai waktu persekolahan.
Semoga mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam
meningkatkan lagi keceriaan dewan sekolah tersebut.

REFLEKSI :
1) Kekuatan Projek
Sepanjang proses kami menyiapkan projek ini, terdapat beberapa
kekuatan yang menyumbang kepada kejayaan projek ini. Antaranya
ialah sokongan guru-guru di SK Batu 3 yang menjadi rujukan utama
kami dalam penyediaan, perancangan dan lakaran mural sebelum
dipilih untuk dilukis. Selain itu, sokongan pihak pentadbir daripada
segi penyediaan bahan dan alatan mural juga telah melicinkan
perjalanan projek kami. Tambahan pula, kerjasama dan komitmen
daripada rakan guru pelatih juga telah menjadi faktor utama dalam
menjayakan projek ini. Masing-masing sanggup mengorbankan
masa terutama selepas selesai waktu persekolahan dimana ianya
masa untuk masing-masing berehat setelah penat seharian
mengajar serta mencurah idea bagi menghasilkan mural yang
terbaik.
2) Kelemahan Projek
Terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan sepanjang
melaksanakan projek mural ini. Antaranya ialah kekangan dari segi
jarak tempat tinggal saya ke sekolah yang agak jauh menyebabkan
saya dan rakan guru pelatih mengambil keputusan untuk
menyiapkan mural pada waktu petang hari persekolahan dan bukan
pada waktu cuti sekolah. Selain itu, ianya diburukkan lagi dengan
fenomena jerebu yang turut melanda kawasan sekolah saya

berinternship. Ini menyebabkan sekolah perlu ditutup untuk


beberapa hari dan menyebabkan proses kami tergendala seketika.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempoh
internship ini dipanjangkan sedikit agar kami dapat menyelesaikan
kesemua projek-projek kami di sekolah dengan lebih sempurna. Selain itu,
kawasan atau tempat mural yang lebih selamat juga dapat membantu
guru pelatih melaksanakan projek dengan lebih efisien.
KESIMPULAN :
Secara keseluruhan, projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Rujuk
hasil dokumentasi projek mural. Semoga projek ini dapat mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh,

..
(SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI)
Pelajar Semester 8 PISMP,
Ambilan Jan 2012,
IPG Kampus Tun Hussien Onn.
Dokumentasi projek mural :

Вам также может понравиться