Вы находитесь на странице: 1из 50

ISMAIL HASHIM YAHAYA

TRANS-PACIFIC
PARTNERSHIP
AGREEMENT (TPPA)

KANDUNGAN
Hati-Hati Agenda AS dalam TPPA

Persoalan TPPA yang Sukar Ditelan


(Malaysian Insider)

Konfrantasi AS-China di APEC: AS


Membelakangi China dalam
Sidang APEC

15

AS Bendung Pengaruh China dan Rusia


melalui TPPA

21

TPPA: Mana Dokumen Latar


Belakang?

24

TPPA dan Budaya Agenda Rahsia


(Malaysian Insider)

27

TPPA Ancamam Baru kepada


Kedaulatan Ekonomi Negara?

36

Dekolonisasi TPPA

41

HATI-HATI AGENDA AS DALAM TPPA

Selepas kegagalan dalam menentukan haluan agenda


perdagangan dunia dalam perjanjian Pertubuhan Perdagangan
Dunia (WTO), Amerika Syarikat (AS) sekarang sedang berusaha
memperluaskan pengaruh perdagangannya melalui Perjanjian
Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership
Agreement (TPPA).
Adalah diharapkan kerajaan dapat teliti agenda tersurat AS
melalui perjanjian TPPA ini. Ia dirunding antara Australia, AS,
New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan
Vietnam.
Ia adalah sebahagian usaha korporat gergasi AS yang mendesak
kepada agenda memperluas dan mengukuhkan penguasaan
mereka dengan mengetepikan hak warga dunia negara Selatan.
Apa yang kita bimbangkan Malaysia akan menandatangani
rundingan TPPA yang dijangka dimeterai pada Oktober 2013
di Brunei.
Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat
generik yang murah dan mempunyai kandungan dan kesan
sama dengan ubat asli tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.
Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung daripada
syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat mahal.
Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA dalam Hak Harta
Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi
syarikat gergasi farmaseutikal antarabangsa. Lebih merisaukan
lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi
7

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi tinggi


akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi
di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.
Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang
pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat
profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan
pasaran terbuka. Persoalannya sejauh manakah industri
perkhidmatan kita sedia berhadapan dengan kemasukan
syarikat gergasi ini?
Apa yang harus diketahui rakyat Malaysia ialah rundingan
TPPA ini sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa
yang terkandung di dalamnya boleh merangkumi hampir semua
industri dan mewujudkan persaingan yang akan merugikan
ekonomi tempatan.
Seperti FTA, kesan perjanjian TPPA akan berakhir dengan
kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta
membebankan kualiti hidup rakyat dan meningkatkan kos
hidup rakyat keseluruhannya.
Terdapat agenda-agenda dalam pelaburan yang hendak
diwujudkan tidak dipersetujui oleh negara seperti Australia dan
New Zealand kerana menggugat kedaulatan negara tersebut
dalam hak membuat keputusan.
Jika Australia dan New Zealand dua buah negara maju pun
menolak isu-isu pelaburan seperti layanan status tempatan
maka Malaysia juga harus memikirkan mengenainya.
Sehubungan itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
membuat gesaan supaya:

Rundingan TPPA ditangguh sehingga segala teks dan semua


dokumen relevan mengenainya didedahkan kepada penelitian
orang awam dan NGO.
Rundingan berhubungan dengan pelaburan seperti status
layanan tempatan yang merugikan itu harus dibuang daripada
TPPA. Namun jika kerajaan ingin teruskan dalam bahagian
berkaitan pelaburan, perkara-perkara seperti penyelesaian
pertikaian antara pelaburan dan negara dikecualikan
sebagaimana dilakukan Australia.
MITI harus memberi penerangan mengenai hal ini.
Pada asasnya TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA.
Perjanjian FTA menerima bantahan pelbagai pihak yang
akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut
jadual asalnya.
Malah kebanyakan isu dan isu kandungan TPPA adalah perkaraperkara yang diutarakan dan dirundingkan dalam Perjanjian
Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan
(TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual
Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs), Perjanjian Perdagangan
Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) serta perjanjian
perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO.
Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan
kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam
rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasilkan
untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan
keburukan perjanjian TPPA tersebut.

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

PERSOALAN TPPA YANG SUKAR


DITELAN (MALAYSIAN INSIDER)

Akhirnya rundingan Perjanjian Perkongsian atau Persahabatan


Trans-Pasifik (TPPA) (yang tidak berapa berkongsi dan
bersahabat kerana jelas yang akan terjadi ialah gerak laku
penyamun tarbus yang mencuri dan merompak secara
terhormat melalui lunas undang-undang yang menguntungkan
mereka) telah termeterai.
Tetapi ia tidak berakhirnya di sini saja.
Dalam setiap negara anggota TPPA, termasuk Malaysia, orang
awam mengetahui intipati perjanjian tersebut. Banyak persoalan
yang masih tidak terjawab dan tergantung tentang impak TPPA
ke atas Malaysia dan rakyatnya.
Media banyak melaporkan mengenai kesan dan memberikan
ulasan berdasarkan kepada laporan terbuka yang dikemukakan.
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah capaian pasaran
dan perdagangan yang merupakan salah satu bahagian daripada
TPPA.
Lebih penting lagi impaknya itu termasuklah isu berkaitan
dengan pelaburan, kewangan, hak milik intelektual,
pemerolehan kerajaan, korporat milik negara (GLC), isu buruh
dan alam sekitar.

10

Isu perdagangan pula berkaitan dengan eksport dan import


sementara terdapat isu lain sangat berkaitan dengan degup
jantung kerajaan iaitu dasar dan struktur dalam negara.
Isu pemilikan Bumiputera yang walaupun dijelaskan menteri
perdagangan antarabangsa dan industri dengan begitu lunaknya
seolah-olah tiada masalah langsung atau tidak terpijak manamana duri dalam perjanjian, ia masih menjadi isu hangat yang
perlu dibincangkan dengan terperinci bukan sekadar penafian
sahaja.
Ia bukan setakat mengatakan isu konsesi masih ada, dasar
mengutamakan Bumiputera masih kekal, pemerolehan kerajaan
dan GLC masih wujud. Ini adalah isu bukan perdagangan yang
terpalit dan menjadi benang kusut yang perlu dileraikan.
Perkara seperti apakah konsesinya, sama ada cukup atau tidak
dan apakah kesan daripada teks yang dimeterai itu harus
dibincangkan dengan terbuka dan bukannya sekadar penafian
di media.
Apa yang jelas ialah ruang membuat dasar yang bererti
kedaulatan negara itu akan dipersempitkan sebagai akibat
daripada TPPA.
Ini kerana negara yang memeterai perjanjian sudah tertakluk
kepada peraturan TPPA, sudah diikat.
Mengenai isu harta atau hak pemilikan intelektual, pukulannya
lebih ketara. Kebanyakan paten yang difailkan di Malaysia dalam
syarikat pelabur asing akhirnya akan dimiliki warga asing.
Jadi, apabila undang-undang paten diperkukuhkan, ia akan
memanfaatkan orang asing yang menjadi pemegang patennya.

11

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Monopoli yang diberikan kepada pemegang paten tentunya


akan menjejaskan para pengguna di Malaysia yang harus
membayar sesuatu barangan atau perkhidmatan dengan harga
yang lebih tinggi dan syarikat Malaysia diharamkan daripada
menghasilkan produk generik semasa tempoh paten.
Kalau tidak silap saya, kumpulan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mengutuk TPPA
sebagai perjanjian perdagangan paling buruk untuk capaian
kepada ubatan.
Menurut MSF mereka yang ditimpa nasib malang daripada
perjanjian TPPA ialah para pesakit dan yang terlibat dalam
penyediaan perkhidmatan perubatan di negara sedang
membangun kerana harga ubat akan naik.
Tambah MSF lagi tempoh monopoli yang dinikmati
syarikat farmaseutikal gergasi akan dilanjutkan dan ini akan
menangguhkan atau melambatkan persaingan harga daripada
ubat generik.
Dengan ini terma paten mungkin akan dilanjutkan (dengan
menambah masa diambil bagi pendaftaran ubat atau meluluskan
paten).
Data dengan eksklusifnya diberikan untuk 5 tahun (atau
mungkin lebih daripada tempoh masa tersebut, terutamanya
untuk ubat baru yang dikenali sebagai biologiks), di mana
syarikat generik tidak dibenarkan bergantung kepada data ujian
daripada firma asal apabila mereka memohon untuk kelulusan
pemasaran daripada pihak berkuasa perubatan.

12

Mengenai pelaburan, TPPA membuka jalan kepada syarikat


asing untuk mendapat layanan tempatan atau layanan yang lebih
istimewanya daripada syarikat tempatan.
Ini akan memberikan hak kemasukan dan pemilikan,
pemindahan bebas dana sementara menghalang negara hos
daripada mengenakan syarat dan keperluan seperti kandungan
tempatan, pemindahan teknologi dan usaha sama.
Jika diteliti ini adalah mekanisme amat berkuasa kerana
memberikan pengaruh kepada pelabur asing khususnya dalam
sistem penyelesaian pertikaian antara negara pelabur asing
(ISDS) di mana para pelabur boleh menyaman kerajaan dalam
tribunal antarabangsa kerana telah melanggar hak mereka.
Perubahan dalam dasar kerajaan boleh membawa kepada
tuntutan sebagai layanan tidak adil dan para pelabur asing boleh
meminta kepada pampasan kerana kerugian dalam keuntungan
yang dijangkakan.
Sudah terdapat ratusan kes ISDS yang dibuat terhadap kerajaan
yang timbul akibat daripada perjanjian perdagangan bebas atau
perjanjian pelaburan 2 hala.
Menurut laporan akhbar, dalam perjanjian TPPA terdapat
beberapa hak bertindak seperti meleburkan keupayaan syarikat
untuk membuat tuntutan yang tidak munasabah.
Tetapi masih tidak diketahui apakah dia dan bagaimana
mekanismenya. ISDS masih dapat digunakan para pelabur asing
sebagai alat untuk tindakan dan meletakkan negara anggota
TPPA seperti Malaysia dalam kedudukan mempertahankan diri.

13

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Dalam pemerolehan kerajaan, ruang membuat dasar dalam


pemerolehan akan dibataskan. Keutamaan kerajaan memberikan
projek kepada syarikat milik kerajaan dan juga dalam pembelian
barangan dan perkhidmatan akan diserang balas para pelabur
asing dengan hak yang sama bagi mendapatkan layanan
tempatan kepada mereka.
Walaupun kita mengetahui Malaysia berunding untuk mendapat
lebih banyak pengecualian dalam terma tahap capaian dalam
perbelanjaan atau nilai projek di mana keutamaan diberikan
kepada Bumiputera.
Namun perincian kepada capaian untuk Malaysia dan
pengecualian untuk Bumiputera dan kecukupannya masih tidak
diketahui hasilnya secara muktamad dan terbuka.
Mengenai syarikat pemilikan kerajaan, TPPA akan mengenakan
peraturan dan batasan mengenai bagaimana ia akan digerakkan,
tahap subsidinya, bagaimana pembelian bahan yang tiada
layanan tempatan atau keutamaan kepada syarikat tempatan
dan seumpamanya.
Matlamatnya ialah memberikan persaingan dan hak sama rata
kepada syarikat asing dalam perolehan pasaran.
Rasanya Malaysia memang tidak selesa dengan isu syarikat milik
kerajaan ini kerana tidak berjaya mendapatkan pengecualian
100%.
Bagaimanapun kerajaan akan cuba memasukkan sebanyak
mungkin syarikat dalam senarai pengecualian (bermaksud
syarikat ini tidak perlu mematuhi syarat dalam TPPA) tetapi
berapa banyak atau had jumlah syarikat dalam senarai dan ciri
penyenaraian ini tidak diketahui.
14

Perkara seperti dasar pelaburan, pemerolehan kerajaan dan


syarikat milik kerajaan serta capaian kepada ubatan adalah isu
penting yang menyentuh ekonomi politik negara dan struktur
sosio-ekonomi rakyat.
Persoalan ini amat berkait dengan pembangunan ekonomi
dan politik negara. Sekarang ia harus dipertahankan sebagai
pengecualian dan keanjalan serta menjadi isu perdebatan dalam
kalangan negara anggota TPPA. Sejauh manakah mereka boleh
menerimanya.
Bab berkaitan dengan perkara ini adalah ubat pahit yang sukar
ditelan dan perdebatan ini akan berterusan sama ada dimeterai
atau sesudahnya.
Ya, isu yang sentiasa ditekankan daripada TPPA ialah keuntungan
dan kemanfaatan Malaysia apabila tiada tarif dikenakan semasa
barangan kita masuk ke pasaran Amerika Syarikat.
Tetapi negara kita juga mengenakan tarif yang sederhana tinggi
kepada kemasukan barangan import dan tidakkah kita juga
harus mengurangkan banyak tarif kepada barangan import
nanti.
Dan kita juga akan berdepan dengan lambakan barangan import
yang banyak di pasaran tempatan.
Dengan kata lain, tiada jaminan TPPA akan memberikan
keseimbangan perdagangan yang lebih baik dan agak bimbang
mungkin ketidakseimbangan pula akan berlaku.

15

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

TPPA bukanlah suatu perjanjian muktamad kerana perdebatan


sebenar baru bermula walaupun agak malang teksnya
dimuktamadkan.
Semoga Sidang Kemuncak Bantah TPPA pada 9 Januari ini
akan memberikan hasil bermakna dan impak supaya kerajaan
menimbang semula untuk terus bersama TPPA atau sekurangkurang lebih kritikal dengannya.

16

KONFRANTASI AS-CHINA DI APEC:


AS MEMBELAKANGI CHINA DALAM
SIDANG APEC

Jika diteliti kepada perkembangan Sidang Kerjasama AsiaPasifik (APEC) yang berlangsung di Beijing baru-baru ini
ternyata Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah
memperlihatkan suatu nada konfrontasi apabila sebelum
bermulanya prosiding, telah mengambil langkah memulakan
mesyuarat berasingan Persahabatan Trans-Pasifik (TPP) di
kedutaan AS.
Langkah yang membelakangkan China ini seolah-olah tidak
menghormati tuan rumah sidang Kemuncak APEC itu
Kononnya dalam menyelaraskan perdagangan bebas, TPP
telah menetapkan suatu rangka kerja komprehensif untuk
merungkaikan segala halangan kerajaan seperti ketiadaan
organisasi milik kerajaan dan peraturan pelaburan yang akan
membawa kepada dominasi modal kewangan AS di ekonomi
Asia Pasifik.
AS telah menjemput Jepun menjadi negara anggota TPP ketika
mesyuarat berlangsung di Sabah sebagai anggota baru tetapi
tidak menjemput China.
China dianggap sebagai saingan kepada AS di rantau Asia Pasifik
dan Jepun adalah sekutu dan pengimbang kepada penguasaan
China.

17

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Malah AS juga telah memperkuatkan kehadiran tentera lautnya


di Laut China Selatan dan menjalan kerjasama ketenteraan
dengan Malaysia umpamanya.
Nampaknya mesyuarat TPP yang diadakan Obama adalah
pertunjukan kekuatan dan menyanggah perjanjian gas ChinaRusia. Malah sebagai menunjukkan keangkuhan, AS telah
menekankan negara anggota TPP (termasuk Malaysia) supaya
menamatkan perjanjian menjelang Disember ini.
Dalam ucapannya kepada ketua-ketua kerajaan, beliau
menyatakan: TPP berpotensi menjadi suatu pencapaian
bersejarah. Ia bergantung kepada kita untuk merumus dan
menamakannya dengan secara menyeluruh bagi pencapaian
cita-cita.
Atas desakan Obama, negara anggota TPP telah menyatakan
persetujuan bahawa perjanjian ini harus menjadi keutamaan
dan menyediakan laluan kepada rancangan jangka panjang
APEC.
Tekanan dan memberikan keutamaan kepada agenda TPP
dalam APEC akan menjadi negara kuasa besar seperti China
dan Rusia sebagai tidak relevan dalam rantau Asia Pasifik.
Di samping itu, China pula sedang mengusulkan gagasan
Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasfik (FTAAP) di mana
AS sedang memaksa China supaya tidak meneruskan gagasan
tersebut.
Malah Obama dalam ucapannya di sidang kemuncak perniagaan
CEO APEC dengan bongkaknya menyatakan bahawa AS
bukannya sahaja kekal sebagai kuasa rantau Pasifik tetapi

18

satu-satunya kuasa sejagat yang sangat diperlukan dan ia


hanyalah kepimpinan Amerika (terjemahan bebas).
Dalam ucapan tersebut juga Obama mengisytiharkan bahawa AS
sekarangmengetuai daripada kedudukan kekuatannya itu dan
baginya TPP akan menyediakan model kepada perdagangan
abad ke-21 ini.
Tetapi setelah mengulangi dua kali kekuatan dan kepimpinan AS,
untuk mengambil hati Tuan Rumah, Obama juga menyatakan
kami juga mahu China maju.
Namun untuk China maju ke depan, Obama telah mengenakan
beberapa syarat dan permintaan ke atas kepimpinan Beijing.
Pertama, perjanjian pelaburan dua hala yang membuka
ekonomi China kepada pelabur-pelabur Amerika. Permintaanpermintaan lain seperti layanan sama rata untuk syarikat asing
untuk bersaing dengan syarikat-syarikat China, perlindungan
hak-hak milik intelektual dan ancaman pencurian siber dalam
rahsia perdagangan untuk keuntungan komersial.
Termasuk dalam syarat dan desakan itu ialah kelulusan bagi
kemajuan dalam bioteknologi AS untuk pertanian China dan
seperti biasa isu hak asasi manusia dan kebebasan media.
Tuntutan-tuntutan ini bertujuan untuk merobohkan sebarang
halangan bagi mewujudkan hegemoni ekonomi Wall Street ke
atas China dan rantau sekitarnya. Obama menyatakan akan
merundingkan isu ini dengan Presiden China, Xi Jinping.
Sebelum berlangsung sidang kemuncak APEC, Washington
telah mengambil langkah campur tangan bagi menentang
penglibatan kerajaan Korea Selatan dan Australia terlibat dalam
Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang merupakan
19

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

alat bagi menjana kewangan China dalam projek-projek


pembangunan sejagat.
Malah dalam kes Australia, AS menyatakan atas alasan
keprihatinan keselamatan bagi penglibatan negara kanggaru
tersebut.
Campur tangan merupakan isyarat yang jelas bahawa
pengembangan ekonomi China dianggap oleh AS sebagai
isu ketenteraan kerana ia merupakan isu keselamatan seperti
dipetik di atas
Walaupun secara diplomatiknya dalam sidang kemuncak APEC,
formaliti-formaliti rasmi seperti bergambar dan berjabat tangan
nampak begitu erat seolah-olah hubungan cukup baik antara
AS-China.
Tetapi jika anda membaca majalah Forbes, ia menyatakan:
Pentadbiran Obama sekurang-kurangnya telah menjejaskan
sidang kemuncak APEC. Beijing mengadakan sidang untuk
menunjukkan kemegahannya.
Forbes memetik komen daripada seorang pegawai China yang
tidak dinamakan kepada South China Morning Post: AS mahu
menyekat FTAAP. Ini benar-benar menyusahkan kami.
Adakan tindakan AS mengadakan mesyuarat TPP sebagai
ingin menjejaskan impian China dengan FTAAP? Adakah
menggunakan TPP sebagai senjata perdagangan dan perniagaan
AS melemahkan kuasa perdagangan dan ekonomi China?
Institut Peterson untuk Ekonomi Antarabangsa yang berpusat
di Washington menganggarkan bahawa dengan berjaya TPP,
China akan mengalami kerugian sebanyak AS$100 bilion
20

setahun dalam kerugian eksport dan ini merupakan sengatan


yang akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi
dan peningkatan paras hutang di China.
Tetapi sehari sebelum bermulanya sidang kemuncak APEC, Xi
mengumumkan sumbangan berjumlah AS$40 bilion kepada
Dana Laluan Sutera untuk projek prasarana meningkatkan
laluan perdagangan darat dan laut China yang merentasi Asia
dan Lautan Hindia.
Oleh itu siapakah yang rugi sebenarnya?
Malah China mencetuskan kegemparan kepada strategi Obama
dan Washington dengan memuktamadkan perjanjian kedua
dengan Rusia dalam penyaluran gas, menandatangani pakatan
perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan dan Australia.
Bahkan bank pusat China telah menaikkan nilai mata wangnya,
renminbi sebanyak 0.37 peratus. Ia merupakan langkah paling
kritikal yang dilakukan selama lebih empat tahun, membawa
kemanfaatan kepada negara-negara Asia yang lain yang lebih
berdaya saing dalam pasaran China berbanding AS.
Sebagai tambahan pengawal selia sekuriti China berkata mereka
akan mula membenarkan para pelabur asing di Shanghai dan
Hong Kong berurus niaga di setiap bursa saham lain pada 17
November, memberikan pembeli saham asing capaian kepada
nilai saham berjumlah AS$2 trilion bagi syarikat China.
Dengan keterbukaan ini Hong Kong berada di medan hadapan
dalam ketelusan akaun modal dan kehadiran pelabur asing
dalam pasaran modal di China. Ia menjadi China sebagai negara
kedua terbesar di dunia dalam pasaran ekuiti selepas Bursa
Saham New York (NYSE).
21

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Ini adalah suatu peluang yang tidak seharusnya diabaikan oleh


para pelabur asing khususnya dari Amerika. Apakah AS masih
tidak berpuas hati dengan ketelusan dan keterbukaan pasaran
modal dan bursa China di Shanghai dan Hong Kong itu? Tapi
jelas apa yang AS mahukan ialah supaya membatalkan segala
halangan undang-undang dan peraturan serta kedaulatan
supaya AS boleh menjajahi dengan dasar imperialismenya itu.
Selepas APEC ialah sidang Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara atau ASEAN yang berlangsung di Myanmar dan AS
akan meneruskan agenda imperialisme dan keangkuhannya itu
dengan mencetuskan ketegangan dan menguasai di Laut China
Selatan.
Dasar luar AS yang bersifat konfrontasi akan mengundang lebih
banyak konflik dan perbalahan daripada keamanan di bumi ini.

22

AS BENDUNG PENGARUH CHINA


DAN RUSIA MELALUI TPPA

Perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan sebuah


blok ekonomi-perdagangan yang ditaja oleh Amerika Syarikat
bagi memecahkan kebuntuan dalam rundingan perdagangan
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang terbengkalai.
Jika diteliti kebanyakan perkara yang dirundingkan itu semua
termaktub dalam rundingan perjanjian WTO seperti LangkahLangkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (Trims),
Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan Hak-Hak Milik
Intelektual (Trips) dan juga Perjanjian berkaitan dengan bidang
perkhidmatan.
AS telah menggunakan pintu belakang menandatangani
Perjanjian Perdagangan Bebas Dua Hala (FTA) dengan beberapa
negara lain di dunia.
Bahkan negara anggota TPPA adalah negara anggota Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik.
Kelahiran TPPA agak menarik untuk diperhatikan kerana
negara anggotanya menjangkaui lautan dari Hindi ke Pasifik
bahkan negara anggota Asean seperti Malaysia, Singapura dan
Brunei telah berada di bawah orbit AS.
Namun tidak seperti WTO dan FTA, TPPA mempunyai yang
berbentuk geopolitik. Di samping menjaga dan mengukuhkan
kepentingan korporat transnasional, TPPA adalah senjata dan

23

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

mekanisme bagi membendung pengaruh China dan Rusia


daripada menguasai Laut China Selatan dan Asia Pasifik.
AS memang sangat deras sekarang mengencarkan TPPA sebagai
struktur ekonomi dan perdagangan yang berpengaruh bagi
mewujudkan capaian satu pintu .
Apa yang dimaksudkan sini kemasukan ke rantau Asia Pasifik
adalah melalui satu pintu masuk dan pintu keluar. Sebab itulah
negara anggota TPPA terbentang jauh menjangkau beberapa
benua. AS dengan mudah sudah menguasai capaian satu pintu
itu.
Melalui TPPA, AS telah menggabungkan semua FTA sebagai
suatu rancangan meliberalisasikan ekonomi nasional negara
anggota. Dengan TPPA AS telah berjaya merungkaikan
kedaulatan dan layanan tempatan negara anggotanya.
Mungkin negara anggota harus melalui parlimen masingmasing untuk membentangkan kandungan TPPA itu tetapi
sejauh manakah ia dapat menahan arus deras AS ini.
TPPA memberikan hak-hak istimewa kepada korporat-korporat
transnasional melalui pelaburan dan perniagaan mereka untuk
menguasai ekonomi tempatan dan memberikan layanan
tempatan atau hak setara kepada negara penandatangan.
Oleh itu apakah pentingnya TPPA kepada AS sehingga dapat
digunakan sebagai senjata untuk membendung pengaruh China
dan Rusia di rantau Asia Pasifik?
Dalam persaingan penguasaan minyak, AS nampaknya
memandangkan serius Rusia sebagai kekuatan baru di Asia
Pasifik.
24

Sejak tercetusnya krisis Ukraine, perang minyak antara AS


dan Rusia menjadi semakin meruncing. Rusia mengetahui
bahawa kepentingan AS di dalam krisis Ukraine adalah untuk
melepaskan ketergantungan negara-negara Kesatuan Eropah
terhadap eksport minyak Rusia.
Maka AS merancang politik destabilisasi di Ukraine supaya
maka eksport minyak Rusia ke Eropah akan menjadi mahal.
Dengan itu EU akan membeli gas dari AS. Melalui cara ini,
negara-negara EU tidak perlu bergantung dengan Rusia lagi.
Ini adalah strategi AS hendak menguasai EU. AS ingin
membentuk dan menubuhkan Perkongsian Perdagangan dan
Pelaburan Trans-Atlantik (TTIP).

25

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

TPPA: MANA DOKUMEN LATAR


BELAKANG?

Akhirnya teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik


dikeluarkan. Teks ini dikatakan akan dibahaskan di Parlimen
pada akhir tahun ini atau awal 2016.
Sejauh manakah perbahasan di Parlimen dapat mengubah atau
meminda teks yang telah dipersetujui atau dimuktamadkan itu.
Apakah kerajaan mempunyai hak untuk meminda mana-mana
teks dalam TPPA dan membawa semula ke meja rundingan
setelah ia dimuktamadkan.
Jangka masa tiga bulan yang diberikan untuk dibentangkan di
parlimen akan menjadi suatu pertunjukan ketelusan sahaja.
Apa yang menyedihkan setelah membaca teks akhir dokumen
TPPA ialah ketiadaan dokumen latar belakang yang membantu
mewajarkan sesuatu perkara dicadangkan atau diusulkan dan
dijadikan perkara penting dalam teks.
Teks undang-undang sahaja tidak cukup untuk menjelaskan
kandungan TPPA.
Pihak manakah yang berkepentingan dalam mengusulkan teks
dan adakah pihak negara anggota hanya mengiakan sahaja
tanpa sebarang perdebatan dan hujah.
Dalam isu biologik misalnya kenapa isu itu diusul dan pihak
manakah yang berkepentingan mencadangkannya.

26

Persoalan data eksklusif kepada biologik dan syarat-syarat


yang membawa kepada harga yang tinggi tentunya mempunyai
kepentingan korporat transnasional.
Katanya pihak atau negara anggota TPPA telah berikrar untuk
menyimpan rahsia untuk enam tahun akan datang.
Ini jelas menunjukkan budaya agenda rahsia bilik mesyuarat,
warisan daripada Perjanjian Am Mengenai Tarif dan
Perdagangan (GATT) yang masih diamalkan.
Dokumen yang sepatutnya disiarkan ialah dokumen latar
belakang mengenai apa yang sebenarnya berlaku seperti kuasa
korporat telah masuk campur menentukan agenda daripada
kuasa kerajaan.
Atau adalah tujuan TPPA ini sebahagian tujuannya ialah
membendung China dan Rusia di rantau Pasifik terutamanya di
rantau Asia Tenggara di kawasan Laut China Selatan dan Selat
Melaka.
Tentunya perkara ini tidak akan didedahkan pada masa
sekarang.
Malaysia menjadi negara yang mempunyai kedudukan strategik
dengan kedudukannya di tengah-tengah menguasai sebahagian
Selat Melaka dan kawasan-kawasan tertentu di Laut China
Selatan.
Sebagai negara penampan, kedudukan Malaysia amat penting
bagi Amerika apatah lagi berada dalam kedudukan yang
strategik.

27

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Sebagaimana yang dibaca, skop dan implikasi TPPA sangatlah


luas dan ia tidak sekadar merangkumi capaian kepada pasaran.
Selain daripada mengadakan capaian dan hubungan dari segi
perdagangan dan pelaburan, jika anda meneliti TPPA juga
menyediakan peraturan mengenai isu alam sekitar dan buruh
dan isu-isu lain yang sebelum ini berada di bawah naungan
kedaulatan.
Tambahan pula tidak keterlaluan jika dikatakan proses
rundingan TPPA, memuktamadkannya dan juga ketelusannya
adalah untuk kepentingan AS.
Keseluruhan proses perundingan banyak dipengaruhi
kepentingan korporat AS dan bukanlah sebahagian daripada
usaha bersama bagi mempromosikan Komuniti Ekonomi Asean
umpamanya.
Tidak seperti proses perundingan Persahabatan Ekonomi
Menyeluruh Serantau (RCEP), yang melibatkan semua negara
anggota ASEAN dan rakan-rakan luarnya, TPPA dengan
sengajanya tidak melibatkan China sebagai negara pasaran
terbesar di rantau Asia Pasifik.
Presiden AS, Barrack Obama pernah menekankan bahawa
AS tidak akan membenarkan China melakarkan peraturan
ekonomi sejagat. Melalui TPPA, AS menafikan persaingan
China dalam mempengaruhi negara-negara Asia Pasifik dan
ingin mengekalkan dirinya sebagai kuasa tunggal dunia yang
merumuskan peraturan perdagangan sejagat.

28

TPPA DAN BUDAYA AGENDA RAHSIA


(MALAYSIAN INSIDER)

Meskipun telah disebut berulang kali, apakah sebenarnya


yang menyebabkan kerajaan Malaysia terikat dengan syarat
kerahsiaan dalam perundingan Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA) ini?
Mengapakah Malaysia masih mahu turut patuh kepada syarat
atau terma kerahsiaan dalam perundingan tersebut meskipun
telah mengetahui implikasi TPPA kepada negara terutamanya
dari segi kedaulatan yang telah dibangkitkan acap kali.
Dalam kerahsiaan yang cuba diselindung daripada pengetahuan
awam, jelas TPPA sangat sedikit berkait dengan soal perdagangan
tetapi lebih kepada bidang perkhidmatan dan pelaburan serta
beberapa bidang lain.
Ini adalah bidang-bidang yang gagal mencapai kata sepakat
dalam rundingan perkhidmatan dan pelaburan berkaitan
perdagangan dalam rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Apa yang dikesali dalam sektor perkhidmatan dan pelaburan,
jika rundingan telah berjaya, TPPA akan membuka pasaran
seluasnya untuk syarikat dari negara maju seperti Amerika
Syarikat (AS) yang menyertai TPPA untuk masuk ke dalam
pasaran mana-mana negara anggota, sama ada untuk membuka
syarikat baru atau cawangan dalam sektor pembuatan dan
perkhidmatan.

29

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Manakala dalam sektor perkhidmatan, TPPA akan meliputi


sektor kewangan, perniagaan, telekom, utiliti, perkhidmatan
profesional dan perdagangan.
Hakikatnya, bahagian terbesar dalam perundingan TPPA (yang
hampir sama dengan perjanjian bilateral iaitu FTA) ialah berkait
dengan aspek perkhidmatan, pelaburan, peraturan ke atas
Korporat Kaitan Kerajaan (GLC), Industri Kecil dan Sederhana
(SME) dan Hak Milik Intelektual.
Ini adalah budaya agenda rahsia yang diwarisi sejak penubuhan
WTO di peringkat awal pada tahun 1990-an lagi yang dikaitkan
dengan rundingan Pusingan Uruguay yang ingin mencetuskan
Orde Dunia Transnasional (TWO).
TWO adalah suatu aliran yang akan memantapkan lagi
penguasaan pengurusan dunia negara perindustrian. Ia akan
mempengaruhi bentuk dan struktur ekonomi dunia.
Apa yang menarik mengenai TWO ini ialah kecenderungan
yang dipupuk negara maju berlaku di belakang tabir dan
menjadi suatu budaya agenda rahsia.
Ia dirundingi menerusi wahana perdagangan berbilang hala
yang bermula dengan rundingan Pusingan Uruguay di bawah
Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) yang
kemudian digantikan dengan WTO. Dalam rundingan WTO
rundingan agenda rahsia biasanya dikendalikan di dalam Green
Room.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama
sering kali menyatakan bahawa komitmennya kepada
keterbukaan kerajaan. Tidak dinafikan mengenai keterbukaan
terutamanya dalam era ketelusan secara online dan sistem
30

demokrasi. Namun, agak pelik jika diperhatikan pentadbiran


Obama ingin merahsiakan kandungan TPPA iaitu perjanjian
komersial paling penting dan paling berahsia sejak penubuhan
WTO.
Perjanjian dirunding sejak 2008 lagi dan diharap dapat
ditamatkan pada tahun ini.
Rundingan ke-18 telah berlangsung di Kota Kinabalu. TPPA
adalah pakatan 12 negara yang merunding perkara-perkara asas
yang bukan meliputi perdagangan tetapi merangkumi aspekaspek strategik seperti jaminan pekerjaan, kestabilan kewangan,
kos perubatan, kebebasan Internet dan peraturan serta undangundang sesebuah negara.
Bahkan bekas Presiden George W Bush yang dikritik teruk
dalam Perang Menentang Keganasan itu pun bersikap terbuka
menyiarkan teks perundingan perjanjian Kawasan Perdagangan
Bebas Amerika pada 2001.
Untuk TPPA, para pegawai pentadbiran Obama secara berulang
kali telah menolak permohonan Kongres AS bagi mendapatkan
capaian kepada teks draf perjanjian.
Selepas desakan kongresional dan bantahan awam terhadap
kerahsiaan, akhirnya pihak pentadbiran membenarkan capaian
terbatas kepada segelintir anggota kongres. Namun, ia masih
membiarkan orang awam dan kumpulan NGO teraba-raba
dalam kegelapan dan menafikan status pemerhati yang dinikmati
pada era lalu memandangkan Perlembagaan AS menyediakan
hak eksklusif terhadap dasar perdagangan.
Bagaimanapun, terdapat suatu pengecualian penting kepada
pembinaan tembok kerahsiaan yang tidak pernah dilakukan
31

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

kerajaan AS sebelum ini iaitu segelintir atau elit perniagaan


gergasi atau kumpulan 600 penasihat perdagangan AS yang
menikmati capaian kepada segala teks TPPA dan apa yang
dirundingkan itu. Dan mereka juga menjadi perunding tidak
rasmi bagi pihak kerajaan.
Budaya kerahsiaan luar biasa ini tidak dapat dicapai oleh cabang
legislatif dan orang awam Amerika tetapi keterbukaan luar
biasa kepada elit perniagaan gergasi AS telah menimbulkan
kebimbangan.
Persoalannya sekarang, mengapa Washington dan
perniagaan AS memberikan tumpuan kepada TPPA ini?

elit

Ini kerana skop geo-politiknya, hak kuasa dan lebih menarik lagi
ialah semua undang-undang peringkat tempatan, nasional dan
dasar bukan perdagangan negara penandatangan dikehendaki
mematuhi atau menyesuaikan diri dengan syarat-syarat
TPPA. Jika gagal mematuhinya, negara-negara tersebut harus
dikenakan tindakan contohnya sekatan ekonomi.
Menurut Majalah Third World Resurgence beberapa bab-bab
yang dicadangkan itu telah dibocorkan dan ia memperlihatkan
bukti sejauh manakah luasnya garapan perjanjian ini merentasi
aspek-aspek yang tidak berkaitan dengan perkara-perkara
perdagangan sejati.
Daripada 29 bab yang dicadangkan mengenai TPPA ini, hanya
lima berkaitan dengan isu perdagangan sejati. Kebanyakan bab
lain berkait langsung dengan kehidupan rakyat.
Pada Januari 2012 di AS, perdebatan hangat meletus mengenai
isu perundangan yang akan membataskan kebebasan Internet.
Sehubungan itu sebagai bantahan, laman sesawang Wikipedia,
32

enjin pencari Google dan beberapa laman sesawang lain telah


menggelapkan laman mereka.
Rang undang-undang tersebut, Stop Online Piracy Act (SOPA)
menerima kritikan hebat di AS. Namun, korporat-korporat
yang mendukung SOPA kini ingin menghidupkan semula di
dalam rangka kerja TPPA.
Menurut Presiden Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)
Azmi Abdul Hamid, atas nama layanan adil dan saksama atau fair
and equitable treament kepada pelabur luar, sebarang undangundang baru atau dasar baru yang mahu dikuatkuasakan
oleh Malaysia nanti, boleh dianggap menjejaskan keuntungan
pelabur, boleh dicabar dalam tribunal antarabangsa melalui
pampasan dalam bentuk kewangan.
Tambahnya, undang-undang atau dasar yang mahu digubal dan
dikuatkuasakan oleh negara seperti Malaysia akan disyaratkan
supaya selaras dengan terma TPPA.
Menurut Azmi, ia adalah berkaitan dengan dasar sosial dan
budaya seperti dasar mengutamakan Bumiputera, kawalan
barangan halal-haram, peraturan mengenai produk budaya
yang bertentangan dengan nilai tempatan dan keistimewaan
kepada golongan orang asal yang terpinggir.
Persoalannya, semua undang-undang atau dasar yang mahu
digubal ini akan tertakluk kepada terma TPPA dan jika ia
menjejaskan keuntungan pelabur asing tindakan undangundang mengenai perdagangan boleh diambil ke atas negara
penandatangan.

33

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Azmi menjelaskan negara-negara penandatangan TPPA


telah bersetuju untuk membenarkan syarikat luar mengambil
tindakan saman di tribunal arbitrasi antarabangsa iaitu
International Center for Settlement of Investment Disputes yang
bertapak di Washington untuk menuntut pampasan disebabkan
eskpropriasi (expropriation).
Eskpropriasi juga didefinisikan bukan sahaja rampasan harta
dan membatalkan kontrak tetapi juga sebarang pengurangan
keuntungan akibat perubahan polisi dan peraturan.
Negara seperti Ecuador disaman dan terpaksa membayar
pampasan USD2.3 bilion yang telah dianugerahi oleh mahkamah
tersebut kepada sebuah syarikat minyak AS pada 2012. Manakala
Indonesia disaman USD2 bilion kerana menarik balik kontrak
yang dimeterai dengan sebuah syarikat bertapak di UK.
Dalam aspek pemerolehan kerajaan, kesan parah akan berlaku
ke atas syarikat GLC dan SME tempatan. Mengikut TPPA,
sebarang layanan istimewa kepada syarikat tempatan untuk
mendapat sebarang kontrak kerajaan akan dianggap menyalahi
terma TPPA kerana tidak memberi layanan adil dan saksama.
Ini bermakna keutamaan dan keistimewaan untuk mendapat
tender kerajaan kepada syarikat tempatan seperti syarikat hak
milik kerajaan tempatan, kerajaan negeri, koperasi, Tabung Haji,
PNB, DPMM, DPIM dan berkaitan akan terjejas.
Natijahnya ialah sebarang institusi tempatan atas nama syarikat
yang ditubuh oleh pelbagai pihak daripada kalangan persatuan
sosial akan diketepikan kerana perlu bersaing secara terbuka
dengan pelabur luar.

34

Jika didapati mana-mana negara penandatangan TPPA


melanggar peraturan memberi layanan yang sama rata kepada
semua syarikat dalam dan luar negara, maka tindakan sanksi
boleh dikenakan ke atas negara tersebut.
Dalam sub bab mengenai State Own Enterprise (SOE), manamana SOE yang terdapatnya saham kerajaan di dalamnya, terma
TPPA menetapkan kerajaan tidak boleh menentukan dasar yang
memihak kepada pelabur tempatan.
Implikasinya ialah sesebuah negara yang menandatangani TPPA
harus saja mengubah secara drastik banyak dasar, undangundang dan peraturan negara berkenaan yang akan memberi
kesan kepada ekonomi dan masyarakat negara tersebut.
Sehubungan itu MTEM telah melontarkan beberapa soalan yang
akan memberi implikasi kepada sosio-budaya dan kedudukan
undang-undang serta dasar Islam jika TPPA dimeterai oleh
Malaysia:
Sejauh mana pelbagai aspek TPPA akan mengurangkan syarat
mematuhi budaya dan agama negara bila barangan dan industri
perkhidmatan masuk ke dalam pasaran Malaysia?
Jika Malaysia mahu menetapkan peraturan untuk mengetatkan
sebarang kemasukan barangan yang mencemar dan menggugat
nilai dan budaya Malaysia, apakah TPPA menganggap itu
bertentangan dengan fair and equitable treament?
Apakah undang-undang syariat (enakmen) dan dasar yang
berkait dengan Islam yang dikuatkuasakan di peringkat negeri
dan juga peraturan mengenai pentadbiran hal ehwal Islam
peringkat persekutuan akan terjejas bila TPPA yang mengguna
prinsip tidak boleh mendiskriminasi produk dari luar dalam
pasaran terbuka akan berlaku?
35

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

TPPA mempunyai mekanisme Pertikaian Penyelesaian


Perdagangan (Trade Settlement Dispute) yang tersendiri. Jika
ada produk atau perkhidmatan daripada sebuah syarikat luar
melanggari undang-undang dalam enakmen Islam, apakah
undang-undang Islam yang menjaga kepentingan Islam di
negara ini akan diketepikan bila berlaku konflik perdagangan?
Jika TPPA mensyaratkan terma yang ketat untuk negara
menggubal sebarang polisi yang boleh memihak kepada
kepentingan sosio-budaya tempatan, apakah dasar seperti Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Akta Perdagangan mengenai logo
halal akan dirombak?
Bab mengenai Hak Milik Intelektual dan Hakcipta mempunyai
kesan besar kepada hak kepada maklumat dan hak kepada ilmu
pengetahuan. Sejauh mana TPPA akan menyekat penggunaan
teknologi maklumat yang membuka capaian kepada pelbagai
sumber ilmu yang boleh dicapai oleh orang awam?
Bab perkhidmatan adalah luas. Ia termasuk soal industri
hiburan dan media. Malaysia mempunyai peraturan mengenai
penapisan bahan media dan persembahan artis luar dan dalam
negara. Apakah industri ini tertakluk kepada syarat TPPA yang
mesti mematuhi terma fair and equitable treament walaupun ia
melibatkan nilai dan budaya masyarakat Malaysia
Daripada semua persoalan di atas TPPA dan dengan budaya
agenda rahsia, ia bakal mendedahkan negara kepada kesan
sosio-budaya yang parah.
Apatah lagi teks TPPA masih dirahsiakan dari pengetahuan
umum. Jikapun ada maklumat mengenai rundingan TPPA yang
telah bocor, ia masih tidak mencukupi bagi masyarakat awam

36

dan penggubal dasar untuk meneliti dan menganalisa kesan


yang bakal diterima oleh negara dan rakyat.
Justeru, jika kesannya menimbulkan kebimbangan, kenapakah
pihak kerajaan ikut berahsia dan masih mahu meneruskan
penyertaan dalam perundingan dalam TPPA?

37

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

TPPA ANCAMAM BARU KEPADA


KEDAULATAN EKONOMI NEGARA?

Apa yang menjadi perdebatan hangat daripada kebimbangan


dan kerisauan kebanyakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
negara berhubungan dengan rundingan Perjanjian Persahabatan
(adakah benar-benar sahabat) Trans-Pasifik (TPPA) ialah
persoalan kedaulatan dan keputusan menentukan hala tuju
ekonomi dan dasar negara.
Nampaknya di sebalik agenda penjajahan proksi dan
kemanusiaan yang sedang berlangsung di Timur Tengah, jika
kita teliti dua gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat
(AS) dan Kesatuan Eropah (EU) sedang menggerakkan usaha
mengumpil wilayah-wilayah kedaulatan ekonomi negara
Selatan.
Di samping sorotan media mengenai perkembangan isu di
Timur Tengah, perhatian harus diberikan kepada inisiatif ini
kerana kesannya amat besar dan parutnya begitu mendalam
sekali.
Inisiatif ini menyentuh sejauh manakah negara Selatan dapat
membuat dan melakarkan dasar pembangunan dan ekonomi
mereka dengan sebebas mungkin.
Kita tidak mahu mereka menjadi tawanan dalam pematuhan
kepada rundingan perdagangan yang berbentuk soft power.
Melalui catatan sejarah yang berkaitan dengan rundingan
perdagangan, British telah banyak kali menipu dan

38

memanipulasi pemimpin kita melalui perjanjian yang bermula


dengan kedatangan lanun Francis Light ke Kedah.
Adalah tidak difahami kenapakah patung Francis Light masih
tegak berdiri di hadapan muzium Pulau Pinang? Apakah
maksud perlambangan di sini?
Tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan isu terpenting
yang menentukan antara kejayaan dan kegagalan ekonomi
sesebuah negara Selatan itu.
Ia dapat dianggap sebagai bentuk penjajahan semula melalui
perjanjian perdagangan. Apa yang penting untuk diperkatakan
ialah perbadanan dan syarikat pemilikan kerajaan, kapitalis dan
usahawan tempatan dalam sektor-sektor sensitif dan utama
seperti perbankan, utiliti, kewangan, perkhidmatan awam,
pertanian, industri-industri malah berkaitan syarikat kecil
dan sederhana serta layanan tempatan dan status bumiputera
akan dicabar melalui perjanjian perdagangan seperti TPPA
umpamanya.
Syarikat-syarikat gergasi yang beroperasi mendapati beberapa
insentif, sokongan dan layanan yang diberikan kerajaan
negara Selatan menafikan mereka peluang perniagaan dan
meningkatkan pelaburan.
Umum mengetahui korporat tempatan sama ada dimiliki
kerajaan atau yang diperbadankan memainkan peranan penting
dalam pembangunan sesebuah negara.
Di samping itu syarikat-syarikat tempatan juga menerima
bantuan kerajaan serta insentif dan sokongan dalam pelbagai
cara seperti pinjaman kepada industri kecil dan sederhana,
bantuan kepada petani, subsidi dan pelepasan cukai untuk
39

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

penyelidikan dan pembangunan atau pembelian teknologi,


keistimewaan dalam pemerolehan kerajaan dan penyediaan
prasarana?
Sehubungan itu layanan tempatan terutamanya kepada syarikat
bumiputera juga turut diberikan dalam bentuk geran, subsidi
dan pemberian kredit dan kontrak kerajaan.
Insentif, sokongan serta layanan tempatan inilah yang
dicemburui dan dikritik sebagai tidak adil oleh korporat negara
maju. Perkara ini turut mendapat sokongan kerajaan negara
maju dan berusaha untuk mengumpil pasaran tertutup dan
dilindungi ini.
Segala sokongan kerajaan kepada syarikat tempatan dilihat
sebagai halangan kepada korporat multinasional untuk
mengembangkan pasaran ke dalam wilayah-wilayah yang
sensitif dan dilindungi ini.
Kemasukan Jepun ke dalam rundingan TPP di saat-saat akhir
memperlihatkan betapa pentingnya ia dan Tokyo tentu tidak
mahu ketinggalan atau terlepas peluang merebut dan menguasai
pasaran negara Selatan atau negara sedang membangun ini.
Apa yang menjadi kebimbangan sekarang ialah keupayaan
kerajaan negara maju untuk mempengaruhi kerajaan negara
sedang membangun merubah atau meminda rangka kerja polisi
dan dasar pembangunannya.
Usaha-usaha ini dapat dilihat melalui TPPA dan Perjanjian
Persahabatan Perdagangan dan Pelaburan (TTIP). Sub-bahagian
mengenai syarikat pemilikan kerajaan adalah bahagian ketara
dalam TPPA.

40

AS dan Australia sedang mengetuai usaha supaya terdapat


peraturan untuk mengekang atau membataskan peranan
kerajaan dalam ekonomi.
Kedua-dua negara maju ini mempersoalkan isu layanan
tempatan, isu yang pernah diutarakan dalam rundingan
perkhidmatan berkaitan perdagangan di rundingan pusingan
Uruguay Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Dalam isu ini, mereka mahukan kerajaan tidak bersikap
monopoli iaitu bertindak dalam cara yang diskriminatori
iaitu dalam urusan perniagaan dan pelaburan kerajaan tidak
boleh memberikan keistimewaan dan insentif kepada syarikat
tempatan.
Mereka juga tidak mahu syarikat milik kerajaan atau
diperbadankan atau saham minoriti kerajaan melalui proksi
mendapat keistimewaan berbanding syarikat asing dalam
kegiatan komersial.
Perkara yang sama juga berlaku dalam rundingan TTIP,
perjanjian antara AS-EU.
Jika tidak dibantah atau dinasihati, ia akan membuka laluan
menjadi suatu rancangan menyeluruh dan standard kepada
rundingan perdagangan dua hala antara kerajaan pada masa
akan datang. Malah kerajaan negara maju berharap peraturan
ini akan dimasukkan ke dalam rundingan WTO yang dianggotai
oleh lebih 130 negara.
Ia akan menyempitkan ruang kepada negara untuk
memberikan kepada syarikat tempatan berkembang dan maju
dan berkembang di pentas antarabangsa. Syarikat yang baru

41

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

ditubuhkan tidak dapat berlindung di bawah insentif dan skim


bantuan dan perlindungan kerajaan,
Ia juga akan menjejaskan rancangan kerajaan negara Selatan
yang membangunkan model gabungan kerajaan dan swasta bagi
mengembangkan korporat tempatan bukan sahaja di peringkat
tempatan malah di pentas global.
Contohnya negara seperti Korea Selatan, China, Thailand,
Indonesia, Taiwan termasuk Malaysia telah merintis memajukan
model pembangunan di mana sektor swasta dan awam
bergabung dalam memajukan negara supaya syarikat tempatan
dapat bersaing di pentas global.
Kejayaan negara Asia Timur melalui kolaborasi kerajaan,
perbadanan kerajaan dan syarikat swasta telah membawa
kepada pertumbuhan ekonomi menggalakkan.
Mana-mana negara yang menyertai TPPA atau rundingan
dua hala perdagangan yang lain harus bersedia melakukan
perubahan drastik dalam dasar, undang-undang dan peraturan
yang boleh atau dapat menjejaskan ekonomi tempatan dan
masyarakatnya.
Namun bagi negara maju isu sensitif seperti subsidi yang
merupakan amalan distorsi perdagangan yang dilaksanakan
negara seperti AS tidak dimasukkan ke meja rundingan TPPA
atau rundingan FTA melibatkan Eropah.
Jika agenda ini menjadi peraturan antarabangsa yang baru
maka negara seperti Malaysia haruslah merancang dan melakar
semula rancangan pembangunan dan ekonominya supaya
prospek pembangunan tidak terjejas di masa depan.

42

DEKOLONISASI TPPA

Suatu agenda pembangunan kredibel seharusnya tidak


mengandungi unsur bersifat rahsia, berbau penjajahan halus
atau soft colonialism.
Agenda pembangunan antarabangsa dapat menjaminkan suatu
hubungan persahabatan sejagat ke arah menetapkan matlamat
nominal dan penanda kesederhanaan.
Apa yang dimaksudkan di sini ialah jalinan persahabatan yang
menggerakkan semangat politik ke arah transformasi pada
tahap struktural dan keinstitusian.
Ini bermakna harus merumuskan semula dasar yang
menindas negara sedang membangun dan miskin, dasar yang
menguntungkan negara maju dan menzalimi negara miskin dan
bukannya dasar yang merugi dan mempertanggungjawabkan
beban yang harus dipikul melalui perjanjian perdagangan.
Oleh itu suatu proses dekolonisasi perlu dilaksanakan dengan
memikirkan semula aspek pembangunan dan matlamatnya
dengan mereka bentuk semula peraturan perdagangan, ekonomi
dan politik serta merekayasa struktur institusi, makro ekonomi
dan kerangka perdagangan di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu terdapat lima bidang penting dalam urus
tadbir makro ekonomi dan kewangan yang amat kritikal
untuk diutarakan ke arah agenda pembangunan bermakna
terutamanya dalam era pasca 2015 nanti.

43

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Antaranya ialah bidang kewangan dan peraturan, dasar kewangan


yang pro-siklikal atau fiskal berasaskan kesederhanaan,
kedaulatan hutang, peranan sektor swasta dalam pembangunan
dan urus tadbir demokratik dalam perdagangan dan kewangan
antarabangsa.
Tonggak kepada makro ekonomi dan urus tabir kerajaan ialah
peranan pembangunan dalam kerajaan.
Agenda pembangunan pasca 2015 mengikut Matlamat
Pembangunan Milenia (MDG) gagasan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) misalnya perlu mengesah, menyokong
dan memberikan perlindungan kepada keupayaan negara
dengan peranan proaktif membangun, membina dan
mengukuhkan institusi domestik dalam urus tadbir ekonomi,
menyelaraskan pasaran dan menggalakkan pertumbuhan
ekonomi yang mewujudkan peluang pekerjaan, jaminan
makanan dan kepelbagaian ekonomi dan membuka ruang
kepada pertumbuhan syarikat kecil dan sederhana.
Peranan aktif negara perlu dinilai sebagai sesuatu keperluan
dalam menterjemahkan pertumbuhan ekonomi ke arah
menjamin dan mengekalkan ekonomi dan hak sosial, keadilan
dan kesejahteraan.
Rundingan TPPA nampaknya seakan-akan hendak melemah
dan mengurangkan ruang kepada peranan kerajaan dan
institusinya yang lain.
Ini kerana rundingan TPPA merupakan agenda korporat
transnasional atau syarikat gergasi dari Amerika Syarikat (AS)
dan Jepun yang cuba mengumpil ke dalam pasaran negara
sedang membangun yang menjadi sumber keuntungan bagi
mereka terutamanya dalam pemerolehan kerajaan.
44

Sokongan yang diberikan kerajaan kepada syarikat tempatan


dilihat oleh korporat transnasional sebagai suatu halangan
kepada pembukaan pasaran baru di negara sedang membangun.
TPPA adalah suatu usaha untuk menukar paradigma atau
merubah pandangan dunia serta rangka kerja di negara sedang
membangun bahawa peranan kerajaan akan dikurangkan dalam
pertumbuhan ekonomi atau membantu syarikat tempatan dan
perkara ini harus dibiarkan kepada ekonomi pasaran dan proses
liberarisasi yang menentukannya.
Dua percubaan ke arah ini dapat dilihat dalam cadangan TPPA
dan rundingan Persahabatan Pelaburan dan Perdagangan TransAtlantik (TTIP) yang menumpukan kepada negara Kesatuan
Eropah (EU).
Bahagian peranan kerajaan dalam membantu SOE atau
perbadanan milik kerajaan menjadi agenda penting dalam
rundingan TPPA. Dua negara utama, AS dan Australia
sedang menggerakkan usaha supaya wujudnya peraturan yang
dapat membataskan peranan kerajaan ekonomi melalui dua
pendekatan.
Pertama, supaya kerajaan tidak bersifat pilih kasih dengan
mengutamakan syarikat tempatan dan mendiskriminasikan
syarikat asing terutamanya dalam perkara berkaitan dengan
bidang perkhidmatan dan pelaburan. Ini termasuk larangan
menberikan layanan istimewa dalam bentuk insentif atau
pengurangan cukai dan subsidi kepada syarikat tempatan.
Kedua, syarikat yang dikaitkan dengan kerajaan di mana proksi
kerajaan atau kerajaan sendiri memiliki saham minoriti tidak
seharusnya mendapat layanan istimewa ketika bersaing dengan
syarikat asing.
45

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Tidak keterlaluan jika dikatakan TPPA adalah salah satu


perjanjian penting yang dirundingi hari ini. Ini dapat dilihat
kepada penumpuan isu yang dirundingi dan jumlah dan
negara terlibat adalah kuasa besar ekonomi dunia. TPPA
melepasi sempadan geografi dan boleh menetapkan asas kepada
rundingan perdagangan pada masa depan.
TPPA menggerakkan suatu Orde Transnasional Baru dunia
dengan korporat transnasional sebagai aktor yang bersifat
monopolistik dan oligopolistik.
Jika diteliti secara amnya objektif TPPA adalah bertentangan
dengan dasar perdagangan di kebanyakan negara sedang
membangun sama ada di rantau Asia Tenggara, Asia Timur
mahupun Amerika Latin. Realiti, matlamat dan pelan
pembangunan kebanyakan negara tersebut di rantau masingmasing tentunya berbeza dengan objektif TPPA atau negara
maju seperti AS, Australia dan Jepun.
Bahkan topik khusus kepada rantau iaitu perlindungan
kepelbagaian biologi dan kemantapan kepelbagaian budaya,
keanjalan merangka dan merekayasa dan melaksanakan dasar
pembangunan (sebagaimana diterangkan di atas), capaian
kepada farmaseutikal atau ubat-ubatan, bahan pendidikan dan
isu hak atau harta milik intelektual harus dirunding dengan
cermat dan teliti bagi melindungi kepentingan nasional dan
serantau.
Kebanyakan negara sedang membangun memerlukan keanjalan
atau fleksibiliti apatah lagi ketelusan dalam sebuah rundingan
berbilang hala (multilateral) dalam isu seperti harta milik
intelektual, perlindungan alam sekitar, kawalan modal dan
keseimbangan antara hak pelabur asing atau swasta dan kerajaan.

46

Harus dibezakan antara keperluan projek kerajaan untuk


membantu rakyat miskin dengan projek swasta yang
menumpukan kepada pengguna mewah misalnya.
Oleh itu setiap suara dan undi daripada setiap negara sedang
membangun ini adalah penting dalam rundingan TPPA yang
tidak memerlukan kata sepakat belakang tabir melalui budaya
agenda rahsia atau rundingan sulit dan berahsia yang tidak
diketahui umum.
Apa yang menjadi taruhan ialah kedaulatan rakyat dan negara
dan masa depannya dan keputusan dan hala tuju kerajaan dalam
menentukan masa depan kewangan dan perdagangan.
Adalah penting bagi sesebuah negara dalam rundingan TPPA
tidak bersetuju terhadap suatu rundingan berahsia di belakang
tabir dan diputuskan berdasarkan kepentingan sesebuah negara
kuasa besar dan hanya diumumkan selepas bersetuju dengan
peraturan dan kandungan perjanjian tersebut.
Kita tidak menjadi sebuah negara berdaulat yang diikat tangan
dan dikunci mulut supaya tidak dapat bersuara membantah
atau menentang.
Ia memerlukan pendirian tegas dan kuat dalam rundingan
ketika berhadapan dengan tuntutan dan tekanan negara maju
dan korporat gergasi dalam TPPA.
Negara seperti Malaysia misalnya memerlukan capaian kepada
pengetahuan, bagi meningkatkan mutu pendidikan, kesihatan
dan mengukuhkan ekonominya. Kita tidak memerlukan
perjanjian berat sebelah yang menguntungkan negara maju
dan meninggalkan beban tanggungjawab yang perlu dipatuhi
menurut peraturan yang ditetapkan dalam TPPA.
47

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

Adalah dirasakan negara sedang membangun harus


menggerakkan usaha ke arah menterjemahkan keperluan
pelan pembangunan negara menurut acuan sendiri. Misalnya
dalam rundingan perhubungan antarabangsa kepentingan
negara harus diutamakan kerana ia melibatkan kedaulatan dan
pertumbuhan ekonomi dan kemantapan kewangan.
Suatu proses dekolonisasi dengan merekayasa ke arah
kepentingan negara sedang membangun harus difikirkan
dengan mendekonstruksikan kerangka Bretton Woods. Negara
sedang membangun tidak seharusnya bergantung kepada
institusi Bretton Woods dan derivatifnya. Kumpulan negara
sedang membangun tidak selamanya harus merujuk kepada
institusi seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa
(IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi
mendapatkan bantuan atau menjalinkan hubungan kewangan
dan perdagangan antarabangsa.
Ia boleh dibentuk melalui rundingan serantau atau antara rantau.
Misalnya negara Amerika Latin boleh merintis rundingan antara
negara anggota Asean dengan Mercusor (Pertubuhan Ekonomi
Amerika Selatan).
Rundingan tidak harus digerakkan negara maju atau berpaksikan
AS atau Eropah. Paksi harus diubah atau ditukar ke rantau
selatan. Rundingan TPPA mempunyai agenda menyisih atau
mengasingkan China dan sebab itu dijemputnya Jepun sebagai
`check and balance ke atas China.
Dalam rundingan Apec misalnya `power struggle antara China,
Rusia dan AS begitu ketara sekali. Negara kumpulan Brazil,
China, India dan China atau (BRIC) misalnya mempunyai
keupayaan dan kekuatan untuk menubuhkan bank atau dana
kewangan untuk membantu negara yang memerlukan.
48

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rundingan perdagangan


antarabangsa harus berpaksi atau berkiblat kepada selatan
dengan mengutamakan negara sedang membangun dan miskin.
Oleh itu secara amnya bantahan terhadap TPPA adalah bantahan
terhadap kehilangan kedaulatan dan proses membuat keputusan
dan mengurangkan ruang bagi kerajaan terlibat dalam proses
membangunkan ekonomi negara. Bantah TPPA!

49

Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)

50

Вам также может понравиться